Nissa' Yusof's Blog

November 21, 2019

Travelog Dromomania


Turut terbit bersama-sama Perempuan Pengembara dan Sajak-sajak Perjalanan adalah buku Travelog Dromomania - sebuah buku yang mengumpulkan catatan-catatan kembara saya di lima buah negara Asia Tenggara iaitu Indonesia (Jakarta, Palembang, Belitung), Kemboja (Siem Reap, Phnom Penh), Filipina (Manila, Vigan), Laos (Vientiane, Vang Vieng, Luang Prabang) dan Brunei (Bandar Seri Begawan).
Separuh tulisan yang terdapat di dalam buku ini telah terbit secara eceran di beberapa buah majalah dan zine,...
1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 21, 2019 07:33

August 6, 2019

Perempuan Pengembara


akhirnya telah tiba pada suatu hari yang berjalan seperti hari-hari biasa yang lain, saya bersetuju untuk mengumpulkan sebahagian sajak menjadi sebuah kumpulan puisi. dalam wajah penyair saya adalah seseorang yang sedang bersembunyi di sebalik kata-kata. dan itulah penyair. orang menulis dalam lapis-lapis makna. boleh jadi kerana itu, saya sukar untuk bersetuju.
suara-suara menyuruh saya menerbitkan kumpulan puisi telah lama ada; dari kalangan teman-teman penulis malah penulis-penulis senior y...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 06, 2019 11:40

September 22, 2018

Muhammad Haji Salleh - Di Mata Kami



Ini adalah sebuah catatan terlewat, Alhamdulillah, saya diberi peluang untuk terlibat di dalam projek buku ini. Seperti judulnya, "Muhammad Haji Salleh Di Mata Kami", buku ini menghimpunkan 26 buah tulisan daripada pelbagai latar penulis (kebanyakannya kenalan baik MHS) yang menulis tentang Sasterawan Negara ini.
Mengimbas kembali, banyak tahun yang lalu semasa abang Rahimidin (arwah) memulakan projek buku ini, saya pernah diajak untuk menulis kerana arwah tahu saya memang peminat Muhammad Haj...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 22, 2018 22:01

May 15, 2018

A Strangeness in My Mind



Saya bukanlah penggemar karya Orhan Pamuk, tapi keinginan untuk membacanya tetap ada. Sama seperti saya bukanlah penggemar Murakami, tapi tetap beli dan baca semua bukunya. Berbeza kali ini, saya ada keyakinan yang lebih semasa membeli A Strangeness in My Mind. Pertama kerana I judge the book by its cover, memang awal-awal lagi saya sudah jatuh hati. Kedua apabila membaca blurb, saya fikir saya akan suka dengan ceritanya. Ternyata tepat. Saya sukakan ceritanya, cuma masih belum mesra den...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 15, 2018 11:00

March 24, 2018

Hai

Nampaknya azam dua tahun lalu untuk kerap menulis di blog telah idle begitu sahaja. Maka saya resume semula tahun ini untuk menulis di sini. Yeah!
Fun fact, saya mempunyai banyak cita-cita, ada yang sudah tercapai, ada yang belum dan ada yang hanya dalam kategori angan-angan. Kebanyakannya adalah tentang cabang ilmu yang mahu saya pelajari, kerana saya mempunyai banyak minat. Malah tiba-tiba tahun ini yang terfikir untuk sambung belajar dalam satu bidang yang baru. Tetapi seseorang telah menas...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 24, 2018 07:45

April 5, 2016

Stay

sesuatu yang saya tak sangka adalah saya akan bertahan begitu lama di tempat kerja sekarang. "how long do you think you gonna stay?" itu adalah antara soalan yang manager saya  tanya semasa discussion pertama kami selepas saya masuk bekerja. dan saya menjawab "at least 2 years". dan sekarang sudah tersangat lebih :)
sebenarnya, ada banyak sebab untuk saya kekal. tapi yang paling saya suka adalah environment di syarikat ini yang sangat positif. semua orang saling menyokong (dalam hal kerj...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 05, 2016 06:16

March 28, 2016

pekan ipoh

ipoh banyak berubah gaya sekarang. dulu lebih bersederhana, sekarang lebih jiwa. terima kasih kepada trend kafe hipster yang mencanak naik. masa awal-awal dulu rajin juga saya cuba semua kafe-kafe baru, tapi sekarang disebabkan terlalu laju penambahannya, tak mampu nak terkejar. jadi saya akan ulang ke kafe-kafe yang saya rasa selesa saja jika balik kampung. biasanya di kawasan pekan.
baru-baru ni kerana dah lama tak makan di bawah langit berbintang, sengaja kami ke tempat food truck (ipoh da...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 28, 2016 06:07

March 25, 2016

the diving pool

salah satu buku yang dah lama sungguh saya beli, tapi baru dibaca. buku ini memuatkan tiga novelet -the diving pool, pregnancy diary dan dormitory.

rate saya:
the diving pool 
pregnancy diary 
dormitory 

gaya ogawa melukis naratif sangat hebat. hebat dalam erti kata lain sungguh terperinci dan indah. contohnya dalam dormitory

I watched him walking away, sweater over his shoulders, bag in hand, until he was no more than a tiny point in the distance. I watched, without so much as bli...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 25, 2016 06:05

March 23, 2016

Tahun Baharu

hampir ke penghujung 3 bulan pertama tahun baharu. dan saya baru mahu menulis tentang azam. antara azam saya adalah untuk tidak membeli buku. ya, sangat opportunis!

sebenarnya dalam tahun-tahun yang lepas banyak juga azam saya berkaitan buku; nak baca falsafah, nak baca sejarah, ulang baca beberapa buku, tulis buku, dan lain-lain yg berkaitan. tahun ni rare sikit.

tapi, surprisingly, saya berjaya melaksanakannya.. dalam bulan pertama tahun ini. saya tidak beli sebarang buku. bring it on janua...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 23, 2016 05:57

October 16, 2015

No-fiction-october

ini adalah kempen personal saya bulan ini. melihat kepada senarai bacaan tahun ini, saya banyak membaca fiksyen. dengan perangai suka membeli buku yang tak tertahan, saya akan membeli buku-buku baru, dan lama, dan buku-buku karya penulis besar yang tidak pun saya minat, yang mana ended up kepada book pile; sebuah binaan yang begitu gah tapi berdosa kerana tidak dibaca.jadi, untuk memberi keseimbangan pemikiran kembali, saya akan berpuasa fiksyen bulan ini. saya masih juga membeli beberap...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 16, 2015 03:45