Ibnu Rijal's Blog

December 16, 2014

CERPEN : Travelog Mesir : "bawa Aku kembara lagi.."


Panggilan Kinanah.Jam 9 pagi, aku ‘mati’ atas kaki lima tilam dari rumah sewa ku di Gombak. Ternyata, kesungguhan aku mengarang buku hingga memaksa aku tidur sesudah subuh, telah mengheret aku ke ‘masa tambahan’. Lenaku dikejutkan oleh panggilan telefon seorang murabbi dari desa di Pulau  Pinang. Ustaz Mutalib, seorang mudir di sebuah pusat Tahfiz dan juga pemilik sebuah pondok moden yang dibangunkan beliau untuk manfaat penduduk setempat.“nazri nak pergi Mesir tak?”Soalan yang keluar dari corong telefon bimbit itu benar-benar membuka mataku lebih luas, aku melihat semula ke skrin telefon. “biar betul ustaz ni”hatiku berbicara.Ya. Aku tidak bermimpi. Jika tadi mimpi membawaku ke negeri China, kali ini realiti ingin membawaku ke Mesir, bumi anbiya. Ustaz lalu menjelaskan semuannya dan memintaku memberikan pasport untuk urusan Visa. Aku ditaja percuma, namun semua ini terjadi atas kehendak dari-NYA. Sebelum itu aku membantu mengarang sebuah buku untuk Ustaz Mutalib. Aku berniat tugasan itu aku langsaikan ikhlas sebagai khidmat seorang murid kepada gurunya. Namun demikianlah ALLAH membalas harga sebuah ikhlas. Alhamdulillah, ini tajaan kedua aku selepas ditaja menunaikan umrah dua tahun lalu, dan itu pun hasil aku menulis buku untuk tuan Haji Lokman, usahawan dari Kuala Lumpur.Muslimnya Non-Muslim.      Hari raya pertama aidil adha, maka kami berlepas ke bumi Mesir. Aku ditakdirkan duduk bersebelahan seorang cina singapura. beliau menuju Abu Dhabi, tempat transit kami nanti. Pada awalnya hanya deruman kapal terbang berselang seli dengan pengunguman pembantu juruterbang yang melengkapi rima ketika itu. Kami tidak bertegur sapa,  mungkin kerana pemakaianku agak kelihatan islamik membuatkan dia memikir aku seorang  "terrorist". "you slept since departured, you must be very tired."Aku cuba memecah kebuntuan. Gadis cina itu kelihatan agak terkejut melihat budak lebai gelap lusuh ini ‘speaking’ dengannya. Hasil ilmu ‘bahasa asing’ itu, dialog lebih panjang mula berbuah."can u speak arabic? i feel like dying when listen two of their words." Jelas anak cina itu.  "is it, kha and Qo?.” Soalku yang seakan mampu menduga maksudnya itu."yeah!!! hahaha. thats one!"Wajahnya begitu puas menyambut kata-kataku itu. Perbualan panjang terus terjalin selaras panjangnya tempoh penerbangan kami. Gadis cina itu sempat mengajarku  bahasa jepun. Dia pernah bertugas di Jepun sebelum ini, katanya bahasa jepun itu mudah kerana cuma menggunakan 15 rima. ‘barter’ berlaku apabila dia mengajari aku  satu  perkataan jepun dan aku membalasnya dengan satu perkataan arab, ALHAMDULILLAH.ustaz memberi isyarat menyuruhku mengambil wudhuk untuk solat jamaq, aku bangun melangkah beratur di depan tandas. Hadapanku terdapat dua orang "kakak" mat saleh yang menunggu giliran mereka. Adat ingin mengambil wudhuk, sambil beratur, aku  pun membuka cermin mata dan selinsing lengan baju. sebaik orang dari dalam tandas itu keluar,  gadis inggeris tadi memandang kepadaku."you should enter first.” Pelawaannya itu membuat aku serba salah. "its okay sister, you are ealier then me.”Balasku agar dia tahu Islam bukan penting diri."oh no.. you are more important to enter first. please." Pelawaannya kali ini membuatku terpaku dan mula sedar, tiada siapa yang mahu bermusuh dalam agama. Aku pun melangkah kaki sambil mindaku disarati oleh kisah raja Najashi seorang kristian yang membantu para sahabat di era awal Islam. Kaherah dan sejarah.            Setelah berjam jam mataku dijamu kepungan langit biru dan kakiku memijak lantai awan, akhirnnya aku sampai ke Bumi kaherah. Ibu negara Mesir, disinilah dahulunya tempat aku melihat dari bingkai kaca berita tv, amukan pertempuran penyokong Morsi dan As sisi, dan disinilah juga dahulunya aku menonton dari bingkai kaca jejak rasul tv3, kisah Firaun dan Musa. Dan akhirnya kakiku menapak realiti di bumi ini, bumi anbiya, dan bumi salahuddin al ayyubi.            Kami dibawa ke tempat penginapan di rumah Perlis, tempat penginapan pelajar-pelajar Al Azhar Malaysia dari negeri Perlis. Ruangnya begitu indah, dan aku begitu bangga melihat sekitar Kaherah dihiasi rumah Kelantan, selangor, Kedah, Pulau Pinang, dan banyak lagi. Inilah kediaman para pengembara ilmu, anak-anak muda dari Malaysia yang berkelana di bumi Mesir.
Pro dan Kontra            Aku bertanya kepada ustaz, bagaimana boleh wujudnya rumah-rumah negeri Malaysia ini di bumi Kaherah? Jelasnya, ia adalah usaha dari Kerajaan untuk membantu anak-anak pelajar di perantauan.            Sungguh, usaha ini begitu membantu para pelajar Azhar disana. Di perkampungan Malaysia ini, mereka saling berukhwah dan membentuk jemaah, sarat dengan usrah serta riadah. Ditengah-tengah kota yang bising dan jauh dari negara sendiri, perlindungan seperti ini sangatlah besar manfaatnya oleh para pelajar Azhar disana.            Namun, aku melihat dua keadaan berbeza, meski kemudahan ini melapangkan, namun kemudahan ini juga mematikan. Aku melihat masih ada pelajar Azhar yang ‘mati’ dalam ruang selesa itu, dan masih kekal dalam budaya melayu dan terbawa-bawa sikap dan prilaku di Malaysia. anak muda kita lebih selesa berfacebook di bilik sendiri berbanding keluar ke kota mencari guru untuk bertalaqqi. Anak muda kita masih selesa memenuhi masa berfutsal sesama sendiri dari keluar ke pekan dan bertinteraksi dan mengkaji. Maka tidak hairanlah ada pelajar kita yang empat tahun di Mesir, dan pulang ke Malaysia tanpa mampu bercakap arab! Maka tidak hairanlah Azhar melahirkan ribuan pelajar setiap tahun untuk Pulang Ke Malaysia, namun perkembangan Islam di tanah air tetap di takuk lama. Mana graduan Azhar ini bersembunyi?Pemuda Harapan            Kembara kami kali ini telah dibantu oleh seorang anak muda Malaysia berusia 26 tahun. Ustaz Zubair. Pelajar Al Azhar yang sedang melengkapkan ijazah sarjana di bumi tanah Tursina. Kalau memang benih yang baik, dicampak ke darat menjadi gunung, dicampak ke laut menjadi pulau. Ustaz Zubair berbeza dengan para pelajar Azhar yang lain, beliau tidak memenuhi masanya di asrama pelajar Malaysia, sebaliknya dia berkelana menjejak sejarah Musa.  Dia tidak berdiam menyiapkan tugasan universiti, sebaliknya berkejar ke sana sini mencari ulama untuk bertalaqqi. Pada awalnya kami dibawa bersiar-siar ke sekeliling kota Kaherah, aku begitu kagum bila melihat begitu ramai warga Mesir dari kota itu yang menegur dan mengenali pemuda melayu yang bernama Zubair ini. Alhamdulillah, sekiranya semua pelajar Malaysia di Al Azhar berwatakkan Ustaz Zubair, maka Islam di Malaysia ada harapan cerah.
Polis Mesir dan perlindungan Tuhan.Hari seterusnya dalam kembara ini kami melewati bumi faiyyum. Bumi subur yang terletak 200 Km dari Kaherah. Perjalanan mengambil masa tiga jam lebih. Kami dipandu oleh Ust Zubair. Di pertengahan jalan, kami ditahan oleh polis Mesir. Setelah lama pihak polis itu ‘bertengkar’ dengan Ustaz zubair, akhirnya mereka mengambil keputusan untuk mengekori perjalanan kami. Berpakaian polis lengkap dengan senjata, dan mengekori kami rapat dari belakang, cukup untuk membuat hati ini rimas. Tiap kali mataku menoleh belakang, jeep polis itu masih setia bersama. “ahh.. sudah 100km lebih perjalanan kami, dan pihak polis itu masih mengikuti?” hatiku mula membuak persoalan. Apa yang sedang berlaku. Lantas aku memindahkan persoalan itu kepada ustaz zubair.“oh.. tu depa (mereka) bukan ingat kita ini pengganas, tapi depa nak lindung kita dari pelampau. Depa ikut tu pasai nak jaga kita la tu. Sekarang ni industri pelancongan Mesir jatuh teruk, sebab tu depa buat semua ni sebab nak pulihkan balik kepercayaan pelancong.”Jelas Ustaz Zubair yang berdarah Kedah itu.Hatiku menjadi serba salah, sepanjang dua jam tadi aku bersangka buruk kepada mereka, seolah-olah mereka itu mengawal dan mengongkong perjalanan kami, rupanya mereka sedang menjaga dan melindungi kami. Aduhai kotor benar hati ini. Begitulah juga dengan kehidupan, sepanjang hidup ini, ada perkara yang Allah larang kita lakukan, Allah sertakan malaikat mengiringi kita setiap masa, kita marah dan mempersoalkan, rupanya apa yang Allah lakukan itu, bukanlah untuk mengongkong manusia, sebaliknya untuk melindungi.

Qarun yang menyusahkan!            Kami tiba di bumi Fayyum. Disinilah terdapatnya terusan yang dikaitkan dengan ilham nabi Yusuf untuk projek pertanian Mesir. Kami melewati padang pasir yang seolah tiada penghujung, menuju ke sebuah istana ‘orang kaya’. Qarun, saudara Musa.             Sebaik tiba di pekan terletaknya istana itu, kami perlu masuk lebih dalam dan meredah jalan-jalan yang sangat tidak mesra pemandu. Setibanya di hadapan pintu masuk, kami ditahan di kaunter pengawal. Sebuah bangsal usang dengan bata belum siap, dan dilapik tikar mengkuang lama, itulah bangsal pengawal mereka.             Mereka tidak membenarkan kami masuk, pelbagai alasan diberikan, dan mereka mengenakan bayaran yang cukup mahal. Dan itu tidak ada dalam tiket, ahh. Tiket pun tidak wujud! Tapi apa lagi yang mampu dibuat, kami jauh di bumi orang, jika mahu berpatah balik, kami sudah meredah 200 km. Jika mahu masuk, kami terpaksa membayar harga yang sangat mahal dan pastinya tidak berbaloi dengan apa yang mereka tawarkan. Tidak ada sebarang parking, tidak ada kemudahan tandas, malah sekadar sebuah istana tua, mereka dirikan bangsal pengawal di kaki jalan, lalu mereka katakan itu milik mereka, dan menuntut bayaran. Kami memandang kearah polis yang melindungi kami sejak tadi. Mereka mungkin dapat membantu. Ternyata kami kecewa bila melihat para pegawai polis itu sudah bersila meminum teh dan menghisap syisha bersama para pengawal tidak bertauliah itu. Ahh.. sekarang aku faham, mengapa industri pelancongan mesir jatuh merosot. “Qarun ni, hidup pun menyusahkan orang, dah mati pun menyusahkan orang!” ustaz Mutalib berseloroh.Ya kata-kata beliau ada benarnya. Kami sudah pun menziarahi masjid dan maqam imam syafie, maqam Saidina Husin, maqam syeikh Salah Ja’fari, kesemua itu kami lewati tanpa masalah, namun bila tiba ke khazanah insan bernama Qarun ini, pelbagai pula kerenahnya. Ironinya, para pengawal itu begitu tamak menaikkan harga untuk kami masuk, sedangkan mereka sedang menjaga sebuah istana runtuh insan yang dihukum ALLAH kerana ketamakkan. Demikian kehidupan, meskipun setiap hari mereka menatap runtuhan istana manusia tamak yang dihukum ALLAH, hati mereka sedikit pun tidak terkesan untuk mengambil pengajaran dari apa yang dilihat mata itu. Toleransi seorang nabi.            Setelah konflik di istana Qarun selesai, kami bergerak pulang, di pertengahan jalan kami singgah di sebuah Padang pasir, dan berjalan diatasnya untuk mengambil ibrah suasana di padang mahsyar. Dari kejauhan kami melihat ada mata air yang mengalir begitu indah dan jernih. Disanalah wadi Ar rayyan. Siapa mampu menduga di hamparan padang pasir yang gersang ini, terdapat bilahan-bilahan mata air yang menyegarkan. “dulu, semasa dalam salah satu perang, nabi memerintahkann para sahabat untuk mendirikan kem di suatu tempat, lalu para sahabat bertanya, “ya Rasulullah, apakah ini wahyu, atau pendapatmu sendiri?” Rasulullah menjawab, “ini pendapatku.” Maka para sahabat berkata, “jika demikian, bolehkah kami mencadangkan agar kita mendirikan kem di tempat lain, yang berdekatan dengan mata air, agar mudah kita mendapat bekalan air.” Lalu Rasulullah s.a.w pun bersetuju.”            Ustaz Mutalib menceritakan sirah itu kepada kami sambil kami sedang menikmati keindahan mata air di wadi Ar Rayyan itu. Sungguh, dari hadis ini, aku mendapat dua pengajaran. Pertamanya, Rasulullah bukan seorang pemimpin yang ego, malah baginda mendengar cadangan para sahabat. Kedua, para sahabat Rasulullah tidak akan membantah apa sahaja suruhan ALLAH, kerana itulah sebelum memberi cadangan lain, mereka bertanya dahulu, apakah arahan Rasulullah tadi adalah wahyu. Sekiranya ianya adalah wahyu, maka suka atau tidak, mereka pasti akan taat. Demikian hadis serta alam mengajarku dalam kembara ini. P Ramlee dan perkampungan arab.            Keesokan harinya, kami meneruskan perjalanan ini ke sebuah perkampungan Mesir yang terletak di Qalyubi. Perjalanan ke kampung ini mengambil masa satu jam setengah dari kota Kaherah. Sebaik meninggalkan kesibukan kota kaherah, dan memasuki gerbang Qalyubi, hanya Allah yang tahu betapa mata ini terpukau oleh keindahan alam ciptaan Ilahi.            Mataku disajikan dengan ladang gandum yang mengunding, sesekali kawanaan burung melintasi ruang udara, melengkapkan lagi pandangan mata. Air dari terusan yang mengalir di kiri dan kanan jalan perkampungan ini sungguh tenang dan jernih. Dari jauh aku melihat para petani tua menunggang keldai yang memikul hasil pertanian mereka. Ladang jagung turut mengisi peta perkampungan damai ini. Lalu kami melewati bahagian rumah-rumah penduduk. Rumah-rumah disana tersusun begitu rapat, dan dari balik bingkai kaca tingkap Toyota Avanza itu, aku dapat melihat keharmonian penduduk yang berbual-bual di halaman kejiranan, sesekali mereka mengangkat tangan pada kami, sebuah jentera asing dari kota bising. Apa yang paling ketara adalah, aku tidak mendengar keriuhan bunyi hon kenderaan seperti di Kaherah. Disini semuanya harmoni dan tenang, dan penghuni disini, mereka bersahabat dengan alam. Jika Kaherah mengingatkan aku kepada Firaun dan kucar kacir kota, Qalyubi membawaku mengingati ketampanan Yusuf dan kepimpinan Musa. Seperkara lagi yang begitu menyentuh emosiku, bila aku melihat sususan rumah-rumah kampung disini, beserta pasar dan kedai-kedainya. Saling tidak tumpah dengan apa yang dibawa oleh Allayarham P Ramlee dalam kisah-kisah negeri arab seperti Ali Baba bujang lapok dan tiga Abdul. Soalnya, dari mana allayarham mendapat idea ini? Keadaannya begitu sama dan serupa! Beliau tidak pernah memijakkan kaki ke bumi Mesir, malah di zaman beliau belum ada internet atau Google Image! Maka bagaimana? Sungguh, beliau selayaknya digelar seniman agung, tiap karya yang beliau hasilkan, beliau tidak akan lakukannya sambil lewa, dan pastilah luas bahan bacaan beliau, hingga mampu membina kampung Qalyubi di dalam studio Jalan Ampas di bumi sendiri. Jika allayarham yang belum pernah berpijak ke Mesir pun mampu membawa mesej untuk masyarakat melalui karya-karyanya, bagaimana pula dengan palajar Malaysia di Azhar yang bertahun tahun menetap di sini? Mengapa ada yang tidak membawa pulang bakti? Dan bagaimana pula dengan diriku sendiri? Apakah sumbangan yang bakal aku bawa pulang dari kesempatan kembara ini? Ketika itu, aku malu pada Allayarham P Ramlee.Aku ingin kembara lagi.            Pulang dari Qalyubi, maka lengkaplah kembara ini. Kami sempat menyantuni para pelajar Malaysia di Mesir, telinga kami sempat dibingitkan oleh kebisingan kota kaherah, mata kami sempat dihiburkan oleh ketenangan Qalyubiah, kaki sempat melangkah atas hamparan padang pasir bumi Kinanah, jiwa sempat disentap oleh runtuhan sejarah.            Dari masjid Al Azhar ke Qal’ah salahuddin Al Ayyubi, dari fayyum menuju ke perkampungan Qalyubi, dan kali ini, kami bakal berangkat pergi, dari kaherah menuju transit di Abu Dhabi. Mesir, sungguh kau menyimpan sejarah tersendiri. Bumimu menyimpan jasad sekalian wali, tanahmu mengandung tubuh sekalian nabi. Sebuah empayar tertua dunia, umurmu itu wajar dihormati. Dan, Aku ingin kembara lagi.Terima kasih Mesir, kerana menyambutku, terima kasih ALLAH kerana membawaku. Sebuah kembara yang membuka mata, sebuah kembara yang mendidik jiwa. Dari kerusi lapangan terbang kota kaherah, aku menulis sebuah warkah, sebuah warkah dari jaulah, di atas hamparan Kinanah.






2 likes ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 16, 2014 22:42

September 14, 2014

CERPEN : Rokok Daun Tembakau Jawa


                                                 “kisah sebuah bangsa dalam segulung rokok..”
Oleh : IbnuRijal
 Mentari siap berkemas untuk punch card, dan bulan bersedia masuk syif. Warna merah di kaki langit kian menghitam dengan sendiri, kelihatan itik memimpin koloninya pulang, mungkin dari sini terbitnya peribahasa ‘itik pulang petang’, didarat keluarga itik beratur pulang, di langit kawanan burung terbang ingin ‘touch-down’ ke sarang, masing-masing melintasi kumpulan anak muda yang duduk-duduk di bahu jalan menggigit lalang, di atas Honda Wave, Ex5 pemberian ayah masing-masing kerana sayang.
Arman, pelajar tahun tiga universiti tempatan, asyik memetik gitar diatas anjung rumahnya yang terletak di tepi jalan. Man anak ketiga, abang sulungya berpindah tinggal di rumah PRIMA selepas berkahwin. Angahnya merantau ke kota singa,
‘aku ada standard, mana layan kerja gaji ciput cam kat sini..!”
Kata-kata angah, bila Arman bertanya kenapa tidak kerja saja di Malaysia ketika angah pulang raya ke kampung, pandu honda Ferior Second Hand beli dari Mudah.Com.
“man.. hang tak reti ka dah maghrib? Hormat la sikit, yang dok pi main menatang gitar tu buat apa, dah! berenti”
Pak Mat Haji, ayah man. Usianya hampir 70 tahun, senja. Seperti langit waktu itu juga, Mereka sebaya. Pak Mat haji adalah bekas tentera, dan kini menyara hidup dengan mengambil upah membuat rotan. Pak Mat haji belum pun ke Mekah, katanya belum sampai seru.Gelaran haji dia peroleh kerana dia adalah ‘king’ dam haji di warung kopi pak Mid di kampung mereka.
‘buat apa pergi haji, aku tiap-tiap malam dapat haji, banyak kali pulak tu.” Seloroh Pak Mat bila rakan-rakan menyapa tentang bila mahu ke tanah suci.
Suasana jadi sunyi, hanya suara cengkerik baru berani-berani buat sound check. Garis merah di kaki langit makin pudar ditelan gelap, itik tadi mungkin sudah sampai ke reban. Man membetulkan tuning gitarnya, nak main tak boleh, maghrib. Orang melayu hormat benar dengan mahgrib.
Ramlah, ibu Man awal-awal sudah bertelekung, Ramlah sejak berusia senja ini sangat minat mengaji. Tanyalah Ustaz, rancangan yang paling dia minati. Hujung minggu Ramlah menumpang Van yang masuk ke kampung membawa orang tua-tua yang mahu mendengar Ustaz Mutalib baca kitab di pondoknya. Tafsir Nurul Ehsan dan bahrul Mazi. Pak Mat sibuk ‘buat Haji’ di tanah suci warung Pak Mid, maka Ramlah pergi berkumpulan dengan kaum ibu kampung itu yang senasib dengannya.
“man, hang bila nak balik U?”“dua minggu lagi ayah”“duit cukup dak? Kalau tak cukup, habaq.”takpa, man ada lagi duit, dok tolong kawan buskin kat bukit bintang tu, buleh la duit sikit-sikit”
Pak Mat Haji sungguh pun tegas, dia pentingkan pelajaran man. Man anak tunggalnya yang berjaya masuk universiti. Satu kampung Pak Mat jaja, bila man dapat belajar jadi loya (lawyer).Pak mat temenung jauh, tangannya sedang memilih-milih sesuatu, jumpa. Dia melurut-melurut daun itu, dan memasukkan tembakau lalu menggulungnya. Ia dihidang ke bibir, pak mat mencucuhnya, asap keluar berkepoi-kepoi, nikmat dunia!
“ayah dok isap rokok apa lagi, bahaya tau dak.”“alah, aku isap dekat 50 tahun dah, tak jadi apa pun kat aku”
jawab Pak Mat yang hanya berkain pelekat dan kemeja lengan pendek yang butangnya dibuka, nampak tulang rangkanya dan kulit yang semakin berkedut dari bawah lehernya.
“tapi rokok kan israel, depa guna duit kita dok bunuh orang palestin nu..” dakwah Man.
“daun ni kawan ayah yang buat sendiri, israel kot mana, duit daun rokok ni la dia himpun buat pi mekah dulu. Ni tembakau ni, tembaku jawa. Orang indon pun lawan dengan belanda, kapiaq gak tu. Uhuk! Uhuk!”
“haa.. tu batuk! Habaq tadi tak dak sakit apa.
Pak mat hanya memandang meliar kearah mini tar didepan anjung rumah mereka itu. Mungkin malu, macam mana boleh batuk pulak time-time ni.
‘ijah! Hang pi mandi semayang lekaih, maghrib dah ni. Sat lagi pukul 8 baru kalut nak berebut bilik ayaq dengan ayah, dok mengadap tv tu ja qeja hang”
Topik rokok terhenti, satu rumah bagai bergegar mendengar Ramlah memarahi Ijah. Adik bongsu man, yang sedang mengiring didepan tv, tonton ‘rindu awak 200%.
“sat la mak, malam ni episod best, mel tu dah tau dah laki dia qeja apa”
Ijah membalas, tanpa menoleh kearah ibunya yang sedang bertelekung mencekak pinggang, mata Ijah setia pada kaca tv, bagai ada tarikan graviti dari tv kepada bebola matanya itu.
“Haji Mat! Jom pi masjid jom!”
Pak long saleh. Bilal masjid.memandu SYM lengkap berbaju melayu menyapa mereka dari atas mini tar. Pak long saleh bilal kampung, istiqamah 5 waktu bersolat di masjid sejak pencen jadi ketua Balai di Parit Buntar 8 tahun lalu. Pak Mat hanya mengangkat tangan dan memberi isyarat selamat, sambil pak long makin jauh meninggalkan pandangan pak mat dan Man.
“berlagak”
Man tidak terkejut mendengar perkataan yang dikeluarkan ayahnya itu. Dia masak benar perangai ayahnya yang tidak suka ditegur. Man hanya tersenyum melihat ayahnya merenung tajam kearah pak Long saleh yang makin jauh meninggalkan mereka itu.
“dia ni dulu ketua polis, orang kata dia dulu ni rasuah pun kuat, taik judi pulak tu. Baru dua tiga taun pi masjid, nak jadi ustat.”
“tak pa la ayah. Tu kisah lama dia. Dia tegur ayah ja pun, bukan mai ceramah.”
‘dia tu takpalah. Tok bilal, pi masjid dapat elaun. Cuba kalau tak dapat, tak pasai dia nak pi”“elaun pun tak pa la. Dia buat kerja, kalau dia tak azan, sapa lagi nak azan. Bukan semua orang rajin pi masjid awai macam pak long.”
“ni satu lagi, orang pakat dok kata, yang dia dok bawak orang pi sembahyang mayat tu, banyak tu duit dia dapat kat dia. Kalau dari dulu otak duit, sampai bila pun otak duit la, bezanya dulu dia pakai topi polis, la ni dia pakai kopiah putih. Hat tu ja beza dia”
Pak Mat bersyarah panjang. Man hanya tersenyum. Memang, ramai orang bercerita tentang Pak Long Salleh tentang geng sembahyang mayatnya. Tapi Man hanya masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri.
Fuh...fuhh.... sss.....Asap rokok daun dihela dari paru-paru, naik ke kerongkong, dan bebas di atmosfera. Sesekali rokok daunnya terpadam, dia mencucuhnya semula. Biasalah, nak hisap rokok daun, pemetik api perlu sentiasa di tangan, mudah terpadam. Rokok melayu tak hebat macam rokok yahudi.
Sebaik Pak Long saleh hilang dari pandangan mereka, haji Musa Hudud melintasi dari arah bertentangan. Beserban putih berjubah hijau, laju menunggang Ex5. Haji Musa Hudud istiqamah solat jemaah. Tapi dia solat di masjid kampung sebelah.
“masjid kita masjid UMNO, tak mau la aku semayang sana, takut tuhan tak terima. Semayang sampai hitam dahi, tapi hukum ALLAH depa tolak”
Kata-kata Haji Musa, bila ditanya kenapa tidak imarah masjid sendiri. Haji Musa orang lama dalam Pas. Tak ada pangkat pun, tapi dia sangat ekstrim. Dari situ dia dapat gelaran haji Musa Hudud. Namun, Haji Musa pun tak boleh dipersalahkan 100%. Masjid kampung itu memang ‘biru’. Majoriti ustaz-ustaz hebat dilarang berceramah di masjid itu. Ustaz Anas, bekas imam masjid kampung itu, pernah ditukar 24 jam ke Pulau Ketam, hanya kerana sebut ‘hudud’ semasa kuliahnya di Masjid dulu.
“Isy petik api ni.. awat tak menyala pulak dah.
Pak Mat Haji mengoncang-goncang pemetik apinya yang degil tak mahu menyala. Sebaik menyala api kecil, dia tutup rapat dengan tangan, agar api tidak terpadam ditiup angin. Dan, rokok berasap semula.
Fuhh..... fuuuhhh....
“man.. hang tengok tu. Tu Azri, menantu Pak Ya sudu. Maghrib-maghrib baru balik kerja. Dekat pukul 8 dah. Tu dok jalan kaki, sat gi nak sampai rumah pukul berapa. Orang zaman sekarang, ligan (kejar) dunia, sampai tak peduli semayang.”
Kata Pak Mat sambil menunjuk kearah Azri yang baru turun dari van kilang yang menghantarnya di tepi jalan besar. Azri pemuda 30-an, tiap hari pulang kerja lewat, buat OT. Tapi hanya itu jalan yang Azri ada, dalam keadaan minyak yang mahal, harga rumah yang melambung tinggi, GST yang bakal wujud. Orang kerja Kilang tidak ada pilihan, selain OT, OT, OT, sampai mati!
“kesian tengok dia noh.. kerja keras cari duit bagi anak bini makan”
Man cuba menerangkan pada ayahnnya mengenai Azri. Man, anak muda Mahasiswa, pemikirannya lebih terbuka. Dia melihat untuk memahami, bukan untuk menghukum.
“alah.. depa tak susah tera mana aeh.. hang tengok rumah dia tu, ada piring astro!
Pak Mat seperti biasa, tak nak kalah. Mereka ketawa kecil memikirkan ada betulnya juga kata-kata Pak Mat itu.ketawa Pak Mat berselang seli dengan hembusan asap tembakau jawa, dan batuk-batuk manja.
ayah.. tu sapa tu?” 
Man terkejut melihat sepasang remaja lelaki perempuan naik RXZ bersama di dalam kampung. Yang perempuan memeluk erat lelaki itu, seolah-olah RXZ itu ada seat-belt. Man agak terkejut, jarang lihat remaja berani naik moto berpelukan lelaki perempuan didalam kampung majoriti melayu.
“tu anak Maksu Milah tu. Dok belajaq kat IKBN. Hat depan tu boypren (boyfriend) dia tu. Sama tempat belajaq kot. Muda-muda lagi gatai nak menikah dah.”
“nak menikah?”“haa.. maksu milah cerita kat mak hang, laki tu pi rumah dia habaq kat nak minang anak dia tu.”
“habis tu, awat maksu milah tak bagi?”“ingat menikah ni senang ka? Nak jaga anak dara orang bukan senang Man oi. Belajaq la bagi habis dulu.”
“tu depa dok naik moto peluk-peluk tu tak pa pulak?” Man sedikit marah dan kurang senang dengan pemikiran Maksu Milah dengan ayahnya itu.
“alah besa la budak muda..”  jawab Pak Mat selamba, sambil menggulung-gulung rokok daun di tebing bibirnya.
“maksu Milah tu bukan ada anak sulung ka yang belajaq dekat Jordan?”
“wahaby!”
“hah?”
“budak tu habis belajaq taun lepas. Balik mai jadi imam di kampung ni. Cengei (garang) sangat. Tahlil haram, talkin haram, Qunut haram, semua haram. Haram punya budak! Dia rasa dia pandai dah, cakap dengan orang tua-tua pun tak reti nak hormat. Ayah mengaji pondok di Sik dulu, time tu dia pun tak lahir lagi. Dah nak berlagak.” Terang Pak Mat.
“jadi, mana dia sekarang?”“masuk UMNO. Jadi keriat-keriat apa ulama apa pun tak tau”
“Ouh.. skereteriat Ulama Muda Umno La kot, baguih la tu, Umno dah ada Ulama.”
Pak Mat tidak respon, dia sedang ‘high’menghembus asap rokok daunnya. Tembakau jawa, sesekali dia mengangguk memberi isyarat facial yang dia sedang mendengar kata-kata anaknya itu.Vrooom...... kereta toyota Camry baru melintas di mini tar depan rumah mereka.
“Pergh! Orang kampung kita ada pakai camry!”“la hang tak kenai ka? Tu Lan. Dapat datuk dah sekarang.”
“pak cik Lan hat meniaga Pasar Malam tu?”“tu dulu.. dia la ni kaya dah.”
“main MLM ka ayah?
“dak aeh.. dia tu naik jadi ketua cawangan la ni. Dapat pulak jadi setiausaha ADUN. Belambak projek dia sapu kat dia. Nu, tanah-tanah orang kampung ni, berapa banyak dia adjust juai kat cina. Melayu dok bangga tanah melayu ja la, padahai tanah semua cina sapu!”
Pak Mat bersuara. Pak Mat tidak minat Politik, namun dia agak Ultra Malay. Meskipun tidak sewarak mana, atau tidak kuat berparti, namun Pak Mat sangat sayangkan melayu. Pak Mat antara melayu yang tidak menjual tanahnya kepada cina. Dan tanah itu, anak sulungnya guna untuk mohon rumah PRIMA.
Fuhh.. fuh.....fuuuuhhh.....Asap masih setia menemani perbualan mereka, rokok daun lambat habis.apatah lagi kalau otai yang membalutnya.Kelihatan dari jauh, anak-anak muda yang menggigit lalang tadi menunggang laju motosikal mereka pulang ke rumah. Sambil bergelak tawa besar, bergurau senda diatas moto, angkuh membelah mini tar dengan deruman EX5, WAVE, dan 125Z. Semua ayah beli!
“Haisyh.. apa nak jadi dengan budak-budak ni. Tu semua baru tingkatan 4 tu. Elok dapat lesen ja, mak ayah depa pakat bagi moto. Senang nak pi sekolah. Tapi ayah tengok, mana ada pi sekolah pun, dok melepak kat warung Pak Lah belakang sekolah tu. Hisap rokok.”
“Hisap rokok?”
Man tersenyum geli hati bila mendengar ayahnya menyebut tentang rokok, sambil ditangannya ada rokok, di mulutnya ada asap.
nak heran (hairan) apa, bukan takat rokok, dadah pun depa berani ambik dah sekarang. Tak tau la apa nak jadi.”
Man tertunduk melihat gitarnya, niatnya tunning gitar tidak jadi, kerana asyik berbual dengan ayahnya itu. Itik tadi mungkin dah ‘solat maghrib’. Suasana sunyi sebentar, tiada siapa yang lalu memecah kesunyian jalan itu. Cengkerik makin galak berpantun, bulan sudah mengintai posisi sesuai.
“ayahnya! Pukul 8 dah ni! Pi la mandi sembahyang maghrib lekaih (cepat)! Sat gi dah nak masuk isyak. Dok sembang orang nu tak kena, orang ni tak kena, rokok kat tangan tu pun tak kena jugak. Pi mandi semayang lekaih. Ustat mutalib marah tau dak, dah tua-tua pun dok lengah semayang!”
Ramlah menerjah ke anjung. Memberi kuliah maghrib percuma kepada suaminya. Kuliah paling ikhlas, bukan dari UMNO, bukan dari PAS, bukan assyairah, bukan wahabi.
“aku tau la. Sat la. Dok ustat mutalib, ustat mutalib, Pak Mat Haji pun pandai gak aeh!”
Pak Mat melenting bila ditegur isterinya. Itu antara sebab Pak Mat kurang senang bila Ramlah rajin mengaji, habis satu rumah mahu dikuliahnya. Man kali ini tidak mampu menahan ketawa melihat sikap ego dan ‘tak nak kalah’ ayahnya itu.
“gelak-gelak apa Man? Pi semayang kaeh! Sat gi ustat Mutalib marah!
Pak Mat memberi arahan kepada Man sambil menjeling sindir isterinya yang masih bertelekung itu. Man yang masih merah pipinya yang lenguh tersenyum dan ketawa itu, bangun, melintasi depan ayahnya, dan pergi menuju bilik air untuk mengambil wudhuk. Sesekali dia menoleh kearah Ijah yang sedang menyampu air mata, mungkin sedih agaknya episod malam ini. Ramlah masuk semula ke biliknya dan menyambung bacaan Al Quran.Pak Mat Haji, termenung, mengoncang-goncang pemetik apinya yang sudah hampir kehabisan gas, cucuh semula, dan menyambung membalutnya lagi, rokok daun tembakau jawa .





 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 14, 2014 02:27

June 30, 2013

Allayarham Loloq dan Misteri karya Agung..

dengan nama ALLAH yang pemurah lagi maha penyayang...

assalamualaikum wbt..

apa khabar handai taulan yang dikasihi sekalian? semoga sentiasa dalam lindungan kasih dan rindu ALLAH hendaknya.. ehmm.. dah lama saya tak menulis di blog ini. atas desakan kerja dan bujukan duniawi yang melampau, saya tersungkur pada page fb, hingga terlupa Blog ini adalah batu asas loncatan saya hari ini.. ITU SILAP SAYA. dan saya akui serta meminta maaf kepada sahabat2 sekalian..

biasanya post2 saya banyak berkisar tentang kisah2 sejarah, ketuhanan serta isu islamik kontemperari. jarang benar saya menulis tentang mana2 tokoh secara Khusus didalam blog saya ini. seingat saya lah, baru dua tokoh yg saya ceritakan secara khusus didalam entry saya, iaitu Rasulullah s.a.w dan Saidina Umar Al Khatab. yang mana post mengenai saidina Umar mendapat kecaman hebat puak2 Syiah.. (next post saya bakal ceritakan..)

jadi, malam ini, saya ingin menceritakan khusus mengenai seseorang yang saya anggap tokoh. jika beliau masih hidup, hari ini usianya 55 tahun. beliau tidak dikenali kerana dibayangi oleh nama2 besar yang disekeliling beliau. siapa tidak kenal M Nasir, Wings, Search, Spider, Ella, Exist, dan banyak lagi. namun, berapa kerat yang mengenali insan yang bernama Rosli Khamis, atau LOLOQ.

anda pernah mendengar lagu Tanya sama itu hud-hud, Raikan Cinta, Andalusia, Kasih Latifah, Sufi, Diambang Wati, dan banyak lagi judul2 lagu yang boleh dianggap 'pelik', dan lirik2nya pula boleh dikategori kan sebagai 'merapu' atau ntah apa apa..

ya.. Loloq adalah insan disebalik semua lagu lagu ini. beliau dikenali dengan lirik2 nya yang sukar ditangkap oleh minda. kerana laras bahasa yang digunakan oleh beliau agak tinggi,dan paling penting, 'liriknya ada isi'.

kalau ingin menceritakan semua mengenai lirik2 beliau, pasti tidak cukup satu entry. saya berhajat untuk menulis thesis mengenai maksud disebalik lirik2 Loloq. mudah-mudahan Muqadimah ini memberi sedikit sebanyak peransang kepada saya untuk terus mengkaji, dan ilmu untuk sahabat, untuk mengenali siapa insan yang bernama Rosli ini.

ok.. straight to the point..

melihat kepada karya2 Loloq, pasti anda akan terjumpa lirik seperti..

"cahaya mu bagai sabitath.."

tujuh puluh tiga pintu, tujuh puluh tiga jalan,
yang sampai hanya satu jalan..

'ribu2 mergastua, mencari raja si Muraq,
yang sampai cuma tiga puluh.."

"uhhh.. sang Algojo, nanti dulu!"

"nafi dan isbat kau sandingkan, sebagai tali pegangan.."

hey kesani! mengalirlah dikau, menjadi raksa mengisi belikat punggungku.."

dan banyak lagi, hingga kita bertanya, 'lirik apa ini??"

pertanyaan itu sebenarnya bukan menunjukkan kebodohan penulis, tapi kejahilan kita!
allayarham bagi saya seorang pengkaji. sejak kecil saya amat meminati lirik2 beliau, meskipun tidak tahu kepala ekoq. entah apa yang disampaikan, namun saya sangat meminati lirik2 beliau, atas faktor bahasa yang digunakan, dan temanya yang tiada unsur2 leleh2, jiwang tahap langit ketujuh, dan sebagainya yang menjadi lirik typical di Malaysia.

alhamdulillah.. hari ini usia saya 23 tahun, hasil bacaan dan pencarian, ALLAH sempatkan juga saya untuk mendalami maksud2 disebalik lirik arwah. Alhamdulillah.. namun ALLAH tidak sempatkan saya bertemu dengan arwah. tak mengapa.. pasti ada hikmah. ALLAH maha bijaksana..
"kalau aku dapat jumpa dia, mahu bertalaqqi aku dengan dia sehari semalam!" hehe.. itu niat saya, maka ada hikmahnya beliau pergi dulu, dan meninggalkan karya2 agungnya untuk dikaji.

lirik beliau bukan puisi. saya masih ingat, saudara Budhi Hikayat (komposer Awan Nano) pernah bercerita yang bagi Loloq, puisi dan lirik adalah dua perkara yang berbeza. dan hasil kajian saya, lirik loloq bukanlah puisi, namun bahasa ilmu yang sangat puitis!

siapa sangka, dalam lirik2 nya yang dianggap gila, rupanya terkandung Hadith2 authentic dari rasulullah, kisah hikayat2 ahli sufi islam dulu, terkandung sirah kerajaan andalusia, terkandung kisah Yusuf dan Zulaika, serta sang Algojo dan si penunggu mati.
misalnya..

"tujuh puluh tiga pintu, tujuh puluh tiga jalan, yang sampai hanya satu jalan"

ini adalah petikan hadith dari rasulullah s.a.w. (boleh rujuk kitab hadith akhir zaman). didalam hadith ini nabi menceritakan mengenai nasib penganut agama tsamawi diakhir zaman yang mana yahudi akan berpecah kepada 71 golongan, nasrani akan berpecah kepada 72 golongan, dan ISlam akan berpecah kepada 73 golongan.. dan CUMA SATU  golongan dari tiap bangsa ini akan masuk syurga.. yang lainnya akan masuk ke neraka.. didalam lirik ini arwah mengingatkan kita mengenai islam yang akan pecah kepada 73 golongan, dan cuma satu yang dapat msuk syurga. sedarkah kita, bahawa loloq sedang 'berceramah' kepada kita tentang amaran ini? lirik ini ditulis pada 90-an.. dan ketika itu masih belum ada fb, dan internet masih belum meluas, dan amat amat jarang kita mendengar mengenai syiah, wahaby, dan banyak lagi ajaran lain yang menyimpang. dan para ulama juga sangat2 jarang menyebut mengenai hadith ini ketika itu. namun, pada saat itu, arwah lolog telah bercakap mengenai ancaman ini, dan IA SEDANG BERLAKU SEKARANG DI MALAYSIA.!

pada rangkap kedua lagu ini, beliau menulis,

"ribu-ribu mergastua mencari raja si muraq, yang sampai hanya tiga puluh"

menulis dalam tema yang sama, tapi dalam konteks yang lain. bait lirik ini membuat saya menggeleng kepala bila merenungnya. dan soalan yang keluar di kepala otak saya time tu, "dah berapa ratus buku la arwah dah baca".. YA! kenapa saya berkata begitu? hanya Jauhari yang mengenal Manikam. jika pada bait yang pertama tadi, mungkin boleh kita katakan loloq just kutip hadith tu dari mana2 kawan dia yang ustaz. tapi bagaimana dengan rangkap kedua? ini adalah mengenai hikayat At Tuyyur. atau 'kisah raja si muraq. sebuah hikayat sufi purba Parsi yang ditulis oleh penyair parsi terkenal era itu, Fariduddin al Attari. dan hikayat2 ini tidak diajar disekolah2, mahupun universiti peringkat degree!
pada era kegemilangan sastera sufi parsi dahulu, muncul tokoh2 hebat yang menulis kisah2 dan syair2 hebat yang disebalik kisah itu mempunyai banyak makna yang tersirat dan cukup mendalam mengenai hubungan hamba dan tuhan.  antara tokoh yang saya minati, Jalaludin Ar Rumi, atau lebih dikenali sebgai maulana Rumi, dan Ibn Tufayl, yang menulis hikayat Hayy Ibn Yaqzan. ini adalah karya2 agung yang mempuyai makna yang cukup mendalam. dan allayarham rosli Kamis, sedang mengulang sejarah mereka!
kisah hadith 73, dan hikayat raja si Muraq menceritakan mengenai peluang. didalam hikayat raja si muraq, diceritakan mengenai ribuan burung2 yang mencari2 Raja. lalu, Hud-hud membawa mereka terbang jauh mencari raja si muraq untuk diangkat menjadi raja mereka. dalam perjalanan itu mereka harus menempuh 7 ujian yang meliputi ujian cinta, rindu, kesatuan, dan banyak lagi. (kena baca sendiri). maka, dalam ribuan burung itu, cuma 30 puluh ekor yang berjaya sampai ke raja si muraq. dan sebaik tabir dibuka, mereka melihat raja si muraq itu adalah diri mereka sendiri! apa ertinya? ia adalah perlambangan perjalanan untuk mencari dan mengenal diri sendiri. sungguh agung karya2 seperti ini.

maka, bukan calang2 penulis yang ada ilmu semacam ini. pastinya beliau seorang pengkaji dan sangat sangat sangat banyak membaca. bagaimana dengan sang algojo? apakah ertinya? kenapa tertulis ayat 'ohh sang algojo, nanti dulu! berikan ku kesempatan akhir ini, untuk nyatakan kalimah sebenar!"

apakah maksud disebalik bait ini? algojo bermaksud yang ditugaskan untuk menjalankan hukuman bunuh. seperti si pemancung dinegara yang mengamalkan hudud, dan si penarik tali gantung dinegara seperti di Malaysia. dan sang Algojo juga boleh dimengertikan sebagai malaikat Izrail yang bertugas mencabut nyawa. maka, disaat sang algojo didepan mata, adakah masa itu kita mahu berkata nanti dulu?!

aduhai.. alhamdulillah.. hari ini terizin juga saya mengkaji dan merungkai misteri karya agung loloq. dan ingat, karyanya bukan sepuluh, tapi beratus ratus! entah apakah lagi yang beliau ceritakan didalam lagu2 yang lain. maka itu tugas kita untuk terus mengkaji, dan agar dapat golongan seni tanah air belajar menghargai dan mengadaptasi kriteria loloq kedalam diri mereka. lagu adalah seni, jika lirik2nya sekadar singgah ditelinga, ia sekadar 'bunyi'. tapi jika ia singgah ke hati, maka ia adalah 'lagu'. namun, jika ia singgah ke kepala, maka lagu itu adalah karya agung, yang mengembalikan martabat dan fungsi sebenar bahasa sebagai sarana serakan ilmu. mengapa tidak? bukankah ayat2 al quran itu sangat indah dan puitis?
maka seharusnya jika lagu adalah seni, maka ingat, bahasa juga seni, dan kedua ini tidak dapat dipisahkan, jika terpisah keduanya, ilmu tak dapat disampai, telinga  menjadi bingai, hati menjadi lalai!

akhir sekali, hasil dari penelitian kepada karya2 loloq, dan hasil dari imitasi minat2 beliau kepada bacaan2 tinggi, hikayat dan syair sufi lampau, maka saya CUBA menghasilkan LIRIK saya sendiri.. siapa tahu, suatu hari nanti saya dapat menulis lirik seperti beliau, yang bukan menulis lagu, tapi menulis ilmu. biar diri telah mati, tapi karyanya masih hidup dan terus dikaji..  terimalah lirik pertama dari IbnuRijal, PETI...


 isinya rambut sang nabiDan si tongkat saktiKiriman man salwa makanan firdausi..
Eli... Dari peti lahirnya jatiBerperi-peri ke kota suciDisuruh pergi bersembunyi diriDiharam kaki, gila talak bani yahudi.
Aduhai tukang besiLawanmu jalut gergasiAduhai Yusuf Kau membuka sekali lagi
Mana hilang jati daudMana pergi wira yusufHilang bersama peti tabutTersembunyi jauh di kitab tasauf
Apa mungkin muncul petiDikala bangkit sang mahdiYang mata satu cair berlariJerit si batu,
Dibelakangku YAHUDI!!
-peti--ibnuRijal-





 •  1 comment  •  flag
Share on Twitter
Published on June 30, 2013 08:51

November 22, 2012

Puisi Guruh Petir..!



Puisi guruh petir.. (dedikasi buat saudaraku di Gaza)

Pada senja ini, guruh berdentumBagai mahu terbelah langit dek dentuman guruh yang tiada gemuruh,Mungkin dentuman ini yang menjadi halwa telinga,Saudaraku di Gaza.
Kilat memancar laju, sekelip mata terpejamAkibat silauan maut kilatan itu,Mungkin panahan ini yang menjadi tatapan mata,Saudaraku gi Gaza.
Hujan turun dengan lebatnya..Membasahi bumi dengan jernihnya..Bukan hujan ini yang dirasa,Saudaraku di Gaza.
Saudaraku di Gaza berhujankan perluruMembasahi bumi dengan merah pekat darah,Mengalirkan darah si kecil yang tak bersalah..
Disenja ini, aku berlari mendapatkan bantal empuk Menyelimuti tubuhku yang kesejukan.Tapi saudaraku di Gaza,Berlari mendapatkan batuan, untuk dilontar ke jentera besi zionist,Lalu menyelimuti tubuh saudaranya yang telah syahid di pangkuan.
Siapa yang medengar suara saudaraku ini..Ya ALLAH..Pemimpin-pemimpinku  buta tuli ya ALLAH.Mereka sekadar peduli sehari..Mereka pekak hina!Tidak mendengar tangisan si bayi.Mereka lumpuh ya ALLAH..!Hingga tidak mampu mengerahkan tentera islam berlari!Mereka bacul ya ALLAH..!Bersembunyi di meja bulat, mengkritik Yahudi.
Kalau tugas kritik mampu hentikan keganasan,Aku tidak gesa orang atasan,Telah lama aku berbuat demikian.
Sekadar lancarkan derma,Lalu disalur pada saudara,Kelak datang serangan kedua,Derma tak sampai, saudara yang kecewa.
Tiupkan semangat khalid didalam diri panglima perang kami ya ALLAH!Kurniakan ketangkasan Hamzah pada mereka!Turunkan keberanian Umar buat mereka!Bangkitkan untuk Kami salahuddin yang telah pergi!Bangunkan untuk kami Al Fateh yang telah mati!
Biarkan si mati berjuang, dari hidup sebagai persembunyi!
Ya tuhan, saksikan.. hari ini aku kenal, siapa itu OIC.Pertubuhan kedua paling ku benci, selepas PBB..

-Hujan lebat--22 november 2012, senja-  -IbnuRijal-
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 22, 2012 04:53

November 16, 2012

kisah Agung perang Salib..


apabila sultan Imanuddin zangi ( Ayahnda kepada Sultan Nuruddin) berjaya menwaskan keangkuhan kristian, kristian menyusun strategi baru.. st. Benard mengusulkan The Knight templar, golongan kesatria yang berjuang untuk syahid, dan bersatu dengan orde biarawan putih yang bejuang disudut rohani untuk mendoakan mereka.. perjuangan mereka berteraskan "agama", berjuang demi "agama".. dalam sebuah buku
menyebut, para kesatria ini tidak pernah memakai baju selain dari apa yang diberi komandan mereka, tidak makan selain dari apa yang diberi komandan mereka, mereka menyayangi saudara2 kesatria mereka lebih dari menyintai kaum wanita, mereka memelihara ibadah, dan tidak pernah membuang masa, bila bukan masa bertempur, mereka akan memotong kuku, memotong rambut, memandikan kuda dan lain2... dan, mereka "berjaya" dalam tiap misi mereka..

#saya bukan berniat nak angkat golongan ini, (petikan diatas akan saya beri sambungannya nanti..).. cuma, apa yang saya nak tekankan disini adalah kekuatan yang hadir bersama naluri keagamaan itu.. kesatria knigth templar berjaya kerana falsafah keagamaan mereka itu.. namun datang saladin, sultan muhammad Al Fateh yang berjaya membuktikan jurusalem, Konstantinompel milik islam, dan pembukaan ini adalah kerana salahuddin al ayyubi serta sultan muhamad al fateh berjuang kerana naluri agama..

mengapa tentera israel begitu kuat? mengapa bangsa mereka dilihat berjaya? kerana tiap apa yang mereka lakukan adalah atas keperluan agama mereka.. mereka buat ketenteraan bukan nak takhluk dunia, tapi nk takhluk tanah suci yang mereka claim mereka punya, mereka buat filem2 untuk angkat bangsa dan agama mereka, mereka jadi ahli perniagaan, Mcd, Nestle, Nokia DLL, keutungan mereka disalurkan dengan sangat banyak untuk "agama" mereka.. tiap suatu yang membawa keuntungan kepada agama mereka, mereka akan berjuang untuk itu.. tapi kalau bukan bawa keuntungan untuk agama mereka, mereka tak minat.. contoh, pernah tengok israel bersungguh2 untuk skuad bola sepak mereka? atau untuk temasya2 sukan dunia? kenapa? kerana bagi mereka itu tak bawa keuntungan kepada "agama" mereka.

kenapa islam hari ini lemah? kerana tidak ada naluri agama dalam diri.. kita berniaga untuk penuhi perut anak bini, kita masuk tentera untuk gaji, kita buat filem untuk cecah box office dan tidak pernah menyelitkan sedikit pun naluri agama dalam kerja buat kita.. DAN itulah PUNCA kelemahan kita...

salahuddin al ayubi serta sultan muhammad al fateh telah membuktikan, untuk menewaskan bangsa yang berjaya dek kerana naluri agama mereka, adalah dengan kita pun berjuang dengan naluri agama kita.. SAMA..! cuma bezanya, agama kita adalah agama yang benar, dan agama mereka adalah agama yang salah, jadi, anda dapat ramalkan apa yang bakal terjadi bila dua kuasa ini bertemu?? ya..

"akan datang lelaki2 dari timur yang datang bersama mereka panji2 hitam, bila mendnegar perkhabaran mereka, dapatkanlah mereka meskipun kamu perlu merangkak diatas salji.."




[part two ]

saya telah cita semalam tentang kekuatan the knight templar serta rata2 yahudi hari ni adalah kerana "semangat agama" yang ada dalam diri mereka.. hari ni saya nak cerita tentang yusuf..

yusuf adalah anak saudara kepada panglima Asad ad din Shirkuhh.. apabila pertembungan islam dan kristian memuncak, gabenor mesir meminta bantuan Raja Nuruddin.. dan baginda menitahkan panglima Asad ad din untuk 'turun padang".. lalu, beliau menitahkan yusuf untuk ikut bersamanya... yusuf seorang yang lembik, kerap sakit, kurus keding, berusia 31 tahun ketika itu, wajahnya tampan, dan sensitif orangnya.. oleh kerana takut, yusuf ikut bapa saudaranya (asas ad din) untuk turun berperang ke MEsir.. siapa sangka, kepergiannya ke mesir merubah seluruh lanskap hidupnya... yusuf yang lembik itu selepas itu menjadi sebahagian dari sejarah jihad islam, pahlawan kebanggaan islam serta komander perang yang sangat dikagumi dunia barat.. bahkan holywood membuat filem peperangan antara islam dan kristian, tapi dalam filem tersebut tetap mengangkat yusuf sebagai panglima agung.. hinggakan pendekar2 kristian dan the knight templar terketar2 lutut bila mendengar kedatangan yusuf.. dan, yusuf adalah satu2 nya panglima islam yang ada nama khas dalam bahasa barat... siapakah "yusuf yang lembik" ini??

dunia barat mengenalinya sebagai Saladin, dan islam mengenali beliau sebagai,..

SALAHUDDIN AL AYYUBI...

bagaimana episod cemerlang Salahuddin al ayyubi bermula? iaitu selepas kecemerlangan mereka menumpaskan kristian di mesir. raja Nuruddin meminta agar panglima asad ad din menjadi gebenor di mesir, namun beliau meninggal dunia disana. org2 mesir yang ketika itu adalah syiah diberi mandat untuk memilih ketua mereka yang sunni yang dikirim oleh raja nuruddin itu.. dan, pastinya org2 mesir akan memilih individu yang paling "lembik". kerana fikir mereka, mudahlah nanti mereka mencatur gebenor baru sunni yang lembik ini. lalu, pantas mereka memilih salahuddin al ayyubi menjadi gabenor mereka. sekaligus mereka buat "silap besar" dengan berfikir begitu, dan buat "jasa besar" dengan melantik salahuddin al ayyubi sebagai gabenor..

selepas dari perlantikan itu, watak salahuddin al ayyubi bertukar 360 darjah.. ketika inilah "yusuf yang lembik" ini mula dikenali sebagai salah ad ddin (salahuddin) yang bermaksud keadilan agama. salahuddin kemudiannya menjadi individu terpenting dalam jihad islam.. kata2 pertamanya sebaik menjadi gabenor adalah,

"ketika ALLAH memberikan aku MEsir, aku yakin bahawa DIA sedang memberikan aku Palestin..."

#palestin @ jurussalem ketika itu adalah dibawah kuasa kristian yang sangat kuat. mereka dilindungi oleh the knight templar, para baron dan golongan elit kristian serta kerajaan kristian ketika itu yang gergasi.. anda boleh bayang apa ertinya? dan apakah maksud visi Salahuddin al ayyubi ini? bunyinya bagai mustahil seorang gabenor wilayah kecil mahu menawan kerajaan d sebuah kota suci yg sangat gagah.. ibarat, kita yang baru merdeka dua tiga tahun, kemudian tunku abd rahman umumkan, "bila ALLAH memberikan tanah melayu kepada kita, bermaksud DIA sedang memberi United kingdom..!"

dan kalau kita ada pada waktu itu, apa akan kita fikir? MUSTAHIL. tapi SAlahuddin membuktikan, beliau bukan yusuf si lembik yang dulu.. dia adalah salahuddin.. bagaimana beliau merealisasikan hasratnya itu? dan ketika era ini, dimanakah watak yahudi? apa sedang terjadi kepada mereka? kita akan bicarakan pada part seterusnya..




[part 3]

pagi tadi kita dah story siapa itu Yusuf, dan kita dah tahu beliau adalah Salahuddin Al Ayyubi... pada episod kali ini, saya nak bercerita pula berkenaan bagaimana Salahuddin Al Ayyubi membebaskan Palestin dari cengkaman kerajaan Kristian..

sebelum kita pergi lagi jauh, baik saya beri sedikit latar belakang mengenai jurussalem ni, dan kenapa kota ini direbut oleh ketiga2 agama ini.. asalnya jurussalem adalah tanah yang dijanjikan untuk bangsa yahudi.. setelah king David menyatukan bangsa yahudi, mereka kembali hebat, namun lama kelamaan makin lalai dan jauh dari ALLAH.. lalu, ALLAH kirimkan bala kepada mereka apabila raja assyiria menyerang bangsa ini tanpa belas kasihan. maka, bangsa yahudi yang 12 ini berpecah belah, dan 10 dari suku ini, hilang dalam sejarah dunia.. (diceritakan dalam kitab yahudi, 1 dari 10 bangsa yahudi yang hilang ini, akan kembali dari timur diakhir zaman dan membunuh yahudi zionist)

setelah itu bangsa yahudi menjadi hamba dan pelarian. mereka dihina dimana pun mereka berada.. hinggalah datang nabi Musa membawa mereka kembali ke jurussalem.. namun lama kelamaan mereka kembali angkuh, dan sekali lagi bala tiba, mereka diserang oleh kaum babil..

masa berlalu, islam, melalui Saidina Umar menawan kota ini tanpa sebarang pertumpahan darah.. namun kristian merampasnya beberapa lama selpas itu.. semasa era kristian menguasai jurussalem, yahudi diusir dengan begitu hina. kerana bangsa kristian amat membenci bangsa ini, kerana kaum yahudi lah yang membunuh nabi isa (dlm kepercayaan kristian)

maka tahulah yahudi bahawa tiada tempat atau tanah lagi untuk mereka diami di dunia ini.. ini adalah balasan ALLAH kepada mereka.. seperti mana nasihat nabi yoshua, apabila bangsa ini menderhakai ALLAH, maka tidak ada tanah yang layak untuk mereka diami.. (kitab ulangan 28 : 63-67)

maka berkuasalah kristian dengan pengaruh the knight templar dan para baron di jurussalem sehingga 80 tahun lamanya sebelum "ditebus' oleh salahuddin al ayyubi..

ketika ini dimana bangsa yahudi? mereka menjadi pelarian disetiap negeri. dimana saja mereka berada, mereka akan diperlakukan seperti hamba yang hina, dan diusir.. dan, eropah tidak pernah berhenti memusuhi Yahudi hinggalah ke zaman hitler, malah hinggalah ke hari ini...

dan ketika era kehebatan kristian inilah, datangnya lelaki yang bernama salahuddin ini, yang membuktikan kepada mereka, ISLAM LEBIH HEBAT!!




[part 4]

kita dah kenal siapa Yusuf, dan dah tahu pada fasa perbincangan kita ini, iaitu sekitar tahun 1181-1190 dan ketika era ini, golongan knight dan para baron mengawal jurusalem setelah merampasnya dari islam hmpir 80 tahun sebelum itu.

baiklah, bagaimana saladin merealisasikan azamnya dlu, yang mahu membebaskan jurussalem? setelah menjadi gabenor Mesir, perjuangan pertama beliau adalah untuk menghapuskan kekhilafan antara syiah dan sunni, kerna ia sekadar pepecahan politik, bukannya pepecahana agama.. kempen saladin (slahuddin al ayyubi) itu berjaya.. semua kerajaan kecil2 islam bersatu dibawahnya.. dan dalam sekelip mata, Salahuddin al ayyubi menjadi antara individu terpenting di timur tengah ketika itu.

saladin sgt menghormati ulama.. (kita akan buktikan pada episod depan). beliau menghafal isi Al Quran dan kitab2 fiqh .. dan seringkali menangis diwaktu solat malamnya..

dan, bagaimana pula golongan kristian ketika ini? setelah saladin menguasai semua kerajaan islam ketika itu,.. selruh wilayah islam mengepung jurusalem, kerajaan kristian ketika itu.. dan itulah satu2nya kerajaan kristian di timur tengah ketika itu, dan mereka terperangkap di tengah2.. sama seprti israel di tngh2 tanah arab hari ini..kalau hari ini israel mendapat sokongan Amerika, dahulu, kerajaan kristian Frank ini, mendapat lindungan dari kerajaan2 kristian besar di Eropah..

bezanya, hari ini dunia arab DIAM. tp dulu, saladin berjuang..

berbalik kepada kristian tadi.. ketika ini kerajaan kristian frank di kristian boleh dikatakan sgt kuat dan tentera yang sgt ramai.. namun kekuatan mereka membawa kepada pepecahan dalaman. golongan Knight terbahagi kepada dua puak.. iaitu puak merpati dan puak helang.. puak merpati yang diterajui oleh Raymond ini lebih berwaspada dan tidak menganggap saladin sebagai musuh tuhan.. sebaliknya puak helang yang diterajui oleh reynald ini kebanykan mereka dtg dari eropah. mereka lebih angkuh dan agresif.. namun, keangkuhan mereka bakal memakan diri..

raja kristan Frank ketika itu, Badwin. seorang yang kuat, tetapi diserang penyakit kusta yang kronik di penghujung hayatnya.. (kalau tgk movie kingdom of heaven, yg pakai topeng tu la raja Badwin)

kerana itu, baginda menyerhkan tugasnya kepada para penasihat baginda.. golongan helang meluat melihat raymond dan raja badwin yang dilihat seolah berbaik dengan islam. mereka bertekad mahu "mencari pasal" ...

ehm.. tapi mereka lupa, org yang mereka cari pasal tu adalah salahudin Al Ayyubi.. .. mereka silap orang la kalau nk cari pasal...

"kebiadaban mereka itu, membawa kepada sumpah Salahuddin...
apakah kebiadaban mereka itu, dan apakah sumpah salahuddin al ayyubi tersebut...?







[part 5]

disebabkan saya yang dah excited nak cita lagi, maka saya sambung part 5 ni mlm ni jugak.. :) ok?

pada part 4 yang lalu, saya ada cita yang golongan kristian Frank ini terbahagi kepada 2 knight templar. iaitu geng merpati dan geng helang.. ketua gng merpati, Raymond tidak bersahabat dengan Saladin, namun mereka tidak bermusuh (harap2 faham). namun, puak helang yang diketuai oleh Renayld ni la yang angkuh nak cari pasal..

saladin dan raja Badwin (raja kusta) sudahpun membuat perjanjian gencatan senjata.. namun, renayld yang "meluat" dengan perjanjian itu, mula cari pasal dengan menyerang kabilah2 islam yang sedang dalam perjalanan untuk umrah ke Mekkah.. serangan itu menimbulkan kemarahan saladin. dan serangan itu membuatkan perjanjian gencatan senjata terbatal..

saladin dan tentera beliau menuju untuk menyrang kristian Frank.. namun ketika itu sedang diadakan perkahwinan puteri Isabela dan putera.. (sya lupa nama) yang baru berusia 11 tahun.. perkhwinan ini bertujuan untuk menyatukan semula kaum2 kristian yang pecah belah..

bila saladin mendapat tahu bahwa didalam istana itu sedang berlansung mjlis khwin, maka saladin mengarahkan agar tentera beliau berundur kerana beliau kasihankan pengantin yang sedang meyambut hari bahgia.. dan ketika itu, golongan knight Merpati keluar dan memberi sedikit hidangan kenduri kepada tentera saladin. demikianlah hati2 ahli kitab yang sebenarnya bersatu namun terpisah dek kerana ideologi yang salah..

baik, kita sambung, raja badwin pergi menemui saladin dan meminta maaf atas kebiadaban renayld dan baginda berjnji akan menghukum renayld.. perjanjian gencatan senjata dibuat semula..

TETAPI, tak tahan lama.. renayld sekali lagi "cari pasal".. dia bersama geng2 helang sekali lagi menyerang rombongan org islam yg nk pegi haji.. malah dia bertekad mahu masuk ke mekah dan madinah, dan mahu membongkar kubur nabi dan menyeret tubuh baginda yang suci itu.. ketika sedang menyeksa org islam itu, renayld berteriak, mana Muhammad kalian??"

mujurlah ketika itu, adik Saladin bergegas untuk megalang renayld memasuki Mekkah.. mereka membunuh geng2 helang, namun Renayld dan kuncu2 nya sempat lari..

berita ini sampai ke telinga Saladin.. dan kali ini, salahuddin Al Ayyubi benar2 hilang sabar.. ketika itu beliau bersumpah akan membunuh Renayld dengan tangannya sendiri..!!




[part 6 ]

oleh kerana malam ni Like cepat mendadak, saya kira wajar saya buat sambungannya mlm ni jugak coz org2 tgh baca dan menanti.. tak baik biar org menanti.. bagi org yang lom baca part seblum2 ni, nasihat saya, tekan bawah dulu, baca part2 sebelum ni, untuk kesan yang lebih mendalam.. ehm.. bismillah... ok.. kita sambung :)

pada part 5 tadi telah saya cita kebiadaban Renayld yang membuatkan panglima salahuddin al ayyubi hilang sabar.. kali ni saya akan sambung apa yang bakal terjadi bila seorang panglima agung hilang sabar...

Saladin mengutus mesej agar renayld memohon maaf kepada org islam.. namun Renayld sangat angkuh.. apatah lagi, ketika ini raja Badwin yang menderita penyakit Kusta meninggal dunia.. dan anak saudaranya yang belum mencecah 7 tahun mengantikan baginda, dan urusan pentadbiran dipegang raymond.. dan raja Badwin berwasiat, jika anak saudaranya itu pun mati sebelum dia dewasa, maka terpulang lah kepada para paus (kesatuan ulama2 kristian) untuk melantik raja baru..

ketika Raymond menjga pentdbiran, raymond mendesak Renayld agar jgn cari pasal denga saladin. mereka belum tahu siapa itu salahuddin.. tapi renayld sgt angkuh..katanya raymond pro-muslim.. sedangkan Raymond tahu, mereka takkan mampu menang dengan saladin.. bagi raymond, lebih baik jgn mencari pasal dengan saladin, atau kristian akan kehilangan Jurussalem..

renayld tetap dengan angkuhnnya (tak lama dah dia ni).. kebetulan, time tu anak saudara raja badwin pun turut meninggal. maka para paus diberi kuasa untuk melantik raja baru.. dan, disitu berlaku kroni, paus berpakat melantik Guy, seorang lelaki yang ikut ja telunjuk Renayld.. dan kini, Guy menjadi raja.. maka lebih angkuh la renayld ini..

dipihak muslim pula, Saladin mencatur strategi, membahagikan tenteranya kepada 3 kumpulan, 1 bergerak menuju tmpt yg agak jauh, kump 2, mnjaga tasek2 disekitar jalan trsebut, dan kump 3, standby di pintu sempadan..

renayld begitu teruja untuk menyerang tentera saladin yg bergerak jauh itu.. dia mahu membunuh muslim disana! namun, raymond tahu, Saladin sgt bijak dalam atur strategi, dia tidak izinkan. tapi, Raymond dituduh pengkhianat dan pro-muslim.. raymond merajuk, dan arahkan geng2 merpati agar jgn wat kerja gila tu.. dan, Renayld teruskan hasratnya.. mengumpul para knight.. dan bergerak menuju tentera Saladin itu..

ya.. saladin sgt bijak.. tentera mereka menunggu disana dengan waspada dan ibadah siang dan malam. (kerana masa tu bulan ramadhan).. dan kumpulan yang ditugaskan mnjaga tasek itu, mengeringkan tasik2 disekitar jalan ke tmpt jauh itu..

maka berjalan lah tentera Renayld dan Guy berhari2 lamanya.. bekalan air kehabisan, kolam2 air juga kering.. mereka sangatlah terseksa.. berasa sgt dahaga.. mereka mula hilang semangat untuk berjuang, kerana sgt lemah.. bila tiba di tmpt tentera saladin itu. waktu malam.. mereka mengeluh letih dan dahaga.. ketika itu, tentera saladin terdengar keluhan mereka.. maka mereka memuji2 ALLAH dan bersyukur.. bagi mereka, mungkin itu berkat malam lailatul Qadar.. (mlm tu 27 ramadhan).. keesokannya perang pun meletus antara kristian dan islam.. dan yang hak pasti akan menang keatas yg batil.. tentera Islam menang.. dan guy serta Renayld ditngkap menjadi tawanan..

di kem tahanan, tentera kristian dilayan dengan baik.. guy dan renayld dibawa mengadap Saladin.. tengiang2 di telinga Saladin kebiadaban Renayld dahulu.. ketika ini, Guy dan renayld sgt lah ketakutan melihat saladin.. malah Renayld yang angkuh sebelum ini, memanggil saladin, Tuanku!!

saladin mengotakan sumpahnya.. beliau memancung kepala Renayld.. dan kepala itu bergolek, darah memercik kearah Guy.. guy sgt lah cemas.. saladin mendekati Guy dan berkata,

"seorang raja takkan membunuh raja yang lain.. pulanglah..."

demikianlah kehebatan pribadi Saladin..

malam itu, Saladin memandang kearah kota jurussalem yng dikekelingi tembok yang kukuh.. beliau teringatkan masjidil aqsa, tapak mikraj nabi, dan kiblat pertama org islam.. namun, beliau tahu, sgt sukar untuk menembusi tembok kota itu.. lebih ramai knight yang sedang menunggu.. Saladin berdoa kepada ALLAH.. lalu, memandang sayup ke kota itu, dan memanggil tenteranya... dan.. .



[part 7]

renayld yang angkuh dah terbunuh.. Guy lari bersembunyi ke tirus. raymond dah tak nak ambil tahu tentang jurussalem.. semalam kita dah cita yang selepas berjaya menumpaskan Renayld dan para Knight templar. kini kota jurussalem terbentang dihadapan Salahudin al ayyubi..

beliau teringatkan kata2 hebatnya dahulu,

"ketika ALLAH memberikan aku mesir, bermaksud ALLAH sedang memberikan aku Palestin.."

malam itu, saladin memandang kearah tembok jurussalem yang gagah itu.. didalam fikirannya adalah Masjidil Aqsa, tempat Mikraj nabi, serta kiblat pertama org islam..

namun, pada pandangan mata tentera2 saladin ketika itu, perkara itu adalah suatu yang mustahil.. kota jurussalem terlalu kukuh, ribuan lagi the knight templars sedang menanti.. bila melihatkan tenteranya yang kurang yakin itu, Saladin memanggil semua tenteranya dan menyampaikan Khutbah perang yang yang berapi-api..

"ini adalah kota kita. ini kiblat pertama! malah isa lahir disini, Rasulullah mikraj disini.. saidina Umar pernah menawan kota ini secara aman, namun kristian merampasnya kembali dengan penuh rakus 80 tahun lalu. mereka membakar rumah2 nenek moyang kita, mereka membunuh org2 islam, dan mengotorkan kesucian kota suci ini, dan hari ini, kita sebagai tentera ALLAH, harus bangun, dan menebusnya semula, demi sebuah agama, tanah yang ketiga tersuci dalam islam..!inilah masanya, inilah saatnya..!! ALLAHu AKBAR..!! "

demikian Khutbah Saladin. sejurus itu, tentera2 islam bertukar menjadi ibarat singa yang kelaparan. semangat mereka berkobar2 oleh kerana khutbah saladin itu.. mereka mara menuju tembok jurussalem yang gagah itu..

disaat kehadiran sekumpulan besar tentera saladin itu, para knight dan rakyat Jurussalem ketika itu sangatlah ketakutan. apatah lagi bila mendengarkan saladin sendiri yang memimpin tentera itu.. dan, dalam masa yanf sama, mereka tidak punyai raja untuk memimpin mereka..

dalam perjalanan menghampiri kota jurussalem, Saladin bertemu dengan seorang baron dari Ibelin yang bernama Balian. balian juga dalam perjalanan ke kota jurusalem. tetapi untuk mengambil isterinya pulang. dia tidak berminat untuk ambil tahu apa yang sedang berlaku antara muslim dan kristian. Balian adalah seorang yang sgt handal bermain senjata.. (dlm filem kingdom of heaven, Orlando bloom memegang watak balian ni)

balian mmberithu niatnya kepada saladin. dan bersumpah sekadar mahu mengambil isterinya, dan pulang. saladin mengizinkan Balian untuk pergi dahulu ke jurusalem, dan mengambil isterinya pulang..

setibanya Balian di kota Jurussalem. lain pula ceritanya. rakyat2 jurssalem serta para panglima melutut dan merayu kepada Balian agar memimpin mereka mempertahankan Jurussalem. namun, Balian terikat dengan sumpahnya kepada Saladin yang dia tidak akan ikut campur dengan urusan itu.. walaubagaimanapun, saudara seagamanya sgt2 memerlukan pimpinannnya.. kini Balian berada dalam dilema yang teramat sgt.. dia sedar bahawa dia ada tanggujawab agama untuk mempertahankan kota jurussalem itu.. tapi, bagaimana sumpahnya dengan saladin??

kita akan bicarakan pada part seterusnya...







part 8] (BAHAGIAN AKHIR)

assalamualaikum.. maaf la terlewat sehari.. sibuk dengan rak buku baru.. :) sidang pembaca yang setia mengikuti kisah lagenda perang salib dari part 1 hinggalah part 7.. hari ini, kita akan masuk part yang seterusnya, yakni bahagian akhir didalam kisah ini..
apakah Salahuddin akan berjaya menawan kota Jurussalem? dan bagaimana pula sumpah Balian dengan salahuddin itu? apakah kesudahannya? akan kita kupas pada part kali ini..

pada part 7 yang lalu, telah kita bicarakn, Balian bersumpah kpd saladin untuk tidak mahu ikut campur urusan perang. namun, setibanya ke kota Jurussalem, rakyat dan para pahlawan krisitian merayu2 agar Balian mengetuai mereka mempertahankan kota itu dari saladin. lalu bagaimana?? adakah Balian melanggar sumpah itu?

Balian berada didalam dilema yang serius. akhirnya, pada satu malam, Balian menyusup keluar dan pergi bertemu dengan salahuddin.. balian menceritakan apa yang berlaku, dan dilema yang berlaku keatasnya.. ia memohon izin Saladin untuk membatalkan sumpahnya itu..

salahuddin berbincang dengan para ulama' nya.. adakah saladin berdosa jika tidak menghukum Balian yang melanggar sumpah? setelah perbincangan pnjg.. akhirnya Saladin bersetuju.. beliau memahami dilema yang sedang dihadapi oleh Balian..

lihatlah..! betapa islam dan kristian itu sebenarnya saling menghormati.. mereka boleh sama2 toleransi disaat mereka "sedang berperang.." . subhana ALLAH..

Balian pun kembali ke jurussalem dan menyiapkan tenteranya untuk melawan dengan tentera islam pimpinan saladin.
maka tibalah hari yang dinanti.. bala tentera Salahuddin datang dengan membawa panji islam.. mereka bertempur dengan penuh keberanian hinggalah tembok besar jurussalem berjaya dipecahkan..

balian yang ketika itu, melihat seolah2 tiada harapan lagi untuk kristian menang, keluar bertemu dengan saladin..

"kami rasakan seolah tiada harapan untuk kami menang lagi. jika benar kami akan kalah hari ini. saya rela membakar seluruh kota ini, biar hanya tinggal runtuhan dan sisa banggunan sahaja untukmu.." - ugut Balian yang ketakutan memandang saladin.

"kota ini dipenuhi dengan kanak2, kaum wanita, dan org tua.. tolong jangan paksa kami menggempur lagi.. menyerah sahaja.. saya berjanji tiada siapa akan terbunuh.." kata saladin.

Balian tidak yakin dengan tawaran saladin itu..

"bukankah 80 tahun dulu, kami org kristian telah merampas kota ini dari kamu dengan pertumpahan darah yang besar, kami menyembelih nenek moyang kamu, membakar segala rumah2 mereka.. mana mungkin kamu tidak akan membalas perbuatan yang serupa terhadap kami hari ini?" . soal Balian..

saladin tersenyum dan berkata..

"itu mereka.. saya bukan mereka. saya SALAHUDDIN.. ... SALAHUDDIN AL AYYUBI... "

akhirnya Balian akur, dan bersetuju untuk menyerah kepada tentera islam...

ALLAHu akbar..!!! ALLAHu Akbar...!!

tanggal 2 oktober 1187, salahuddin berjaya membawa islam memasuki semula kota Jurussalem.. dan menakhluk kota suci itu selama 800 tahun berikutnya..

salahuddin tidak merosakkan gereja2. beliau terus menuju ke masjidil aqsa yang menjadi markas the knight templars.. saladin bersujud syukur kepada ALLAH s.w.t..

mereka membersihkan masjid Aqsa dengan siraman air mawar. dan, pada jumaat 9 oktober, mereka mendirikan solat jumaat yang pertama di masjid suci itu setelah membebaskannya dari cengkaman kristian.. subhana ALLAH...

- TAMAT-

salahuddin... jasamu akan kami kenang... :(

sedikit info, beberapa tahun selepas itu, selepas perang salib yang ke 3 dengan Richard the lion heart. salahuddin jatuh sakit, dihantar pulang ke damascus.. beliau sudah tidak berdaya lagi. hanya terbaring lemah.. namun, tiap kali masuk waktu org akan datang bersolat jemaah di rumahnya.. syeikh yang membacakan Quran disisi tubuh Saladin yang sedang gering itu berkata, "aku membacakan Quran kepada raja salahuddin, dan bila tiba pada ayat, "tiada tuhan selain ALLAH, dialah yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata". terdengar satu suara dari bibir saladin yang lemah itu, mengatakan "Benar..!"... syeikh menyambung, aku membacakan lagi Quran.. sehinggalah pada hari yang ketiga, tepat2 pada ayat yang berbunyi, "tiada tuhan selain ALLAH, dan kepada DIA sahajalah aku berserah diri.." Salahuddin menghembuskan nafasnya yang terakhir..

seorang pahlawan agung, lagenda dan wira islam, pergi menghadap tuhannya.. salahuddin Al ayyubi. raja seluruh jazirah, mesir, lubnan, Yaman.. apa yang beliau tinggalkan?

beliau, raja empayar yang agung, pergi dengan hanya meninggalkan 1 DINAR dan 47 DIRHAM..

seluruh rakyat jelata menangisi kepergian saladin.. para muslimin menyintainya, para kuffar mengasihinya.. tentera islam menghormatinya, tentera musuh mengkaguminya.. dan, beliau pergi buat selamanya..

para ulama' mengeluarkan fatwa, agar jenazah Salahuddin Al Ayyubi disemadikan bersama pedangnya.. sebagai bukti perjuangannya.. agar di hari Mahsyar nanti, salahuddin al Ayyubi akan bangkit bersama pedangnya.. pedang yang membuka semula jurussalem untuk kita..

salahuddin pergi tidak meninggalkan harta, tapi pergi meninggalkan lagenda..

-sekian-..



(SEDUTAN  DARI RENTETAN POST2 SAYA DI PAGE FACEBOOK IbnuRijal dari part 1 hingga part 8)

mudah2an mendapat amal dan dapat disampaikan...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 16, 2012 05:33

May 29, 2012

Surat Si Faqir buat para ahli Fikir..





Hamba ALLAH yang Faqir,
penyembah DIA,
walau dimana jua,
walau ketika mana masanya.


29/5/2012


menemui para ulama ilmuan yang daku sanjungi. semoga senantiasa sihat dibawah rahmat dan lindungan kasih Ilahi.. 


aiyyuhal ulama'..
   
            daku utuskan suratku ini untukmu, sebagai ingatan dirimu dan diriku jua, akan betapa berharganya anugerah segedung ilmu, dan betapa besarnya tanggungjawab sepikul amanah.. keduanya ini bila bertemu, maka hasilnya tentu mulia andai ia tidak mahu dimuliakan, dan hasilnya tentu binasa, andai ia mahu dimuliakan..


aiyyuhal ulama'..


         suka daku bacakan buat kalian, firman ALLAH didalam al Quran, 


" Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat." (mujadalah, 11)


demikian ALLAH mengangkat martabat kalian, tinggi jauh dari manusia lain, kerana ilmu yang ada di dada-dada kalian itu.  tidak cukup dengan itu, nabi s.a.w bersabda, 


"ulama' itu perwaris para nabi.."


bahkan begitu, sudah diangkat martabat, menjadi waris pula sekalian kerabat anbiya'. dengan sebegitu besar kurniaan yang dilimpahkan untuk kalian, ada yang bertanya, adakah itu mencukupi? apakah imbalan olehmu, atas anugerah yang diterima itu? demikian tegas Al Ghazali, ulama itu terbahagi dua, pertamanya ulama' baik, keduanya ulama' jahat. mengerti akan kata-katanya?? ya.. yang baik pun disebut ulama', yang jahat pun MASIH disebut ulama'.. jadi apa ertinya? ulama' itu boleh jadi baik, dan boleh jadi sebaliknya.. 


sabda nabi, 


"akan datang suatu masa, tidak tinggal apa dari islam itu selain dari namanya, tidak tinggal dari Quran itu selain dari tulisannya, masjid2 mereka tersergam indah, namun kosong dari hidayah, ulama'-ulama' mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kalungan bumi, dari merekalah bermulanya fitnah, dan kepada mereka fitnah itu akan kembali.."


daku bertanya, adakah kita sedang menghampiri zaman itu, atau sudah berada didalamnya?


aiyyuhal ulama'..


   kalian ilmuan, ilmu kalian jadi rujukan, hemat kalian jadi panduan, nasihat kalian jadi ikutan.. mengapa masih mengejar lebih.. cukuplah tuhan sebagai pelindung, mencukupkan apa yang kurang, mengadakan apa yang hilang.. mengapa harus ditelan bara, hanya kerana mahu tubuhmu menyala dilihat terang? mengapa harus ditarik hidungmu hanya kerana menanti rumput dihidang.. kalian ada kelebihan diri, bahkan darjatmu lebih tinggi, diakui waris sekalian nabi, maka mengapa masih mengharap redha yang lain?
    tidak semudah itu bergelar ulama ukhrawi, yang bercakap benar meski pahit.. inilah golongan yang bersifat jujur dengan ilmunya, bersifat amanah dengan tuhannya.. kaki As syafie pernah dirantai dibawa menghadap umara', tubuh Hanafi pernah diseksa, dan wafat meminum racun hanya kerna menegakkan kalimah yang hak dari kebatilan umara', hambali, maliki, tubuh mereka merasa sebat sepanjang hayat, kerana mencari redha ALLAH lebih dari melindung kesesatan "si payung"..
sufyan At tsauri, imam an Nawawi,turut menerima "azab" serupa, kerna menegur apa yang sepatutnya, menegakkan apa yang selayaknya..


lantas bagaimana pula dengan kalian?? disaat tubuh para ulama' silam bermandi calar balar kesan kebenaran, tubuhmu disaluti pakaian buatan mahal-mahal kerana tugasmu hanya untuk menghalalkan.. apakah tidak cukup rezeki tuhanmu hingga kau menangih pada "payung" yang busuk lagi lusuh itu? kau berkata benar dalam hatimu, namun kau membohongi pada lisanmu.. kau membela payungmu didepan ALLAH, tetapi kau tidak pernah membela ALLAH didepan payungmu itu?? apa sudah jadi dengan ilmu mu?? dimana dikau sembunyikan imanmu itu? dibalik pakaian mahal, atau dibalik kurungan gelaran duniawi yang kau dambakan? dimana ilmu mu itu kau simpankan? adakah perlu ilmu itu diam bersembunyi dibalik scroll sarjanamu., biar ia usang, kerana nafsu telah membunuh ilmu itu?


kau renungi sendiri firman ALLAH dalam surah AL A'raaf, ayat 176, 


"tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya diulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia mengulurkan lidahnya (juga)."




tidak pernah sekeras ini perumpamaan dari tuhanmu, bahkan, buat ahli kitab yang tidak mengamalkan kitab, tuhan bandingkan mereka umpama himar yang memikul bebanan.. namun, buat para ulama' yang cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsu, tuhanmu menyamakan dengan anjing yang menghulurkan lidah..
ia perlambangan yang cukup hina.. biar dihalau turut menjelir, andai dibiar masih menjelir, memberi petandan nafsu yang tidak pernah kenyang dan puas, masih mencari tempat biar diusir, masih mencari darjat biar ilmu dibiar cicir..


aiiyuhal ulama'..


bukan kalian tidak dengar, ucapan nesta menghina hudud tuhanmu, bukan kalian tidak lihat maksiat berleluasa dalam negerimu, bukan dikau tidak tahu perilaku "payung" mu itu.. bukan dikau tidak nampak segala kebatilan,pembaziran, hiburan, berjabat tangan, si wanita dibiar mendedah apa sahaja, si umara dibiar mengumpul harta.. ada majlis agama yang tidak sebulu dengan payungmu itu, dikau sendiri yang turun padang, rakus menangkap, mengikat mati mulut mereka, konon mereka tiada tauliah... namun, bila payungmu itu anjurkan konsert luar biasa, menjemput syaitan manusia memperaga hiasan apa yang ada, dikau diam???? malam ini payungmu itu berjabat tangan dengan syaitan itu, esoknya pula dikau bersalam bercium tangan dengan payungmu itu?? rendahnya maruahmu??


tidakkah dikau malu dengan dirimu ? tidakkah dikau rasa bersalah dengan ilmumu? tidakkah dikau silu masih menyebut kalimah tuhanmu,  sedangkan pada zahirnya bukan redha tuhanmu yang dikau kejar?? ada seorang budak gembala kambing, di zaman umar.. bila diuji Umar, agar budak itu menjual kambingnya kepada umar, lalu dicadangkan supaya budak itu membohongi tuannya dengan berkata kambing itu dimakan serigala.. budak gembala itu menolaknya, kerana katanya dia amanah pada tugasnya, dia sedar ALLAH sedang memerhatinya.. budak itu mempunyai ilmu mengembala kambing, dan dia amanah dengan ilmunya itu, sekarang kalian mempunyai ilmu akhirat dan syariat, mengetahui halal haram hukum, tetapi kalian tidak amanah pada ilmu mu itu.. lebih baik kalian yang menjaga kambing, biarkan budak gembala itu yang memengang posisimu hari ini.. atau kalian tidak mahu jadi gembala, mahu terus menjadi serigala?? membaham kambing2 muda yang mahu bebas hidup? ada sahaja yang bersuara, atas nama kebenaran, pantas kalian cantas, kononya tidak layak bersuara, tiada tauliah berkata agama..


jika pemimpin itu ibarat payung, yang melindungi rakyat, ulama' pula adalah tangan yang mengawal payung itu.. andai ia dibuka terlalu luas, maka ulama menariknya agar tidak rosak, andai ditutup tidak pernah dibuka, maka ulama menolak picunya agar terbuka.. andai terkoyak, kalian lah yang menjahitnya semula.. bukan biarkan ia terus terkoyak, dan kalian hanya menutupi bocoran itu dengan tanganmu sendiri..kerana.. andai menutup bocoran payung dengan jari, air tetap mengalir di celahan jari.. ku harap kalian faham bahasaku ini..


ku petik sebuah kata-kata dari Yahya bin Muaz ar razi kepada sekalian ulama' yang menggadaikan ilmunya demi dunia..
     
                  " wahai orang- orang yang berilmu, istana-istana kalian laksana istana kaisar, rumah-rumah kalian laksana rumah kisra, kenderaan kalian laksana kenderaan Qarun, gelas-gelas kalian laksana gelas firaun, jamuan kaluan laksana jamuan jahiliyyah, mazhab-mazhab kalian laksana mazhab syaitaniyyah, lalu dimanakah risalah Muhammad s.a.w??"




akhir kalam dariku yang faqir dan tidak bertauliah ini.. ingat wahai ulama', dengan ilmu manusia boleh menempah tiket mudah ke syurga, dan dengan ilmu juga manusia boleh menempah jalan pantas ke neraka.. usah bersedih andai terpinggir kerana menegakkan kebenaran, tetapi bertaubatlah! seandainya kalian sedang dimuliakan kerana menghalalkan kebatilan...


sekian dariku,
hamba ALLAH yang faqir,


IbnuRijal



 

 
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 29, 2012 03:52

April 5, 2012

Generasi 2K

assalamualaikum w.b.t...

apa khabar saudara yang dikasihi sekalian.? mudah2an sihat disamping cinta ALLAH dan rasul-NYA. fuhh.. dah lama tak wat entry baru.. agak sibuk.. pertama dengan asingment2 sem ni.. kedua, sibuk menyiapkan karya terbaru.. alhamdulillah.. baru semalam baru selesai menyiapkan manuskrip terbaru, "LA TAHZAN jika anda merasa TERASING.." baru sahaja dihantar kepada penerbit untuk disemak.. mudah2an ada rezeki untuk diterbitkan.. insya ALLAH.. harap dapat doakan bersama ya..

jadi, bila dah setle 1 kerja, hari ni agak lapang lah sikit, tak tahu nk buat apa, IbnuRijal layan jap Youtube, lama sgt dah tak tgk youtube ni.. abis youtube, buka la fb.. tgk entry2 org.. saja nk tgk ragam manusia dan permainan dunia.. sambil menyelam, minum air lah kiranya nih.. sebab skrg dlm proses untuk menghasilkan karya seterusnya yang berunsur travelog sikit.. jadi, nak kena banyak buat pemerhatian, muhasabah diri, dan sampaikan kepada yang lain pula nanti..

apa yang dapat saya perhatikan sepanjang beberapa ketika melayari internet nih, hari ini kita diperangkap masuk ke lembah pepcahan.. hari ini kita berada pada zaman 2K.. dan yang lahir adalah generasi 2K..
apa 2K ini? tahun dua ribu? (Y2K)

tidak.. bukan begitu.. 2K adalah Komen + Kritik.

perasan tak, hari ni kita diberi ruang yang seluas-luasnya untuk mengkritik/komen orang lain. dari sudut positif, mungkin ia dpt mengenal pasti kesalahan kita. namun, dari sudut negetif, ia mampu membawa kepada umpat, fitnah, membuka aib, cetus pemusuhan dan sebagainya.
saya beri contoh mudah, tgk kt youtube, ada video bertajuk ust azhar feat ust Don.. bagus video tu.. uploader tu gabungkan ceramah ust azhar kita dan ust Don kita dalam 1 video yang kebetulan tajuk mereka sama. best punya dok layan video tu, terdetik hati nk tgk di komen..
masya ALLAH.. atas video ceramah agama, kt bawah komen gaduh2, perang, maki hamun naik sama.
???!!!!!??! apa dah jadi? terkejut saya membacanya. ada golongan ekstrim, komen, ust azhar takda akhlak, tak da ilmu.. tak layak berceramah.. ada pula "juri" lain yang maki hamun uploader video tu yang kononnya sengaja nak melaga-lagakan dan membandingkan2 ust don dan ust azhar.. kesian kt uploader tu, niat baik, tak pasal2 kena maki hamun.. sedangkan  video tu sikit pun tak da unsur membanding2 antara keduanya. sedih bila saya lihat komen2 begitu..

mungkin video2 agama ni, ada yang sensitif kot.. jadi, saya sja nak santai2 tgk video Raja lawak  Astro pula.. hati sekali lagi terdetik nk baca komen dibawah.. isyh3.. perkara yang sama..
ada yang komen, "lawak macam sial".. dan macm2 lagi, lepas tu pula, bila ada golongan yang nk membela, jadi la perbalahan.. yang best, last part tu, siap bagi alamat ajak jumpa nk "setle" cara jantan.. heheh.. tersenyum sorang2, sebab video lawak pun smpai nak bawak kuar peris parang.. :) namun, jauh disudut hati, sedih sangat.. apa nak jadi dengan tamadun kita hari ini.. bila kemudahan terlalu luas untuk berhujjah dan mengeluarkan isi hati, inilah akibatnya.. kerana itu dlam islam, kita diajar "samigna wa'atagna".. kami dengar dan kami taat.. fullstop! usah pertikai dan nk jadi pengkritik jemputan lagi.. kerana apa? kerana ALLAH tahu, andai manusia itu diberi kesempatan begini, mereka akan sepenuh hati, jiwa dan raga dan apa saja untuk cari juga bahasa untuk komen, kritik, pertikai dan apa sja, asalkan org lain dpt aib, kita dpt bangga..

ehm.. facebook lak..
tgk ada sahabat2 letak post2 islamik.. lepas tu tgk komen dibawah.. ehm.. mengecewakan juga.. golongan yang lansung tak berminat dengan agama, ignore terus, tapi lebih baik dari golongan yang "cerdik" agama ni, lantang komen dibawah, "mana enta ambil hadis ni? hadis mungkar ni!" dan macam2 lagi.. aduhhh. kesian sahabt yang post tu.. niat baik, kena macamtu.. kalau nak tegur, ada cara, why not private msge kepada dia? tak lah jatuh air muka..
inilah yang berlaku pada generasi kita hari ni.. tuntut ilmu bukan untuk amal dan sampaikan, tapi untuk pertikai, komen dan kritik orang yang terlepas buat kesalahan.. kerana itu hari ini kita lihat manusia makin jauh dari agama.. :( bukankah begitu?

untuk itu, saya harap mesej pada post kali ini jelas.. kita perlu selalu bermuhasabah diri dan menilai siapa kita ini.. sebelum kita mengkritik individu lain.. jadilah seperti nabi, nabi s.a.w tidak pernah mengaibkan para sahabat jika ada diantara mereka berbuat kesalahan.. nabi seriang tersenyum dengan gurau senda sahabt, serta kata-kata para sahabat dlm kehidupan seharian.. nabi tak komen panjang lebar tanpa sebab, nabi tak kritik direct tanpa adab.. jadi, jika nabi, insan yang paling sempurna dan mulia pun tahu menjaga hati budi orang lain, mengapa kita insan yang hina ini tidak begitu? waspadalah wahai diri ini dan sahabatku sekalian, agar kita tidak termasuk ke kelompok generasi 2K ini.. mudah2an dapat dipanjangkan mesej ini, agar semua mendapat manfaatnya bersama.. insya ALLAH...
CUKUPLAH UNTUK HARI INI..

wsalam..
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 05, 2012 00:30

February 29, 2012

KAHWIN MUDA...

[image error] assalamualaikum...

apa khabar saudara2 ku yang dirahmati ALLAH sekalian? diharap sihat disamping petunjuk ilahi dan disisi sunnah nabi..

KAHWIN MUDA.. topik yang akan dibicarakan oleh IbnuRijal hari ini setelah sekalian lama menyepi maklumlah, buat persiapan perkahwinan sedikit.. :)
tapi, kahwin dengan publisher saja la.. sibuk sikit mengintai2 ruang dengan publisher baru untuk buku ke-4 nanti. saja nak tambah kenalan dan saudara.. semoga segala urusan dipermudahkan oleh ALLAH jua..

sejak akhir2 ini, kita menyaksikan satu fenomena baru dlm negara kita, yakni kahwin muda. ramai remaja terutamanya pelajar2 IPTA mengambil keputusan untuk mendirikan mahligai rumah tangga seusia muda lagi. lantaran itu, macam biasa lah, terpa suara2 sumbang yang mengkritik hal ini, namun tak kurang juga suara2 yang meluahkan sokongan.

ehm.. salahkah berkahwin? sudah tentu tidak! bahkan nabi s.a.w bersabda, "nikah itu adalah sunnahku, barangsiapa yang tiada beramal dengan sunnahku maka ia bukan dari kalanganku."
harus difahami, andai perkara itu disebutkan sebagai sunnah, maka ianya tergolong dalam kategori ibadah. ok? setakat sekrang boleh ikut tak? ibnuRijal nak pergi jauh lagi ni...
baiklah, adakah salah perkahwinan diusia muda?
nabi s.a.w menjawab soalan ini 1400 tahun dahulu melalui sebuah hadis,

"tiga perkara yang perlu disegerakan, solat apabila tiba waktunya, jenazah apabila telah hadir, dan anak dara apabila ada yang sekufu dengannya.."

segera yang bagaimana yang dimaksudkan nabi? soalan itu terlalu kerap saya dengar.. ehm.. teringat pula kisah satu petang saidina Umar r.a sedang berbual dengan saidina Ali.. lalu Umar bertanya, "wahai Ali berapa umur dikau sekarang?" jawab Ali "21 tahun.." kemudian saidina Umar tersenyum, dan berkata, "dikau sudah perlu kahwin wahai Ali.."

21 tahun boleh kahwin? (macam umur boleh mengundiii ja..)
adakah kita diusia 21 tahun sudah boleh berumah tangga? harus diingat, saidina Ali walaupun ketika usianya 21, cara beliau berfikir adalah seperti orang yang berusia 40.. beliau matang dan bijak.. lantaran itu beliau sudah dianjurkan supaya bernikah oleh umar..

jadi, 21 tahun tak boleh kahwin la?
itu bukan soalnya, yang penting skarang, bagaimana corak pemikiran kita diwaktu itu.. ingat, kahwin bukan sehari dua.. tapi selamanya.. kahwin bukan saja terhenti didunia sahaja, namun berterusan hingga ke jinjang syurga.. jadi, fikir dalam2, jadilah manusia yang matang, ada sifat jati diri dan berkepimpinan, mantapkan ilmu fardhu ain di dada, kemudian, jemputlah orang datang rumah.. :)

andai kita tinjau hukum nikah.. ia bergantung kepada keadaan, adakalanya sunat, makruh, Haram, harus dan malah wajib.

harus- andai tiada perkara yang menghalangnya untuk bernikah, dan tidak ada yang mendorongnya bernikah.
sunat- bagi mereka yang ada kemampuan zahir batin, tapi masih boleh menahan nafsu.
wajib- bagi mereka yang ada kemampuan zahir batin, dan dikhuatiri terjerumus zina andai tidak berkahwin.
makruh- sesiapa yang tidak mampu , namun tidak memudaratkan isterinya andai bernikah.
haram- bagi sesiapa yang tidak mampu dan ada niat jahat untuk berkahwin.

ehm.. sekarang mari sukat, kita berada dlm kategori mana..

secara peribadi, IbnuRijal berpendapat, kita sedang berada dizaman yang cukup sukar untuk mengawal nafsu ditahap yang paling cemerlang.. buka saja television, ada saja rancangan yang dedah aurat, kdg2 kita tgh tengok cerita agama pun, nanti iklan, ada terselit iklan2 maksiat.. itu belum kira surat khabar, dan persekitaran sekeliling..
malah, trend hari ini, orang muda bercinta.. salah ke? cinta tak salah, bagaimana menguruskan cinta itu yang membuatkannya salah atau tidak salah..
jadi, bagi sesetengah remaja yang sudah ada kufunya, dan ada perasaan dihati, mereka juga ada kemampuan, lantas mereka mendirikan rumahtangga.. dimana salahnya?
ada yang tidak berpuas hati dan mengumpat kononnya gatal, tak sabar sangat dah.. itu bukan soalnya.  yang penting sekarang, gatal macamna pun mereka, mereka sudah halal.!
mengapa tidak dicemuh pasangan yang belum bernikah itu?
teringat kisah ali baba bujang lapok, pada babak marjina ke pasar ingin membeli belacan.. ingat tak? pada waktu tu, peniaga tu jerit selamber ja "ganja! ganja".. bila Marjina sebut nak belacan, terus dia takut, dia suruh  marjina cakap pelan2.. sebab belacan salah dijual.. dari situ, P ramlee nak ajar kita, zaman sekarang orang nampak yang halal itu haram dan yang haram itu halal.. mana mungkin belacan disorok2, sedangkan ganja dijual terbuka? itulah yang dimksudkan.. orang muda bernikah, riuh sekampung kononnya gatal, namun orang muda bercinta, orang cuma cakap, "biasalah.... anak muda..."

seperkara lagi yang mahu Ibnurijal sebutkan.. soal "berkemampuan"..
kemampuan yang bagaimana yang dituntut? perlu difahami, kemampuan yang dimaksudkan agama adalah hanya sekadar kemampuan yang terdapat dalam perkara rukun nikah dan kemampuan sekadar tidak menganaiya isteri dengan kefakiran melampau.. bukanlah kemampuan memberikan isteri itu dengan kemewahan..
hari ini, kalau orang nak kahwin, perlu ada 3 kunci dulu, iaitu kunci kereta, rumah, dan pejabat..
itu pegangan yang cukup salah.. sebtulnya, 3 kunci itu adalah kunci ilmu, iman, dan amal.. soal rezeki itu kerja ALLAH, yang penting kita usaha..

lihat di negara arab.. hantaran perkahwinan sahaja mencecah 300 000 riyal.. kesannya, lelaki arab adalah golongan paling banyak berkunjung ke Thailand untuk melampias nafsu.. adakah kita mahu jadi begitu?

ada juga yang masih tidak bepuas hati, kata mereka itu nikah gantung.. sekali lagi perlu diingat, nikah gantung bukan bererti gantung tak bertali sepertimana yang semua fikirkan.. nikah gantung @ nikah khitbah adalah perkara yang suci.. malah, nabi s.a.w sendiri pernah bernikah khitbah.. masih ingat, baginda hanya tinggal bersama ummul Mukminin Siti Aisyah selepas tiga tahun bernikah? bukankah itu nikah khitbah?

nikah itu ibadah.. mari kita bandingkan ia dengan ibadah yang lain, untuk lebih memudahkan kefahaman kita.
contohnya solat..
apabila masuk waktu azan, kita ingin bersegera bersolat, lalu orang melarang, orang katakan, "gatal, tak sabar sangat dah.".. wajar tidak kata2 mereka itu? tentunya tidak bukan? apa bezanya dengan nikah?
contoh kedua, haji..
apabila cukup wang, kita hendak menunaikan haji.. lalu orang melarang, orang katakan " awal lagi.. sabarlah dahulu..." wajar tidak kata2 itu? ingat.. ajal maut datang bila2 masa sahaja.. apa hukumnya andai kita kaya, namun, tak pergi mengerjakan haji? haram bukan? kerana haji adalah rukun islam! wajib bagi yang mampu. apa bezanya dengan nikah? bukankah ia wajib bagi yg mampu? soal sukar mengawal nafsu sudah IbnuRijal jelaskan diatas tadi.. jadi, apa bezanya? kenapa nikah perlu dianak tirikan dari ibadah2 yang lain?

ada ibu bapa pernah mengadu, susah hati sebab anak mereka nak kahwin awal.. jawab IbnuRijal, sepatutnya pakcik n makcik susah hati kalau anak pakcik makcik tak nak kahwin..

ada pula yang mengadu, tunggulah habis belajar dahulu... jawab IbnuRijal, sampai bila nak habis belajar? proses menuntut ilmu takkan habis sampailah ke liang lahad., habis tu, takkan lepas masuk liang lahad baru nak nikah?

ada pula yang mengadu, nanti kalau dapat baby, susah.. jawab IbnuRijal.. habis tu kalau dapat baby luar nikah senang ke? lagipun, adakah nikah itu satu jaminan confirm dapat baby? itu semua kerja ALLAH.. lagipun pasangan2 muda ini sudah tentu ada prancngan mereka.. kita yakin, tujuan pernikahan muda adalah untuk menghalalkan urusan keluar belajar bersama2.. membeli belah, bepegangan tangan ke shopping complex, seperti remaja lain juga.. itu saja.. namun, kalaulah dapat baby pun, itu tidak salah, ia halal lagi suci..

kesimpulannya, kita perlu tanya diri kita sekarang, adakah kita masih nak berpegang kepada adat hingga sanggup lihat anak2 muda kita melarat? usah bebankan perkara2 baik dan ibadah ini dengan kerenah adat dan sebagainya.. kelak kita juga yang binasa.. kita mhu melihat anak muda yang berpegangan tangan kesana kemari membawa dosa atau membawa pahala? sama2lah kita renungkan..
selamat pengantin baru dari IbnuRijal..
CUKUPLAH UNTUK HARI INI.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 29, 2012 03:11

January 28, 2012

Dunia yang kecewa...


Dunia yang kecewa,
pada hamparan bumi yang terlimpah khazanah harta,
mentulikan jiwa dari bersujud pada yang ESA


dunia yang kecewa,
pada hiasan langit yang terbentang bintang-bintang,
membutakan hati dari bersyukur pada DIA


insan,
dunia ini senda gurauan
usah kau peduli usah kau hiraukan
usah kau mimpi usah kau igaukan
 Akhirat jua yang berkekalan


fitnah,
kau kotorkan dunia dengan sayapmu,
kau kembangkannya luas menutupi seluruh kalbu
hingga ada yang lesu, terleka akan permainanmu


harta, 
kau hiasan paling indah, bagi hati yang gundah
kau anugerah paling menakutkan bagi jiwa yang bermujahadah


takhta,
impian jiwa besar, mahu menakhluk dunia,
mimpi ngeri bagi yang layak,
mimpi indah bagi yang tamak.


bukan dunia itu sedianya kotor, 
namun manusia yang terlalu bijak ingin mengatur,
melawan sunnatullah yang maha mencatur
akhirnya terbakar manjadi obor,
akhirnya tertanam menjadi kubur..


bukan dunia ini harus dilawan
ia juga makhluk tuhan
namun hiasannya harus ditahan,
sebelum memenuhi hatimu dengan Wahan


dunia hanya persinggahan
tempat mencari bekal amalan
buat modal bertemu tuhan
agar bahagiamu itu akan berkekalan


zuhud,
pada persepsi jiwa yang prejudis, 
tinggalkan dunia penuh tragis,
memutus silaturahim bertemankan sadis..

Salah!!
zuhud bukan begitu,
duniamu bukan musuhmu
musuhmu ada dalam hatimu
jika kau isikan hatimu dengan dunia,
nescaya apa yang kau anggap abadi hanyalah maya,
namun,
andai kau isikan hatimu dengan tuhan
nescaya hilang segenap keinginan
kerna cinta yang agung telah kau dapatkan..


adakah dunia terjun bersembunyi kedalam hatimu?
atau dikau sendiri yang meragut menyendatkan semuanya kedalam bersama nafsu?
lalu, siapa harus kau salahkan? 
hatimu atau duniamu?
dirimu atau sekitarmu?


usah hatimu merajai dirimu,
usah duniamu, membutakan akhiratmu
usah nafsumu melesukan imanmu


susah senang bersama dunia,
ditimpa susah, bersabarlah...
dihidang senang, bersyukurlah..


terciptanya dunia untuk akhirat,
lahirnya akhirat untuk beringat...

CUKUPLAH UNTUK HARI INI.


-IbnuRijal-
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 28, 2012 03:03

December 29, 2011

HUDUD : "jangan buat main-main!"

assalamualaikum.. apa khabar saudara-saudara ibnuRijal hari ini.. sejak akhir-akhir ini, kita sering mendengar perbahasan hangat berkenaan isu hudud ini di Malaysia.. ada yang cakap, itu agenda politik, dan sebagainya, bagi ibnuRijal, "no comment." sebab ibnuRijal tidak mahir sangat bidang politik ni dan kurang ambil tahu berkenaan politik, prinsip kita mudah, yang hak kita sokong, yang batil kita tentang, tidak kira dari aliran mana sekalipun..
fuhh... (cmna nak mula ni... ) risau jugak nak taip post hari ni.. risau orang salah faham. nanti dituduhnya pula cuba berpolitik.. nak tolong kempen.. adoii... ok la.. memang ibnuRijal nak tolong kempen.. ops! tapi bukan kempen untuk mana2 parti politik, ibnuRijal nak kempen untuk ALLAH.. sebab sedih sgt2 dah, tgk hari ini makin ramai yang nak bersuara walau dengan ilmu segelas.. akhirnya? timbul perbalahan.. asalnya benda secupak jadi segantang.. "orang lain yang kita musuhi, yang lain yang kita cemuh!"

ibnuRijal baru sahaja selesai menonton video di youtube, yang bertajuk "sembang Rakyat, lagi Hudud PAS"..
naik terketar kepala lutut ni bila kt part last tu, pelakon tu sebut, "kalau pakai hukum hudud pun, tak jadi ape nyer,,"  lepas tu seorang lagi pelakon (berkopiah puteh) pula sambut, " lagi teruk jadi nya..."


 subhana ALLAH.. mengucap pak cik n mak cik oiiii..... awak tengah hina  siapa ni sekarang?? jangan buat main. tiap perkataan yang keluar dari mulut kita tu kena fikir dua kali. jangan kerna mulut, badan masuk neraka..!

sikit pun tak terlintas dihati ibnuRijal nak bela atau hentam mana2 parti politik kat malysia ni.. ALLAH jadi saksi ibnuRijal... post ni dari seorang hamba ALLAH yang amat kecewa bila ada manusia yang merendah dan meremehkan hukum tuhannya.!
ingat tuhan tu kawan2 kita ke pak cik?? senang2 nak komen cmtu..

ALLAH... kita ni dah makin teruk.. sejak dua menjak ni bila timbul semula isu hudud ni, semua nak buka mulut, dari sekolah menengah, student U, malahan ARTIS! ini bukan soal kebebasan bersuara, ini soal hukum ALLAH.. jangan cakap tanpa ilmu.. sebuah hadis dari Abu Hurairah r.a., nabi s.a.w bersabda, "sesiapa yang sengaja melakukan pendustaan keatasku, maka siapkanlah neraka untuknya.."


jangan cakap kalau takda asas, tak da ilmu.. biar para ahli dalam bidang ini yang bahas, kita orang yang jahil, sama2 doakan yang terbaik..
sedih bila baca komen ada yang sebut, "hukum hudud tak sesuai di zaman sekarang", hukum hudud tak sesuai di malaysia.." ibnuRijal nak tanya, hukum siapa yang anda tengah komen sekarang?? bumi ni DIA yang punya, kita sendiri pun, ALLAH yang jadikan. kita ni MENUMPANG.. jadi, buatlah cara menumpang, ALLAH dah tetapkan aturan yang terbaik untuk kita, mengapa kita memilih yang lain? pilih yang lain itu satu hal, ini ada khilaf lagi dalam kalangan ulama', ada yang menyatakan  tidak jatuh kafir kalau tak laksanakan hukum ALLAH.. ibnuRijal pun cenderung dengan pendapat itu. NAMUN, kalau TOLAK hukum ALLAH, malah pertikai, perlekeh, jawabnya, KAFIR..!! bawak mengucap lah..

kenapa? jom wat analogi mudah..
kalau orang tu tak puasa, tapi dia tau puasa tu baik untuk kesihatan.. dia pun tahu, sebagai seorang muslim, dia harus berpuasa.. tapi dia tidak berpuasa.. adakah ia kafir? ulama' berpendapat, ia tidaklah ke tahap kafir, namun ianya tetap berdosa besar, dan fasik..
tetapi, kalau orang tu tak puasa, dan datang orang menyuruhnya puasa, dia tolak. kononnya puasa tak sesuai zaman sekarang, puasa tak sesuai di Malaysia. ia perlekeh puasa kononnya merosakkan kesihatan.. jadi, ulama sebulat suara menyatakan ia KAFIR..
tuhan dah tetapkan A, kenapa kita pilih B? dan perlekeh A? adakah kita lebih pandai dari ALLAH.. boleh kalau nak hina hudud, bagaimana? pergilah duduk alam yang mana yang ALLAH tak ciptakan(kalau ada), pulangkan semula segala nikmat yang tuhan berikan.. (kalau mampu).. then, bleh la nak perlekeh hudud puas2 pun..
sedih.. bila ada ustazah pangkat ph.d sendiri pun hina hudud.. "mencuri sikit, nak potong tangan.." amboihhh... sedap cakap makcik ni.. istighfar banyak2 la.. mohon taubat pada ALLAH..
lepas tu, timbul pula isu, tanya kepada orang bukan islam, "setuju tak, nak buat hudud?" budak2 pun tahu jawapan..  confirm mereka tak setuju. sebab mereka bukan islam.. sama la macam kita tanya mereka, setuju tak datang jemaah lima kali sehari di masjid? kan? confirm mereka tak setuju, kerana mereka bukan islam. sudah adat dunia begitu. kenapa kita tak tanya diri kita, "kenapa aku tolak hudud?"

bagi ibnuRijal, orang yang tak mahu hudud ni hanyalah penjenayah. hudud bukan nak hukum orang awam, hudud nak hukum penjenayah..  kenapa kita nak takut? takut silap? selak semula kitab2 tetang hukum hudud.. bukan mudah untuk menghudud sesuatu kesalahan.. jauh lebih teliti dan detaill.. jika tak sampai had hudud, maka takzir boleh dilaksanakan.. itu saja..
bila orang akan nak sangat jika buat hudud?
jawapan : bila hartanya yang dicuri, bila keluarganya yang dibunuh,..
bayangkan, anda bangun saja pagi, nak pergi kerja, keluar rumah, tengok, kereta mercedes anda yang baru beli minggu lepas dan lesap! dicuri!
ketika itu apa perkataan yang akan keluar dari mulut anda?


"kalau aku dapat pencuri tu, aku potong2 tangan dia..!!!"


nah.. itu bukan hudud? orang yang kena musibah, baru dia tahu betapa berkesannya hudud.. hudud bukan soal potong tangan, hudud soal keadilan!
jujur, ibnuRijal sikit pun tak cenderung mana2 parti politik.. baik di pihak mana pun.. bagi ibnuRijal, dipihak goverment, janganlah tolak mentah2 hukum ALLAH ni.. ibnuRijal tahu, memang sukar.. buat satu2 la.. kalau tak dapat laksanakan hudud terus pun, sekurang2nya ada usaha kearah itu.. misalnya adakana seminar kefahaman hudud, latih pegawai2 agama tentang hudud.. buka corse2 pengjian di universiti tentang hudud.. biar nanti kita bukan sahaja ada pakar undang2 sivil, malah ada pakar hudud.. cntik kan?
di pihak oposition pun begitu juga, mungkin kerajaan belum tahu kebersanannya, kita yang tahu, jangan hentam kasar2, ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak.. adakan seminar kefahaman hudud, tiap roadshow yang dibuat, janganlah sebut nak buat hudud semata2, tapi ceritalah bagi detail, apa itu hudud.. inya ALLAH.. lama kelamaan akan nampak hasilnya.. bagi IbnuRijal, hudud adalah perkara HAK, jadi, kebenaran akan terserlah jua akhirnya..  LA tahzan.. :)
teringat kata2 as syahid, imam Hasan Al Bana, " kalian suka memetik buah yang belum masak "
makna kata2 beliau cukup indah.. usah gopoh.. betul, kita perlu bersegera kearah kebaikan ini, namun, bersegera itu harus diiringi dengan bekalan, dan persediaan yang cukup..
lihat contoh perjuangan ikhwanul muslimin di Mesir.. anda akan dapat jawapannya..

akhir kata, jangan kutuk2 hukum ALLAH lagi ya.. tak baik.. ALLAH dah cukup baik pada kita, bagi tempat tinggal, makan pakai, semua free.. jangan mudah2 kita ni nak cakap hukum ALLAH tu tak sesuai.. hidup mati kita pun ditangannya.. takkan lah kita nil lebih bijak dari ALLAH pula? kan?
CUKUPLAH UNTUK HARI INI.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 29, 2011 04:39

Ibnu Rijal's Blog

Ibnu Rijal
Ibnu Rijal isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Ibnu Rijal's blog with rss.