S.H. Alattas's Blog
April 3, 2015
'MY STORY' KISAH YANG DITULIS SENDIRI OLEH SHAFIZ AZMI


Di karang sendiri oleh Shafiz Azmi di dalam bab "MY STORY"
"Sebenarnya beberapa hari sebelum aku mendapat kontrak tersebut Mentorku Azmi Apa yang juga abahku telah bertanya satu soalan yang membuatku terbangun. Soalannya ialah sampai bila nak meratap kerugian tersebut? Apa kata maafkan orang atau kita boleh menyanyi lagu Let it Go yang popular dalam cerita Frozen. Abahku berkata selagiku tak lepaskan akan terbina roadblock or batu besar untuk halang semua rezeki yang bakal masuk. Aku pun maafkanlah walaupun tidak sepenuhnya aku sudah boleh menerima Qada’ dan Qadar dari Allah SWT. Bukan kebetulan tapi memang Allah SWT dah tulis di Luh Mahfuz itu rezeki kami. Kenapa kami? Sebab ini rezeki ramai orang."
Dari buku MUKASURAT 306KELAPA TUA, KELAPA MUDA2015
Boleh di dapati di Pustaka Mukmin Jalan Tunku Abdul Rahman atau Call/whatsapp : 0136683165

Published on April 03, 2015 03:25
January 12, 2015
BIARKAN - BIARKAN ROSMAH NAJIB TERJUN DENGAN LABU - LABUNYA.

BIARKAN - BIARKAN ROSMAH NAJIB TERJUN DENGAN LABU - LABUNYA.
Biarkan biarkan si Rosmah menukar keris sebagai simbol UMNO kepada wajahnya. Biarkan biarkan "ADA AKU PEDULI" kata orang UMNOBiarkan - biarkan Rosmah dan Najib bermaharajalela, bersultan di mata beraja di hati,sewaktu rakyat sedang ditimpa malapetaka. Banjir melanda negara.
Biarkan - biarkan, Lu fikirlah bro.Biarkan - biarkan seluruh ahli UMNO menanggung dosanya.
Biarkan - biarkan Rosmah Najib MENGHILANGKAN MELAYU DI DUNIA.Biarkan - biarkan ahli UMNO dari membaca surah Yassin, kerana sayangkan Rosmah Mansur dan Najib.
Biarkan - biarkan, Lu Fikirlah bro. Biarkan - biarkan ada kau kesah ke??ROSMAH, NAJIB DAN OBAMA, si licik, mengkelempongkan dunia.
Biarkan - biarkan Najib dan Rosmah terjun dengan labu - labunya.Biarkan - biarkan si luncai ketawakan mereka.
JANDA BAIK,12 JANUARI 2015


JIKA SAYANGKAN ROSMAH DAN NAJIB JANGAN BACA BUKU INI. CUKUPLAH ANDA MEMBACA SURAH YASSIN UNTUK UMNO.
"DARI ALLAH KITA DATANG KEPADA ALLAH KITA KEMBALI,"
"TIDAK BERGERAK SESUATU MELAINKAN GERAK ALLAH."
"TIDAK GUGUR SEHELAI DAUN KUNING MELAINKAN DENGAN KEHENDAK ALLAH."


Published on January 12, 2015 18:20
October 29, 2014
ANJING KUCING DAN MANUSIA

Apa perbezaan di antara ketiga – tiga makhluk Allah Subhana Wa Taala. Anjing, kucing dan manusia, sedangkan ketiga – tiganya adalah haiwan yang hidup di darat, makan dan tidur dan mempunyai nafsu syahwat yang sama, yang satu berjalan menggunakan dua kaki yang dua lagi menggunakan empat kaki. “Hadapkanlah wajahmu kemana saja di situ ada aku.” THINK fikirkan, pesan Allah kepada manusia. Tafakur. Ketiga – tiganya mempunyai otak bezanya manusia adalah ‘Haiwanunatik’, haiwan yang boleh berfikir maka “lu fikirlah bro”. Apa gunanya manusia diberikan akal fikiran kalau tak mahu berfikir di label ‘poyo’ kepala masuk air pasti naik darah. Anjing mempunyai instinct. Binatang yang taat setia tak pernah menggigit tangan anak tuan yang memukulnya.

Jika ditakdirkan anjing diberi akal fikiran boleh membaca Al – Quran dan boleh pula mengamalkannya, beriman, mungkinkah yang akan memimpin manusia nanti adalah dikalangan anjing bukan lagi species yang lebih hina dari haiwan melata? Banyak perangai anjing yang jauh lebih baik dari manusia yang tanpa kemanusiaan, yang mengikut perangai anjing ketika musim anjing mengawan dan menyalak seperti anjing bila dengar anjing lain menyalak. Itulah pemfitnah namanya. Mengada - adakan cerita yang boleh merosakkan orang lain, suka hati mak dia aje...
Ramai sangat manusia yang bukan saja bodoh sombong, ego, jahatnya nauzubillah. Pembohong, penipu, penyamun tarbus, pendusta, pemfitnah, musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan, nama saja sama Islam sekali tak boleh dipercaya.

Hidup tanpa tanggungjawab memang membosankan. Rasa seronok hanya pada permulaannya sahaja. Selepas itu, diri akan memberontak kerana dalam pembawakan diri atau ‘fitrah’ semula jadi, kita adalah bertanggungjawab. Itulah yang dimaksudkan manusia hidup sebagai ‘khalifah muka bumi’ dan juga sebagai pemimpin yang mentadbir kemakmuran alam.
Perempuan yang tak ada harga diri dipanggil “bitch” anjing betina bertopengkan Islam kosmetik yang dipakai lebih teruk dari botox. Namun kasihan perempuan menjadi mangsa jantan durjana. Tapi lebih memalukan suami yang bacul yang merangkak di telunjuk jari perempuan. Tak mampu untuk berfikir secara logik dan tak percayakan Al – Quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW. Akibat ego yang berlebihan, akibat ada kekebalan dan imuniti. Akhirnya menjadi mangsa sihir.
Bagaimana orang ego boleh memahami diri orang lain sedangkan dia pun tidak memahami dirinya sendiri. Mana lebih teruk antara orang ego dengan anjing? Lu fikirlah bro.
Orang ego tidak mempunyai ramai kawan. Kalau adapun boleh dikira dengan jari berapa orang yang boleh berkawan rapat dengan mereka. Orang ego sebenarnya ramai musuh dari kawan kerana tabiat egonya itu sungguh membosankan dan meluat orang untuk mendekatinya kerana dia telah disihir oleh kesombongan dan keangkuhan, hingga terlupa yang dirinya hamba Tuhan.
Jiwa orang ego tidak pernah tenteram. Gelisah dan perasaan risau sering melanda diri setiap kali berdampingan dengan masyarakat sekeliling kerana khuatir maruah diri tercabar. Padahal anjing lebih mulia dari dirinya yang ego berlebih – lebihan?

Memang banyak dari kita yang tidak pernah merompak, tidak juga memberikan kesaksian palsu, tetapi bagaimana dalam kehidupan sehari – hari. Apakah kita tidak ikut sama dalam mengaburkan nilai kejujuran dan bersubahat dengan segala macam kejahatan yang dilakukan oleh mereka yang kita puji puja dan sembah mereka?
We will have to repent in this generation not merely for the hateful words and actions of the bad people but for the appalling silence of the good people.
Martin Luther King Jr. (1926 – 1968)

Tidak adanya keberanian moral (moral courage) membawa kerugian untuk diri sendiri dan masyarakat terutama terhadap agama dan anak bangsa kita. Itu yang sedang saya fikirkan semasa menulis kisah budak perempuan pegang anjing di khalayak ramai.
Cukup banyak orang kita para agamawan, dan intelek yang tidak memiliki keberanian moral, kerana takut kehilangan jawatan, rumah, dan entah apalagi yang bila mati tak ikut sama ke dalam kubur. Hatta duit sepuluh sen pun. Mereka sikit pun tak malu dikatakan pengecut, di samping takut kehilangan teman – teman, kerana mereka selalu saja ingin digolongkan dalam satu lingkup pergaulan yang terkenal moden dengan perkembangan libreisme dan golongan athiest.

Ramai yang pandang hina pada anjing seperti ada yang pandang hina pada janda atau wanita yang berpakaian seksi, rambutnya kuning, merah atau bergincu membuatkan bibir seperti Angelina Jolie, mereka dilabel sebagai seorang yang jahat. Mungkin ada sebab mengapa janda – janda berpakaian seksi, menjolok mata, bagaimana yang berjilbab kain yang melekat ditubuh sekadar menutupi tubuh tapi tubuhnya masih terdedah menarik perhatian lelaki yang tak bermaruah sudah ada dua anak, isteri, cucu masih sanggup berzina?
Bukan kehendak perempuan yang terpaksa menjadi GRO atau terpaksa melacurkan diri atau berpakaian mendedahkan tubuh untuk mencari rezeki. Mungkin ketika anak dara dulu... mereka tidak pernah berpakaian macam itu atau mereka bertudung kerana di suruh bertudung tapi kenapa perlu menutup aurat mengikut perintah Allah didalam al - Quran. Sebab itu bila terlepas dari ikatan ibubapa terutama hidup bosan boring kerana terpaksa berjilbab.
Kehormatan wanita adalah hak Allah. Kehormatan wanita dalam Islam tidak tertakluk semata – mata kepada dirinya, suami, saudara, anak – anak atau kaum kerabat tetapi kehormatan itu dimiliki oleh Allah. Jadi wanita Islam mengenakan tudung menutup aurat kerana itu adalah hak Allah, bukan hak peribadinya.
Ukuran barat tentunya lain. Aturan Barat terlepas dari langit, daripada Tuhan. Kehormatan menurut Barat adalah milik individu semata – mata. Kerana itu kita tidak hairan kalau ada sahaja kisah isteri yang berlaku serong kemudiannya dimaafkan oleh suami dan keluarga, kerana kehormatan wanita itu menurut Barat hanya kepunyaannya. Ini berlainan dengan Al – Quran.

Hijab tidak dapat dinilai dan diukur dengan pendapat peribadi kerana kita harus meletakkan hijab sebagai satu sistem nilai. Untuk mereka yang melihat hijab sebagai hak peribadi tidak hairanlah mereka menganggapnya sebagai belenggu, keterbatasan dan sebagainya.
Wanita Islam dan bukan Islam berbeza. Wanita Islam kehormatannya dilindungi Allah. Wanita bukan Islam kehormatannya hak peribadi. Allah berfirman dalam surah an Nur ayat 31 “Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain kerudung ke dadanya” . Hah, kemudian Allah menjelaskan hikmahnya pula dalam surah al Ahzabayat 59: “ Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana mereka itu tidak diganggu. ”

Masyarakat hari ini terlalu sensitif jika isu maruah dibangkitkan. Terutama para pemimpin dan agamawan yang sering tersepit dengan persoalan hatta isu remeh temeh. Menyentuh anjing di khalayak ramai oleh anak gadis yang bertudung kerana mencemarkan imej Islam? Bagaimana imej Islam yang dilakukan oleh VIP dan VVIP. Very Irritating Person?

Sampai bila kita mahu merelakan saja kelahiran, kematian, jodoh pertemuan, nasib, rezeki, sedangkan kita punya akal fikiran, Allah tempat meminta. Kita punya Al – Quran yang boleh menjadi panduan dan Nabi Muhamamd SAW Role Model untuk jadi ikutan dan mentor. Selain penghayatan pancaindra, dan penghayatan alam semesta? Kenapa tidak merenungkan Daulat Manusia yang termakan dengan Rakyat Di Dahulukan. Rakyat mahu Daulat Manusia, seandainya kita tidak memahami sifat alam dalam diri manusia. Kita tertipu dengan kata rakyat didahulukan, tanpa memulangkan balik daulat manusia.

Air yang keruh dihulu sukar untuk jernih di hilir seperti juga budaya yang telah diwarisi turun temurun yang telah sebati dengan darah daging kita atau yang menjadi pusaka peninggalan keluarganya . Kita terpaksa menobatkan anak pemimpin yang mesti menjadi pemimpin.

Kehidupan masyarakat telah diatur seperti kehidupan di dalam alam maya, matahari dan bulan yang matahari tak boleh jadi bulan, begitu juga ribuan bintang hanya terang di waktu malam yang gelap gelita, seperti tikus tetap tikus, yang emak bapanya kucing tetap kucing, yang kambing tetap kambing. Besar macam mana pun tubuhnya, tetap kambing juga. Kambing dilahirkan berjanggut berbeza seperti lembu dan kerbau, cuma orang tak kata bodoh macam kambing tapi badoh macam lembu. Lu fikirlah bro.

Berapa ramai manusia yang mempunyai keberanian moral, berani mempertahankan yang hak, berani menentang kebatilan untuk menimbulkan yang hak, berani berkata benar dihadapan para pemimpin yang zalim bukan hanya berani mengutuk, mengkritik, mengkafirkan, menuduh orang sesat bidaah, khurafat, untuk mengekalkan jawatan sebelah tangan pegang periuk nasi nasional, yang satu pegang al – Quran, sekadar berani lalat kerana kemungkinan besar sekali mengundang risiko! Berapa ramai agamawan kita yang memiliki keberanian moral hingga kita sanggup dicemoh, menjadi tidak popular, hilang jawatan seperti Dato Onn bin Jaafar. Semasa menjadi Menteri Besar Johor menegur Sultan Ibrahim atau Habib Alwee bin Abdullah Al Haddad mufti besar Johor yang menentang loteri kebajikan masyarakat itu haram di zaman Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri.



Cukup banyak dari kita yang tidak berani (takut) mengeluarkan pendapat, tidak berani membela seseorang kerana “takut” tidak disenangi. Hal serupa bukan hanya terjadi pada orang biasa – biasa tetapi juga kepada pemimpin di peringkat tertinggi yang punya imuniti.
Mengikut hukum jika kedua – dua pihak sama ada anjing ataupun manusia bersentuhan dalam keadaan yang kering ianya tidaklah haram. Yang ini ramai yang tahu dan berani bertengkar dengan ego. Kalau nak di buat perbandingan diantara anjing dan kucing tidak banyak bezanya. Apakah kerana kucing tidak dikategorikan najis? Ada cerita betapa kasihnya nabi Muhammad SAW dan kucing binatang istimewa. Peliharaan kunci murah rezeki. Ada kucing bertuah. Kucing pun makan najis juga, emak kucing akan menjilat punggung anaknya untuk membersihkan najis anaknya, makan bangkai tidak kira apa bangkai sekalipun, sama juga seperti anjing, kucing makan cicak, tikus, kenapa tak ada agamawan membicarakan najisnya kucing berada di atas sejadah? Kenapa double standard? Sedangkan kedua – duanya tidak mempunyai akal fikiran. Tetapi anjing lebih pembersih. Anjing tidak akan kencing atau pun membuang najis di dalam rumah tuannya kalau tuannya tak beri dia makan.

Pernahkah anda mendengar kisah seorang pelacur yang masuk ke syurga kerana memberi anjing yang hampir mati kehausan, mulianya hati seorang pelacur. Moral dari cerita ini “hati mesti baik” ada belas ikhsan. Tuhan tengok hati bro. Tuhan tak tengok besar mana serban dan gaun putih (jubah) yang kau pakai, dahi lebam digosok di lantai sedangkan hatimu hitam kering kontang tanpa belas ikhsan.

Apakah tak mustahil demi menjamin keegoannya ada di antara para agamawan sanggup mengada – adakan cerita sekadar untuk menarik minat orang lain agar mengetahui kehebatan diri, menggunakan bahasa Arab untuk Al – quran dan Hadith, selaku agamawan salebriti pantang ada isu tapi tak menemukan cara penyelesaian yang muktamad. Sudah 57 tahun kita merdeka masih di takuk lama akibat matahati kita buta.

Peribahasa Inggeris ada mengatakan anjing adalah sahabat manusia yang terbaik. Man’s best friend. Dalam persahabatan misalnya, berapa ramai manusia yang berkongsi suka duka ketika menghadapi masalah, tetapi bagi orang yang ego tidak. Mereka ini lebih gemar menyakiti dan membenci sahabat sesama sendiri. Dia saja yang maha hebat, kerana dia Maha Kaya, Maha Berkuasa, titahNya undang – undang.

Yang paling merbahaya adalah bila jiwa raga dan hati nurani selain minda telah digigit oleh virus Vampire moden yang namanya Black Metal, liberisme, LGBT yang telah menggigit minda anak Melayu supaya menukar penyembahan, penyerahan diri terhadap Allah SWT langsung menyembah syaitan. seperti mereka yang lebih percaya pada sihir bomoh dan kuasa supernatural dari kuasa Tuhan. Kenapa tak percaya ke?
Ada di kalangan masyarakat Melayu Islam menyatakan bahawa membela anjing malaikat tidak akan masuk ke rumah. Kalau macam itu ramai yang berzina, minum arak, berjudi, bunuh orang, mereka simpan anjing dalam rumah kerana malaikat tak ikut sama masuk dalam rumah. Anjing mana satu yang dimaksudkan? Ada juga orang yang dilabel sebagai anjing kerana tabiat suka menjilat kaki tuan.

Pelik tapi benar, sama ada anda suka atau pun tidak, segala – galanya terpaksa diketepi demi memastikan kejayaan dan mengekalkan daulat pemimpin yang diidamkannya itu menjadi milik untuknya sendiri secara mutlak dan menghapuskan daulat rakyat dan daulat alam .
Untuk memperolehinya, kuasa imuniti dan baju kebal ia memerlukan waktu yang panjang yakni bergantung kepada kecekapan seseorang itu yang telah menjualkan rohnya kepada syaitan. Justeru itu, tidak hairanlah jika ramai kalangan mereka menggunakan pelbagai alternatif sama ada dalam bentuk positif atau negatif untuk memperkekalkan kuasa. Bila lagi para agamawan bangun dengan keberanian daulat manusiauntuk mempertahankan haknya sebagai kalifah Allah? Melepaskan diri dari sihir dajjal durjana yang bertopengkan manusia.
Zaman nabi Noh as dahulu anjing dan babi yang berada di dalam bahtera tersebut memakan najis. Jika anjing dan babi diharamkan kenapa ramai manusia yang mengambil rasuah, minum arak tidak memakan babi? Kerana geli yang menjadi budaya dari kecik lagi tak diharamkan juga dan di tolak oleh masyarakat? Apa beza arak, rasuah dan babi? Sama saja ketiga – tiganya haram atau kerana mentaliti orang kita yang telah disetkan bahawa anjing dan babi sahaja yang haram? Rasuah dan minum arak menipu, membazir menzalimi orang bukan satu dosa yang besar?


Ada segolongan orang – orang Islam mengatakan bahawa Allah Ta’ala mendatangkkan Al – Quran ialah hanya untuk mengajar orang – orang Islam akan hukum – hukum Syariat dan mengurniakan pahala kepada sesiapa yang membacanya. Apakah itu sahaja faedah Al – Quran. Mungkin itu terjadi pada manusia yang mindanya tertutup dan matahatinya buta, atau di dalam dadanya tak ada ‘Hardware’ yang mengandungi Al – Quran yang akan hidup bila di satukan dengan ‘software’ . Al – Quran di sampaikan untuk ulil Albab , untuk mereka yang berfikir. Kerana manusia sudah boleh mendengar semasa dalam rahim ibu lagi, sudah boleh berinteraksi dengan ilahi melupakan janji bagaimana bila Allah menuntut janji? Akibat lupa janji dengan Allah yang patut disembah, lain pula yang disembah. Munafik tu... Lu fikirlah bro.
Al – Quran merupakan kitab suci yang memberikan petunjuk kepada manusia ke jalan yang lurus siratul mustaqim dan diredhai Allah SWT. Tiada keburukan dan cacat cela di dalamnya. Sampai bila Al – Quran digunakan untuk tilawah al – Quran dan menjadikan anak – anak Al – Hafiz tapi tidak ulil Albab. Oleh sebab itu, sebaik – baik manusia ialah mereka yang mempelajari al – Quran dan mengajarkannya. Tapi bukan yang menterjemahkannya ikut cara puak liberal dan mazhab yang menolak kitab ihya ulumuddin imam al Ghazali, menolak kitab Syeikh Abdul Qadir Jailani dan golongan tarikat dilabel sebagai sesat.
Daripada sibuk untuk menjatuhkan hukum halal dan haram kepada seseorang, lebih baik sekiranya ulama dan agamawan ini menjelaskan bagaimana hendak menyelamatkan anak – anak yang terkena P.T.P.Tipu cara membantu mereka menggunakan ribuan juta wang zakat fitrah yang dikuasai oleh mereka yang ada imuniti.

Saya tidak tahu atau tidak nampak bagaimana kalau dengan menyentuh anjing, akhlak atau iman akan tergugat. Masyarakat Melayu memang sensitif pasal anjing dan babi. Tapi tidak ambil tahu dan tak berani mengamalkan Nahi Mungkar terhadap mereka yang ego. Terutama agamawan dan pemimpin yang berbaju kebal dan ada imuniti.
Nampaknya ulama dan agamawan kita lebih takut apabila Melayu menyentuh anjing, bila berbuat demikian tandanya kita tidak berakhlak atau sudah mencemari kesucian agama Islam.
Pihak penguasa mengambil keputusan untuk menyiasat program mesra anjing yang dianjurkan Syed Azmi Alhabsi. Antara sebab siasatan ini perlu dilakukan ialah program tersebut menyentuh sensitiviti orang Melayu.

“Tidak kami dapatkan kebaikan itu kecuali dalam ilmu, tanpa ilmu seseorang tidak akan dapat mengenal Tuhannya, dan tidak akan mengetahui bagaimana cara menyembahNya.” Dari Buku Bisikan – Bisikan IlahiIdrus Abdullah Al – Kaf
Sampai bila kita mahu mengikut dan terpengaruh tentang apa yang diperkatakan oleh orang lain semata kerana ianya isu sensitif. Kita mempunyai satu kelebihan yang tidak ada pada haiwan – haiwan yang lain. Akal fikiran kita adalah khalifah Allah. Master Of the Universe maka gunakanlah kelebihan itu sebaik – baiknya sebelum ianya ditarik balik oleh sang pencipta. Berfikirlah secara kritis dan bijak. Jangan dibazirkan nikmat yang telah diberi percuma kepada kita. Sampai bila hidup mesti seperti siri pementasan dan drama minggu ini di T.V?. Lu fikirlah bro.
Published on October 29, 2014 02:25
October 27, 2014
THE UGLY ARAB ANTARA AL ��� QURAN & AL DOLLAR

Pukul empat subuh waktu Dubai penghujung bulan Mei 2006, sementara menunggu pertukaran penerbangan selama dua jam ke Tehran, Iran, saya duduk minum kopi sambil memerhatikan betapa sibuknya pengembara dari empat penjuru alam dengan dirinya sendiri. Siapa pun tak pedulikan siapa, tak ada masa bertegur sapa. Pelik perangai manusia yang kononnya maju. Ramai yang shopping giler, hinggakan terlupa antara siang dan malam. Memang Lapangan Terbang Dubai tersohor sebagai syurga membeli ��� belah dunia. Hingga mereka terlupa adanya syurga yang sebenar - benarnya.
The night has a thousand eyes,And the day but one;Yet the light of the bright world diesWith the dying sun.
The mind has a thousand eyes,And the heart but one;Yet the light of a whole life dies,When love is done.NightFrancis William Bourdillon (1852 -1921)

Mengapakah saya perlu mengambil risiko pergi ke Tehran untuk menghadiri satu konferensi mengenai kekejaman Zionis? Apakah saya sudah terlalu ghairah untuk menemui kematian? Takut apa dengan mati, manusia yang takut mati macam mana nak masuk syurga? Apakah saya sudah tidak lagi mencintai isteri serta 10 orang anak ��� anak dan juga cucu ��� cucu saya? Tak ada kerja lain ke, selain mencari bahaya? Itulah kerja wartawan yang mahu menyampaikan berita yang di alaminya dalam keadaan penuh bahaya.
The last thought to offer is that man must explore himself ��� his goals and value ��� as much as the world be seeks to change. The dedication to both tasks must be unending. The crux of the matter is not only whether the human species will survive,but even more whether it can survive without falling into a state of worthless existence.The Club of Rome (1972)
Kenapa orang ��� orang Islam yang bukan menjadi rakyat di negara ��� negara Arab non Arab, saja yang sanggup mati bersama umat Islam di Lebanon? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin Arab Islam tatkala Zionis sedang menyembelih kanak ��� kanak, wanita dan menghancurkan Lebanon? Lu fikirlah bro.

Joseph Pultizer, seorang tokoh dunia persuratkhabaran Amerika Syarikat dalam The North American Review (Mei 1904)

Untuk apa saya perlu mengemukakan soalan ��� soalan ini? Hidup memang perlu menjawab soalan. Hanya orang yang tak mahu berfikir saja tak tahu menjawab soalan. Saya hanya seorang penulis buku ���politik semasa��� bukan wartawan dari media Arus Perdana. Jawapannya ialah kerana apa yang berlaku di Timur Tengah di mana terdapat orang Arab Islam, orang mengharapkan mereka yang mendakwa sebagai pengikut Ahlul Sunnah Wal Jamaah yang mesti mengikut sunnah Nabi menentang kekejaman, ketidakadilan, kezaliman dan bersifat rahmatanlilalamin. Tapi kita tak nampak adanya sifat kemanusian di hati raja ��� raja Arab.

Saya datang dari sebuah negara yang mempertahankan Islam Ahlul Sunnah Wal Jamaah yang bermazhab Shafie. Sejak dari kecil lagi kami telah diajar untuk menjawab soalan ��� soalan di hadapan Allah SWT apabila kita telah mati dan berada di liang lahat nanti. Hidup inikan menjawab soalan. Siapa Tuhan kamu, siapa Nabi kamu, di mana kiblat kamu, dan siapa sudara kamu.
Ramai yang malas nak ambil tahu, tak ada rasa kepedulian, tak ada peduli sama sekali apa yang berlaku terhadap kaum keluarga, hatta anak isteri mereka, inikan pula yang berlaku di Palestin mereka beranggapan bahawa apa yang berlaku di Palestin, di Lebanon tak ada kena mengena dengan mereka akibat mereka hidup dalam keadaan nafsu nafsi tak ada tanggungjawab, mungkin mereka tak tahu cerita yang sebenarnya. Otak mereka sudah dibrain washed, bahawa isu Palestin dan Lebanon adalah perang antara Islam dan Yahudi, Arab dan Yahudi asal dari keturunan yang sama. Nabi Musa as dan Isa as sebelum Nabi Muhammad SAW semuanya Yahudi, melainkan Nabi Muhamamd SAW saja berbangsa Arab. Pasal apa hendak campur kisah manusia berebut harta?

Emas telah diganti loyang!Daulat jiwa diganti daulat uang.Tak ada lagi kendali untuk sang tiranAkhirnya anak cucu sendiri diumpankanDemi kemewahan yang bukan kesejahteraan.
Rendra10 November 1997Taman Ismail MarzukiDari buku Megatruh
Itulah antara perkara ��� perkara yang bermain dalam kepala dan saya sambil terus teringat, ���Jika saya tidak berani menulis cerita yang sebenarnya, Perdana Menteri saya Dato Sri Abdullah Ahmad Badawi selaku Presiden OIC akan menjadi sasaran���. Apa yang Pak Lah boleh buat selaku Presiden OIC dengan orang Arab yang tak ada rasa peduli terhadap bangsanya sendiri? Bila OIC menjadi OHHHH I SEE. Bagaimana dengan mereka yang mengaku ahli sunnahyang sikapnya lebih Yahudi dari Yahudi.

Pelik tapi benar ramai yang tak tahu sentimen kebangsaan, keAraban bukan keIslaman yang dimainkan oleh raja ��� raja dan pemimpin Arab, kerana Nabi Muhammad SAW Arab, Al ��� Quran dalam bahasa Arab, Makkah dan Madinah di negeri Arab yang di miliki oleh As Saud. Mereka merasakan Islam milik orang Arab. Mereka yang tak semazhab dengan fahaman keAraban terutama Iran yang menganuti mazhab ���syiah kafir��� sedangkan dalam masa yang sama mereka duduk semeja, sembahyang dalam masjid masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah menghadap kiblat yang sama bertuhankan Allah dan Nabinya Muhammad SAW. Al ��� Quran menjadi ikutan. Apa jenis Islam bila ada orang yang mengkafirkan dan mengata orang Islam lain kafir? Siapa sebenarnya kafir? THINK. Apakah mazhab Arab Saudi dan Arab - arab yang lainnya Islam? Apakah kerana bila berbeza mazhab kita anggap bukan saudara seIslam kita. THINK.

Martin Luther King Jr. (1926 ��� 1968)
Mereka bukan tak tahu perang yang dilakukan oleh Israel dengan sokongan Amerika dan sekutunya dan negara Arab yang berjiran bukan sekadar perang Islam lawan Yahudi, tetapi perang penaklukan Amerika mahu jadikan Timur Tengah termasuk Iran di bawah penaklukan Amerika dan sekutunya.
Not very many of us are really, in the real sense of the word, alive and living fully. The things is, I���m certains that as long as you leave your life in the hands of other people, you���ll never live. You have to take the responsibility for choosing and defining your own life.
(Dr Leo Buscaglia: Living, Loving & Learning)
Saya ke Tehran untuk berucap di forum, seperti biasa jarang sekali saya menggunakan teks ucapan ketika saya diminta berucap. Saya rasa apa yang keluar dari mulut mesti terbit dari hati nurani kita. Kita perlu ikhlas dan berani berkata benar.



Kuasa sebenar terletak pada akal yang bermoral, yakni Tuhan yang Maha berkuasa. Inilah makna ayat Quran yang memproklamirkan bahawa kekuataan itu milik Allah semata ��� mata. (lihat Quran, 10: 65) Sejarah tamadun manusia dari dulu hingga sekarang membuktikan kebenaran perisytiharan ini." Kassim AhmadUtusan Malaysia7 Ogos 2006
Kenapa di saat akhir baru saya cari idea untuk berucap di persidangan tentang kekejaman Zionis secara global? Kenapa?
God invites a pleasant reward, while evil brings about suffering as a result.
Zhi Cang, Sui Dynasty A monk does not bow down before a king. Hui Yuan, Eastern Jin Dynasty.
Amerika dan sekutunya tidak pernah memikirkan untuk mengakui undang ��� undang apapun. Sabda mereka, sama seperti titah perintah raja raja itulah undang ��� undang bagi rakyat. Sebagaimana dalam undang ��� undang rimba, law of the jungle bahwa yang kuat itu yang menang. Maka tatanan masyarakat leluhur kita itupun berlandaskan kenyataan bahwa yang kuat itu yang benar (might is right). Dan yang terkuat di dalam masyarakat tentunya raja, president, perdana menteri. Apa lagi mereka penjilat kasut Amerika yang telah menjadi polis dunia, dan kuasa besar seperti dalam negeri yang mengamalkan tata susila orang kecil dan besar. Maka titah di raja (iaitu keputusan raja) yang menjadi sumber kebenaran. Tidak ada daulat rakyat dan daulat alam .

Pelik tapi benar bila mata hati mereka buta, mereka lebih suka buat ��� buat bodoh dan menutup pengetahuan yang dimiliki, demi membelasah Islam secara berat sebelah, dan amat tidak adil. Kebaikan dan nilai Islam yang sebenarnya ditutup dengan tabir kepalsuan dan kepuraan oleh raja ��� raja dan para pemimpin yang beragama Islam.
Imej tentang Islam yang menonjol di dunia hari ini ialah keganasan, fanatisme, dendam kesumat, kebencian dan kacau bilau. Bagi Barat, imej itu bermula dari kejadian rakyat Libya yang membunuh polis wanita di London, bangsa Palestin merampas kapal terbang, kumpulan Iran memduduki kedutaan asing dan orang Islam Indonesia yang telah meletupkan Candi Borobudur di Jawa.
Dunia hari ini telah meletakkan maklumat itu sebagai kuasa. Information is power. Siapa yang menguasai maklumat itu maka dialah yang menguasai kuasa. Siapa kalau bukan Yahudi yang menguasai media? Secara mudahnya, who controls the media controls infromation, dan who control informations controls power. Realiti dunia maklumat hari ini telah menjadikan dunia semakin kecil kerana teknologi dan laluan lebuhraya maklumat yang luar biasa.
Apakah kasih sayang sudah tidak membawa apa ��� apa erti lagi terhadap mereka yang mengaku beriman, tetapi tidak ada rasa peduli apa lagi belas ikhsan, dan hatinya terusik apabila melihat ratusan mayat wanita dan kanak ��� kanak yang tertimbus di celah ��� celah runtuhan serangan yang tidak berperikemanusiaan ini? Mereka tak ambil peduli. Seperti juga mereka tak ambil peduli dengan jiran tetangga, dengan saudara mara mereka yang seagama, sebangsa dan satu mazhab. Tak berani bangun menentang ketidakadilan dan kekejaman yang dilakukan terhadap saudara seagama. Islam apa benda macam ini? Islam itu kesatuan, uniformati bukannya uniform. Bukan sekadar pakaian yang luar saja, seperti pakaian orang Arab, berjubah, berserban, bermisai berjanggut, sembahyang 5 waktu, berpuasa naik haji sampai tujuh lapan kali sedangkan ada keluarga yang hidupnya sengsara, ada anak bangsa yang tak mampu meneruskan pelajaran ke Univeristi, hati perut lebih Yahudi dari Yahudi tapi retoriknya luar biasa membazir macam syaitan, bakhilnya Nauzubillah.

Islam apa kalau tak ada rasa peduli, tak ada rasa kasih sayang, bakhil, tak sanggup berkongsi, tak sanggup memberi, tak ada belas kasihan sewaktu melihat kekejaman, kezaliman dan kerakusan setiap manusia, bukan saja di Palestin tetapi dalam negara kita sendiri, saudara sekampung kita sendiri, Yahudi terhadap orang yang sebangsa dan seagama dengan mereka?
Memang ramai manusia yang tidak cinta kepada kedamaian. Tak ada perasaan peduli dan ehsan akibat hilang rasa kemanusiaannya. Macam mana mengaku ahli sunnah kalau tak ada rasa kemanusiaan? Sunnah siapa yang kita ikut? Itulah tanda ��� tanda akibat lupa diri dan tak kenal siapa diri, siapa Tuhannya sendiri? Kenapa dan untuk apa dirinya dijadikan? Mereka jadikan Islam hanya sebagai topeng.
Mereka yang biasa berulang alik ke Timur Tengah dan bercampur warga Arab tahu bagaimana mereka telah dipecah perintah, di pecah ��� belah oleh penjajah Inggeris dan Amerika hingga menjadikan mereka yang hidup mewah dan kaya dengan hasil minyak itu menjadi umat yang cinta dunia dan takut mati dan menggunakan Islam untuk kepentingan diri sendiri?
Seandainya para pemimpin Arab ��� arab itu tidak hidup nafsu ��� nafsi, tidak membiarkan tuan mereka penjajah minda dan roh mereka, mereka tak jadi hamba nafsu dan tak cintakan kekayaan dan kemewahan yang sementara. Islam bukan sekadar amalan ritual yang tidak ada kena mengena dengan spiritual. Perlu tahu hubungan antara roh akan dan jasad, jasad tanpa roh, dan bila akal tidak lagi digunakan, tidak jaga hubungan dengan Allah lupakan hubungan terhadap sesama manusia. Sedangkan hubuungan antara manusia sesama manusia sama pentingnya dengan hubungan manusia dan Tuhannya.
Gold is tested by fire, man by gold. Traditional
Pelik tapi benar bila manusia menjadi orang yang gila kebendaan, unutk mengekalkan kuasa dan kemewahan mereka menjadi sangat kejam, jadi brutal, ganas dan hilang rasa persaudaraan serta hilang rasa timbang rasa. Tapi nak buat macam mana, Mekah dan Madinah berada dalam kuasa al ��� Saud, kalau tak tunduk nanti tak dapat naik haji, hilang status sebagai Tuan Haji. Macamlah seolah ��� olah kalau tak naik haji tak masuk syurga.
During his lifetime, an individual should devote his efforts to create happiness and to enjoy it, and also to keep it in store in society so that individuals of the future may also enjoy it, one generation doing the same for the next and so on unto infinity. Chen Duxiu, Republican Period.
Meluahkan apa yang ada dalam pemikiran saya perlu bagi mengembangkan pemikiran manusia, membentuk kesedaran antara insan di samping berfungsi sebagai saluran penyebaran ilmu yang efektif yang dituntut oleh Al ��� Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.

Agaknya kerana itulah Allah SWT bersumpah atas nama pena. Baca, Baca dengan nama TuhanMu. Namun yang berperanan disebalik pena ialah penulisnya. Apakah penulisnya seorang ���Mukmin��� atau seorang ���Munafik���. Penulis upahan atau yang menulis semata ��� mata kerana Allah SWT? Pena seorang penulis sama ada di media Arus Perdana atau Media elektronik atau penulis skrip filem mempunyai hubungan yang erat dan terangkum padu dalam bidang kewartawanan. Hasil karya seorang karyawan yang paling mulia ialah yang mencoretkan kebenaran dan yang memperjuangkan kepentingan orang yang dirampas haknyaorang yang teraniaya dan dizalimi, di mana keadilan sudah di matikan oleh penguasa. Pena umpama perakam dan penulis adalah koordinator yang memastikan apa yang hendak dirakam untuk tatapan manusia yang akal fikirannya terbuka.
Pembaca kini semakin hari semakin cerdik dan dapat membezakan antara kaca dan permata. Janganlah kita terjerumus ke dalam perangkap ���kebebasan akhbar��� mengikut telunjuk Barat yang sememangnya mereka mahu kita musnahkan negara kita sendiri, tetapi berpegang teguh kepada ���kebebasan maklumat��� demi kesejahteraan agama, bangsa dan tanahair, dan kerjaya kewartawanan yang amat kita hargai ini. Akhbar arus perdana tidak boleh lagi memperbodoh ��� bodohkan pembaca. Ini zaman langit terbuka, dunia sudah ditahap penghujung menunggu munculnya Imam Mahdi Ratu Adil dan Nabi Isa as.

Namun perlukah kita menyisihkan diri daripada arus utama jagat. Pada hal umat Islam disuruh oleh Allah SWT turut mewarnai dunia antarabangsa sebagai terpapar dalam maksud ayat al ��� Quran berikut:
Wahai umat manusia! Sesungguhya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai ��� bagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal ��� kenalan (dan beramah mesra di antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia ��� mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bagsa). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu). Al ��� Hujurat:13

Surah al ��� Qalam: ayat 1-2
Ayat diatas menegaskan kepentingan pena sebagai alat perutusan untuk menyatakan kebenaran. Kebenaran adalah satu tuntutan yang memainkan perana penting dalam pembentukan syakhiah manusia sehingga tercetusnya ketamadunan. Dengan itu manusia hendaklah terus belajar dan menyatakan kebenaran atas apa yang dipelajarinya daripada Al - Quran.
���Maka apabila mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun membukakan semua pintu ��� pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami seksa mereka dengan tiba ��� tiba (sekonyong ��� konyong), maka ketika itu mereka terdiam dan berputus asa. ���Al ��� An���am 6:44
���Dan apabila sampai tempoh kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang ��� orang yang melampau ��� lampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya. Maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur ��� hancurnya.��� Al ��� Isra��� 17: 16
Dua ayat al Quran tersebut di atas menjelaskan tentang kehancuran sesuatu negeri itu disebabkan sikap kaum yang melupakan peringatan Allah SWT sehingga mereka lupa diri dan hidupnya dihabiskan sekadar mencari kesenangan dunia semata ��� mata. Hal seperti ini juga disebutkan dalam surah at ��� Taubah ayat 24.
Satu bilion manusia dunia menganut Islam. Umat Islam telah menjadi umat majoriti di sekurang ��� kurangnya 45 buah negara dari Afrika sehingga ke Asia Tenggara dan yang terpantas perkembangan ialah Eropah dan Amerika. Perkembangan ini telah cukup untuk merunsingkan Barat. ���Ancaman Islam��� nampaknya akan menggantikan ���ancaman komunis��� di mata Barat. Islam akan menjadi antagonis baru. Apakah kita mesti menjadikan lidah kita lidah syaitan bersama - sama ular - ular dalam semak? Ohh Ulamak. Alamak. Lu fikirlah Bro.
Tanggungjawab seorang penulis dan juga pemikir, selain sahufi penyampai berita ialah tahu membezakan antara kebenaran atau kebatilan dengan kepalsuan, kerana yang di sampaikan adalah suara Tuhan bukan suara tuan dan tuankau. Tidak sekadar menyampaikan dakyah kosong dan dakwah songsang yang sesat lagi menyesatkan di sebabkan might is right maka setiap orang boleh dituduh sesat dari lidah pemimpin yang cakapnya hampir semua bohong. Manusia hari ini mahukan kebenaran yang sah, mengajar kebaikan dalam penulisan tapi mesti berani mencegah dan menentang kemungkaran. Selain tahu membezakan dosa dan pahala, halal dan haram, terlebih dahulu perlu kenal dirinya dan Tuhannya. Tugas wartawan Islamsememangnya terlalu berat untuk digalas. Banyak keadaan yang memerlukan pertimbangan antara tugas, tanggungjawab, dan tuntutan agama dan keuntungan materi dan kedudukan. Inilah yang saya fikirkan sambil minum kopi di sebuah coffee house di Dubai. Terutama bila agaknya kita akan merasakan daulat rakyat, daulat alam, daulat Islam, di mana rakyat itu ialah raja, dan Allah adalah raja sekian alam.
Allah Maha Hakim! Allah Maha Tahu!Allah Maha Mendengar! Allah Maha Rahman!Amin, ya, Kuasa Semesta Raya!Amin. Ya Rabbil Alamin.(selawat)
Bersambung...Di Petik Dari Buku Macam - Macam Ada 22006

Salam Sahabat - shabatku yg dirahmati Allah. Islam terus dihina. Kafirun dan munafikun terus mencabar kesabaran umat Islam. Umat Islam terus berpesta dgn pertelingkahan dan bercakaran sesama sendiri. Saudara sesama Islam menjadi musuh antara satu dengan yang lain. Umat Islam telah berpuak-puak dan berkabilah. Kita hanya mengaku umat Islam tapi kita tidak mengamalkan ajaran al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Kita telah kembali kezaman jahiliyah. Kita adalah dari kalangan orang-orang yang rugi dan zalim. Kita tidak belajar dari sejarah kejatuhan empayar Islam. Kita hanya baca sejarah tetapi tidak mahu mencipta sejarah. Berhijrahlah ... Bersatulah ... Bersatulah pada jalan Allah dan jangan berpecah belah. Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1436.
Published on October 27, 2014 03:27
THE UGLY ARAB ANTARA AL – QURAN & AL DOLLAR

Pukul empat subuh waktu Dubai penghujung bulan Mei 2006, sementara menunggu pertukaran penerbangan selama dua jam ke Tehran, Iran, saya duduk minum kopi sambil memerhatikan betapa sibuknya pengembara dari empat penjuru alam dengan dirinya sendiri. Siapa pun tak pedulikan siapa, tak ada masa bertegur sapa. Pelik perangai manusia yang kononnya maju. Ramai yang shopping giler, hinggakan terlupa antara siang dan malam. Memang Lapangan Terbang Dubai tersohor sebagai syurga membeli – belah dunia. Hingga mereka terlupa adanya syurga yang sebenar - benarnya.
The night has a thousand eyes,And the day but one;Yet the light of the bright world diesWith the dying sun.
The mind has a thousand eyes,And the heart but one;Yet the light of a whole life dies,When love is done.NightFrancis William Bourdillon (1852 -1921)

Mengapakah saya perlu mengambil risiko pergi ke Tehran untuk menghadiri satu konferensi mengenai kekejaman Zionis? Apakah saya sudah terlalu ghairah untuk menemui kematian? Takut apa dengan mati, manusia yang takut mati macam mana nak masuk syurga? Apakah saya sudah tidak lagi mencintai isteri serta 10 orang anak – anak dan juga cucu – cucu saya? Tak ada kerja lain ke, selain mencari bahaya? Itulah kerja wartawan yang mahu menyampaikan berita yang di alaminya dalam keadaan penuh bahaya.
The last thought to offer is that man must explore himself – his goals and value – as much as the world be seeks to change. The dedication to both tasks must be unending. The crux of the matter is not only whether the human species will survive,but even more whether it can survive without falling into a state of worthless existence.The Club of Rome (1972)
Kenapa orang – orang Islam yang bukan menjadi rakyat di negara – negara Arab non Arab, saja yang sanggup mati bersama umat Islam di Lebanon? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin Arab Islam tatkala Zionis sedang menyembelih kanak – kanak, wanita dan menghancurkan Lebanon? Lu fikirlah bro.

Joseph Pultizer, seorang tokoh dunia persuratkhabaran Amerika Syarikat dalam The North American Review (Mei 1904)

Untuk apa saya perlu mengemukakan soalan – soalan ini? Hidup memang perlu menjawab soalan. Hanya orang yang tak mahu berfikir saja tak tahu menjawab soalan. Saya hanya seorang penulis buku ”politik semasa” bukan wartawan dari media Arus Perdana. Jawapannya ialah kerana apa yang berlaku di Timur Tengah di mana terdapat orang Arab Islam, orang mengharapkan mereka yang mendakwa sebagai pengikut Ahlul Sunnah Wal Jamaah yang mesti mengikut sunnah Nabi menentang kekejaman, ketidakadilan, kezaliman dan bersifat rahmatanlilalamin. Tapi kita tak nampak adanya sifat kemanusian di hati raja – raja Arab.

Saya datang dari sebuah negara yang mempertahankan Islam Ahlul Sunnah Wal Jamaah yang bermazhab Shafie. Sejak dari kecil lagi kami telah diajar untuk menjawab soalan – soalan di hadapan Allah SWT apabila kita telah mati dan berada di liang lahat nanti. Hidup inikan menjawab soalan. Siapa Tuhan kamu, siapa Nabi kamu, di mana kiblat kamu, dan siapa sudara kamu.
Ramai yang malas nak ambil tahu, tak ada rasa kepedulian, tak ada peduli sama sekali apa yang berlaku terhadap kaum keluarga, hatta anak isteri mereka, inikan pula yang berlaku di Palestin mereka beranggapan bahawa apa yang berlaku di Palestin, di Lebanon tak ada kena mengena dengan mereka akibat mereka hidup dalam keadaan nafsu nafsi tak ada tanggungjawab, mungkin mereka tak tahu cerita yang sebenarnya. Otak mereka sudah dibrain washed, bahawa isu Palestin dan Lebanon adalah perang antara Islam dan Yahudi, Arab dan Yahudi asal dari keturunan yang sama. Nabi Musa as dan Isa as sebelum Nabi Muhammad SAW semuanya Yahudi, melainkan Nabi Muhamamd SAW saja berbangsa Arab. Pasal apa hendak campur kisah manusia berebut harta?

Emas telah diganti loyang!Daulat jiwa diganti daulat uang.Tak ada lagi kendali untuk sang tiranAkhirnya anak cucu sendiri diumpankanDemi kemewahan yang bukan kesejahteraan.
Rendra10 November 1997Taman Ismail MarzukiDari buku Megatruh
Itulah antara perkara – perkara yang bermain dalam kepala dan saya sambil terus teringat, ”Jika saya tidak berani menulis cerita yang sebenarnya, Perdana Menteri saya Dato Sri Abdullah Ahmad Badawi selaku Presiden OIC akan menjadi sasaran”. Apa yang Pak Lah boleh buat selaku Presiden OIC dengan orang Arab yang tak ada rasa peduli terhadap bangsanya sendiri? Bila OIC menjadi OHHHH I SEE. Bagaimana dengan mereka yang mengaku ahli sunnahyang sikapnya lebih Yahudi dari Yahudi.

Pelik tapi benar ramai yang tak tahu sentimen kebangsaan, keAraban bukan keIslaman yang dimainkan oleh raja – raja dan pemimpin Arab, kerana Nabi Muhammad SAW Arab, Al – Quran dalam bahasa Arab, Makkah dan Madinah di negeri Arab yang di miliki oleh As Saud. Mereka merasakan Islam milik orang Arab. Mereka yang tak semazhab dengan fahaman keAraban terutama Iran yang menganuti mazhab “syiah kafir” sedangkan dalam masa yang sama mereka duduk semeja, sembahyang dalam masjid masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah menghadap kiblat yang sama bertuhankan Allah dan Nabinya Muhammad SAW. Al – Quran menjadi ikutan. Apa jenis Islam bila ada orang yang mengkafirkan dan mengata orang Islam lain kafir? Siapa sebenarnya kafir? THINK. Apakah mazhab Arab Saudi dan Arab - arab yang lainnya Islam? Apakah kerana bila berbeza mazhab kita anggap bukan saudara seIslam kita. THINK.

Martin Luther King Jr. (1926 – 1968)
Mereka bukan tak tahu perang yang dilakukan oleh Israel dengan sokongan Amerika dan sekutunya dan negara Arab yang berjiran bukan sekadar perang Islam lawan Yahudi, tetapi perang penaklukan Amerika mahu jadikan Timur Tengah termasuk Iran di bawah penaklukan Amerika dan sekutunya.
Not very many of us are really, in the real sense of the word, alive and living fully. The things is, I’m certains that as long as you leave your life in the hands of other people, you’ll never live. You have to take the responsibility for choosing and defining your own life.
(Dr Leo Buscaglia: Living, Loving & Learning)
Saya ke Tehran untuk berucap di forum, seperti biasa jarang sekali saya menggunakan teks ucapan ketika saya diminta berucap. Saya rasa apa yang keluar dari mulut mesti terbit dari hati nurani kita. Kita perlu ikhlas dan berani berkata benar.



Kuasa sebenar terletak pada akal yang bermoral, yakni Tuhan yang Maha berkuasa. Inilah makna ayat Quran yang memproklamirkan bahawa kekuataan itu milik Allah semata – mata. (lihat Quran, 10: 65) Sejarah tamadun manusia dari dulu hingga sekarang membuktikan kebenaran perisytiharan ini." Kassim AhmadUtusan Malaysia7 Ogos 2006
Kenapa di saat akhir baru saya cari idea untuk berucap di persidangan tentang kekejaman Zionis secara global? Kenapa?
God invites a pleasant reward, while evil brings about suffering as a result.
Zhi Cang, Sui Dynasty A monk does not bow down before a king. Hui Yuan, Eastern Jin Dynasty.
Amerika dan sekutunya tidak pernah memikirkan untuk mengakui undang – undang apapun. Sabda mereka, sama seperti titah perintah raja raja itulah undang – undang bagi rakyat. Sebagaimana dalam undang – undang rimba, law of the jungle bahwa yang kuat itu yang menang. Maka tatanan masyarakat leluhur kita itupun berlandaskan kenyataan bahwa yang kuat itu yang benar (might is right). Dan yang terkuat di dalam masyarakat tentunya raja, president, perdana menteri. Apa lagi mereka penjilat kasut Amerika yang telah menjadi polis dunia, dan kuasa besar seperti dalam negeri yang mengamalkan tata susila orang kecil dan besar. Maka titah di raja (iaitu keputusan raja) yang menjadi sumber kebenaran. Tidak ada daulat rakyat dan daulat alam .

Pelik tapi benar bila mata hati mereka buta, mereka lebih suka buat – buat bodoh dan menutup pengetahuan yang dimiliki, demi membelasah Islam secara berat sebelah, dan amat tidak adil. Kebaikan dan nilai Islam yang sebenarnya ditutup dengan tabir kepalsuan dan kepuraan oleh raja – raja dan para pemimpin yang beragama Islam.
Imej tentang Islam yang menonjol di dunia hari ini ialah keganasan, fanatisme, dendam kesumat, kebencian dan kacau bilau. Bagi Barat, imej itu bermula dari kejadian rakyat Libya yang membunuh polis wanita di London, bangsa Palestin merampas kapal terbang, kumpulan Iran memduduki kedutaan asing dan orang Islam Indonesia yang telah meletupkan Candi Borobudur di Jawa.
Dunia hari ini telah meletakkan maklumat itu sebagai kuasa. Information is power. Siapa yang menguasai maklumat itu maka dialah yang menguasai kuasa. Siapa kalau bukan Yahudi yang menguasai media? Secara mudahnya, who controls the media controls infromation, dan who control informations controls power. Realiti dunia maklumat hari ini telah menjadikan dunia semakin kecil kerana teknologi dan laluan lebuhraya maklumat yang luar biasa.
Apakah kasih sayang sudah tidak membawa apa – apa erti lagi terhadap mereka yang mengaku beriman, tetapi tidak ada rasa peduli apa lagi belas ikhsan, dan hatinya terusik apabila melihat ratusan mayat wanita dan kanak – kanak yang tertimbus di celah – celah runtuhan serangan yang tidak berperikemanusiaan ini? Mereka tak ambil peduli. Seperti juga mereka tak ambil peduli dengan jiran tetangga, dengan saudara mara mereka yang seagama, sebangsa dan satu mazhab. Tak berani bangun menentang ketidakadilan dan kekejaman yang dilakukan terhadap saudara seagama. Islam apa benda macam ini? Islam itu kesatuan, uniformati bukannya uniform. Bukan sekadar pakaian yang luar saja, seperti pakaian orang Arab, berjubah, berserban, bermisai berjanggut, sembahyang 5 waktu, berpuasa naik haji sampai tujuh lapan kali sedangkan ada keluarga yang hidupnya sengsara, ada anak bangsa yang tak mampu meneruskan pelajaran ke Univeristi, hati perut lebih Yahudi dari Yahudi tapi retoriknya luar biasa membazir macam syaitan, bakhilnya Nauzubillah.

Islam apa kalau tak ada rasa peduli, tak ada rasa kasih sayang, bakhil, tak sanggup berkongsi, tak sanggup memberi, tak ada belas kasihan sewaktu melihat kekejaman, kezaliman dan kerakusan setiap manusia, bukan saja di Palestin tetapi dalam negara kita sendiri, saudara sekampung kita sendiri, Yahudi terhadap orang yang sebangsa dan seagama dengan mereka?
Memang ramai manusia yang tidak cinta kepada kedamaian. Tak ada perasaan peduli dan ehsan akibat hilang rasa kemanusiaannya. Macam mana mengaku ahli sunnah kalau tak ada rasa kemanusiaan? Sunnah siapa yang kita ikut? Itulah tanda – tanda akibat lupa diri dan tak kenal siapa diri, siapa Tuhannya sendiri? Kenapa dan untuk apa dirinya dijadikan? Mereka jadikan Islam hanya sebagai topeng.
Mereka yang biasa berulang alik ke Timur Tengah dan bercampur warga Arab tahu bagaimana mereka telah dipecah perintah, di pecah – belah oleh penjajah Inggeris dan Amerika hingga menjadikan mereka yang hidup mewah dan kaya dengan hasil minyak itu menjadi umat yang cinta dunia dan takut mati dan menggunakan Islam untuk kepentingan diri sendiri?
Seandainya para pemimpin Arab – arab itu tidak hidup nafsu – nafsi, tidak membiarkan tuan mereka penjajah minda dan roh mereka, mereka tak jadi hamba nafsu dan tak cintakan kekayaan dan kemewahan yang sementara. Islam bukan sekadar amalan ritual yang tidak ada kena mengena dengan spiritual. Perlu tahu hubungan antara roh akan dan jasad, jasad tanpa roh, dan bila akal tidak lagi digunakan, tidak jaga hubungan dengan Allah lupakan hubungan terhadap sesama manusia. Sedangkan hubuungan antara manusia sesama manusia sama pentingnya dengan hubungan manusia dan Tuhannya.
Gold is tested by fire, man by gold. Traditional
Pelik tapi benar bila manusia menjadi orang yang gila kebendaan, unutk mengekalkan kuasa dan kemewahan mereka menjadi sangat kejam, jadi brutal, ganas dan hilang rasa persaudaraan serta hilang rasa timbang rasa. Tapi nak buat macam mana, Mekah dan Madinah berada dalam kuasa al – Saud, kalau tak tunduk nanti tak dapat naik haji, hilang status sebagai Tuan Haji. Macamlah seolah – olah kalau tak naik haji tak masuk syurga.
During his lifetime, an individual should devote his efforts to create happiness and to enjoy it, and also to keep it in store in society so that individuals of the future may also enjoy it, one generation doing the same for the next and so on unto infinity. Chen Duxiu, Republican Period.
Meluahkan apa yang ada dalam pemikiran saya perlu bagi mengembangkan pemikiran manusia, membentuk kesedaran antara insan di samping berfungsi sebagai saluran penyebaran ilmu yang efektif yang dituntut oleh Al – Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.

Agaknya kerana itulah Allah SWT bersumpah atas nama pena. Baca, Baca dengan nama TuhanMu. Namun yang berperanan disebalik pena ialah penulisnya. Apakah penulisnya seorang ‘Mukmin’ atau seorang ’Munafik’. Penulis upahan atau yang menulis semata – mata kerana Allah SWT? Pena seorang penulis sama ada di media Arus Perdana atau Media elektronik atau penulis skrip filem mempunyai hubungan yang erat dan terangkum padu dalam bidang kewartawanan. Hasil karya seorang karyawan yang paling mulia ialah yang mencoretkan kebenaran dan yang memperjuangkan kepentingan orang yang dirampas haknyaorang yang teraniaya dan dizalimi, di mana keadilan sudah di matikan oleh penguasa. Pena umpama perakam dan penulis adalah koordinator yang memastikan apa yang hendak dirakam untuk tatapan manusia yang akal fikirannya terbuka.
Pembaca kini semakin hari semakin cerdik dan dapat membezakan antara kaca dan permata. Janganlah kita terjerumus ke dalam perangkap “kebebasan akhbar” mengikut telunjuk Barat yang sememangnya mereka mahu kita musnahkan negara kita sendiri, tetapi berpegang teguh kepada “kebebasan maklumat” demi kesejahteraan agama, bangsa dan tanahair, dan kerjaya kewartawanan yang amat kita hargai ini. Akhbar arus perdana tidak boleh lagi memperbodoh – bodohkan pembaca. Ini zaman langit terbuka, dunia sudah ditahap penghujung menunggu munculnya Imam Mahdi Ratu Adil dan Nabi Isa as.

Namun perlukah kita menyisihkan diri daripada arus utama jagat. Pada hal umat Islam disuruh oleh Allah SWT turut mewarnai dunia antarabangsa sebagai terpapar dalam maksud ayat al – Quran berikut:
Wahai umat manusia! Sesungguhya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai – bagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal – kenalan (dan beramah mesra di antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia – mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bagsa). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu). Al – Hujurat:13

Surah al – Qalam: ayat 1-2
Ayat diatas menegaskan kepentingan pena sebagai alat perutusan untuk menyatakan kebenaran. Kebenaran adalah satu tuntutan yang memainkan perana penting dalam pembentukan syakhiah manusia sehingga tercetusnya ketamadunan. Dengan itu manusia hendaklah terus belajar dan menyatakan kebenaran atas apa yang dipelajarinya daripada Al - Quran.
“Maka apabila mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun membukakan semua pintu – pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami seksa mereka dengan tiba – tiba (sekonyong – konyong), maka ketika itu mereka terdiam dan berputus asa. ”Al – An’am 6:44
“Dan apabila sampai tempoh kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang – orang yang melampau – lampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya. Maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur – hancurnya.” Al – Isra’ 17: 16
Satu bilion manusia dunia menganut Islam. Umat Islam telah menjadi umat majoriti di sekurang – kurangnya 45 buah negara dari Afrika sehingga ke Asia Tenggara dan yang terpantas perkembangan ialah Eropah dan Amerika. Perkembangan ini telah cukup untuk merunsingkan Barat. ‘Ancaman Islam’ nampaknya akan menggantikan ‘ancaman komunis’ di mata Barat. Islam akan menjadi antagonis baru. Apakah kita mesti menjadikan lidah kita lidah syaitan bersama - sama ular - ular dalam semak? Ohh Ulamak. Alamak. Lu fikirlah Bro.
Tanggungjawab seorang penulis dan juga pemikir, selain sahufi penyampai berita ialah tahu membezakan antara kebenaran atau kebatilan dengan kepalsuan, kerana yang di sampaikan adalah suara Tuhan bukan suara tuan dan tuankau. Tidak sekadar menyampaikan dakyah kosong dan dakwah songsang yang sesat lagi menyesatkan di sebabkan might is right maka setiap orang boleh dituduh sesat dari lidah pemimpin yang cakapnya hampir semua bohong. Manusia hari ini mahukan kebenaran yang sah, mengajar kebaikan dalam penulisan tapi mesti berani mencegah dan menentang kemungkaran. Selain tahu membezakan dosa dan pahala, halal dan haram, terlebih dahulu perlu kenal dirinya dan Tuhannya. Tugas wartawan Islamsememangnya terlalu berat untuk digalas. Banyak keadaan yang memerlukan pertimbangan antara tugas, tanggungjawab, dan tuntutan agama dan keuntungan materi dan kedudukan. Inilah yang saya fikirkan sambil minum kopi di sebuah coffee house di Dubai. Terutama bila agaknya kita akan merasakan daulat rakyat, daulat alam, daulat Islam, di mana rakyat itu ialah raja, dan Allah adalah raja sekian alam.
Allah Maha Hakim! Allah Maha Tahu!Allah Maha Mendengar! Allah Maha Rahman!Amin, ya, Kuasa Semesta Raya!Amin. Ya Rabbil Alamin.(selawat)
Bersambung...Di Petik Dari Buku Macam - Macam Ada 22006

Salam Sahabat - shabatku yg dirahmati Allah. Islam terus dihina. Kafirun dan munafikun terus mencabar kesabaran umat Islam. Umat Islam terus berpesta dgn pertelingkahan dan bercakaran sesama sendiri. Saudara sesama Islam menjadi musuh antara satu dengan yang lain. Umat Islam telah berpuak-puak dan berkabilah. Kita hanya mengaku umat Islam tapi kita tidak mengamalkan ajaran al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Kita telah kembali kezaman jahiliyah. Kita adalah dari kalangan orang-orang yang rugi dan zalim. Kita tidak belajar dari sejarah kejatuhan empayar Islam. Kita hanya baca sejarah tetapi tidak mahu mencipta sejarah. Berhijrahlah ... Bersatulah ... Bersatulah pada jalan Allah dan jangan berpecah belah. Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1436.
Published on October 27, 2014 03:27
October 22, 2014
Pak Habib Strikes Again

Syed Hussein Alattas, or Pak Habib as he is fondly known, is a Malaysian institution, having written no less than 40 books. That is more than most Malaysians ever read. Prime Minister Mahathir once enviously asked how long it took him to write a book, and Pak Habib promptly replied, Two weeks! and then added, At most!
"Some say Hussein is a rascal who unfairly maligns prominent people. He retorts: “I don’t write about ministers who behave themselves. I write about people who don’t know how to behave.” When Syed Hussien Alattas starts to write, Malaysian politicians begin to tremble." Roger MittenAsiaweek
When Syed Hussein writes, observed Asiaweek's Roger Mitton, Malaysian politicians tremble. He is perhaps the only Malaysian writer whose craft supports him, and does so very well.
The Ugly Malays will, like all of Pak Habib's books, be widely read. He has bravely put First printing, November 2000' on the volume I am reading. That's confidence! He has every expectation that there will be many more printings. This self-assurance is reflected in the tone of his books, of an observer very much in touch with Malaysian realities.

Once, Pak Habib set up his stall out in the hallway where Umno was having its general assembly. His books were selling briskly with the members. But what irritated Pak Habib were the demands by ministers and senior officials for complimentary copies.
One would think these high-salaried individuals would not even blink in parting with their RM38.00. These top honchos epitomise Pak Habib's ugly Malays: a bunch of takers. After all, when you are used to getting lucrative company shares for free, you naturally expect not to have to pay for your books.
Left high and dry
This book enumerates the many unsavory features of the ugly Malays. And who are they? Obviously those big shots in Umno top the list.
And his list is a very long one. He traced the early history of Umno and noted the many who broke away, all in the name of Malay unity of course.
The first were the ulama who split to form PAS in the1950 s. Next came the Semangat 46. After floundering for a few years, their members are now back in Umno's fold, not much wiser for their experience. The latest is Keadilan, formed by the misguided followers of Anwar Ibrahim.

Of Keadilan, Pak Habib has this to say, The ultimate motive of Keadilan is that Anwar must be set free. Is that justice for all? Is it justice for the citizens of Malaysia?
He believes that it, like Semangat 46, will have the staying power of chicken excrement (to sanitise his actual phrase).
Pak Habib uses the poultry metaphor liberally, beginning with the state of chicken s..t politics, where passion for a particular issue has the staying power of the warmth of chicken droppings.
Remember Melayu Baru (New Malay) and Revolusi Mental (Mental Revolution), now all but forgotten? Whatever happened to the ballyhooed unity meeting a while ago headed by Ghaffar Baba and angry Umno Youth's has-beens?
No personal grudge

The reasons for this change of heart are detailed in this book but the most revealing aspect was the unexpected personal encounter he had with Mahathir during the 1999 general election campaign.
Pak Habib saw in Mahathir a leader very different from that portrayed by his enemies. He saw a true statesman, and a man of steely inner strength and noble character. Even though Pak Habib had severely criticised him earlier, the prime minister harbored no personal grudge and indeed was able to engage in a friendly banter.
Not so Mahathir's assorted hangers-on who demanded that Pak Habib apologise to the man. Contrast Pak Habib s experience with other politicians whom he had criticised; they refuse to even shake his hand. Such small characters; such ugly Malays!
Another group Pak Habib mercilessly skewers are the political ulama, both the establishment types being chauffeured around in their expensive government-issued sedans as well those in the opposition parties with their put-on piety. One cent no use! that is, not worth a penny, in Pak Habib s words.

More recently, the obsession was on whether Malaysia is an Islamic state. Today the fixation is on certain writers who allegedly insulted the Prophet. Meanwhile our youths are high on drugs, our schools and universities are failing, and our institutions corrupt. Recent scandals of Perwaja and MAS are merely add-ons to a long series.
These political ulama are prostituting themselves. They bring disrepute to both Islam as well as the profession of politics.
Libel case
Unlike other political commentators in Malaysia, Pak Habib is not satisfied with general references and anonymous attributions. This brave soul names individuals and cites specific events.
Thus we read about Sarawak s Taib Mahmud generously buying a few thousand copies of Pak Habib s books. The only problem is, the man has yet to settle his bill! And when Pak Habib raised the issue, voila he is declared a personna non grata and denied an entry permit to visit Taib's tropical fiefdom! Another ugly Malay!

Alattas's success gives lie to the claims of many that Malaysia s repressive laws prevent them from writing critically. Truth is, mere oppressive laws never stopped great writers. Stalin could not stop Doestovsky, nor Suharto, Pramoedya Ananta Toer.

Cosmetic surgery
It is not likely that The Ugly Malays will be excerpted in a textbook of expository writing. But Alattas is unapologetic about what he calls his Malay/English style.
In truth, when you have an important message to deliver, as Pak Habib has, readers are surprisingly forgiving of mangled syntaxes and ungrammatical constructions.
A fastidious editor however, will have a field day with this volume. In short, this book could be enhanced with minor cosmetic surgery.
Sadly, the real ugly Malays are ugly to the core, beyond the help of any cosmetic surgery.
Pak Habib is very productive and is now working on a sequel. What prompted him to write? God would be angry at me, he observes, if I just sit down and not try to do anything to prevent the Malays who are also Muslims from becoming uglier than they are now.
The Ugly MalaysAuthor: Syed Hussein AlattasPublisher: Jaharah EnterpriseKuala Lumpur, 2000, 368 pp
6:24AM Mar 3, 2002 By M Bakri Musa
http://www.malaysiakini.com/columns/20476
Published on October 22, 2014 19:53
October 21, 2014
MEREKA YANG HILANG AKAL

Seperti biasa, seperti kebiasaannya, saya siapkan kulit buku dulu sebelum saya masukkan isi kandungannya. Macam juga kejadian manusia. Sesudah siap lengkap segala – galanya, barulah roh ditiupkan masuk ke dalam jasad. Jadilah manusia. Itu belum dimasuk akal lagi tu. Masuk akil baligh, barulah di masuk akal.


Ramai yang tak setuju terutama kaum hawa, tapi Haji Hadi tak peduli orang setuju atau tidak. Kuasa ada ditangannya. Dia buatlah apa yang dia suka. Cuba tanya rakyat Terengganu, kenapa memberi mandat kepada Tok Guru yang hilang akal macam Haji Hadi?
Hilang akal bukan perkara baru dalam sejarah hidup manusia. Nabi Adam as terkeluar dari syurga kehilangan rahmat Allah swt akibat ‘hilang akal’ . Ular dan pujuk rayu Hawa yang disalahkan oleh manusia yang terlupa bahawa leka, lalai, alpa itulah sifat manusia biasa. Manusia memang mudah lupa sebab itu mereka cepat ‘gelap mata’ dan hilang akal akibat bahayanya Wanita, harta dan takhta (kuasa). Sebab itu, Nabi Muhammad saw selaku pembawa risalah kepada umat manusia dan jin dan lain – lain makhluk menolak Tiga Ta dari awal – awal lagi.
Ulama pewaris Nabi berjaya mengIslamkan mereka yang hidup di hulu dan orang darat dapat menerima risalah walaupun tak seorangpun pernah bertemu dengan Nabi Muhammad saw, namun mereka tetap mahukan Islam kerana karamah yang ada pada Tok Ku Paloh selaku ulama.
Manusia terbahagi dalam dua kelompok. Ia bermula dari dua orang anak Adam. Habil yang berakal mengikut perintah Tuhan, Kabil yang tak menggunakan akal ikut perintah nafsu dan kemahuan syaitan.
Dalam setiap zaman, ada manusia yang macam Kabil merasakan diri mereka macam Tuhan. Seperti Firaun maka Tuhan jadikan Nabi Musa as untuk membinasakan Firaun. Bila ada Namrud, Tuhan lahirkan Nabi Ibrahim as. Adanya Abu Sufian, Abu Lahab, Abu Jahal di zaman jahiliyah ada pula Rasulullah SAW untuk menegakkan hukum Tuhan menggunakan Al – Quran dan dirinya yang mempunyai sebaik – baik akhlak. Hanya bila manusia tengok ada contoh yang baik maka manusia akan tinggalkan kejahatan. Maka yang penting, sifat ketakutan ditanamkan sebelum undang – undang dilaksanakan.
Anda akan bertanya hari ini ada George Bush, ada Tony Blair, ada Sharon. Kenapa tak ada manusia yang Tuhan turunkan untuk mengubahkan Kabil dan kaum kerabatnya yang sudah pun hampir menguasai seluruh kekuatan manusia di dunia ini? Sabar... Baca buku ini seterusnya. Anda akan tahu siapa yang akan menghancurkan Amerika dan Yahudi.

Hilang akal mungkin terjadi kepada sesiapa saja, tidak kira peringkat usia dan kedudukan mereka. Pengarah Filem Hollywood, Ron Howard menggarapkan kisah John Forbes Nash, seorang genius yang hilang akal dalam filem arahannya A Beautiful Mind. Kisah seorang profesor Matematik yang Hilang Akal. Tapi masih boleh memenangi Nobel Award.
Bakat dan kebolehan menjadi sia – sia akibat penyakit hilang akal yang juga dikenali schizophrenia. Isteri dan anaknya terdedah kepada bahaya kerana keadaan beliau yang tidak siuman yang boleh mengancam keselamatan mereka. Tapi itu hilang akal akibat penyakit ‘gila’. Selalunya yang dianggap genius itu penuh dengan kegilaan. Namun orang yang buat – buat gila belum tentu seorang genius. Lu Fikirlah Bro..
Dari Buku Mereka Yang Hilang Akal2002Bersambung...
Published on October 21, 2014 21:47
October 19, 2014
NAJIB PEMBOHONG Bahagian Kedua

My country has an old tradition, we send great men as envoys to great kings, and idiots as envoys to incompetent kings. Because I am the worst of all, they sent me to you.
Ambassador Yan Ying kindly explains his appointment to the sharped tongued Duke Ling, Spring and Autumn Period
Rakyat Malaysia sudah dibebankan dengan hutang negara yang saban tahun meningkat billionan ringgit.
To gain the respect of the people, several victories would not go amiss. Shi Hou advises the usurper Zhou Yu, Spring and Autumn Period.

Adakah pemindahan dana dari dalam negara ke luar negara itu yang menyebabkan Ahmad Said dihentikan jawatan MB nya kerana besar kemungkinan Ahmad Said merupakan ancaman terhadap perancangan mereka untuk membawa lari duit dari dalam negeri ke luar negara? Buku Lu Fikirlah Bro adalah satu dokumentasi yang wajib di baca oleh mereka yang mahu kenal betapa lemahnya kepimpinan Najib selaku Perdana Menteri.
Pada hujung tahun ini pula, 1MDB akan membuat tawaran saham untuk mencari sebanyak RM15 billion. Inilah kerja penyamun tarbus. Sampai bila kita nak biarkan penyamun tarbus bermaharajalela? A stich in time saves nine. Lu Fikirlah Bro.
I announce to you these three laws. 1. Murders shall be executed. 2. Those who injuries others shall pay the penalty. 3. Thieves shall be punished.
Liu Bang lays down the law to his victorious army,
Han Dynasty
Kepimpinan Najib terus meminjam atas nama Malaysia, menjadikan Malaysia negara yang berhutang besar tetapi segala peluang mendapat projek dan wang menjadi milik kuncu-kuncunya saja. Malaysia bertambah miskin, Najib Rosmah dan jemaahnya bertambah kaya.... Betulkah kita semua telah tersihir hingga lidah menjadi kelu membisu. Apa nak jawab depan Allah SWT?
Better for one family to weep than a hundred clans. (The needs of the many outweighed the needs of the few)
Fan Zhongyan, Song Dynasty
Jika kita hendak menelusuri awal mula kisah sihir, kiranya kita perlu memulai dari firman Allah sebagai berikut:
"Dan mereka mengikuti apa yang dibacakan oleh setan – setan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahwa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya setan – setan itulah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil yaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorangpun sebelum mengatakan; “Sesungguhnya kami hanya cobaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir.” Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya. Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorangpun, kecuali dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari sesuatu yang memberi mudharat kepadanya dan tidak memberi manfaat. Demi, sesungguhnya mereka telah meyakini bahwa barang siapa yang menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat, dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui.” (Al Baqarah 102)
Walaupun kita semua terus menentang dan mendedahkan kepincangan serta salah laku tadbir urus kewangan, mereka terus tidak mempeduli segala penentangan. Mereka mengguna pakai istilah ‘biarlah anjing menyalak bukit, bukit tak akan runtuh’. Sampai bila Najib nak menutup telinga dan membutakan mata melihat penderitaan rakyat terutama Melayu bumiputra, yang akhirnya menyebabkan Melayu 1Malaysia, hilang didunia. Sampai bila Najib berjaya melakukan rampasan kuasa, membuang Ahmad Said digantikan dengan Ahmad Razif.
Sebab apa Najib berani dengan salakan-salakan itu? Mungkin Najib sudah pecah dan perintah, (divide and rule) semua media yang boleh mengancam kedudukannya. Media penerbitan memang sudah lama di bawah ‘kawal selia’ orang-orang Najib. Dia sedar zaman sekarang ini zaman ‘media baru’. Bukannya susah, media-media baru seperti para blogger di beri ‘wang saku’. Blogger pun ada kategorinya, kalau hit blognya mencecah jutaan pembaca ataupun kalau berita yang ditulis oleh blogger itu mengampu Najib setinggi Menara KL, mungkin Najib akan isi semua poket mereka.

Sebab itu dalam apa saja kes yang Najib Rosmah terlibat, dia tidak peduli dengan suara rakyat jelata, dia anggap suara rakyat telah dipecah pecah mengikut kelompok yang mana suara itu tidak akan bersepadu dan dia kekal disitu selagi orang UMNO diam membisu.
Selama berabad – abad, dunia Islam pernah menempati posisi yang sangat penting dalam peradaban manusia, baik dalam hal kekuatan militer maupun ekonomi. Islam juga pernah menjadi pelopor dalam dunia seni dan ilmu pengetahuan. Sementara itu, pada saat yang bersamaan umat Kristian Eropah, yang berada sangat jauh dihujung sebelah barat laut negara – negara Islam, sedang mengalami masa kegelapan yang ditandai dengan perilaku barbar dan ketidakpercayaan terhadap Tuhan sehingga mereka dipandang bukan sebagai kekuatan yang patut disegani. Namun kemudian segalanya berubah, ketika barat yang dulunya dianggap lemah mulai dari berbagai kemenangan di medan perang dan di dunia perdagangan, sampai dengan kemenangan di hampir setiap aspek kehidupan masyarakat dan bahkan kehidupan peribadi.
APA YANG SALAH? Sebab - sebab runtuhnya Khilafah dan kemunduran Umat Islam.Benard Lewis

Bermula dari kes cincin 24 juta, semua media mengkritik, mendebat dan meletakkan berbagai pertuduhan. Akhirnya cerita cincin 24 juta itu hilang dalam masa 24 bulan.

Kemudian kes Altantuya pula menjelma, bukan media tempatan saja membuat liputan, banyak media antarabangsa yang turut serta mencelah isu kes pembunuhan itu. Bertahun tahun kes itu dibicarakan. Najib dan Rosmah langsung tidak terpalit... Roh hantu Altantuya pun sudah letih bergentayangan dan mungkin sudah pulang ke Mongolia, sebab itu Deepak yang pada mulanya ingin mendedahkan kes Altantuya dengan alasan hantu Altantuya menghantuinya kini sudah mendiamkan diri setelah mendapat pinjaman 32 Juta dari Bank Rakyat tanpa faedah. Bekas Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik mendedahkan khidmatnya tidak disambung gara-gara pinjaman 32 Juta. Sabbaruddin memberitahu The Malaysian Insider, individu tersebut menggunakan jaringan politiknya untuk melangsaikan baki pinjaman berjumlah kira-kira RM32 juta tanpa faedah. Individu yang berhutang tersebut tidak sepatutnya berbincang dengan menteri, hutang beliau dengan Bank Rakyat, jadi kenapa perlu jumpa menteri?
"If you true you will know it. For all the good people in your village will like you, and all the bad ones will hate you."
Confucius, Spring and Autumn Period.
Kes Deepak pula, berbagai cerita yang mengaitkan Deepak dan Rosmah, dari cerita ‘toy boy’ sehinggalah paling mutakhir mirip cerita ‘toyol boy’ kerana dapat mengambil wang Bank Rakyat tanpa faedah. Semua orang di dunia ini meminjam wang dari bank akan dikenakan faedah, sistem Bank Islam pun walau tidak mengambil faedah ia akan mengenakan caj perkhidmatan, Deepak dapat duit puluhan juta tanpa satu sen kena bayar faedah, bukankah ‘hanya toyol saja yang mampu berbuat demikian’ dalam cerita cerita dongeng dan hikayat. Toy boy sudah bertukar menjadi toyol boy.

Kini kes wang 1MDB yang diusung ke luar negara. itu pun, kebingitan kes ini diperkatakan di media baru dan beberapa akhbar, masih tidak pedulikan langsung, kerana Najib cukup percaya, salakan salakan itu tetap tidak meruntuhkan bukit.... adakah wang itu sudah dibawa pulang setelah isunya menjadi bingit, atau wang itu masih berada di luar negara, mungkin ada pihak sedang mengira keuntungan faedah yang tiris... yang tidak masuk book.
Dalam tahun 80an dulu, kes yang mirip dengan 1MDB juga pernah berlaku. Sebuah GLC kewangan kerajaan bernama Bumiputera Malaysia Finance (BMF) telah ditubuhkan di Hong Kong untuk tujuan pelaburan, kemudian wang syarikat kewangan itu telah dikendurikan sesama rakan niaga pemimpin saja. Antaranya George Tan dan syarikat Carrian Group. Akhirnya salah laku kewangan itu telah menjadi isu, lalu pihak ibu pejabat Bank Bumiputera Kuala Lumpur menghantar seorang juruaudit yang berwibawa untuk mengesan salah laku itu, juruaudit itu dibunuh dan dicampak di pangkal pokok pisang di pinggir bandar Hong Kong. Melihatkan kes seperti ini memang tidak salah jika dikatakan orang orang politik memang tidak ada ‘hati perut dan belas kasihan jika hendak menyelamatkan diri, nyawa orang pun sanggup diambilnya...
Menerusi buku The University Of Life, saya ingin melahirkan generasi yang memiliki jiwa berani kerana benar dan takut apabila salah. Jiwa sedemikian tiada akan dapat wujud pada diri seseorang dengan hanya sekadar memiliki Ilmu dari Universiti yang formal. Bahkan ramai yang memiliki kekuasaan tersebut telah menyalahgunakan seperti untuk menindas orang lain kerana hilang kepercayaan pada Allah dan menyembah selain dari Allah. THINK.
Boleh dapatkan buku secara online.
Sementara stock masih ada.Hubungi/ Whatapps : 0172350422
atau email alxsunilife@gmail.com




Published on October 19, 2014 21:48
October 15, 2014
NAJIB PEMBOHONG Bahagian Pertama
Siakap Senohong Gelama Ikan Duri,
Hari - hari cakap bohong itulah kerja Perdana Menteri.
Hilang Integriti, kredibiliti dan dignity.
Cuba baca body language Najib.
Najib tahukah apa makna Fitnah.
Najib: “Allah sahajalah yang menentukan mana yang benar, Allah juga yang akan membalas (kejahatan) kalau tidak di dunia, di akhirat. Saya tidak gentar hadapi dugaan, saya tidak takut hadapi fitnah kerana kebenaran tetap muncul nanti. Saya dan isteri akan menghadapi segala-galanya.”
(Utusan Malaysia - Ahad, 6 Julai 2008)
Akhbar The EDGE pada keluaran 28 April 2014 telah meletakkan satu tajuk besar yang cukup sayu menyentuh hati kita, akhbar tersebut merayu ‘BRING BACK THE MONEY” (Bawa Pulang Wang Kita)
Akhbar ekonomi ternama di Malaysia itu membongkar urusniaga 1MDB berjumlah RM18 billion yang diletakkan di luar negara.
Membaca laporan kewangan tahunan syarikat yang berakhir 31 Mac, memang membuatkan kita urut dada tanda lega kerana jumlah aset untuk tahun 2013 bertambah kepada 44.6 billion. Itu semua ‘on paper’ bro! Kita terlupa bahawa 1MDB perlu menanggung bayaran hutang tahunan berjumlah RM 1.6 bilion kerana meminjam sebanyak 36 billion pada tahun 2013. Tak cukup dengan hutang sebanyak itu, pada 28 April 2014, akhbar ekonomi dunia Wall Street Journal membuat laporan 1MDB sedang berunding dengan beberapa buah bank lagi untuk meminjam RM2 billion.
Suara Keadilan keluaran 6 Mei 2014 dalam satu artikel yang ditulis oleh Lyn Nasir mengesahkan dengan laporannya:
‘Negara mungkin menghadapi masalah keberhutangan lebih tinggi sekiranya beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) gagal dalam pelaburan mereka, Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim berkata kemungkinan GLC 1 Malaysia Development Berhad akan meningkatkan lagi hutang negara dalam usaha syarikat itu menampung kos projek mega seperti Tun Razak Exchange dan Bandar Malaysia dengan anggaran kos RM45 billion....
Pada asalnya dana 1MDB ini adalah dari dana tabung Negeri Terengganu, iaitu duit royalti minyak yang disimpan dalam satu dana yang dinamakan TIA (Terengganu Investment Agency) dana negeri Terengganu kemudian ia dinamakan 1MDB. Apakah Ahmad Said mantan MB Terengganu, tak tahu tentang selok belok serta cerita disebalik tabir tentang dana Terengganu yang TIA diubah menjadi 1MDB itu.
1MDB (1 Malaysia Development Berhad) juga membawa maksud lain iaitu 1 Malaysia Di Bodohkan. Kenapa dikatakan begitu? berikut adalah alasannya....
Negara kita memang beraspirasi untuk menjadi ‘negara maju kelas satu’, malang sekali kewibawaan pemimpin kita tidak membawa Malaysia ke arah itu.
Satu ukuran yang paling mudah, tahukah kita bahawa tahap ketelusan negara kita amat rendah berbanding dengan kriteria negara maju.
Kepimpinan Najib memang terus mendakwa Malaysia negara maju dan sememangnya kita maju pun. Hanya memajukan kelompok tertentu saja. Negara maju kelas berapakah ini?
Antara perbuatan tidak telus pemimpin ialah tentang Tabung dana 1MDB yang ditubuhkan dalam tahun 2009 dengan suntikan modal RM5 billion, modalnya dijamin oleh Kerajaan. Tetapi kenapa sebanyak US 2.3 billion di letakkan di sebuah bank di Switzerland. Dana sebanyak itu telah diurus oleh syarikat pengurus dana kewangan di Hong Kong.
Pengurus dana telah melabur wang tersebut di enam tabung dana berlainan yang terlibat dalam sektor tenaga.
Profail pelaburan keenam enam dana ini atau nilai asetnya juga tidak diketahui.
Mengapa sejumlah besar wang itu di letakkan di dalam satu syarikat pengurusan dana, tindakan pengurusan 1MDB itu memang membingungkan atau pun sengaja mahu membuat rakyat Malaysia menjadi bingung. Apabila dipersoalkan tindakan itu, 1MDB tidak pula memberikan jawapan. Cukup pelik, satu GLC kerajaan yang Pengerusinya Perdana Menteri boleh mendiamkan diri.
Orang yang tidak ada asas pengetahuan kewangan pun tahu ‘don’t put all your egg in one basket’. Dalam kes 1MDB ini, sudah lah put all in in one basket, tetapi not his own basket pulak . Kata P. Ramlee, ‘unta padang pasir pun tak sebodoh itulah!’
Kenapa dana yang ditaja kerajaan, dengan jumlah dana yang besar itu diletakkan di luar negara sedangkan objektif utama penubuhan dana itu untuk merancakkan ekonomi domestik.
Habis semua wang yang sepatutnya berlegar legar di dalam negara telah menyusup ke luar negara.
Sudah lah selama ini berbillion ringgit mengalir keluar setiap tahun dari sektor pekerja asing yang bekerja di Malaysia.
Secara minimanya, jika seramai 2 juta pekerja asing di Malaysia, setiap orang menghantar minima RM100 setiap bulan, ini bererti 200 juta ringgit mengalir keluar setiap bulan, tetapi kita bertanya semula adakah pendatang asing hanya 2 juta, memang yang berdaftar lebih kurang 2 juta, PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin) boleh dikatakan sama ramai atau mungkin lebih ramai dari yang ada permit. Kiralah berapa banyak wang keluar negara setiap bulan, tidak cukup dengan itu. Kini berbillion billion wang dalam negara di bawa 1MDB keluar negara atas nama pelaburan.
Pada 12 September 2012, 1MDB telah meletakkan US2.3 billion (RM7.42 billion) dalam beberapa portfolio berasingan di Cayman Island.
Pada 22 February 2014, Akhbar Star dalam ruangan StarBiz Week melaporkan
1MBD had places US$2.32 Bil (RM7.42 bil) in a segregated portfolio fund based in Cayman Islands on Sept 12, 2012.
Selepas kumpulan pertama sebanyak US2.3 billion dilaburkan pada bulan September 2012 itu, diikuti pula US3 billion ringgit diletakkan di tangan bank pelaburan luar negara pada bulan Mach 2013.
Jumlah kesemua, 1MDB sudah melabur sebanyak US 5.3 billion di tabung dana luar negara. Yakni dalam masa enam bulan dari bulan September 2012, wang sebanyak itu telah berada di tangan bank asing. Apakah Najib boleh menjawab " ask me no question, I will tell you no lie ." Dah banyak sangat pembohong, kesian yang kena tipu cerdik pandai, orang kita yang tak berani cegah kemungkaran. Kalau tanya pun, Najib suka buat bodoh. Dia takkan jawab apa pun orang kata dia. Akhirnya gambar dia kena pijak. Orang tampal kasut saja di mukanya. Itulah nilai Perdana Menteri Malaysia hari ini. Muka serupa tapak kasut je.
Soalan yang selalu menjadi pertanyaan utama, kenapa wang itu diletakkan di luar negara, namun tiada sebarang jawapan.
Bukankah 1MDB ditubuh untuk memberangsangkan projek yang mampu memberi impak tinggi kepada ekonomi dalam negeri. Ia bukan ditubuh untuk mengumpul wang dengan jaminan kerajaan dan kemudian wang tersebut dilabur di luar negara. Untuk kepentingan siapa? Duit sekarang siapa punya?
Persoalan yang serupa telah ditanyai dalam ruangan ‘The Alternate View’ akhbar Starbiz Week 22 February 2014 oleh penulis kolumn M. Shanmugam.
‘Nevertheless, questions will still persist as to why the money is parked in a fund in Cayman Islands because that was not the objective of 1MDB when it was established in 2009. What is the investment strategy, horizon and recoverability of the money?
The money parked in Cayman as a major portion on the RM5 bil seed capital 1MDB raised by issuing government guarantee bonds. It was supposed to be used to lure investments that would cause a high impact in local economy.’
Setakat ini jawapan yang diberi oleh 1MDB ialah wang tersebut telah dilabur dengan baik, ditadbir urus dengan selamat dan akan dibawa pulang semula. Bila dah pulang, masuk ke bank siapa? Di dalam atau di luar negara?
Jawapan seperti itu tidak memadai, kerana ia melibatkan tadbir urus dana awam. Sampai bila kita nak kena bodoh oleh Najib? Apa yang menyebabkan dia begitu berkuasa sekali? Sampai bila UMNO nak simpan dia jadi Presiden? Dan rakyat Malaysia nak simpan dia jadi Perdana Menteri?
Kalau badan GLC lain buat sepertimana yang 1MDB lakukan ini, sudah tentu mereka akan diserang dan diasak oleh pihak media, akan dikritik seteruk-teruknya dan mungkin akan diambil tindakan. Kenapa Najib boleh buat sesuka hati? Media dah kena sihir ke oleh tukang sihir Najib?
Lupakah kita bagaimana Lembaga FELDA terpaksa berhempas pulas memberi penjelasan dan penerangan kerana membeli hotel di London dengan harga 98 juta paun (RM497 juta) pada bulan Oktober tahun lepas. Padahal pembelian itu memang ekonomik dan boleh mendatangkan keuntungan. Kenapa 1MDB tidak dipersoalkan seperti mana FELDA kena? Adakah semata mata kerana 1MDB Pengerusi nya Najib, maka mereka terpaksa mengunci mulut, sebab jika ada sesiapa yang berani menentang atau bertanya maka akan terpelanting keluar dari gerabak. Lu Fikirlah Bro.
Apabila beberapa orang atasan Sime Darby menyalahguna kuasa dan salah guna wang , mereka telah ditahan oleh pihak berkuasa, kini dalam proses pendakwaan. Kenapa 1MDB masih bernyawa pengarah pengarahnya. Apa beza status Sime Darby dan 1MDB?
Perbuatan atau cara yang dilakukan 1MDB ini iaitu meletakkan wang yang dikumpul dari sumber dalam negara ke luar negara adalah satu contoh yang amat bahaya. Ia juga membuatkan legaran atau pusingan wang dalam negara menjadi tambah berkurangan. Sekaligus membuatkan ekonomi negara bertambah muram dan tidak rancak kerana tidak banyak transaksi jual beli berlaku. Apakah tak mustahil negara akan bankrup selagi Najib kekal sebagai Perdana Menteri?
Ini adalah antara sebab para peniaga mengeluh. Apa akan jadi jika GLC lain pula akan mengikut jejak langkah 1MDB, dengan mengumpul dana dalam negara dan meletakkannya kepada pengurus dana luar negara. Sebagaimana yang kita semua maklum, CEO GLC memang sentiasa memerhati ‘contoh utama’ . Mereka hanya menunggu masa untuk mengikutinya. Sampai bila kera di hutan di susukan, anak sendiri dibiar kelaparan? Keruh air dihulu, akan keruh juga air yang dihilir. Guru kencing berdiri, murid kencing berlari.
Seperkara lagi, siapa yang harus dipertanggung jawab jika wang itu tidak dapat dibawa pulang semula atau pun jika jumlah dibawa pulang lebih rendah dari yang dilabur? Maklum sajalah wang di tangan orang, bukan mudah hendak diminta semula. Dalam dunia ekonomi sekelip mata pasaran boleh naik dan sekelip mata juga pasaran boleh merudum. Apakah nasib Najib tak akan jadi serupa itu? Seperti yang telah berlaku pada para pemimpin dunia yang jauh lebih berkuasa dari Najib? Apakah kita tak percaya pada hukum karma?
Setakat ini, dana itu mencatat pulangan 5.76 peratus saja, jauh lebih rendah dari jumlah pulangan yang pernah mereka dapat ketika melanggan bon Islam yang dikeluarkan PetroSaudi International Ltd di antara 2010 hingga Jun 2012 iaitu sebanyak 8.25 peratus.
Pada 1 March 2014, Starbiz week akhbar The Star dalam satu rencana yang ditulis Risen Jayaseelan dengan jelas mendedahkan
1Malaysia Development Bhd (1MDB) has issued RM1.5 bil worth of 7 year and 10 year Islamic Bonds at an indicative yeild of 6% which works out to around 180 basis points above current Malaysian Government Securities (MGS) rates.The buyers of the bonds are Lembaga Tabung Haji (LTH) and Permodalan Nasional Bhd (PNB)
.... The bonds do not carry a government guarantee and are not rated. But the papers are backed on 495 acres of land in Sungei Besi that 1MDB plas to develop into the iconis Bandar Malaysia, a high-end mixed development project.
Pada tahun 2011 seorang jutawan Taek Jho Low telah cuba membeli saham sekumpulan hotel terkemuka Coroin, iaitu Hotel Claridges, The Connaought dan The Berkeley di United Kingdom melalui syarikatnya The Wynton Group bernilai RM5.7 billion dengan bantuan dari dana 1MDB. Apabila perbuatan mereka itu telah dapat dihidu. Najib sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah 1MDB terus menafikan bahawa beliau tidak ada kaitan dan tidak mendanai urusniaga Taek Jhow Low. Najib pun pernah sumpah Al - Quran bahawa dia tidak ada kena mengena dengan Altantuya. Betul ke?
Taek Jhow Low
Akhirnya terbukti Najib berbohong, apabila kes pembelian saham hotel itu menjadi perbalahan dan dibawa ke Mahkamah Tinggi United Kingdom, maka terbukti pada 15 Januari 2011 1MDB telah menghantar surat bagi pihak Jho Low untuk membeli saham hotel tersebut. Siakap senohong, gelama ikan duri, suka cakap bohong itu lah kerja Perdana Menteri. 3 tanda untuk mengenal seorang yang munafik, cakap bohong, mungkir janji, mengkhianati amanah. Sampai bila Najib nak membohongi rakyat? Dan sampai bila rakyat nak simpan seorang yang bersifat munafik. Bukankah tanggungjawab orang Islam mengajar kebaikan dan mencegah kemungkaran. Jangan salahkan Tuhan jika Tuhan turunkan bala ke negara kita, kerana kita sudah tidak dengar cakap Tuhan lagi.
Kisah transaksi ini dilaporkan dengan menyeluruh dan ekslusif dalam Laman Web ‘Sarawak Report ‘pada 2 Mei 2014.
Di kalangan ahli perniagaan semua tahu Taek Jho Low ini adalah rakan niaga Rosmah. Memang kena dengan konsep 1 Malaysia, Rosmah hanya berurus niaga besar dengan usahawan bukan Melayu seperti Deepak dan Taek Jho Low...
Sampai bila Najib hendak membohongi rakyat. Apakah Najib fikir rakyat Malaysia masih tinggal di dalam gua dan tidak mengetahui segala perbuatannya yang menderhaka pada bangsanya sendiri dengan membiarkan Rosmah bermaharaja lela. Siapa sebenarnya Perdana Menteri? Najib atau Rosmah? Betul ke Najib ini bini Rosmah? Dan Rosmah yang menjadi Perdana Menteri bukan Najib.
Gambar dari buku
MH370 Hilang Ke Mana Najib Nak Menghilang
BERSAMBUNG...
Di Petik dari buku 13 Dalil Kenapa Najib Wajib Letak JawatanBoleh dapatkan buku secara online.
Sementara stock masih ada.Hubungi/ Whatapps : 0172350422
atau email alxsunilife@gmail.com


Najib tahukah apa makna Fitnah.
Najib: “Allah sahajalah yang menentukan mana yang benar, Allah juga yang akan membalas (kejahatan) kalau tidak di dunia, di akhirat. Saya tidak gentar hadapi dugaan, saya tidak takut hadapi fitnah kerana kebenaran tetap muncul nanti. Saya dan isteri akan menghadapi segala-galanya.”
(Utusan Malaysia - Ahad, 6 Julai 2008)
Akhbar The EDGE pada keluaran 28 April 2014 telah meletakkan satu tajuk besar yang cukup sayu menyentuh hati kita, akhbar tersebut merayu ‘BRING BACK THE MONEY” (Bawa Pulang Wang Kita)
Akhbar ekonomi ternama di Malaysia itu membongkar urusniaga 1MDB berjumlah RM18 billion yang diletakkan di luar negara.

Membaca laporan kewangan tahunan syarikat yang berakhir 31 Mac, memang membuatkan kita urut dada tanda lega kerana jumlah aset untuk tahun 2013 bertambah kepada 44.6 billion. Itu semua ‘on paper’ bro! Kita terlupa bahawa 1MDB perlu menanggung bayaran hutang tahunan berjumlah RM 1.6 bilion kerana meminjam sebanyak 36 billion pada tahun 2013. Tak cukup dengan hutang sebanyak itu, pada 28 April 2014, akhbar ekonomi dunia Wall Street Journal membuat laporan 1MDB sedang berunding dengan beberapa buah bank lagi untuk meminjam RM2 billion.
Suara Keadilan keluaran 6 Mei 2014 dalam satu artikel yang ditulis oleh Lyn Nasir mengesahkan dengan laporannya:
‘Negara mungkin menghadapi masalah keberhutangan lebih tinggi sekiranya beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) gagal dalam pelaburan mereka, Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim berkata kemungkinan GLC 1 Malaysia Development Berhad akan meningkatkan lagi hutang negara dalam usaha syarikat itu menampung kos projek mega seperti Tun Razak Exchange dan Bandar Malaysia dengan anggaran kos RM45 billion....


Pada asalnya dana 1MDB ini adalah dari dana tabung Negeri Terengganu, iaitu duit royalti minyak yang disimpan dalam satu dana yang dinamakan TIA (Terengganu Investment Agency) dana negeri Terengganu kemudian ia dinamakan 1MDB. Apakah Ahmad Said mantan MB Terengganu, tak tahu tentang selok belok serta cerita disebalik tabir tentang dana Terengganu yang TIA diubah menjadi 1MDB itu.
1MDB (1 Malaysia Development Berhad) juga membawa maksud lain iaitu 1 Malaysia Di Bodohkan. Kenapa dikatakan begitu? berikut adalah alasannya....

Satu ukuran yang paling mudah, tahukah kita bahawa tahap ketelusan negara kita amat rendah berbanding dengan kriteria negara maju.
Kepimpinan Najib memang terus mendakwa Malaysia negara maju dan sememangnya kita maju pun. Hanya memajukan kelompok tertentu saja. Negara maju kelas berapakah ini?

Pengurus dana telah melabur wang tersebut di enam tabung dana berlainan yang terlibat dalam sektor tenaga.
Profail pelaburan keenam enam dana ini atau nilai asetnya juga tidak diketahui.

Mengapa sejumlah besar wang itu di letakkan di dalam satu syarikat pengurusan dana, tindakan pengurusan 1MDB itu memang membingungkan atau pun sengaja mahu membuat rakyat Malaysia menjadi bingung. Apabila dipersoalkan tindakan itu, 1MDB tidak pula memberikan jawapan. Cukup pelik, satu GLC kerajaan yang Pengerusinya Perdana Menteri boleh mendiamkan diri.
Orang yang tidak ada asas pengetahuan kewangan pun tahu ‘don’t put all your egg in one basket’. Dalam kes 1MDB ini, sudah lah put all in in one basket, tetapi not his own basket pulak . Kata P. Ramlee, ‘unta padang pasir pun tak sebodoh itulah!’
Kenapa dana yang ditaja kerajaan, dengan jumlah dana yang besar itu diletakkan di luar negara sedangkan objektif utama penubuhan dana itu untuk merancakkan ekonomi domestik.
Habis semua wang yang sepatutnya berlegar legar di dalam negara telah menyusup ke luar negara.
Sudah lah selama ini berbillion ringgit mengalir keluar setiap tahun dari sektor pekerja asing yang bekerja di Malaysia.
Secara minimanya, jika seramai 2 juta pekerja asing di Malaysia, setiap orang menghantar minima RM100 setiap bulan, ini bererti 200 juta ringgit mengalir keluar setiap bulan, tetapi kita bertanya semula adakah pendatang asing hanya 2 juta, memang yang berdaftar lebih kurang 2 juta, PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin) boleh dikatakan sama ramai atau mungkin lebih ramai dari yang ada permit. Kiralah berapa banyak wang keluar negara setiap bulan, tidak cukup dengan itu. Kini berbillion billion wang dalam negara di bawa 1MDB keluar negara atas nama pelaburan.
Pada 12 September 2012, 1MDB telah meletakkan US2.3 billion (RM7.42 billion) dalam beberapa portfolio berasingan di Cayman Island.
Pada 22 February 2014, Akhbar Star dalam ruangan StarBiz Week melaporkan
1MBD had places US$2.32 Bil (RM7.42 bil) in a segregated portfolio fund based in Cayman Islands on Sept 12, 2012.
Selepas kumpulan pertama sebanyak US2.3 billion dilaburkan pada bulan September 2012 itu, diikuti pula US3 billion ringgit diletakkan di tangan bank pelaburan luar negara pada bulan Mach 2013.
Jumlah kesemua, 1MDB sudah melabur sebanyak US 5.3 billion di tabung dana luar negara. Yakni dalam masa enam bulan dari bulan September 2012, wang sebanyak itu telah berada di tangan bank asing. Apakah Najib boleh menjawab " ask me no question, I will tell you no lie ." Dah banyak sangat pembohong, kesian yang kena tipu cerdik pandai, orang kita yang tak berani cegah kemungkaran. Kalau tanya pun, Najib suka buat bodoh. Dia takkan jawab apa pun orang kata dia. Akhirnya gambar dia kena pijak. Orang tampal kasut saja di mukanya. Itulah nilai Perdana Menteri Malaysia hari ini. Muka serupa tapak kasut je.

Bukankah 1MDB ditubuh untuk memberangsangkan projek yang mampu memberi impak tinggi kepada ekonomi dalam negeri. Ia bukan ditubuh untuk mengumpul wang dengan jaminan kerajaan dan kemudian wang tersebut dilabur di luar negara. Untuk kepentingan siapa? Duit sekarang siapa punya?
Persoalan yang serupa telah ditanyai dalam ruangan ‘The Alternate View’ akhbar Starbiz Week 22 February 2014 oleh penulis kolumn M. Shanmugam.
‘Nevertheless, questions will still persist as to why the money is parked in a fund in Cayman Islands because that was not the objective of 1MDB when it was established in 2009. What is the investment strategy, horizon and recoverability of the money?
The money parked in Cayman as a major portion on the RM5 bil seed capital 1MDB raised by issuing government guarantee bonds. It was supposed to be used to lure investments that would cause a high impact in local economy.’
Setakat ini jawapan yang diberi oleh 1MDB ialah wang tersebut telah dilabur dengan baik, ditadbir urus dengan selamat dan akan dibawa pulang semula. Bila dah pulang, masuk ke bank siapa? Di dalam atau di luar negara?
Jawapan seperti itu tidak memadai, kerana ia melibatkan tadbir urus dana awam. Sampai bila kita nak kena bodoh oleh Najib? Apa yang menyebabkan dia begitu berkuasa sekali? Sampai bila UMNO nak simpan dia jadi Presiden? Dan rakyat Malaysia nak simpan dia jadi Perdana Menteri?
Kalau badan GLC lain buat sepertimana yang 1MDB lakukan ini, sudah tentu mereka akan diserang dan diasak oleh pihak media, akan dikritik seteruk-teruknya dan mungkin akan diambil tindakan. Kenapa Najib boleh buat sesuka hati? Media dah kena sihir ke oleh tukang sihir Najib?


Perbuatan atau cara yang dilakukan 1MDB ini iaitu meletakkan wang yang dikumpul dari sumber dalam negara ke luar negara adalah satu contoh yang amat bahaya. Ia juga membuatkan legaran atau pusingan wang dalam negara menjadi tambah berkurangan. Sekaligus membuatkan ekonomi negara bertambah muram dan tidak rancak kerana tidak banyak transaksi jual beli berlaku. Apakah tak mustahil negara akan bankrup selagi Najib kekal sebagai Perdana Menteri?
Ini adalah antara sebab para peniaga mengeluh. Apa akan jadi jika GLC lain pula akan mengikut jejak langkah 1MDB, dengan mengumpul dana dalam negara dan meletakkannya kepada pengurus dana luar negara. Sebagaimana yang kita semua maklum, CEO GLC memang sentiasa memerhati ‘contoh utama’ . Mereka hanya menunggu masa untuk mengikutinya. Sampai bila kera di hutan di susukan, anak sendiri dibiar kelaparan? Keruh air dihulu, akan keruh juga air yang dihilir. Guru kencing berdiri, murid kencing berlari.
Seperkara lagi, siapa yang harus dipertanggung jawab jika wang itu tidak dapat dibawa pulang semula atau pun jika jumlah dibawa pulang lebih rendah dari yang dilabur? Maklum sajalah wang di tangan orang, bukan mudah hendak diminta semula. Dalam dunia ekonomi sekelip mata pasaran boleh naik dan sekelip mata juga pasaran boleh merudum. Apakah nasib Najib tak akan jadi serupa itu? Seperti yang telah berlaku pada para pemimpin dunia yang jauh lebih berkuasa dari Najib? Apakah kita tak percaya pada hukum karma?
Setakat ini, dana itu mencatat pulangan 5.76 peratus saja, jauh lebih rendah dari jumlah pulangan yang pernah mereka dapat ketika melanggan bon Islam yang dikeluarkan PetroSaudi International Ltd di antara 2010 hingga Jun 2012 iaitu sebanyak 8.25 peratus.
Pada 1 March 2014, Starbiz week akhbar The Star dalam satu rencana yang ditulis Risen Jayaseelan dengan jelas mendedahkan
1Malaysia Development Bhd (1MDB) has issued RM1.5 bil worth of 7 year and 10 year Islamic Bonds at an indicative yeild of 6% which works out to around 180 basis points above current Malaysian Government Securities (MGS) rates.The buyers of the bonds are Lembaga Tabung Haji (LTH) and Permodalan Nasional Bhd (PNB)
.... The bonds do not carry a government guarantee and are not rated. But the papers are backed on 495 acres of land in Sungei Besi that 1MDB plas to develop into the iconis Bandar Malaysia, a high-end mixed development project.
Pada tahun 2011 seorang jutawan Taek Jho Low telah cuba membeli saham sekumpulan hotel terkemuka Coroin, iaitu Hotel Claridges, The Connaought dan The Berkeley di United Kingdom melalui syarikatnya The Wynton Group bernilai RM5.7 billion dengan bantuan dari dana 1MDB. Apabila perbuatan mereka itu telah dapat dihidu. Najib sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah 1MDB terus menafikan bahawa beliau tidak ada kaitan dan tidak mendanai urusniaga Taek Jhow Low. Najib pun pernah sumpah Al - Quran bahawa dia tidak ada kena mengena dengan Altantuya. Betul ke?


Akhirnya terbukti Najib berbohong, apabila kes pembelian saham hotel itu menjadi perbalahan dan dibawa ke Mahkamah Tinggi United Kingdom, maka terbukti pada 15 Januari 2011 1MDB telah menghantar surat bagi pihak Jho Low untuk membeli saham hotel tersebut. Siakap senohong, gelama ikan duri, suka cakap bohong itu lah kerja Perdana Menteri. 3 tanda untuk mengenal seorang yang munafik, cakap bohong, mungkir janji, mengkhianati amanah. Sampai bila Najib nak membohongi rakyat? Dan sampai bila rakyat nak simpan seorang yang bersifat munafik. Bukankah tanggungjawab orang Islam mengajar kebaikan dan mencegah kemungkaran. Jangan salahkan Tuhan jika Tuhan turunkan bala ke negara kita, kerana kita sudah tidak dengar cakap Tuhan lagi.
Kisah transaksi ini dilaporkan dengan menyeluruh dan ekslusif dalam Laman Web ‘Sarawak Report ‘pada 2 Mei 2014.
Di kalangan ahli perniagaan semua tahu Taek Jho Low ini adalah rakan niaga Rosmah. Memang kena dengan konsep 1 Malaysia, Rosmah hanya berurus niaga besar dengan usahawan bukan Melayu seperti Deepak dan Taek Jho Low...
Sampai bila Najib hendak membohongi rakyat. Apakah Najib fikir rakyat Malaysia masih tinggal di dalam gua dan tidak mengetahui segala perbuatannya yang menderhaka pada bangsanya sendiri dengan membiarkan Rosmah bermaharaja lela. Siapa sebenarnya Perdana Menteri? Najib atau Rosmah? Betul ke Najib ini bini Rosmah? Dan Rosmah yang menjadi Perdana Menteri bukan Najib.

MH370 Hilang Ke Mana Najib Nak Menghilang
BERSAMBUNG...
Di Petik dari buku 13 Dalil Kenapa Najib Wajib Letak JawatanBoleh dapatkan buku secara online.
Sementara stock masih ada.Hubungi/ Whatapps : 0172350422
atau email alxsunilife@gmail.com

Published on October 15, 2014 19:04
October 14, 2014
MH 370 HILANG KE MANA NAJIB NAK MENGHILANG? BAHAGIAN KEDUA DARI TIGA BAHAGIAN.

Kita faham bukan mudah bagi Najib, selaku orang yang diberi kepercayaan umum Ketua Executive Negara, kuasa Autoriti untuk membuktikan intergriti dan kapabiliti beliau selaku seorang Perdana Menteri yang berkuasa. Maka apa jadi bila anda menyalahgunakan kuasa? Apakah Najib fikir adik sepupunya Hishamuddin layak selaku pemangku Menteri Pengangkutan dan Menteri Pertahanan ketika orang ramai sudah mula hilang penghormatan dan kepercayaan disebabkan kenyataan Najib semua penumpang MH370 sudah mati. Dia boleh ke menutup bangkai gajah?

dia juga mewarisi legasi ayahnyaUMNO bukan seperti Syarikat Ombak Laut atau Perimaker Sdn. Bhd. Jangan semua Kementerian penting menjadi milik kronis dan keluarga. Di Johor ada anak Tan Sri Mohd Rahmat. Jasanya pada UMNO jauh lebih besar dari Hussein Onn. Kenapa tak bagi jawatan Pemangku Menteri Pengangkutan kepada Nor Jazlan, Timbalan Menteri Pertahanan Keselamatan semua kuncu Najib.
Berbalik pada cerita ‘sukar’ nak percaya cakap orang politik, saya petik kata Dato Rahim Bakri selaku Timbalan Menteri Pertahanan. Beliau menegaskan bahawa kenyataan yang dikeluarkan di dalam Dewan Rakyat pada Rabu lalu itu adalah ‘ andaiannya ’ sahaja. Apa punya Menteri, ada ke menjawab soalan dalam dewan ikut suka hati dia saja. Kata ‘ stupid ’ marah. Bebal agaknya.

MEMO UNTUK NAJIB, 2013Rahim Bakri dalam sessi penggulungan titah di Raja memberitahu Dewan Rakyat, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak mengambil tindakan terhadap pesawat MH370 yang membuat ‘ air turn back ’ ketika melalui ruang udara Selat Melaka kerana menyangka tidak ada arahan daripada menara kawalan udara ATC Subang. Timbalan Menteri menjawab soalan daripda Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abdul Hamid (PKR-Lumut) yang mempersoalkan tindakan Panglima TUDM Jeneral Tan Sri Rodzali Daud yang memaklumkan ada ‘ Air Turn Back ’ sehari selepas kehilangan pesawat MH370 pada 8 March 2014. Lu Fikir la Bro, THINK. Macam mana orang ramai mahu menghormati Kementerian Pertahanan dibawah pimpinan Dato Hishamuddin biarpun dia anak mantan Perdana Menteri Tun Hussein Onn bayangkan muka hendak letak dekat mana selaku Menteri Pertahanan apabila Timbalan Menterinya boleh merepek menjawab soalan dalam dewan yang mulia?
Sebelum ini dua enjin pesawat hilang macam hilang ‘ handphone ’ aje. Bayangkan jika terbongkar business di Ministry of Defence yang ramai tahu Rosmah The First Lady yang sebenarnya Perdana Menteri dan mempunyai imuniti. Apakah bila terbongkar tunggu masa meletup? Sebab itu dari awal lagi orang ramai dah kata Kabinet Menteri Najib macam ‘kitchen cabinet’ Wanita Pertama yang menjadi Perdana Menterinya. Ada ke selain memegang jawatan Menteri Pertahanan Hishamuddin diberi jawatan Pemangku Menteri Pengangkutan. Tanpa meritokrasi. Orang UMNO akan berdiam diri untuk selama – lamanya?

Apa yang berlaku ke atas MH370 ini membuktikan betapa kerdilnya kita sebagai manusia, hanya Allah Yang Maha Kuasa, betul ke teknologi terkini pun tidak boleh mengatasi ketentuan Allah? Bila timbul kebenaran dunia akan tahu cerita sebenarnya. Bukankah apa yang terjadi ini, penyebabnya manusia sendiri juga? Seperti K.J. kata "Siapa kalau bukan beruk yang goyang pokok" peribahasa baru oleh Khairy Jamaluddin yang hendak kena tampar dengan bomoh Ibrahim Mohd Zain yang terkenal di seluruh dunia dengan adegan para normal di KLIA.


Pengumuman Dato Seri Najib Razak memang amat sukar diterima oleh pelbagai pihak, kenapa kita hendak bersubahat dengan dia kerana kita tahu ada rahsia. Apakah tidak mustahil MH370 yang sebenarnya berada di Heathrow London atau di Tel Aviv? Ini zaman teknologi canggih bila tembelangnya pecah? Apakah tidak mustahil yang sebenar mendarat di Maldive atau lain pulau milik puak yang tidak mahu MH370 selamat mendarat di Beijing? Najib tak dengar amanat Tun Razak “jangan simpan sampah di bawah tikar” inikan pula sampah itu bangkai pesawat Boeing 777 panjang 209 kaki berat 272 ton dan di dalamnya ada 239 penumpang tak termasuk buah manggis sebagai cargo. Sebab itu ia menimbulkan seribu satu kekeliruan dan soalan serta ‘spekulasi’ berhubung kejadian sebenar yang menimpa nasib 239 penumpang dalam pesawat itu, sama ada benar terhempas di laut atau sebaliknya. Seperti hingga hari ini kematian Altantuya masih misteri biarpun mahkamah telah melepaskan dua anggota polis. Bererti Altantuya mati tanpa pembunuh. Siapa yang hendak percaya.

Di Malaysia telah banyak terjadi kejadian seperti itu, kejadian di mana nelayan-nelayan yang karam botnya di lautan, tidak ditemui kemudian beberapa hari ditemui semula ada isteri yang sangka suami mati, berkahwin lagi tiba – tiba suami muncul di depan pintu. Pernah tonton filem Sangam? Ada yang hilang ghaib di lautan, dipergunungan, di banjaran, di dalam hutan tanpa meninggalkan sebarang tanda kematian, belum boleh dianggap mati. Mati ini satu benda yang kita tak boleh buat main – main. Sebab setiap yang yang hidup mesti mati. Tapi Tuhan boleh menghidupkan yang mati dan mematikan yang hidup dan boleh menghidupkan semula dalam keadaan yang ghaib seperti para Syuhada dan Awlia Allah. Nabi Allah Khidir as. dan Nabi Isa as. hidup di alam ghaib tapi Nabi Musa as. dapat bertemu dengan Nabi Khidir a.s.

Pesawat Uruguayan Air Force Flight 571 yang membawa 45 orang penumpang termasuk satu pasukan bola ragbi, bersama keluarga dan rakan-rakan mereka telah terhempas di Banjaran Andes pada 13 Oktober 1972. Semasa terhempas, 12 penumpang mati serta etmerta di tempat kejadian, 5 orang lagi mati pada keesokan harinya dan seorang lagi mati pada hari kelapan.

27 penumpang telah terselamat, beberapa hari kemudian 8 orang daripada mereka mati kerana ditimpa ribut salji. 16 orang daripada mereka di selamatkan pada 23 Disember 1972, setelah dua bulan dari kejadian terhempas. Berada di ketinggian 11, 800 kaki, mereka kelaparan sehingga terpaksa memakan daging rakan-rakannya yang mati untuk mereka meneruskan hidup. Setelah 72 hari berada di pergunungan, dua orang daripada penumpang telah mengambil jalan nekad berjalan kaki mengharungi hutan dan salji mencari jalan keluar selama 10 hari.

Besar kemungkinan, Najib membuat pengumuman ini, setelah dia yakin dan pasti dengan bukti – bukti ‘ rahsia ’ yang dia miliki, tetapi tidak boleh diperkongsikan bersama dengan orang ramai, kerana memang banyak rahsia yang disembunyikan. Kargo rahsia yang mahu dikirim ke China. Betul ke Kargo yang dikatakan berisi buah manggis itu sebenarnya buah manggis.
Apakah tidak mustahil ianya berisi berpuluh billion Euro wang milik Iran yang sudah terlalu lama tersimpan dalam simpanan MAS untuk membayar hutang Iran kepada China dan rahsia yang disamun oleh lanun canggih “The New Age of Crony Capitalism” yang kisahnya terdapat dalam majalah ‘The Economist’ 15-21 March 2014.
Apakah permintaan dari perampas MH370, nyawa Najib dan Rosmah atau minta Najib letak jawatan? Apakah kerana dia ‘positif’ dan dia tahu yang semua penumpang mati kerana dia tak ikut permintaan perampas atau ada pakatan dengan perampas? Maka dia berani membuat kenyataan sedemikian? Bagi kita orang awam ‘lay man’ pengumuman Najib itu berbentuk satu kenyataan bodoh bagi seorang pemimpin sama seperti senjata makan tuan, you swallow your own medicine .

Mengikut cerita, yang terlibat dengan pembunuhan Altantuya hanyalah Najib Rosmah dan kuncu – kuncunya. Kenapa heret seluruh rakyat Malaysia? Mungkin kenyataan Najib bukan mahu memperbodohkan orang ramai, supaya dia dan keluarganya selamat ini urusan ratusan nyawa dari seluruh dunia mungkin dia tidak tahan lagi menerima tekanan dari dalam dan luar negara. Berapa orang yang tahu Najib telah didesak untuk meletak jawatan oleh Tun Mahathir dan Tun Daim kerana ahli UMNO sendiri takut dan yang paling takut melepaskan jawatan adalah Najib, apa akan jadi pada dirinya bila dia bukan lagi seorang Perdana Menteri? Masih ada ke tempat di dunia ini yang dia boleh selamat.


Parti pembangkang sudah hampir menguasai politik negara. Wan Azizah telah mengalahkan calon MCA ini bererti dia tidak lagi mendapat kepercayaan dari orang China Malaysia, ini akhir zaman di mana anak sudah tidak takut pada ibu bapa, murid tak takut dengan cikgu, rakyat sudah tidak takut dengan Polis dan kerajaan. Sebenarnya lebih ramai rakyat yang pandai dari Menteri dan Perdana Menteri, cuma mereka tidak berpeluang menunjukkan kepandaian dalam gelanggang politik di mana yang berkuasa mempunyai imuniti.

Sampai bila Najib dan sepupunya nak memperbodohkan kita semua dan jadikan rakyat Malaysia ‘kambing hitam’ sedangkan dialah kambing hitam yang sebenarnya. Saya teringat bila seorang pemimpin UMNO bertanya, kenapa muka depan buku saya LAGENDA tak ada gambar Najib? Saya bertanya pada dia layakkah Najib digambarkan sebagai seorang lagenda? Melainkan dia ikut serta dan pergi ke Lautan Hindi yang bergelora begitu juga Hishamuddin bukan duduk dengan keluraga penumpang di Hotel bersama mereka, baru kita percaya apa yang dia katakan kerana dia selaku Ulil Amri sanggup sabung nyawa untuk terus mencari dari satu tempat ke tempat yang lain serupa juga dengan Hishamuddin bukan bangga dia sudah tiga minggu tak balik rumah bersama keluarga penumpang yang mati hingga hari ini.

Terlanjur saya teringat antara bala yang timbul di negara kita, jerebu, hujan tak turun, air kena catu, MH370 hilang, pemimpin dan para ulama telah mengkafirkan saudara kita yang bermazhab ‘Syiah’ sedangkan kita adakan selawat perdana, 600,000 hadir di Dataran Putrajaya tapi kita kafirkan zuriat Rasulullah SAW yang dicintai oleh Nabi Muhammad SAW.
Makna Syiah adalah pencinta keluarga Nabi Muhammad SAW, kalau begitu mereka yang mengadakan Majlis Cinta Rasulullah adalah kafir kerana mereka ‘Syiah’, pelik, beberapa tahun dahulu setiap tahun orang Syiah turut serta dalam musabaqah al Quran di Malaysia, di Mekkah atau Madinah, Tanah Haram bagi orang Kafir, kita solat dengan saudara kita yang bermazhab Syiah. Kerajaan Saudi tak berani mengkritik syiah begitu juga negara Islam seluruh dunia, melainkan Malaysia, Think!

YBhg. Habib Syech Abdul Qodir As-Seggaf,
seorang tokoh agama dan Imam Masjid As Seggaf,
Pasar Kliwon Solo, Indonesia. Semua Ilmuan Syiah adalah zuriat Rasulullah SAW dari Saidina Ali karamulah dan puteri Rasulullah, Fatimah Azzahrah, Hasan dan Husin, ketua pemuda ahli syurga, apakah kita akan mendapat syafaat dari Rasulullah SAW.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyifatkan Kerajaan UMNO – BN tidak mempunyai maklumat sahih sepanjang menangani pencarian pesawat MAS MH370. Tindakan Perdana Menteri yang tergesa – gesa memaklumkan lokasi pesawat MAS MH370 “berakhir” di Lautan Hindi, pelik tapi benar macam mana punya banyak lautan di dunia, Laut Merah, Laut Hitam, Laut Mati, Laut Cina Selatan yang terpilih Lautan Hindi? Mengikut andaian saya, membayangkan Najib seperti terdesak demi memenuhi kepentingan pihak tertentu. Siapa dia pihak tertentu itu apakah dia dan keluarga dan kuncu-kuncunya berada di dalam bahaya hingga dia ‘hilang akal’ Baca Bab Najib Hilang Akal di dalam buku MH370 HILANG KE MANA NAJIB NAK MENGHILANG.

Masuk hari ke – 30 (8 April) kerajaan masih gagal memperincikan data lengkap seperti yang dijanjikan. Sejak awal lagi, bermula dengan satu pembohongan kemudian tambah satu lagi bohong dan akan terus bertambah hingga tidak lagi boleh menutup pembohongan, kenyataan yang dibuat kerap bercanggah bukan saja mengaibkan Najib dan Hishamuddin dan negara ini termasuk kita semua.
Kenapa Najib dan kuncu – kuncunya yang dapat berbillion ringgit penjualan Scorpene, kita rakyat disengat oleh kala jengking yang menjadi raksasa akibat kematian Altantuya. Akibat Syarikat Ombak Laut? Itu sebabnya saya katakan ‘kepala Najib masuk air’ , seolah-olah dia sedang berenang di Lautan Hindi bermain dengan ombak laut yang luar biasa tingginya di mana MH370 terhempas. Dia cakap suka hati mak dia aje.
Najib takut bila terdengar kematian, ia menjadi mimpi ngeri ‘ nightmare ’. Sudah sampai masa Najib pergi keluar negara berubat seperti Tun Razak, tinggal bersama anak Rosmah di Amerika.

Kalau sudah tak larat jadi Perdana Menteri, berhenti sajalah, belajar dari Abdulah Badawi yang ikut desakan Tan Sri Muhyiddin Yassin minta dia berhenti. Mungkin cerita hilangnya pesawat MH370 akan senyap. Bila Najib sudah berhenti biar rakyat negeri China yang keluarganya mati pergi cari Najib. Kenapa Najib berhutang nyawa, rahsia dan keselamatan Rakyat Malaysia menjadi taruhan? Think.
CUKUP SAMPAI DISINI SAYANG, NAK TAHU LEBIH LANJUT BELI DAN BACALAH BUKU INI..
Hanya ada satu buku yang mendokumentasikan kehilangan MH370 serta gambar - gambar penumpang, anak kapal dan juruterbang yang patut dimiliki oleh setiap ahli keluarga MH370 yang hilang dan mereka yang bersimpati dan ada rasa kepedulian tentang nasib yang menimpa keluarga MH370 yang sehingga kini tiada cerita yang sebenarnya. Apakah mereka semua masih hidup dan di sembunyikan? Betulkah Melayu mudah lupa? Bagaimana dengan penumpang yang bukan Melayu yang telah menjadi mangsa? Apakah mereka lupa? Pelanduk lupakan jerat, jerat tak pernah melupakan pelanduk. Tunggulah pembalasan hukum karma. THINK. Buku ini ada jawapannya.
Boleh dapatkan buku secara online.
Hubungi/ Whatapps : 0172350422
atau email alxsunilife@gmail.com

Published on October 14, 2014 18:24
S.H. Alattas's Blog
- S.H. Alattas's profile
- 19 followers
S.H. Alattas isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.
