Nash Azly's Blog
March 3, 2017
Temuramah Sensasi Bersama Nash Azly
Saya : Assalamualaikum saudara Nash Azly.
Nash Azly: Waalaikumussalam.
S : Ke mana saudara menghilang selama ni?
NA : Eh ada je. Cuma biasalah, bila tak ada karya, orang tak nampak lah.
S : Macam halimunan lah ni ya. Kenapa tak ada karya? Saudara dah tak menulis ke?
NA : Er.. ya, saya nak kata menulis tu menulis jugak tapi tak pernah habislah. Semuanya sekerat jalan, maka tak ada hasil karya apa-apalah....
December 1, 2016
Travelog
Salam semua,
Aku dah start menulis travelog.
Aku tak sure nak tulis kat sini atau buat blog baru.
Aku tau blog2 ni macam dah obsolete, tapi buat masa ni aku buat je la blog baru.
So kalau rajin sila lah jenguk kat bawah ni.
Travelog NaSh
Nanti jelah fikir nak buat camne.
Asik fikir je karang, apa pun tak buat.
Baik buat je dulu, fikir kemudian.
Eh fikir sambil buat.
Apa-apalah.
Enjoy.
nash azly
August 18, 2016
Blogger hidup segan mati tak mahu
Sejak dua menjak ni aku berfikir-fikir nak buat website baru untuk kegunaan aku, samada personal atau pun untuk kerja-kerja penulisan aku. Since aku dah ada blog kat blogger ni, aku pun jenguk2 balik kalau2 ada improvement dalam blogger yang aku tak perasan.
Tak ada! Sama je dari dulu sampai sekarang. Tak ada template tambahan ataupun function tambahan apa2 pun. Aku usya-usya la template nak kasi tukar angin sikit, hampeh, takde template yang menarik langsung.
Apa nak jadi la blogger ni....
July 3, 2016
Eh? Hidup lagi si Nash Azly
Orang berterawih, aku berblog.
Bila last aku tulis blog ni? 2 tahun lepas? 3 tahun lepas?
Ya, sudah lama.
Sampai nama Nash Azly tu dah hilang daripada dunia penulisan. Memang dari awal dia samar-samar je pun.
Kenapa muncul kembali? Ada novel baru kah?
Tidak, cerkon baru pun tak ada, novel jauh sekali.
Aku muncul sebab aku rasa aku kena munculkan diri semula.
Cukuplah aku berkelana mencari pengalaman.
Tiba masanya aku catitkan semuanya sementara masih sempat.
Oh, jadi kau nak menul...
April 7, 2015
Boracay : Day 1
Matahari mula melabuhkan tirai. Taburan bot layar dan catamaran membayangi pemandangan. Cantik. Sudah banyak sunset yang aku saksikan di merata-rata Asia Tenggara, namun setiap kali juga ia akan mengesan pada diriku.
Suasana di Section 3 pulau Boracay masih meriah. Sekumpulain pelancong eropah dengan jaket keselamatan baru tiba di pantai dengan catamaran. Sepasang pengunjung asia berkulit cerah, barangkali dari China atau Korea sedang asyik bergambar menggunakan batang selfie yang popu...
April 4, 2015
Random
Post ini sangat random. Semalam sewaktu memandu, saya perasan mileage kereta saya dah sampai 22222, so saya pun suruh penumpang sebelah ambil gambar.
Ianya moment yang tak akan kembali. Membuatkan saya terfikir, kalau macam tu, semua momen yang dah berlalu tak akan berulang kembali kan?
Terpulang pada kita untuk pilih yang mana untuk diabadikan, dan yang mana untuk kita lepaskan pergi.
Back kata Adele, "We couldnt have it all...". Hah tu dia main quote je tah betul tah idak..
Okbye.
Nash Azly
October 6, 2013
Update : Zon Selesa
Saya dah lama tak update blog ini. Adakah saya juga dah lama tak menulis? Ya betul. Dah sangat lama sampai saya dah mula menyampah dengan keadaan saya ni. So saya dah buat keputusan. Untuk apa? Untuk menulis ke? Heh, karang buat keputusan menulis lepas tu tak menulis jugak, buat malu je.
Bukan. Saya dah buat keputusan untuk tidak berada di dalam zon selesa. Untuk sentiasa keluarkan diri saya daripada zon selesa. Setiap hari. Kalau dah selesa dengan ketidakselesaan tu, keluarkan l...
April 10, 2013
Dah sembuh?
Alhamdullillah, nampaknya saya seperti dah boleh menulis semula. Macam mana tu? Entahlah, tiba-tiba saja boleh pulak tulis. Mungkin sebab hasil2 terapi yang telah saya lalui, dan juga hasil daripada consultation dengan guru penulisan saya. Yang penting saya dah mula menulis balik, dan insyaAllah akan cari momentum lagi selepas2 ni.
Namun begitu ini tidak bermakna masalah telah selesai! Sebagai penulis, saya sentiasa dirundung masalah. Daripada masalah tak boleh nak menulis, masala...
March 5, 2013
Kenapa aku menulis?
Salam semua,
Oleh kerana aku masih tak dapat menulis seperti dulu, maka aku akan paksa diri aku menulis di sini. Dan topik hari ini adalah, kenapa aku menulis?
Ya, kenapa menulis? Kenapa aku jadi penulis? Kenapa tak jadi pelumba kereta? Atau angkasawan? Atau bintang batu (rockstar)? Kenapa mesti jadi penulis?
Okey aku ada banyak sebab yang aku pernah fikirkan. Tapi hari ini aku nak cerita satu saja. Sebenarnya aku tak suka cerita pasal diri aku, tapi aku rasa sampai bila aku nak menyorok, so bia...
January 14, 2013
Bebelan : Tak Menulis
Okey dah beberapa hari saya tak menulis apa-apa. Saya ada 3 days weekend sampai hari ini tapi saya tak menulis walau sehabuk apa pun! Paling kuat pun tweet, tu pun Jumaat malam! Fuh! Apakah makna semua ini?
Saya perasan yang kadang2 memang saya akan hadapi situasi sebegini. Situasi di mana saya menghadapi konflik dalaman diri. Diri penulis, diri sebenar, diri di luar, dan entah berapa banyak lagi alter ego saya yang ada sedang bergaduh. Masing-masing ingin menguasai diri. Masing-ma...


