Abrar Shafie's Blog
January 8, 2017
Reasons Not to Blog
      aku rasa mungkin dah sampai masanya aku tutup blog ni.
kawan-kawan menulis blog aku semua dah berhenti, tinggallah hilmi di link yang tersembunyi. dia benar-benar menulis 'bukan kerana nama'.
sebenarnya dah sebulan dua jugak aku fikir nak tutup blog aku ni. mana ada orang baca blog dah. yang lagi penting, MANA ADA ORANG RAJIN NAK TULIS BLOG.
orang sekarang kalau nak menulis, lebih sanggup tulis panjang-panjang di facebook. generasi kita generasi yang screwed up. fokus entah hilang ke mana. sebab tu aku sendiri nak baca buku sekarang, lambat. mudah hilang konsentrasi.
dulu, medium blog adalah medium berkongsi, dan berkenal-kenalan. banyak juga kawan-kawan yang aku kenal melalui blogging. sekarang, dah ada facebook. lebih personal. lebih mudah akses. perkongisan juga lebih mudah tersebar. maka, blog semakin lama semakin pointless.
kat bawah ni aku nak listkan lagi beberapa sebab kenapa aku nak tutup blog ni.
1. who cares? siapa baca blog do?
2. aku menyampah dengan blog aku sebenarnya. dengan nama aku di url blog ni. bajet femes lak. siapa nak search nama kau do? menyampah la wei.
3. tulisan-tulisan aku dalam ni macam sampah. geli aku baca. terutama yang dulu-dulu. bajet. haha.
4. aku nak aktif kat youtube lak. cewah. hahaha. mengarut ja. muka tak market la.
cukup la tu. jamak kot, lebih dari dua.
personally, aku rasa blog ni masih lagi medium yang relevan. mungkin bukan untuk berkongsi, tapi satu tempat latihan untuk menulis. maka aku rasa aku akan teruskan dengan menulis, tapi di blog lain. btw, boleh tahan laju gak aku taip semua ni. maknanya aku kena terus blogging ni. hoho.
so, aku akan bukak blog baru, dan harapnya di situ aku akan menulis dengan lebih serius. entahlah. kalau rajin.
dulu-dulu, ada orang pernah tanya kat aku, "takde niat nak bukukan tulisan kat blog ke?" aku gelak. sampah do tulisan aku. siapa nak baca? jap, lagi penting, siapa nak terbit?
kebabom, setahun lepas tu, bersepah publisher terbit tulisan-tulisan dari blog. sebahagian berkualiti, sebahagian lagi sampah, dan kebanyakannya ringkas dan remeh. kalaupun tulisan-tulisan aku dalam ni bukan sampah, tapi aku rasa sekurang-kurangnya tergolong dalam kategori ringkas dan remeh tu. so aku jadi serba salah. adakah aku nak menyumbang kepada lambakan buku-buku picisan macam ni, ataupun nak terbitkan je sebab mungkin akan ada orang yang boleh dapat manfaat terutama yang umur 20an ke bawah sebab mudah dibaca. yo yo je mudah.
aku pun tak tahu. dan aku pun tak tahu kenapa aku tulis semua ni.
apa-apapun, ini mungkin tulisan terakhir aku di ruang ini. moga kita jumpa lagi di ruang lain, insyaAllah.
Assalamualaikum.
    
        Published on January 08, 2017 13:57
    
January 4, 2017
Arus Globalisasi: Hanyutkah kita dalam keselesaan?
      Globalisasi bermaksud suatu proses penghapusan atau pengabaian pada sempadan, justeru menjadikan masyarakat di seluruh dunia sebagai satu komuniti mega tanpa dibatasi sebarang sempadan.
Kamus Dewan mendefinisikan globalisasi sebagai fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat.
Secara ringkasnya, proses globalisasi wujud adalah supaya penyebaran maklumat dan ilmu pengetahuan boleh berlaku tanpa kekangan, dan proses ini dibantu pula oleh perkembangan teknologi. Globalisasi boleh dilihat dari pelbagai aspek, antaranya pendidikan, ekonomi, politik, sosio-budaya, dan ideologi.
Globalisasi juga merujuk kepada perpindahan nilai terutamanya cara berfikir dan gaya bertindak dari satu daerah dunia kepada daerah dunia yang lain. Globalisasi yang diberi erti luas ini adalah suatu hakikat yang tidak dapat dipertikaikan. Hakikatnya globalisasi itu sudah wujud sebelum istilah ini diperkenalkan lagi. Fenomena globalisasi boleh dikiaskan sebagai gelombang yang melanda dunia. Lodge (1993) mendefnisikan globalisasi sebagai:
  
"...a process forced by global flows of people, information, trade and capital. It is accelerated by technology which is driven by only a few hundred multinational corporations and may be harmful to the environment. There in lies the conundrum of wether it is wise to leave globalization in the hands of these few corporations, or might it not make more sense to seek greater involvement from the global community."
Globalisasi dalam lipatan sejarah
Sejak azali lagi, proses globalisasi sudah bermula. Perkongsian ilmu pengetahuan serta budaya dari berbagai latar belakang, selain boleh mematangkan manusia, proses ini juga seringkali membuahkan hasil kerja yang lebih efisien dan rasional.
Lihat sahaja di dalam lipatan sirah baginda SAW. Ketika peristiwa perang Khandaq, Rasulullah serta para sahabat teruja lantas bersetuju dengan cadangan Salman Al-Farisi supaya dibina parit di sekeliling kota Madinah. Strategi ini tidak pernah terlintas di akal mereka, kerana ini bukan adat di tanah Arab. Tetapi, bagi Salman yang berasal dari Parsi, strategi tersebut adalah taktik klasik yang seringkali digunakan ketika peperangan.
Arus globalisasi bertambah deras dari sehari ke sehari. Proses globalisasi berkembang secara tidak langsung dengan adanya Silk Road, import dan eksport barang dari serata dunia, dan juga penaklukan kawasan ketika peperangan berlangsung.
Hari ini, tidak janggal lagi jika seorang Melayu boleh bertutur dalam bahasa Perancis, Inggeris, juga Korea. Tidak lagi kelihatan aneh melihat muka-muka Asia di barat.
Jangan lupa pula proses asimilasi ilmu antara tamadun ketika zaman pencerahan di Eropah. Para ilmuan Islam mengkaji karya-karya agung Barat, ahli falsafah mereka juga mengkaji dan menterjemah karya-karya ilmuwan Islam ketika itu.
Semua ini adalah proses globalisasi.
Contoh Proses Globalisasi
1. Westernization: suatu proses pembawaan, penerimaan serta adaptasi budaya-budaya dari barat, Amerika khususnya, ke dalam satu-satu masyarakat.
Contoh: Era Meiji dan Mustafa Kamal Attartuk
2. Multilingualism dan penggunaan lingua franca: hari ini kebanyakan daripada kita boleh berbahasa lebih dari satu bahasa. Bahasa Inggeris telah menjadi bahasa utama di intenet, contohnya.
3. Kerjasama antarabangsa: kerjasama ketenteraan seperti NATO, Strategic Arms Reduction Treaty (START) dan kerjasama untuk perlindungan alam sekitar, seperti persetujuan dalam mengurangkan penggunaan CFC (Montreal Protocol).
Kesan Arus Globalisasi
Pada tahun 1998, sebuah kajian mendapati bahawa nisbah mereka yang memandang globalisasi sebagai satu usaha yang negatif adalah nisbah dua kepada satu. Akan tetapi, masih ramai juga yang mempercayai bahawa globalisasi mampu membawa lebih banyak kesan positif kepada masyarakat. Impak yang paling besar pastilahh dari aspek ekonomi. Perdagangan bebas memberi peluang kepada banyak syarikat untuk mengembangkan lagi pasaran mereka, dan secara langsung membuka banyak peluang pekerjaan. Kerjasama antara syarikat luar dan dalam negara, seperti kerjasama syarikat telekomunikasi, bukan sahaja menaikkan serta menguntungkan mereka, malah khidmat mereka juga memudahkan pengguna.
Dari aspek budaya pula, asimilasi dan penggabungan berbagai budaya dari serata dunia boleh mendatangkan kesan positif juga negatif. Dasar Pandang ke Timur contohnya, adalah idea yang bernas. Proses pembaratan pula, walaupun sering dilihat dari sudut yang menjengkelkan, tidak dapat dinafikan bahawa kadang kala masyarakat mereka lebih beradab dan bertamadun dari kita.
Begitu juga dengan penyebaran ideologi. Semangat menentang penjajah yang dibawa oleh Jamaluddin Al-Afghani akhirnya sampai ke tanahair kita dan membuka ruang-ruang kesedaran untuk menentang penjajah. Pergolakan yang berlaku di Tunisia pula mencetuskan kesedaran pada negara-negara lain justeru berlakunya domino-effect di dalam Arab Spring.
Tetapi hakikatnya, globalisasi juga membawa padah yang tersendiri. Penyebaran maklumat yang terlalu pantas menyebabkan berita-berita palsu mudah disebarkan, lantas melahirkan generasi pseudo-intelligent. Bacaan sekerat-sekerat di laman Facebook, aplikasi Whatsapp dan sebagainya, tidak memberi faedah kepada masyarakat, bahkan seringkali akhirnya hanya mencipta komuniti yang sering prejudis dan cepat menghukum. Hanyutkah kita dalam keselesaan?
Arus globalisasi hari ini dipercepatkan oleh perkembangan teknologi yang terlalu pesat. Perkembangan teknologi ini memungkinkan ledakan maklumat yang meluas. Teknologi, yang pada asalnya adalah untuk memudahkan kerja manusia, akhirnya melekakan.
Telefon pintar contohnya. Walaupun telefon pintar mampu mendekatkan yang jauh, tetapi dalam masa yang sama juga telah menjauhkan yang dekat. Ibu bapa tidak lagi ambil kisah pada anak-anak, kawan tidak lagi berbual dengan kawan yang ada di hadapan mereka, masa banyak dibuang menghadap skrin bersaiz 5 inci di hadapan muka.
Medium berhubung utama mutakhir ini, Facebook, digunakan untuk menagih like dan populariti. Privasi kita dibogelkan dengan sukarela. Wahana yang boleh menghubungkan silaturrahmi akhirnya membawa pergaduhan dan perpecahan.
Arus globalisasi (atau perkembangan teknologi) menjadikan manusia lebih selesa. Minda yang tidak dihimpit stress, badan yang tidak dibebankan akan menghasilkan hidup yang produktif dan berkualiti. Tetapi keselesaan ini apabila tidak dikawal akhirnya menjerumuskan kita ke dalam dunia ignoran.
Benar, dua minit setelah Palestin dibom, kita sudah mendapat khabar berita. Masyarakat jadi lebih cakna akan isu-isu semasa.
Tetapi akhirnya isu-isu ini tenggelam sepantas dua saat juga. Tiada tindakan signifikan dari kita usai mengetahui perkara tersebut. Sekadar menyumbang seringgit dua, berkongsi cerita di Facebook, menghadiri ceramah 'Solidariti Palestin', berswafoto, tetapi di hati kita tiada langsung cita-cita untuk ke Palestin membantu. Jika ada sekalipun, itu bukan cita-cita, sebaliknya angan-angan yang hangat-hangat tahi ayam sahaja. Tiada usaha sebenar untuk merealisasikannya. Cakna kita hanya untuk tontonan duniam tidak lebih dari itu. Masyarakat kini malas untuk memberi solusi yang kekal, kerana kita adalah generasi makanan segera. Makan makanan segera, mengambil maklumat dari sumber segera, sumbangan kita juga adalah bertaraf mi segera.
Jadi di dalam dunia yang menggalakkan proses globalisasi ini, dengan ledakan maklumat dan perkembangan teknologi yang pesat, sepatutnya menjadikan kita masyarakat yang bertamadun, produktif dan efisien.
Akan tetapi, hanyutkan kita dalam keselesaan?
***
Ini aku tulis dua tahun lepas rasanya, untuk simposium mahasiswa mesir. Bila compare dengan kompilasi kertas kerja dari panel lain, rasa macam sampah yang ni. Mungkin memang sampah pun. Tapi saja mengada nak share. Ni taip balik ni! Gigih tak gigih wei.
  
        Published on January 04, 2017 23:45
    
December 4, 2016
Cerpen: Lalu merdeka itu apa?
“Terima kasih,” pelayan muda berbaju lusuh itu berlalu sambil tersenyum. Teh pekat itu cuba aku hirup. “Ah, masih terlalu panas,” gumamku sendirian. Aku biarkan seketika sebelum dihirup semula. Wap panas yang asyik menari-nari di atas gelas mengaburkan cermin mataku. Lantas aku biarkan lagi air teh itu supaya lebih sejuk. Jam di tangan kiriku menunjukkan tepat pukul 8.30 pagi. Rutin harianku untuk minum pagi berdekatan dengan universiti sebelum ke kelas adalah wajib. Inilah masanya untuk aku membaca buku, atau mengasah minda. Ya, mengasah minda dengan perbualan. Perbualan bersama teman ‘debat’ku. Dari jauh, sayup kelihatan kelibat Ajai berjalan santai ke arahku. Tangan kanannya memegang beg sandang, tangan kirinya lenggang ke depan dan ke belakang. Dari jauh dia senyum kepadaku sambil melambai tangan kirinya. Aku membalas dengan senyuman. Buku yang baru ku buka, ditutup semula. Hari ini perbualan kami akan bermula lebih awal dari biasa nampaknya. “Assalamualaikum,” aku memberi salam usai dia tiba di mejaku. Dia menjawab sambil menarik kerusi di hadapanku untuk duduk. Pelayan muda tadi bergegas ke meja kami untuk mengambil pesanan. Kedai masih lengang. Hanya meja kami dan meja di hadapan kami saja yang berpenghuni. Pelayan tadi ligat menulis pesanan. Seperti biasa, nescafe kurang gula adalah minuman rutin buat Ajai. Aku suka berpagi-pagi di sini. Suasana hening yang menyapa mesra, universiti terasa aman seketika, sebelum hiruk pikuk manusia menerjah masuk, berpusu-pusu menuju ke kelas masing-masing. Pokok rendang tempat meja kami berteduh sesekali menggugurkan daun kuning. Musim luruh sudah tiba. Dan pagi-pagi beginilah selalunya aku dan Ajai akan bertemu. “Tak habis lagi kau baca buku tu?” soal Ajai. Buku putih di atas meja menjadi pemula bicara. Buku Muqaddimah, karya Ibnu Khaldun yang sudah diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris masih lagi belum habis kubaca walaupun sudah dua minggu. Buku itu akan segera aku habiskan.Ajai mencapai kotak rokok di poket seluar. Sebatang rokok dikeluarkan dan sebelum dinyalakan, dia memandang ke arah aku. “Aku hisap, ya,” seolah-olah meminta kebenaran aku. Tabiat merokoknya tidak menghalang Ajai menjadi manusia yang bertimbang rasa. Malah, kadang-kadang perokok seperti dia lebih baik dari aku (tapi tidaklah aku bersetuju dengan tabiatnya itu).Khali mengisi kekosongan. Aku capai telefon bimbit dan membuka aplikasi Facebook. Sedang asyik membelek, Ajai mengetuk meja memanggil aku. “Oi, kau tengok apa tu? Janganlah belek telefon kalau sedang melepak.” Aku hanya tersengih dan menyimpan semula telefon bimbitku ke dalam poket.“Sorry. Tengok kau syoksangat hisap asap, ingat tak mahu berborak,” giliran aku pula memerli. Dia mencebikkan muka, malas melayan.“Tadi aku baca isu di Perancis. Tak habis-habis lagi isu di Perancis,” teh di atas meja dihirup lagi. Tiada lagi asap yang menari di atas cawan. Manis dan pekat. Teh Arusah memang padu.“Isu apa lagi di Perancis?” dahi Ajai berkerut. Asap keluar berkepul dari mulutnya. Dia menoleh ke kiri supaya hembusan asap tidak terbang ke arahku.Aku mencapai semula telefon bimbit di poket. “Nah, lihat ni. Polis menahan wanita di pantai kerana memakai ‘Burkini’. Kau tahu kan, Burkini tu apa?” tanpa menunggu respon dari Ajai, aku memandang tepat ke mukanya dan menyambung, “Burkini ni pakaian wanita Muslim untuk bersukan. Seingat aku, mula direka di Australia oleh seorang wanita Muslim di sana bernama Aheda Zanetti. Rekaannya yang menutup bahagian-bahagian yang perlu dijaga oleh muslimah tetapi tidak ada pada baju berenang yang biasa bolehlah dikatakan revolusi. Dengan memakainya, wanita muslim tiada halangan untuk bersukan.”“Aneh,” balas Ajai. “Kau bersetuju dengan pemakaian Burkini? Bukan calon isteri kau harus bertudung labuh? Burkini bukan menampakkan bentuk tubuh ke?” senyuman kecil mengakhiri ayat komennya. Aku tak pasti adakah itu sekadar gurauan Ajai, atau soalan sebenar.“Aku pun tak pasti adakah betul Burkini ini mematuhi syariat. Iyalah, aku ni bukanlah arif dalam bidang tersebut. Sudahlah panggilannya seperti campuran ‘bikini’ dan ‘burqa’, aneh, dan tak dapat aku nafikan, sedikit offensive. Tapi, tolak ketepilah sebentar hal itu. Sekurang-kurangnya ia adalah satu penambahbaikan dan usaha untuk menutup aurat. Yang mengkhuatirkan aku ialah Islamophobia yang tampak berleluasa di Perancis, lebih-lebih lagi selepas beberapa siri serangan pengganas di Perancis tempohari.”Kami diam sejenak. Ajai menghisap dalam sebelum menghembuskan asap kembali. “Kenapa sekarang baru kau pelik? Tidak silap aku, Perancis sudah mengharamkan pemakaian Burqa sejak lima tahun lalu. Tak pernah pula aku dengar kau bising.”“Bukan aku tak tahu,” aku membetulkan duduk. “Itu pun satu bentuk pencabulan hak asasi. Apa salahnya kalau mereka ingin bertudung, jika melepaskan rambut juga adalah satu pilihan? Penindasan terhadap kaum Islam sebegini semakin menjadi-jadi. Sebenarnya mereka ini takut perubahan. Toleransi mereka yang kurang. Syukur saja negara kita tidak begitu. Semua pihak sama-sama hidup dalam toleransi. Merdeka!” suaraku separuh menjerit dalam nada berseloroh. Sekali sekala menjerit merdeka di bulan Ogos, seronok juga. Terasa kena dengan tema.Ajai ketawa. Hisap. Hembus. “Kau ingat di Malaysia tiada ke situasi seperti di Perancis? Kau lupa, bagaimana ‘autoriti’ agama negara kita mendesak mereka yang bukan Islam untuk bertudung supaya menghormati bulan Ramadhan? Bagaimana pula dengan larangan menggunakan nama ‘Allah’? Itu belum lagi aku sentuh bagaimana sukarnya proses permohonan mendirikan pusat ibadah mereka.” Rokok disedut untuk kali yang terakhir, lalu dimatikan di dalam bekas abu rokok. Soalan retorik yang bertubi-tubi dari Ajai aku diamkan saja.Dia menyambung lagi, “Di Malaysia, bagi aku, malah lebih teruk daripada negara barat. Kita tiada kebebasan bersuara. Kongkongan yang nyata, yang bezanya dengan zaman sebelum merdeka adalah sekarang kita ditindas oleh orang kita sendiri. Tak perlu baca Animal Farm, lihat saja negara kita sendiri. Agaknya kalau terjemahan buku itu wujud di Malaysia, habis diharamkan. Pastinya ‘mereka’ terasa seperti di-khinzir-kan,” Ajai sengih. Memang peminat Orwell dia ni.Aku masih diam. Aku tidak berniat menjawab persoalan-persoalan yang dilontarkan tadi. Persoalan retorik yang tak perlu dijawab. Sisa air teh di dalam cawan aku habiskan. 15 minit sudah berlalu. Manusia kian ramai. Masing-masing berjalan pantas sambil menyandang beg. Ramai juga yang memeluk buku-buku mereka di tangan. Masing-masing berasak-asak menuju ke destinasi. 15 minit lagi kelas akan bermula. Pelayan berbaju lusuh sibuk mengambil pesanan dari orang-orang yang baru datang. “Demokrasi negara kita aneh. Berbelit-belit dengan sentimen agama. Tidak bebas bersuara. Kita tidak bebas, Din. Tiada apa yang mahu disorakkan. Laungan ‘merdeka’ kau tadi aku rasa kosong. Kita bebas dari cengkaman penjajah, tapi bebaskah kita sekarang? Bebaskah rakyat Malaysia dari hutang? Kemiskinan? Bebaskah kerajaan kita dari salah guna kuasa? Rasuah? Bebaskah penganut agama lain untuk mengamalkan kepercayaan masing-masing dengan aman? Bebaskah negara kita dari sentimen perkauman? Berapa banyak anak yatim dan miskin di Malaysia yang tidak mendapat pendidikan yang sempurna? Kita seolah-olah bebas dari realiti, tapi terperangkap dalam ilusi.”“Kau terlalu skeptik dengan masyarakat kita, Jai. Kerana sesetengah pihak yang suka ‘menunggang’ agama, kau mahu buang terus agama dari sistem pemerintahan negara? Adakah dengan menjadikan negara kita sekular, negara kita akan lebih aman, stabil? Aku tak nampak mana logiknya. Amankah Amerika Syarikat di mata kau, Jai?”“Din, kau, seperti ramai rakyat Malaysia yang lain, terlalu takut dengan terma sekular. Kau menganggap jika aku pro-sekular, bermakna aku anti-agama. Sekular yang aku maksudkan adalah undang-undang negara kita tidak terikat atau didefinisikan oleh satu-satu agama saja, tetapi membawa nilai dan moral yang lebih menyeluruh dan dipersetujui oleh majoriti. Undang-undang akan berubah mengikut peredaran zaman. Bagi aku, sistem sebegini tidaklah anti-agama, atau anti-theistic. Sebaliknya, cara begini lebih meraikan semua pihak.”Ajai menambah lagi, “Proses sekularisasi yang terkenal dahulu memang memisahkan kuasa negara dan gereja. Tetapi bukan bermakna mereka menolak agama sepenuhnya. Mereka memisahkan autoriti agama dari pemerintahan negara supaya undang-undang dapat dilaksanakan dengan lebih objektif. Proses sekularisasi bukanlah ‘membuang’ agama, tetapi tidak mencampurkan pengaruh agama dalam asas undang-undang. Kita sekarang menganggap apa-apa saja yang tiada kaitan dengan agama, adalah sekular. Dari satu perspektif, ya. Tetapi sekularisasi tidaklah semudah itu.”Serasa baki lima minit sebelum aku harus ke kelas tidak cukup untuk menyambung perbualan ini. “Jadi kalau begitu, secara andaian, apa saranan kau? Dengan membina undang-undang negara yang tiada struktur agama, taat setia kita jatuh pada ibu pertiwi semata? Menjadi warganegara yang sempurna? Biarkan kompas moral kita menuruti apa saja kemahuan negara?” sekejap-sekejap aku mengintai jam di tangan. Masih ada masa.“Harus kau ingat, Aristotle memisahkan antara good citizen dan good man. Menjadi warganegara yang sempurna memang ada pincangnya. Menjadi rakyat yang taat di zaman Hitler juga dianggap sebagai warganegara yang bagus, walaupun tidak dianggap sebegitu andai kau berada di negara lain. Tetapi tidak kalau menjadi manusia yang baik. Good man tidak bersifat relatif.” Selamba Ajai menjawab kembali.“Lantas, apa kompas moral seorang manusia yang baik? Kalau bukan agama, apa? Senarai undang-undang yang dipersetujui manusia? Kalau begitu, seolah-olah mereka itulah ‘tuhan’ kita. Bukan begitu?” soalan retorik terakhir daripada aku, mungkin. Jam di tangan membuatkan aku sedikit kaget. Sudah jam sembilan.Air nescafe yang berbaki di dalam cawan Ajai habis dihirup. Kami sama-sama bangun membayar air yang diminum, secawan seorang (selama 30 minit!). Kami bersalaman dan berpisah arah. Aku ke kelas General Surgery, dan dia pula tergesa-gesa ke kelas Gynecologyyang bangunannya sedikit jauh dari kedai tadi. Sambil melangkah, akal aku ligat memikirkan seputar topik yang dibualkan tadi. Macam berbual dengan orang sekular pula. Tapi takkanlah Ajai sekular? Benarkah negara sekular lebih baik? Aku pernah juga mendengar bahawa muslim yang berada di negara sekular lebih aman dan selesa mengamalkan kepercayaan yang mereka anuti berbanding di negara Islam. Betapa ironi, orang Islam sendiri merasa terkongkong di ‘negara Islam’. Tapi, itu mungkin berita lama. Jika dilihat berita-berita antarabangsa, Islamophobiasemakin menjadi-jadi, ditambah pula dengan pencalonan Donald Trump oleh Parti Republikan yang sangat agresif dengan Muslim. Entahlah. Dunia ini aneh bagiku.
****“Aaaaahhhhhhhh…” tanganku menutup mulutku yang menguap besar. Satu konklusi ringkas bagaimana kelas tadi berjalan. Padat dan tepu. Bukanlah aku tidak menggemari Surgery, tetapi hatiku masih lagi merindui Internal Medicine, subjek tahun lalu.“Din, jom makan!” jerit temanku dari belakang. Hassan, hobinya memang makan saja. Mujur dia rajin memasak di rumah. Sengihnya itu meruntun hatiku. Dalam kantuk dan separa terpaksa, aku bersetuju.Sebagai seorang yang menetap di Zagazig, kami jarang menikmati krib. Krib, atau ejaan yang lebih tepat - crepe, adalah antara makanan yang sangat terkenal di Zagazig. Selalunya aku hanya akan ke kedai Krib King apabila membawa tetamu yang datang dari serata pelosok Mesir, dan mengidam krib yang mantap dan tebal. Di Kaherah misalnya, bukanlah tiada krib. Tetapi jika hendak dibandingkan dengan krib di Zagazig, maaflah, tiada taranya!Entah mengapa selera si Hassan ini mahu ke restoran Krib King di tengah bandar. Mungkin kerana kedai tersebut kebetulan berada di laluan perjalanan pulang kami ke rumah, mungkin juga kerana dia sudah terlalu lapar dan krib menjamin kepantasan dan kekenyangan. Sesampainya di sana, aku terlihat Ajai yang sedang duduk seorang diri di Kedai Krib yang sepi dari pelanggan. Kotak rokok dan telefon bimbitnya di atas meja. Kedai makan begini kebiasaannya dipenuhi orang pada waktu malam.Aku menyapa Ajai sambil Hassan memberi pesanan makanan di kaunter. “Kenapa jauh sangat kau datang makan ni?” soalku sambil menarik kerusi untuk duduk.“Tiba-tiba mengidam hari ni. Kebetulan kelas habis awal tadi. Aku pun berjalanlah ke sini,” ujar Ajai bersahaja.Hassan dengan sengih lebarnya mampir ke meja kami. “Kau buat apa di sini? Tak pernah pula aku nampak kau makan di sini,” soal Hassan pula.“Eh, dah perut aku kata nak makan krib, maka ke marilah kaki aku berjalan,” Hassan hanya menggaru kepala mendengar jawapan si Ajai. Sengihnya masih tak lekang.“Jai,” Ajai menoleh dan memandang ke arahku. “Aku masih menunggu jawapan kau pagi tadi.”“Jawapan apa?” dahinya berkerut.“Ish kau ni. Pagi tadi, kau berhujah seolah-olah mempersetujui apa yang dikatakan oleh Aristotle, tentang menjadi seorang manusia yang baik. Lalu aku persoalkan pula apakah kayu ukur kebaikan untuk manusia yang baik itu? Ingat?” Ajai hanya menggaru-garu dagunya.“Apa yang kalian bualkan?” tiba-tiba Hassan menyampuk.Ajai menjelaskan kepada Hassan, “Good citizen dan good man. Kau pernah dengar? Aristotle memisahkan dua jenis kebaikan, satunya pada warganegara, iaitu warganegara yang baik atau sempurna. Yang kedua, pada manusia atau individu itu sendiri; manusia yang baik.”Hassan mengangguk perlahan sambil dahinya berkerut. “Jadi apa bezanya?”“Begini. Warganegara yang baik adalah warganegara yang taat dan patuh setia pada suatu negara, biar apa pun polisinya dan mematuhi segala peraturannya.”“Tapi kalau negara tuteruk?” sampuk Hassan.“Maka kepada yang buruklah tumpah setianya. Tetapi itu bukan satu masalah. Kerana yang dilihat dalam warganegara yang sempurna adalah taat setianya, bukan moral atau nilai peribadinya. Jadi, warganegara yang baik pada satu-satu negara, tidak semestinya diterima pula di negara lain. Mengerti?”Hassan mengangguk lagi. “Mengerti, mengerti. Macam Indonesia pula kau ni,” jenakanya dibalas siku oleh Ajai. Hassan mengaduh lalu ketawa kecil.Sambung Ajai lagi, “Berbeza pula dengan manusia yang baik. Manusia yang baik bukan hanya taat pada negara, tetapi punya kebaikan yang sebenar di dalam dirinya. Manusia yang berlaku adil, dan menjalankan tugas yang baik sebagai individu atau sebagai sebahagian dari masyarakat yang didiaminya. Kata Aristotle, kebaikan sejati ini atau ‘virtue’ bukanlah lakonan, tetapi perangai kebiasaan, dalam menjalani kehidupan sehariannya sebagaimana fitrahnya. Persamaan pada keduanya hanya ada jika mereka ditadbir oleh kerajaan yang baik, maka keduanya akan taat dan itu dianggap baik.”“Di sini aku kurang mengerti,” aku mencelah pula. Penekanan pada kalimah ‘mengerti’ memecahkan tawa mereka berdua. “Apakah sifat kebaikan sejati bagi Aristotle? Bukankah para filasuf seperti mereka ini hanya menganggap signifikan agama sebagai suatu struktur masyarakat semata? Kalau seperti yang kau katakan sebelum ini, kita menggunakan undang-undang yang mencakupi kebaikan dari semua pihak dan dipersetujui oleh majoriti, bagaimana pula kalau majoriti tersebut memilih suatu kemudaratan? Sebagai contoh, adakah kerana majoriti di barat percaya bahawa golongan transgender benar kerana mereka layak untuk bersuara dan punya hak ke atas jasad masing-masing, maka kita semua harus terima bahawa transgender bukanlah satu bentuk kezaliman? Bagaimana kalau suatu hari nanti mereka menganggap pedophilia bukan lagi satu jenayah?”“Er, kezaliman? Kepada siapa mereka berlaku zalim?” soal Hassan.“Kepada diri mereka sendiri,” jawapanku ringkas. Semua diam.“Nah, di dalam Islam, perkara sebegini akan dipersoalkan. Kerana Islam tidak membenarkan kezaliman, biarpun terhadap diri sendiri. Berbeza dengan perangai Barat yang tidak malu meminum arak dan membunuh diri.”“Jadi, kau tak bersetuju bahawa kita harus memisahkan pengaruh agama Islam di dalam sistem pemerintahan dan undang-undang negara kita, walaupun ada bukti menunjukkan negara sekular lebih aman dari negara yang menjadikan agama sebagai paksi negaranya?” soal Ajai kepadaku. Hassan terlopong kecil kerana baru memahami konteks perbualan kami.Krib Ajai akhirnya tiba bersama pesanan kami. Tangan Hassan perlahan-lahan ke tengah meja, mencapai krib miliknya. “Aku makan dulu, ya,” ujarnya sambil tersengih.Aku dan Ajai membiarkan dahulu krib kami tersadai di atas meja. “Ya, masyarakat dunia sekarang memang skeptik dengan agama, dan bukan Islam sahaja. Tetapi ada beza kesan sekularisasi terhadap agama lain dan agama Islam. Kita yang menganut agama Islam ini bukan sekadar menjadikan agama Islam sebagai upacara, keramaian dan perayaan pada waktu-waktu tertentu semata, tetapi Islam adalah cara hidup. Dan itu bermakna tiada konteks dalam kehidupan seorang muslim yang tiada disentuh dalam Islam, termasuklah ekonomi dan politik. Aku percaya, dengan agama, kita bukan sahaja boleh menjadi manusia yang baik, malah menjadi hamba yang sempurna. Kerana apalah gunanya ketaatan dan kebaikan kita kepada manusia jika akhirnya tidak disandarkan pada sebenar-benar Pencipta?”Hassan masih asyik mengunyah. Tetapi aku tahu, dia masih lagi mengambil perhatian dengan perbualan kami. “Tapi masih ada orang baik beragama yang lahir dari negara sekular. Contohnya seperti seorang kaya bernama Rachid Nekkaz. Dia membayar saman yang dikenakan terhadap wanita yang memakai Burqa di khalayak awam di Perancis. Dia bukanlah menentang dasar Perancis itu kerana membela agamanya, tetapi kerana undang-undang tersebut telah merosakkan kebebasan individu yang sepatutnya dimiliki oleh semua pihak. Nah, manusia yang baik boleh saja lahir dari suasana sekular, bukan?”Sambil membuka aluminium yang membaluti krib, giliran aku pula menjawab, “Aku tak pernah nafikan bahawa sistem sekular boleh melahirkan manusia yang baik.” Hujung krib aku jamah sedikit, dikunyah dan ditelan. “Pertamanya, Rachid Nekkaz yang kau sebut tadi, ada spekulasi yang timbul oleh beberapa pihak akan kepentingannya di sebalik sifat pemurahnya itu. Ini aku baca dari satu artikel oleh The Washington Post. Menurut artikel tersebut, Agnes De Feo, seorang pengkaji dan pembikin dokumentari mengenai isu Burqa di Perancis sejak sembilan tahun lalu mengatakan bahawa walaupun Rachid benar-benar membayar saman-saman tersebut pada mulanya, tetapi dia terkenal sebagai seorang yang tidak menepati janjinya. Ini dibuktikan dengan keluhan oleh beberapa kenalannya yang cuba menghubungi Rachid untuk menolong mereka membayar saman tetapi tidak berbalas. Bagi De Feo, Rachid hanyalah seorang usahawan yang mencari pengaruh dan populariti. Ini selari pula dengan sejarahnya yang pernah ingin bertanding sebagai calon Presiden pada tahun 2007 dan gagal. Apabila manusia tidak sandarkan kebaikannya pada tuhan, maka kebaikannya disandarkan pada dirinya. Atau lebih betul lagi, untuk kepentingan diri sendiri. Ini bagi aku kepincangan utama dalam humanisme. Percaya manusia akan berbuat baik biarpun tanpa agama, sekadar teori indah yang sukar terlaksana.”Aku sambung lagi, “Kedua, nilai kebaikan yang dibawa oleh individu sekular datang dari moral yang digariskan oleh masyarakat setempat. Sebagai contoh, apabila duduk sambil menyilang kaki di Mesir dianggap biadap, tetapi kalau di Malaysia, tiada masalah. Membuka kawasan yang dianggap aurat di sini, satu kebiadapan, tetapi tidak di barat, kan? Berbeza dengan Islam. Kebaikan yang dibawa oleh seorang muslim digariskan oleh tuhan. Kita berpandukan Al-Quran dan Sunnah nabi. Panduan berakhlak mulia datang dari tuhan, dan diajarkan kepada kita melalui nabi, bukan oleh sembarangan manusia yang boleh dikawal oleh nafsu dan ketamakan semata.”Kami berhenti berhujah dan masing-masing mula menjamah krib di depan mata. Hassan yang sudah lama mendahului kami akhirnya telah menghabiskan kribnya. Dia bangun menuju ke peti ais dan mengeluarkan sebotol air mineral bersaiz kecil dari peti berpintu lutsinar itu. Dia duduk kembali di meja dan membuka lalu meneguknya perlahan.“Secara ringkas, aku lebih rela berdepan dengan masalah seperti ‘penunggang’ agama dan membiarkan orang beragama yang lain selesa mengamalkan kepercayaan masing-masing, berbanding mencarik agama dari sebahagian cara hidup mereka. Lama kelamaan, carik yang sedikit itu akan membesar, dan akhirnya agama akan ditolak secara sepenuhnya. Agama bukanlah boleh diterima separuh-separuh, seperti firman tuhan yang maksudnya lebih kurang begini,“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam agama Islam secara menyeluruh, dan janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.” 2:208Maka tak mungkin kita ingin mengaku muslim dalam masa yang sama cuba memisahkan mana-mana aspek sekalipun dalam kehidupan kita dari Islam,” ujarku panjang. Ajai dan Hassan mengangguk-angguk bersetuju. “Guys, janganlah serius sangat. Bulan merdeka ni,” Hassan cuba menceriakan suasana. “Merdekakah kita? Bebaskah rakyat Malaysia dari hutang? Kemiskinan? Bebaskah kerajaan kita dari salah guna kuasa? Rasuah? Bebaskah penganut agama lain untuk mengamalkan kepercayaan masing-masing dengan aman? Bebaskah negara kita dari sentimen perkauman? Berapa banyak anak yatim dan miskin di Malaysia yang tidak mendapat pendidikan yang sempurna?” aku cuba mencetus provokasi. Ajai tergelak kerana menyedari persoalan yang sama telah ditujukan kepada aku pagi tadi. Lalu kerana kasihankan Hassan yang terpinga-pinga tidak tahu mahu menjawab apa, aku menjawab sendiri, “Merdeka, bagi aku adalah satu proses yang belum habis. Titik mulanya pada 31 Ogos 59 tahun yang lalu adalah satu permulaan yang bagus. Kita keluar dari cengkaman penjajah. Untuk tidak mengambil kesempatan atas pengorbanan pejuang kemerdekaan kita, banyak lagi jenis kemerdekaan yang perlu kita capai. Lihat generasi ayah mak kita. Mereka berjaya memecahkan tembok sekularisasi barat dan mula menapakkan semula Islam di dalam sanubari masyarakat. Bertudung tidak lagi aneh di Malaysia. Kadar kefahaman Islam dalam masyarakat sedikit demi sedikit meningkat. Dari satu perspektif, ya, kita sering bertelingkah tentang hal-hal ranting dalam agama. Tetapi secara tidak langsung itu menunjukkan bahawa kita mengambil serius dan sentiasa cakna dengan kepercayaan yang kita anuti. Malah bagi aku, kemerdekaan jiwa itulah yang paling penting kita kejari. Apabila kita mengenal diri dan tuhan, maka kita mengenal hakikat penciptaan kita. Kita insaf akan tanggungjawab kita. Kita faham akan fitrah diri kita. Dan apabila kita bebas dari kejahilan dan kemungkaran, bagi aku, ya, kita merdeka.”
Hassan dan Ajai mengangguk bersetuju. Krib yang berbaki habis dijamah. Perut kenyang, hati senang. Fikiran juga lapang. Ah, mujur saja tiada lagi soalan provokasi daripada Ajai. Cukuplah untuk sehari ‘perdebatan’ kami.Seusai makan, kami beransur pulang ke rumah masing-masing. Kami bersalaman dan Hassan sempat lagi berjenaka dengan Ajai. Kami berpisah menuju arah bertentangan. Aku dan Hassan berjalan malas-malas menuju ke rumah kami. Biarlah makanan di perut dapat dihadam perlahan-lahan. Hassan menyiku aku perlahan. “Ajai tu peliklah. Dia sekular ke? Lain macam,” soal Hassan. Aku ketawa. Ada-ada saja budak ni. “Ajai seorang yang suka mencabar minda. Kalau aku kata ‘A’ dia akan tanya aku, mengapa tidak ‘B’? Biar kita berprinsip bukan ikut-ikutan semata. Hah, Kalau kau nak dicabar lagi, jom berpagi-pagi dengan kami. Mahu pening kau dibuatnya dengan si Ajai tu.” Hasan menyengih saja. “Tapi, tak. Dia bukanlah sekular. Kau belum cukup kenal dia.” Hassan mengangguk saja. Semoga dia berminat untuk menyertai aktiviti ‘berpagi-pagian’ kami esok. Sengihnya masih juga belum lekang.
        Published on December 04, 2016 07:00
    
March 13, 2016
Krib A La Bangla
Ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari kuliah, dengan cuaca terik menggigit kulit sawo matang seorang lelaki melayu yang walaupun sudah hampir lima tahun di sini, tetapi masih belum ‘alah bisa tegal biasa’ dengan suhu sebegini, kering sebegini, Krib Syahd pasti berjaya mencairkan hati aku supaya bersabar. Bersabar dan beralah dengan Negara ini. Krib is love. Krib is life.Amboi bukan main mempromosi Krib. Apakah dia menatang Krib ni? Mungkin ejaan sebegini asing buat sesetengah kalian, tapi bagaimana pula dengan crepe? Ya, rata-rata rakyat Malaysia pasti akan tergiur dengan crepe durian. Krib dan crepe durian kalian itu, samalah. Semuanya dari rumpun Crepe yang sama. Kedua-duanya bukan yang asli. Dan keduanya berbeza. Yang sama hanya pada kulit luarnya, tetapi cara penyediaannya berbeza. Kalau crepe durian, kulitnya lembut, mudah dicarik. Intinya pula serapuh awan, campuran rasa vanilla dan durian, rasa lunak yang membuatkan kita menutup mata menikmatinya. Aduh, sedap sungguh membayangkan! Mana pulak nak dapat durian di negeri firaun ni. Yang tidak gemar pada crepedurian ini hanyalah mereka yang tidak suka durian. tapi mereka terlalu sikit. Rata-rata rakyat Malaysia adalah hantu durian.Bagaimana pula Krib di sini? Ya, Krib dari Mesir amat berbeza teksturnya. Perbezaannya jauh ketara umpama Iron Man dan Batman. Ha, boleh bayang? Kedua-duanya adalah ‘superhero’kegemaran, tetapi hadir dari franchisekomik yang berbeza. Kalau tak boleh bayang jugak, suka hatilah.
YANG NAMANYA KRIB ITU BAGAIMANA YA?
Baik, cuba kau bayangkan kulit crepe durian tu, kita ambil, kemudian kita panaskan di atas pan. Kulit yang asalnya bulat, lebar, nipis dan leper itu kemudian dilipat dua. Warna kuning terang itu sedikit demi sedikit menjadi makin terang dan semakin garing. Sambil menunggu kulit itu menjadi garing dan rangup, keju mozarela akan ditaburkan di atas kulit yang rupanya separuh bulat itu. Intinya tidak berakhir di situ. Bayangkan, betul-betul bayangkan, segala jenis nugget dan burger yang korang boleh bayangkan. Goreng sehingga masak. Kemudian anda potong-potongkan nugget dan burger yang sedang dibayang tadi, kemudian taruk di atas keju mozarela tadi. Aduh, kecur air liur membayangkan. Kemudian, ambil pula sos dan mayonis, dan pastikan keduanya rata, tidak terlalu banyak juga tidak terlalu sikit untuk menambah lagi kemantapan Krib ini. Jika kulitnya sudah mula nampak garing, lipat Krib tersebut menjadi tiga segi leper. Bukan bentuk kon, jenuh nak makan, tapi segi tiga. Bayangkan, pulang ke rumah, bau kaki yang menerpa dari stokin yang rabak di kaki, kita pecat stokin tersebut, buka kipas sehingga pusingan terlaju, duduk bersandar dan satu gigitan besar pada Krib tadi. Ya rabbi, rasanya zolim. Dan bayangkan, dalam satu-satu mesir ni, kau berada di Zagazig, tempat yang paling masyhur dengan Krib. Yang lagi best, kau beli pula dari kedai paling sedap di Zagazig. Bayangkan, itu yang kau gigit tadi. Satu pengalaman Manca-rasa paling gila dan merangsang segala deria di lidah. “Maka nikmat tuhanmu yang mana yang telah engkau dustakan?”
Tu dia. Punya sedap, sampai boleh bertambah iman! (Amin, insya-Allah.)
*mengunyah-ngunyah.
Masa makan, tak elok bercakap.*Lap mulut dan sambung.
Berbeza sungguh interpretasi mereka yang pernah berada di Mesir dengan rakyat Malaysia yang lain tentang Crepe, atau Krib. Dan keduanya betul. Crepe, sebenarnya yang terpenting adalah kulit luarnya. Tidak kiralah dimasak rangup, atau dikekalkan lembut. Itulah crepe yang paling ori.Setelah beberapa kali aku menikmati Krib, ada persoalan yang mampir ke fikiranku. “Kenapa tak ada langsung orang buat Krib macam ni kat Malaysia?” dan aku yakin, Krib jenis ini pasti mendapat sambutan, lagi-lagi kalau buka satu tapak di pasar malam. Fuh, orang tak pandang dah kebab. Boleh setaraf dengan ayam Uncle Bob, kalau pandai marketing.Tapi, andai kata kita tahu secara teori bagaimana proses membuat Krib tersebut, akan samakah hasilnya? Atau tangan arab ada ‘rahasia’ tersendiri? Mana tahu Krib bertambah sedap kerana peluh arab, seperti kuah capati yang lazat terkena percikan peluh mamak. Umph.Tapi andai kata Krib sampai ke Malaysia sekalipun, entah-entah bangla yang buat. Semalas itulah melayu. ‘Krib a la Bangla’. Catchy.Sebelum ni, aku pernah terdengar cerita dari seorang kenalan. Dia membeli nasi lemak di tepi jalan sebelum pergi bekerja. Nasi lemak itu disediakan oleh bangla, juga dijual oleh seorang yang berbangsa Bangladesh. Boleh tahan hebat geng bangla ni, dari jadi pak jaga, cuci tandas, sehinggalah ke nasi lemak, mereka dah mampu dan terbukti boleh buat.Hurm. Fikir-fikir semula, rasanya cerita nasi lemak tu aku baca di Facebook kot. Jadi, kesahihannya diragui. Perawi tak sikoh. Heh.Apapun, kedatangan ‘tetamu’ seperti mereka di Malaysia dijadikan bahan jenaka, dipolitikkan juga dirasakan sebagai suatu ancaman. “Bangla rampas awek melayu”, “Semua kerja bangla dah sapu”, “Kincin buleh, ‘vara’ tak bulih” dan bermacam-macam lagi.
TERASING
“Ni hau?” soal mereka sambil ketawa mengejek. Bagi mereka, semua sama aja. Asia bermaksud cina. Jackie Chan. ‘Ni hau ma’, malah, lebih kelakar lagi pun ada, seperti ‘Hungga Bungga’,’Buya-Buya’, juga ‘Hakuna Matata’. Pengalaman sewaktu mula-mula menjejakkan kaki di Mesir ada waktunya menyulitkan. Waktu di mana banyak mata-mata asing melihat menerobos senyuman paksa yang kau buat-buat. Ada kalanya ketika melihat kehadiran kau, mereka berbisik-bisik lalu ketawa. Mereka menganggap kita mundur. Primitif. Terima kasih pada segala iklan ‘Malaysia truly Asia’ yang menggambarkan negara kita hijau dan sarat dengan hutan-hutan terpelihara. Pada mereka, kita hidup seperti Tarzan.Mereka tidak peduli sekiranya pandangan mereka salah. Kadang kala pandangan mereka mengecilkan, memperlekehkan, dan seolah-olah jelek dengan kita. Ada juga mata yang teruja kerana jarang melihat jenis manusia dari rumpun lain. Kasihan. Mereka benar-benar terasing dari dunia moden.Orang Malaysia juga memandang arab dengan pandangan begitu. Penuh prejudis. Masakan tidak, persatuan pelajar di sini memomokkan kepada pelajar Malaysia bahawa arab ini tidak boleh dipercayai dan jangan berkawan terlalu rapat dengan mereka. Membawa arab ke rumah, wah, satu taboo (sekarang, tak pasti. Rumah atas aku ni, siap sorang arab ni lepak berhari-hari sampai bagi hint suruh balik pun tak faham). Bagi orang Malaysia di sini, arab juga hina. Sudahlah pengotor, tiada adab, tiada peraturan. Jalan yang tiga line boleh jadi sehingga lima line. Suka memotong barisan. Ah, kalau mahu disenaraikan, tak habis pula.Kami dibutakan dari kebaikan rakyat Mesir. Ada waktunya, kita akan bertemu dengan manusia paling baik. Lebih baik dari diri kita yang konon mulia ni. Ada yang berkeras tak mahu tambang kita, ada yang menghulurkan makanan, ada yang menghulurkan bantuan tanpa dipinta, malah ada yang mengutuk rakyat Mesir sendiri. Itu belum lagi mahu dikira mereka yang mendoakan kita. Tetapi perasaan terasing lebih menguasai. Ke mana saja kau pergi, ada mata yang melihat kau dengan pandangan aneh. Kalau kau bernasib baik, adalah suara yang menegur kau elok. “Assalamualaikum. Enta Maliziy? Masya-Allah. Ahsan nas. Munawwar fi Masr.”“Assalamualaikum. Kau orang Malaysia? Masya-Allah. Sebaik-baik manusia. Kalian adalah cahaya di Mesir ini.”
Aku yakin, semua mereka yang pernah bermastautin di Mesir, akan diuji dengan perangai manusia paling susah kau nak handle. Tapi aku juga boleh jamin, mereka akan jumpa manusia baik yang nadir itu. Dan aku pasti mereka juga, akan mendengar ayat sebegini. Cahaya di Mesir tu. Kemain.
Begitu juga dengan saudara kita bergelar ‘bangla’. Jenaka kasar kita, penghinaan malah pandangan serong kita kepada mereka pastinya mengguris hati. Di sebalik muka Hindustan, kulit gelap itu, mereka juga ada hati. Dan mungkin juga hati mereka seperti tisu. Ingat lelaki jambu saja ke yang boleh ada hati tisu? Mana tahu bangla pun sama?Ke hati tisu pulak dah. Bukan itu isunya.Bangla itu, tolak ke tepilah statusnya di negara kita. Pendatang asing, atau agenda politik atau apa saja kata paranoia kita, mereka adalah muslim, pertama-tamanya. Seharusnya warna kulit dan status kewarganegaraan tidak memisahkan kita. Bagaimana layanan kita kepada mereka? Adakah semasa membeli kuih karipap di pasar malam (siapa beli karipap? Tak grand langsung pergi pasar malam beli karipap. Beli lah karipap di gerai tepi jalan waktu pagi. Mungkin dia beli karipap besar penumbuk tu kot.) mereka ini didiskriminasi dan dilayan terkemudian, walaupun mereka yang hadir lebih awal? Adakah semasa hari raya, mereka dihadiahkan senyuman ikhlas, serta ucapan lebaran yang menggembirakan beserta doa, untuk mereka yang bekerja ketika hari raya, jauh di perantauan? Diskriminasi servis dan layanan terhadap mereka, tidak ada beza dengan pandangan serong rakyat Mesir kepada rakyat Malaysia.Ego kita mungkin cuba menyangkal fakta ini. Tidak mengapa. Hanya kita dan tuhan yang tahu dosa tersembunyi kita, niat tak baik kita. Mungkin kau yang belum berada di tempat kami tidak merasakan hal ini, tapi andai kata yang membaca ini pernah merasakan hal yang sama, pernah belajar di Mesir contohnya, maka ambillah inisiatif untuk berubah. Tukarkan niat kita. Pandang mereka dan sentiasa bersangka baik, walaupun mungkin kadang-kadang servis mereka teruk. Mungkin mereka tidak mengerti. Mungkin saja mereka tidak biasa dengan persekitaran di Malaysia. Persekitaran yang berbeza memang membebankan.Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:Jawa itu Melayu,Bugis itu Melayu,Banjar juga disebut Melayu,Minangkabau memang Melayu,Keturunan Acheh adalah Melayu,Jakun dan Sakai asli Melayu,Arab dan Pakistani, semua Melayu,Mamak dan Malbari serap ke Melayu,Malah muallaf bertakrif Melayu
(petikan dari sajak ‘Melayu’ oleh Usman Awang)
Aku tidaklah demand kau anggap bangla sebagai melayu. Cukuplah kau layan mereka seperti saudara seislam, seperti manusia. Jangan merasakan diri kita ini cukup hebat hanya kerana ini tanah kita.
Krib yang paling terkenal di Zagazig dahulu adalah ‘Krib King’. Tetapi zaman berlalu, harganya semakin mahal, isinya semakin sedikit, maka aku dan rakan-rakan mencari alternatif yang lebih baik. Krib Syahd memang something else. Inti banyak, murah, walaupun sedikit lambat, tetapi berbaloi. Tu belum lagi Krib Goma3a. Padu.
Begitu juga kita. Sombong berlagak tidak akan menjamin masa depan kita. Mudah saja tuhan nak ganti kita dengan kaum yang lebih baik, yang mampu menjaga syariat Allah, yang melayani orang-orang beriman dengan lembut. Tak percaya, buka terjemahan Al-Quran surah Al-Maidah, ayat 54.
*tulisan ini ditulis lama dahulu, tetapi lupa nak diterbitkan di sini. nah. pada aku masih ada manfaatnya untuk dikongsikan.
        Published on March 13, 2016 21:40
    
October 23, 2014
Ulasan buku Bagaimana Anyss Naik Ke Langit?
      Assalamualaikum.
Serasa lama benar (cewah. serasa-serasa pulak) tak baca karya Faisal Tehrani. buku Perempuan Nan Bercinta dan Ketupat Cinta belum sempat dibaca. Semua bagi pinjam pada orang.
Setelah lama tidak mendengar khabar, akhirnya Faisal Tehrani tampil dengan karya barunya (tapi taklah baru sangat. aku je yang baru baca).
Buku setebal 12 halaman, berjudul Bagaimana Anyss Naik ke Langit ini adalah satu karyanya yang ringkas, straight to the point tetapi dalam masa yang sama kekal dengan gaya penulisannya.
sebab buku ni baru je habis baca tadi masa tunggu nak buat passport, maka ulasan kali ini mungkin agak terperinci. So, siapa yang nak baca dan taknak spoiler, sila jangan baca.
seriously.
   
Ok jom. Hoyeah!
Ok seperti biasa, saya suka kategorikan ulasan buku kepada tiga perkara utama,
1.Bahasa
2. Jalan cerita
3. Isi/nilai murni
Gaya Bahasa
1. Ini adalah kali pertama saya membaca karya beliau yang menggunakan bahasa yang cukup 'dewasa' tanpa berlapik dan berselindung. Saya kira ini adalah gaya bahasa yang ingin ditampilkan dalam karyanya yang satu ini, berbaur 'ekstrem'. Penggunaan kata yang dianggap lucah oleh masyarakat kita ini tidaklah digunakan terlalu kerap, tetapi sering digunakan ketika menceritakan tentang bagaimana gadis-gadis Penan itu dirogol. Sungguh terperinci.
Walaubagaimanapun, saya merasakan bahawa gaya bahasa sebegitu sepatutnya tidaklah menimbulkan rasa syahwat ataupun jelek, tetapi lebih kepada perasaan geram, dengan sang pemerkosa. Geram dan terkilan. Rasa kasihan mengacau jiwa seolah-olah mahu membuat kita berhenti membaca, tetapi tidak boleh kerana rasa geram juga meluap-luap.
Mungkin kerana gaya bahasanya yang agak bold sebegini menyebabkan beliau menerbitkan karyanya di DuBook Press. hehe.
2. Seringkali di dalam cerita ini, Anyss (watak utama), terngiang-ngian pesan rakan-rakannya bahawa beliau menjadi sasaran. Pengulangan sebegini juga pernah saya lihat di dalam buku Tuhan Manusia, karyanya yang diterbitkan pada tahun 2009, juga pada buku Hlovate, Contengan Jalanan yang mengingatkan berkali-kali, mereka yang bertangguh untuk berubah, tidak akan sempat untuk berubah (ayat sebenar dalam bahasa inggeris).
Pengulangan sebegini kadang boleh menimbulkan perasaan menyampah pada saya (sebagai pembaca).
"Yeee aku tau ko nak tekankan point ni~" atau
"Tak habis-habis nak ulang. takde point dah ke?"
Ayat-ayat sebegini sering juga datang di dalam benak, terutamanya ketika saya membaca Contengan Jalanan. Annoyed pulak rasa.
Tetapi tidak begitu pada karyanya yang satu ini. Pengulangan demi pengulangan yang dilakukan adalah untuk menekankan bahawa kata-kata itu terngiang-ngiang tidak sudah-sudah di kepala Anyss.
Tetapi bagaimana Faisal Tehrani menyelitkannya di dalam cerita berulang-ulang kali, dengan ayat yang berbeza, dalam situasi yang berbeza adalah sesuatu yang mengagumkan. Artistik. Mungkin antara faktornya adalah kebolehan beliau yang menguasai bahasa Melayu dengan baik.
3. Dalam karya ini juga, Faisal Tehrani kerap menggunakan bahasa pinjaman, contohnya 'interbiu', walhal beliau adalah seorang yang menguasai kosa kata bahasa melayu sastera yang hebat. Lihat sahaja karya-karya beliau yang menggunakan bahasa melayu klasik. Gila kentang. Dalam masa yang sama, penggunaan bahasa melayu beliau juga tidak terabai, dengan adanya penggunaan istilah-istilah sastera yang mencantikkan ayat-ayat di dalam cerita ini. Ini menunjukkan bahawa penulis adalah seorang yang sangat versatil (see what I did there?).
Pada pendapat saya, penggunaan bahasa pinjaman sebegini adalah salah satu cara berbahasa yang mungkin tiada keasliannya, tetapi jika pandai digunakan, boleh saja mengindahkan lagi ayat yang kita gunakan. Saya sendiri sebenarnya kurang gemar menggunakannya, tetapi setelah melihat Faisal Tehrani yang acap kali menggunakannya (seperti 'Advencer si Peniup Ney), maka mungkin selepas ini saya akan cuba membiasakan diri, tanpa mengabaikan kosa kata yang asal.
4. Novel ini tiada bab. Hanya satu cerita yang berterusan, diselitkan dengan monolog dalaman serta buah fiiran Anyss yang menerawang mengenangkan isu yang sedang dia perjuangkan.
Jalan Cerita
1. Faisal Tehrani adalah seorang yang sangat menekankan peranan latar dalam satu-satu cerita. Dengan penceritaan latar, karyanya tampak 'hidup'. Dalam buku yang hanya setebal 112 muka surat ini, apalah sangat yang boleh diceritakan, kan?
Tetapi penulis bukanlah seorang penulis amatur. Latar tempat watak utama yang digunakan hanya satu, iaitu di Beijing. Dan keratan-keratan akhbar (yang menguasai separuh dari buku ini) pula menggunakan latar hutan di Sarawak. Dua latar ini menghiasi cerita dengan secukupnya, tidak kurang dan tidak pula berlebihan.
Lihat saja bagaimana terperincinya penceritaan penulis tentang Beijing. Seolah-olah kita membontoti watak utama ketika Anyss bersiar-siar melancong di sana. Fakta-fakta yang dilontar pula tidaklah terlalu berat untuk dihadam, dan sedap dibaca.
Penggunaan bahasa kaum Penan juga membantu pembaca menggambarkan lagi bagaimana suasana kampung mereka di dalam hutan di Sarawak. Seperti biasa, setiap karya yang ditulis akan sarat dengan perincian sebegini.
Ini adalah salah satu kelebihan Faisal Tehrani yang sukar untuk dikuasai oleh penulis-penulis lain. Ada yang cuba meniru penceritaan sebegini, tetapi sering sahaja fakta-fakta yang diberikan kering dan tidak menggiurkan.
2. Jelas sekali di dalam novel ini, jalan cerita tidak ditekankan. Yang lebih penting adalah isu yang ingin diketengahkan. Bagaimana wanita-wanita Penan dirogol. Bagaimana tenatnya hutan di Sarawak. Bagaimana bangsatnya ahli politik dan pihak berkuasa yang tidak membantu mereka. Bagaimana 'lahanatnya' (ayat penulis) media massa.
Jalan cerita tidak berbelit, malah agak ringkas. Keratan-keratan akhbar yang diselitkan saja sudah memenuhi separuh dari buku ini. Penekanan pada isu yang ingin dibawa sangat serius dan membuatkan pembaca turut risau.
3. Penulis sepertinya berulang kali cuba membuat situasi yang subtle untuk menunjukkan siapa antagonis cerita ini. Tetapi oleh kerana perbuatan aneh sebegitu disebutkan (seperti jelingan tajam, dan pemandu yang tidak mesra seolah-olah ada yang tidak kena), menampakkan siapa sebenarnya dia. Perkara sebegini sudah selalu saya lihat, terutama dalam buku-buku yang cuba meletakkan unsur thriller, tetapi tidak berjaya. Agaknya memang susah nak buat klu sebegitu dalam bentuk penulisan.
4. Jalan cerita agak tergantung. Mungkin akan ada pembaca yang tidak berpuas hati, tetapi bagi saya itu pengakhiran yang kena pada tempatnya. Pertama, ini kisah Anyss. Mati Anyss, maka tamatlah cerita. Kedua, kematiannya yang mendadak begitu di kala isu ini belum tamat diperjuangkan, menunjukkan bahawa isu ini masih berlaku. Malah, anaknya pula yang akan menyambung perjuangannya. Pembaca juga saya kira turut merasa tanggungjawab yang ingin diletakkan atas pundak kita supaya lebih prihatin atas isu ini
Isi/Nilai Murni
Antara isu yang ingin diketengahkan oleh penulis dalam cerita ini adalah:
1. Pemerkosaan gadis-gadis Penan (saya rasa persoalan ini timbul sekitar tahun 2008). Usai membaca karya ini, saya masih tidak sempat mengkaji adakah isu ini benar-benar terjadi. Tetapi keratan-keratan akhbar yang diselitkan (macam betul je petikan-petikan tu) menguatkan lagi bahawa peristiwa ini berlaku. Yang merunsingkan, pihak-pihak berkuasa menafikan sekeras-kerasnya apa yang berlaku (setakat pembacaan saya). Ini selari dengan tulisan penulis, yang membawa kepada poin kedua:
2. Penglibatan penguasa negeri dan orang penting dengan pembalakan yang berleluasa di hutan sekitar Sarawak. Pembalakan, seperti yang ramai maklum, walaupun membawa keuntungan kepada negara, tetapi tidaklah banyak. Ini kerana, duit-duit hasil pembalakan dimonopoli oleh pembalak-pembalak, dan tidak dipulangkan kepada kaum-kaum asli di Sarawak (seperti yang diceritakan di dalam buku ini).
Bukan itu saja, pembalakan juga memang membawa keburukan yang banyak. Hasil-hasil hutan dieksploitasi sesuka hati, menyebabkan gangguan ekosistem flora dan fauna yang membawa kepada kekurangan sumber pendapatan dan makanan bagi kaum yang menetap di situ. Air-air sungai juga menjadi keruh dan mencemarkan sumber air penduduk tempatan. Semua ini adalah pengorbanan yang terpaksa dihadapi oleh penduduk tempatan dek kerana kerasukan seorang dua manusia.
3. Isu-isu hak asasi kritikal sebegini jarang sekali diketengahkan oleh sesiapa, lebih-lebih lagi dalam bentuk penulisan kreatif begini. Tetapi yang menariknya, isu alam sekitar dan orang asli pernah disebut di dalam tulisan Kak Munirah, dalam salah satu cerpennya yang dihimpunkan di dalam Kopi-ah (tak ingat nama cerpennya apa). Juga, Kak Munirah dalam novel sulungnya pernah menceritakan tentang Beijing, juga secara terperinci. Cuma mungkin penggunaan bahasa dan gaya penceritaan membezakan kedua penulis ini.
Kesimpulan
Buku ini walaupun nipis, tetapi ceritanya tidak 'mentah', malah disajikan sempurna untuk pembaca. Saya yang sememangnya menggemari karya Faisal Tehrani, berasa lega kerana berjaya mendapatkan buku ini, serta menghabiskannya dalam tempoh sehari.
Dari sudut cerita, penulis tampak seolah-olah bereksperimen dengan gaya penulisannya yang lain dari kebiasaan. Bahasa yang agresif, gaya penceritaan tanpa bab, juga keratan-keratan akhbar yang amat banyak, tetapi tidak mencacatkan karya ini.
Dari sudut isu yang diketengahkan, penulis memang sering cuba menaikkan isu yang dilihat agak terpencil dalam masyarakat. Tiada unsur-unsur 'syiah', ataupun jalan cerita yang berbelit-belit, seakan-akan menyuruh para pembaca agar turut cakna akan isu yang dibawa.
Siapa yang patut baca buku ini?
-Penggemar karya Faisal Tehrani
-Mereka yang mahu berjinak-jinak dengan karya Faisal Tehrani
-Mereka yang mahu cakna dengan isu alam sekitar
-Mereka yang mahu cakna dan memperjuangkan hak asasi manusia, lebih-lebih lagi hak asasi wanita.
Oh satu lagi. Bak kata penulis, bukan isu Palestina saja yang boleh bawa kita ke syurga.
Fuh sejam menaip.
Cukup la kot.
Kalau korang dah baca dan nak komen, silakan.
Kalau korang nak baca tapi korang dah baca ulasan ni, ha padan muka. aku dah kata jangan baca lagi ulasan ni. Degil. Anak sapa ni?
nah hashtag siket!
#IWantToTouch ABook
#KMZ
*kalau rajin, cuba padankan buku ini dengan satu lagi karya, Bahlut. Juga tulisan Faisal Tehrani.
    
        Published on October 23, 2014 02:24
    
October 12, 2014
Buku Indie & Masyarakat
      Assalamualaikum~
Dalam menyentuh topik ni, moleklah kiranya saya kategorikan pembaca kepada tiga bahagian; penggemar buku indie, yang tak tahu buku indie tu apa dan yang benci pada buku indie.
saya pernah berjumpa dengan ketiga-tiga jenis manusia ini.
Kategori Satu
yang pertama, penggemar buku indie, tidaklah susah untuk dicari. lambakan buku indie dan pembacanya boleh dikatakan satu gelombang baru dalam masyarakat majmuk malaysia. mungkin tidak digebangkan seperti isu-isu politik selangor, bajet 2015, tetapi gelombang baru ini sebenarnya agak besar.
ada beberapa persoalan yang timbul. Antaranya, kenapa mereka memilih buku indie? dan bagaimana buku indie sebegini boleh laris?
saya sendiri tidaklah membaca begitu banyak buku indie, kerana saya peminat sastera dan buku-buku indie selalunya tidak begitu menekankan unsur itu.
   sebahagian koleksi buku indie aku. tengkiu Lejen Press~

tetapi saya mempunyai koleksi buku indie yang agak banyak, juga saya sendiri pernah menulis dan diterbitkan oleh publisher indie. tapi tidaklah laku mana. Jadi, tulisan saya ini tidaklah bias untuk membela penerbit-penerbit ini atas alasan ada antara mereka yang pernah menerbitkan tulisan saya. Walaupun Lejen Press menerbitkan tulisan saya, sebelum itu, DuBook Press pernah menolak tulisan saya atas alasan tidak kena dengan genre mereka (tapi lepas tu ada La Adri, DIAgnosis bagai. tapi tak kisahlah).
alamak dah melalut.
dalam 5,6 buah buku indie yang telah saya baca, hampir setiap karya mempunyai kelainan (yang layak dipuji) tersendiri. Dan itulah kelebihan buku-buku indie. Akrab dengan masyarakat. Unsur humor. Tidak berat. Dan yang paling penting, lain dari yang lain.
Setakat ini, kita tidak akan jumpa buku-buku novel chenta tipikal yang berlonggok di pasaran, diterbitkan oleh geng indie ini. Eh. Tak juga. Ada, tetapi sangat sedikit.
Anda juga tidak akan menemui buku-buku agama dengan kulit berkilat mewah bercorak islamik yang cantik dihias di atas meja rumah atau di almari kita. Tidak. Tetapi rupa kulit buku-buku indie menarik dengan gaya tersendiri. Lebih sesuai dengan jiwa muda.
Kenapa pembaca memilih buku indie?
Pertama, kulit bukunya saja sudah menarik perhatian. Tidak nampak mewah, tetapi menarik.
Kedua, isinya yang ringan. Sesuai dihidangkan bersama pisang goreng atau dibaca begitu sahaja di dalam kenderaan awam.
Ketiga, jalan ceritanya yang tidak klise. Cerita mengenai penjara, cerita penderitaan, kritikan terhadap sistem pendidikan negara, dan berbagai jenis lagi. Mungkin pembaca sudah muak dengan cerita chenta yang bersepah-sepah di kedai buku. Bak kata kawan aku, "rasa nak bakar je tengok buku-buku ni".
Kategori Dua
Ada diantara kawan-kawan saya yang tidak tahu menahu apa itu buku indie. Contohnya, geng-geng ABIM Mesir. Bukan mereka saja. Banyak lagi. Mereka bukan tidak endah tentang trend dalam belia, tetapi mereka ini selalunya terlalu ghairah membaca buku-buku kritikal. Bacaan ruji mereka adalah berbentuk ideologi, esei, kritikan sosial atau mungkin yang paling ringan sekali adalah biografi figura dan tokoh hebat kontemporari.
Mereka tidak pernah mendengar/membaca buku indie bukan kerana mereka tidak suka, simply because itu bukan bahan bacaan mereka. Kalau mereka baca novel ringan, mereka boleh tertidur. Malah, mungkin membaca separuh jalan, dan berhenti selama-lamanya. Jika ditanya, penulis kegemaran mereka mungkin Syed Muhammad Naquib Al-Attas, Ust. Siddiq Fadzil, dan mungkin yang paling cikai adalah Faisal Tehrani (bukan sebab beliau cikai, tapi sebab geng ni tak baca sangat buku cerita).
Golongan ini bagi saya adalah golongan advance. Mereka tidak lagi menyentuh komik, mahupun buku yang ringan-ringan. Sedikit kelemahan yang mungkin patut ditegur adalah mereka juga perlu cuba mengenal jiwa masyarakat kebanyakan dengan membaca karya yang ringan sebegini. Inilah luahan anak muda. Inilah corak pemikiran mereka. Andai ada yang menyimpang, maka anda tahu mereka salahnya di mana.
   koleksi buku di Klasika Media
 koleksi buku di Klasika Media
   buku macam ni je diorang sentuh
buku macam ni je diorang sentuh
Walaupun mereka tidak membaca buku indie, mereka tidaklah benci. Samada mereka memang tidak pernah mendengar, mungkin juga mereka merasakan buku indie ini tidak signifikan dalam masyarakat, atau boleh saja mereka beranggapan bahawa buku indie ini punya sumbangan tersendiri dalam masyarakat.
Kategori Tiga
"Buku Indie ni meracun fikiran anak muda. Pemikiran mereka menjadi cetek. Ideologi tidak jelas. Semua benda boleh separuh jalan. Pegangan akidah goyah. Sudahlah tak bermanfaat, merosakkan pula tu".
Mungkin ini agaknya mindset golongan ketiga ini. Mereka cukup anti pada buku indie.
tak mahu komen panjang.
Status buku Indie dalam masyarakat
Buku indie ini boleh dikira agak baru dalam industri buku. Mungkin buku indie ini betul punya kekurangan, tetapi untuk menafikan bahawa mereka juga membaca unsur positif adalah tidak patut.
Kebanyakan orang mula membaca dengan komik. Anak-anak Sidek, Doraemon, Shin Chan, Chibi Maruko Chan dan bermacam-macam lagi. Tak kurang juga yang membaca majalah seperti Ujang dan Gempak. Jika difikirkan, buku seperti ini tidaklah begitu berfaedah kepada masyarakat. Malah, ramai pula pembacanya. Tetapi sedikit demi sedikit, yang membaca Doraemon mula membaca Novel. Yang membaca Ujang mula membaca Solusi. Dan begitulah seterusnya.
Adakah ianya satu kepastian bahawa mereka yang membaca buku indie akan upgrade pembacaan mereka kepada pembacaan yang lebih serius? Tidak, tetapi kita boleh berharap.
Malah, ramai juga mereka yang membaca buku-buku membina, merehatkan minda dengan membaca buku-buku ringan sebegini. Sekali sekala ketawa kan bagus juga.
Mungkin buku-buku indie tidak kaya dengan karya yang berunsur sastera, mahupun kritikal, tetapi mereka juga menyumbang. Ramai anak muda yang sudah hilang minat membaca, kini kembali membaca. Kalau dalam buku yang kita kata merepek ini, penulis meletakkan secebis ilmu, maka pembacanya secara tidak langsung juga telah mengutip secebis ilmu tersebut. Ini lebih baik berbanding generasi yang hanya melekapkan muka mereka pada gajet-gajet canggih sekarang.
Dalam industri buku Malaysia sekarang, sudah ada kategori baru. Dulu kita ada komik, majalah, akhbar, buku cerita (novel mahupun kumpulan cerpen), biografi dan buku kritikal. Sekarang kita ada buku indie. Atas sikit dari komik. Mungkin itu tangga baharu yang perlu ada supaya masyarakat kembali bertatih membaca.
Tambahan pula (macam karangan Bahasa Malaysia pulak), banyak juga buku indie yang bagus. Kita ada Sekolah Bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang, kita juga ada La Adri, juga Pedagogi Bahasa Tertindas dan mungkin banyak lagi.
Penerbit buku mainstream seharusnya tidak memandang enteng penerbit buku indie, malah mengambil iktibar. Kalau kalian sebagai penulis merasakan bahawa buku indie ini tidak banyak manfaatnya, maka silakan tulis karya yang menarik juga bermanfaat dan sila hantar manuskrip anda ke penerbit-penerbit ini. Banyak bunyi, usaha tak ada, tak guna juga.
Kepada para penggemar buku, mungkin buku indie bukanlah kategori kegemaran anda. Tidak mengapa. Bacalah buku mengikut kegemaran masing-masing. Jangan pula dicela buku orang lain.
Mungkin buku yang kita baca lebih ilmiah, tetapi mereka yang membaca buku yang lebih ringan itu lebih mulia. Yelah, baca buku ilmiah sikit dah berlagak hebat. Tak ke riak dan ujub namanya tu?
Akhir sekali, baik baca buku indie, komik, dari tidak membaca langsung.
Majulah industri buku untuk negara.
#KMZ
   nah baca x-ray kalau dah malas sangat nak baca buku.

luls.
    
    Dalam menyentuh topik ni, moleklah kiranya saya kategorikan pembaca kepada tiga bahagian; penggemar buku indie, yang tak tahu buku indie tu apa dan yang benci pada buku indie.
saya pernah berjumpa dengan ketiga-tiga jenis manusia ini.
Kategori Satu
yang pertama, penggemar buku indie, tidaklah susah untuk dicari. lambakan buku indie dan pembacanya boleh dikatakan satu gelombang baru dalam masyarakat majmuk malaysia. mungkin tidak digebangkan seperti isu-isu politik selangor, bajet 2015, tetapi gelombang baru ini sebenarnya agak besar.
ada beberapa persoalan yang timbul. Antaranya, kenapa mereka memilih buku indie? dan bagaimana buku indie sebegini boleh laris?
saya sendiri tidaklah membaca begitu banyak buku indie, kerana saya peminat sastera dan buku-buku indie selalunya tidak begitu menekankan unsur itu.
 sebahagian koleksi buku indie aku. tengkiu Lejen Press~
sebahagian koleksi buku indie aku. tengkiu Lejen Press~tetapi saya mempunyai koleksi buku indie yang agak banyak, juga saya sendiri pernah menulis dan diterbitkan oleh publisher indie. tapi tidaklah laku mana. Jadi, tulisan saya ini tidaklah bias untuk membela penerbit-penerbit ini atas alasan ada antara mereka yang pernah menerbitkan tulisan saya. Walaupun Lejen Press menerbitkan tulisan saya, sebelum itu, DuBook Press pernah menolak tulisan saya atas alasan tidak kena dengan genre mereka (tapi lepas tu ada La Adri, DIAgnosis bagai. tapi tak kisahlah).
alamak dah melalut.
dalam 5,6 buah buku indie yang telah saya baca, hampir setiap karya mempunyai kelainan (yang layak dipuji) tersendiri. Dan itulah kelebihan buku-buku indie. Akrab dengan masyarakat. Unsur humor. Tidak berat. Dan yang paling penting, lain dari yang lain.
Setakat ini, kita tidak akan jumpa buku-buku novel chenta tipikal yang berlonggok di pasaran, diterbitkan oleh geng indie ini. Eh. Tak juga. Ada, tetapi sangat sedikit.
Anda juga tidak akan menemui buku-buku agama dengan kulit berkilat mewah bercorak islamik yang cantik dihias di atas meja rumah atau di almari kita. Tidak. Tetapi rupa kulit buku-buku indie menarik dengan gaya tersendiri. Lebih sesuai dengan jiwa muda.
Kenapa pembaca memilih buku indie?
Pertama, kulit bukunya saja sudah menarik perhatian. Tidak nampak mewah, tetapi menarik.
Kedua, isinya yang ringan. Sesuai dihidangkan bersama pisang goreng atau dibaca begitu sahaja di dalam kenderaan awam.
Ketiga, jalan ceritanya yang tidak klise. Cerita mengenai penjara, cerita penderitaan, kritikan terhadap sistem pendidikan negara, dan berbagai jenis lagi. Mungkin pembaca sudah muak dengan cerita chenta yang bersepah-sepah di kedai buku. Bak kata kawan aku, "rasa nak bakar je tengok buku-buku ni".
Kategori Dua
Ada diantara kawan-kawan saya yang tidak tahu menahu apa itu buku indie. Contohnya, geng-geng ABIM Mesir. Bukan mereka saja. Banyak lagi. Mereka bukan tidak endah tentang trend dalam belia, tetapi mereka ini selalunya terlalu ghairah membaca buku-buku kritikal. Bacaan ruji mereka adalah berbentuk ideologi, esei, kritikan sosial atau mungkin yang paling ringan sekali adalah biografi figura dan tokoh hebat kontemporari.
Mereka tidak pernah mendengar/membaca buku indie bukan kerana mereka tidak suka, simply because itu bukan bahan bacaan mereka. Kalau mereka baca novel ringan, mereka boleh tertidur. Malah, mungkin membaca separuh jalan, dan berhenti selama-lamanya. Jika ditanya, penulis kegemaran mereka mungkin Syed Muhammad Naquib Al-Attas, Ust. Siddiq Fadzil, dan mungkin yang paling cikai adalah Faisal Tehrani (bukan sebab beliau cikai, tapi sebab geng ni tak baca sangat buku cerita).
Golongan ini bagi saya adalah golongan advance. Mereka tidak lagi menyentuh komik, mahupun buku yang ringan-ringan. Sedikit kelemahan yang mungkin patut ditegur adalah mereka juga perlu cuba mengenal jiwa masyarakat kebanyakan dengan membaca karya yang ringan sebegini. Inilah luahan anak muda. Inilah corak pemikiran mereka. Andai ada yang menyimpang, maka anda tahu mereka salahnya di mana.
 koleksi buku di Klasika Media
 koleksi buku di Klasika Media buku macam ni je diorang sentuh
buku macam ni je diorang sentuhWalaupun mereka tidak membaca buku indie, mereka tidaklah benci. Samada mereka memang tidak pernah mendengar, mungkin juga mereka merasakan buku indie ini tidak signifikan dalam masyarakat, atau boleh saja mereka beranggapan bahawa buku indie ini punya sumbangan tersendiri dalam masyarakat.
Kategori Tiga
"Buku Indie ni meracun fikiran anak muda. Pemikiran mereka menjadi cetek. Ideologi tidak jelas. Semua benda boleh separuh jalan. Pegangan akidah goyah. Sudahlah tak bermanfaat, merosakkan pula tu".
Mungkin ini agaknya mindset golongan ketiga ini. Mereka cukup anti pada buku indie.
tak mahu komen panjang.
Status buku Indie dalam masyarakat
Buku indie ini boleh dikira agak baru dalam industri buku. Mungkin buku indie ini betul punya kekurangan, tetapi untuk menafikan bahawa mereka juga membaca unsur positif adalah tidak patut.
Kebanyakan orang mula membaca dengan komik. Anak-anak Sidek, Doraemon, Shin Chan, Chibi Maruko Chan dan bermacam-macam lagi. Tak kurang juga yang membaca majalah seperti Ujang dan Gempak. Jika difikirkan, buku seperti ini tidaklah begitu berfaedah kepada masyarakat. Malah, ramai pula pembacanya. Tetapi sedikit demi sedikit, yang membaca Doraemon mula membaca Novel. Yang membaca Ujang mula membaca Solusi. Dan begitulah seterusnya.
Adakah ianya satu kepastian bahawa mereka yang membaca buku indie akan upgrade pembacaan mereka kepada pembacaan yang lebih serius? Tidak, tetapi kita boleh berharap.
Malah, ramai juga mereka yang membaca buku-buku membina, merehatkan minda dengan membaca buku-buku ringan sebegini. Sekali sekala ketawa kan bagus juga.
Mungkin buku-buku indie tidak kaya dengan karya yang berunsur sastera, mahupun kritikal, tetapi mereka juga menyumbang. Ramai anak muda yang sudah hilang minat membaca, kini kembali membaca. Kalau dalam buku yang kita kata merepek ini, penulis meletakkan secebis ilmu, maka pembacanya secara tidak langsung juga telah mengutip secebis ilmu tersebut. Ini lebih baik berbanding generasi yang hanya melekapkan muka mereka pada gajet-gajet canggih sekarang.
Dalam industri buku Malaysia sekarang, sudah ada kategori baru. Dulu kita ada komik, majalah, akhbar, buku cerita (novel mahupun kumpulan cerpen), biografi dan buku kritikal. Sekarang kita ada buku indie. Atas sikit dari komik. Mungkin itu tangga baharu yang perlu ada supaya masyarakat kembali bertatih membaca.
Tambahan pula (macam karangan Bahasa Malaysia pulak), banyak juga buku indie yang bagus. Kita ada Sekolah Bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang, kita juga ada La Adri, juga Pedagogi Bahasa Tertindas dan mungkin banyak lagi.
Penerbit buku mainstream seharusnya tidak memandang enteng penerbit buku indie, malah mengambil iktibar. Kalau kalian sebagai penulis merasakan bahawa buku indie ini tidak banyak manfaatnya, maka silakan tulis karya yang menarik juga bermanfaat dan sila hantar manuskrip anda ke penerbit-penerbit ini. Banyak bunyi, usaha tak ada, tak guna juga.
Kepada para penggemar buku, mungkin buku indie bukanlah kategori kegemaran anda. Tidak mengapa. Bacalah buku mengikut kegemaran masing-masing. Jangan pula dicela buku orang lain.
Mungkin buku yang kita baca lebih ilmiah, tetapi mereka yang membaca buku yang lebih ringan itu lebih mulia. Yelah, baca buku ilmiah sikit dah berlagak hebat. Tak ke riak dan ujub namanya tu?
Akhir sekali, baik baca buku indie, komik, dari tidak membaca langsung.
Majulah industri buku untuk negara.
#KMZ
 nah baca x-ray kalau dah malas sangat nak baca buku.
nah baca x-ray kalau dah malas sangat nak baca buku.luls.
        Published on October 12, 2014 00:13
    
September 28, 2014
Rebiu buku: Negeri Para Bedebah
      Assalamualaikum uols.
Huh. dah dua minggu habis baca buku ni, baru nak tulis rebiu penuh. apakan daya, aku tengah buat attachment sekarang. memang bizi gila hari-hari. so, rebiu ni mungkin tak berapa nak lengkap sangatlah. aku pun bukan ingat sangat, sebab lepas habis baca buku tu, aku dah habis baca dua buku lagi. lama sangat dah wei. haha.
Negeri Para Bedebah
Tere Liye. nama seorang novelis yang aku tak biasa dengar. almaklumlah, penulis adalah orang seberang (Indonesia). Sebelum ni, aku pernah baca tulisan-tulisan habiburrahman el-shirazy dan buku bertajuk labirin kematian kalau kat mesia namanya lorong kematian) sahaja.
dan buku ini buat aku jatuh cinta dengan penulisannya.
   
Sejujurnya, aku tak tahu gaya penulisan beliau boleh dikira berunsur sastera atau tidak. tapi tidaklah terlalu pasar. yang itu aku agak pasti, sebab aku boleh baca dan memahami apa yang ingin disampaikan, walaupun kadang-kadang ada juga beberapa perkataan bahasa indonesia yang aku tak faham.
macam rekayasa. hehe.
Gaya penulisannya yang tidak terlalu berat dan straight to the point, membuatkan pembaca mudah untuk memahami apa yang ingin disampaikan oleh penulis. kecuali apabila watak Thomas bermonolog atau bercerita tentang ekonomi, ha, masa tu kena struggle sikit. tak faham bukan sebab indonesia, tapi kerana jargon-jargon ekonomi yang dilontarkan secara selamba, menampakkan bahawa watak utama benar-benar pakar ekonomi.
dari sudut penceritaan pula, Tere Liye layaklah dipuji hingga ke langit. cerita tentang seorang pakar penasihat ekonomi yang cuba memanipulasi orang-orang yang mengawal ekonomi Indonesia demi menyelamatkan keluarganya, sekaligus membalas dendam kesumat yang telah lama beliau pendam. pergerakan cerita yang tampak tergesa-gesa membantu pembaca turut merasakan debaran yang dilalui oleh watak utama. buku yang agak tebal ini sebenarnya hanya menceritakan tentang peristiwa-peristiwa sekitar tiga, empat hari (dan flashback, ofkos). jalan cerita disusun dengan cantik dan menarik. membuatkan aku nak mengumpul semua tulisan beliau. yeahh dah ada penulis kegemaran dari indonesia!
*Oki Setiana Dewi bukan penulis kegemaran aku. dia bini orang. ah, masih sedih.
Kesimpulannya, bagi mereka yang tiada masalah dalam memahami bahasa indonesia (bukan bahasa jawa, harap maklum), maka mungkin anda boleh mula membaca karya-karya Tere Liye.memang lepas ni aku rajin kirim kat alip lah. haha.
Itu jelah. Esok, lusa, tulat, tulip, aku tulis pasal seyogia pulak.
wassalam.
Ok itu jelah.
  
        Published on September 28, 2014 03:49
    
August 18, 2014
Ulasan buku: Denyut Kasih Medik
      Salam uols.
Booo. orang dah lama baca, dia baru nak buat rebiu.
Apakan daya, dulu ada buku ni tapi hilang tah mana orang pinjam. So, bila jumpa semula buku ni, niat nak habiskanlah, sebab orang kata best. Ye ke best? Hurm.
Ok, macam aku pernah kata (untuk yang familiar dengan blog aku lah), aku selalu menilai satu-satu karya pada 3 aspek utama ni - bahasa, jalan cerita dan nilai murni. satu-satu novel yang bagus bagi aku adalah apabila dapat memenuhi sekurang-kurangnya dua elemen tadi. tapi novel yang lagi mantop adalah bila ketiga-tiga elemen tersebut kuat.oh, gian nak baca novel macam tu.
okay okay. kena tulis cepat. sejam lebih lagi nak kena pegi airport, balik mesia. yeay. haha.
Denyut Kasih Medik.
1. Gaya Bahasa
Aku taknak ulas panjang tentang gaya bahasa atau bahasa yang digunakan dalam novel ini. Bahasa yang digunakan tidaklah terlalu sastera, lebih sesuai agaknya dipanggil bahasa 'skema', macam jaman-jaman SPM dulu. Tiada perkataan atau frasa lunak yang digunakan, seperti dalam novel Faisal Tehrani, atau contoh terdekat, Kak Munirah.
Tetapi dari sisi pandang lain, bagus juga. Tidak ramai orang menggemari karya yang terlalu sastera. Sakit kepala, katanya. Tak faham. Bahasa yang mudah sebegini walaupun agak 'skema' sekurang-kurangnya menjaga tatabahasa. Dengan lambakan buku-buku indie sekarang, aku agak risau kiranya tatabahasa tidak lagi dititikberatkan dalam penulisan.
Blog aku ni lainlah.
So, apapun, tahniah buat penulis kerana menjaga bahasa ibunda anda! Isteri pun novelis besar. Kalau tak jaga tatabahasa, dayus! Tibe. Gurau je.
2. Nilai Murni
Mungkin tak ramai yang baca novel kisah pada poin ni. yang penting, baca, best. tapi tak bagi aku. Sebab aku tak reti nak baca buku macam Intelektual Masyarakat Membangun, dan buku-buku intelektual yang lain. Berat sangat. Jadi, banyak maklumat, pengajaran dan fakta, aku dapat daripada novel. Terutama karya-karya Faisal Tehranilah.
 
Dalam novel ni, satu benda yang sangat aku puji adalah kesungguhan penulis untuk memuatkan unsur-unsur Fiqh Perubatan. Satu usaha yang sangat mengagumkan. Kita kekurangan karya yang menceritakan kehidupan seorang doktor, tapi kita lagilah ketandusan karya yang menceritakan tentang Fiqh Perubatan. Satu nilai tambah yang penting untuk masyarakat.
3. Jalan cerita
Ha. Yang ni kena cerita panjang sikit.
 
a) Semudah itukah menjadi Daie? Rawat budak merempit, suruh diorang berikrar takkan buat lagi, terus diorang buat. Really? Pernah jumpa mat rempit tak? Pernah tengok diorang angkat tangan nak ikrar? Ridiculous.
Lepas tu semua orang Muslih ni nak sound. Rilekslah. Dunia tak seindah dunia tarbiyyah kita. tak semua orang kenal usrah, kenal tarbiyyah. Nampak member dating, terus nak nasihat. kalau aku jadik kawan dia, aku pun rimas.
Seolah-olah satu point yang sangat kontradik dengan cara berdakwah dalam Tautan Hati karangan isteri beliau. Anak solehah kaw-kaw, mak steady. takde pulak si anak tu tegur sana-sini.
Bukan apa, bagi aku teguran yang paling baik adalah melalui teladan akhlak. Bukan tak boleh menegur, tapi kadang teguran boleh membuatkan mad'u rasa kita ni berlagak, macam lagi bagus dari dia. So, berhati-hatilah dalam menegur.
b) Sangat sikit unsur romantik dalam novel ini. Bagus. Tapi bila ada unsur romantiknya, naik geli aku. Waktu bermanja dengan isteri, aku tahan lagi, tapi bila baca ada part suap-suap bagai, depan tetamu lagi, peh, agak-agak la der. Kalau aku jadik tetamu, dah baling pinggan (ni marah ni. haha)
Ok lah. aku bukan apa. Bagus, sekiranya ramai penulis cuba mengurangkan unsur cinta dalam novel, dan cuba menerapkan bahawa bercinta lepas kahwin lagi bagus. Tapi tone it down a little lah. Aku risau yang tak mampu kahwin pun, bila baca, mengada nak kahwin. Result SPM pun tak dapat lagi.
c) Mana klimaks cerita ni? Tiba-tiba kena pergi Sabak. pastu habis. Mana konfliknya? Mungkin ketika kawan-kawannya mengalami krisis dan Muslih cuba membantu. tapi tu konflik kawan dia, bukan konflik dia.
Then again, susah nak buat konflik kalau wataknya sempurna macam ni.
Kesimpulannya, buku ni bagus. Tetapi tak ramai orang boleh relate. budak-budak so called 'DnT' mungkinlah boleh relate. Tapi bukan semua orang tak pakai seluar jeans. bukan semua orang pergi usrah. Cuba kita dekati masyarakat sebenar. Tidak sempurna macam suasana tarbiyyah kita.
Jalan cerita yang terlalu idealistik macam ni, bukan kegemaran aku. aku realist. Tapi bolehlah kalau kita menjadikan watak Muslih ni sebagai satu kayu ukur muslim yang kita nak jadik.
wallahua'lam.
pasni nak baca buku apa pulak ye?
  
        Published on August 18, 2014 07:08
    
June 2, 2014
Dilema seorang pembaca
      Assalamualaikum~
Wui aku hapdet siak. haha. Internet ada, kemain. Hapdet belog lagi.
Selalunya aku bila isi borang, akan sampai ke satu soalan. Hobi. Dan jawapan aku kompem baca buku. Mungkin itu hakikatnya empat, lima tahun yang lalu. Sekarang? Setahun tak sampai sepuluh buku. bayangkan, masa 2011, aku tak baca satu buku pun! Ok, buku medik tak kira la.
Sejak ke Mesir, then dapat laptop sendiri, kemain. tak baca buku dah. Marathon series boleh pulak. Marathon House, Friends, HIMYM, TBBT, Scrub, Royal Pains, Modern Family, Glee pun aku marathon jugak (ni zaman gelap. aku regret jugak la tengok glee. hahaha).
tu belum kira bila beli laptop baru. makin canggih. ASUS N56. Kemain. Lepas satu game, ke game lain. dulu masa laptop cikai, yelah, plant vs zombie jelah aku boleh main. Sekarang? menunggu-nunggu jugaklah nak siap donlod Watchdog. huhu.
Betapa hidup aku ni makin lama makin downgrade.
Mujur jugaklah ada Kelab Membaca Zagazig ni. Walaupun KMZ sekarang banyak halaqah je (tak membaca sangat pun), tapi sekurang-kurangnya KMZ dah berjaya trigger balik aku untuk membaca. aku sedar, membaca sangat penting. kenal pulak kawan-kawan yang kat rak buku masing-masing ada karya-karya Al-Attas, Budaya Ilmu la bagai, aku jadik insaf. bila pulak aku nak sentuh buku-buku falsafah, atau buku-buku ilmiah macam ni? asyik-asyik novel je.
dan kalau dibelek-belek semula buku-buku yang ada di rak aku, paling ilmiah pun aku rasa novel Faisal Tehrani. tu pun novel jugak.
Maka aku pun mulalah cuba untuk sentuh buku ilmiah, bukan buku cerita lagi. Buku pertama aku rasa aku baca adalah Jalan Perhambaan, dicadangkan oleh tuan ostat Hilmi al-Urduni, beli kat Kinokuniya.
WAIT. No.
Buku pertama yang mengetuk minda aku dan mengingatkan semula kepuasan membaca adalah buku Pengalaman bertuhan, juga dicadangkan oleh Hilmi. banyak jugak buku yang dia cadangkan. Alchemy of Happiness, karya Al-Ghazali, dengan elemen sufism pun dia jugak yang cadangkan. Alhamdulillah. Ya Allah, banyakkanlah lagi kawan-kawan yang macam ni untuk aku.
Buku ilmiah dengan novel lain perasaan yang hadir ketika membacanya.
Baca novel, kalau ringan, macam Awek Chuck Taylor, sehari boleh habis. tadehal. kalau berat sikit, karya Faisal Tehrani atau Pak Samad, mau seminggu jugaklah.
Tapi kalau baca buku yang berat, yang berunsur fakta, esei, ilmiah, kritikal, masa membacanya boleh memakan masa sebulan dua walaupun hanya setebal 100 muka surat. aku baca satu bab, berenti. baca semuka dua, berenti. tak larat aku nak absorb banyak-banyak. kena pulak tak datang rasa eksaited nak teruskan membaca sebab takda saspen macam novel. Haha. kena saspen untuk setiap bab macam Tunggu Teduh dulu, baru tau penat.
Tapi kalau nak compare kepuasan, fuh, buku yang susah nak habiskan nilah beri kepuasan yang lagi dahsyat. Ini la kot sebab golongan macam Hilmi, macam Hanif baca buku macam ni. belum kira lagi bebudak ABIM. Tengok list dekat Goodread memang menakutkan. Gila dahsyat buku masing-masing.
OK. Nak dijadikan cerita, lepas tak habis-habis lagi baca buku pasal Ibnu Khaldun, aku stop sebab penat, plus buku tu bahasa inggeris. aku ni lemah sikit kalau bukan bahasa ibunda. huhu.
Kemudian aku berbalik kepada novel. Tuhan manusia, karya Faisal Tehrani, terbit pada tahun 2009. Waktu tu aku tak habis sekolah lagi.
Tuhan manusia satu buku novel yang bersifat intelektual. Kalau aku baca buku ni masa Form 5 dulu, kompem sakit kepala. Ada la hikmah jugak aku baru baca sekarang. Cerita soal pluralisme, sekularisme, manalah aku nak faham. masa sekolah dulu seronok lepak dengan member je.
Usai baca buku tu, habis segala vocab bahasa melayu aku datang balik. Sebelum ni aku ada mula nak tulis novel, cuba-cuba jelah. bila aku tengok balik, ya Allah bahasa Melayu aku. Santai harom. Ni Mesti penangan Lejen Press ni. Haih. Sangat bukan aku.
Ok, then lepas habis buku tu, aku pun mulalah baca Aku Hamasah As-Syabab. Aku dapat agak buku ni ringan, sebab tu aku pair kan dengan buku Ibnu Khaldun tu. pegi kelas bawak buku berat supaya terpaksa baca, kat rumah baca buku ringan macam ni.
Tapi aku silap. Buku ni bukan ringan. Tapi terlalu amatlah ringan. Aku baca sambil berkerut dahi memikirkan keringanan buku ni.
Ahhhh. Now I know perasaan orang yang baca cerpen aku kat dalam Kopi-Ah. Hahaha. Begini rupanya~
Aku Hamasah As-Syabab
Buku ni simpy ringan sebab ini adalah coretan penulis dalam blog dan laman fesbuk peribadi beliau. So, logiklah ringan. cuba aku bukukan tulisan-tulisan aku dalam blog ni. Peh. Mau publisher koyak baca manuskrip tu nanti. haha.
 
Dengan kulit buku yang keras, kertas berkualiti sebab tebal (seriously, aku husnuzon diorang pakai kertas recycle je sebab kaler kertas tu kuning-kuning sikit. kalau tak, memang aku terkilan laa. mahu sepokok jugak depa guna untuk satu buku kalau camtu. huhu), dengan penanda bukunya kemain kau mak jah, buku ni almost perfect pada penampilannya. Kalah la PTS punya desain.
Desainnya yang konon osem ni bagi aku terlalu melebih-lebih, bila nak compare dengan isinya yang bagi aku terlalu santai. Ya, aku kagum dan aku puji usaha mereka yang menerbitkan dengan kualiti yang sangat, wow. Barulah muslim yang osem, buat benda, buat betul-betul kan.
Tapi seriously. Bayanglah, lepas baca buku Faisal Tehrani yang almost pure intellectual, masuk pula kepada buku yang ringan macam ni. dengan ucapan 'sayang' berkali-kali kepada 'akhi' beliau atau watak zaujah dalam penulisan beliau sambil berbaring di paha zaujahnya, ah seriously, aku tak boleh.
Bagi aku, zaman jiwang tarbiyah sudah berakhir. Bukan tak boleh main suap-suap dengan member, tapi agak-agaklah. Panggil member akhi, ok lagi. tapi sayang? Seriously dude, panggil bro pun cukup ukhuwah dah. At least bagi aku lah.
Bukan aku nak kondem penulis. Tapi bagi aku cukup-cukuplah zaman honeymoon dalam tarbiyah. Umur-umur belia macam ni sepatutnya dihabiskan dengan isu-isu yang lebih kritikal, bukan lagi ukhuwah. sepatutnya dah setel dah fasa tu. Sekarang fasa turun padang, dekati masyarakat, kenali bahasa masyarakat.
Masyarakat jauh daripada Islam. Kita seronok dalam kelompok 'islami' kita.
Eh, tapi ni aku tak kata kat penulis. Aku yakin dan percaya, beliau ni bukan calang-calang orangnya. Peribadi mulia, Ayat quran kat bibir sentiasa, humble pulak tu. Kompem lu macam ni kan, Afiq Sazlan.
Cuma, bagi aku, aku tak selesa dengan stail macam tu. Dulu, ya. Jaman sekolah.
Atau mungkin hati aku yang makin gelap. Erm. Ya kot. Hati aku yang makin kotor, sebab tu rasa pelik bila baca benda camni.
Apapun, aku habis jugaklah baca buku ni. Alhamdulillah. Pengajaran banyak je. Nak tau, kena bacalah wei. mana boleh spoil.
Masuk pulak ke buku sekarang yang tengah aku baca. Denyut Kasih Medik.
Denyut Kasih Medik
Ulasan Fatimah Syarha, bagi aku satu statement yang over jugak, bila aku dah mula baca buku ni. Aku dah la kagum dengan karya Tautan Hati beliau. So, aku macam terpedaya sikitlah kan.
 
Dr. Farhan Hadi, walaupun beliau seorang figura dalam bidang perubatan yang aku kagumi, tapi tulisan beliau biasa-biasa saja.
Dulu masa aku nak hantar karya ke Telaga Biru, diorang taknak terima sebab kata orang tak baca cerpen-cerpen ni. novel pun depa takmau terbit dah.
Nampak tak dabel stendednya. Buku ni boleh pulak? Taklah aku kata karya aku lagi bagus, tapi diorang tak consider sikit pun nak tengok dulu, terus tolak. Hurm. Sabar jelah.
Apapun, setakat yang aku baca, aku enjoy je buku ni. Tak habis baca lagi. Cuma aku rasa agak ridiculouslah bila si doktor pesan je, pesakit dia terus ikut. Amboi, senang betul jadi daie.
"saya nak adik janji dengan saya, lepas ni jangan buat lagi."
Seriously, macam tu je?
Realitinya, dakwah tak semudah tu. Aku rasa Dr. pun tahu perkara ni. Cuma aku sebagai pembaca rasa tak puas sebab tak realistik, bagi aku.
Cerita pun agak straightforward, tolak tepilah banyak orang kata watak utama terlalu perfect (aku senanye agak annoyed dengan watak utama. skema sangat. haha).
Tapi bagaimana penulis cuba menyelitkan unsur fiqh ke dalam setiap masalah, bagi aku mengagumkan. Dan mungkin ini jugalah poin utama mengapa buku ni femes emes.
Bagi aku, pengalaman membaca aku macam in between Dora the Explorer dengan The Men Who Built America. Banyak sangat info dan panduan (macam Dora), sampai boleh jadi dokumentari (tapi tak seosem The men who built america). Tapi still best. Banyak jugak Fiqh Perubatan yang aku belajar, Alhamdulillah.
Sebenarnya, apa poin aku tulis panjang-panjang macam ni?
Hurm, kesimpulannya kurang lebih beginilah kot.
Aku sebagai pembaca kadang-kadang dilema dengan karya yang hangat di pasaran sekarang.
Top Ten yang laris, buku chenta. Kalau islamik, sama jugak, 'chenta tudung-kopiah'.
Kalau tak, buku yang terlalu ringan macam Aku Hamasah As-Syabab dan Denyut Kasih Medik.
Aku rindu zaman lambakan novel berisi padat seperti tulisan Faisal Tehrani, Isa Kamari dan lelain. Penarikan dari sudut sastera dan jalan cerita dengan plot twist membuatkan aku nak baca. Dalam masa yang sama, penulis memuatkan pelbagai ilmu walaupun itu hanya sekadar buku cerita.
Bila baca buku Faisal Tehrani, aku ingat balik kenapa dulu aku menulis. Kenapa aku suka sastera.
Sekarang buku cerita kat pasaran Malaysia dilambakkan dengan buku-buku untuk noob. Ultra santai. Hilang elemen sastera, hilang elemen penceritaan yang bagus.
Aku kalau baca novel, tiga elemen yang aku titik beratkan.
Jalan cerita,
bahasa,
ilmu.
Selalunya buku terbitan Lejen Press, Fixi, jalan ceritanya mantop.
Buku macam Denyut Kasih Medik, ilmunya dasat.
Tapi aku ni demand sikit. Aku kalau boleh nak at least dua elemen daripada tiga ni.
Macam buku Kak Munirah, Qasidah untuk Kekasih, bahasanya dasat, ilmunya masyaAllah, padat.
Lagilah aku rindu nak baca buku macam Manikam Kalbu. Perfect. Jalan cerita, bahasa, ilmu.
So, ya, aku dilema.
Novel apa aku nak baca lepas ni.
    
        Published on June 02, 2014 19:18
    
May 21, 2014
Selamat buat cekgu
Sempena hari guru yang lalu.
Izinkan saya berkongsi tulisan saya yang dahulu.
Duhai cikgu,
masih ku pegang mutiara gurumu itu,
secebis ilmu aku pasak di dada,
biar teguh pendirian,
tidak berganjak walau ditentang badai.
Masih jelas di kotak mindaku,
saat kau mengajarku sebidang ilmu,
kelak menjadi pedoman,
saat aku keluar mengenal dunia nanti.
Dan kini, aku di sini,
mengecam dunia, menghadam realiti,
dunia tidak seindah yang disangka,
onak dan duri mencengkam rasa,k
adang duka mencalar hiba,
tapi aku teguh,
aku teguh,
kerana mutiaramu aku simpan kukuh.
Kata kau, guruku,
hai anakku,
berbaktilah pada ummah dengan ilmumu,
sesungguhnya kau harapan kita,
sesungguhnya kau adalah Hamka,
kau juga bernama bijaksana,
kelak nanti kau akan sedar,
bahawa dunia ini tidaklah lama,
dan kau kira-kirakan,
berapa banyak bakti kau untuk ummah telah terlaksana,
atau hanya sekadar mimpi semata,
yang kau lakar di kertas, seperti senarai yang takkan selesai?
Ya, aku pegang kata-katamu itu sedari dulu.
Hari ini mungkin aku bukan siapa-siapa.
Tapi besok lusa akan aku pastikan kau berbangga,
akan kau sorak “hei dunia, itu, itu anak muridku di sana,
berdiri megah menjunjung syariah,
menyemai bumi dengan kebenaran tuhan.
Kalau mereka bertanya apa rahsiaku,
akanku katakan ia adalah mutiara guruku,
saat dia membekalkan aku dengan secebis ilmu,
cebisan itu lebih berharga berbanding emas yg bisa cair dengan api dunia,
tetapi ilmu ini tidak akan mati sampai akhir dunia.
Hai guru,
aku tidaklah pandai mencorak kata,
bak A Samad Said yang mencari ilham di kedai kopi,
atau bijak menyusun kata seperti Faisal Tehrani,
tidaklah hebat melukis kayak Leonardo da Vinci,
atau hebat menyanyi seperti Al-Farabi,
aku hanya picisan di atas bumi yang luas,
berbekalkan mutiaramu akanku menjadi besar,
dan akanku buktikan bahawa ummah ini akan terbela,
bukan kerana aku!
Tetapi berkat mutiara guru.
        Published on May 21, 2014 07:10