Shima Rostam's Blog

June 7, 2023

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 7





“Kau tolong check dia, mengandung ke tak?”
Teringat reaksi Nailah tadi, dia inginkan kepastian, mungkin penilaiannya salah tadi. Tapi bila dirasa nadinya, tidak ada pula tanda-tanda tersebut.
Doktor Syed Izar mendekati gadis itu. Nadi pergelangan tangan diperiksa dan bacaannya normal.
“Dia okey. Mungkin kepenatan dan dehidrasi. Tekanan darah, jantung semua okey. Dia juga tak mengandung. Atau mungkin masih awal lagi, kena check darah atau air kencing. Tapi something wrong, emosinya tak stabil. Aku masukkan air dulu.” Beritahu Doktor Syed Izar. Perasaan ingin tahu semakin menebal di hati tapi dia perlu jalankan tanggungjawabnya dulu.
“Siapa dia tu?”
“Staff aku. Tengah hari tadi dia balik awal, katanya tak sihat. Tapi tiba-tiba tadi dia muncul kembali di pejabat. Duduk dalam gelap. Kalau bukan guard inform, aku tak perasan pun dia ada.”
“Dia ada problem dengan suami dia ke?” teka Doktor Syed Izar. Dia tahu wanita itu telah berkahwin apabila Nik Zayan menyuruhnya memastikan sama ada wanita itu hamil atau tidak.
“Entah.” Nik Zayan pandang Doktor Syed Izar tapi kepalanya teringatkan sesuatu.
“Aku sebut suami tadi, dia terus loya. Mujur aku ikut dia ke tandas. Kalau tak dah jatuh tersembam atas lantai dah.”
“Dia pitam?”
Nik Zayan angguk.
“Mengandung atau kejutan emosi menyebabkan reaksi dia begitu. Lagipun aku rasa dia tak makan apa-apa lagi hari ni, sebab itu boleh pitam. ” Syed Izar melontarkan diagnosisnya. Mungkin terlalu awal untuk mencari punca masalah Nailah. Tambahan pula peralatan tidak mencukupi dan wanita itu tidak sedarkan diri.
“Dah lama ke?”
“Mungkin. Tapi dia tak sedar. Jadi bila lama, ia jadi macam bom. Bila-bila masa meletup bila fius dia tercabut. Dalam kes dia, mungkin terjadi sesuatu mencetuskan impak besar ke atas emosi dia.”
Nik Zayan diam. Dia cuba ingat tentang Nailah. Nailah ni antara staf lama syarikatnya.


Boleh follow pages penulis di facebook https://www.facebook.com/fantasicerit... Instagram; shima.rostambsJika sukakan cerita di sini boleh share link di medsoc masing-masing.. Terima kasih di atas sokongan.



Terima kasih kerana sudi membaca. Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang.. Sayang semua!!! :)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 07, 2023 19:30

June 6, 2023

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 6




“Sampai bila kita hendak hidup begini?” tanpa sedar Nailah bertanya. Soalan yang setiap hari dia tanyakan dalam hati.“Apa maksud Ilah?” kening Anuar bertaut.Tangan Nailah dicapai dan disulam. Anuar melihat tangan mereka bertaut, senyum puas. Tangan isterinya tetap lembut bila dipegang. Rasa itu tidak pernah berubah.Nailah yang pendiam dan taat. Nailah yang sentiasa cuba memenangi hatinya. Nailah yang lurus dan naif. Hati terasa bersalah. Bukan tidak sayang atau cinta. Namun tentang naluri dan perasaan ni sukar untuk dia ubah. Imamnya rapuh. Dia tidak mampu menahan godaan. Mungkin sudah sampai masanya dia melepaskan Nailah dari sangkar ini. Tapi hati tidak sanggup kehilangan Nailah.“Saya nak anak. Boleh tak awak berikan anak sebagai teman bila awak outstation bulan-bulan.” Minta Nailah tiba-tiba. Dia mahukan zuriat sendiri. Buat teman bila Anuar tiada di sisi.Anuar diam. Hatinya tersentap. Ini kali pertama Nailah timbulkan soal anak.“Saya tak sampai hati tengok awak sakit nanti,” dalihnya.Dia dapat agak lambat laun Nailah akan sebut juga perkara ini. Bukan dia tidak tahu, tapi buat tidak tahu. Setiap kali balik kampung ibunya akan bawa Nailah berurut dan berubat sana sini. Ibunya anggap Nailah yang bermasalah. Padahal, hakikatnya hanya mereka berdua saja tahu. Tapi Nailah sabar. Dia tidak pernah membantah atau menolak. Ibu cakap apa pun dia diam. Tapi bila dengar permintaan Nailah ini, dia tahu sabar Nailah semakin menipis.“Tak apa. Saya rela. Lagipun sakit saya sebab mengandungkan zuriat awak, anak kita.” Naluri keibuannya kuat. Setiap kali balik kampung soalan sudah berisi ke belum, membuatkan dia tertekan. Dia jadi benci pada orang yang sibuk bertanya itu.“Nanti saya fikirkan. Saya penat. Tak rehat lagi sejak semalam.” Anuar paut tubuh Nailah berbaring. Tangannya dijadikan bantal kepala Nailah.Anuar berdalih lagi. Hati Nailah semakin kecewa. Dia jadi letih dan lelah. Bibir digigit kuat, hati dipujuk jangan menangis. Sudah diagak, dia kecewa lagi. Walaupun begitu dia tetap mahu berprasangka baik terhadap suaminya.Tidak mungkin Anuar sanggup memberikannya anak. Terasa tubuhnya dipaut dan dahinya sejuk. Setiap kali hati dikecewakan, Anuar akan memeluk dan memujuknya dalam diam. Dan dia selalu mengalah dan terus mengalah.


Boleh follow pages penulis di facebook https://www.facebook.com/fantasicerit... Instagram; shima.rostambsJika sukakan cerita di sini boleh share link di medsoc masing-masing.. Terima kasih di atas sokongan.Terima kasih kerana sudi membaca. Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang.. Sayang semua!!! :)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 06, 2023 19:30

June 5, 2023

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 5



Hati berdebar-debar. Keluar dari lif semakin kuat debarannya. Adakah Anuar telah sampai ke rumah? Dalam hati tak berapa suka, dia ambil juga cuti seminggu. Sekejap sahaja diluluskan. Esok mula cuti.Langkah semakin perlahan. Sampai di depan pintu, dia tarik nafas panjang dan membaca al fatihah sebelum memasukkan password pintu. Ruang tamu cerah. Penghawa dingin terpasang. Sejuk saat kaki Nailah memijak lantai.Anuar telah pulang.Anuar senyum lebar apabila melihat Nailah muncul di depan pintu.“Sayang, I’m back.”Mata Nailah berkaca. Rindunya luruh. Sakit hatinya hilang.“Awak...” Pantas didekati lelaki itu. Dipeluk erat.Nailah menangis melepaskan perasaan rindunya.Anuar membalas pelukan Nailah. Dia ketawa kecil.“Rindu sangat ke ni?”Nailah angguk. Wajah masih lagi disembunyikan di dada Anuar.“Opps... Sorry.”Serta merta Nailah melepaskan pelukan itu. Bahagia yang dirasakan sebentar tadi berderai seperti gelas kaca yang terjatuh ke lantai.Dia melihat Firdaus senyum mengusik memandang mereka berdua.“Abang tak sempat nak cakap, Firdaus tumpang tandas sekejap. Tadi dia ambil abang kat airport.”Manis-manis kelat wajah Nailah. Patutnya dia dapat agak, Firdaus mesti ada sekali.“I balik dululah. Jumpa esok.” Firdaus meminta diri.Nailah tidak melihatnya.Anuar mengiring Firdaus sehingga ke pintu, manakala Nailah masuk ke dalam bilik.Jadi isteri ini kena banyak sabar. Jadi dia akan tetap sabar. Firdaus itu kawan baik Anuar. Tidak patut dia berasa cemburu ataupun marah.
Boleh follow pages penulis di facebook https://www.facebook.com/fantasicerit... Instagram; shima.rostambsJika sukakan cerita di sini boleh share link di medsoc masing-masing.. Terima kasih di atas sokongan. Terima kasih kerana sudi membaca. Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang.. Sayang semua!!! :)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 05, 2023 19:30

June 4, 2023

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 4




“Awal balik hari ni Nailah,” Tegur Encik Nik Zayan.Ketika itu Nailah sedang tunggu lif untuk turun.Nailah melihat ke sebelah. Dia senyum hormat kepada orang yang menegurnya.“Encik Nik pun awal jugak balik,” balas Nailah.“Terpaksa. Petang ni saya kena pergi blind date. Kalau tak pergi, nanti umi saya berkampung dekat office ni pula.” Adu Nik Zayan secara berseloroh.Hahaha... Nailah ketawa dengan penjelasan ikhlas Nik Zayan.Nik Zayan terpesona mendengar tawa itu. Ditarik nafas, tapi dia sedar Nailah ini isteri orang.“Dia tak sabar nak bermenantu dan bercucu tu Encik Nik. Tak patut hampakan hasrat orang tua ni.”Nik Zayan mengeluh. Tangan memicit dahi menunjukkan dia pening kepala dengan permintaan uminya yang satu ini. Dia langsung tidak ada keinginan berkeluarga, melainkan.... mata melirik kepada Nailah sebelum berkata;“Bukan sengaja tapi nak buat macam mana, saya tak jumpa lagi gadis yang mampu buat saya terbuka hati berkahwin.”Dia yang terlewat kenal Nailah.“Mungkin sebab Encik Nik letakkan syarat tinggi kot.”Nik Zayan geleng kepala. “Tak jugak. But something not right. Adakala tu saya rasa macam rindukan someone, but saya tak tahu siapa. Sampai hari ini saya tertanya-tanya dan tercari-cari.”Lif sampai dan terbuka. Mereka sama-sama melangkah masuk ke dalam lif. Lif kosong dan hanya ada mereka berdua sahaja. Perbualan mereka bersambung.“Perasaan Encik Nik je tu. Saya pernah rasa macam tu. Rindukan someone tapi tak tahu siapa.”“Aik... bukan suami awak?”Nailah tarik senyum segaris. Rindu itu lain dari rindu kepada suaminya.“Bukan, lain. Sebab itu saya kata mainan hati Encik Nik. Benda tu imaginasi hati sahaja.”“Mungkin betul cakap awak tu.”Ding.. pintu lif terbuka dan mereka sampai di lobi.“Good luck. Semoga Encik Nik tersangkut jodoh kali ini.” Ikhlas Nailah mengucapkannya.

Boleh follow pages penulis di facebook https://www.facebook.com/fantasicerit... Instagram; shima.rostambsJika sukakan cerita di sini boleh share link di medsoc masing-masing.. Terima kasih di atas sokongan.Terima kasih kerana sudi membaca. Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang.. Sayang semua!!! :)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 04, 2023 19:30

June 3, 2023

Bila Aku Bukan Dia - Teaser 3




“Ini bilik awak dan itu bilik saya.” Suara Anuar itu membuat Nailah berpaling. Dahinya berkerut. Kenapa perlu tinggal dalam dua bilik? Bukankah mereka suami isteri ke? Hati merusuh.“Ilah jangan salah sangka. Kita tetap tidur sebilik tapi saya ada kalanya perlukan ruang sendiri. Awak boleh fahamkan?” Anuar mendekati Nailah apabila tidak mendengar suaranya.Nailah terkebil-kebil memandang wajah tampan suaminya. Selangkah demi selangkah lelaki itu mendekatinya.“Kerja saya stress, jadi saya tak nak mood tak baik saya terkena tempiasnya kat awak. Jadi bila mood saya tak okey saya lebih suka sendirian. Tak suka orang lain ganggu.”“Tapi kitakan dah jadi suami isteri. Bukan ke tugas isteri menghiburkan hati suami. Meringankan beban yang suami tanggung. Saya tak kisah susah. Saya nak sama-sama berkongsi susah senang bersama awak,” balas Nailah. Dia tunduk. Hati memang terasa apabila suaminya cakap ini bilik dia dan itu biliknya.“Saya tahu tapi kita perlukan masa untuk membiasakan diri dengan kehidupan baru ni. Jadi please, fahami saya. Saya tahu awak isteri saya. Saya tahu kita kena belajar hidup bersama. But, ada certain part dalam hidup saya susah saya nak ubah dan perlukan masa. Saya harap Ilah faham.” Lembut suara Anuar memujuk. Kedua belah bahu Nailah dipegang dan dia tunduk menatap mata Nailah, memohon pengertian.Rela dalam terpaksa Nailah angguk. Mungkin dia perlu banyak bertoleransi dalam perhubungan ini.“Terima kasih sayang.” Anuar merapatkan tubuh mereka. Kedua tangannya merangkul tubuh kecil Nailah erat ke dadanya.Nailah menarik nafas panjang. Mata dipejamkan dan haruman suaminya meresap ke dalam jiwanya. Hati kembali tenang. Pelukan dibalas. Mereka berkeadaan begitu buat seketika sebelum pelukan terlerai.“Pergilah masuk berehat dulu. Saya keluar kejap beli makanan. Tentu awak laparkan.”Nailah senyum dan angguk.“Tapi awak patut rehat. Penat drive tadi.”Anuar senyum, tangannya diangkat mengusap kepala Nailah.“Penat sikit tapi baru dapat tenaga tadi terus hilang penat tu.” Manis mulutnya mengusik Nailah.Wajah Nailah merah. Naif.
Boleh follow pages penulis di facebook https://www.facebook.com/fantasicerit... Instagram; shima.rostambsJika sukakan cerita di sini boleh share link di medsoc masing-masing.. Terima kasih di atas sokongan. Terima kasih kerana sudi membaca. Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang.. Sayang semua!!! :)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 03, 2023 19:00

June 2, 2023

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 2




“Awak ingat kawan saya tu perempuan ke?” kening Anuar terangkat menyoal Nailah. Sengaja menduga hati isterinya.“T-a-k, bukan...” tergagap-gagap Nailah membalasnya. Tekaan itu tepat dengan apa yang bermain di dalam fikirannya. Tapi takkanlah dia hendak mengaku. Baru malam pertama, dia dah tunjukkan perangai cemburunya. Mesti Anuar cakap dia ni jenis isteri suka cemburu dan kawal suami.Anuar ketawa kecil. Dia duduk di sebelah Nailah. Tangan Nailah diambil dan disulam.“Kawan saya tu bukan perempuan tapi lelaki. Pengapit saya tulah. Dia minta saya temankan dia pergi ke Wakaf Che Yeh, beli barang nak bawak balik esok pagi.”Ooo.. Nailah angguk faham. Lemah hatinya. Mahu juga dia ikut, tapi dia penat.“Tapi dia tak ada kawan lain ke nak ajak?” terkelip-kelip mata Nailah memandang Anuar. Berharap sangat Anuar membatalkan rancangannya.Rasanya ada juga kawan Anuar yang datang tadi.“Tak ada. Kawan saya yang dia kenal tak ada. Dia kenal saya je kat sini. Takkan saya nak tolak permintaan dia pula. Sudahlah dia berpenat tolong kita.”Kata-kata Anuar itu membuatkan Nailah terasa bersalah. Nampaknya dia terpaksa melepaskan Anuar keluar temankan sahabatnya.“Kasihan jugak kat diakan,” bisik Nailah.“A’aah memang kasihan. Nada suara Anuar terdengar lain tapi tidak dikesan oleh Nailah.“Kalau macam tu awak pergilah temankan dia. Tapi kalau boleh baliklah awal sikit.” Nailah terpaksa mengizinkan.Malam pertama nampaknya kena ditangguhkan. Mujur juga, sebab dia pun tidak bersedia lagi. Ingatkan malam ni dia hendak berkenalan dengan suaminya. Mahu tahu apa yang sepatutnya dia tahu.“Baik sayang. Awak tidur dulu. Tapi kalau lewat sangat saya balik esok pagi. Jadi awak jangan tunggu saya,” pesan Anuar.Nailah angguk. Dia pandang suaminya. Malap sinar matanya apabila melihat Anuar bangun.

Boleh follow pages penulis di facebook https://www.facebook.com/fantasicerit... Instagram; shima.rostambsJika sukakan cerita di sini boleh share link di medsoc masing-masing.. Terima kasih di atas sokongan. Terima kasih kerana sudi membaca. Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang.. Sayang semua!!! :)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 02, 2023 19:58

June 1, 2023

Bila Aku Bukan Dia Teaser 1






“Relaks, Awak senyum je. Saya akan sentiasa berada di samping awak. Kita sama-sama meraikan hari bahagia kita.” Pujukan Anuar membuatkan hati Nailah tenang.“Cantik.”Klik.Klik.Gambar mereka terus diambil oleh jurukamera. Nailah semakin tenang. Dia sudah mampu mengambil perasaan panik dan tidak selesanya. Nailah senyum, mujur suaminya faham keadaannya. Tanpa sedar, dia telah jatuh hati dengan suaminya sendiri. Harapan yang tidak pernah muncul selama ini, mulai tumbuh dia hati. Dia mula mengharapkan hubungan mereka akan berkekalan.‘Bismillahirrahmanirahim... Ya Allah kau satukanlah hati kami. Berkatilah rumahtanggaku ini. Semoga kami akan bersama-sama mencipta bahagia hingga ke syurga-Mu,’ bisik hati kecil Nailah.Senyumnya semakin ikhlas dan menawan. Huluran tangan Anuar disambut. Kerlipan lampu kamera terus menghujani mereka. Kali ini Nailah tidak lagi rasa tertekan memenuhi permintaan jurugambar dan saudara mara. Tangannya sentiasa di dalam genggaman Anuar.Layanan Anuar sangat baik. Jadi separuh hari dapat dilalui dengan gembira. Selesai akad nikah di masjid, mereka pulang ke rumah. Majlis kenduri mereka gabungan majlis kenduri pihak lelaki dan perempuan, jadi tentulah besar dan ramai jemputannya. Sebanyak sepuluh buah khemah terpacak di hadapan rumah orang tua Nailah.“Pengantin kena berpisah kejap. Pengantin lelaki balik tukar baju dulu dan pengantin perempuan tukar baju dan tunggu pengantin lelaki kat rumah,” arah mak andam.“Kita jumpa kejap lagi. Selawat dan zikir banyak. Jangan panik,” pesan Anuar sambil melepaskan tangan Nailah. Pesanan itu Nailah semat dalam hati. Dia semakin yakin pilihan keluarga adalah yang terbaik. Walaupun ada hati yang kecewa tapi dia tidak mampu menghalang takdir jodohnya.“Ilah, kau menung apa lagi tu. Takkan berpisah sekejap pun dah angau. Cepat pergi salin baju,” gesa Wafa, kawan baik merangkap pengapitnya.Panggilan itu Nailah tidak hiraukan, malah matanya masih lagi melihat ke arah Anuar. Wafa semakin geram, tanpa dapat menahan perasaannya; Lengan Nailah dicengkam dan ditarik kuat.Berkerut muka Nailah, sakit. Nailah rentap lengannya dari pegangan itu. Dia menjeling tajam kepada Wafa sebelum masuk ke dalam rumah. Dia tahu Wafa tidak boleh terima dia kahwin dengan Anuar. Tapi bukan salahnya.
Boleh follow pages penulis di facebook https://www.facebook.com/fantasicerit... Instagram; shima.rostambs Jika sukakan cerita di sini boleh share link di medsoc masing-masing.. Terima kasih di atas sokongan.Terima kasih kerana sudi membaca. Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang.. Sayang semua!!! :)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 01, 2023 19:54

May 31, 2023

Bila Aku Bukan Dia (Novel terbaru Shima Awang)

Assalamualaikum semua....Novel terbaru saya, di PBAKL 2023 Boleh dapatkan di reruai Lovenovel di bilik Mawar
Blurb 


Nailah dan Anuar berkahwin atas pilihan keluarga. Dua tahun perkahwinan, Anuar melayannya dengan baik. Tapi Nailah tidak pernah rasa bahagia. Dua kawan baik mereka, Firdaus dan Wafa selalu sahaja menjadi orang ketiga merebut perhatian Anuar, sampaikan Nailah rimas. “Sampai bila kita nak macam ni, awak?” - Nailah. “Sorry, saya janji selepas ini masa saya untuk sayang, berdua.” - Anuar. Buat seketika, Nailah terasa bahagia. Tapi apabila rahsia sebenar Anuar terbongkar, Nailah kecewa yang tidak terhingga. Rahsia apa? Hanya Nailah dan Anuar saja yang tahu.Muncul pula Nik Zayan menjadi penyelamat Nailah. Dia ikhlas membantu dan menolong Nailah melalui hari-hari sukarnya. “Pertama kali saya lihat awak, saya dah jatuh hati. Tapi kerana awak isteri orang, saya simpan ketat perasaan cinta itu dalam hati.” - Nik Zayan. Nailah bertekad meminta cerai. Skandalnya ditularkan. Sayang dan cintanya telah mati buat suaminya. “Kali ini aku akan rampas Anuar daripada kau. Biar kau rasa apa yang aku rasa dulu.” – Wafa.Akhirnya Anuar dan Nailah berpisah talak tiga.“Encik Nik, saya ni janda. Lagipun saya dah serik berkahwin. Lebih baik Encik Nik pilih gadis lain.” - Nailah. Luahan Nik Zayan, CEO syarikatnya ditolak tanpa fikir panjang. Bagi Nailah, lebih baik sendiri daripada berdua. Dia serik. Tapi bagi Nik Zayan, tidak mungkin dia melepaskan cinta pertama yang bertapak dalam hati. Lagipun ada janji perlu ditepati. Tapi janji apa? Dan berjayakah Nik Zayan memikat Nailah?


Boleh follow pages penulis di facebook https://www.facebook.com/fantasicerit... Instagram; shima.rostambsJika sukakan cerita di sini boleh share link di medsoc masing-masing.. Terima kasih di atas sokongan. Terima kasih kerana sudi membaca. Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang.. Sayang semua!!! :)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 31, 2023 19:42

December 15, 2022

Random Story 3


Cerita ni saya tulis 2017. Ada kisah luahan di page KRT yang menarik minat saya. Jadi kononnya nak buat novel.. tapi entah siapalah yang salah.. Sampai sekarang tergantung... Tak panjang sangat ni, dalam lebih 2 ribu patah kata je... Dan macam tak ada kaitan lak dengan kisah bawah tu... hehehe sebab baru bab awal tau...
Bab 1
Shawl merah jambu dililit kemas. Matanya mengerling jam di dinding. Masih lagi ada masa 15 minit sebelum Wazir datang. Hari ini hari ulang tahun percintaan mereka yang ke 5. Tak sangka cinta yang berputik sejak zaman belajar di Universiti masih kekal sehingga kini. Dia merasa bertuah dapat memiliki cinta Wazir. Dia tidak lupa, ketika di Universiti, Wazir diminati ramai. Wazir popular dikalangan mahasiswi. Pertemuan tidak sengaja mereka di Taman Tasik Titiwangsa mengubah cerita. Dua bulan selepas itu hati Wazir menjadi miliknya.Cuma sejak kebelakangan ini, Afia merasakan ada sesuatu tak kena dengan Wazir. Dia macam tak semesra dulu. Whatapps sudah jarang digunakan. Walaupun sayang tetap sentiasa meniti dibibir seksinya.PonnPonnAfia cepat-cepat capai beg tangannya.“Umi, Afi pergi dulu. Nanti kalau ada apa-apa umi cepat-cepat telefon Afi ya,” pesan Afia kepada Uminya. Afia cium dahi umi dan segera berlalu ke pintu utama.Adila angguk. Dihantar anak tunggalnya dengan mata sayu.‘Maafkan umi sebab susahkan Afi. Afi patutnya hidup bahagia sekarang. Bukan bersusah payah jaga umi.’Dia sedih tengok Afia bersusah payah kerananya. Sampaikan tiada masa untuk diri sendiri. Sejak dia jatuh sakit setahun lalu, masa Afia banyak dihabiskan untuk menjaganya. Sudah jarang Afia habiskan masa hujung minggu bersama Wazir. Wazir pula sejak dia jatuh sakit sudah jarang singgah berbual-bual dengannya. Dia mengerti perasaannya Wazir. Siapa mahu memikul beban jaga orang tua sakit ini.****“Sorry. Afi tengok umi dulu sebelum keluar,” beritahu Afia seraya menarik seatbelt.Wazir senyum terpaksa.“Umi sihat?” tanya Wazir berbasa basi. Dia jengkel dengan sikap Afia yang lebihkan uminya. Dia tidak suka diketepikan. Sejak umi Afia sakit, Afia sudah tiada masa untuknya.“Alhamdulillah, sihat macam tu lah. Hari ini banyak umi makan,” cerita Afia tanpa menyedari perubahan mimik wajah kekasihnya.“Kita nak makan kat mana ni?”“Nanti Afi akan tahu juga.”Afia cebik bibir. Sengaja mahu buat dia tertanya-tanya.Wazir tersenyum bahagia. Gelagat spontan Afia selalu membuatkan hatinya bahagia. Cintanya pada Afia tidak pernah surut malah semakin mendalam. Afia tidak perlu berlebih-lebih untuk menarik perhatiannya, cukup dengan sikap naturalnya sudah membuatkan dia jatuh hati. Afia tidak pernah meminta, sebaliknya Afia menerima apa yang diberikannya. Sebab itulah dia sayang sangat Afia.“Kita dah sampai.”Afia mendongak ke atas, Menara Kuala Lumpur. Tak kan nak makan kat sini?“Kita dinner kat sini ke?”“Ya sayang. Abang dah tempah awal-awal lagi.”Afia senyum tak kena. Dia tidak suka bila Wazir berbelanja lebih. Dia tahu malam ini special. Tapi takkanlah sampai dinner di atas menara? Dia berjalan seiringan dengan Wazir.“Tak membazir ke?” bisik Afia di dalam lif.Wazir geleng sambil senyum. Itu yang Afia risaukan? Jika gadis lain pasti melebar senyuman dapat dinner di restoran berputar Menara Kuala Lumpur.“Untuk Afia sayang, sikit pun tak. Lagipun ini adalah dinner anniversary kita.”Afia angguk dan senyum. Tak boleh nak kata apa dah. Wazir selalu sangat memanjakannya berlebihan. Dia takut terbiasa sehingga lupa diri.Afia dilayan macam puteri. Dia Cuma duduk menikmati keindahan malam di Kuala Lumpur. Wazirlah yang mengambil makanan untuk mereka berdua. Lagipun dia tahu apa kesukaan Afia, jadi tidak ada masalah.Afia senyum sambil ucapkan terima kasih. Mereka makan secara buffet. Malam ini terasa amat istimewa. Perhatian yang telah lama pudar menyeri kembali. Dia mahukan selamanya Wazir hari ini. Selesai makan, Wazir mengambil pula pencuci mulut, macaron dan buah-buahan.Mereka tak banyak bercakap. Namun Afia tahu perhatian sepenuhnya Wazir adalah untuknya.“Afi, will you marry me?” lamar Wazir sambil hulurkan sebuah kotak kecil berbaldu merah ke hadapan Afia. Serentak dengan itu lagu will you marry me, Jason Derulo kedengaran.Afia tergamam. Dia tidak jangkakan lamaran ini. Memang mereka telah 5 tahun bercinta. Dan dia tidak sesekali memaksa Wazir mengambil langkah untuk memaknakan cinta mereka.“Abang?”Dia tidak tahu tentang hatinya. Keinginannya. Betul kah lamaran ini yang ditunggu selama ini dari Wazir?“Abang mahu jaga Afi. Please marry me,” rayu Wazir. Suara kasarnya lunak mengharap.Direnung ke dalam mata Wazir. Dipandang wajah penuh mengharap itu. Dia tidak mampu berkata tidak. Ini cinta hatinya. Sudah tentu dia mahu menghabiskan sepanjang hayatnya bersama dengan lelaki di hadapannya ini.“Abang mahu jadikan Afi kekasih halal abang. Abang mahu Afi setiap saat berada bersama abang,” bisik Wazir lagi setelah melihat Afia masih lagi teragak-agak menerima lamarannya. Dia tetap mahukan Afia. Bukan sekejap masanya dihabiskan untuk gadis itu. Takkanlah Afia tidak cintakannya?Dia sabar menunggu. Say yes Afi...Afia angguk perlahan. Walaupun hatinya masih lagi ragu-ragu, dia tidak sanggup kecewakan kekasih hatinya.“Yes..”“Alhamdulillah sayang... Terima kasih sayang. Abang berjanji akan bahagiakan hidup Afi dunia dan akhirat.” Spontan Wazir tarik jemari Afia lantas mengucupnya.Walaupun tidak selesa, Afia tidak sampai hati menarik tangannya. Alaa.. tangan je bukan luak pun, bisik hati kecilnya.“Nanti abang bagitahu mama supaya uruskan pernikahan kita secepat mungkin. Abang tidak sabar nak jadikan Afi suri hidup abang. Akad nikah kita buat dekat masjid Wilayah. Majlis nanti di Dewan Siantan Putrajaya,” rangka Wazir. Dia tidak putus-putus tersenyum. Macam banyak perkara yang perlu diuruskan.Afia diam. Hanya angguk dengan setiap perancangan Wazir.“Afi tak perlu susah-susah, mama abang akan uruskan semuanya. Nanti abang bagitahu mama supaya telefon Afi, bincang apa yang patut ya.”“Lagi satu, abang dah carikan pusat jagaan orang tua terbaik untuk umi. Nanti lepas kita kahwin kita hantar umi ke sana....PangPangBerkali- kali Afia merasakan pipinya ditampar kuat. Dia genggam tangannya.“Senang sikit ada orang uruskan umi. Afi pun tidak perlu bersusah payah lagi. Setiap minggu kita lawat umi..” Dan Wazir terus merancang dan merancang.PangDan lagi dia merasakan hatinya pula ditampar.Cincin lamaran diputar-putar berulang kali. Sehingga melecet jari manisnya. Hatinya bengkak berdarah. Ini ke wajah sebenar cinta hatinya selama ini?Honda Accord Wazir berhenti di hadapan rumah Afia. Afia tarik nafas. Air mata dijuring matanya dikuis dengan hujung jari. Dia pandang Wazir, jemari kanannya menarik cincin yang disarung tadi.“Saya rasa setakat ini pertemuan kita. Saya tarik balik penerimaan lamaran tadi. Antara awak dengan umi, saya lebih rela kehilangan awak daripada umi. Saya lebih rela bersusah payah menjaga umi daripada bersenang lenang menjadi isteri awak,” senafas Afia tuturkan. Diletakkan cincin tersebut di atas dashboard kereta. Kemudian dia pantas keluar.“Afi.. tunggu dulu afi,” panggil Wazir. Dia juga buru-buru keluar dari kereta. Namun Afia lebih pantas menutup pintu gate eloktronik rumahnya.Cintanya mati. Sampai hati Wazir mahu membuang umi. Umi sikit pun tidak pernah menyusahkannya. Umi tidak pernah menjadi bebannya. Bahkan perngorbanannya hanya sehalus debu berbanding pengorbanan umi sebesar gunung.“Afi...”“Umi... umi...”Afia berlari ke dalam pelukan Adila di atas kerusi roda.“Kenapa ni?”Afia geleng kepala.“Wazir panggil tu. Kenapa tutup pintu.”“Afi dah putus dengan dia. Afi tak nak tengok muka dia lagi.”“Afi...”“Maafkan Afi, umi.”“Kenapa ni? Cuba terangkan kat umi apa dah jadi?” lembut Adila memujuk.Tapi makin laju pula air mata menuruni pipi Afia.“Abang Wazir lamar Afi.”“Alhamdulillah..” ucap“Tapi lepas kahwin, dia nak hantar umi ke rumah orang tua. Afi tak sangka dia tak ada perikemanusian. Umi, umi Afia. Afia rela pilih umi dari dia,” luah Afia.Adila terdiam. Dia tergamam. Hatinya terguris.“Afi akan jaga umi. Afi tidak akan sesekali tinggalkan umi. Afi boleh kehilangan dia tapi Afi tidak boleh kehilangan umi. Umi nyawa Afi.”“Afi... suatu hari nanti umi akan kembali kepada Dia. Umi tak sanggup tinggalkan Afi keseorangan.”Afia geleng kepala.“Afi sentiasa doakan umi panjang umur. Menemani Afi sampai bila-bila..”“Afi.. Kena fikirkan hidup Afi juga. Umi tak kisah jika umi dihantar ke rumah orang tua.”“Tapi Afi kisah! Umi, adalah ibu Afi. Yang susah payah lahirkan Afi, didik dan besarkan Afi. Bagi peluang kepada Afi pula untuk berbakti kepada umi.“Tapi Afi..”“Wazir dah jadi sejarah umi. Afi tetap tidak akan terima dia sampai bila-bila. Penghinaan dia cukup buat hati Afi hancur.”Bab 2Kuala Lumpur International Airport sibuk seperti biasa. Pelbagai gelagat manusia dapat dilihat. Naashif tersenyum. 4 tahun telah berlalu, akhirnya dia menjejakkan kaki ke tanahair sendiri. Rindu hendak melepak di kedai mamak. Rindu hendak mengusik Nini yang manja.“Abang....” jerit Nini apabila melihat Naashif keluar daripada balai ketibaan.Dia melambai sambil berlari mendapatkan abangnya. Terus diterpa ke dalam pelukan tegap abangnya.Naashif ketawa. Dia membalas pelukan Nini. Nini tak pernah berubah. Sentiasa ceria dan manja. Buah hati keluarganya.“Jatuh saham abang, kalau adik selalu peluk begini,” usik NaashifPantas jari ketam mengetip lengannya.Dahi Naashif berkerut, sakit. Dia geleng kepala.Dia peluk bahu Nini dan mendorongnya ke arah ke dua orang tua mereka.“Assalamualaikum mama, papa,”“Waalaikumussalam. Walcome home abang..” ucap Dr Marina sambil mendepangkan tangannya.Naashif menjatuhkan dirinya ke dalam pelukan ibunya. Dipeluk erat mamanya. Terasa kasih sayang mamanya meresap ke dalam jiwanya. Wanita inilah yang tidak putus asa, sentiasa memberikannya semangat. Sentiasa ada apabila dia memerlukannya seseorang.Kemudian Dr Nadim pula memeluk anak sulungnya. Tepukan kasih diberikan di bahu Naashif."Welcome back my son."Mereka beriringan keluar dari Klia."Nana mana?""Tunggu dalam kereta. Tadi susah nak dapat parking."Naashif angguk. Dia menolak troli berisi bagasi nya. Tak banyak mana pun barangnya. Selebihnya barang pesanan mama, Nana dan Nini. Macamlah mereka tidak pernah sampai ke negara kanggaru itu.Dia mahu mulakan hidup baru. 4 tahun lepas dia telah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Hampir seminggu tak sedarkan diri akibat pendarahan dalam kepala membuatkannya insaf. Hidup ini bukan berkali-kali. Tapi hanya sekali Allah taala berikan peluang untuk menikmati dan bersyukur melalui setiap saat udara dihidu. Dan dia telah sia-sia hidup 26 tahun lalu dengan mencabar diri melakukan perkara sia-sia. Menjadi playboy mempermainkan hati dan perasaan orang lain.Namun allah masih sayang padanya. Diberikan petunjuk melalui kemalangan yang menimpanya. Sepanjang seminggu tidak sedarkan diri, rohnya dibawa melihat sendiri setiap perbuatan yang telah dilakukannya selama ini. Berapa banyak air mata yang tumpah akibat perbuatannya. Dia menyesal.Jadi setelah sedarkan diri dia melakukan solat taubat nasuha. Memohon keampunan daripada Allah taala. Kemudian dia berjump pula dengan setiap bekas kekasihnya yang telah dihancurkan hatinya. Dia insaf dan tidak lagi melakukan perkara bodoh itu.Jadi setelah dia betul-betul sihat, dia membuat keputusan untuk menyambung pelajaran. Dia juga mahu mencari harga diri yang hilang. 4 tahun merantau bukan sahaja harga diri, malah jati diri sendiri pun ditemui. Dia juga sudah tahu bagaimana mahu memaknakan hidup ini. Melakukan perkara yang benar-benar terisi dan mendekatkan diri kepada Allah taala.“Kita singgah makan dululah. Abang nak makan apa?”“Apa-apa pun boleh mama. Tapi rindu nak makan nasi lemak Kampung barulah.”“Okey. Kita makan nasi lemak.”“NO.. Habislah diet Nini,” protes Nini. Masam wajahnya.“Badan dah sekeping nak diet-diet lagi? Tak payahlah Nini. Nanti sekali angin bertiup terus tumbang,” sindir Nana.Mereka kembar tetapi mempunyai personaliti yang berbeza. Nini yang amat menitik beratkan kecantikan dan gaya hidup sihat. Nana pula seorang yang ringkas dan fokus kepada pelajarannya.“Abang sokong.”Nini mencebik. Nana dan abang memang selalu sekepala. Dia selalu menjadi mangsa buli. Dia diam. Nampak gayanya kena lupakan dietnya malam ini. Mana boleh telan air liur je tengok mereka makan nanti.Warung Nasi Lemak Antarabangsa Kampung baru penuh. Mereka terpaksa menunggu 10 minit sebelum ada meja kosong.“Nak lauk apa?” Soal Dr Nadim.“Abang nak sotong dengan kerang. Nasi lebih papa.”“Nini nak pilih sendiri.”“Nana pun.”“Mama?”“Ikut papa pilih lauk apa,” jawab Dr Marina.Mereka ditinggalkan berdua.“Apa perancangan abang lepas ni. Rehat dulu ke terus cari kerja?”“Office lama abang offer abang kerja semula. Minggu depan baru mula kerja.”Dr Marina angguk.“Kahwin?”Naashif sengih dan garu kepala.“Mama, abang baru je pulang. Mama dah tanya pasal kahwin.”“Mana tahu abang dah ada calon masa belajar.”“Tak sempat nak cari pun mama. Better mama carikan je.”“Betul ni? Mama dah ada calon.”Naashif geleng kepala. Terkejut. Mulut pun dah terlepas cakap.“Panjang pun umur. Baru sebut dah muncul.”“Afi kan?” Tegur Dr Marina.Langkah Afia terhenti. Dia berpaling ke sebelah kiri mengikut suara yang menegurnya.“Dr Marina. Buat apa kat sini? Makan ke bungkus?""Makan. Anak bujang saya baru balik merantau, mengidam makan nasi lemak kat sini," terang Dr Marina.Afia pandang sekilas kepada pemuda di hadapan Dr Marina sebelum beralih memandang Dr Marina kembali."Afi nak makan ke? Boleh join sama," ajak Dr Marina."Tak. Saya bungkus je. Belikan untuk umi. Semalam dia cakap nak makan nasi lemak ni."Dr Marina angguk."Tapi jangan bagi makan banyak sangat. Sakit pulak dia nanti."Afia sengih dan angguk."Saya pergi dulu doktor. Nanti makin lama pulak umi tunggu.""Kirim salam dekat umi.""In shaa allah."Afia menghulurkan tangan bersalaman. Dicium tangan dr Marina seperti selalu."Macam mana calon pilihan umi, okey tak?""Hmmm..." Naashif angkat bahu. No komen.Cantik tapi sombong. Sedikit pun tak senyum.Naashif sengih.Tapi dia percaya pilihan mama adalah yang terbaik.Bab 3Tangannya meramas kasar rambutnya berkali-kali. Sudah berpuluh kali dia cuba menghubungi Afia, namun tidak terangkat. Menyesal dengan setiap kata yang terlepas selepas lamaran itu. Menyesal kerana dia bersikap kurang sabar. Afia hampir menjadi isterinya. Kini peluang menjadikan Afia miliknya telah hampir tertutup.TIDAK!‘Aku tidak akan biarkan ia berlaku. Afia milik aku. Hanya milik aku!’Afia nyawanya. Afia cinta matinya. Tapi dia telah mengecewakan Afia. Wazir mengeluh lagi.WhatApps yang dihantar tidak dibuka sejak malam itu.“Kau ni kenapa? Serabai dan serabut mama tengok.”“Afia?”Wazir angguk.“Kenapa dengan Afia. Dia tolak lamaran Wazir?”Wazir geleng kemudian angguk. Dia mengeluh lagi.“Mama tak dapat baca bahasa badan Wazir. Of course mama juga tidak boleh tahu apa yang ada dalam fikiran Wazir. Jadi cerita kat mama supaya mama boleh tahu apa yang terjadi.”Buat sekian kali Wazir mengeluh lagi.“Wazir telah lamar Afi dan dia terima lamaran Wazir ta...”“Alhamdulillah akhirnya Afi akan jadi menantu mama. Dah lama mama suruh lamar Afi tapi Wazir asyik tangguh-tangguh. Kalau tidak sekarang mama dah dapat main dengan cucu mama.”“Mama.. Afi minta putuskan hubungan kami.”“What? Mama tak faham.”****Tak ada ending tapi...**Saya bagi kisah KRT tu untuk korang baca jugak....Assalam. Aku tak pandai nak confess. Apa2 pun, terima kasih utk admin kalau korang sudi utk sharekan confession aku ni kat orang luar sana. Semoga ada pengajaran. Maklumlah, aku ni pemalu sikit nak reveal nama sendiri. Eh?Ok. Cerita dia macam ni. Aku dah 3 tahun berkahwin. Dan isteri aku ni ialah pilihan Mama aku. Tapi aku sayanglah kat dia sekarang, walaupun aku cuma kenal dia cuma beberapa bulan. Percayalah yg jodoh Mama dan Papa pilih. Naa. Jodoh yang Allah dah tetapkan utk aku act.Aku ni sebelum kahwin, aduhaii. Banyak gila cawangan aku pasang. Or should I say ‘playboy’ ? Enjoy sana. Enjoy sini. Ye lah. Time tu tak fikir mati. Duk lah mainkan perasaan anak orang. Tapi aku ni bukanlah yang jenis lepak gi clubbing ke apa, cuma lepak kedai2 mamak cam biasa. Bukan xde duit. Tapi x worth kau laburkan duit kat pempuan2 yg cuma pakai ganti je time tu. Serik dah sekarang. Pernahlah ada sejarah kena tampar dgn pempuan sbb dia tahu yg aku gamed dia. Hmmm. Jahatkan?Tapi, percayalah tu dolu2 punya cerita.Antara banyak2 cawangan yg aku pasang ni, adalah sorang yang aku anggap serious nak dibuat isteri. Waktu aku ajak dia jumpa parents aku, amboii. Kemain susah lagi. Banyak giloss alasan dia bagi. Karma jugaklah aku rasa. Sbb asyik game anak org je. Padan muka kena game balik. Hahaha. Tapi aku anggap je, dia bukan jodoh aku. Dan waktu tu, ekonomi n kewangan aku pun x stabil lagi.Usaha aku meluaskan cawangan2 aku tak terhenti sampai situ je. Setelah dikecewakan, sakit pulak ni haa hati. Sampailah satu hari ni, aku accident. Masa tu, aku fikir mati je. Teruk jugak lah aku accident. Kereta myvi aku dah xde rupa dah. Aku tak sedarkan diri 2 hari disebabkan kemalangan tu. Terasa macam dihidupkan semula lepas kau xsedarkan diri tu. Bangkit dpd tidur yang lena. Aku macam berperang dgn diri aku sendiri utk bangun.Seriously. Aku buat reflection kat diri aku. Masa tu terasa macam satu2 kesalahan aku dilayarkan kat screen. Allah bg peluang kedua utk aku hidup. Takkan aku nak sia2 kan?Tu lah turning point aku. Allah bagi aku pengajaran dpd peristiwa tu. Mungkin simple utk org macam korang, tapi bukan aku.Lepas dpd peristiwa tu, aku minx maaf kat awek2 yg aku pernah gamed. Walaupun korang rasa lawak kan, tapi aku rasa puas lepas minx maaf. Suka hati korang lah nak gelak ke hapa. Aku minx maaf je lah yg mampu. Nak jadikan diorang semua isteri, mustahil.Aku tinggalkan kerjaya jadi playboy tu officially. Aku ambil keputusan utk sambung belajar. 3 tahun. (Aku malas nak state uni mana, sbb student master kat negara tu sikit je. aku kompem kawan2 aku bantai gelakkan aku tulis confession kat sini) Mama dgn Papa pun terkejut. Tapi diorang support jelah keputusan aku. Memandangkan aku muda lagi waktu tu. Umur baru 27 tahun.Ada je yang datang mendekat, cuba tarik perhatian aku. Tapi aku macam serik dah. Aku malas nak bagi komitmen kat benda macam ni, memandangkan aku pun bnyak assignment kena siapkan. Thesis n presentation. Seriously, xsempat nak fikir pasal perasaan orang lain. Apatah lagi, nak melaburkan duit kat anak orang. Ikat perut woo. Dpt je biasiswa, tp sbb aku ni kaki travel. Asal cuti sem je, hilanglah aku. Plus, aku punya course nih mmg bnyak guna duit. Nak beli tools lah and so on. Penat lelah n tangisan air mata darah time ambik master ni kalau aku cerita kat sini, aduhh. Xhabis.So, habis belajar. Sekejap kan? Hahaha. Aku balik2 terus dpt kerja. Alhamdulillah. Aku kerja kat tempat yg sama macam dulu. Cuma dpt workstation sendiri. Dan yaa. Gaji pun sedaplah juga utk hidup.Adatlah kan mulut2 org ni. Nampak anak teruna orang single je, terus tnya bila nak kahwin. Dess.Aku memang tak de kawan n calon pada waktu tu. Jadinya aku minta jelah Mama n Papa carikan. Tu pun kalau ada . plus, umur dah lanjut~Eh. Tapi adalah yang nak! Ni haa. Orang yang tengah melepak depan tv sambil makan aiskrim sebelah aku ni.Before kahwin, aku pernah jumpa dia bape kali je. First time jumpa pun kat klinik. Aku mesej2 dia pun, nak tak nak je dia balas. Aku bukan apa. Aku mesej dia pun, sbb nk kenal. Aku ajak dia keluar, haramnye dia nak. Yaa. Dia ni mcm old-fashioned. Facebook pun dia baru buat 5 bulan lepas.Logiklah weh. Xkan aku nak terima stranger dlm hidup aku utk jadi wife aku tnpa aku kenal kan? Aku nak stalk fb, dia xde fb. Nak ajak keluar, dia tak nak. Nak mesej, balas satu pkataan je. “K”. “Dah”. “Belum”. Wehhh. Dalam hati tu puas ngutuk perempuan ni. Rasa mcm kena reject secara perlahan-lahan. Kerekk.Sbg alternatif lain, aku follow dia time dia habis ngajar. Dia nih ngajar sk menengah sesi petang. Tu yg boleh jadi stalker. Aku habis kerja kt office, aku buat kerja lain pulak. Dia kluar sk je aku follow. Tp aku pelik. Hampir setiap hari dia asyik pegi hospital. Curious gila. Sampailah satu hari ni, aku nampak dia tolak ibu dia atas kerusi roda. Sedih weh nak cerita. Kudrat orang perempuan, papah ibu dia naik turun kereta. Susah nak describe apa yg aku rasa.Jadi, sejak dpd hari tu, aku selalu tnya pasal dia kt Mama. Baru aku tahu yg ibu dia sakit buah pinggang. Sbb tu selalu ulang alik hospital. Adik beradik dia yang lain semua dah kahwin, so dia yg solo , volunteer jaga ibu dia yg sakit.Sebulan before nikah, dia request kat aku. Dia kata dia nak jaga ibu dia lepas kahwin. Aku pun faham je lah dgn pmintaan dia. Tu pun dia mesej aku guna bahasa baku ala skema jawapan bahasa melayu spm.Hmmm. So, kitorang pun bernikah. Kalau kau faham makna sbnar ‘A Marriage’, perkahwinan ni bukan main pondok2 weh. Kahwin ni bukan ‘saya suka awak, awak kena suka saya’. Bukannnn. Bila kau dah bsetuju untuk kahwin dgn dia, automatic law ni digunapakai : “you didn’t just marry her, but you also married her family”.So, dia kata bg dia peluang nak berbakti kat ibu. Aku cuba faham. Korang pun kena faham, jaga orang tua, lain. Kerenah diorang. Aku nampak isteri aku penat. Aku nampak pengorbanan isteri aku jaga ibu. Dah masakkan nasi, nak bubur. Suruh makan ubat, banyak sangat alasan. Belum lagi kena layan mogok lapar.Aku volunteer diri aku hantar ibu pegi hospital. Penat weh. Aku yg lelaki ni pun, mcm nak patah bahu papah ibu. Tapi bila aku fikir isteri aku, badan ni lagi prefer lenguh dpd tengok isteri sendiri buat. Tu pun lepas puas aku pujuk dia utk bg aku yg hantar ibu pegi hosp. Aku doakan syurga utk isteri aku. Dia ank yg baik.Tp dia jarang share masalah dia dgn aku. Kdg2 aku rasa useless jdi suami dia. Mana tak nye, dia dah biasa buat semua benda sendiri. Aku balik kerja, nampak dia turun kereta angkat beras n barang dapur. Aku masuk bilik, nampak dia pasang kain langsir. Esok nampak dia betulkan sinki. Dia demam, drive sendiri pegi klinik. Kereta rosak, xde maknanyaa dia call aku. Dia boleh cakap, dia xnak susahkan aku. Dia xnak aku risau. Dia dah biasa buat sendiri. Fyi, dia pernah ganti tayar dia sendiri tepi jalan.Dah puas marah, tapi dia buat jugak. Aku terkilan sbnarnya. Akulah yg patut hantar dia pegi klinik. Akulah yg patut angkut beras, brg dpur. Aku lah yg kena buat benda tu semua.Last2, before dia buat semua tu sendiri, aku buat dulu. Ada yg kena baling kapak dgn Mama kalau tahu isteri aku buat semua.Dia x boleh mcm ni. Aku tak tahu lah apa masalah dia. Satu hari ni, aku nmpak dia nangis sensorg kt dpur. Nk tercabut jantung aku, nmpak dia duduk ats kabinet dapur dgn rambut mngurai tgah nangis, tunduk2 pgg perut dia, dahlah duduk dlm gelap. Bila aku tnya, dia cakap dia ‘OK’. Heyyy. Please lah. Nak menipu pun bukan dgn aku k.Aku xcakap dgn dia seminggu. Saja tunjuk protes. Dia ada jugak nak pujuk aku, tapi aku buat dingin je. Bila dia nak explain, aku saja buat tak endah. Hmm. Puas merajuk, dia barulah nak cakap. Rupanya dia period pain. Dia punya susah nk bgtahu aku tu, mcm tgah simpan rahsia negara. Last2, aku pun berjangkit skli dgn period pain dia. Merajuk mcm ntahapa2.Lagi satu, dia ni xpandai nak express perasaan dia. Pernah sekali tu, aku ambik dia kt sk pkul 7 mlm, lmbat sbb terlupa, plus kereta dia rosak. Bila aku minta maaf, dia senyum je. Aku nak juga tgok dia marah acane, tp dia cool je. Kalau nak tengok dia marah, tengok time dia tanda paper student dia. Tu pun, gigit kertas student dia je lah. Tak tahu lah kalau kt sk dia gigit tgn student dia kan? Hahaha.Yg paling lawak, time anniversary kitorg kahwin. Aku request suruh dia cakap “I love you” kat aku, bukan main merah muka tu. Ntah lah. Dulu time bekerjaya sbg kasanova, aku tak payah minx org cakap “I love you”, diorang terus cakap.Balasan lah untuk aku. Terasa sangat mcm balasan untuk dosa2 lama. Mahal gila nak tunggu isteri aku sendiri confess.So, korng ada solution utk aku? Aku dah buat research nak buat isteri aku jatuh cinta, tapi x jalanlah. Aku tak tahulah, insulator apa dia guna.Bg coklat, dia xmkn. Bg bunga, dia alergik. Bg gelang, dia x pakai. Bg handbag, dia sayang nk guna. Dia bukan materialistik. Aku dah guna semua ayat manis aku, still x jalan. Bila aku sogok dia dgn ayat manis, dia boleh cakap, “Hebatlah ayat awak. Tp saya xmakan semua tu. Saya mkn nasi je”.Pheww, tp aku tahu dia sayang kt aku ( baca dengan nada riak ), cuma dia malu.Sampai sekarang, dia malu gila nk cakap. Agak2 confession aku kt sini boleh jadi melting factor x untuk dia? Tu pun kalau dia baca. Aihh.Korang semua doakan eh dia lembut hati.K. Bye. Nak main basketball.– Playboy Insaf**Versi saya kena tunggu ya...


Boleh follow pages penulis di facebook https://www.facebook.com/fantasicerit... Instagram; shima.rostambs Jika sukakan cerita di sini boleh share link di medsoc masing-masing.. Terima kasih di atas sokongan. Terima kasih kerana sudi membaca. Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang.. Sayang semua!!! :)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 15, 2022 17:30

December 12, 2022

Random Story 2




Okey saya kongsikan random story lain pulak... Tergantung jugak ya. Sebab cerita ni pun saya main tulis je... bila nak sambung tersangkut...
Part 1
“Aku tak faham, kenapa mereka bercerai.” Mata Tasya tak berganjak dari kaca televisyen tapi mulutnya mengomel tak sudah.“Tolak tuahlah bekas bini Dato’ Z tu,” bersambung lagi.Aku sengih. “Tuah tak tuah. Kalau dah setakat itu jodoh mereka, nak kata apa lagi,” jawabku.Tak hingin aku jadi tukang ulas perceraian yang menjadi topik hangat rakyat Malaysia tika ini. tapi dalam hati terselit simpati kepada anak-anak mereka. Dari segi kebendaan dan wang ringgit, anak-anak itu tidak terkurang satu pun. Tapi kasih sayang pastinya akan terkurang, bukan seperti sebelum. Mental mereka juga turut terjejas, apatah lagi kes penjagaan mereka menjadi rebutan di antara ibu dan ayahnya.“Aku kasihankan anak-anak mereka. Aku pernah rasa apa yang mereka rasa dulu,” kata-kata itu lebih pada diri sendiri.“Mereka tak kurang satu pun. Ibu ayah mereka pun pasti bagi apa yang mereka nak.” Tasya pandang aku, tak setuju dengan kata-kataku tadi.“Betul. Dari segi material memang tak kurang pun, tapi segi kasih sayang? Nak ayah kena tinggal ibu. Nak ibu kena tinggal ayah. Kalau ikut kes mereka ni, dua-duanya sama-sama junjung ego.”Tasya diam. “Anak mangsa penceraian, mudah sensitif dan rendah diri. Jika tidak memberontak, mereka pendam dalam, sekali meletop. Buruk akibatnya. Aku pernah rasa. Pernah terasa macam tak guna sebab aku rasa sebab aku mak dan abah aku bercerai.” Mataku pandang televisyen tapi minda aku jauh meneroka batasan waktu, di mana hanya ada aku, adik, mak dan abah. Bahagia kami kecapi hanya sekejap. Selepas itu abah berubah. Dan bahagia itu semakin menjauh. Air mata mak, tangisan pilu adik bila kena berpisah menghiris hati kecilku. Sakitnya terasa sehingga sekarang.Part 2Kali ke dua aku jejak ke menara Kenanga ini. Kali ini sebagai salah seorang pekerja KENANGA AUTOMOTIVE Sdn bhd. Aku senyum puas. Akhirnya dapat juga kerja di pejabat dan ikut waktu pejabat. Bukan lagi sebagai pekerja di pasaraya yang kena ikut kerja shift.Aku menapak ke meja penyambut tetamu. Mengikut surat tawaran yang diberikan, aku kena tunggu di kaunter penyambut tetamu sebelum di bawa ke tempat kerja aku yang sebenar.“Assalamualaikum cik. Saya ni pekerja baru melapor diri hari ni. Saya kena jumpa siapa ya?”“Nama awak Amani Sufi?”“Ya, saya.”“Tunggu kejap saya telefon Nora.”Aku senyum dan angguk. Aku perhati keadaan sekeliling. Ruang pameran kereta mewah terletak di sebelah kanan. Sebelah kiri pula ruang pameran motosikal berkuasa tinggi. Macam mimpi, aku boleh tengok kereta ferrari dekat-dekat. Selama ni tengok kereta mainan je, macam tak percaya ada kereta seperti itu.Dalam ralit melihat-lihat ada orang sapa aku.“Amani Sufi kan?”Aku pantas berpaling dan angguk. Seorang perempuan cantik memakai kot berwarna krim dan berseluar slack berwarna yang sama menegur aku. Rambutnya pula disanggul cantik.“Betul saya.” Aku hulur tangan menyambut salamnya.“Kak Nora. Ikut akak. Mulai hari ini awak akan jadi pembantu akak.”Kemudian kami berjalan seiringan menuju ke lif. Sambil itu Kak Nora memberitahu tentang tugas-tugas yang perlu aku lakukan nanti.“Sufi ikut tak berita tentang Dato’ Z berebut anak dengan bekas isterinya? Soal Kak Nora tiba-tiba.“Ikut juga sikit-sikit kak. Tapi tak tahu hujung pangkal cerita. Kasihan anak-anak dia kan. Mesti takut dan tertekan dengan keadaan sekarang.”“Saya boleh faham perasaan anak-anak Dato’ Z tu. Sebab 10 tahun lepas saya pun sama situasi macam mereka.”“Dato’ Z itulah bos kita!”“Hah?”Aku terkejut. Biar betul. Dato’ Z tu duda terhangat sekarang ni. Walaupun dia ada masalah dengan bekas isterinya, namun sahamnya tetap tinggi. Mesti ramai perempuan nak cuba nasib. Mana tahu, untung sabut timbul, untung nasib dapat jadi bini orang kaya.“Iya.. Dato’ Z tu lah. Jadi nanti bila nak bercakap tu hati-hati sikit. Kalau boleh jangan layan gossip dengan staff lain sampai terlepas cakap. Mereka ni akan cari kita nak tahu pasal Dato’ Z ni.”“Ok kak, saya faham.” sambil tunjuk zip mulut.Kak Nora senyum lucu. Aku jatuh suka dengan kak Nora ni. Nanti-nanti senanglah kerja aku kalau kami serasi.Sepanjang pagi tu aku tak jumpa dengan Dato’ Z. Kata Kak Nora sepanjang pagi ni Dato’ Z ada meeting dekat luar. Kata kak Nora lagi, selepas ini aku kena tahu dan ingat semua temujanji dan meeting Dato’ Za. Aku juga kena susun jadualnya.Tengahari itu lepas makan, aku terus ke surau. Lagipun aku tak nak lambatkan solat. Sebab bila solat lambat aku rasa masa yang aku ada tak cukup untuk selesaikan kerja aku. Bila aku solat awal pula, aku rasa masa yang aku ada panjang.dan aku akan sempat siapkan kerja aku sebelum balik.Dalam surau, ketika aku tengah-tengah siap-siap nak solat, terdengar orang mengaji. Merdunya suara, puji suara hati aku. Bestnya kalau dapat suami suara sedap macam ni. Tiap-tiap waktu aku akan bersemangat solat berjemaah. Beranganlah hati.. tak apa, bukan kena bayar pun.Selesai solat, aku cepat-cepat keluar. Kebetulan pintu surau lelaki pun terbuka sekali. Aku kalih pandang untuk lihat siap. Terus mata aku tak berkelip.Wajah dia kelihatan bercahaya dengan wuduk.Hati aku telah jatuh terduduk. Dia pun pandang aku. Nasib baik aku cepat sedar diri dan alih tengok tempat lain. Kemudian aku cepat-cepat mahu berlalu dari situ.“Awak staff baru kat sini?” soal lelaki itu. Aku berhenti melangkah dan berpaling lihat dia. Macam pernah nampak je dia ni. Tapi kat mana ya.“Ya Encik. Baru mula hari ni sebagai pembantu kepada PA Dato’ Z.”Lelaki itu sengih dengar jawapan aku. Dia angguk-angguk.“Jadi awak kenal tak Dato’ Z tu.”“Tak jumpa lagi hari ni Encik. Jadi tak kenallah.”Aku terlupa tentang masa. Jadi cepat-cepat aku lihat jam tangan.‘alamak,5 minit lagi nak pukul 2.”“Saya pergi dulu Encik. Dah lewat ni” tanpa sempat tunggu jawapan aku terus melangkah meninggalkannya.Part 2Kak Nora duit lengan aku. Aku berpaling melihatnya sambil kerut dahi bertanya.“Dato’ Z dah masuk...” bisiknya.“Mari Kak Nora kenaikan awak dengan bos,” ajaknya.Aku pandang dia kejap. Rasa berdebar pulak nak jumpa bos sendiri buat kali pertama. Takut dan teruja nak kenal. Dengar cerita dalam TV kata dia ni kaki pukul sebab itulah bercerai dengan bini dia. Kemudian kes berebut anak pulak. Jadi dalam fikiran aku walaupun orang kata dia ni Duda hot dan terhangat, dia seorang yang ego dan pentingkan diri sendiri. Langsung tak pertimbangkan perasaan anak-anaknya.“Cepat. Bos masuk sekejap je ni, lepas sign beberapa dokumen dia akan balik. Lagipun kak Nora kasihan dekat bos tu, masalah rumahtangga dia tak selesai lagi..” aku angguk dengar cerita Kak Nora. Dia orang yang paling dekat dengan Dato’ Z di syarikat ini. Menjaga keperluan dan kepentingannya.“Dia tu memang baran ke kak Nora?”“Hisyy.. Awak dapat cerita tak betul dari mana ni?”“Saya baca dalam facebook, orang dok viralkan.”“Jangan percaya cerita tak betul tu. Ada sebab dia terlepas baran tu. Lelaki ni sebaik mana pun dia jangan selalu dicabar, sebab sekali dia tak mampu nak sabar, meletuplah jawabnya.”Aku angguk. Setuju dengan separuh apa yang Kak Nora cakap. Selebihnya bagi aku dasar lelaki nak tunjuk kuasa, isteri ni tak boleh nak tegur, kena ikut apa yang suami cakap.Aku malas nak panjangkan cakap. Cuma harapnya dia sama seperti Kak Nora cakap.Sebaik sahaja dengar suara dari dalam suruh masuk, Kak Nora tolah pintu dan melangkah masuk dahulu kemudian aku ikut dari belakang.“Dato’ saya nak kekalkan pembantu baru saya, hari ni mula kerja.”“Assalamualaikum Dato’ nama saya Amani Sufi. Terima kasih terima saya bekerja di sini,” umatku sambil angkat muka pandang wajah bos aku.Mulut aku terlopong. Ni lelaki yang aku terjumpa dekat surau tadi. Dia hulur senyum sambil angguk.Ini Dato’ Z?Biar betul?Segala tanggapan buruk aku dah berhampiran lari. Takkanlah seorang lelaki wajah berseri dengan air wuduk seorang lelaki baran? Senyuman pula ikhlas. Aku pandang dia tak berkelip.Ehemmm...Kak Nora cubit aku. Dia jeling geram dengan sikap tak malu aku ni.Aku tersedar. YA ALLAH malunya.. boleh pulak aku terlepas laku depan bos sendiri. Muka aku tika ini mesti dah merah padam. Itulah siapa suruh renung bos sendiri. Walaupun dia duda terhangat sekalipun, patutnya aku ni pandai kawal diri. Jangan jadi kmaca gadis diluar sana.“Ma... maafkan saya. Saya tak kenal Dato’ kat surau tadi.”Dato’ Z sengih.“Saya lagi suka orang tak kenal saya. Lagipun saya bukannya artis terkenal.”Aku terdiam. Tak lama selepas itu Kak Nora tarik tangan aku keluar.“Kau ni memalukan Kak Nora lah. Terlopong macam tak pernah tengok lelaki tu kenapa? Buang tebiat?”“Bukanlah kak. Saya pun tak sedar pun dok renung dia. Tadi masa dekat surau saya terjumpa dia. Dia tegur saya tanya staff baru ke sebab tak pernah nampak saya. Saya pulak tak cam pun dia padahal dah pernah tengok gambar dia dalam facebook.”“Kak Nora terima alasan kau. Tapi selepas ni bersikap memalukan diri sendiri lagi. Kena kawal diri tu. Lagipun kau kena sedar diri jangan berangan nak jadi girlfriend atau bini dia.”Aku sengih sambil garu kepala. Tak terlintas langsung dalam kotak minda aku ni. Tadi tu aku kagum dengan keindahan ciptaan tuhan. Tak lebih dari itu. Titik.Part 3Telah sebulan aku jadi pembantu Kak Nora. Sebulan juga setiap hari aku akan dengar suara Dato’ Z mengaji ketika sedang tunggu waktu zuhur. Aku sejak dengar suara Dato’ Z mengaji telah jatuh rindu dengan suara itu. Setiap hari aku tak lepaskan peluang untuk mendengarnya. Walaupun ada ketikanya juga Dato’ Z ada temujanji dekat luar. Ini rahsia aku dan tidak ada sesiapa pun yang tahu. Aku juga pastikan Dato’ Z tidak tahu aku selalu tunggu dia mengaji.Aku duduk diam-diam dalam surau. Sandal aku pun letak dalam sebab tak nak tertangkap basah. Lepas aku pastikan dia dah pergi baru aku keluar.Hari ini entah apa yang malangnya, aku dah pastikan dia telah pergi sebelum aku keluar. Tapi sebaik sahaja aku sauk sandal aku, dia santai bersandar di dinding sebelah bahu sambil pandang aku. Tangannya di masukkan ke dalam poket seluar. Tak berkelip aku lihat wajah bersihnya. Masih ada bekas wuduk di situ.Sedar aku tenung duda hot a.k.a bos aku sendiri, aku cepat tunduk. Malu makin bertepek tebal. Sebulan ni aku kerja dengannya, memang aku elak masuk bilik dia semasa dia ada. Air kopinya aku siap-siap sediakan sebaik sahaja Adila, penyambut tetamu di bawah intercom bagitahu.Kak Nora pelik juga mula-mula tu. Kenapa takut dengan bos sendiri. Aku cakap, aku malu dengan lepas laku aku semasa pertemuan pertama dulu. Jadinya segala keperluan bos aku tu, aku siapkan awal-awal. Segala laporan yang dia nak, aku siapkan awal-awal dan Kak Nora semak. Jadi Kak Nora juga yang akan bawa jumpa dia. Aku berjaya jadi orang belakang tabir selama ini. Yeah.. kejayaan yang agak membanggakan kerana aku berjaya mengelak dari berjumpanya.Tapi hari ini, ibaratnya sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Dia betulkan kedudukan. Tegak berdiri dan tangan tetap seluk poket seluar.“Jadi awaklah orangnya?”Aku kerut dahi tak faham. Adakah dia tahu aku ni pencuri dengar dia mengaji?“Tunggu dan dengar saya mengaji sejak sebulan lepas.”Macam buah kelapa jatuh dalam laut pulak aku rasa tika ni. Hampir tenggalam tapi masih mampu timbul untuk bernafas. Itulah ibaratnya hati aku ni sekarang.“Maafkan saya Dato’ lainkali saya tak buat lagi.”“Saya tak marah. Saya hanya nak tahu siapa dia sebab saya tahu ada orang di sebalik tirai tu. Lainkali kita boleh mengaji sama-sama.”Apa? Cari nahas. Baik tak payah.Aku cepat-cepat geleng kepala.“Terima kasih atas tawaran Dato’ tu, saya hargai tapi rasanya tak manislah berdua dalam surau walaupun dengan niat nak mengaji. Dapatkan pahala.”“Saya minta maaf. Saya memang tak patut curi dengar Dato’ mengaji.” setelah berkata, aku melangkah cepat-cepat meninggalkannya sebelum dia cakap apa-apa lagi.Seram dan malu. Uwaaa... padam muka aku ni.Part 4Aku pelik. Dengar ceritanya Dato’ Z ni baran orangnya. Sampaikan pukul isteri sampai lebam-lebam hingga mereka bercerai berai. Tapi realiti di depan aku, dia seorang yang tenang walaupun wajahnya jarang sangat nak senyum kat orang.“Sufi, hari ni awak ikut Dato’ pergi mahkamah,” arah Kak Nora.“Buat apa kak?” tanya aku blur. Apa kes pulak aku kena ikut ke mahkamah ni. Tempat yang paling aku phobia dan hari ni sekali.“Temankan dia. Hari ni rasanya dia dapat bawak balik anaknya untuk satu malam.”Aku pandang kak Nora. Tak faham peranan aku di situ.Kak Nora pandang aku. Kemudian dia mengeluh.“Sepatutnya kak Nora yang kena ikut. Tapi hari ni Kak Nora rasa kena MC. period pain ni,” ujar kak Nora.Aku memang perasan mukanya pucat. Sesekali dahinya berkerut tahan sakit.“Kak Nora ada endrometriosis. Sakit melampau sebelum period.”“Endromatriosis tu apa?” Soalku, tak faham. Pertama kaki dengar perkataan itu. Tergeliat lidah nak menyebutnya.“Lebih kurang macam cyst jugak, ada dot dot atau darah beku dekat kilang telur menyebabkan ovari matang tak boleh nak keluar. Kalau ikut normal, lapisan darah tu akan gugur bila period, macam kes ni ada darah yang tak gugur dan melekat di situ. Jadi akan menyebabkan sakit.”Okey. Aku angguk faham.“Sufi, cepat turun. Dato’ dah tunggu dekat bawah,” arah Kak Nora.Tanpa kata, aku ambil beg tangan yang baru aku letakkan di atas meja dan bergegas ke lif.“Sufi bos tunggu dah ada dekat luar sana,” bagitahu Amira, penyambut tetamu Kenanga Automobile Sdn Bhd ini.“Terima kasih Mira.”Sebaik sahaja aku keluar, hon kereta kedengaran. Aku pandang depan, cermin kereta diturunkan, terjengul kepala Dato’Z.“Cepat naik. Kalau tak lambat kita sampai.”Aku dah tergamam. Naik kereta Ferrari Kuning ni? Berdiri bulu roma aku. Tak pernah sehayat aku bernafas di dunia ini bermimpi nak naik kereta mewah ni.“Cepat!” Gesanya lagi.Pantas aku tarik pintu yang telah dibuka dari dalam. Terus menyelinap duduk. Tak sempat nak pakai tali pinggang kereta dah mengaum keluar dari perkarangan Menara Kenanga. Aku pegang kuat-kuat tali pinggang. Kecut perut bila Dato’ Z pamerkan skill memandunya. Terpejam celik mataku bila dia mencelah di celah-celah kesesakan jalanraya.“Boleh tak Dato’ perlahan sikit bawak kereta. Saya takutlah,” bagitahuku.Dato’ Z pandang aku sekilas, jarum meter mula menurun sedikit tapi masih lagi dalam tahap laju.“Saya cekap bawa kereta. Jangan risau. Awak selamat dengan saya,” ujar Dato’ Z.“Malang tak berbau Dato’. Bila Allah Taala nak jadi sebab, walau cekap mana pun Dato’ tetap terjadi juga. Bila terjadi saya tak naklah tubuh saya ni berkecai.” Ahh.. bantailah cakap apa-apa pun. Biar Dato’ ni faham. Aku ni dah lah penakut. Sebab penakut punya pasallah ujian memandu aku dah masuk 4 kali, gagal.Dato’ Z tersentap dengar kataku. Tapi dia cepat cover dengan ketawanya. Terpaku sekejap aku bila dengar dia ketawa. Macho habis. Hati aku ni pun gatal lak, tersyok bos sendiri.Lama kelamaan aku dapat rasakan kelajuan kereta semakin perlahan. Aku mengeluh lega. Tangan yang genggam tali pinggang tadi aku lepas perlahan. Baru dapat pandang ke luar tingkap. Perhati keadaan jalan yang sesak ini. Biasalah masa kemuncak kenderaan di atas jalan raya. Masing-masing nak cepat sampai ke destinasi.“Ada lesen?” tiba-tiba Dato’ Z bertanya.“Hah.. Tak ada.”“Aik.. umur awak dah 23 tahun, tak ambil lesen lagi?” soalnya dengan kening ternaik.“Ambil tapi gagal. Dah 4 kali.”Aku lihat Dato’ Z ketap bibir tahan sengih. Mesti kelakar dia dengar. Ambil ujian memandu sampai 4 kali tak pas-pas lagi.“Dato’ nak gelak pun saya tak kisahlah. Memang saya ni penakut. Parking dan naik bukit saya lepas tapi bila bab jalan raya saya gagal sebab takut. Macam-macam dalam kepala saya bila bawak kereta atas jalan. Selisih dengan lori, saya pejam mata. Takut.”“Oit.. Bahaya tu. Mana boleh pejam mata bila bawa kereta. Tu nak bunuh diri namanya,” cepat-cepat Dato’ Z balas,“Terasa macam lori nak langgar saya,” luahku.Dato’ Z geleng kepala.“Lepas ni saya ajar awak bawa kereta, biar berani sikit.”“Tak nak!” Cepat aku menjawab. Nak gila Dato’ Z nak ajar aku pandu kereta. Dia bawa kereta pun aku dah takut.“Kenapa pulak?”“Saya tak nak mati kemalangan dato’”Kah.. kah... Terus Dato’ Z ketawakan aku.Lantaklah. Janji aku cakap apa yang aku rasa.******Yang ni tak ada ending... korang boleh karang ending sendiri.. Mana tahu boleh bagi idea kepada saya nak tamatkan cerita ni







Boleh follow pages penulis di facebook https://www.facebook.com/fantasicerit... Instagram; shima.rostambs Jika sukakan cerita di sini boleh share link di medsoc masing-masing.. Terima kasih di atas sokongan.Terima kasih kerana sudi membaca. Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang.. Sayang semua!!! :)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 12, 2022 23:27