Othman Talib's Blog
January 8, 2021
Tajuk 1824 - Kisah saya di BLOG MENDELEY
Saya dan Mendeley tak dapat dipisahkan sejak mengunakan versi beta pada 2009 dan menjadi orang pertama memperkenalkannya dalam dunia PG keseluruh negara. Mendeley yang diambil dari nama Mendeleyev, bapa Jadual Berkala Moden, adalah elemen utama dalam bidang saya, Kimia.
Saya juga telah dibawa ke Seoul utk bertemu Vice President Mendeley lalu mewakili Mendeley dalam satu demonstrasi di sana pada 2015. Kisah saya muncul di BLOG MENDELEY pada tahun yang sama spt video berikut.
OT
Link : https://www.youtube.com/watch?v=ljiXLku8GH4&feature=share&fbclid=IwAR2l_Kb1stEGyXIyIaygdX1rWc2RxKNClcL74YWSPUop0EXanHAWBHHw4TA
Othman Talib
http://drotspss.blogspot.com/
Saya juga telah dibawa ke Seoul utk bertemu Vice President Mendeley lalu mewakili Mendeley dalam satu demonstrasi di sana pada 2015. Kisah saya muncul di BLOG MENDELEY pada tahun yang sama spt video berikut.
OT
Link : https://www.youtube.com/watch?v=ljiXLku8GH4&feature=share&fbclid=IwAR2l_Kb1stEGyXIyIaygdX1rWc2RxKNClcL74YWSPUop0EXanHAWBHHw4TA

http://drotspss.blogspot.com/
Published on January 08, 2021 23:35
Tajuk 1823 - Kempen 1000 subcribers..
Situasi berkurung mberi ruang utk aku memulakan Youtube Channel. Target 1000 tu boleh tercapai jika followers dan rakan FB masih aktif utk SUBCRIBE dan share. Seramai 588 yg dah subscribed.. I

Link: https://www.youtube.com/c/OthmanTalib_OT?fbclid=IwAR3ddnUY5kxAh8OhC_evBybg0juOff5N9CK8X0gelfglZaK9tZrVAwWL_iM
OTOthman Talib
http://drotspss.blogspot.com/
Published on January 08, 2021 23:33
Tajuk 1822 - Theoretical ke conceptual framework dan methodology !
Anda fahami video ini secara explisit dan aplikasikan dalam konteks kajian anda. Bahan ini saya sesuaikan dari theoretical dan conceptual framework kajian Nor Tutiaini.
Salam sayang.. SHARE dan SUBCRIBE !
OT
Link : https://www.youtube.com/watch?v=ixaa040fO4I&feature=share&fbclid=IwAR2-YrUnw6Zu2Me_yNaDaJjHzB9anlPrsv-JCFKWdf5MQA5LU_X95Ox5d1E

Othman Talib
http://drotspss.blogspot.com/
Published on January 08, 2021 23:31
Tajuk 1821 - Wajib subcribe..
Tak subcribe tak nak kawan...
Berikut aku senaraikan dulu 50 subcribers Channel Youtube aku. Tahniah kepada semua 507 subcribers sehingga pagi ini. Terima kasih.
OT

Othman Talib
http://drotspss.blogspot.com/
Published on January 08, 2021 23:29
Tajuk 1820 - Multistage sampling yg popular
Multistage Sampling... teknik asas !
Jgn ni pun tak tahu..
OT
Link : https://www.youtube.com/watch?v=EUr_1pU0myc&feature=share&fbclid=IwAR0xqjz_z9OC5D7dHsdteYfj1lUIOiJ5ejouZI5KzAGKGMI9uKjXzVjWQMg

Othman Talib
http://drotspss.blogspot.com/
Published on January 08, 2021 23:28
Tajuk 1819 - Simplistic !
Sifir 'orang kita' sangat mudah. Ada pangkat orang itu hebat.. ada duit orang itu hebat dan ada jawatan... dia juga hebat..
1. Kalau thesis... ada data kajian tu hebat.. kalau data berceranggah lagilah dasat... kalau susah nak faham... konpom maqam terangkat..
2. Kalau hantar proposal 5 pages, lom baca dah kena sergah. Kalau 50 pages... barulah gah...
3. Orang sains akan memandang sinis orang sosial sains dan orang quantitative memandang semacam orang qualitative.
Tak caya dan nak nafikan?
Terserah dan tiada masalah. Ini bukan kajian dgn data empirikal pun. Nak buat generalisasipun tak lepas. Ia sekadar pandangan peribadi dari pengalaman hidup sebagai 'orang sains dan orang sosial sains'... yang berkesempatan belajar dan menjelajah dalam dan luar negara.
Itu sahaja.
OT

Othman Talib
http://drotspss.blogspot.com/
Published on January 08, 2021 23:25
Tajuk 1818 - Analisis Artikel.. Pls Share..
1. Menganalisis artikel satu yg perlu dikuasai oleh PG. Ia bukan mudah bagi yg baru utk bermula.. jika tiada panduan... apatah lagi PG yg lansung tak pernah publish artikel. Skit2 suruh analisis artikel.. entah apa yg nk dianalisis tak plak dijelaskan (foto 1).
2. Analisis artikel bukan hanya cari kekuatan.. kelemahan.. dahlah PG pun tak tahu apa yg kuat dan apa yg lemah.
3. Aku cadangkan .... utk PG merujuk kpd template AOT aku (foto 2) dgn 20 perkara yg perlu ada dlm artikel dan komen 20 elemen ini. Contohnya... adakah artikel menyatakn reka bentuk kajian dan boleh tak reka bentuk mjawab persoalan kajian. At least tak adalah terkial2 apa nk di analisis...

OT


Othman Talib
http://drotspss.blogspot.com/
Published on January 08, 2021 23:24
Tajuk 1817 - Subscribe youtube channel saya...
Terima kasih sayang...
Tqvm kpd 311 yg dah subscribe youtube channel saya... dan tentunya saya target semua followers saya sbg subscriber utk berkongsi apa shj dlm dunia PG. Yang belum.. silalah subscribe..

Link: https://www.youtube.com/c/OthmanTalib_OT?fbclid=IwAR1KBn9A27vMdTui66USe_rfaShLsacVDuwKt5FDtTmIpDjf9twFh4uX1r0

Othman Talib
http://drotspss.blogspot.com/
Published on January 08, 2021 23:21
Tajuk 1816 - ROTx - Mudah je nak perlekehkan Proposal PG (#3)
Muqaddimah:
Tujuan utama proposal bukan utk siapkan tesis tetapi utk MULAKAN KAJIAN dengan menyemak researchability dan untuk memulakan pembacaan yang lebih MENDALAM.
1. Proposal TAK PERLUKAN CHAPTERS sebagaimana kajian pun tak perlukan chapter. Kajian hanya perlukan tajuk.. pernyataan masaalah.. RO.. RQ.. methodology dan maybe gantt chart. Masa present PD dan VIVA pun kita present kajian, bukan by chapters.
2. Bila proposal disibukkan dgn 3 chapters yang tebal maka kecohlah pulak kenapa PG tak menyediakan proposal yg jelas dan 'berkesinambungan'. Masing-masing dgn wajah kehairanan, kenapa lah PG 'bengap' sangat sedang bukan itu caranya PG patut menyediakan proposal.
3. Proposal juga disibukkan dengan gap itu dan gap ini, melebihi keperluan kajian, sedang itu hanya satu pendekatan yang dianuti sebahagian old school yang 'percaya kepada kelompongan' dalam sosial sains, sedang yang lebih universal adalah problematization yang merangkumi juga extension, integration, innovation dan creation.
4. Proposal perlu menonjolkan 'contribution' (spt contoh ROTx) yang dapat disusuri dari awal hingga akhir proposal
5. PG dimangsakan dengan membuang banyak masa utk pastikan proposal lengkap dgn kerja-kerja editing, revision yang kadang-kadang berubah sana sini tak abis-abis sedang ia masih subject to change.
6. Kajian bersifat HEURISTIC dgn ill-structured problematic, maka ia terdedah dgn komentar yang pelbagai fahaman, maka sayugia ia disediakan dalam bentuk proposal yang ringkas tapi lengkap utk kurangkan isu PG demotivated dijadikan bola ditendang ke sana sini dari awal sehingga VIVA.
7. Kenapa PG kat obersi boleh hasilkan kajian yang hebat2 hanya dengan proposal 5 muka surat sedang PG kita terkial-terkial macam tak larat wpun berbekal proposal 50 muka surat yang sarat?
8. Pemahaman asas PG akan jelas dengan proposal yang ringkas dan dapat dilihat kesinambungannya, baru diikuti selepas itu dengan pembacaan lanjut untuk pemahaman yang mendalam, susah ke nak faham?
9. Proposal adalah blueprint aka kerangka kajian keseluruhan, maka ia mesti dilihat sebagai rangka utk dinilai kekukuhan rangka tersebut, bukan ketebalannya.
10. Saya dah cuba bantu PG yang belajar di obersi menyediakan asas rangka ini... dari FROT ke ROT ke ROTplus (kini ada ROTx) then selepas 3 dan 4 tahun, mereka berjaya dgn kajian yang hebat ! Ada apa masalah?
OTOthman Talib
http://drotspss.blogspot.com/
Published on January 08, 2021 23:19
Tajuk 1815 - ROTx - Templat keajaipan ! (#1)
1. SV dan panel sering mengeluh kerana tidak nampak kesinambungan kajian anda, dari Pernyataan Masalah.. RQ, Hipotesis, RO hingga kepada metodologi. Bukan itu sahaja, terminologi yang digunakan juga berubah-ubah sehingga memeningkan kepala.
2. Satu puncanya kerana anda masih novis, sedang diminta pula menyediakan proposal 3 chapters yang tebal sehingga semuanya menjadi kacau bilau dan membuang banyak masa PG.
3. Inilah yang tidak berlaku dalam sistem penyediaan proposal di obersi, yang hanya memerlukan proposal spt ROT.
4. Percayalah, proposal perlu ringkas untuk memudahkan PG menyediakan cadangan kajian yang lengkap dan eksplisit.
OT
Link :
https://www.youtube.com/watch?v=QdfVM1MDYbc&feature=share&fbclid=IwAR16mVwxk82HWuVDtEL-UgzgcjEyAdwYO0hGRYA33ZB-VSbiirgBVXMSLFYOthman Talib
http://drotspss.blogspot.com/
2. Satu puncanya kerana anda masih novis, sedang diminta pula menyediakan proposal 3 chapters yang tebal sehingga semuanya menjadi kacau bilau dan membuang banyak masa PG.
3. Inilah yang tidak berlaku dalam sistem penyediaan proposal di obersi, yang hanya memerlukan proposal spt ROT.
4. Percayalah, proposal perlu ringkas untuk memudahkan PG menyediakan cadangan kajian yang lengkap dan eksplisit.
OT
Link :
https://www.youtube.com/watch?v=QdfVM1MDYbc&feature=share&fbclid=IwAR16mVwxk82HWuVDtEL-UgzgcjEyAdwYO0hGRYA33ZB-VSbiirgBVXMSLFYOthman Talib
http://drotspss.blogspot.com/
Published on January 08, 2021 23:18
Othman Talib's Blog
- Othman Talib's profile
- 10 followers
Othman Talib isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.
