Shamien Basit's Blog

June 4, 2019

PENGUMUMAN



Blog ini telah berpindah ke site baharu seperti yang tertera. Boleh click pada link di bawah untuk pembacaan terkini.
Stars and Dandelions

Group juga telah bertukar ke alamat Facebook yang baharu seperti di bawah. Boleh join group melalui link tertera.
Facebook Group: Stars And Dandelions

Regards,

Shamien Basit.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 04, 2019 07:42

April 10, 2017

Hye there, lovelies! I seriously do not know who're still...


Hye there, lovelies! I seriously do not know who're still reading this blog. But anyways, as usual, my every achievement, I'll update here too because this is my roots.

After a long hiatus, I've managed to come up with a new book. This one is a bit special to me because it's a standalone series from Bidadara The Series. 
Presenting, Book #1 : GIO

This is a very light read. So to those who'd want to destress after a long, tiring weak, this is your kind of reading material. Like the cover, Gio *the hero* is one sweet guy and with the heroin, he is waaaay sweeter.

This book is being published under Penerbitan BesQ but I too am taking the online orders. So, if you are reading this and you feel like getting a copy, you can reach me through : 
Facebook:  https://www.facebook.com/shamien.a.basit
Instagram: https://www.instagram.com/shamienbasit_
Whatsapp : +60139460291
P/S: If not, you can always drop by BesQ's booth during PBAKL end of this month and get your copy!

To be noted, this book is a special edition and will not be in the bookstores. Once it's sold out, there will be no republishing it again. So you might wanna hurry and book yours now.
A/N -Teasers are available here :  https://www.facebook.com/groups/lalalandreaders/

Check out the online pricing. The price shown is including postage for online orders. Originally, it's RM25 (sm) / RM28 (ss)




You also can order the other  three BesQ books with me. Pricing as stated below.  [image error]
We also have special offers for you until 26/4/2017. Might wanna hurry and book your copies now! That's all from me!



 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 10, 2017 06:08

May 30, 2015

Cerpen : Epal ( Kerana Rayyan Tribute)


TANGAN rancak bermain dengan kubik.            "Sometimes...I feel like I want out of this life." Rayyan berkata tenang. Mata masih fokus pada kubik di tangan.            "You can't run from wanting out, Ray. Trust me, saya doktor, I got paid less than my energy burnt doing shifts and rounds. " Adryan tersenyum senget, tangan laju merampas kubik pada tangan Rayyan. Jari-jemarinya lancar memadankan sisi-sisi kubik tersebut, dan di bawah masa seminit...setiap sisi kubik tersebut sudah tersusun mengikut kod warnanya.            "Tapi ingat, once you are out of this life, there's no way getting back here."            Kubik dilempar pada Rayyan. Senyum senget masih terhias di bibir. Dia dapat mendengar Rayyan menarik nafas dalam-dalam.
Tough kid...lots of money, lacks of love.            "I know..."            "Here. Saya share sedikit dengan awak. Macam kubik ni...hidup kita ada pelbagai sisi. Kalau awak rasa sisi ini tak bagus, sadistic yadayada...jump to the next angle. Dieing wont solve anything. Sekurang-kurangnya, bila awak pandang dari sisi lain, awak view hidup ni dengan kaca mata yang baru. Get it?"            Rayyan mengangguk. Matanya kembali dipejam. Kubik di tangan digenggam erat. Adryan yang memandang, mengeluh.            Kalaulah dia ada di tempat gadis muda itu...dia juga yakin dia akan rasakan sedemikian. Lumpuh, tidak bermaya, tidak mampu berbuat apa-apa. Hanya menjadi beban kepada orang sekeliling.            “Saya janji saya akan bantu awak, Rayyan...”tekadnya di dalam hati. Ya, dia ingin membantu gadis malang ini.
You know it can get hard sometimes
It is the only thing that makes us feel alive…

MATA dipejam rapat sambil telinga berdentum dengan suara Ed Sheeran. Bantal di sisi ditarik dan dibawa ke dada. Tanpa dipinta, setitis air mata mengalir ke atas bantalnya. Beberapa saat kemudian, titisan tersebut menjadi cucuran. Buku lima dikepal dan dibawa ke bibir, digigit perlahan...cuba menahan esakan yang mula menghantui segenap ruangan bilik itu.            Mindanya kembali mengulang tayang perkataan yang sepatutnya sudah sebati di dalam dirinya. Ayat yang telah meragut senyuman serta harapan yang ada di dalam dirinya. Titik hitam yang menjadi permulaan hidup ‘barunya’ ini.            “Tengku...Rayyan dah sedar, good thing is, dia tak ada amnesia.” ‘Tengku’ yang digelar doktor itu culas memandang ke arahnya. Dalam beberapa saat, Tengku yang juga ‘papa’nya sudah berada di sisi katil.             Mahu tidak mahu, Rayyan mengalihkan pandangan. Mata menekur selimut berwarna koko itu. Tangan juga kuat menggenggam cadar katilnya.            “The bad news, however...” Doktor muda itu mencelah. Suaranya jelas menggambarkan dia seorang tegas, walaupun masih muda.            Pandangan papanya sudah kembali bertemu dengan mata doktor muda yang jelas lebih tinggi dan sasa dari papanya.            Tiada senyuman pada raut doktor tersebut.            “Say it, Adryan. Say it as it is.” Tegas suara papanya.Adryan mengangguk sekali. Fail di tangan dibuka, kemudian ditutup kembali.Rayyan masih menekur selimutnya. Tahu apa yang bakal dikatakan Dr. Adryan kepada papanya tika itu.            “Rayyan disahkan lumpuh pada kedua-dua belah kakinya.”Rayyan dapat rasakan air matanya mengalir. Sungguh, ujian kali ini amat berat baginya. Di saat dia mahu pulihkan situasi keluarganya, ujian ini menimpa. Di saat papanya ingin menerima kehadirannya, dia sudah terlantar di hospital.            Sepanjang hayat dia,inilah ujian yang terbesar. Hakikatnya, dia bukan dari keluarga yang bahagia. Ketika dia kecil, papanya sangkakan dia anak luar nikah. Dia dihalau keluar bersama ibunya. Dia terpisah dari abangnya.            Beberapa tahun kemudian, rahsia terbongkar. Dia masih anak yang sah, bukan salah mamanya semua ini berlaku. Bukan salah sesiapa, Cuma perselisihan faham antara pasangan suami isteri. Namun, hakikatnya, apabila papanya kembali menerimanya, papanya sudah mempunyai isteri baharu. Ya, dia ada mak tiri. Ada adik tiri. Dan hatinya sangat terbelah bahagi melihat kasih sayang papanya kepada si adik tiri tidak setanding dengan kasih sayang yang dinafikannya bertahun-tahun dahulu.Walaubagaimanapun, mamanya tidak kisah bermadu. Dia pun tidak kisah ada mak tiri, asalkan papanya masih sanggup menerimanya sebagai anak yang sah. Dari kecil, dia dahagakan kasih sayang seorang ayah. Dia inginkan sebuah keluarga yang sempurna, tidak mengapa ada dua emak sekalipun...dia tidak kisah, asalkan papanya dapat sayangkannya sebagaimana dia menyayangi papanya.Tetapi, di saat dia ingin meraih kasih sayang tersebut...dia kemalangan. Dia cuba menyelamatkan adik tirinya dari dilanggar, dan lihatlah sekarang...a twist of plot...dia pula yang tersadai di atas katil hospital ini.Dia yang lumpuh..Dia yang sentiasa malang...“Rayyan...” Dia mengangkat kepalanya. Mata bertemu dengan sepasang mata coklat milik Tengku Aidi Zafran. Kalau dahulu dia sanggup gadaikan apa-apa sahaja, agar papanya lihat dia sebegini...namun sekarang, dia rasa kosong.Kenapa sekarang baru papanya ingin jadi prihatin? Kenapa tidak sebelum ini?“Ray...anak papa...”Zup! Rayyan terus terkaku di situ. Kalau dahulu dia ingin sangat menjadi ‘anak’ kepada papanya ini, namun sekarang...segala-galanya berbeza.“I want to be alone,”katanya senada.Riak muka Tengku Aidi Zafran tika itu sungguh tidak disangka. Dia terkelu sendiri. Namun, mengenangkan si anak yang sudah tempuhi banyak dugaan, dia turutkan juga.Lambat-lambat, dia mengheret kakinya untuk keluar dari bilik itu.Rayyan mengeluh berat setelah bayangan papanya hilang dari ekor mata. Kejam, ya...dia tahu dia kejam. Namun dia tidak mahukan sebarang simpati dari papanya tika itu. Apa yang dia mahukan adalah kasih sayang dari seorang ayah, bukannya simpati.Adryan yang melihat Rayyan yang sudah zoned out itu berdeham kuat. Apabila Rayyan memandangnya, dia bercekak pinggang.“Apa jua masalah awak dengan dia...dia masih ayah awak.”Rayyan mengetap bibirnya. Kata-kata Dr. Adryan itu menusuk hatinya sendiri. Lama kemudian, dia tersenyum sinis.“Ayah? Twenty-two years ago, dia tak mengaku saya ni anak dia. Saya baru kenal dia setahun...baru hari ini dia akui yang dia ayah saya...baru hari ini dia cakap saya anak dia...”Rayyan menikam mata Adryan. Senyum sinis masih terhias di bibir.“Incase you missed the memo, I want to be alone.”Lagi sekali dia tegaskan kepada doktor muda tersebut. Doktor Adryan sekadar membalas senyuman sinis ke arahnya. Dia melangkah ke arah pintu, namun sebelum dia menutup pintu tersebut, sempat lagi dia lontarkan jawapan yang membakar hati Rayyan.“Sepatutnya, orang yang baru sedar dari koma macam awak ni, sedar apa yang penting dalam hidup ni. Manusia tidak boleh lari dari kesilapan, belajar cara nak memaafkan orang. Jangan sibuk nak jaga ego tu.”Pap!Baru sahaja Rayyan ingin membalas, pintu sudah ditutup. Kalaulah dia boleh gerakkan kakinya, sudah pasti dia akan menghentak-hentak lantai ini. Namun apakan daya, lumpuh.Tangan terus mencapai sebiji bantal dan dicampakkan kuat ke arah pintu.“Ini bukan pasal ego, ini pasal hati!”Sesaat kemudian, tubir matanya sudah terasa panas. Bibir dikemam ketat.It was never about ego...it is about my heart. Gumamnya di dalam hati. Pilu, sendu...Esakan terlepas jua.“Siapa yang mampu tahan kalau ayah sendiri buat anaknya seakan-akan tidak wujud selama ini? Cakap senanglah...cuba rasa sendiri. Pedih, tahu...pedih. Ya Allah...”Rayyan menarik sebiji lagi bantal dari bawah kepalanya dan ditekap ke muka.Sungguh, dia sedih sangat-sangat tika ini. Ray sayangkan papa, tapi kenapa baru sekarang papa nak kisahkan Ray...kenapa bila Ray dah tak berdaya baru papa tunjuk yang papa ni prihatin?Sebak dadanya tika itu. Persoalan demi persoalan membuatkan dia penat untuk berfikir. Sedikit demi sedikit, dia rasakan dirinya sudah hilang disebalik tragedi ini. Tiada lagi kasih sayang buatnya, hanyalah simpati...“Rayyan Azalea...” suara garau tersebut memanggilnya. Sebelah earphoneditarik keluar.Rayyan terus membuka matanya. Segala memori tadi kembali bersepai apabila matanya memandang wajah kacak di hadapannya kini.“Bangun pun...time for your therapy session.” Rayyan mendengus kasar. Bosan dengan rutin barunya ini. Kalau dah lumpuh tu, lumpuhlah. Doktor ni sendiri kata yang potensi dia nak elok balik tu sangat tipis, habis tu apa gunanya dia bertherapy sesion bagai ni?Macam pointless!“Bangun...awak ingat saya ni tak ada pesakit lain ke tuan puteri?” Adryan berkata sinis. Sungguh dia tidak ada masa nak bercakap elok-elok dengan budak baru lepas akhil baligh yang ada masalah hormon macam si Rayyan ni.Muka tu masam. Kalau asam jawa tengok pun mesti menangis! Tak pernah nak senyum, tak pernah nak cakap elok-elok...Moody! Orang lain pun lumpuh juga, tapi tak adalah sampai bermusuhan dengan dunia ni.Teenagers!“Baguslah awak ada pesakit lain. Saya pun tak adalah seronok sangat jadi pesakit awak ni. Apa kata awak pergi rawat pesakit awak yang lain tu, Dr. Adryan.” Sinis sekali Rayyan mencantas.Rambutnya disisip ke belakang telinga. Tangan kembali menyumbat earphone ke lubang telinga.Namun, sebelum sempat dia menekan butang ‘Play’, earphone, sekali dengan MP3nya sekali dirampas kasar.“Hey!”Dia menjerkah Adryan, yang sudah tayang muka marah. Rayyan mendengus kasar. Apa si Adryan ni ingat kalau tayang muka marah tu...dia akan kecut? Tolonglah...yang mudah kecut adalah dia sebelum lumpuh. Sekarang ini...tidak lagi. “You brat! Dengar sini...aku dah tak tahan dengan perangai mengada kau ni.” Adryan meletup di situ.Rayyan menegakkan badannya. Matanya masih berlaga dengan mata Adryan.“Baguslah! Aku pun tak tahan dah dengan kau. Leave-me ALONE!” suara Rayyan sudah naik seoktaf.Api di dada Adryan semakin marak. Sungguh, dia sudah tidak mampu bertahan dengan perangai sejuk beku si Rayyan ini. Bikin panas hati!“Aku akan biarkan kau bila kau dengar cakap aku. Get up and get into the wheelchair.”Rayyan masih berdegil. Giginya sudah diketap kemas.“Apa? Tak cukup dengan aku lumpuh, kau nak suruh aku naik kerusi roda pula?”Adryan menarik nafas dalam-dalam dan beristighfar. Stetoskop di leher ditarik dan disisip ke dalam poket.Rayyan di atas katil dipandang kecil besar. Seumur tiga puluh tahun dia berkhidmat, tidak pernah lagi dia jadi lost controlmacam ini. Tangan yang memegang stetoskop di dalam poket digenggam kemas.“Fine. Do as you wish...” Adryan mengalah. Kalau orang tak mahu dengar kata, sah-sah dia buang masa dengan Rayyan.Dari minggu lepas sepatutnya Rayyan memulakan sesi terapinya, namun hingga ke hari ini, tiada satu pun progres. Adryan melangkah pergi. Lagi lama dia di sini, dengan budak degil bernama Rayyan ni...lagi tipis kesabarannya.Rayyan terus menjadi histeria apabila Adryan tidak menjawab balik. Dia rasa ingin menangis.Bantal diambil dan di campak ke lantai. Tangan mencapai gelas air, dan gelas air tersebut di baling ke lantai.“Baguslah, semua orang tinggalkan Rayyan. Semua tak suka Rayyan. I’m the bad person. I can’t help myself. I’m invalid!”Pedih telinga Adryan mendengar bentakan dari Rayyan, namun dia masih menonong ke muka pintu. Buat apa nak duduk sebilik dengan orang yang sah-sah sudah berputus asa.“Look Dr Adryan. Aku boleh jalan balik, tak perlu kau tolong pun lah!”Rayyan menarik kakinya dengan kasar. Kakinya yang dia tidak mampu gerakkan itu dilepaskan ke lantai. Apabila matanya lihat kakinya sudah berada di atas lantai, dia cuba bangkit cepat-cepat.Namun...dia tidak mampu rasakan apa-apa pada kakinya. Sah-sah kakinya tidak mampu menampung berat badan bahagian atas. Sebalik berdiri, Rayyan jatuh tersungkur ke lantai.Adryan yang mendengar bunyi orang jatuh itu lekas memandang ke belakang. Seluruh darahnya turun ke kaki apabila melihat Rayyan yang sudah meniarap di lantai.Gadis itu sedang menangis teresak-esak. Ibarat orang kurang waras...Tidak dapat dinafikan, Adryan turut terasa sayu dengan dugaan yang sedang dilalui gadis muda tersebut.Dia mendapatkan Rayyan dan diangkatnya gadis itu ke katil. Rayyan yang sedang menunduk, yang masih menangis hiba itu dipandang penuh simpati.Bahu Rayyan ditepuk-tepuk perlahan...“Semua tinggalkan Rayyan...bila Rayyan dah ada di sini...boleh kira dengan jari sahaja berapa kali mereka lawat Rayyan...kalau dulu papa yang hiraukan Rayyan...sekarang mama, abang, Isya...semua lupakan Rayyan...”Tanpa dipinta, Rayyan meluahkan rasa hatinya. Adryan yang mendengar, mengeluh. Dia berpaling ke arah Rayyan, tangan menarik dagu gadis itu supaya memandangnya.Apabila Rayyang memandangnya...dia menggelengkan kepala.“Kalau mereka datang, Rayyan suruh mereka keluar.”“They should try harder then...”“Rayyan...you are making it hard for them.”Rayyan tersedu. Matanya dialihkan ke tempat lain apabila kata-kata Adryan itu memang ternyata benar.“Saya cuma tak nak mereka bersimpati...”Kejujuran Rayyan mengundang tawa dari Adryan. Rayyan mendongak dan memandang tajam Adryan yang tergelak kecil itu. Kening ternaik tinggi. Tangan naik ke pipi untuk mengelap saki-baki air matanya.“Apa yang lucu?” soalnya tegas.Adryan sekadar jungkit bahu. “Dr. Adryan.”tegas lagi.Adryan tersengih lebar.“Awak ingat saya melawak ke?”Geleng.“Adryan!”Lagi kuat tawa dari Adryan. Akhirnya, Rayyan mendengus. Tangan memeluk dada, dan rambut di dahi ditiup kasar.“Brat!”Rayyan menjeling Adryan yang sudah bangkit berdiri.“Okey...frankly speaking, mereka datang jenguk you  Rayyan sayang, bukan sebab bersimpati. Mereka keluarga awak. They care for you, they love you as you are. Cuma awak yang ego, awak yang degil...open your heart, sweetheart.Jangan sebab awak rasa awak lumpuh, mereka akan simpati dengan awak. Don’t be too shallow.”“Oh jadi saya yang shallow,sayalah brat?”Adryan sekadar angguk.“I hate you.”Adryan senyum sekilas.“Itu ego awak yang bercakap, sebab awak tahu apa yang saya cakap tu betul. Awak ada masalah dengan diri awak, sebenarnya. Awak nakkan perhatian, tapi bila orang nak berikan awak perhatian, awak tolak mentah-mentah sebab ego awak tu. You are better than that Rayyan. You are still young...do not be so bitter with life.” Panjang lebar Rayyan memberi ceramah. Harap-harap, Rayyan sedar dan berubah.Kalau tidak...“Awak lupa sesuatu. Ya, saya masih muda...tapi saya lumpuh. Hidup saya ni, memang akan bergantung pada orang lain. Orang yang pernah saya tagihkan kasih sayang dari dulu lagi...”Adryan mengeluh hebat. Payah betul nak fahamkan si Rayyan ni.“Kalau awak rasa macam tu, awak berhenti dari bayangkan yang awak ni lumpuh, so hopeless and helpless. Awak kuat, Rayyan. Dan saya nak awak juga jadi yakin yang awak mampu atasi semua ini dan mula berjalan balik. One step at a time...awak rasa awak mampu?”Adryan merenung tajam Rayyan.Rayyan tarik nafas dalam-dalam. Bibirnya yang kering, dijilat.Dia kemudiannya mencari anak mata Adryan...Dan apabila mata bertemu mata, dia yakin yang harapan yang ditabur Adryan kepadanya bukanlah sekadar harapan palsu.Akhirnya, dia memberanikan diri untuk bertanya.“Will you be there for my every steps?”Adryan mengangguk laju, Hujung bibirnya sudah ternaik. Yakin bahawa apa bakal ingin didengarinya ini positif!“Each and every steps taken...saya di sisi awak. Saya doktor awak, saya juga trainerawak.”Rayyan mengangguk sekali.“Sampai saya boleh berlari...janji?”Adryan angguk lagi. Namun, apabila Rayyan menyuakan jari kelingkingnya, dia rasakan tubir matanya menjadi panas tiba-tiba.Adryan, seorang doktor yang serba kacak, serba taf...nak menangis sebab tersentuh dengan Rayyan yang degil ni?Jari kelingking bertaut.“Janji. Sampai awak boleh kejar saya...I’ll be there for you.”“Good enough.” Rayyan menarik kembali jarinya. Entah kenapa sesaat tadi dia rasakan seperti direnjat elektrik apabila Adryan memautkan kelingkingnya.Perasaan saja tu...Mata kembali memandang Adryan.“Rayyan...”Adryan menyeru.Rayyan menjungkitkan keningnya.“Keluarga awak sayangkan awak, faham?”Rayyan angguk.“Tapi awak kena sayangkan diri awak dulu, faham?”Rayyan angguk lagi.“Do this for yourself, not for anyone else, faham?”Rayyan menggeleng, apa yang Adryan cuba cakapkan ni? Serius semacam.“Dalam dunia ni, tiada apa yang lebih berharga dari diri kita sendiri. Kalau kita sayang diri kita sendiri, maknanya, kita mampu nak sayang orang lain pun.”Rayyan dengar dengan teliti. Namun, keningnya naik tinggi apabila tangan Adryan sudah melekap pada betisnya.Mata Rayyan terus membulat apabila melihat ada darah dan calar pada betisnya.“Love yourself, then people will automatically love you,Ray.”Tanpa memandangnya Adryan kembali berkata. Rayyan menggigit bibirnya. Entah mengapa kata-kata Adryan itu menusuk hatinya. Sungguh dalam dan bermakna.“Kalau saya jadi ayah awak, saya yakin saya merana seumur hidup sebab sudah lepaskan 22 tahun dari hidup saya, tanpa mengenali awak. You are a precious gem, Rayyan. Awak buat perangai, bukan sebab apa...sebab awak takut.”Rayyan masih diam. Mata kembali memerhatikan darah yang sedang mengalir dari betis.Kalau dia dapat rasa...sudah pasti dia meraung kesakitan. “Awak tak perlu takut lagi, Rayyan. Saya ada, keluarga awak pun ada. We are here to help you walk again.Saya pergi panggil nurse. Luka awak ni agak dalam, kena jahit.”Kemudian, Adryan terus berlalu meninggalkan Rayyan sementara.Rayyan pula menekur tangan di paha. Kata-kata Adryan tadi terngiang di telinga. Tiba-tiba, hatinya terasa ringan.Kenapa dia rasa macam ni bila Adryan cakap elok-elok dengan dia?getus hatinya.Adryan pula, apabila keluar dari bilik itu, terus dia menghembus nafas leganya. Hatinya seakan-akan connect dengan Rayyan. Tiba-tiba dia dapat faham apa yang sedang Rayyan lalui. Dan entah bagaimana, dia inginkan yang terbaik buat Rayyan. Sekiranya dia ditempat Rayyan, dia juga memerlukan orang yang benar-benar yakin bahawa dia mampu pulih seperti sedia-kala.Namun, Adryan dapat rasakan perasaan dia ketika ini sedikit lebih dari apa yang seorang doktor perlu rasa ketika merawat pesakit.What is this that you are doing, Adryan? Soalnya di dalam hati sambil tangan bersiap-sedia untuk merawat luka Rayyan.Namun, soalan itu tidak mampu dijawabnya. Mungkin apa yang dia rasa tika ini adalah ambil berat, caring...Atau mungkin juga perasaan yang lagi satu tu...“Sakit ke nanti?”Soalan Rayyan membuat Adryan tersedar.Kaki kiri menyepak betis kanan. Apa ni Ad...nak jahit ke nak mengelamun ni?            Adryan memandang Rayyan, sambil tersenyum sebaris.            “Kalau awak boleh rasa, perit sedikit.”Rayyan mengetuk kepalanya sendiri. Adryan tergelak melihat gelagat Rayyan tika itu. Cantik pun kalau senyum, ini tidak,murung saja selama ini.            “Untuk kali pertama sejak beberapa minggu ni, saya lupa yang saya ni lumpuh.”Akui Rayyan. Apabila dia lihat Adryan sudah mula menjahit lukanya, dia kalih ke tempat lain. Memanglah tak rasa sakit, tapi gerun juga nak lihat tu.            Adryan yang mendengar pengakuan Rayyan tersenyum lebar sambil mata meneliti jemarinya yang bermain di atas betis gebu Rayyan itu.            Hatinya girang mendengar suara Rayyan yang semakin ceria itu.            “Kan dah cakap saya ni doktor yang bagus. Ini baru sehari awak berbaik dengan saya, dah lupa awak lumpuh. Kalau sebulan agaknya, awak lupa semua masalah awak agaknya.”            Rayyan tersenyum lebar. Hatinya bersetuju dengan apa yang dituturkan Adryan. Bukan setakat masalah, mungkin nama  sendiri pun turut dilupakan. Eh...Ray, kau fikir apa ni? Rayyan dapat rasakan pipinya menjadi merah.            Kebetulan, Adryan juga turut merenungnya tika itu.            Bibir Adryan sudah tersenyum nakal.            “Merahnya pipi, macam epal.”Rayyan cepat-cepat menutup pipinya dengan kedua-dua telapak tangan.            “Mana ada.”            “Ada.”            “Awak salah nampak.”            “Saya tak salah nampak. Vision saya 20 per 20. Okey...just leave it Epal. Sutureawak dah siap, tapi nanti saya pesan pada nursesupaya salin dressings awak nanti.” Mudah Adryan mengalih topik.            Rayyan menghembus nafas leganya. Tidak sangka kantoi dengan Adryan tadi.            “Esok sesi kita ya. Ingat tu, Epal.” Dan dengan itu, Adryan keluar dari bilik Rayyan.Rayyan pula sudah tersenyum sampai langit.             Benar, tidak cukup sebulan pun, semua masalah dia sudah dilupakan. Hatinya dari tadi melayang-layang...tambah-tambah apabila Adryan membahasakan dia, Epal.            “Memandai panggil aku epal...” gumamnya perlahan. Tangan mencapai telefon bimbit di meja sebelah.            Aplikasi kamera di buka, dan front kamera ditekan.            Apabila Rayyan melihat sendiri wajahnya tika itu, dia terus tergelak kuat.Patutlah...wajar kena panggil epal pun. Pipi sudah merah ibarat epal merah yang masak ranum!            Semua ini Adryan punya pasal!
            SEMENJAK konfrontasinya bersama Adryan, Rayyan melapangkan hatinya. Dia tidak lagi bersikap baran dengan keluarganya. Malah, apabila keluarganya di sisi, dia rasa bahagia sangat. Terutamanya, apabila papanya ternyata sudah mampu menerimanya. Dari situ dia pasti yang papanya turut menyayanginya sebagaimana kasih seorang bapa terhadap kesemua anak-anaknya.            Fair and square.            Namun, apabila hari-hari dia bersama dengan Adryan, ada suatu rasa yang semakin menghantuinya di dalam jiwa.            Rasa cinta. Dan dia takut sekiranya rasa tersebut semakin mekar. Kalau Adryan cakap dia seorang profesional, tidak pernah ada rasa yang pelik-pelik ketika bersama-sama membantu Rayyan, mana Rayyan nak sorok muka ni?            ‘Tak!”            Petikan jari di hadapan mukanya mengembalikannya ke alam realiti. Wajah tidak berpuas hati Adryan dipandangnya.            Alahai...mengelamun pula sewaktu terapi.            “Awak dah boleh berdiri. Bagus. Tapi kalau awak tak fokus, sampai bila awak nak berdiri saja? Bila awak nak mula melangkah tanpa bantuan railings dan tongkat?”            Rayyan telan liur. Adryan kalau masuk modedoktor dan juga trainer, memang tegas.            “Remember, Epal. How much you are willing give, that is what you earn.”Rayyan mengangguk laju. Namun, Adryan masih tidak menjumpa perkataan ‘the end’ kepada sesi ceramahnya.            Yang jadi mangsa, Rayyan. Kena tadah telinga luas-luas.            “Saya rasa awak pun tahu yang nak mula jalan balik tu susah dan mencabar. Tapi jangan menyerah kalah, jangan hilang fokus. Thomas Edison, dia gagal banyak kali, tapi dia tidak putus asa. Kalau dia putus asa, sampai sekaranglah kita bergelap tanpa cahaya lampu agaknya.”            Rayyan masih angguk, mulut ibarat dizip. Diam. Sekadar mendengar apa yang buah hati pengarang jantung yang tidak tahu yang dia menjadi buah hati pengarang jantung buat seorang Rayyan ini, bercakap petah.            Adryan pula menarik nafas dalam-dalam. Termasuk kali ini, sudah banyak kali dia perhatikan Rayyan ni hilang fokus. Macam mana nak pulih kalau asyik hilang fokus?            Sabar Ad...sabar...pesannya kepada diri sendiri. Agak marah apabila dia bermati-matian inginkan Rayyan pulih seperti sedia kali, namun Rayyan ibarat ambil acuh tidak acuh sahaja.            Matanya menikam mata Rayyan.            “Janji dengan saya, Epal?”Rayyan terus mendongak apabila mendengar nama samaran khusus yang digunakan Adryan untuk membahasakan dirinya itu.            Hatinya kembali girang. Dia mengangguk.            “Tolak semua masalah yang sedang mengganggu fikiran awak ke tepi. Fokus untuk belajar berjalan dengan stabil dulu, boleh?” Jelas, Adryan berpesan.            Namun, Rayyan terus terkelu. Hanya seorang sahaja yang sedang mengacau fikirannya ini...dan orangnya adalah manusia di hadapannya kini.            Bagaimanakah dia ingin berbuat demikian?            “Boleh tak, Epal?”There you go again! Lemah lutut aku bila dia panggil Epal! Urgh!Gumam hati Rayyan geram. Lambat-lambat dia mengangguk.            “Good, saya dibayar gaji untuk tolong awak. Dan saya tak mahu saya disoal nanti di akhirat kalau saya tidak mampu buat tanggungjawab saya sepenuhnya. I’m professionally trained to help you. Tapi awak pun kena tolong diri awak.”            Dalam kata-kata itu menusuk hati Rayyan.Rayyan mengeluh berat. Nampaknya...segala bunga-bunga cinta yang ingin mekar tadi terus layu.            Rayyan...he is your doctor and trainer...fokus! Jalan pun tak betul lagi, jangan menggatal nak bercinta...walaupun tidak bertepuk mana-mana tangan, jangan gatal nak cintan –cintun!            Rayyan tarik nafasnya dalam-dalam. Fokus! Fokus! Fokus!Tangan yang memegang rel perlahan-lahan dilepaskan sambil dia melangkah perlahan. Adryan di hadapan dipandang,            Tangannya, melepas rel.             Dia cuba menapak selangkah. Kaki kanan dahulu...kemudian kaki kiri...kemudian...kanan...kiri...dan apabila dia cuba untuk melangkah lagi sekali, lututnya terasa lembik.            Dia terjatuh melutut.            Tetapi, apabila dia mendongak...senyuman penuh gusi yang dihadiahkan oleh Adryan berjaya meragut keseluruhan oksigen dari jantungnya.            Wajah Adryan tika itu ibarat wajah seorang ayah yang baru lihat anaknya melangkah buat kali pertama.            Purely proud!Adryan bangga dengan dirinya! Rayyan berasa seperti ingin meloncat ke langit!Dia berjaya mengambil beberapa langkah tanpa bergantung pada rel.            Adryan menarik Rayyan bangun, senyuman masih pada bibir.            “I always knew you could do it, Epal. Balik rehat...esok datang lagi. Bulan depan saya nak awak dah boleh lari.” Bisik Adryan, masih tersenyum.            Rayyan juga tersenyum lebar. Kepalanya mengangguk laju seakan-akan belatuk. Sumpah, dia rasa bahagia sangat tika ini. Tidak sabar untuk memberitahu seluruh keluarganya yang dia sudah mampu melangkah beberapa tapak tanpa bantuan sesiapa.           
RAYYAN memeluk erat papanya. Mamanya, adik tirinya, serta abangnya turut ada tika itu. Hari ini, entah mengapa, semua orang hadir untuk menyokongnya. Walaupun ini bukan pertandingan yang mempunyai persaingan, namun mereka semua hadir untuk memberi sokongan moral. Hari ini, adalah hari terakhir sesi terapi Rayyan.            Sedar tidak sedar, sudah hampir setahun dia menjalani sesi terapi ini. Sudah berbakul kata-kata motivasi dan nasihat yang dicurahkan oleh Adryan kepadanya.            Namun, hari ini...Adryan menukar sedikit rentak terapinya. Beg sandang Rayyan diambil, dan dijadikan umpan buat Rayyan.            Rayyan mendengus.“Hari ini...special. It is your last day here, so you have to work harder.” Adryan mengumumkan.            Ahli keluarga yang ada di ruangan bilik itu sekadar tersenyum simpul. Diam memerhatikan gelagat Rayyan dengan doktornya.            “Saya dah penat kejar awak, Rayyan. Kali ini, awak kejar saya, boleh?”Rayyan angguk dalam senyum. Walaupun dia masih tidak mampu berlari, namun dia sudah boleh berjalan perlahan-lahan. Guna tongkat pun sebelah sahaja.            “Good.See you on the roof. Kalau you tak datang...saya simpan beg awak ni sampai bila-bila.”            Dan sejurus itu, Adryan keluar dari bilik itu. Rayyan tersenyum, mata masih melekat pada belakang pintu itu.            Sejenak, tangannya dikuis dari sisi. Matanya terus memandang wajah Isya, adik tirinya.            Isya sudah tersenyum penuh makna.            "Dia dah pergi, kenapa kakak tenung pintu tu lagi? Tak nak kejar dia?"Rayyan gigit bibir dengan persoalan dari adik tirinya itu. Kenapa ek?            "Kak Ray...Kak Ray ada rasa geli-geli perut eh dengan Dr Adryan tu?"            Gulp.
            Rayyan terus menggeleng laju.
            Oh-hell-no! Jangan cakap satu dunia nampak cara dia memberi reaksi ketika bersama Adryan?             Mata Rayyan memandang ke arah keluarganya yang sudah tersenyum penuh makna.Apabila matanya bertemu dengan mata papanya...papanya mengenyitkan mata kiri kearahnya.            “Ada orang tengah berbunga-bunga cinta...” sakat Tengku Aidi Zafran. Balasannya, mama Rayyan di sebelah mula mencubit perlahan lengan suaminya.            “Dik...go for it! Kejar dia.” Si abang pula mencelah, wajah Rayyan pula semakin merah. Nampak sangat semua orang tahu rasa hati dia selama ini.            Apabila Rayyan kembali memandang Isya, Isya sudah tersenyum penuh makna. Bahu kakak tirinya dipeluk erat.            "Admit it...Kak Ray rasa geli-geli dalam perut tu. Isya tahu. I even caught you smiling sambil tenung pintu tu, FYI."            Rayyan tarik nafas dalam-dalam. Oh damn.Isya dengan serkap jarangnya...crap.            "Isya, sepatutnya sebelum datang sini,  Kak Ray kena bawa epal banyak-banyak tau."            Giliran Isya untuk keliru. 
            Epal? Kenapa?            Seakan-akan dapat meneka soalan yang bermain di minda Isya, Rayyan sambung lagi...            "An apple a day, keeps Dr. Adryan away."            Isya terus tergelak besar. Semudah itu?            "Trust me Kak Ray, it takes more than apple to keep that hot doctor away. Kalau kakak tak nak, Isya nak..." Isya mula menyakat. Ayatnya itu membuat semua orang gelak kecuali Rayyan.            Rayyan tarik muka masam.            “Tak boleh. Adryan tu Rayyan yang punya.”            Isya senyum lebar.            “Pergilah cakap dekat dia. Dia tunggu kakak tu.”            Rayyan mengangguk. Perlahan-lahan, dia melangkah...tongkat di tangan digunakan, namun apabila tiba di tangga, dia melepaskan tongkat tersebut.            Satu persatu anak tannga itu dipanjatnya. Walaupun lambat, Adryan cakap dia akan tunggu di atas bumbung.            Adryan tidak pernah mungkir janji...            Selama setahun...Adryan di sisinya...mengajarnya bertatih kembali.            Apabila tiba dipuncak, Rayyan menolak pintu ke bumbung hospital tersebut. Susuk tubuh Adryan yang sedang bersandar pada railingsdipandang.            Nafasnya ditarik dalam-dalam.            Adryan mengangkat tinggi beg Rayyan. Perlahan-lahan, Rayyan menarik kakinya ke arah Adryan. Adryan tersenyum penuh gusi apabila Rayyan tiba juga di hadapannya.            “About time,Epal. Ingat sejuk ke atas ni? Terik tahu matahari hari ni. Lapar saya tunggu awak.” Seloroh Adryan sambil menyerahkan kembali beg milik Rayyan.            Rayyan tersenyum manis. Zip begnya dibuka. Segala koleksi sneknya ada di dalam beg itu.            “Nak Mars?"
            Adryan geleng kepala.            "Cadbury?Toblerone?"
            Geleng lagi.            Rayyan tarik muncung sambil tangan mengorek lagi beg yang penuh dengan coklat.
Rambut hadapan ditiup kasar. Mata memandang Adryan yang statik memandangnya sambil memeluk tangan ke dada.            "Saya bagi makanan dalam beg ni kepada orang yang saya rapat saja tau." Rayyan cuba memancing perhatian Adryan sambil tangannya mengorek lagi isi di dalam beg tersebut.Tiba-tiba tangannya menarik keluar sebiji epal merah. Eh...sejak bila ada kat sini ni?            “Saya pun bagi epal kepada orang yang saya rapat saja tau.” Selamba, Adryan berkata. Epal ditangan Rayyan diambil dan digigit sedikit. Kemudian, epal tersebut disua ke arah Rayyan yang sudah terlopong itu.            “ Kalau saya kongsi epal tu...bermakna memang awak tu dah paut hati saya,”Adryan mengenyitkan matanya.            Rayyan pula, tidak tahu untuk berbuat apa-apa. Dia gigit jua epal yang disua.            “So...”            Rayyan memandang Adryan yang sudah tayang muka nakal itu.            “You love me, or not?”            Adryan ni...sengal! Tak romantik!            “Whatever Epal, yang pasti saya cintakan awak. Dari zaman awak buat perangai lagi...saya dah suka awak. Sebab saya tahu awak ni kuat orangnya. You were just hurt, and I wanted to be the one there, to help you heal. And from what I see...awak dah sembuh.”Tenang, Adryan memberitahu. Bibirnya mekar tersenyum.            Rayyan menggigit lagi epal tersebut. Seketika, dia juga mencuri pandang ke arah Adryan di sisinya.            Sungguh dia tidak sangka...            “Saya...juga sayangkan awak.” Akhirnya, Rayyan memberitahu.Adryan mengangguk perlahan.            “Saya dah agak dah. Awak asyik hilang fokus...”            “Why wait?”            Adryan angkat bahu dengan soalan Rayyan. Kenapa dia tunggu?            “Supaya awak tahu yang saya cintakan awak bukan sebab kerja, mahupun simpati, I love you for who you are. Tak kira awak lumpuh ke, awak boleh jalan ke...saya cintakan awak. The real you.Rayyan.”            Rayyan mengangguk. Sumpah dia tidak tahu untuk memberi reaksi yang macam mana tika ini.            Suka, ya dia tersangat suka. Kalau boleh hendak melompat ke langit.            Sungguh dia tidak sangka...            “Kenapa panggil saya Epal?” itu juga yang ditanyanya.            Adryan menoleh, memandangnya dengan pandangan yang redup.            “Epal, sebab you are the apple of my eye. Tapi yang penting...epal pun, kalau dia terjatuh, dia akan lebam. Tapi lebam-lebam dia pun, dia masih nampak segar sebab dia terlampau merah sehinggakan lebam pun tidak dapat orang lain lihat. But I saw you through your bruise which no one ever seen through it...and all I want to do was to protect you.”            Setitis air mata menitis jua dari tubir mata Rayyan.            Tersentuh dengan pemerhatian Adryan...            “Man...you make me fall for you again, Adryan!”Dan tangisan, bertukar menjadi gelak tawa...sungguh bahagia.
            Beberapa tahun kemudian...
SEBALIK dari yang dipesan, jari telunjuknya rancak menguis-nguis tapak kaki halus bayi yang sedang lena dibuai mimpi itu. Sudah berkali-kali bayi tersebut menggeliat kecil, geli dengan perilaku ayahnya, namun terlampau mengantuk untuk membuka mata dan memberi respon dalam bentuk tangisan.            Si isteri yang dapat meneka helah jahat si suami, mula menggeleng kepala. Tangan si suami yang masih degil ingin mengacau lena si anak dipegang.            “Sayang...jangan kacau dia.”bisik isterinya tegas.            “Saya geramlah. Tengok pipi dia, macam epal. Menurun dari awak. Geram saya nak gigit.” Balasan si suami sekadar mendapat jelingan tajam.            Si suami menggigit bibir. Oops.            “Bagilah dia tidur.”            “Tidur saja kerja dia. Habistu, bila nak main dengan ayah?” Serentak itu, dia menunduk nak melampiaskan ciuman pada segenap pipi gebu anaknya.            Si isteri sudah menjegilkan mata. Cepat-cepat badan suaminya ditarik dari terus mencium anak yang baru tidur itu.            “Janganlah cium-cium dia. Nanti dia bangun. Awak bukannya rajin nak tidurkan dia, main saja tahu.” Isteri sudah tarik muncung.            Si suami tersenyum lebar. Pinggang isteri diraih erat. Pipi isteri dikucup, kemudian digigit kecil. Geram.            “Epal ni lagi sedap.”            “ADRYAN!”Serentak itu, bayi yang lentok dibuai lena terus membuka mata. Dek terkejut, dia pun mula menangis.            Rayyan sudah merenung tajam Adryan yang sudah tarik muka bersalah tika itu. Terus, pinggang Rayyan dilepaskan dan dia mengangkat anaknya dari baby cot.            Kemudian, dengan muka innocent, dia gelak kecil kepada Rayyan yang sudah cemberut tika itu.            “Awak juga yang buat dia nangis, bukan saya, Epal.”            Rayyan mendengus. Cubit karang sengal seorang ni!            “Awak ni saja aja tau...”            “I would do anything to see you become as red as an apple, my dear.” Selamba jawapan diberi.            Kemudian, lagi selamba, dia tinggalkan si Rayyan keseorangan. Nak main dengan epal nombor dua dia ni pula. Epal nombor satu dah terkena tadi...
Loving can heal...Loving can mend the soul.
TAMAT
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 30, 2015 22:48

January 2, 2015

ANNOUNCEMENT





Salam semua...
For your information, saya dengan beberapa lagi orang penulis hebat Idea Kreatif Publication telah bersepakat untuk menghasilkan sebuah ebook bagi membantu mangsa-mangsa banjir di pantai timur.
Harga sebuah ebook hanyalah RM15, and we will channel it for charity.
So the interesting part is, saya ada menghasilkan sebuah cerpen tentang Adryan dan Rayyan. Watak dari KERANA RAYYAN dan CINTA KITA SEMANIS CADBURY yang telah saya stopkan dulu.
Jadi dalam cerpen ini ada sebuah closure tentang hubungan Rayyan dengan Adryan.Sekiranya anda berminat, boleh hubungi saya, Yatie Pyan, dan juga Ayu Dzulkarnain di FB. Ataupun, mana-mana ejen Idea Kreatif yang anda kenal.
Boleh klik di atas nama di bawah untuk dihubungkan ke link FB :
Shamien A Basit
Yatie Pyan


Ayu Dzulkarnain


Di samping itu, terdapat beberapa lagi penulis-penulis lain yang turut terlibat dengan projek amal ini seperti Hani Fazuha, Farah Husain, Wawa Taufik, Farisya Natasya, Cempaka Rembulan, Pena Kayu, Cik D, Syah Shah, Suzana Sulaiman, Luna Bulan dan ramai lagi.
Anda membayar untuk sebuah kompilasi dari beberapa jenis cerpen. Insyaallah anda tidak rugi.
Cerita yang saya sumbangkan adalah dua buah :
1.EPAL2. PANGLIMA
Di bawah ada sedikit 'excerpt' dari kedua-dua buah cerita ini .


TANGAN rancak bermain dengan kubik.            "Sometimes...I feel like I want out of this life." Rayyan berkata tenang. Mata masih fokus pada kubik di tangan.            "You can't run from wanting out, Ray. Trust me, saya doktor, I got paid less than my energy burnt doing shifts and rounds. " Adryan tersenyum senget, tangan laju merampas kubik pada tangan Rayyan. Jari-jemarinya lancar memadankan sisi-sisi kubik tersebut, dan di bawah masa seminit...setiap sisi kubik tersebut sudah tersusun mengikut kod warnanya.            "Tapi ingat, once you are out of this life, there's no way getting back here."            Kubik dilempar pada Rayyan. Senyum senget masih terhias di bibir. Dia dapat mendengar Rayyan menarik nafas dalam-dalam.
Tough kid...lots of money, lacks of love.            "I know..."            "Here. Saya share sedikit dengan awak. Macam kubik ni...hidup kita ada pelbagai sisi. Kalau awak rasa sisi ini tak bagus, sadistic yadayada...jump to the next angle. Dieing wont solve anything. Sekurang-kurangnya, bila awak pandang dari sisi lain, awak view hidup ni dengan kaca mata yang baru. Get it?"            Rayyan mengangguk. Matanya kembali dipejam. Kubik di tangan digenggam erat. Adryan yang memandang, mengeluh.             Kalaulah dia ada di tempat gadis muda itu...dia juga yakin dia akan rasakan sedemikian. Lumpuh, tidak bermaya, tidak mampu berbuat apa-apa. Hanya menjadi beban kepada orang sekeliling.
***


“Hai Nat. Nak checkgigi ke?” soalnya ramah. Badan sudah menegak di atas sofa. Pelipis ditekan seketika sebelum dia berdiri.            Wajah jernih Natalia dipandang. Cantik. Namun matanya kembali memandang gadis yang diheret Natalia tadi.            Keningnya terus ternaik tinggi bila melihat wajah gadis itu yang pucat. Matanya kembali mencari mata Natalia.            Natalia sudah tersenyum penuh gusi.            “Ha...Lekir. Ini Zoya. Dia cakap dia sakit gigi. Tapi dia takut doktor gigi. Akak tinggal dia di sini, kamu tengokkan dia okey? Kafe akak tu ada pelanggan, kasihan Nik tak menang tangan nanti.”            Dengan begitu sahaja, Natalia meninggalkan Zoya bersama Lekir. Zoya sudah rasa tangannya berpeluh. Dia memandang doktor gigi di hadapannya ini dan jantungnya tiba-tiba terhenti apabila melihat lelaki itu sedang tersenyum senget ke arahnya.            Apakes pandang aku macam tu? Mak...Zoya makin seram mak! Fobia!            Lekir Panglima terus-menerus memerhatikan si kenit pucat di hadapannya. Natalia kata apa? Takut doktor gigi?             Minda nakalnya mula memasuki kawasan overdrive. Patutkah dia ‘seksa’ si kenit pucat ini dulu?
***Itu saja dari saya, selamat membeli, selamat menyumbang dan selamat membaca!                                                                                                                                                                                               With love,                                                                                                  Shamien.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 02, 2015 21:05

December 18, 2014

Demi Kasih Lova : Bab 2



“You...lain sangat dari Marsha.” Komen jejaka yang tidak-diketahui-namanya itu menjengah telinga Maria. Giliran Maria untuk menyilangkan tangan ke dadanya.             Cotton dress putih paras lutut serta hoodies biru berbunga halus yang dipakainya tika itu gagal untuk mempamerkan ‘kebengisan’ yang diingini. Tapi nak buat macam mana. Marsha telefon dia last minute, cakap yang dia perlukan bantuan untuk membuat persiapan perkahwinannya.            Kebetulan pula Maria memang tidak ke mana-mana. Dia berada di stor rumah, sedang menyiapkan sebuah lukisan impressionis untuk dijadikan hadiah perkahwinan Marsha. Apabila Marsha cakap yang sepupu Gabriel akan sampai dalam masa 10 minit, dia terus mencapai baju yang mula-mula dia nampak.            “Err...I’m Zehn. Sepupu Gabe.” Zehn terus mengubah topik apabila wanita di hadapannya itu bertindak seakan-akan ingin menelannya hidup-hidup.            Pelik betul kembar Marsha ni. Tadi masa aku buka tingkap, dia seakan terpukau. Bila aku keluar kereta, dia macam marah. Did I say something wrongly?Zehn tertanya-tanya.            “I lain sebab I bukan Marsha. DNA saja yang sama, selebihnya masing-masing punya hal lah...” Serius, Maria berkata.            Dia tidak suka bila orang cuba hendak point out the obvious. Tak dak pekdah!            Zehn tersenyum mendengar jawapan sinis Maria. Kemudian, entah kenapa dia jadi berani sangat...telunjuknya dijatuhkan ke pipi Maria yang mempunyai secalit warna merah.            Pipi Maria itu dicuit sedikit, namun warna tersebut tidak mahu hilang.            Maria terkejut dengan tindakan berani Zehn.Hello! Main sentuh-sentuh ni kenapa?            “Ada cat kat pipi you. Itu yang lain. Marsha yang I kenal, make up dia flawless. But you don’t wear make ups, you wore acrylic instead.”             Zehn memberi penjelasan, yang diakhiri dengan tawa kecil. Wajah Maria diperhatikan.            Berbanding dengan Marsha, raut Maria sedikit keanak-anakan, menjadikan Maria tampil lebih muda daripada Marsha.            Maria pula, setelah tahu yang pipi dia tercalit cat, terus menggenyeh tempat yang disentuh Zehn tadi. Dengan selamba, badan Zehn ditolak dan dia menunduk untuk menilik pipinya pada cermin sisi.            Kebetulan pula, waktu itulah juga ada angin nak tiup. Sebelum sempat Maria berbuat apa...kainnya sudah terselak lantas menampakkan apa yang tidak patut dilihat Zehn.            Wajah Maria menjadi semakin merah, dengan lehernya sekali.            Dia menegak dan merenung ke arah Zehn. Lelaki itu sedang berdeham dan tangan kirinya menggaru belakang tengkuk.            “Did you see...”            “Nope. I saw nothing.”Zehn cepat-cepat memotong pertanyaan Maria.Namun, hujung telinga serta pipinya sedikit merah berbanding tadi.            Renungan Maria semakin tajam. Mata dikecilkan ke arah Zehn yang sedaya upaya cuba mengelak dari memandangnya.            He definitely saw it!
I SAW IT!             Zehn terus mengalihkan pandangannya pada punggung Maria. Kenapalah Maria pergi tonggeng macam tu? She’s bloody oblivious!            Sekilas dia ternampak kain lace merah jambu yang bukan sebahagian dari dressputih Maria itu, dia terus mengalihkan pandangnnya ke tempat lain.            Damn...            Zehn...think of something different from that perfect behind! Think paperworks, think charts...think...pink undergarments...            Pink lacey undergarments...            Tangannya naik ke belakang kepala. Nafas ditarik dalam-dalam. Mata dipejam sekejap, sebelum kembali dibuka. Apabila dibuka, terpandang pula renungan maut yang disalurkan dari Maria.            She saw me looking at her...            Shit!            Riak wajah Maria tika itu sukar ditafsir. Dari tona warna wajahnya yang sudah menjadi merah, sudah tentu wanita itu sedang menahan malu.            Zehn menggigit bibir bawah.Awkward much...            “Did you see...”             Zehn sudah dapat agak apa yang ingin ditanya Maria. Sebagai seorang lelaki yang boleh tahan budiman, dia cepat-cepat menggeleng kepala sambil menjawab, “Nope. I saw nothing.”            Lying through your teeth now, Zehn?Suara hatinya menegur. Zehn menyepak dirinya secara mental.            Diamlah!            Zehn berdeham lagi.Kaki melangkah ke pintu sebelah penumpang. Pintu dibuka untuk Maria.            “Masuk, Mar. Diaorang tunggu kita ni.”             Tanpa kata, Maria membolos ke dalam kereta. Pintu ditutup oleh Zehn. Sebelum Zehn masuk, sempat Maria menarik nafas panjang-panjang.            Oh boy, this is going to be a looooong ride...be still, my beating heart...ujarnya di dalam hati.            Zehn Handerson.            Sepupu Gabriel si muka ketat.            Seorang gentleman yang sanggup menipu agar maruah perempuan bernama Maria masih terjaga.            Dan dia juga seorang yang kacak, kaya dan berkarisma. 3Ks.            Kenapalah Marsha tak pilih Zehn sahaja sebagai calon suami?Kenapa mesti si Devil’s Incarnate yang bernama Gabriel itu juga yang menjadi sasaran untuk kakaknya jatuh cinta?            “Set?” Zehn yang baru masuk ke dalam kereta menoleh ke arah Maria yang seakan-akan hanyut memikirkan sesuatu.            Fikirkan apa tu sampai bermuncung itik bagai?            “Earth to Mar...”            Maria tersedar dari fikirannya. Zehn yang sedang memerhatikannya, dipandang. Dalam masa kurang daripada 15 minit dia kenal Zehn ni, sudah tiga kali dia memalukan diri sendiri.            What is wrong with you, Maria Hannan?            “Cara you fikir, Einstein pun boleh kalah, Mar. I panggil banyak kali baru nak sedar. Betul Marsha cakap, you mudah masuk ke dalam dunia sendiri.”            Zehn mula membuka cerita. Tangannya menekan suis radio. Suara The Monotones dengan lagu Book of Love mengisi segenap ruangan di dalam R8 tersebut.            “Marsha cerita pasal I?” Maria mula mengorek maklumat.Zehn sekadar mengangguk kemudian dia tergelak kecil. Apa yang lucu pun Maria tidak tahu. “Gosh...don’t you just love this song, Mar? I boleh tiru sebijik suara korus dia.” Pandai Zehn mengalih topik. Kening Maria nyaris bercantum menjadi satu. Zehn ni tengah highke apa? Seriau pula aku. Detik Maria di dalam hati.Zehn mula mengetuk stereng, mengikut rentak lagu tersebut.“Here it is...here it is...” suara teruja Zehn mencuit urat geli Maria. Hujung bibir Maria ternaik sedikit.Lawak pun ada tengok Zehn ni. Beberapa saat kemudian, tawa Maria meletus. Zehn...menyanyi...lagu yang paling dorky!Chapter One says to love heerrrr...you lov’er with all your hearttt...Chapter Two you tell herrrr...you never ne’er ne’er ever gonna part...”Muka sehabis ‘layan’ ditayang oleh Zehn tika itu, lagilah Maria ketawa besar. Segala awkwardness ditolak ke tepi. Yang pasti, Zehn dan Gabriel adalah dua kutub yang berbeza. Gabriel jenis serius dalam semua perkaran, manakala Zehn...Zehn knows to crack a joke! Walaupun dia memalukan dirinya sendiri, tapi Zehn tidak kisah langsung! “In Chapter Three remember, the meaning of romaaaance...In Chapter Four you break up, but you give her just one more chance!”Mendengarkan Maria ketawa, Zehn melepaskan nafas lega. Ice breaking session, done!Wajah Maria yang merah dek banyak gelak itu dipandang dengan perasaan puas.“Satu nasihat I pada you, Zehn...” Maria memulakan bicara apabila sudah puas mengetawakan lelaki yang sungguh spontan itu.“Kejap-kejap...”Zehn mengangkat tangannya suruh Maria berhenti dari bercakap. Lagu belum habis ni...dahlah bahagian paling best!I...wonder whooooo...who wrote the Book of Loveeeeee!” Setelah selesai sesi menyalak secara spontan di dalam kereta, Zehn kembali memberikan perhatiannya kepada Maria.Senyuman tidak lekang dari bibir Maria. Zehn juga menarik senyuman 700MegaWattnya.“Was I great, Mar?” Zehn bertanya sambil tangannya memberi signal untuk membelok.Padahnya, Maria menampar bahunya. “You memang gila ke hari ni special occasion?That antique song is damn hilarious lah!”“Special occasion for a girl named Maria.It’s a good way to break the ice though...gotta admit that, Mar.”“You lah satu-satunya manusia yang berjaya buat I gelak macam orang gila. Kita baru kenal dalam masa 15 minit kut! I’m impressed.”“We have the ‘zing’, Mar. You pasti you kembar Marsha? Entah-entah you pun kembar I...kita terpisah waktu kecil ke, apa ke...” Zehn kembali hendak merapu.Maria sekadar menggeleng kepala. Masih tersenyum lebar.“You are a funny guy...”“Marsha takkan percaya kalau you cakap macam tu depan dia. Abang bos dia, tanya dia Abang macam mana.”Abang?Maria memandang tingkap. Bibirnya digigit.            “Abang tua pada Mar, dan Mar tak kerja dengan Abang, so you are allowed to adress me so.Lagipun, adik abang baya Mar...”            Maria mengangguk tanda faham. Seronok juga dapat abang. Kalaulah Zehn ni yang menjadi abang ipar dia, lagi dia seronok.            Tapi masalahnya, Gabriel tu juga yang berkenan dengan Marsha.            “Jangan rasa tak selesa dengan Abang tau, Mar. Abang buat perangai gila-gila ni dengan orang yang abang selesa sahaja. You happen to be one of them. You make me feel like doing some crazy things...macam tadi. Mar pun, bila dengan Abang...just be yourself,okay. We are awesome being ourselves.”            Apabila Zehn senyum, kedua-dua belah pipinya mempamerkan lesung pipit. Kecacatan yang turut menyumbang kepada kekacakannya.            Maria mengangguk laju. Dia setuju sangat dengan kata-kata Zehn. Dia selesa menjadi dirinya sendiri, dirinya yang bebas bersuara, bebas untuk mengejar apa sahaja yang diidamkannya.            Dan dia rasa bertuah kerana dipertemukan dengan Zehn yang turut mempunyai kefahaman yang serupa dengannya.            
...bersambung =)
2 likes ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 18, 2014 03:16

December 10, 2014

Demi Kasih Lova (DKL) : Bab 1


Crapple de Dapple!            Lagi sekali dompetnya digeledah.Not seratus dolarnya dicari. Segenap poket dan zip di dalam begnya juga diseluk  serta dibuka. Nile.Zero.Tak ada!             Jantung Maria berdetak laju. Panik! Macam mana dia hendak berjumpa dengan kakaknya di tempat yang dijanjikan kalau duit untuk tambang pun dia tak ada? Kad bank, buku bank, segala yang berkaitan dengan bank pun ditinggalkan di rumah.            Yang dia bawa hanyalah beg sandangnya yang mempunyai dompet serta beberapa peralatan melukis.             Hari ini hari minggu, dia secara sukarelanya berkhidmat di sebuah rumah anak-anak yatim. Bakatnya dalam bidang melukis dan mewarna digunakan untuk mengajar kanak-kanak di rumah anak-anak yatim tersebut.            Tiba-tiba, ada sesuatu singgah di ingatan Maria.             Pagi tadi, ketika dia mengambil beg sandangnya, duit tersebut dikeluarkan dari dompet, dan dompet dimasukkan ke dalam beg kembali. Tujuan asal, nak kira ada berapa baki.Sedang asyik dia mengira, kakak kembarnya, Marsha memanggil.            Maria bergegas ke luar bilik.            “Apa kak?”            “Diknon! Kakak hantar hari ni. Kakak ada hal kat ofis,so I can drop you off.”             Maria tersenyum lebar. Tak perlu dia tunggu bas percuma (CAT) mahupun membazir duit untuk tambang teksi.“Dah siap kan? Jom gerak.” Marsha terus menarik tangannya. Dalam keterujaan itu, duit yang dikeluarkan dari dompet tadi dilupakan. Beg sandang dicapai, kasut disarung dan dia membontoti kakaknya.Maria mengeluh hebat apabila mengenangkan kecuaiannya.Kepala diketuk berkali-kali.“That’s for being too excited, Mar! Apa kau nak buat sekarang ni? Nak berjalan 20 blok ke favourite coffee parlour kak Marsha tu?Dahlah kawasan ni CAT tak lalu!Hailor...”Aha! Idea datang menjengah lagi. Inikan bukan zaman batu, sudah tentu ada telefon bimbit yang serba pintar itu...apalah kau ni Maria...dungu betul!Telefon dikeluarkan, dan lagi sekali Maria mengeluh hebat.Awesome!Dead battery!Bloody stupid smartphone.Haila nasib. Tak boleh jadi teruk lagi? Doraemon mana kau? Kalau ada pintu sesuka hati tu waktu-waktu macam ni...sujud syukur aku!” Maria melorot turun cermin mata hitamnya dari kepala. Rambutnya yang jelas berwarna oren kemerah-merahan, berkat pewarna itu disanggulkan ala-kadar di tengah-tengah kepala.Kepalanya ditunduk ke kaki. Kasut tinggi yang dipakai, direnung penuh kesal.Twenty blocks away to walk...and I happen to choose today to wear these bloody heels...

KASUT tumit tingginya dipecat apabila dia sampai di hadapan The Coffee Club.A special coffee boutique.Pintu ditolak dan segenap ruang dipandang. Seorang wanita bertudung yang membelakanginya dikesan. Mudah sahaja nak cari Marsha, di negara matsalehini berapa keratlah sangat orang Islam. Itupun tidak dikira yang spesies macam Maria ni, rambut sama naik perang dengan orang tempatan.Dengan kaki yang melecet, Maria menuju ke tempat Marsha. Kerusi ditarik dan tanpa berkata apa-apa,dia terus duduk.Penat gila...Tak pepasal dia merentas ‘desa’ dengan kasut tumit tinggi tadi.Marsha naik pelik melihat perilaku adiknya. Maria dipandang atas bawah. Wajah adiknya yang bermandikan peluh, rambut yang kusut ditiup angin...Kening Marsha terjungkit tinggi apabila melihat Maria yang selamba berkaki ayam. Kasut tumit tinggi yang tersadai di lantai dipandang.“What happened to you?” bertanya juga Marsha akhirnya. Iyalah, sepelik-pelik adik kembarnya ini, dia bukan jenis yang sesuka hati akan tanggalkan kasut di tempat awam.Mesti ada apa-apa ini.Keterujaan hendak berkongsi khabar gembiranya ditolak jauh-jauh. Kebajikan si adik diutamakan dahulu.“Adik lupa nak bawa duit...” Muncung Maria terbit dibibir. Perkataan ‘lupa’ ditarik beberapa harakat. Marsha sekadar tayangkan riak normalnya. Maria ni...selalu careless.“Adik jalan kakilah tadi, tak pepasal exercise tengah panas terik tau.” Sambung Maria lagi. Kopi ais si kakak dipandang lama.Marsha yang sedar pergerakan mata Maria itu terus menolak cawan kopi ais itu ke hadapan adiknya. Maria tersenyum lebar.Cawan plastik itu dicapai dan straw dikeluarkan. Cawan diangkat dan ditonggengkan ke bibir. Maria terus mengirup dengan rakus. Da-ha-ga!Apabila partikel-partikel kopi yang lemak manis berkrim tersebut melalui kerongkongnya, dirasakan dunianya penuh dengan nikmat. This is my closest feeling to heaven! Setiap titik air di cawan tersebut dihirup sekaligus.Orang sekeliling terus dilupakan.Apabila api  di kerongkongnya berjaya dipadam dengan kopi ais tadi, Maria kembali menumpukan perhatian kepada Marsha.Dilihatnya Marsha sedang memerhatikannya dengan penuh kasih sayang. Marsha lah satu-satunya ahli keluarga yang dia ada. Her other half.Marsha tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. Maria dipandang tanpa sebarang kata. Sayangnya dia pada si kembar hanya Tuhan yang tahu.Dari kecil sampai besar, dia selalu berkepit dengan kembarnya ini. Mereka saling bergantung pada satu sama lain setelah kematian ibu bapa mereka. Pada usia 18 tahun, Marsha mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perakaunan di Perth, Australia.Setelah dua tahun di situ, rindunya terhadap Maria di Malaysia tidak dapat dibendung lagi. Kerana itu dia nekad memujuk Maria untuk turut ke Australia. Sekurang-kurangnya, adalah juga peneman.Setelah mendapat ijazah, Marsha yang sememangnya pelajar cemerlang, menyambung pula Mastersnya. Sekarang, usahanya membuahkan hasil. Dia diterima bekerja di sebuah syarikat bertaraf antarabangsa sebagai pengurus eksekutif keewangan.Pada usia yang muda, dia sudah mampu menjana pendapatan yang tinggi, berbeza daripada Maria yang sekadar menumpang usaha si kakak.Namun Marsha tidak kisah. Dia tahu Maria bukannya jenis yang minat akan kerja-kerja yang dapat menjana pendapatan lumayan. Maria...25 tahun... A laid-back person. Kerja yang dia minat semuanya freelance.Sijil ijazah dalam bidang sastera hanya menjadi hiasan. Kalau ikutkan, Maria layak menjadi editor ke, jurubahasa ke...tapi dia tidak berminat, Marsha pun tak boleh nak paksa.Maria...Seorang wanita yang simplistic.Dia tidak banyak songeh, asalkan dia dapat mengekspreskan ideanya ke dalam bentuk lukisan ataupun tulisan, she’ll live.Kalau Maria sudah masuk ke dalam mode ‘I am Picasso wannabe’ nya itu...seluruh umat manusia akan diendahkan.
Berjiwa Bohemian, itulah Maria.

KAKAK suruh adik datang sini sebab nak senyum saja ke? Kalau nak senyum saja baik balik rumah.” Maria selamba memerli si kakak. Hatinya mengatakan bahawa ada perkara yang Marsha ingin katakan padanya. Kalau tidak, tak ada maknanya kakak dia telefon ketika dia sedang mengajar anak-anak yatim tadi melukis.Tawa Marsha terlepas apabila diperli. Kepalanya menggeleng.You are about to be surprised, Diknon!Keterujaan Marsha yang tadinya disimpan sudah muncul kembali. Tangannya mencapai tas tangan di atas kerusi bersebelahan. Sebuah kotak empat segi berwarna biru baldu dikeluarkan.Perlahan-lahan, kotak tersebut dikeluarkan dan disuakan ke arah Maria.Maria memandang kakaknya tanpa kelip. Matanya kemudian menyorot pula ke arah kotak biru di hadapannya.Mulutnya serentak ternganga.Kotak cincin.Cincin!Maria memandang kakaknya kembali. Matanya dikerdipkan berkali-kali ke arah Marsha. Marsha yang mahir membaca gerak hati si adik terus mengangguk laju.“Go ahead and touch it, Mar.”Hati Maria melonjak gembira setelah mendapat kebenaran. Cincin tersebut dibawa tepat ditengah-tengah batang hidungnya.Senang sikit nak tengok!Reka bentuk cincin tersebut ditelitinya.“Cantik kan, diknon?” Jeda.Maria tidak sedar akan pertanyaan dari si kakak tadi. Dia terlampau taksub melihat rekaan manusia yang sangat teliti dan kemas itu.My precious...Tiba-tiba hati Maria mengungkapkan bait-bait kata yang popular di dalam cerita Lord of The Rings.Matanya tidak jemu meneliti objek milik Marsha itu.            Princess cut.            White gold.            Diamond-embeded.            “Cantik ke tidak, Maria Hannan?”             Kali ini, Maria dengar dengan jelas soalan Marsha. Cincin di tangan diperhatikan lagi sekali.            Cincin tersebut menyerupai daun clover yang mempunyai empat kelopak yang bulat.             Setiap kelopak mempunyai berlian-berlian kecil di sekelilingnya. Sebiji berlian empat segi dilengkapkan di tengah-tengah kelopak tersebut.             Sangat-sangat indah.             “Very very...very the cantik, Kak! Nenek-moyang segala berlian ke apa ni?” Maria kata dengan bersungguh-sungguh. Bahasa ditolak ke tepi, ‘the’ ditambah di hadapan cantik untuk membuat penegasan bahawa sesungguhnya, harta karun milik kakaknya itu memang cantik gegilas!            Cincin itu dikembalikan kepada Marsha.             Marsha selamba menyarungkan cincin itu ke jari manis sebelah kiri.            Hati Maria pula bagai dipagut sesuatu.             Kakak dia ada merahsiakan sesuatukah darinya? Pelik juga sebab Marsha ni walaupun jenis suka berhias, namun jarinya tidak pernah disarungkan apa-apa jenis cincin.Tambahan pula yang jenis mahal macam ni.            Eh Mar,perasaan kau aja kut...hatinya berdalih.            Mar, baik kau tanya kakak, mana dia dapat ni. Entah-entah dia rompak orang tak?Akal Maria pula seperti biasa, seteru dengan kata hatinya.            “Mana kakak rompak ni? Mesti mahal kan kak?” Nak tak nak, Maria bertanya juga. Daripada  akal dan hatinya berperang, baik dia tanya untuk tahu keadaan sebenar.            Pertanyaan polos  Maria membuat Marsha melepaskan tawa yang tertahan dari tadi. Tangan adiknya dicapai dan diusap-usap. Matanya menikam mata si adik.            “Rompak? Tak main lah diknon. Kakak tak rompak.”            “Habis tu?”            “Janji jangan marah...” Jari kelingking disua ke arah Maria. Dua jari bertemu, dan janji dimeterai.            “Start talking sister dearest,”desak Maria.            “Cincin ni...” Jeda Marsha.Maria mengerutkan keningnya. Ceh! Gatal nak buat saspens la pulak kakak ni...            “Cincin ni kan diknon...bakal abang ipar awak yang bagi.”   Tenang, Marsha mengaku. Senyuman di bibirnya semakin melebar.            Maria pula sudah ternganga luas. Matanya dikelipkan berkali-kali pada si kakak.             Apa kakak kata tadi?             Abang ipar?             “Bakal abang ipar? Kakak ada teman lelaki tapi tak cakap kat adik pun! Sampai hati. Bila nak jadi abang ipar baru nak cerita ya? Tak nak kawan dengan kakak!” Maria mendengus geram.             Kakak dia ni, dapat Prince Charming ke apa sampai nak berahsia bagai. Dengan adik sendiri pun nak sorok.            Sumpah, dia sememangnya terkejut dengan khabar baik ini.            Melihatkan Maria yang sudah mempamerkan muncung itik itu, Marsha masuk modememujuk.            Alahai adik aku ni…cepat sangat nak terkesot hati.            “Diknon, tadi kan dah janji? Kakak tak cerita sebab kakak tak sangka dia pun serius. Forgive me?”  Marsha mula memujuk, lengan Maria dicapainya.             Maria menepis. Kedua-dua tangannya dipeluk ke dada.            Nan hado! Pujuk Mar dulu habis-habisan..baru Mar give in…siapa suruh berahsia sangat dengan Mar, ha? Detik Maria di dalam hati.            “ Kalau malam-malam kakak tak lena tidur, kakak nak peluk siapa? Siapa nak buatkan kakak rendang bila waktu raya nanti? Siapa nak carikan kakak baju cantik-cantik bila ada sale?”            Muka Maria masih tidak beriak. Lagi…lagi…pujuk Mar lagi kakak…tak cukup tu…            “Sunyilah hidup kakak kalau diknon tak ada.” Marsha menyambung lagi. Dah terbiasa dah sesi pujuk-memujuk si adik ni, tahap rajuk Maria ni sekejap sahaja, biasanya.             Mendengarkan ayat wajib Marsha itu, Maria mendecit.            “Ala, kakak ni, balik-balik ayat cliché tu yang akak guna. Suka main tipu,” rungut Maria.             Marsha pula sudah tergelak besar.             “Got you every single time with that line,diknon. Dahlah merajuk tu ya?”            Maria mengalah. Fine, dia tak merajuk dah! Senyuman dikembalikan pada wajah. Dia kemudiannya mencapai tangan Marsha dan mengucup tangan kakaknya sejenak.             Mana boleh nak rajuk lama-lama dengan ‘mak’ dia ni. Marsha yang jaga dia, kakak dia yang teman dia dari kecil.             Memang betul cakap Marsha, sunyi sangat kalau Marsha tidak ada Maria dan Maria tidak ada Marsha. Kedua-duanya ibarat cermin dan refleksi. Saling melengkapi.            “Dah tak merajuk kan?” soal Marsha lagi sekali untuk kepastian.             Maria menggeleng laju.             “Tak. Tapi kakak kena cerita perihal bakal abang ipar adik tu. Pandai berahsia ya kakak ni?” acah Maria, kembali ceria.             Marsha tersengih. Sekali pandang, memang Marsha lebih berseri dari Maria. Walaupun muka seiras, namun gaya Marsha yang selalu pandai menggayakan tudung serta baju-bajunya yang kemas membuatkan dirinya tampil lebih menarik dari Maria.            Bakal abang ipar aku mesti terpikat dengan kakak sebab kakak pandai bergaya, fikir Maria.            Lelaki matsaleh ke bakal abang ipar aku ni? Persoalan tersebut terlintas sejenak.            “Bukan rahsia, surprise.”             Jawapan dari Marsha membuat Maria menjungkitkan keningnya berkali-kali. Maria tayang muka hebatnya pada si kakak.            “Surprise konon. Terkejut tau adik. Ceritalah kakak, how is he?”            “How is he?”            “Iya! Caucasian ke? Tinggi ke? Macam model ke? Mata dia warna apa? Dia panggil kakak apa? Dia romantik tak? Dia...”            Marsha cepat-cepat memotong kata-kata Maria.            “Diknon, chop! Apa kata you look on your three o’clock?”            Wajah Maria nyaris kembali kelat. Suruh aku tengok arah jam tiga kenapa? Nak berahsia lagi?            Dia baru hendak membantah, sebelum dipotong Marsha.             “Table six,”             Sepantas kilat, Maria mencari meja bernombor enam.Matanya terus membuntang apabila melihat gerangan jejaka yang duduk di meja tersebut, turut memerhatikan dirinya.             Sepasang mata bertemu.            Ayat yang mula-mula terlintas difikirannya terungkap di bibir.            “Muka macam mixblood.Tapi kenapa macam serius aja bakal suami akak ni?”Seperti biasa, kepolosan Maria berjaya membuat Marsha ketawa.             “Lawyer, kenalah serius.”Dalih Marsha. “ Oh, dan mak dia orang Melayu,”tambahnya lagi.Tunangnya dipandang dan digamit ke arah mejanya. Sesaat kemudian, lelaki tersebut sudah duduk di sebelahnya.            “Mar...meet your bakal abang ipar. Gabriel Ariff Handerson. Sayang, adik I...Maria Hannan.”            Marsha memperkenalkannya kepada encik tunang.             Maria tidak memberi respon. Profil Gabriel dipandang atas bawah, dan dia yakin Gabriel juga sedang memandangnya atas bawah. Kacak, tetapi macam egois tahap gaban! Maria meneliti.            Mata Gabriel juga seolah-olah membuat perbandingan antara penampilannya dengan kakaknya.            “Call me Mar. You look...really uptight with that stuffed shirt.” Mar berkata sambil menganalisis three-piece suit yang melekat pada badan tegap milik Gabriel.            Kening Gabriel ternaik tinggi mendengarkan komen Maria tentang dirinya. Is that her way of complimenting people?            Gagal terus!            “Thank you,Mar.You too look sweaty and messy.”Seraya komen yang pedas, ianya turut diselangi senyuman pemangsa yang selalu Gabriel hadiahkan kepada lawannya.            Entah mengapa, Maria berasa seperti ingin menyepak kaki Gabriel yang tersarung kasut kulit buatan Itali dan handmade ‘barangkali’ berkali-kali.            Mulut tiada insurans Maria mula terasa gatal. Tak boleh ni, nak juga dia menjawab balik.            Marsha yang sedar ke mana hala tuju Maria dan Gabriel sudah tarik nafas dalam-dalam.            Gabriel pantang dicabar.            Maria pula suka mencabar.            Habislah...            “Nice shoes?Italian handmade, I presume?” Suara Maria tenang. Marsha yang sedang memberikan pandangan mata yang mengisyaratkannya supaya berhenti,dibuat tak endah.            Gabriel yang sedang memandangnya dengan senyuman sinis, diutamakan.            Ini Mar, Mar pantang kena pangkah!            “Why? You have anything against good shoes?Sebab itu you berkaki ayam di tempat awam?” Pangkah Gabriel dengan automatik.            Maria ternganga luas. He did not just talk about me being barefoot!Dia membuka mulut untuk membalas lagi.            Marsha, yang sukakan kedamaian, cepat-cepat bangun dan menutup mulut Maria.Habislah dia...habis.            Baru berjumpa pertama kali pun sudah macam anjing dan kucing, kalau hari-hari duduk sebumbung bagaimana?            Perang dunia ketigakah nanti? Marsha mengeluh dalam diam. Harap-harap si adik dan si bakal suami mampu berdamai nanti.
            Kalau tidak....haih...

(to be continued)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 10, 2014 02:13

October 5, 2014

S.E EidulAdha | Hopeless Romantik


            PART 1
Stool ditarik keluar. Kaki pendeknya memanjat naik bangku tersebut. Tangannya cekap mencapai gincu mamanya yang tersusun di atas meja hias itu. Revlon berwarna ruby diambil dan ditenyeh sesuka hati pada bibir halusnya. “Luq, Yaya pretty tak?” tanyanya sambil memandang ke bawah. Luqman yang sedang khusyuk membelek buku ceritanya mendongak memandang kakaknya.  “Pretty,” jawab Luqman sepatah, kemudian dia kembali membaca the Red Ted and the Lost Things. “Luq ni kan, Yaya ajak main tak nak. Tak bosan ke baca Ted tu?” “Tak.” Yaya mendecit. Selamba aja Luqman ni. Kemudian, matanya tertancap pada gel rambut papanya.  Aha! Idea datang. “Luq, jom Yaya main rambut Luq. Buat macam rambut papa nak?” ujar Yaya. Luq terus mengangkat wajahnya. Rambut papa? “Jom la...jom laaa...” “Nanti papa angry.” “Papa dengan mama dengan abang kan ada kat bawah.” Luq terus akur. Seronok juga dapat main gel rambut papa ni.
 *
 “Esok apa plan kita?” Kiah bertanya. Kepala disandarkan ke atas lengan Kay. Baru sempat nak duduk. Dari tadi sibuk buat kek itulah, inilah. Budak-budak tu dah siap adun dan cepat-cepat cabut lari. Nasib ada Luth yang boleh harap tolong dia kemaskan dapur. Kay memandang Kiah. Pipi Kiah yang ada tercalit sedikit tepung itu diusap. “Ni buat kek guna tangan ke guna pipi?” sakat Kay. Kiah tarik senyum manis. “Guna akal.” Serentak itu tangan Kay mencubit geram pipi Kiah. Itulah, loyar buruk lagi dengan dia. “So?” Kiah kembali ke soalannya. “Esok kita korban dekat tempat biasa. Ben pun join in, my parents, Ben’s parents...sudah lapah lembu apa semua, kita balik rumah mama, masak-masak situ, malam ada family gathering. Ingatkan your parents pun sayang.” “Aiyo, dey husband...budak-budak tu kita nak campak mana? Yaya tu bukannya boleh tengok lembu. Mesti dia nangis.” “Luth kan ada, tengokkan la kejap. I nak kena tolong lapah.” “You know your daughter, she will want you.  Luth tu tak apa, dah besar. Luq si Luth boleh tengokkan. Yaya ni...” Kay mengeluh seketika. Habislah, memang tak melapah la dia kalau tuan puteri tu cari papa dia. Sahkan nak melapah, nak tengok sembelihan pun tak boleh nampak gayanya. “Tu esok la kita fikir.”Kiah angguk setuju. Kemudian, dia memandang sekeliling rumahnya. Aik? Sunyi semacam aja? Mesti ada benda yang tak kena ni. Tangan Kay dikuis. “Tak rasa macam sunyi semacam ke?” soal Kiah kepada Kay.Kay angguk. “Luth naik mandi tadi.” Ujar Kay. “Dua orang lagi tu?”  “Upstairs.” Kiah mengisyaratkan Kay supaya pergi tengok Yaya dan Luq di atas. Entah apa yang mereka sedang buat lah tu. Diam semacam!
 **
 “Cantik?” Yaya soal lagi. Luq angguk. Yaya mengelipkan pula matanya yang sudah sebelah berwarna biru, sebelah lagi berwarna hijau. Rambutnya separas bahu pula sudah separuh terpacak ke atas, separuh lagi macam sarang burung.  Luq pula usah dikata. Pipinya penuh blusher, rambutnya pula macam mo-hawk. Bawah matanya pula penuh dengan warna hitam.Kukunya pula warna peach. Sah, maskara Kiah yang jadi mangsa! “Luq! Yaya! Astaghfirullah-al-azim!” Yaya dan Luq terus terkaku. Gincu di tangan Yaya terlepas ke atas meja solek.  “Nurul Liyana, get down from that stool! Turun sebelum papa ambil rotan!” Kata Kay tegas.  Yaya terus lompat turun dari bangku.  “Papa...Yaya sorry...” terus Yaya masuk mode menagih simpati. Kay pula cepat-cepat menarik Luq dan juga Yaya ke bilik mandi.  Ini kalau mama dia nampak...mahu runtuh satu rumah dengan amukan mama dia. “Take off your clothes. Mandi cepat. Sebelum mama suspect apa-apa.” Yaya dan Luq cepat-cepat dengar arahan papa mereka.  Kay pula cepat-cepat pergi kemas dressing table yang agak bersepah itu. Sambil-sambil itu, dia jenguk-jenguk juga ke dalam bilik mandi. “Papa...it won’t come out...” Adu Yaya dari pintu bilik mandi. Jarinya menunjuk ke arah matanya. Itulah, tenyeh lagi eyeshadow tebal-tebal. Kay mengeluh hebat. Cotton pad di dalam kabinet di atas sink dicapai, make up remover Kiah dititiskan dan terus muka Yaya disental. Luq juga diperlaku sedemikian. “Ouch papa,it hurts.”  “Main lagi barang mama dan papa. Rambut macam sarang burung. Dah, pergi syampu. Luq pun syampu.” Tegas Kay lagi. Yaya tarik muncung.  “Buat muka macam tu papa rotan betul-betul karang, Liyana. Destructive element. Tangan tu gatal.” Yaya terus diam.  “Papa, syampu.” Sepatah dia berkata apabila tangannya tidak sampai untuk mencapai botol syampu.  Kay bangkit dan tolong apa yang patut. Rambut Yaya disyampu, begitu juga Luq. Setelah itu, kedua-duanya dipakaikan baju. Rambut yang basah dibiarkan kering sebelum disikat. Lagi sekali, mulut kedua-duanya tidak henti-henti mengaduh sakit. “Padan muka. Main lagi gel rambut papa. Main lagi. Kan dah kusut rambut.” “Tak nak dah papa.” “Cakit.” Tokok Luq. Dalam diam Kay tersenyum. Reverse psychology, never fails everytime!
 **
 Kay kemudiannya turun bersama-sama dua lagi makhluk kecil itu. Kiah yang sedang bercerita sesuatu dengan Luth turut memandang semacam ke arah tiga beranak itu. Kay duduk di sebelah Kiah dan Luq diangkat ke riba. Selamba, Luq bersandar pada dada papanya. Yaya pula mencelah diantara Luth dan Kiah. “Wanginya dua-dua orang. Papa mandikan ya?” tanya Kiah sambil mengucup kepala Yaya yang masih basah. Yaya dongak ke arah mamanya dan tayang senyum lebar. “Papa syampu pun, mama.” Tambah Yaya, nak bodek papa dia lah tu. Takut rahsia terbongkar. “Rajinnya papa hari ni. Semalam kan baru syampu.” Soal Kiah kembali. Yaya terus terdiam. Baik diam daripada terbongkar rahsia. “Mama...cantik tak tangan Luq?” Luq tiba-tiba tayang jarinya yang berwarna peach itu kepada Kiah. Kay dan Yaya terus ternganga.Yaya pandang Kay, Kay pandang Yaya.  Kay mengecilkan matanya ke arah Yaya.  ‘Kenapa tak cakap tangan Luq pun kena conteng tadi?’ soal Kay melalui matanya. Yaya terus tertunduk. ‘Oops, sorry papa! Yaya lupa.’  “Double triple quadruple crap! Oh, padanlah papa rajin nak mandikan korang, korang main barang mama ya? Hah?” Kiah sudah menyinga. Dia menampar kuat bahu Kay. “You tampar bahu I kenapa pula sayang?” Kay jelas tidak puas hati. “Berkorban untuk anak! Tampar bahu anak takut menangis, tampar bahu papa dia baru tak menangis. Papa dia pun, pandai nak simpan rahsia, konon.” Kiah mula membebel. Kay tarik muncung.Jelas dia tak puas hati. “Luth, tengok mama Luth ni.” Kay cuba nak mengadu pada Luth. Luth angkat bahunya. “Papa yang defend sangat Liyana tu,” tokok Luth. Kay terus mengangkat keningnya. Aih? Raya Korban kali ni ada team mama, team papa ke? Dah berpuak-puak ya? “Mama, tak mau lah tampar Mr Teddy Yaya, cian papa tau.” Kiah terus memandang ke arah Yaya. “Amboi, buat salah bukan nak minta maaf?” perli Kiah. Yaya terus menggigit bibirnya. Kay tahan senyum. Precious gila muka Yaya tika ini. “Yaya...Yaya dah say sorry to papa tadi.” “Dah Yaya, say sorry to mama pula.” Tokok Kay. Kalau bergaduh dua orang permata hati dia ni, dua-dua tak nak mengalah. Mak macam tu, anak macam ni. Yang naik pening, dia juga. Luth dengan Luq tumpang tengok saja. Yaya memeluk leher Kiah. Pipi Kiah dikucup. “Sorry mama.” Ujar Yaya lembut. Pipi Kiah dikucup. “Janji, tak nak main barang mama lagi?” soal Kiah, nada masih tegas. Nak kena didik anak, kena tahu bila  masa nak tegas, bila masa nak baik. Yaya angguk laju. “Janji.”
*
Malam itu, apabila kesemuanya sudah lena, Kiah menguis lengan Kay. Tempat yang ditampar tadi diusap. Kay mencelikkan matanya. Bibirnya tersenyum lebar. “Sakitke?” soal Kiah apabila Kay terjaga. Kay menggelengkan kepalanya. “Kiss it better?” tawar Kiah. Kay angguk. “Berkorban untuk anak lah ni?” tanya Kiah lagi. Kay juga angguk lagi. Kemudian, bahu Kiah diraih. Kiah dibawa ke dadanya. “Berkorban sebab tak nak sayang abang ni marah-marah. Kata nak raya. Tapi nak buat macam mana, motherly instinct you  tu cepat aja nak nampak tricks dorang dua tu.” Kiah tergelak kecil. “Kalau tak marah, nanti mereka ingat semua tu boleh buat. Boleh kacau barang orang, rosakkan harta orang, nanti kita yang malu. Orang cakap kita tak pandai jaga anak.” Kay mengucup dahi Kiah. Itu yang dirunsingkan? “Nak malu apa? Tu, Luth tu. Dari kecil sampai sekarang ni kita jaga, elok aja perangai tu. Bukti kukuh tu. Orang kata kita tak pandai jaga anak, tu, tunjuk Luth kita tu. Role model.” Kiah senyum sebaris. Betul, Luth tu mereka juga yang jaga. Elok aja jadinya. Yaya dengan Luq pun nanti dah besar sikit, dan pandai sikit, eloklah tu perangai.  “Dahlah, jangan fikir. Tidur, esok nak kejar lembu.” Sakat Kay. Kiah menampar perlahan bahu Kay. “Jangan nak melawak okey. Dua tahun lepas lembu tu kejar Yaya tahu. Itulah sampai sekarang budak tu fobia.” “Katak, ular, semua dia tak takut. Lembu juga dia takutkan.”tokok Kay lagi. “Your daughter.” Tambah Kiah dalam tersenyum. Kay mengangguk. “My darling daughter. Aih, esok janganlah dia buat hal dengan lembu-lembu kat situ.” Komen Kay,sebelum dia juga memejamkan matanya. Baik tidur, karang esok  tak beraya.
            PART 2
            “Tak nak! Tak nak! Tak nak!” Bingit satu kawasan dengan jeritan Yaya. Kiah mendengus geram. Tangan Yaya dilepaskan. Luq dipinggang diturunkan ke tanah. Luth pula, selamba memerhati gelagat Yaya sambil tangan memeluk dada.            “Liyana. Behave!” suara tegas Kay mula kedengaran. Yaya mula tarik muncung itiknya. Tak suka apabila kehendaknya tidak dituruti.            “Papaaaaaa...” Ah sudah, Yaya ni tahu-tahu aja mula nak lenggokkan suara bila papa dia mula nak berapi.            Kay cepat-cepat menunjukkan jari telunjuknya ke arah Yaya. Yaya terus mengetap bibirnya.            “Be good. Hari Raya kan? Luq dengan Abang tu cool aja, Yaya aja. Kesian mama tahu.” Kay mula membuka muqaddimahnya.             Muncung Yaya makin ke hadapan.            “Yaya bising lagi lembu tu kejar.” Luth mencelah, namun terus dia diam apabila Kiah cepat-cepat menekup mulutnya.            “Papaaa...tak nak. Yaya tak nak, papa kenapa tak faham Yaya say no means no.”            “Amboi cik adik! Now listen to me saying no. No means No! Yaya tak behave, papa tinggal dekat sini.”            Yaya mula menghentak kakinya.             “Uncle Beeeeen!” Yaya mula nak meraih simpati dari ayah orang lain. Kay pula cepat-cepat menjeling tajam Benji. Benji cepat-cepat angkat tangan gaya mengalah.            “Hoho, no no no. Uncle Ben tak masuk port. Uncle Ben nak kena tolong Papa Yaya sebelih lembu. Yaya duduklah dengan Tisya, dengan Luth, dengan Luq, kan ramai tu.” Benji cuba menenteramkan puteri si Kay itu.             “Abang nak tengok lembu.” Luth cakap.            “Tisya pun!” Anak Benji cakap.            “Luq itot!” Luqman pun mencelah.            Yaya pula sudah mendongak memandang papanya dengan penuh simpati. Tangan didepakan ke arah papanya.            Kay mendengus geram. Wajah Kiah yang pasrah sepasrah pasrahnya dipandang.            ‘Baby, what should we do with our daughter ni?’ soal Kay dalam hati. Kiah yang dapat mengagak apa yang sedang Kay fikirkan itu terus mengangkat bahunya.             ‘Don’t know baby! You are her idol, you figure her out!’ balas Kiah juga dalam hati. Kay yang juga dapat mengagak terus meraup wajahnya.             Kiah mengusap lengan Kay perlahan.             Kesian, bila anak-anak super duper attached dengan ayah dia. Nak buat kerja masa raya korban pun susah. Itu satu, dapat pula yang fobia lembu ni, laaaagi parah.            “Yaya duduk dengan mama okey? Aunty Shido pun ada, baby Didi ada...boleh Yaya main.” Pujuk Kiah.            Yaya tegas menggeleng.            “Yaya nak papa. Yaya takut!”            “Papa ada work , sayang.”            “Yaya. Nak.Papa.Yaya.”            “Lain kali mama tak nak bawa Yaya jalan kalau Yaya buat perangai macam ni.” Kiah ugut. Yaya mendengus. Tangannya cepat-cepat memeluk kaki papanya.             “Papa boleh bawa Yaya jalan.”            “Yaya, jangan lawan mama. Tak elok.” Kay bersuara apabila suasana makin tegang. Nasib baik ada dia dan juga Ben di luar ni, kalau orang luar sumpah malu.            “Say sorry to mama.” Kay kata sambil mengangkat Yaya ke dalam dokongan. Alahai, dah enam tahun pun nak berdokong!            “Yaya nak papa. Yaya tak nak mama. Mama small, Papa big. Nanti lembu kejar Yaya macam mana papa?”            Kay cuba tahan dirinya dari tergelak. Kiah disisi ditarik hampir ke badannya.            “Mama boleh scold the cow.”             Kiah terus menjeling Kay. Itu jawapannya? Seriously? Ni balik ni nak kena Kay ni!            Nak kata aku garang lah tu.            “Mama tak ada ni...dengan ni...” Yaya kata. Tangannya memegang lengan Kay yang berketak.            Kay memegang pula lengan Kiah yang halus darinya.            “Mama ada iron bones. Lagi kuat dari Superman ni tau.”            Lagi sekali Kiah menjeling Kay.Dia ni loyar buruk macam ni ke dekat hospital tu? Padanlah budak-budak kat wad tu makan saman je dengan Kay ni.            “Boleh okey? Papa tinggal Yaya dengan mama kejaaaaap saja? In one blink, papa tumbangkan lembu, and come to your rescue. Can I?”            Kay mengerdipkan matanya ke arah tuan puteri tercinta. Yaya tarik muncung. Namun, dia tetap memegang pipi papanya.            Hidung Kay dipegang.            “Kejap je?”            “In one blink,princess.”            “Okey, Yaya duduk dengan mama.” Akhirnya, akur juga si  Yaya ni.            Kay tersenyum lega. Yaya diturunkan ke tanah.            “There, sit with mama. That’s my girl.”            Sebelum dia berlalu, sempat lagi Kay berbisik di telinga Kiah.             “Keep her busy. I kena siang daging pun ni.”Kiah mengangguk.             Adoi, salah orang lah Kay nak tipu. Ingat Yaya ni bodoh?Kiah memerhatikan sahaja Luth dan Luq yang laju membontoti Kay. Yaya yang erat memegang tangannya pula dipandang seketika.            Aku nak buat jadah apa dengan dia ni? Macamlah dia nak dengar aku cakap apa. Lepas lima minit mesti keluar bunyi ni :Papa mana? Nak papa! Mamaaa...I want papa!Kiah mengeluh.“Come darling, kita duduk dalam rumah. Luar ni panas. Nanti Yaya demam pula.” Kata Kiah, tangan Yaya dipimpin ke dalam rumah.“Okey mama.”Aik? Bagusnya Yaya. Dengar pula kata dia hari ni.                     
*
            “Mama, Luq nak air.” Luth masuk sambil memimpin tangan Luqman. Kiah yang sedang menyerahkan gelas ke tangan Yaya terus memandang ke arah Luq yang jelas berpeluh itu.            Alahai, ni buat apa sampai lencun dengan peluh ni?            “Mama, Abang tengok papa. Lembu tu besar, but papa was strong. Dengan uncle Ben. Sekali tarik dah jatuh lembu tu.” Luth seronok bercerita. Teruja.             Kiah pula tarik senyum.            “Papa Luth kan memang strong. Dulu masa kecil dia kan suka dokong Luth.”tokok Kiah. Luth angguk.            “Abang, Yaya nak tengok papa jugak!” Luth dan Kiah terus terdiam. Kiah menaikkan keningnya sebelah.            “Yaya duduk sini diam-diam. Nanti Yaya nangis.” Kiah cepat-cepat memangkah. Yaya tarik muka masam.            “Yaya tak nangis. Yaya duduk dengan abang dengan Luq.” Yaya cuba meyakinkan mamanya. Kiah mengeluh.            “Okey. Luth bawa dia masuk kalau dia nangis.” Kiah akur. Payah jaga anak bapak ni!            Luth pula angguk.            “Pegang tangan abang tu Yaya.” Pesan Kiah.            Yaya pula cepat-cepat pegang tangan Luth. Takut lembu tak apa, sebab dia nak tengok papa dia yang strong tu!            Tiba di tempat kejadian, Luth melepaskan tangan Yaya. Yaya mendongak memandang Luth.            “Abang nak pergi depan tu. Yaya duduk sini.” Arah Luth. Yaya angguk.            “Luq pun. Duduk dengan Yaya.” Luq akur.Sebenarnya, dia pun nak ikut Luth, tapi bila tengok Yaya dia tak sampai hati pula.            Tiba-tiba, Luq ternampak seekor lagi lembu yang sedang ditambat pada pokok. Di keliling lembu itu terdapat ramai orang lelaki.             "Yaya, jom engok cow tu?" Luq ajak dalam pelatnya.Matanya terus bersinar apabila melihat papanya di antara lelaki-lelaki tersebut.            “Papa ada Yaya. Papa stwong!” bodek Luq lagi, tangannya sebelah menarik tangan Yaya supaya pergi ke tempat papanya.            Yaya terus pucat di tempatnya berdiri. Tangan Luq yang kuat menarik tangannya cuba dilepaskan.            "Yaya, jom yaaa, jom yaaa..."desak Luq.
            Yaya pantas menggeleng.Tak mahu!
Tak mahu!
Tak maaahuu!
            Yaya menjengket, cuba melihat papanya dari jauh. Namun, tiba-tiba dia terdengar suara orang bertakbir. Kemudian, dia lihat papanya juga sedang memegang tali yang mengikat kaki kiri lembu itu.            Serentak itu dia ternampak pisau dileher lembu tadi. Jantungnya berdegup pantas. Tangan Luq ditepis kasar dan dia mula teresak.            "Yaya...jom..."            "Yaya tak nak Luq! Yaya taaaak naaaaakk!!" jerit Yaya sekuat hati. Dia mengangkat kain kurungnya dan mula berlari dari situ.            Tiba-tiba, dia ternampak pula seekor lagi lembu sedang memandangnya tajam.             “Papa!! Yaya takut!” Jerit Yaya kuat. Dia makin laju berlari. Namun, tanpa disangka, dia tersadung dengan selipar sendiri. Akibatnya, dia tersungkur ke tanah.            Luth yang sedang perhatikan papanya pula cepat-cepat memandang ke belakang. Tiba-tiba dia terdengar esakan kuat. Dia terlihat Yaya yang sudah jatuh di atas tanah berpasir itu.            Dia menggelengkan kepalanya dan terus mendapatkan Yaya yang sedang bersila di atas pasir.            “Abang, Yaya jatuh.” Luqman memberitahu Luth apabila tiba di sisi Yaya. Luth bercangkung di sebelah Yaya.            Yaya mengelap air matanya dengan tangan yang berpasir. Habis, wajahnya menjadi comot dengan tanah dan pasir.            "Sakit." Yaya mengadu.            "Mana sakit?" soal Luth tenang. Yaya selak sedikit kain kurungnya melepasi paras lutut.Luth sentuh sedikit luka itu.            "Abang, Yaya...uhuk...Yaya wants papa.Yaya...Yaya takut lembu." Adu Yaya lagi. Serius, dia nak papa dia aja sekarang.             Luth pula mengeluh. Dia mengusap kepala Yaya.            "Abang got this."            Cakap Luth sambil sebelah tangan mengeluarkan sepaket M&Ms dari kocek baju Melayu.Yaya menggeleng.            "Yaya want papa..." bisik Yaya dalam sedu sedan. Luth menggelengkan kepalanya.            "Abang got this, too..." Kali ini, Luth mengeluarkan coki-coki dari poketnya. Yaya terus terdiam.            "Kalau nak ni, Yaya kena dengar cakap abang."            Yaya angguk.            "Nak."            Luth tarik senyum. Tangan dihulur pada Yaya.            "Papa ada work tu. Kita suruh mama tengok kaki Yaya dulu, okey? Baru yang ni, dengan yang ni, abang bagi Yaya."            Yang ni dengan yang ni merujuk pada coki-coki dan M&Ms tadi. Yaya angguk laju.Luth menepuk lembut kepala Yaya. Kemudian, belakang Yaya yang kotor juga ditepuk.Hilangkan kesan pasir dari baju Yaya.            “O...okey.” Ujar Yaya dalam sedu yang kuat. Luth tarik senyum. Yaya ditarik bangun. Dia papah Yaya sehingga ke dalam rumah. Kesian Yaya, takut lembu punya pasal, sampai luka kaki.
            **
            Rambut Yaya yang perang itu diusap. Pipi Yaya yang gebu disentuh perlahan.            “Tidur dah?”soal Kay kepada Kiah.            Kiah angguk.            “Dah. Penat sangat menangis, menjerit, terlolong bila sayang rawat luka dia tadi.” Komen Kiah. Serentak itu tangannya menyelak sedikit seluar tidur Yaya.            Kesian Yaya, tak pasal-pasal ada parut dekat lutut. Kalau dua tahun lepas dapat parut dekat dahi sebab kena kejar lembu, kali ni lembu tak kejar pun dapat parut pada lutut!            “Abang tak nampak dia ada kat situ.” Kay mengeluh. Haila, janganlah sampai ke besar dia fobia dengan lembu.            “Ada. Dia ikut Luth dengan Luq sebab nak tengok her papa being strong and mighty sambil tumbangkan lembu.”            Kay tergelak kecil mendengar Kiah berkata sedemikian. Matanya dikecilkan ke arah Kiah.            “Ayat macam dengki aja, sayang?”            Kiah mendengus. What? No way!            “Mana ada. I quote ayat dia aja.”            Kay tersenyum lebar. Tangan Kiah dicapai dan digenggam. Sebelah lagi tangan menarik selimut Yaya ke paras dada tuan puteri itu.            Kemudian, dia menuntun Kiah keluar dari bilik Yaya.            “Ayat you ada nada dengki tau, Khairina.” Sakat Kay lagi sambil memadamkan lampu bilik Yaya.            Kemudian, dia kembali memandang Kiah.            “Buang karan je nak dengki dengan Yaya tu.” Jawab Kiah kembali.            Kay menjungkitkan sebelah keningnya. Amboi, menjawab. Padanlah Yaya pun menjawab. Ikut mak dia rupanya.            “Oh really? Baru je abang ingat nak show how mighty and strong am I tonight.” Sakat Kay lagi.            Kiah terus membulatkan matanya. Jemarinya pula laju mencubit lengan Kay.            “Cubit kenapa? Betullah. I can show how mighty and strong am I when I cuddle you so tight tonight. Tu tentu fikir bukan-bukan tu sampai ketam pun berjalan.”            Lagi sekali, lengan Kay dicubit geram.Sengaja ja kan buat Kiah ni termalu sendiri? Papa Yaya ni kan...memang lah sama haru dengan anak perempuan dia.            “Cubit-cubit tu kenapa?”            “Sebab abang lah.”            “Abang apa?”            “Too damn cheeky nowadays.”             Kiah tarik muncung. Ini Yaya sudah tidur, itik baru pula nak masuk shift.             Kay tergelak kecil.            “Sebab Khairina too damn bengis nowadays.” Sebelum ketam mendarat, Kay tahan cepat-cepat. Tangan Kiah dibawa ke bibir dan dikucup.            “Dah, nak romantik pula?” soal Kiah.            Kay tarik senyum penuh gigi.Matanya dikenyitkan.            “Tak, nak be strong and mighty with Khairina. Team papa kekurangan ahli sorang. Team mama dah ada dua hero, team papa kena ada sorang lagi heroine.”            Belum sempat Kiah mencerna maksud Kay, Kay cepat-cepat masuk ke dalam bilik. Apabila Kiah sudah mencerna maksud tersirat Kay, dia menepuk dahi sendiri.            Sesuka hati demand nak tambah team member, dapat sorang lagi girl perangai macam Yaya, tak ke dia juga yang tak menang tangan nanti? Setiap raya haji, Yaya panggil papa, sorang lagi pun nak papa juga. Jadi battleground pula rumah nanti! Rumah tak apa, jangan setiap raya kalau ada sorang lagi tu, dua-dua takut lembu, dua-dua menangis, dua-dua cari papa, mama dia juga yang merana!            Tambah-tambah bila ada dua lagi hero yang suka gila tengok lembu, jadi tukang ajak tengok sambil guna tagline ‘Papa strong, papa tumbangkan lembu...’ dan mulalah dua-dua orang tu tergoda nak tengok juga papa mereka.            Haila, sabar ajalah.             “Yang, yang you tercegat tu kenapa? Abang nak bantal peluk rasmi abang ni.” Kay panggil dari dalam bilik.            Kiah tersedar dari bayangannya.            Aik, jauh melalut malam ni. Siap bayang kalau ada lagi seorang anak perempuan pula tu.            “Kalau baby girl seorang lagi tu takut lembu juga macam mana?” soal Kiah di bawah sedar. Tanpa dipinta, Kay terus tarik senyum penuh gusi.            Ahaha...jauh berfikir Khairina dia ni.            “Kalau? You nak seorang lagi ke, sayang? Cukupkan team papa? Sanggup?”            Kiah gigit bibir.             “Yaya needs a girl to be a role model. Luth dah ada Luq, Yaya...”“I love you, sayang. Kalau ada rezeki kita, adalah.”Kiah angguk. Harap-harap ada rezeki, tapi harap-harap yang itu sorang tak nakal macam Yaya. Dan juga tak fanatik Kay macam Yaya tu. Oh, dan tak takut lembu!            “Hmm. Love you too.” Balas Kiah, apabila penat memikirkan benda yang tak jadi lagi tu. Kay dipeluk.            ‘Yaya nak fanatik macam mana pun, papa Yaya ni tetap mama yang punya! Muahahaha!’ sempat lagi Kiah mendengkikan Yaya.            Betul orang kata, makin tua makin menjadi perangai tu.             Yaya Yaya, kalau dulu papa kau dengkikan Luth, ini giliran mama kau pula dengkikan kau. Fair and square.           
TAMAT
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 05, 2014 07:46

September 27, 2014

DOUBLE A | CERPEN



            DIA bersiul-siul kecil sambil mengorak langkah ke kelas. Jam ditangan dibelek sekilas, lima minit sebelum kuliahnya bermula.            Sedang elok dia berjalan, dia terlihat seseorang yang sedang terkocoh-kocoh keluar dari kelas yang ingin ditujunya tadi.            ‘Alahai, there goes my darling Christmas tree!’ getusnya perlahan di dalam hati. Entah mengapa, dia suka tengok wanita yang konfiden aja mengenakan apa sahaja pakaian yang dia ingin pakai hari itu. Kali ni, kalau tengok dari gaya rakan kerjanya ni, tudung pun tak bergosok.Tapi dia suka sangat, walaupun wanita itu tidak mempunyai taste dalam cara berpakaian, tapi perfume yang digunakan mampu mengocak naluri lelaki bujang terlajak dia ni.            “Morning, Anes.”             Tegurnya ramah. Wanita yang bernama Anes tadi berhenti melangkah.            “Morning Dr.” Tegur Anes kembali. Tangan kirinya cepat-cepat memegang bucu tudung bawalnya. Alahai, masa ini jugalah dia nak sedar yang tudung dia ni dipakai tak sama panjang. Kalau orang lain nampak memang dia tak kisah, tetapi kalau Dr Allan  yang nampak, hatinya menjadi nervous tak tentu hala.             Tahulah Dr Allan tu kacak tahap Christiano Ronaldo tu, tapi jika dibandingkan dengan rakan sekerjanya yang lain, Dr Allan ni ibarat biasa-biasa sahaja. Namun entah mengapa, hanya si Allan ni saja yang mampu buat dia rasa self conscious!            Allan memerhatikan Anes dari atas ke bawah. Slacks hitam, blouse bunga-bunga putih, tudung pun sama naik bunga-bunga, kasut pun ada corak bunga-bunga! Ya tuhan, memang cik bunga!            “Feeling flowery today?” Allan memberi komen. Anes menelan liur. Hish, kalau orang lain tanya, memang dia bagi sedas dah! Tapi Dr Allan yang tanya, senyum ajalah walaupun baru tadi dia masih berasap dengan karenah mentee-mentee nya.            “ Indeed I feel so damn crappy today. Ridhwan buat masalah tengah-tengah malam buta, I kena pergi attend dia, hantar dia ke hospital.” Anes bercerita, namun yang Allan dengar macam mengadu manja pun ada.            Otaknya mula terbayang wajah Ridhwan, salah satu pelajarnya. Memang, budak lelaki itu memang suka mengundang masalah.            “Ridhwan buat apa?” Soal Allan, serius ingin tahu.            “Patah tangan sebab nak buat prank dekat roomate dia.”balas Anes ringkas. Dr Allan mengangguk. Jam sekali lagi dikerling. Ketika itu juga telefon bimbit Anes berdering.            “Eh Dr, I nak kena pergi jumpa Student Affairs. You tolong pesan juga sama mereka tu, act their age. Umur dah 20 masing-masing, tapi masih nakal.” Pesan Anes, setelah itu dia bergegas ke Jabatan Hal Ehwal Pelajar.            Dr Allan memerhatikan si pokok Krismas menghilang dari bayangan. Setelah itu langkah diorak ke kelas.             Pintu dibuka. Serta merta bilik yang gamat tadi menjadi makin gamat.            “Sir!! Tahu tak yang kami kena marah?”            “Sir! Kenapa singa double A tu menyinga sangat?”            “She scolded us like we were kids!”            “I hate her!”            “Nak menopos agaknya!”            Semua jenis komen tidak berpuas hati menerpa telinganya. Allan cepat-cepat mengangkat tangannya. Dia duduk sedikit di bucu meja. Mata tukas memandang 20 orang pelajar di dalam bilik itu.            “Mentang-mentang aku ni ajar subjek kaunseling kat korang, salam pun tak ada, good morning pun tak ada, terus terjah aku.” Pedas, Allan memerli.            “Ya lah sir! Hanya sir yang mampu kaunsellingkan Anes ADT tadi tu.” Balas satu suara garau. Entah mengapa, kebetulan agaknya, satu kelas ini merupakan pelajar lelaki.             ADT, gelaran pada si Anes. Anak Dara Terlajak, kata mereka. Walaupun si Anes tu masih belum mencecah 35 tahun, tapi sebab dirinya sentiasa serius, kan dah dapat gelaran dari budak-budak buas ni!            “ADT tu mentor korang, tahu dak?”Allan mencantas. Namun, dia dapat mendengar beberapa lagi bisikan tidak puas hati dari mereka.            “Mentor apa kalau masuk kelas aja nak marah-marah?” Salah seorang pelajarnya mula bersuara lantang. Amboi, tak puas hati sampai macam tu budak-budak ni? Allan menyinsingkan lengan bajunya ke paras siku. Time to get things straight with them.            “Cuba korang tengok diri korang tu. Dia mesti ada sebab nak marah korang. Ridhwan buat hal, logiklah dia nak marah. Cuba korang buat perangai macam manusia, dia pun tak hingin nak marah.” Allan memberi logiknya. Ya lah, tak ada orang atas dunia ni hobi dia marah. Kalau dah marah tu tentu bersebab.            “Amboi Sir, since Sir TTB, apa kata Sir kahwin aja dengan ADT tu. Hari-hari kena kaunselling dengan Sir, mesti otak dia tu elok balik.” Suara sumbang di sudut kanan pun mencelah. Allan tiba-tiba terdiam. Ish budak lani, kita cakap bukan dia nak dengar, makin dia kenakan balik kita ada!            TTB, teruna terlajak bujang. Gelaran untuk dirinya pula. Allan tergelak kecil. Pandailah budak-budak ni. Ingat kahwin tu senang?            “Korang ni, otak dia tu elok aja tau. She’s just a genius. Cara pemikiran dia tak sama macam gadis lain. Only a real man can handle a girl ‘that’ brilliant. ” Allan beralasan lagi. Ya, dia akan menangkan Anes kali ini. Sudah berapa kali dia lihat Anes asyik tertekan bila ada sesi mentor mentee. Brain torture kalau bebudak tu buat perangai.             “Wohoo! Gadis tu! Someone is in love...” lagi suara sumbang kedengaran.

Allan bangun dari meja itu. Tangan digawangkan ke udara.             “Ok cukup. Siapa punya turn present hari ni? Korang nak markah assessment ke tidak? Masuk kelas aku tak ada topik lain korang ni.” Allan bertukar mode. Aish, masuk kelas, takkan nak borak sepanjang waktu kan? Makan gaji buta namanya tu.
            ‘BAM!’     Allan menghentak stering keretanya.             “Awesome! Really awesome! Masa tengah hujan lebat ni juga kau nak rosak kan?” rungut Allan apabila keretanya tidak boleh dihidupkan. Dia menggagau di tempat duduk belakang.            “Mana payung ni?” rungutnya lagi. Lama-lama, dia mendengus geram.
            Lupa, payung ada dalam bonet. Nampaknya, kena redah dulu hujan, basah lencun dulu baru boleh tengok apa yang tak kena dengan Beemer dia ni.             Terkocoh-kocoh, Allan membuka pintu keretanya. Hujan lebat semakin menggila, membasahi tubuhnya. Sejuk dirasakan sehingga sum-sum. Dia berlari ke belakang kereta, dan lekas membuka bonetnya.             Aik? Tak ada juga? Mana pergi payung dia ni?            "Dr Allan, do you need help?" Anes bertanya apabila terlihat susuk tubuh tinggi lampai itu sedang terkocoh-kocoh mencari sesuatu di dalam bonet BMW hitam itu. Baju putih yang dipakai Allan juga basah kuyup ditimpa hujan.            Allan yang tadinya khusyuk menahan sebelah tangan pada bonet kereta terus terlepas. Natijahnya...            "Mak!! Shhhhit!" tangan yang tadi menahan bonet  terlepas dan mengepit tangannya. Tangan yang terkepit tadi dipegang erat.            Anes pula terus menarik handbreak lalu keluar mendapatkan Allan. Ya Allah sumpah dia tak sengaja pun! Niat nak tegur, bukan nak terperanjatkan Allan ni."Shhhit!" Allan masih belum habis memaki hamun diri sendiri. Iyalah, dengar suara Anes pun sampai terlepas bonet kereta tu siapa yang suruh!            "You okay? Here, let me look at it? I am so so so sorry Dr! I just nak tanya you need help ke, tak sangka you nak lepaskan bonet tu." Anes mula cuak. Tangan Allan diintainya.            Patah ke? Retak ke? Adui! Macam mana ni?            Mata Anes naik ke wajah Allan yang seakan kaku tiba-tiba itu. Halkum Allan dilihat tergerak sedikit. Tiba-tiba Allan mengalihkan pandangan ke sisi.            Anes naik hairan, Allan ni dah kenapa?            Allan menarik nafas dalam-dalam. Sejuk-sejuk ni, tengah basah hujan pula tu, bila Anes mula buat suara lunak macam tu tiba-tiba terfikir pasal benda yang tak patut difikirkan.             Allan, you are so so so bad.Namun, tanpa dipinta, matanya memandang tepat pada susuk tubuh Anes yang turut lencun sepertinya. Malah, lagi teruk kerana Anes itu perempuan.             "Anes, masuk balik dalam kereta." tiba-tiba nada Allan tegas semacam. Anes menelan liur. Hah?            "Masuk. I could use a lift from you. Kereta rosak. But first, take this..."Anes melopong apabila Allan mula membuka kemejanya. Kemeja yang lencun itu diserahkan kepadanya. Ketak-ketak Allan jelas ternampak disebalik singlet yang dipakai.            Jantung Anes berdetak lebih laju.            "I can see your...urm...your...yoursee through.. " Allan berasa pipinya merah ketika itu.Namun, tangannya menggambarkan apa yang lidahnya tidak mampu ungkapkan.             Serentak itu, Anes juga menjadi serba merah.             Okey, sangat janggal tika ini. Cepat-cepat baju yang dihulur Allan disambarnya. Disarungkannya baju tersebut pada badan. Kemudian, dia terus masuk ke dalam kereta.            Alamak, aku cakap dia pakai baju putih, aku pulak lupa yang aku pun pakai baju warna putih! Anes, kan dah buat tayangan percuma! Anes mula termalu sendiri.             Percuma saja Allan tengok warna baju comel dia di sebalik kemeja itu. Itulah, lain kali pakai singlet macam Allan tu Anes oi! Kan dah termalu sendiri ni.

            SETELAH Anes meninggalkan Allan di hadapan rumah, dia terus memecut balik ke rumahnya sendiri. Kepala sudah mula terasa berat. Dalam hatinya sudah mula berkira-kira, habislah dia kali ni.  Dia bukannya boleh bermain hujan. Kena hujan mesti akan demam.             Dengan ibunya pergi ke Makkah, dengan dia sebagai satu-satunya anak tunggal...memang niaya lah dia kali ni.             Demam, duduk rumah sorang-sorang...nahas! Itulah, kalau ada suami, ada lah juga orang nak jaga dia.            Malam itu, apabila dia terasa suhu badannya naik, dia cepat-cepat ke klinik berdekatan. Doktor siap bagi MC. Suhu nyaris mencecah 39 Celcius. Nasib tak kena tahan wad masuk IV drip.            “Ni datang sini sorang ke, dik?” Doktor yang bertugas itu bertanya. Dengan lemah, Anes mengangguk.            “Sorang je.” Jawabnya lemah. Suara pun dah serak, selsema punya pasal.            “La, bawa kereta elok-elok.” Pesan doktor itu. Anes sekadar tersenyum.            “Jalan kaki je bang, rumah kat depan ni aje.” Anes berkata. Ya betul, rumah dia lintas jalan tu saja. Nasib baik! Klinik dekat, kedai dekat...untung sabut.            “Dah, kau jalan elok-elok dik. Apa-apa datang balik sini, abang ada sampai pagi kat sini. Makan ubat, tidur. Kalau lusa tak elok lagi, datang balik. Antobiotik tu makan sampai habis.” Ewah, abang doktor ni rancak pula dia berbual malam ni. Anes tarik senyum paksa. Heh, layan Dr Allan cakap lagi seronok pada Dr Abang ni. Teringat pada nama Allan, dia terus mengeluh.            Alahai, dua hari takkan jumpa Allan gamaknya. Tapi...duduk kat rumah ni pun ada apa? Assignment budak-budak tu tinggal kat Uni.             “Takpa, esok aku masuk kejap, pergi ambil assignment, bagi MC, balik rumah  and rehat. Mana tahu, tengok Allan terus kebah demam.” Anes mula merancang.             Malam itu, dia lena sambil tersenyum. Tapi tak adalah senyum lebar pun, sikit-sikit terbersin. Kesian.

            ANES meletakkan pennya ke atas meja. Kepalanya disandarkan di sofa. Ya Allah , penatnya. Pening kepala dia semakin menjadi-jadi apabila membaca laporan entahapaapayang ditulis oleh pelajarnya.             Tiba-tiba perutnya berbunyi. Alamak, lapar pula! Mengenangkan dia seorang sahaja di dalam rumah tika ini, mood hendak memasak terus hilang.             “Tapau aja lah!” ujarnya sambil bangkit dari duduk.             Dia menarik keluar hoodie bertelinga kucing dari almari, disarungkan ke atas tanktop yang dipakai, stokin dibiarkan di kaki, anak tudung diserlumkan ke kepala dan siap! Lantaklah orang nak kata apa, dia tak larat nak salin baju elok-elok. Asal tutup aurat, sudah.            Zip hoodie ditarik sehingga menutupi tekaknya. Beg duit dicapai lalu dia bergegas ke restoren di kawasan rumahnya itu. Macam biasa, jalan kaki pun boleh!            “Kak Anes, macam baru lepas pantang ni kenapa?” tegur salah seorang pekerja di situ. Regular customer ni, wajarlah nak tegur sapa pun.             Anes menunjukkan tisu di tangan dan juga hidungnya yang merah itu. Budak tadi mengangguk.            “Demam ke? Kesian. Dah akak duduk dulu, nanti  Wan bawakan air barli dan sup untuk akak, okey?”             Anes terus tersenyum lebar. Pandai si Wan ni teka.            “Sup tak nak ajinomoto tau, Wan.” Anes pesan. Kemudian, dia terjengah-jengah ke dalam restoren itu. Alahai, fullhousepula malam ni.            Anes bergerak ke dalam restoren itu. Manalah tahu kut-kut ada tempat kosong. Sedang dia mencari tempat, tiba-tiba ada suara memanggilnya.            “Anes?”

            “ABANG, Tas nak tomyam udang.”             Allan angguk.            “Riff?”             “Eh, aku kan dah makan tadi. Ni Tasneem, kata supper, tomyam udang tu supper is it? Not so heavy la dear...” Ariff mula bersuara. Mentang-mentang mengandung, macam vacuum. Semua benda dia nak makan.            “Mak Lang, tengok dia ni.  Tas nak makan pun dia tak bagi. Nanti bila Tas nak pantang teringin pula.” Tasneem mula menarik muncung.             Allan sudah tergelak mendengar aduan dari mulut adik sepupunya itu. Matanya pula memandang ke arah Ariff yang sedang membuat muka fed up dengan aduan Tasneem itu tadi.                     “Bagilah dia rasa Ariff, esok lusa bila dah deliver baby, she can barely eat any of these.” Mama Allan aka Mak Lang bersuara. Tasneem tayang muka bangga kepada si suaminya.             “Tomyam saja ke nak nasi?” Allan tambah. Ariff cepat-cepat memandang ke arah Tasneem. Nak tengok berani ke tidak dia nak top upnasi sepinggan.            Tasneem tayang muka simpatinya.            “Nasi putih separuh...”            Allan tergelak besar apabila Ariff mula mencubit lengan Tasneem.             “Cukup? Side dish?” tokok Allan, sengaja mahu mengusik.            “Wey! Kau sengaja ke Allan. Tak tengok dia bedal dinnertadi banyak mana? Kata nak ‘mengupi’ kat sini, last last me-nasi-lauk-tomyam jadinya.” Rungut Ariff geram. Menu di tangan Allan dirampas dan diletakkan ke meja sebelah yang tidak diduduki sesiapa.            “Nanti anak kau juga keluar leleh air liur sebab mak dia kempunan masa mengandung dulu.” Balas Allan selamba. Mamanya di sebelah juga tergelak kecil mendengar komen dari mulut anak terunanya.            “Eh kau bila nak kahwin? Tunggu wife kau pregnant, baru kau rasa.” Sedas Ariff bagi. Allan terus mengangkat tangannya, surrender bila lawan dengan ex-lawyer ni.            Dia kemudiannya menggamit pelayan untuk mengambil order. Setelah pelayan itu berlalu, dia terlihat kelibat seseorang yang sedang berjalan ke arahnya. Mata wanita itu seolah-olah melilau-lilau mencari sesuatu.             Allan tersenyum lebar. Aih, kebetulan ke ni?            “Anes?” Allen memanggil. Dia bangkit dari kerusinya. Tiga lagi pasang mata di meja itu turut membontoti perlakuan Allan. Pelik bila Allan tegur wanita di tempat awam. Tak pernah dibuatnya!            Wanita itu terus terkaku. Dia memandang ke arah Allan. Wajahnya yang merah itu terus tersenyum.            Mama Allan sudah memandang ke arah Tasneem dan Ariff.            “Korang kenal dia?” tanyanya. Tasneem dan Ariff menggeleng laju. Tak kenal.             “Mak Lang tiba-tiba dapat bau nasi minyak.” Mama Allan sudah tersenyum lebar. Tasneem pula tergelak. Alahai, kesian Mak Lang dia, kempunan nak bermenantu.

            “ALLAN... Eh, jauhnya datang makan?” Anes berbahasa basi. Matanya memandang Allan dan kemudiannya meja di belakang Allan.             Keluarga dia ke? Mama Allan tu nampak lawa sangat, adik si Allan pun lawa. Aik? Yang perempuan ke yang lelaki tu adik dia? Muka nak sama saja semua orang ni. Getus hati Anes.            " Come, join us?" Allan mempelawa. Dari belakang tengkuknya sudah dapat merasakan tikaman tajam renungan mata mamanya, Tasneem dan juga Ariff. Iyalah, tiba-tiba ajak random girl join in family dinner, mesti mama dia dah dengar bunyi kompang dipalu bagai tu.            Anes pula terus tergamam. Apabila semua mata di meja itu memandangnya, terus dia menjadi super duper conscious dengan cara pemakaiannya kini. Sekali tengok tak macam pensyarah langsung! Dengan hidung merah, hoodies berkepala kucing, stokin tebal menutupi kaki...macam budak lari hospital pun ada.             Pada masa itu juga hidungnya terasa gatal.             "Aa...aa...Ahcum! Tak apa Dr, I nak...ahcum! Cepat ni." Anes terbersin. Allan tersenyum manis. Alahai, comelnya bersin pun!            "You demam ke dear? I buat you demam , kan? Kesiannya." Selamba Allan melekapkan tangannya pada dahi Anes. Mata Anes terus membuntang.Perbuatan Allan jelas membuatnya terkejut. Bukan Anes sahaja, mama Allan pun terkejut. "Anes ya? Ni, duduk dulu. Makan dengan kami. Demam-demam ni kena makan. Baru boleh makan ubat." Celah mama Allan.  Anes terus menjadi serba salah apabila potential bakal mak mertua undang dia. Allan terus tarik senyum ke arah Anes.            "You don't wanna dissappoint my mother, do you?"  tanya Allan perlahan. Anes gigit bibirnya. Apabila Allan mula main reverse psychology, mana sanggup Anes nak tolak.            Lambat-lambat dia akur. Allan menarik sebuah kerusi dan bertukar tempat. Dia berikan tempatnya kepada Anes dan dia duduk di hujung meja. Allan memperkenalkannya dengan mamanya, Tasneem serta Ariff.             “Rumah area sini ke, Anes?” Mama Allan bertanya. Anes mengangguk.            “Hujung lot ni aja aunty. Ni pun Anes jalan kaki. Mak tak ada so Anes tak rasa nak masak.” Anes menceritakan. Kesemua di meja itu pasang telinga saja.             Tasneem mula menguis kaki Allan.            “Calon ke bang?” bisik Tasneem. Allan tersenyum lebar sambil melihat mama dan Anes berbual rancak. Mata redupnya memandang Tasneem.            “Okey tak?”            Tasneem tersenyum lebar. Ibu jarinya di angkat.            “But she could do something with her choice of clothes. Nampak muda sangat tu. Macam budak form three.” Sempat lagi Tasneem berpesan.             “She’s my budak form three...” Allan mencelah. Tasneem terus mengerutkan hidungnya.            “Ee, pedo!”            Allan membiarkan sahaja komen terakhir Tasneem tidak berjawab. Lantaklah, dia suka Anes dia macam tu.             A little weird, A little feisty, A bundle of joy!“Anes dengan Allan ni dah lama kenal?” Allan kembali menumpukan perhatiannya kepada perbualan mamanya. Anes mengangguk.“Kami colleagues, Ma. Dari firstday dia masuk kerja lagi we’ve been friends.” Ujar Allan.“Jadi...korang tak nak take the friendship to the next level ke?” Mama Allan memasang jerat. Allan terus terdiam. Anes pula terus memandang Allan.Allan menjungkitkan keningnya ke arah Anes, dan Anes tergelak kecil. Padahal dalam hati Anes, bunga-bunga sudah mekar setaman. “Apa macam Anes, nak?” Selamba Allan bertanya. Tasneem sudah menyepak kaki Allan. Dasar lelaki, tak boleh ke romantik sedikit?Anes pula apa lagi, dah kalau nak cakap nak! Terus dia angguk laju. Allan yang tanya kan, kira boleh lah tu.“Nanti bila Mak Anes balik dari Umrah, telefon Mama. Mama bawa rombongan.” Semua di meja itu tergelak lagi sekali. Kalau bakal mempelai teruja, mak si pengantin lelaki laaaaagi teruja!

            ANESmenarik keluar jam tangan serta cincin tunangnya. Nak pegang baby kan, kenalah buang segala perkakas yang dia pakai. Kalau tak, kesian pula baby tu tercedera.             Tangan Anes terus memangku kepala si comel yang dihulur Allan tadi. Alahai, bakal suami dah pandai pegang baby ni...weehuu!            “ Abang Ariff, berapa hari dah Ayis ni?” tanya Anes sambil mengusik pipi baby dalam pelukannya itu. Kepala baby yang bernama Ahmad Faris itu dicium. Bau bayi sangat wangi.            “20 hari, Anes.” Ariff menjawab. Serentak itu dia menarik tangan Tasneem yang sedang bersandar di kepala sofa dan mengucup halus di belakang tangan isterinya itu. Tasneem menampar bahu Ariff, manja. Depan orang pun nak tunjuk romantis dia.            “Wah bestnya. Abang Ariff dengan Tasneem dah ada baby,” komen Anes. Allan tersenyum melihat Anes yang ralit mendokong baby Ayis. Dia kemudiannya menarik  Anes ke sofa dan menyuruhnya duduk. Karang terlucut si Ayis tu ke lantai mahu meraung mama papa dia.             “Best? Dapat baby best? Kuat bangun malam Ayis ni. Diaper change la, feeding la...” Ariff mula menyenaraikan. Tasneem di sebelah sudah menjeling tajam. Ariff tarik senyuman manisnya.            “...tapi...tapi memang best. Sebab rumah abang ni dah tak sunyi.” Ariff cepat-cepat menyelamatkan diri sebelum ketam cik isteri mula merayap.             “Best sangat dapat babies, they are so cute!” Anes menambah. Sungguh, dia sayang sangat-sangat pada bayi.            “Suka baby ya?” Ariff bertanya lagi. Nak juga kenal bakal sepupu ipar si Tasneem ni. Tengok dari pemakaian, agak err...tapi cara Allan pandang Anes ni, memang macam over the clouds and the moon!
            Dah wajib kahwin dah Allan ni.            “They smell like heaven.” Anes menjawab pertanyaan Ariff. Ariff terus tersenyum lebar. Dah tahu nak sakat si Allan ni macam mana. Haha, siap kau Allan.             “Anes pun boleh dapat baby sendiri apa? Lagi comel, lagi cute, sebab mama dia lawa. Tapi minus pointer pada perangai papa dia kut, macam langau kekadang tu. Mak Lang suruh kahwin , macam-macam alasan dia bagi selama ni.” Ariff mula membuka pekung si Allan.             Allan terus mencerlung matanya ke arah Ariff. Amboi, dah pandai ya sekarang nak pekena orang ex lawyer ni?            “Luckily you came to that restaurant the other day, Anes. Kalau tak sampai ke sekarang kut kami tak kenal you.” Sakat Ariff lagi. Allan sudah mula berasap.             “Ariff, kau nak kena dengan aku ke?” Allan mengugut. Ariff terus tergelak besar. Tasneem di sebelah pula sudah mula menggeleng kepalanya.             Kesian bila tengok Anes yang sudah menjadi merah itu. Ariff ni pun, so insensitive. Nak pekena Allan pun janganlah sampai buat si Anes tu termalu sendiri.             “Abang! Tak baik la.” Tasneem bersuara. Serentak itu, baby Ayis mula merengek. Alahai, dia nak mama dia balik.            Anes dengan muka merahnya, terus bangkit dan serahkan Ayis kembali ke pangkuan Tasneem. Muka Ariff dengan Allan langsung dia tak pandang. Tak mampu!             Tak mampu sebab tiba-tiba dia pun terlintas ada baby dengan Allan, dan juga beberapa peristiwa yang akan mewujudkan baby tersebut kalau dia kahwin dengan Allan. Alahai...bahaya betul.


            DIAmemandang tajam benda yang berada di atas kerusi di sudut bilik Allan itu. Sumpah dia terkejut.             “Abang?” Anes memanggil Allan yang sudah selamat mandi dan menyalin pakaian itu. Penat kenduri satu hal, penat layan tetamu satu hal. Maklumlah, anak teruna terlajak bujang mama dia ni kahwin, sehabis grand dibuatnya. Mentee-mentee Anes yang tidak berapa nak berguna itupun hadir ramai-ramai tadi. Siap cakap, hanya Dr Allan yang mampu ‘kaunselling’kan Madam Anes.             “Yes?” sahut Allan. Sikat diletakkan kembali ke atas dressing table. Senyuman selebar-lebarnya dihadiahkan kepada Puan isteri.            “What’s that huge teddy doing in that corner?” soal Anes. Jarinya menunjuk ke arah beruang patung yang ada di hujung bilik itu.            "Let me tell you one dark secret Anes." Allan berkata sambil menghampiri Anes. Bahu Anes dipeluk.             "Apa?"            Anes kalih memandang Allan yang masih erat memeluknya.            "After gym hours, I come home and hug my teddy." Kata Allan senada. Mata Anes terus membulat.             Apa dia?            "Why?"Anes yang terkejut mendengar statement berani mati itu, bertanya. "Because I tak ada wife nak peluk, so I hug my teddy." Selamba Allan menjawab. Anes terus mengerutkan hidungnya. Pelik juga Allan ni.“Tapi sekarang dah ada wife…” belum sempat Anes habis jawab, Allen mengeratkan pelukannya.“My wife la jadi my teddy.” “I nampak macam teddy ke?” Anes soal balik. Akhirnya, tawa Allan meletus. Hidung Anes dicuit.“Gotcha! Tu hadiah baby Ayis la. Apa ingat I ni budak-budak ke nak simpan teddy bear, sayang? Lainlah kalau teddy tu nama dia Anes. Tu, memang I simpan sampai akhirat!”  Anes terpempan. Ecewah, terkono eden! Allan ni kan…

            ALLANmenyeka peluh di dahi. Muka Anes yang cemberut dipandang. Itulah, minta sangat siapa yang suruh? Nak compare sangat kan dia dengan Ariff tu. Hambik!            Dia ingat lagi komen Anes itu hari ketika Ariff dan Tasneem datang ke rumah mereka dengan baby Ayis.             Anis mencuit Tasnem yang sedang elok meriba Ayis yang sudah pandai merangkak.            “Tas, baby fat you cepat gila hilang.” Komen Anes. Ariff di sebelah sudah mula tayang senyuman lebar.            “Ni. Blame him. Pagi petang siang malam personal trainer ni kejan aku. Tiba-tiba terasa macam working out with Jillian tu tau.” Tasneem berkata. Anes terus memandang Ariff.            “Great job, Ariff. Hah abang, Ariff personal trainer, abang personal apa?” sengaja Anes nak sakat Allan yang khusyuk memandang skrin televisyen.Allan menarik sengihnya.            “I ada black belt karate, nak I train you self defence?”  Allan membalas dengan senyuman yang penuh makna.             Anes tiba-tiba terdiam. Haih, dia tayang muka miang dia tu, mesti ada agenda apa-apa tu. Dan, itulah yang menyebabkan Anes berada di dalam situasi ini, pada malam ini.            "Do it like you mean it this time , sayang." ucap Allan dalam nada menggoda. Bajunya dibuka dan dicampak ke lantai.            "Tak nak boleh?" Tanya Anes, sambil mengundur ke belakang.            Allan semakin mara. Anes semakin ke belakang. Namun, langkahnya terhenti apabila dia terasa betisnya melanggar sisi katil. Uh-oh...            "Like you really really mean it." bisik Allan. Badan Anes diraih dan di bawa rapat ke badannya. Tangannya dilarikan ke atas belakang Anes. Sebelah lagi berkeliaran ditengkuk Anes.             "Hh...how?"Anes mula tergagap. Jantungnya berdetak laju. Bau wangian dari badan Allan pula mula menusuk hidungnya.             Aiseh, so masculin.             "The ones that will make my feet jelly-like, Anes. The ones that will make me double-over, in agony, and pain." Dia berbisik perlahan di tepi telinga Anes. Anes tergamam.             Allan mula mengucup batang leher Anes yang terdedah. Anes mula menolak dada Allan yang sedang kejap memeluknya.             "Abang...can we not do this tonight?" Dia merengek.             Namun, Allan makin rancak mengucup segenap inci leher Anes. Anes mula tidak senang duduk.            "Abang..." panggil Anes lagi sekali, cuba untuk buat Allan berhenti.            "I dah ajar you kan, use the skill, sayang." ujar Allan acuh tak acuh. Habis leher, bibirnya mula merayap ke telinga Anes. Cuping telinga Anes digigit perlahan.            Anes mendengus geram. Dada Allan ditolak sekuat mungkin, menyebabkan Allan terkebelakang sedikit.            "You want me to kick you in the nuts? Are you nuts? Kata nak dapat baby! Macamlah perempuan tu weak sangat sampai itu aja cara yang you nak ajar I? Ajarlah backhand ke apa ke...ini tak..." Luah Anes geram.             Allan tergelak kecil. Wajah Anes diraih, sebuah kucupan dilepaskan ke hidung isterinya.            "Nama lagi self defence training session kan? I ajar dulu benda paling senang." Selamba, Allan berkata. Anes menarik muncung. Kesian pula semata-mata nak belajar self defence, kena sepak terajang suami sendiri.             "Tak nak. I rela sayang-sayang you pada sepak-sepak you." Ayat penyata dari Anes itu sudah mampu membuat jantung Allan melayang.             That's my Anes!            “Aish, my teddy Anes being sweet today. Rela sayang-sayang pada sepak-sepak I ya? Itulah, bandingkan lagi Abang dengan Ariff tu.”             “Dah, Anes tak bandingkan dah. I love you, you see.”  Tanpa segan silu, Anes luah. Allan tergelak girang. Pipi Anes dikucup sayang.            “I see it, and I love you too.” Balasnya kembali.             Anes menongkatkan dagunya pada bahu Allan. Jemarinya mula membuat corak pada belakang Allan.            “Tapikan, baby kita nanti comel macam Ayis ke tak?” Anes bertanya. Allan melonggarkan pelukannya. Anes ditarik ke hadapannya. Pipi Anes diusap.            “Bak kata Ariff dulu, laaagi comel, laaagi cute...sebab mama dia cantik.” Serentak itu Anes memukul perlahan dada Allan.            “Kata tak nak pukul Abang?” acahnya.            Anes tergelak lagi sekali.            “Pukul manja doesn’t really count, Dr. Allan!”            “Alasan! Malas nak belajar self defence, cakap ajalah, Anes.”             Anes menjungkitkan keningnya.             “Pandai pun.”            “I got a D.R. tentulah pandai.” Allan mula nak perasan sendiri. Anes tarik muka meluatnya.            “Perasan.”            “You lagi perasan, ex double A!” Allan berkata laju.             “Double A?”Anes tanya. Apakah itu?Sejenis bateri kah? Allan cepat-cepat mencapai tombol pintu untuk keluar. Baik dia cari ruang untuk selamatkan diri sebelum dia cakap maksud di sebalik Double A itu.            “ Madam Anes ADT.”             Anes masih blur. Allan menahan dirinya dari tergelak. “Madam Anes Anakdaraterlajak. Tu mentee you namakan you dulu.”Cepat-cepat dia memberitahu. Kemudian, dia terus keluar dari bilik itu. Anes pula, setelah faham terus menjerit.            “WHATTT? Anak dara terlajak? Siap budak-budak tu esok. Aku baru 28 tahun dia kata terlajak? Dasar mentee tak makan saman!”            Allan yang dapat mendengar kata-kata Anes itu terus terduduk di atas tangga. Habislah budak-budak tu esok, nampaknya, Anes ni makan saman dengan Allan sahaja. Dengan orang lain, no thanks!
TAMAT

Nota kaki
Ariff dan Tasneem adalah watak yang dicipta oleh Farah Husain  di dalam novel pendek Dear Cinta, Kompilasi Cerita 4 orang penulis IKP dalam buku Yang Luar Biasa. Nak tahu lebih pasal Ariff and Tasneem, get the book or borrow it since it’s a limited edition J

1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 27, 2014 04:48

June 18, 2014

(S.E) Hopeless Romantik : Father's Day Specials

 

                 “Yaya...mama tak marah ke nanti kalau tahu kau guna oven dia without adult’s supervision?” pertanyaan bernas dari si adik pada pukul 4.30 pagi itu ternyata membantutkan pelan yang dirancang rapi oleh Nurul Liyana binti Khayrel Reza itu.             Yaya mengeluh sambil pandang Luq yang jelas mengantuk  itu dengan penuh kebuntuan. Kaki yang tersarung bunny slippers di goyangkan. Jari mula menggaru pahanya yang tersarung yoga pants berwarna hitam itu. Alamak...macam mana ni?            “Kenapa tak kejut je abang? Dia kan adult. So we would definitely not get into trouble.” Sambung Luq lagi. Ternyata bernas cadangan si 15 tahun itu.             Apparently, mama dengan papa dia punya definition of being and adult is  dah ada lesen kereta, dah boleh mengundi dan dah 21 andabove . Yaya pula baru 18 tahun, lesen kereta pun asyik sangkut masa nak naik bukit, sampai ke tua agaknya tak jadi adult dalam mata mama dan papa dia. Haila, nasib bila seorang sahaja anak perempuan  dewasa dalam famili.            “Hoi. Nak kejut abang ke tak ni? Termenung pulak kau.” Teguran si adik mengembalikan dia ke realiti. Lagi sekali, dia mengeluh.            “Kau pergi kejut dia Luq. Abang is not a morning person. Nanti dia marah.” Serentak itu Luq menjungkitkan keningnya tinggi-tinggi. Kepalanya digeleng laju-laju. Nak kejut singa muda tu? Pukul 4.30 pagi? No way in hell!            “Alaaa dik!! Please please please? Kau kan adik favourite abang. Dia takkan mengamuk punya kalau kau kejutkan dia.”            “Eeesh favourite abang si kenit pelat yang umur lima tahun tu! Kalau aku kejut lagilah dia mengamuk! Kau kejutlah dia. Kau punya pelan nak buat surprise ni kan? Dah shuuh shuuh.” Senang Luq menghambat Yaya keluar dari dapur. Yaya menunjal sedikit kepala adik dia lalu mencebik geram. Dasar adik tak boleh harap! Sengaja aja suruh aku hadap abang bila mood dia kelaut kan? Sengaja!

DIAmengetuk pintu yang mempunyai  emblem tengkorak dan juga bertanda ‘Do not Disturb’ itu berkali-kali. Sudah hampir lima minit dia berbuat demikian namun masih tiada respons. Rambut hadapannya ditiup kasar. Kalau lagi sekali dia ketuk dan masih tidak bersahut, jangan marah kalau dia terjah masuk aja.            “Apa bising pagi-pagi ni? Orang nak tidur lah!” Rungutan dari dalam bilik sudah buat dia tersenyum lebar. Bangun pun dinosaur sorang ni.            Pintu bilik dibuka kasar dan dia harus mendongak untuk memandang ‘dinosaur’ di hadapannya tika itu. Dari rambut yang serabut, turun ke mata yang masih merah, kemudian ke badan sasa yang masih tidak berbaju itu, semua dia pandang. Tiba-tiba dia terasa pipi dia panas. Aiyak!            “Hmmm. 4.30 in the morning ni Liyana. Better be something good.” Garau suara Luth menyahut telinga Yaya. Yaya menekur kakinya lama. Hujung rambutnya  yang melebihi paras dada dipintal-pintal.            “Nurul Liyana!”             Suara kasar itu membuat Yaya tersentak. Dia membulatkan matanya lalu memandang Luth lagi sekali.            “Hai abang!” nada suaranya diceriakan. Tangan naik membuat simbol ‘peace’ di muka pintu dinosaur itu.“Hai-hai apanya? Aku baru nak lelap pun nak kacau.” Rungut Luth, geram. Badan masih belum terbiasa dengan waktu Malaysia, susah nak pejam mata pun. Seksa satu badan pusing kanan, pusing kiri atas katil.Yang dia ni pula, pagi buta pun duduk ceria lagi. Sebijik ikut perangai mama. 24 jam ceria aja kerja. “Yaya nak mintak tolong...sekejaaaaap aja.” Halus, suara Yaya mencecah telinga Luth.  Ingatkan balik rumah summer holidays  dapatlah rehat dan Qada’ tidur, rupanya dua kali lima sahaja. Kalau dia tahu adik-adik dia ni tahu nak ganggu tidur dia aja, baik dia ikut kawan-kawan dia pergi melancong Eropah.             Tapi, mana boleh dia tak balik jenguk mama tersayang. Habis SPM sahaja dia dah terbang. Ikut jejak langkah papa dan Uncle Chap dia, nak jadi doktor, tapi doktor gigi. Mama dia kalau boleh tak nak lepas dia pergi luar negara, tapi apabila papa dia pujuk punya pujuk, terlepas juga. Betapa sayangnya mama dia pada dia.            “Pukul 4.30 ni. Tunggu matahari terbit tak boleh ke? Abang jetlag lagi ni.” Rayunya. Memang, dah dua hari dia balik rumah, tapi asal nak tidur mama ajak pergi tengok opah, asal nak baring papa ajak keluar, asal nak lelap adik dia kejut suruh bangun sebab nak minta tolong. Haduila, penat jadi anak sulong. Tapi, sepatutnya Yaya yang sulong sebab dia anak angkat sahaja, tapi mahu mama dia pancung kepala dia kalau dia mendiskriminasikan diri dari keluarga itu.             “Abang...hidup mati Yaya dengan Luq ni. Please?”            “Gosh! This better be worth my sleep, Liyana.”            “Abang ni cranky la! Lupa ke hari ni hari apa?” balas Yaya se-das. Kakinya laju memanjat turun anak tangga.             Luth menurunkan tangannya dari menggesel mata. Hari ni hari apa?            “Hari ni hari apa Liyana?” Yaya terhenti di hujung tangga. Dia bercekak pinggang dari bawah. Liyana. Dah lama ‘abang Fifi’ dia ni tak panggil dia Yaya. Sikit-sikit, Liyana. Dah tak ada ruang nak bermanja rasanya bila abang ‘tercinta’ dia panggil dia Liyana. Tegas semacam bunyinya.             Yaya pun nak bergurau dengan Luth dia fikir dua kali. Sejak dah besar dewasa ni, jurang dia dengan Luth memang terasa. Abang dia manja dengan mama, papa, dan Luq. Tapi bila dia nak manja sikit, cepat-cepat kena tepis.             “Liyana, mengelamun tak habis.” Suara Luth di hadapannya menyedarkan dia. Dia berdehem dan memandang ke tempat lain selain wajah Luth.             “Hari ni kan father’s day!” jawab Yaya mudah. Dia melangkah ke dapur diikuti Luth.            Yaya menolak pintu seret lalu menyambung tugasnya yang tergendala tadi. Luq sudah susun tray elok-elok.            First batch ada tray chocolate chip cookies with hazelnuts, second batch ada muffin coklat M&Ms kegemaran Luth dan papa dia dan third batch ada cheese cake.             Mata Luth terus segar apabila menghidu bau vanila dan coklat yang semerbak di ruangan dapur itu.  Dia menepuk bahu Luq kemudiannya menjungkitkan keningnya tinggi-tinggi apabila Yaya tidak berkata apa-apa.            Yaya masih belum memberitahu tujuan dia dikejutkan seawal pagi ini.            “Kakak kau kejut aku kenapa Luq?” tanya Luth sambil mengambil tempat di sebelah Luq. Yaya yang kelihatan sibuk dengan trays dia itu dipandang sekilas.            “Dia perlukan adult supervision untuk guna oven mama.” Balas Luq mudah. Luth pula ternganga. Adult supervision? Itu sebab mustahak hidup dan mati yang Yaya cakap tadi? Apa dia tak cukup adult lagi ke nak guna oven tu?            “Just to get off the leash, abang. Yaya nak buat surprise untuk papa. Masa kita kecil mama kan selalu bake things for us, now we are returning the favour.” Ujar Yaya sambil menutup pintu oven. Dia kemudiannya bersandar pada sinki dan memandang Luth yang merenungnya dengan pandangan membunuh itu.             Alahai, marah ke?            “Abang, father’s day. Sekurang-kurangnya Yaya punya idea bernas. She does all the work, we just accompany her.” Tokok Luq, nak kasi abang dia sejuk sikit apabila dipaksa rela bangun dari tidur.            “Okay. I’ll supervise. Liyana, buatkan kopi secawan. Abang tak boleh buka mata ni.” Yaya bergerak mencari balang kopi, namun hampa apabila melihat isinya yang sudah tinggal kosong. Balang ditayang pada Luth dan keningnya dijungkitkan.             “Kopi habis.”            “Nescafe tak ada ke?”tanya Luth kembali. Tangan ditongkatkan pada dagu, memandang si Yaya. Yaya kembali mencari paket Nescafe.            “Hazelnut punya perisa aja abang.” Jawab Yaya apabila menemukan apa yang dicari tadi. Paket Nescafe itu ditayang pada Luth. Luth menggeleng laju-laju.             “Original tak ada ke?” kali ini dia sudah bangun dan mendekati Yaya. Yaya cepat-cepat lari ke tepi apabila Luth yang tak berbaju itu mendekati dia. Segan la pulak rasa.            “Teh ajalah Liyana.” Akur Luth apabila jenis-jenis kopi yang dijumpainya tidak menepati cita rasa. Baik minum teh, senang cerita.            Yaya tersengih dan menggigit bibir bawahnya.            “Yaya tak reti buat teh tak instant. Mama beli teh serbuk aja.” Pengakuan Yaya membuat Luth memandangnya. Hujung bibir Luth sudah terangkat. Lengan Yaya disiku dan balang serbuk teh dicapai dengan tangan kiri dari atas rak.            “Umur 18 tahun, buat teh pun fail? Tak kahwin sampai ke tua kau ni Liyana.” Selamba, Luth mengusik. Yaya sudah tarik muka masam.            Kain buruk dicapai dan dia melibas bahu Luth, geram. Ada ke patut cakap orang macam tu.             “Ala, I’ll find myself a coffee man  ajalah. Bukannya dia risau pun kalau Yaya tak boleh buat teh. As long as I make good coffee, kan?”             “Mak mertua kau confirm bising nanti. Menantu tak pandai buat teh.”            “Abang ni nak mula balik lah kan? Dari kecil sampai besar suka tease Yaya.”            “Eh, masa kecil Liyana yang suka cari pasal dengan abang.”            “Abang ni...mana ada, Yaya kan good girl.”            “Goodgirl la sangat. Luq, macam ni ke goodgirl? Rambut warna warni, tindik dua tiga kat telinga, kuku cat hitam, I do wonder where the Princess Liyana that you used to be those days went.” Komen pedas dari Luth setakat keluar telinga kiri sahaja.             Papa dia cakap, buatlah apa dia nak buat pun masa muda ni. Mama pun setuju. Dia nak warna rambut, papa bagi. Nak tindik lebih dari satu, silakan. Nak cat kuku setiap kali lepas solat, buatlah. Asal tak lebih dari batas, sudah.             “Her hair is cool though. And of course she’s a good girl.” Luq menjawab dengan tenang.             Yaya berjalan ke arah Luq dan memeluk bahu adiknya itu. Kemudian, pipi Luq dipegang dan Luq mula meronta apabila dah dapat kesan apa yang Yaya nak buat.            “I love you baby brotha!”            “Get off me! Get off me! Abang!! Don’t  let her smother me with her yuckie kisses!” Luq menjerit dan sedaya upaya menolak muka Yaya menjauhi dari pipinya. Yaya masih berusaha untuk mengucup pipi adiknya.            “But you love my kisses, dik.”            “Helo, tu masa aku kecik okay. Masa tu aku rendah pada kau, nak buat macam mana tak boleh nak elak. Now I’m waaay taller and I shall never let you kiss me again!Geli tau.” Luq berdiri cepat-cepat apabila Yaya nyaris berjaya tadi.             Yaya bercekak pinggang. Kemudian, dia melihat baki tepung gandum yang digunakan tadi. Dengan serta merta, dia menggenggam sedikit dan membaling tepung itu kepada Luq. Luq terpana.            “Okay. Aku tarik balik. She’s a bad bad bad girl abang.” Ujar Luq, sambil mencapai juga baki tepung itu dan baling ke arah Yaya.             Luth bersandar di tepi sinki. Mata tidak lepas memandang permainan dua orang adiknya itu tanpa minat. Cawan yang terisi air teh hangat dihirupnya perlahan-lahan.              “Wey bodoh!”            Jerit Luq geram apabila Yaya mencurahkan kesemua gandum tadi ke atas kepala Luq apabila Luq terjatuh.             Yaya tayang senyum puas hati. Tangan dihulurkan pada Luq, offer  nak tarik Luq bangun. Luq sambut huluran Yaya. Mata memerhatikan tangan Yaya yang masih menggenggam tepung dalam sebelah tangan. Dia bangun, dan belum sempat Yaya buat apa-apa, Luq dah tolak Yaya ke belakang. Yaya melepaskan tangannya untuk berpaut pada hujung island table, namun lantai yang licin dek tepung itu membuatkannya semakin ke belakang dan akhirnya merempuh badan Luth. Cawan Luth di tangan jatuh ke lantai. Akhirnya, Luth juga bermandi tepung.Yaya bangkit ingin menyerang Luq. Namun, Luth lagi pantas. Tshirt Yaya dipegang kejap. “Nurul Liyana, enough.” Arahan sejuk beku dari mulut Luth membuat Yaya terdiam. Luth sudah pandang dia macam nak telan. Alamak, dinosaur datang balik dah. “Tapi, tapi...”“No!”“Padan muka kau Yaya.” Luq menyambung. Bajunya yang penuh tepung dikebas-kebas. Lidah dijelir ke arah Yaya. “Kau pun Luqman. Perangai macam budak-budak, kalah Wisya. Tengok dapur ni, bersepah dengan tepung! Kalau mama turun macam mana? Mama tahan lagi, kalau papa turun?” Semua terdiam mendengar logik akal Luth. Yaya mengeluh, kemudian mencapai batang penyapu dan dustpan. Luq pula mencapai kain pengelap. “Yaya pergi mop, abang handle kaca ni.” Arah Luth tegas sambil merampas penyapu dan dustpan dari tangan Yaya. Yaya turut tanpa membantah. Mau kena bambu dengan Luth kalau dia bantah. Sekali pandang Luth, nampak sangat dia cuba tahan diri dari berleter lagi. Baru sahaja mereka ingin memulakan kerja kemas mengemas, pintu dapur dibuka. Kesemuanya membatu.Mati semua orang kalau mama atau papa yang turun. Memang hancur surprise.            Namun, kesemuanya melepaskan nafas lega apabila melihat tubuh kenit yang muncul dari sebalik pintu.             “Kak Aya igi ana? Wicha impi oter! Wicha akut” Si pelat bertanya kepada Yaya. Botol susu dimulut tidak dilepaskan.            Yaya melepaskan batang mop dan mendokong si adik bongsu yang mendepakan tangan ke arahnya. Besar panjang pun nak dokong lagi. Papa lah ni, ajar mendokong.              “Wisya mimpi monster ya? Mana ada monster sayang.” Pujuk Yaya apabila Liliana Luisa mula buat muka sememeh nak nangis. Rambut perang paras bahu Wisya diusap dan Wisya diletakkannya ke atas bangku.            “Ada. Dia nak mam Wicha.” Budak kecil itu berkata lagi. Kepalanya diangguk-angguk.            “Dia nak mam Wicha sebab Wicha ni sedap!! Ho ho ho.” Luq mengusik Wisya dan tiba-tiba kepalanya diluku perlahan oleh Luth.             Yaya terkekek-kekek ketawa apabila Luq diluku Luth. Padan muka! Usik lagi Wisya.            “Abaaaang!!” Wisya yang ingin menangis tadi terus tak jadi menangis apabila melihat Luth. Tangannya terus didepakan supaya Luth dokong dia. Luth akur dan mendokong si comel itu. Adik favourite katakan. “Helo princess.Abang teman Wisya tidur ya? Yaya kena kemas dapur, she’s been a bad girl and she needs to clean up her mess.Luq too.” Luth berkata. Mata memandang tepat pada Yaya dan Luq yang berdiri sebelah menyebelah. “Okay! Oter tak datang alau abang ada. Abang bg and twoong! Like papa.” Serentak itu Wisya menyandarkan kepalanya pada bahu Luth. Botol susu di mulut di lepaskan dan diserahkan pada Yaya. Ibu jarinya dimasukkan ke dalam mulut menggantikan botol susu tadi. Matanya kembali kuyu. Luth menepuk-nepuk punggung Wisya dan berjalan keluar dari dapur. Sebelum itu, sempat lagi dia memesan kepada Yaya dan Luq supaya mengemas semuanya sebelum naik sambung tidur.                         LUQmelepaskan nafas lega apabila abangnya keluar dari dapur. Serentak itu, oven pun berbunyi ‘ding’ tanda sudah siap. “Luq, kau mop. Aku nak check sana.” Kata Yaya. Batang mop diserahkan kepada Luq. Luq tarik muka masam.“Eh, tak dengar ke tadi? quote‘Yaya kena kemas dapur, she’s been a bad girl and she needs to clean up her mess.’ Unquote.” “Iya aku dengar, kejap lah. Kau mula dulu, aku nak decorate muffin semua benda ni.”“Okay okay. Kau buat benda kau, aku kemas.Deal.
Sepuluh minit kemudian...Luq menutup mulutnya yang sedang menguap itu. Mop diperah dan dibilas di dalam sinki. Kemudian dia mengeringkan mop itu di luar dapur. Pintu belakang ditutup dan dikunci.“Kau naik tidur la, dik. Aku dah nak siap ni.” Pesan Yaya. Kesian dia tengok Luq, penat kena dera. Luq angguk kemudian menghampiri Yaya. Sebiji muffin dicuri dan dia mengucup kepala Yaya yang sedang duduk itu.“Nights kak. Sorok leklok nanti.” Yaya tayang sengih. Dia angguk. Kemudian, dia kembali fokus kepada kerjanya. “Sikit aja lagi, lepas tu boleh tidur.” Katanya pada diri sendiri. Piping bag  dicapai dan dia mula membuat bentuk ros di atas setiap cawan cheese cake. Setelah siap, dia simpan elok-elok kek itu. Dia kembali duduk di atas kerusi dan kepalanya disandarkan pada island toptersebut. Bibirnya tersenyum lebar. Selesai pun apa yang dia rancang. Lama-lama matanya semakin kuyu.

YAYA berlari sepantas mungkin sambil memegang traycheese cake itu. Tak akan sesekali dia menyerahkan kek cawan papanya kepada circus clown yang gila kek itu. Dia harus selamatkan kek itu. Namun, malang tidak berbau, kakinya tersadung akar pokok ketika melarikan kek itu.Clown tadi menghampirinya dan merampas kesemua cheese kek. “Don’t take it!!” jerit Yaya. Serentak itu bahunya disentuh. Yaya tersedar dari mimpinya. Dia memandang sekeliling dan melihat Luq dan Luth yang sedang memandangnya pelik. “Apa pandang-pandang? Tak pernah mimpi kena kejar dengan badut ke?” tanya Yaya selamba. Dia bangun dan mencuci muka di sinki. Tak sangka dia terlena di meja dapur.“Tak pernah. Dah pukul tujuh ni, mama papa mesti bangun dah.Aku check nak gerak kau kat bilik tengok-tengok abang yang tidur tepi Wisya.Aku pun kejut abang and cari kau.” Jelas Luq. Yaya angguk sahaja walaupun dia masih mamai.“So, shall we wake papa up or what?” soal Luq.  Yaya pandang Luth dan Luq, kemudiannya angguk kepala.“Abang dah hantar Wisya suruh kejutkan papa dan suruh papa turun.” Jawab Luth tenang. Yaya mengangguk.“Luq, ambil cupcake dari peti. Abang, passkan piring satu.”

“PAPA!!Good morning!” suara halus itu membuatkan Kay membuka matanya. Belakangnya yang masih dibalut cadar dihenyak-henyak. “Warghhh!!! Papa no! Papa no!” Wisya ketawa terkekek apabila papanya menariknya turun dan mula menggeletek badannya. Kay menggeletek kaki kecil Wisya dan semakin kuat puteri bongsu dia menjerit-jerit. Nasib baik ada Wisya, anak-anak dia semua dah besar, Wisya buat teman main-main macam ni. Kalau dulu Yaya, sekarang Wisya.“Where is that little monster that woke me from my sleep? I want to eat her for breakfast!” Kay membuat jenaka. Kaki Wisya digigitnya perlahan. Semakin kuat anak gadisnya itu menggelupur di atas katil. “Mamaaaaa!!!” jerit Wisya, minta pertolongan dari mamanya yang dari tadi hanya diam memerhati. Kiah sekadar tersenyum.“Olong Wicha mama!!” rayu Wisya sambil gelak menahan geli. “Mama tak tahu. Wisya yang kejutkan papa. Mama tak boleh tolong.” Jawab Kiah selamba. Wisya terjerit sekuat hati apabila Kay mula menggeletek perutnya. “Bukan Wicha sengaja, abang suruh.” Jawab Wisya. Bibirnya dimuncungkan. Dia hanya ikut arahan abang. Tak pepasal kena attackdengan papa macam ni.Kay mengucup muncung itik Wisya sebelum bangun. Wisya cepat-cepat turun dari katil apabila papanya sudah tidak menggeleteknya. “Mama papa cepat-cepat. Abang suruh turun.” Pesan Wisya sebelum dia berlari keluar dari bilik. Kiah memandang Kay dan Kay memandang Kiah. Muka mereka penuh dengan tanda tanya.“Pagi lagi ni sayang, anak-anak kita tu plan apa dah ni?” tanya Kay. Kiah mengangkat bahunya. Dalam diam dia simpan senyum, hatinya kuat mengatakan ada surprise menanti Kay di bawah nanti.

“Huk! Lupaaa!!” Yaya menarik rambutnya sedikit. Sumpah lupa. Luth memandang yaya dengan kening ternaik. Luq pula sibuk menyusun kek cawan, dan segala mak neka yang dibuat dini hari tadi di atas meja dining. “Lupa nak tulis wish.” Jawab Yaya, kalut.             “Tak dan dah. Cakap je kat papa nanti.” Tokok Luth apabila melihat Wisya sudah melangkah turun.             “Papa coming!” Jerit Wisya teruja. Dia kemudian berlari ke arah Luth, seperti biasa, nak minta dokong. Luth pun bukan nak menolak.             “Happy father’s day!!” jerit mereka bertiga apabila Kay muncul dari atas tangga dengan Kiah disebelahnya. Kay terpana. Dia memandang ke arah Kiah yang turut terkejut itu. Nampak sangta Kiah tak tahu menahu tentang idea ini. Selalunya Kiah yang menjadi dalang.            “Wow. Thank you kids.” Ucap Kay apabila sudah turun dari tangga. Pinggang Kay diraih Yaya dan dia dibawa ke meja makan.             Kiah yang diiring oleh Luq itu terus membulatkan mata apabila melihat apa yang terhidang di atas meja itu.             “ Yaya...”            “Abang supervise Liyana dengan Luq ma.” Cepat-cepat Luth mencelah sebelum mamanya sempat bertanya kepada Yaya. Yaya tersenyum lebar. Selamat!            “Wow...sweet tooth papa dah berdenyut ni. Smells delicious.” Puji Kay, matanya sudah rambang melihat cheese cake dan muffin yang terhidang.             “Yaya buat! And we all helped.” Luq memberitahu papanya. Kay memandang Yaya dan mengucup pipi anak daranya yang dah besar itu.            “Wicha elped too! Wicha waked papa!” Wisya juga nakkan perhatian. Mereka semua tergelak dengan telatah si comel itu.             “Love you Mr teddy. You are the best dad in the world.” Yaya berkata. Kay tersenyum lebar sambil mengenyitkan matanya kepada Kiah.            “You love me more because I convince mama that you can dye your hair kan.”Kiah sudah menampar bahu Kay apabila Kay menayangkan muka nakalnya kepada Kiah. Mahu dia pengsan masa Kay bagi kebenaran kepada Yaya itu hari. Ingatkan Yaya nak dye warna biasa-biasa tapi sekali rambut perang dia diselang dengan beberapa helaian yang warna warni, nyaris dia mengamuk.            “That makes me love you more, papa!” balas Yaya sambil tergelak kecil. Ya, dia anak papa dari kecil. Tapi perangai aja ikut mama dia.            “You are my idol, papa!” Luq mencelah.             “Pa...Luth tahu Luth bukan anak kandung papa, but you are the best father figure I could ever asked for. Luth sentiasa akan sayangkan papa dan mama.” Luth pula berkata. Semua yang ada di situ tiba-tiba menjadi sayu.             Kay bergerak mendekati Luth. Dia memeluk Luth erat, dan Wisya menjadi sardin ditengah-tengah.            “Papa, Wicha loves you! You are my king!” Wisya mencelah dengan ceria apabila pelukan dilepaskan. Dia memanjangkan tengkuknya untuk mengucup pipi Kay.Kemudian, dia memegang pula wajah Luth.            “Abang my pwince!” dan sebuah kucupan di hadiahkan juga kepada Luth. Luth tergelak senang, seiring dengan papanya.            “Khairina loves you too, papa!” Kiah mencelah dan dia membuat gaya peace di tepi Yaya. Dahla sama-sama kenit, wajah pun nak sama.            “Arghh mama ni...janganlah kacau daun.” Rungut Luq apabila Kiah mencelah.            “Eh biarlah. Mama nak ucap juga kat papa.” Bantah Kiah, bibir dimuncungkan.            “Mama mana boleh panggil papa, papa. Mama kan isteri papa. Kalau mama nak ucap, call la atuk.” Yaya menjawab pula. Kiah makin membuat muka toya.            “Ala biarlah mama kamu nak perasan muda.” Balas Kay senang. Kiah tersenyum gembira.            “Pa, kalau mama perasan muda, dan kalau Khairina tu jadi kakak kiterang, mama baru kita nama apa ek?” Sakat Luth, serentak itu Kiah terus mencerlung ke arahnya. Dia membuat muka hebatnya ke arah mama tersayang.            “Abang! Jangan ajar papa kau bukan-bukan.” Dengan geram Kiah berkata. Kesemua mereka tergelak melihat  mama mereka yang berapi itu.            “Ala mama, chill la. Papa tak pandang orang lain selain mama lah. Ingat kami tak tahu ke?” Luq menambah.             “Usik lagi mama kamu ni. Khairina abang ni pun, cepat melatah.”            “Whatever, abang sayang. Happy father’s day, darling! You have been the best husband, and the best father to me and our children.” Serentak itu, sebuah kucupan singgah di pipi Kay.             “Wuuu!! Mama dengan Papa makan cepat lepas tu boleh sambung geli-geli dalam bilik.” Selamba saja Yaya berkata.             Serentak itu, kepalanya disekeh perlahan.Dia memandang Luth geram. Apa main sekeh-sekeh ni?            “Papaaaa...tengok abang ni, sekeh Yaya.” Adu Yaya manja.            “Usik mama lagi, Liyana. Tak baik.” Balas Luth selamba.            “Abang ni sengaja tau!”tokok Yaya lagi.            “So?” Luth menjungkitkan kening. Yaya bercekak pinggang.             “Mamaaa...tengok abang ni!” Yaya memandang Kiah dengan penuh harapan agar mamanya itu marah kepada abangnya.            “Mama dah puas tengok, Yaya.” Jawapan selamba dari Kiah membuatkan Yaya tidak berpuas hati.            “Papa...” Harapan Yaya hancur apabila papanya juga turut menangkan si abang.            “Papa pun dah puas tengok Luth tu.”Yaya mencebik. Dia menghentakkan kakinya lalu duduk di atas kerusi.Sebuah kek keju dicapai dan disuapnya ke dalam mulut. Baik makan kek dari tengok semua orang geng dengan Luth.            “Yaya, asyik gaduh dengan abang tu nanti berjodoh baru tahu.” Teguran Kiah membuatkan Yaya tersedak.            “Tak ada orang nak kahwin dengan dia ma, pa. Buat teh pun tak lulus. Luth pun tak nak dekat dia tu.” Suara jengkel Luth makin membuat darah Yaya mendidih. Sebiji lagi kek dicapai dan ditelannya rakus.            Ingat aku nak sangat dekat dia? No way! Never! Setakat ni perempuan yang boleh toleratedia pun mama sorang, entah-entah, dia yang tak kahwin sampai ke tua. Baru padan muka. Tengok lah nanti abang, bini kau tu macam mana. Asyik mengata aku kan, sekali dapat bini lagi teruk pada aku, baru tahu, getus Yaya geram.                          :) The end


 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 18, 2014 20:38

April 19, 2014

TERSALAH PILIH : Bab 3


Wake up every morning with the thought that something wonderful is about to happen.  PAGI  itu Zandra bangkit awal seperti biasa. Matanya celik dan ruangan katil di sebelahnya diraba. Apabila jemarinya menyapa angin, baru dia tersedar yang semalam Karl tidur di bilik lain. Sebuah keluhan berat dilepaskan dari bibirnya. Siling ditala. Cadar dilorotkan dari dada dan dia bingkas bangun.“Sabar aja Alexandra, sabar. Mulakan hari ini dengan senyuman.” Zandra berkata kepada diri sendiri. Tangan naik meraup rambut ke belakang. Setelah dia mandi, dia bergegas ke bilik tetamu. Yakin sangat Karl lena di situ. “Bangun dah anak mama?” suara Mama menghentikan langkah Zandra. Mama yang sedang menonton siaran televisyen sambil memegang al Mathurat di tangan itu dipandangnya.Zandra tersenyum sambil mengubah haluannya. Karl boleh tunggu kejap lagi.Zandra menghampiri ibu mertuanya lalu memeluk erat wanita yang duduk di atas sofa itu dari belakang. Sebuah ciuman dihadiahkan pada pipi Mama.“Pagi, ma,”ucap Zandra. Ibu mertuanya tergelak kecil sambil kembali mengusap pipi Zandra. Sayang pada si Zandra lebih pada sayangnya pada Karl. Ibu mana tak sayangkan anak perempuan? “Pagi sayang. Zandra duduk sini kejap, sayang.”Zandra menurut. Hatinya sudah tahu apa yang ingin dikatakan Mama. Mesti mama sedar yang Karl tidur bilik asing semalam ni.            Puan Eda memegang lembut tangan Zandra. Al mathurat yang tadinya dipegang sudah awal-awal lagi diletakkan ke atas meja kopi di hadapannya itu. Ada nasihat yang penting dia ingin sampaikan kepada si menantu.             “Zandra, gaduh lagi ya?” pertanyaan Mama membuat Zandra termalu sendiri. Malu sangat bila Mama tahu kerja anak menantu dia ni gaduh aja memanjang.            Zandra sekadar mengangguk apabila Puan Eda bertanya buat kali kedua. Sebuah keluhan jelas terlepas dari bibir tua ibu mertuanya itu.            “Mama ingat dah kahwin ni kurang bergaduhnya, tapi salah sangkaan mama. Karl ni nak kena pulas telinga agaknya. Tak sangka hati dia keras macam berlian.” Puan Eda merungut. Zandra diam mendengar.            “Entah la Mama...Zandra tak tahu la. Dia masih tak sayang Zandra Ma, Zandra dah tak tahu nak buat apa.” Zandra mengadu kepada Puan Eda. Mamanya itu memandang dia dengan penuh simpati. Kepala Zandra diraup sayang.            “Tak apa sayang. Sekarang, pergi kejut Karl dulu. Kita nak pergi kenduri rumah Mak Chak hari ni. Fiza kahwin. Kejutkan dia, lepastu kejutkan Ren. Suruh dorang siap-siap,” arah Puan Eda. Zandra mengangguk kecil. Fikirannya terlintas kepada Mak Chak.
            Adik perempuan arwah papa, mak cik paling rapat dengan Karl. Fiza pula, tak sangka muda-muda dah kahwin. Umur baru 23 tapi jodoh dah sampai, kahwin ajalah kan? Senangnya hidup orang lain, kahwin dan bahagia. Zandra ni? Kahwin pun, tak bahagia sebab sorang lagi hati berlian! Keras. Cinta pun susah nak meresap masuk dalam hati dia tu agaknya.            “Oit, termenung pulak dia. Dah...kejutkan  dorang tu.” Kerah Puan Eda. Zandra tersenyum. Dia bingkas bangun.            Nak kejutkan Karl, aci tak simbah air sebaldi?            No Zandra, you love him. Perangai elok sikit, biarpun dia tak love kau balik.             “Oh ya , Zandra!” Langkah kaki Zandra terbantut apabila Mama memanggilnya kembali.  Dia berpusing ke belakang. Puan Eda yang sudah kembali menyarungkan cermin mata bacaan itu memandangnya dengan senyuman.             Sungguh,mama dia ni pemurah dengan senyuman. Cuma entah macam mana Karl tu boleh tunjuk muka masam aja memanjang. Ikut genetik siapalah agaknya. Tak mungkin genetik arwah papa, sebab arwah papa pun kaya dengan senyuman.            “Kita tidur rumah Mak Long tau malam ni? Kakak ipar mama tu dah bising sebab lama tak pergi  jumpa dia. Nenek pun ada kat sana, jadi Zandra pack baju extra ya.”            Tidur rumah Mak Long? Otak Zandra ligat berfikir. Hatinya tiba-tiba berdetak laju. Seraut wajah lelaki tiba-tiba melayari fikirannya.             Puan Eda yang terperasan perubahan pada wajah Zandra itu tersenyum dari telinga ke telinga.            “Suka ya? Abang kesayangan Zandra tu pun ada tau. Dia dah permanently milik Malaysia. Irelandboy dah serabut agaknya sambut baby Irish hari-hari.”            Zandra tergelak mendengar komen mamanya. Irish boy tadi merujuk kepada Abang sepupu Karl, merangkap sepupu angkat Zandra. Orang lelaki pertama yang menjadi kawannya semenjak dia dan Ren menjadi anak angkat kepada Mama dan Papa Karl.            “Zandra cakap dekat Abang Dzihan nanti mama kutuk dia,” balas Zandra, juga berjenaka.             Puan Eda mengangkat keningnya. Amboi menantu kesayangan ni...ugut mak mertua ya?            “Dah-dah, kejutkan dulu driver dengan co-driver  tu. Baru fikir nak lapor pada Dzihan ya. Mentang-mentang gu dia dah balik, dan dan nak belakangkan mama ya?”             “Ala Mama...Zandra mana belakangkan  mama pun. Saja je nak usik mama ni.”            “Ada ja dia nak jawab balik. Dah, pergi buat apa mama suruh.”            Serentak itu, Zandra benar-benar menuju ke bilik tetamu tempat singa berlian bernama Karl beradu. Namun, sambil-sambil itu , hatinya berbunga riang.             Abang Dzihan dah balik for good? Siap dia, sampai hati tak telefon pun. Abang tak guna betul! Siap dia, aku merajuk tak nak cakap dengan dia baru dia tahu, gumam Zandra.            Sedar-sedar, tangannya sudah memulas tombol bilik tetamu. Senyuman pada wajahnya terus hilang apabila wajah disapa kesejukan pendingin hawa.             Brrr! Sejuk nak mampus! Padanlah hati pun sama sejuk beku.Malam-malam kena freeze dek aircond rupanya, rungut Zandra.            Mata tajam memandang gumpalan selimut tebal di atas katil King itu. Bawah selimut tu, tentulah ada Karl. Matanya dibuka luas. Dia cuba untuk memandang di dalam kegelapan bilik itu. Kaki melangkah ke arah katil.             “Hish...mana remote ni?” Zandra merungut geram apabila pengawal alat pendingin hawa tidak berada di tempat asalnya. Lampu bacaan di sebelah katil Karl dinyalakan dan dia ligat mencari alat kawalan jauh tersebut.             “Sini rupanya...” Zandra menunduk dan melutut di sebelah badan Karl. Malas nak seberang katil punya pasal, dia cuba capai remote aircond yang berada di tengah-tengah katil. Tiba-tiba perbuatannya terhenti apabila tangan Karl melingkari pinggangnya. Sedar-sedar, dia sudah terbaring di sebelah Karl. Karl pula, sedap-sedap meletakkan kepala di atas dadanya.             Ya Allah, tak reti nak bangun ke Karl ni?

            Karl tersenyum dalam lena apabila terasa dadanya ditindih sesuatu. Tangannya mencapai Zandra lalu dia tolak Zandra ke sisinya.Zandra dipeluknya erat.            Dia tersenyum lagi apabila merasakan jemari Zandra naik menggaru belakang kepalanya. Makin seronok dia lena.             “Karl mama suruh bangun.”Suara lembut Zandra memecah kesunyian bilik itu. Karl menggeselkan hidungnya pada bahu Zandra sambil merungut kecil.            “Cakap kat mama lagi lima minit.”            Zandra mengeluh. Tangan yang tadinya bermain dengan kepala Karl sudah terhenti.            “Get up. You’re heavy.” Rungut Zandra lagi. Karl merungut sesuatu namun masih statik.            “Karl! Bangun!”  Tahap kesabaran Zandra makin menipis.             Dengan kasar, Karl mengeluh dan dia membuka matanya. Dia bangkit dan memandang pelik pada Zandra. Zandra tarik senyum dan mengucup sayang pipi Karl.            “Good boy. Bangun, mandi, siap-siap. Kita nak pergi kenduri rumah Mak Chak.” Zandra berpesan. Dia bersila di atas katil, mata memandang belakang Karl yang sedang menggeliat di birai katil.            Karl tiba-tiba kalih memandangnya. Zandra terkedu apabila Karl tiba-tiba menunduk lantas mengucup ubun-ubunnya.  Tangan Karl mengusap perlahan pipinya.            “Sorry for last night. I was insensitive towards your feelings too...” ujar Karl sebelum menghilang ke bilik mandi.             Zandra tercengang. Karl ni tersalah bangkit dari katil ke kena sampuk roh lain ni? Pagi-pagi dan mula minta maaf? Selalunya memang kirim salam lah...            Tiba-tiba Zandra terasa bahunya digoncang. Aik?            “...ra!”            Matanya terbuka luas. La...dia mimpi ke? 

            “Takreti nak bangun ke? Merayap masuk kawasan orang, lepastu tutup aircond, tak menahannya tidur atas orang pulak tu! Buang tebiat betul!” Suara ibarat petir itu memanah gegendang telinga Zandra. Kepalanya kalih memandang muka pak singa berlian di tepi.             Huh! Muka masam dah pagi-pagi buta! Tak sangka dia terlena selepas tutup aircond tadi. Dia nampak Karl selesa sangat, jadi dia pun merayap masuk bawah selimut dan peluk Karl tadi. Hajat nak kejutkan Karl, tup tup dia pula yang terlena.             Zandra, mama suruh kau buat apa? Zandra bingkas duduk. Jam di dinding dipandang. Sejam juga dia terlena!             “Mama cakap siap-siap. Nak pergi kenduri.” Karl ujar senada. Panas hati pada Zandra apabila tidurnya terganggu dek tiada pengudaraan sejuk tadi. Tambah-tambah panas hati semalam pun belum hilang lagi.             Zandra ni memang muka tembok agaknya. Halau orang, lepastu bila aku tidur bilik lain dia merayap balik  nak tidur kat tepi aku. Sewel punya jembalang! Rungut hati Karl.             Dia bangun dan meninggalkan Zandra keseorangan di bilik tetamu itu.            Zandra mengeluh kecil apabila bayangan Karl hilang di sebalik pintu.             “Karl Raihan, kalau pagi-pagi dah tayang muka masam, tak sampai tengahari muka tu akan basi tau!” luahnya geram. Bantal yang digunakan Karl dicapai dan dia menumbuk perlahan bantal tersebut. Nak lepaskan geram yang terkumpul. Kesian kau bantal...tak pepasal kena belasah.            Zandra berhenti memukul bantal tersebut apabila teringat pada sebaris nama yang mampu membuat dia tersenyum dan Karl mencuka. Zandra sudah punya rencana tersendiri. Kukunya dibelek sambil bibir tersenyum lebar.            “Karl sayang...mulai hari ni...the game plan is changing...and it’s gonna be so wonderful...for me...”            Apakah yang Zandra bakal lakukan?           
           

                                   

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 19, 2014 07:27