Norhayati Berahim's Blog
March 4, 2015
MAAF SELAMA INI TIDAK PEDULI..
MAAF SELAMA INI TIDAK PEDULIHarga RM30sem/SSWKMaybank Norhayati Berahim 164267408855Email nbkara_ofis@yahoo.com
Zaida memberhentikan keretanya di Jalan Chow Kit. Tidak jauh dari perhentian teksi. Dia kemudian mengajak Madena keluar.“Aku sedang menunggu seseorang…”“Siapa?”“Lelaki yang menelefon tadi tu.”Beberapa orang gelandangan sedang menghamparkan kotak untuk tidur memandang ke arah mereka. Ada yang sedang lalok, tersenyum-senyum memandang Madena.Madena mengangkat tangan kepada lelaki itu. Lelaki itu tersengih-sengih membalas.“Kau ni kak, menakutkan aku saja tau. Kau percaya ke dengan lelaki yang menelefon kau tu?”“Aku percaya.”“Kenapa kau boleh percaya?”“Hati aku mengatakan aku percaya.”“Kalau dia buat sesuatu tak senonoh dengan kau, macam mana?”“Maksud kau, bagaimana?”“Kau tahukan kak, orang sekarang ramai yang tak jujur!”Madena merengus. Dia melihat seorang lelaki berbadan tegap menghampiri mereka. Dada Madena sudah bergoncang. Debarnya kian terasa.“Cik Zaida ke?”“Ya, Cik Zaida.”“Saya Johnny.”Lelaki itu membongkokkan badannya.Mereka berbalas senyuman.“Ini adik saya, Madena.”“Oh ya… mari ikut saya.”Madena rasa tidak sedap hati. Namun Zaida sudah menarik tangannya supaya mengikut lelaki itu.“Kau tak takut ke, kak?”Madena seakan berbisik, namun diatur juga langkahnya. Lelaki berbadan tegap itu diperhati dari belakang.Poliskah dia? Atau lelaki ini seorang penjahat? Bagaimana Zaida boleh berhubung dengan lelaki ini?“ALLAH ada perhatikan kita. Nak takut apa?”Aduh, zaman sekarang terutama bila sudah terlampau ramai pendatang asing, semua perkara harus diambil kira. Orang berniat baik pun harus diragui kerana kita sukar membaca hati orang.“Maaf, saya menyusahkan cik berdua.”Suara lelaki itu perlahan sahaja.“Tak mengapa.”Zaida menjawab lembut.“Tapi saya selalu melihat mereka di sini. Pakaian kotor, percakapan tidak seperti usia mereka.”Lelaki itu bersuara perlahan. Sedap suaranya! Madena berkata dalam hati. Tidak tahu kenapa perwatakan lelaki yang tegas itu cepat dapat menangkap tingkah laku lelaki tersebut.Mereka melalui kaki lima di Jalan Chow Kit itu. Ada beberapa buah kedai masih lagi dibuka. Salah satunya kedai runcit yang dikuasai bangsa Arab sedang menurunkan pelbagai makanan di dalam kotak dari lorinya.“Saya risau dengan keadaan masyarakat sekarang ini yang tak pernah ambil peduli.”Lelaki itu sudah memperlahankan langkahnya. Menoleh pada Madena. Wajah lelaki itu seperti ada keresahan yang sukar diungkapkan.“Maksud Johnny, bagaimana?”“Masyarakat kita sudah tidak ambil peduli lagi. Pembangunan insan sudah lebur bersama pembangunan fizikal. Kita sudah tidak ambil tahu dan tidak pernah peduli walau ada jiran kita yang mati kelaparan.”Kata-kata itu bagaikan sengatan di telinga Madena. Membangkitkan rasa bersalah dan menghilangkan rasa prasangkanya terhadap lelaki ini dengan begitu mendadak.“Hati saya rusuh sungguh melihat kehidupan mereka. Di mana-mana ada saja gelandangan. Di mana-mana ada saja anak yang terbiar. Bagaimana pula dengan hidup kita ni nanti? Terlalu mementingkan diri. Kenapa semua orang tidak peduli? Esok kalau Tuhan persoalkan, bagaimana kita mahu mengelak diri daripada menjawabnya?”Lelaki itu terus bersuara. Mereka sudah berjalan masuk ke satu lorong yang Madena tidak perasan apa namanya. Lama sungguh dia tidak ke situ! Dan lelaki itu terus melangkah.“Itu dia, Zaida.”Lelaki itu berhenti buat seketika dan kemudian melangkah perlahan di bawah pokok. Ada dua tubuh yang sedang berbaring dialas dengan kertas.Mendadak perasaan hiba yang sukar diluahkan berkumpul di dada Madena.“Saya tak tahu sama ada mereka tu adik-beradik atau bukan. Tapi kesian mereka tu. Beberapa hari yang lepas, saya mendengar mereka berkata; emak pergi hisap dadah, dia tinggalkan kita. Kenapa emak tak bagi kita dadah? Dia makan sorang…”Mata Madena terbeliak. Dia rasa tercekik mendengar kata Johnny itu.“Johnny tahu bapak dia orang di mana?”“Saya tak pasti. Zaida, lakukanlah sesuatu. Zaida kenal ramai orang, kan? Berilah kepada sesiapa yang boleh menjaga mereka. Saya mahu menjaga, tapi saya tak mampu.”

Published on March 04, 2015 18:07
April 4, 2014
HERO YANG TIDAK DIDENDANGKAN
Berapa ramai di antara kita setiap hari ada melakukan perkara kecil tetapi tidak didendangkan. Berapa ramai diantara kita perasan perkara kecil inilah yang selalu membahagiakan kita. Lakukan sesuatu yang sekecil ini supaya kehidupan lebih bermakna.
Published on April 04, 2014 16:15
March 30, 2014
VIDEO MENGENAI DISKRIMINASI ORANG AMERIKA TERHADAP ORANG ISLAM
Diskriminasi orang Amerika terhadap orang islam. Tetapi tidak semua orang Amerika membenci penduduk Islam. Bab terakhir membuat air mata saya mengalir
Published on March 30, 2014 21:07
November 17, 2013
NON STICK KNIFE EVERRICH
Sudah bosan dengan pisau biasa di dapur. Ingin lebih bergaya, atau mahu dijadikan haidah.Sila ke page kami di norhayati berahim shoppe
Published on November 17, 2013 20:58
November 12, 2013
PESADA AKSARA KEDUA
Penggambaran Pesada Aksara dilakukan buat kali kedua. Saya sebagai salah seorang penulis yang dijemput untuk dipromoskan. Ada beberapa lokasi shooting diadakan. Di pejabat nbkara dan juga di taman tasik perdana.
Sedang di tanya oleh edior penerbitan. Hentam sahajalah..
Seperti siri yang pertama, Fahrin tetap menjadi pengacaranya. Berbaju pink itu kawan saya Linda. Sengaja saya ajak dia ke lokasi. Tiba-tiba saya dengar dia menjerit. Ingat ada ularlah di taman tasik itu, rupanya dia menjerit tengok Fahrin muncul. Ha ha ha
One, two, three ready!
Seronok juga duduk bawak pokok nikan? Ha ha ha
Berpeluh Fahrin dibuatnya. Untuk saya hanya ada 2-3 slot sahaja tetapi untuk Fahrin, ada 6 episod dijalankan di Taman Tasik Perdana ini. Bertukar tukar bajulah dia sentiasa.
Published on November 12, 2013 01:03
November 11, 2013
HAMAM DI OYLAT, TURKEY
Turki memang terkenal dengan hamam atau tempat mandi air panas. Ada beberapa kali suami membawa saya ke Hamam. Biasanya kami akan ke Hamam keluarga, di mana ada bilik khas untuk keluarga dan kita boleh mandi di sini. Kali ini suami membawa ke hamam terbuka tetapi lelaki dan perempuan diasingkan. Kali ini kami ke Oylat yang mengambil masa 2 jam perjalnan dari Busra.
Selamat datang ke Hamam Oylat!
Ha ha kali ini memang terperanjatlah masuk Hamam ini! Bila masuk ke sana perempuan perempuannya tak kira tua muda memakai bikini dan ada yang terdedah di bahagian atasnya. Saya sebenarnya nak keluar semula tak sedap, nak masuk pun tak seronok. Ibarat diluah mati emak!Tapi kami masuk juga dan suruh Qaisara tunduk sahaja jangan pandang perempuan yang hanya memakai G String dan tidak memakai apa-apa di bahagian atas dan paling haru apabila mereka yang berada di dalam tersebut memandang kami seperti kami mahkluk asing. Yelah..saya, liza bujang waiman Qaisara, kami memakan baju lengan panjang dan seluar panjang. Ha ha ha..
Tidak lama kami di dalamnya walau seronok juga bermain dengan air panas. Namun di luar lebih nyaman, bersih dan cantik. Mata pun tak sakit. Ha ha
Oylat yang akan saya rindui selalu...
Qaisara bergambar sebelum pulang di luar kawasan hamam.
Ketika perjalanan pulang, kami terserempah gerai menjual buah ceri ini. Suami pun berhentilah untuk bertanyakan harga buah ceri tersebut.
Gerai sepasang suami isteri yang sangat baik hati. Dia tawarkan kami makan strawberi dan juga air teh.
Ini kawasan di belakang gerai yang sangat bersih. Dibelakang gerai tersebut ada ladang buah-buahan yang luas kepunyaan suami isteri yang separuh abad ini.
Ada tanaman buah epal
Ada malberi putih juga di tanam di ladang tersebut.
Suami kalau dapat teh, bukan main lagilah dia..ha ha
Mak cik yang sangat ramah, walau saya hanya tahu cakap sedikit sahaja dalam bahasa Turki tetapi dia melayan saya dengan sangat baik. Itu tempat memasak teh. Orang Turki memang suka minum teh.
Tengoklah Qaisara sempat lagi berbaring dihammock pak cik dan mak cik itu!
Qaisara sedang melihat ikan di dalam parit yang jernih airnya itu..
Pemandangan sepanjang balik ke Bursa
Selamat datang ke Hamam Oylat!Ha ha kali ini memang terperanjatlah masuk Hamam ini! Bila masuk ke sana perempuan perempuannya tak kira tua muda memakai bikini dan ada yang terdedah di bahagian atasnya. Saya sebenarnya nak keluar semula tak sedap, nak masuk pun tak seronok. Ibarat diluah mati emak!Tapi kami masuk juga dan suruh Qaisara tunduk sahaja jangan pandang perempuan yang hanya memakai G String dan tidak memakai apa-apa di bahagian atas dan paling haru apabila mereka yang berada di dalam tersebut memandang kami seperti kami mahkluk asing. Yelah..saya, liza bujang waiman Qaisara, kami memakan baju lengan panjang dan seluar panjang. Ha ha ha..
Tidak lama kami di dalamnya walau seronok juga bermain dengan air panas. Namun di luar lebih nyaman, bersih dan cantik. Mata pun tak sakit. Ha ha
Oylat yang akan saya rindui selalu...
Qaisara bergambar sebelum pulang di luar kawasan hamam.
Ketika perjalanan pulang, kami terserempah gerai menjual buah ceri ini. Suami pun berhentilah untuk bertanyakan harga buah ceri tersebut.
Gerai sepasang suami isteri yang sangat baik hati. Dia tawarkan kami makan strawberi dan juga air teh.
Ini kawasan di belakang gerai yang sangat bersih. Dibelakang gerai tersebut ada ladang buah-buahan yang luas kepunyaan suami isteri yang separuh abad ini.
Ada tanaman buah epal
Ada malberi putih juga di tanam di ladang tersebut.
Suami kalau dapat teh, bukan main lagilah dia..ha ha
Mak cik yang sangat ramah, walau saya hanya tahu cakap sedikit sahaja dalam bahasa Turki tetapi dia melayan saya dengan sangat baik. Itu tempat memasak teh. Orang Turki memang suka minum teh.
Tengoklah Qaisara sempat lagi berbaring dihammock pak cik dan mak cik itu!
Qaisara sedang melihat ikan di dalam parit yang jernih airnya itu..
Pemandangan sepanjang balik ke Bursa
Published on November 11, 2013 17:19
BANTUAN UNTUK PENDUDUK ULU SEMERA DAN JEMUKAN, SARAWAK
Siaran tertunda lagi. Ha ha ha
Sebelum hari raya tempoh hari, puasa ke 15 saya dan sahabat saya Liza Bujang telah menjalankan program memberi bantuan kepada fakir miskin dan juga orang yang sakit yang terdapat di kampung Ulu Semera dan juga jemukan. 23 keluarga telah menerima bantuan berupakan wang RM100, beras dan juga telekung yang telah didermakan oleh sahabat-sahabat saya.
Seperti biasa konsep kami, kami pergi mencari fakir miskin untuk diberi bantuan supaya kami dapat melihat kehidupan mereka.
Ramai sebenarnya asnaf yang terlepas pandang di Malaysia ini. Orang perseorangan atau pusat zakat harus sentiasa turun padang supaya mereka dapat dibantu. Separuh daripada penerima bantuan kami kali ini adalah orang yang sakit. Sedih sebenarnya melihat keadaan mereka. Ada yang tidur di hadapan bilik air sahaja , mungkin mudah untuk ke blik air. Ya ALLAH hiba hati saya.
Ini hero saya yang bawa saya dari satu rumah ke satu rumah. Kata suami tahun hadapan bawa selori beras. Dia bising kerana hanya 23 keluarga sahaja yang dapat diberi bantuan. InsyaALLAH kalau diizinkan ALLAH saya mahu membuat program dari 2 kampung ke 4 kampung di tahaun hadapan.
Mak cik ini mendoakan kami selepas kami memberi bantuan. Aamiin. Moga ALLAH murahkan rezeki kepada penderma. Aamiin
Setiap kali program anak comel saya ini tidak akan saya lupakan. Dia sangat membantu sebenarnya. Jika saya sudah tiada, saya mahu Qaisara menyambung apa yang saya dan Liza Bujang lakukan.
Salah seorang rumah penderma. Ada sahabat bertanya. Lambang dacing merata-rata, tidak adakah kerajaan memberi bantuan? Saya tidak dapat menjawabnya. Saya hanya menjalankan tugas sebagai insan di muka bumi ini.
Qaisara mengagih agihkan telekong yang didermakan oleh salah seorang sahabat saya.
Tidak baik menghendap! Ha ha tetapi penghuni ini ke laut. Duduk seorang diri di rumah dan menyara diri dengan ke laut.
Ada kanak-kanak menjual sayuran. Sebungkus RM1, kerana kasihan saya suruh Qaisara beli 2 bungkus. Supaya dia tahu kesusahan orang lain.
Rumah terakhir saya kunjungi. Berharap saya boleh melakukan tahun hadapan. Moga ALLAH beri saya kesihatan yang baik. Aamiin

Published on November 11, 2013 14:07
GELANDANGAN..
Lamanya tak update blog. Ini siaran tertunda. Dilakukan sebelum sahabat saya Wati dan Aidah berangkat ke Mekah menunaikan fardu haji. Memberi makanan gelandangan. Kali ini kami menyediakan burger, biskut dan air kotak. Terima kasih yang tidak terhingga kepada penyumbang.
Sudah lama sebenarnya tidak membuat projek memberi makan gelandangan. Tahun ini hanya 3 kali sahaja kami lakukan. Seharusnya setiap minggu atau paling kurang setiap bulan. Wati dan Aida sahbaat saya datang dari Singapura serta Linda datang dari Wangsa Maju membantu dalam menjayakan program ini.
Linda membawa anaknya Nana dan seperti biasa Qaisara akan membantu dalam kerja-kerja begini. InsyaALLAH bila dia sudah sedikit besar, saya pasti akan membawa Qaisara ke lapangan. Supaya dia dapat melihat kehidupan gelandangan ini.
Roslaini nombor dua dari kiri, berbaju hitam, adalah penyumbang utama kali ini. Beliau menyumbang burger yang kami bakar dan bungkus ini.
Seringkali cabaran memberi gelandangan makan adalah cuaca. Bila hujan hati sudah tidak sedap, kerana bila hujan begini gelandangan tidur awal dan kadangkala sudah menyembunyikan diri di celah bangunan. Namun syukur. Niat yang baik, Allah bantu kami. Ramai gelandangan yang dapat kami cari. Konsep kami bukan gelandangan datang kepada kami. Biarlah kami yang mencari gelandangan.
Pengalaman pertama Aida memberi gelandangan makanan, memberi kegembiraan buat sahabat yang datang dari jauh ini.
Suami memerhatikan rakan-rakan memberi makan kepada gelandangan.
Gelandangan ini sedang menyelongkar makanan. Apabila saya memanggilnya, berlari-lari anak dia mengambil makanan.
InsyaALLAH bulan Desimber ini kami akan melakukan pemberian sekali lagi. Doakan program kami berjalan lancar.
Sudah lama sebenarnya tidak membuat projek memberi makan gelandangan. Tahun ini hanya 3 kali sahaja kami lakukan. Seharusnya setiap minggu atau paling kurang setiap bulan. Wati dan Aida sahbaat saya datang dari Singapura serta Linda datang dari Wangsa Maju membantu dalam menjayakan program ini.
Linda membawa anaknya Nana dan seperti biasa Qaisara akan membantu dalam kerja-kerja begini. InsyaALLAH bila dia sudah sedikit besar, saya pasti akan membawa Qaisara ke lapangan. Supaya dia dapat melihat kehidupan gelandangan ini.
Roslaini nombor dua dari kiri, berbaju hitam, adalah penyumbang utama kali ini. Beliau menyumbang burger yang kami bakar dan bungkus ini.
Seringkali cabaran memberi gelandangan makan adalah cuaca. Bila hujan hati sudah tidak sedap, kerana bila hujan begini gelandangan tidur awal dan kadangkala sudah menyembunyikan diri di celah bangunan. Namun syukur. Niat yang baik, Allah bantu kami. Ramai gelandangan yang dapat kami cari. Konsep kami bukan gelandangan datang kepada kami. Biarlah kami yang mencari gelandangan.
Pengalaman pertama Aida memberi gelandangan makanan, memberi kegembiraan buat sahabat yang datang dari jauh ini.
Suami memerhatikan rakan-rakan memberi makan kepada gelandangan.
Gelandangan ini sedang menyelongkar makanan. Apabila saya memanggilnya, berlari-lari anak dia mengambil makanan.InsyaALLAH bulan Desimber ini kami akan melakukan pemberian sekali lagi. Doakan program kami berjalan lancar.
Published on November 11, 2013 13:37
June 17, 2013
TURKI SUDAH BERUBAH!
Di sinilah bangun Zafer dan YMK di manas seorang perempuan asyik memandang Qaisara.Cerita mengenai Turki memang tidak habis lagi. Kalau mahu dicerita panjang lebar, bahkan banyak gambar lagi yang belum dimuat turun. Saya melihat banyak perubahan Turki sekarang ini. Kerajaannya lebih Islamik. Penduduknya sudah ramai yang bertudung bahkan walau uniform sekolah menengah pakaianya masih memakai skirt tetapi mereka berstokin hitam panjang dan bertudung. Ada beberapa perkara yang sangat menyentuh hati saya. Penerimaan mereka terhadap Qaisara.
1. Ketika saya di dalam feri ke Uskudar. Tiba-tiba seorang lelaki menghulurkan 10 lira pada Qaisara. Qaisara terpinga-pinga. Kata suami lelaki itu gembira kerana Qaisara bertudung. Ramai berharap dapat melihat anak-anak bertudung di bumi Turki.
2. Ketika Qaisara sedang melompat lompat di hadapan air terjun antara bangunan Zafaer dan YMK di Bursa, saya perhatikan seorang wanita bertudung merenung Teta dengan pandangan yang sangat lunak. Dia tersenyum senyum dan cuba berkata sesuatu tetapi tidak saya fahami. Namun dari pandangannya saya mengerti dia mengemari Teta yang bertudung. Bahkan ketika kami melalui beliau untuk ke tempat lain, pandangannya masih tidak lepas terhadap Qaisara.
3. Ketika Teta meluru masuk ke lift di bangunan YMK, seorang lelaki dewasa yang melangkah keluar memberhentikan langkahnya. Pantas dia meletakkan terlapak tangannya ke kepala Qaisara dan berkata "Masya ALLAH, Masya ALLAH beberapa kali". Bila saya beritahu suami dia berkata, pemandangan anak anak bertudung seperti Qaisara di Bursa adalah amat ganjil. Lelaki itu gembira Qaisara bertudung.
Encik Nazem sahabat suami yang sangat sukakan Qaisara4. Seorang sahabat suami sangat menyukai Qaisara. Bahkan dia sangat kagum dengan Qaisara apabila Qaisara membaca doa makan ketika kami mahu memulakan makan dan membaca doa selepas makan. (maka suami tersenyum simpul seolah olah Qaisara itu anak dia sahaja. Ha ha ha)
Syukur Alhamdulilah. Ketika saya melawat Boshporus memang ramai anak anak remaja yang bertudung bersama saya di dalam satu feri. Pemandangan yang saya rasa 10 tahun dahulu tidak terlihat di mata saya.. Ternyataan kerajaan baru sekarang ini telah melakukan satu transformasi. Doa saya, moga Turki akan menjadi negara Islam yang lebih kukuh dari segi fizikal dan rohani. Aamiin..
P/S ada orang secara sinikal bila saya memuji Turki akan mengata pindahlah Turki. Yeap..insyaALLAH satu masa nanti saya mahu menghabiskan separuh masa Tua saya di Turki dengan menanam ceri, rasberi, malberi dan juga strawberi..
Published on June 17, 2013 00:32
June 14, 2013
USKUDAR DAN BOSHPORUS
USKUDAR
Üsküdar'a gider iken aldi da bir yagmur 2x
Kâtibimin setresi uzun, etegi çamur 2x
Kâtip uykudan uyanmis, gözleri mahmur 2x
Kâtip benim, ben kâtibin, el ne karisir?
Kâtibime setereta balto ne güzel yarasir
Sejak Qaisara kecil lagi, lagu ini telah didendang oleh suami. Akhirnya balik ke Turki kali ini kami dapat pergi ke Uskudar. Dari Istanbul hanya 3 lira kalau tidak silap saya. Perjalanan selama 30 minit. Kami kesana dibawa oleh seorang kawan suami saya Erdim. Erdim dahulu belajar di Malaysia dan saya kenal dia masa di Malaysia. Sekarang dia pulang ke Turki kerana mahu menjaga emaknya disebabkan ayahnya meninggal dunia setahun yang lepas.
Orang punyalah ramai. Kebanyakkan penduduku Uskudar bekerja di Istanbul. Uskudar di bahagian Asia sedangkan Istanbul bahagian Eropah.
Feri yang kami naik.
Di Sebabkan kalau ke mana mana saya memang suka pergi ke pasar buah dan ikan, Erdim bawa kami ke sini. Tengoklah ikan yang mengerikan ini. Ha ha tanya Erdim dia tidak tahu ikan apakah itu?
Buah ini ada kisahnya sendiri. Kata suami, pernah dia dan kakaknya membeli buah ini untuk si emak, pada hari jadi emaknya.. Namun dipertengahan jalan buah tersebut habis dimakan oleh suami dengan kakaknya. Ha ha ha.. Saya tak tahu apa nama buah ini..
Buah buahan di sini agak mahal dibandingkan dengan Kayseri atau Bursa. Kalau ceri di Bursa boleh dapat 4 lira iaitu RM7 ringgit duit kita.
Uskudar..
Rumah api yang ada di Uskudar..
Cuaca sudah semakin panas di Istanbul dan Uskudar..
BOSPHORUS
Esoknya pula kami menaiki feri melawat Bosphorus ataupun dikenali dengan Selat Istanbul. Tambang kalau tak silap saya siap dengan van membawa ke jati dalam 10 lira. (saya tak pasti suami yang bayar ha ha)
Anak comel saya bergaya cermin mata 10 lira yang dibelinya di Istanbul
Pemandangan dari atas feri..
Haii..seorang aje ke dik?
Dapat di lihat rumah yang berdekatan dengan air dan penduduknya mempunyai bot peribadi.
Salah satu jambatan yang terdapat di Turki. Ada jambatan baru di bina diberi nama Yavus Sultan Salilm, yang menjadi pertikaian puak penentang kerana mahukan nama jambatan itu diletak nama Kamal Attartuk atau rakan-rakan di zamannya.
He he he siapakah ini?
Anak dengan baba bukan main lagi..ha ha
Serius aje cikgu sains kita ni ha ha
Balik van yang janji nak hantar balik tak nampak batang hidung dan kami jalan kaki balik ke hotel. Nasib baik cuaca walau panas tapi nyaman..
Di pertengahan jalan nampak orang jual nenas cara begini. Berebut orang beli saya tengok..ha ha

Cuaca sudah semakin panas di Istanbul dan Uskudar..BOSPHORUS

Published on June 14, 2013 02:22
Norhayati Berahim's Blog
- Norhayati Berahim's profile
- 206 followers
Norhayati Berahim isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.