Ingin Jadi Ayatullah?
Setelah belajar semua cabang agama Islam meliputi semua mazhab, hampir sepuluh tahun lamanya; barulah mereka layak mengenakan serban sebagai seorang ulama. Majlis konvokesyen ini berlangsung beberapa tahun lalu di kota Qom, Iran. Ya, waktu itu Ayatullah Behjat masih hidup
Seseorang yang ingin dikenali sebagai 'Tabula Rasa' mengirimi saya emel yang sungguh menarik. Saya ingin berkongsi dengan pembaca blog ini (buat yang berminat sahaja) emel beliau yang pada pendapat saya 'menyegarkan'. Saya difahamkan beliau sedang menyiapkan PhD di ISTAC, UIA.Dr. Faisal Musawi,
Sedikit pembetulan, dalam tradisi pembelajaran di Qom atau mana-mana Howzah masa yang diambil selama 8-9 tahun masih lagi belum boleh mengeluarkan hukum atau ijtihad. Sebenarnya mereka hanya baru tamat peringkat awal sahaja dalam kerangka membentuk diri sebagai ahli ilmu dan masih lagi pelajar.
Tamat pembelajaran tersebut mereka di anugerahkan "Serban" tanda gelaran Hujjatul Islam tidak seperti masyarakat kita memakai serban tanpa "Nilai" dan "Virtue tertentu walau pun baru satu hari kenal Islam.
Untuk menjadi mujtahid (Ayatullah) ada yang memerlukan 15 tahun-30 tahun. Ada juga yang telah bergelar Ayatullah, tapi masih lagi mengistilah diri sebagai pelajar dan menjadi pelajar kepada Ayatullah Uzma lain atau yang menjadi "Marji'". Di sinilah gist ilmu dan penghormatan mereka kepada ilmu. Dan kedalaman mereka dalam memperincikan ilmu di samping pendidikan akhlak rohani dan jismani yang tinggi; yang lahir dalam Irfan yang menguasai mereka.
Rakan saya seorang Filipino pernah belajar dengan seorang Ayatullah yang menjadi murid kepada Ayatullah Montazeri yang ketika itu berumur 70 tahun. Setelah selesai mengajar beliau masih mengikuti kelas dan kuliah ulama lain yang lebih tinggi kedudukannya dalam bidang masing-masing.
Budaya ilmu masyarakat Syiah amatlah dikagumi oleh kawan dan lawan. Lihat saja tulisan Henry Corbin (nota saya: beliau adalah ahli falsafah Perancis yang ulung) yang tenggelam dengan keilmuan dan penghayatan ilmu yang fitri yang berjaya disampaikan olehnya kepada Barat.
8-9 tahun belajar dalam dunia Syiah hanyalah asas sahaja dalam tradisi ilmu Ahl Bait. Walau pun begitu tahap keilmuan dan keupayaan mereka mengkaji dan memahami Islam amatlah terpuji oleh lawan dan kawan.
Oleh itu ambillah hikmah itu. Walau pun dari musuh kita sekalipun.
Bagi mengelakkan berlakunya kesilapan yang sengaja atau tidak atau kerana kejahilan seseorang maka pihak Jabatan Perkhidmatan Awam seharusnya melihat semua sistem dan tatacara pelantikan dan penempatan pegawai terutamanya PTD yang menguasai hampir semua jawatan-jawatan penting dalam kerajaan termasuk bidang-bidang yang bukan kemahiran mereka.
Bagi jawatan Pengarah Jabatan Agama misalnya walau pun nak diletakkan PTD (M) padahal sepatutnya ustaz-ustaz (S) yang lebih layak, maka hantarlah PTD yang mempunyai latar belakang agama ke Jabatan Agama. Ramai juga pegawai PTD yang berlatar belakang agama yang mampu untuk mentadbir dan mengetuai Jabatan Agama.
Kita melihat bekas Pengarah Jais (nota saya: Mohamad Khusrin Munawi) bukanlah berlatar belakangkan agama dan kita tidak tahu pula apakah Pengarah Baru sekarang yang dilantik itu adakah mempunyai latar belakang agama atau tidak.
Sebaiknya berilah peluang kepada ustaz-ustaz di Jabatan Agama itu untuk mengetuai Jabatan Agama supaya hal berkaitan dengan agama dapat ditangani dengan lebih baik dan tidak menimbulkan fitnah dan memburukkan nama penjawat awam khususnya PTD ketika memberi komen kepada pihak media yang juga "ba ya nga wau nga" dan "murakkab".
PTD yang generalis itu perlu berada dalam kerangka 8 bidang sahaja. Bila berkaitan dengan agama maka kembalikan orang agama mengetuainya dan bukan PTD yang mencacatkan Jabatan Agama dan agama keseluruhannya. Jelas ianya menampakkan kejahilan PTD dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pengarah JAIS dan seterusnya memalukan perkhidmatan awam keseluruhannya kerana telah menjadi berita antarabangsa.
Lebih memalukan pihak media tempatan yang telah mem "blackout" berita dan melaporkan apa yang hendak dilaporkan sahaja sesuai dengan kehendak 'stakeholder atau pemilik' masing-masing dan MENGORBANKAN nilai kebenaran dan demokrasi dalam mengutarakan sesuatu sebagai seorang rakyat dan manusia. TAMAT
Tahukah anda Ayatullah al Uzma Sayyid Ali Khamenei telah menerjemahkan banyak karya-karya pemimpin ulung Ikhwanul Muslimin, as Syahid Sayyid Qutb dari bahasa Arab ke Parsi? Antara lain Ayandeh dar Qalamrove Islam (Masa Depan Dalam Kekuasaan Islam), dan Eddea nameh Alahe tamaddon-e Gharb (Gugatan Terhadap Kebudayaan Barat). Juga karya Abdul Mun'im Namri Nasri Mosalmanan dar Nehzat-e Azadi-e Hindustan (Muslimin Dalam Gerakan Kebebasan India). Pokoknya pemimpin ulung syiah ini tidak malu untuk belajar daripada kita sunni. Akan tetapi kita terus dibelenggu kejumudan dan tidak mahu belajar daripada mereka. Satu pengajaran untuk mana-mana institut terjemahan, bahawa kita mengharapkan mutiara!(Nota saya: Sebagai seorang Sunni kita tidak boleh dan tidak perlu mengikut mana-mana Ayatullah. Sebagai Sunni, kita ada Mufti untuk diikuti. Sebagai contoh bekas Mufti Perlis adalah Dr Mohd Asri Zainal Abidin dan yang sekarang adalah Dr Juanda Jaya (kedua-duanya rakan sekolah saya di KISAS). Mereka memberikan fatwa untuk 'kes-kes' yang dikemukakan contohnya pengharaman atau pengharusan tarian poco-poco. Apabila mereka tidak lagi menjawat jawatan tersebut, fatwa mereka lazimnya sudah tidak laku lagi dan hanya dipandang sebagai 'pendapat', seperti halnya yang berlaku kepada Dr Mohd Asri. Berbeza dengan Ayatullah untuk penganut syiah, 'jawatan' tersebut tidak dilantik oleh pemerintah tetapi oleh massa (masyarakat). Jadi ia adalah 'jawatan' dan gelar kekal. Dengan itu fatwa mereka laku sepanjang zaman, sebagai contoh; fatwa Imam Khomeini menghalalkan darah Salman Rushdie laknatullah. Lebih ramai pengikutnya maka lebih besar status Ayatullah tersebut. Sebagai sunni kita wajar mengenal dan mendampingi 'musuh' kita syiah seperti mana kita terdesak menumpang kehebatan mereka dalam sains, klik sini.)
Published on April 05, 2011 15:58
No comments have been added yet.
Faisal Tehrani's Blog
- Faisal Tehrani's profile
- 587 followers
Faisal Tehrani isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.

