NOVEL : ALICE BAB 11, 12, 13



BAB 11, 12, 13
BAB 11Pada hari terakhir festival konvokesyen berlangsung, Alice dan para pelajar yang terlibat bersama-sama mengemas tapak festival. Alice mengheret puluhan biji bola sepak yang diisi dalam dua buah guni ke arah stor sukan. Bola-bola itu digunakan sebagai perhiasan di boothsukan dan permainan AAU. Tiba di stor sukan yang kosong tidak berpenghuni, Alice duduk seketika di atas tilam lompat tinggi yang tersusun cantik di satu sudut. Surah Al- Kahfi beralun lembut di telinga Alice. Surah yang dapat menjauhkan pembacanya daripada fitnah Dajjal. Alice muat turun fail mp3 surah itu daripada Youtube. Surah yang didengarinya saat itu dibaca oleh seorang pemuda yang mendapat label crush pertama Alice  sewaktu dia berumur 15 tahun! Apa itu crush? Crush adalah seseorang yang diminati daripada jarak jauh. Hanya mampu melihat atau stalk facebookmereka. Dan crush adalah satu perasaan yang tak kekal pada satu individu sahaja. Bagi Alice, crush sama maksud dengan dia sukakan seseorang. Namun, seseorang itu langsung tidak mengetahui kewujudannya! Bila dalam keadaan tertekan atau ada masa terluang, Alice akan mendengar bacaan surah-surah pendek oleh crush pertama yang tidak pernah ditemuinya itu. Wajah pemuda itu juga sekadar samar-samar dalam video. Apa yang Alice tahu, nama pemuda itu Hakimi dan suaranya mengalunkan bacaan Al-Quran bisa menggetarkan hati dan menenangkan jiwa. Dan Alice menyukai Hakimi kerana suaranya. Alice tahu ketenangan itu diberikan Allah kepada para pendengar ayat-ayat suci Al-Quran. Namun, hatinya tidak berhenti daripada memuji kelunakan suara sang pembaca yang juga merupakan anugerah Ilahi.Alice terkebil-kebil bila bacaan Al-Quran hilang daripada pendengarannya. Dia melihat handphone. Habis bateri pulak! Alice berkira-kira untuk keluar dari stor sukan sebelum matanya tertarik ke arah sebatang besi lurus. Pull up bar! Tempat para pelajar berlatih untuk bergayut! Timbul niat di hati untuk mencuba.……………“Alan kau tahu Lysa dekat mana?” “Dekat hostel dia lah kut. Kenapa abang?” Alan yang berada di Shah Alam saat itu terkejut apabila Aaron menelefon dan bertanyakan perihal Alice kepadanya.“Kau tak ada call dia?”“Ada call tadi, tapi dia tak angkat. Kenapa?,” tanya Alan bimbang.“Tak ada apa-apalah!” Aaron memutuskan talian. Jantungnya berdebar laju. Ke mana pulak perginya si Alice ni?! Petang tadi sewaktu sibuk mengemas tapak festival AAU, Aaron sempat mengajak Alice dan rakan-rakannya untuk makan bersama. Aaron ingin membelanja mereka dan Alice sendiri setuju. Namun, menjelang pukul 4.00 petang wajah Alice tidak kelihatan di mana-mana. Puas Subash dan yang lain menghantar mesej dan menelefon. Namun, gadis itu tidak memberi sebarang respon. Justeru, Aaron menelefon Alan. Malangnya, adiknya itu tidak tahu perihal Alice. Ain mengandaikan yang Alice telah pulang ke hostel dan tertidur. Kerana itulah dia terlupa dengan ajakan Aaron. Aaron yang tidak sedap hati berlegar di kawasan hostel Alice setelah dia pulang ke rumah dan membersihkan diri. Hendak bertanya lebih-lebih dengan rakan-rakan Alice, Aaron bimbang mereka salah faham.  Aaron berkeputusan untuk meninjau sendiri keberadaan Alice. Kemungkinan Alice akan keluar daripada hostel untuk membeli makan malam. Selang dua jam dia memerhatikan blok hostel Alice, seseorang menegur Aaron.“Maaf, encik ni pensyarah Alice kan?” Shesha yang perasan akan kelibat Aaron tidak jauh dari hostelnya menghampiri pensyarah muda itu. Dia selalu melihat Alice dan rakan-rakannya berbincang dengan Aaron mengenai pelajaran dalam perpustakaan. Sudah tentu pemuda itu adalah pensyarah Alice.“Ya saya. Saya Dr. Aaron. Kenapa ya?”“Maaf menganggu. Saya ni rakan sebilik Alice. Dr. Aaron ada nampak dia?” Berderau darah Aaron apabila mendengar pertanyaan itu. Tidak menyangka yang Alice benar-benar belum pulang ke hostel!“Tak ada pulak.”“Ke mana pulak dia ni pergi. Bimbang betul saya, daripada pagi tak balik. Dah pukul 11.00 lebih ni.” Shesha melihat jam tangan dengan wajah resah. Tidak pernah Alice keluar hostel tanpa memberitahu dirinya atau sesiapa di hostel terlebih dahulu.“Bila kali terakhir awak jumpa Lysa ? Maksud saya Alice?,” tanya Aaron pantas. Pelbagai kemungkinan buruk mula berlegar dalam benak fikirannya.“Petang tadi. Saya nampak dia pergi simpan bola dekat stor sukan. Lepas tu saya tak tahulah dia ke mana. Saya dah callkawan-kawan dia. Tapi mereka tak tahu.”“Ini nombor saya. Kalau Alice  ada call awak, atau dia balik hostel. Tolong call saya ya. Saya  pergi checkdekat universiti.” Aaron meninggalkan kad namanya kepada Shesha sebelum memasuki perut kereta. Dia memecut laju ke arah AAU yang terletak bersebelahan dengan kawasan hostel Alice. Hanya dipisahkan dengan sebuah parit besar dan pagar dawai yang tinggi.“Asalamualaikum pak cik.” Aaron menyapa pengawal keselamatan yang menjaga pintu keluar masuk AAU.“Waalaikumusalam. Oh Dr. Aaron, selamat malam. Ada apa Dr. Aaron datang sini malam-malam macam ni?” Pengawal keselamatan bernama Razak itu sempat bersalaman dengan Aaron yang menurunkan cermin tingkap keretanya.“Maaf pak cik. Pak cik ada nampak Lysa tak keluar daripada sini?”“Lysa?”“Maksud saya Alice.” Aaron gigit bibir menahan geram. Sebut nama Lysa memang susah orang nak kenal!“Oh novelis tu. Pagi tadi pak cik ada terserempak dengan dia. Lepas tu tak ada pulak nampak. Al maklumlah beribu studentkeluar masuk dekat sini. Kenapa ya Dr. Aaron?” Masakan Razak tidak kenal dengan gadis yang selalu memberi makanan percuma kepada para pengawal keselamatan AAU itu. Kadang-kala hampir setiap minggu Alice bersedekah makanan kepada mereka. Baik sungguh hati gadis itu.“Emm… tak ada apa-apalah. Pak cik, boleh tak saya nak pinjam kunci dewan Indera dan kunci stor sukan. Handphone saya hilang. Saya rasa saya tertinggal handphonemasa mengemas dalam stor sukan pagi tadi.” Aaron terpaksa mencipta helah untuk mencari Alice yang tidak pasti keberadaanya.“Oh, boleh Dr. Aaron. Nah ambil ini kuncinya. Dr. Aaron nak guard tolong cari sama ke?” Razak menghulur dua batang kunci kepada Aaron.“Eh, tak apalah pak cik. Saya nak pergi tinjau sekejap saja.”“Baiklah. Tapi Dr. Aaron hati-hati ya masuk dewan tu.” Razak merendahkan suara.“Kenapa ya pak cik cakap macam tu?”“Tempat tu agak keras Dr. Aaron. Malam-malam macam ni selalu ada bunyi pelik-pelik dekat sana.”“Is okay. Saya nak masuk sekejap saja.”“Emm, tak apalah kalau macam tu. Sekejap lagi pak cik nak balik sebab shift kerja pak cik dah habis. Nanti Dr. Aaron serahkan kunci dewan tu dekat pak cik Sahak ya?” Razak meninggalkan pesan.“Baiklah pak cik. Terima kasih.” Aaron bersalaman dengan orang tua itu sebelum menyusuri jalan dalam perkarangan AAU untuk menuju ke dewan Indera. Tempat terletaknya stor sukan.……………….Alice menangis teresak-esak di satu sudut dalam stor sukan yang gelap gelita. Dia tidak sedar apa yang berlaku. Apabila dia membuka mata, suasana serba hitam penyapa pandangan. Dia tidak dapat melihat tangannya sendiri. Hanya hembusan nafasnya yang kedengaran. Pelbagai soalan muncul di benak fikirannya. Dia telah butakah atau dia telah mati? Puas menjerit dan meminta tolong namun tiada satu suara pun yang mendengar jeritannya. Handphonenya sendiri entah hilang ke mana. Setelah cuba mengingat kembali apa yang berlaku sebelum ini, Alice yakin dia berada di stor sukan. Dia meraba-raba dinding untuk mencari suis lampu. Suis ditemui dan telah dibuka, namun tiada cahaya muncul. Mungkin mentol terbakar. Bunyi benda merakas dalam stor itu buat Alice menjerit ketakutan sendirian. Dia tidak dapat melihat apa-apa! Otaknya mula menghantar signal untuk berfikir perkara yang bukan-bukan. Akhirnya, Alice berpeluk lutut dengan air mata yang tidak henti mengalir.“Lysa! Lysa!” Kedengaran satu suara sayup-sayup memanggil namanya. Bulu roma Alice meremang. Dia sesak nafas memikirkan yang ada makhluk halus ingin menggangunya. Telinga diapit dengan kedua belah tangan dan dia menundukkan wajah. “Lys…” Kedengaran pintu stor sukan dibuka seseorang. Aaron cuba membuka lampu, namun tidak menyala. Handphonenya tertinggal dalam kereta kerana terburu-buru masuk ke dewan Indera sebentar tadi. Aaron menyumpah dalam hati. Penglihatannya terbatas dalam kegelapan itu. Sudahlah dalam stor sukan langsung tidak mempunyai jendela. Telinga Aaron menegak apabila mendengar suara esakan seseorang. Dia memberanikan diri untuk meninjau lebih jauh ke dalam stor bertemankan cahaya lampu samar-samar daripada bahagian utama dewan Indera yang dibukanya saat ingin masuk tadi. Jauh di satu sudut, Aaron dapat melihat kelibat seorang perempuan berambut panjang sedang berpeluk lutut. Aaron yakin itu Alice apabila perasan head band fluorescen bewarna biru menyala di kepala gadis itu. Head bandyang boleh menyala pudar dalam gelap itu adalah hadiah daripada Alan untuk Alice pada hari jadi gadis itu tahun lepas. Aaron mendekati gadis itu sebelum menyentuh kepalanya.“Jangan sentuh akulah!” Tangan Aaron ditepis kasar dan Alice masih menundukkan wajahnya.“Lysa  ini I, Aaron.” Aaron melutut menghadap gadis itu. “Jangan ganggu akulah! Aku tak buat apa-apa pun dekat kau! Aku tak usik kau! Tolong jangan ganggu aku!” Alice kembali meraung. Dia langsung tidak mahu membuka mata. Tubuhnya menggeletar hebat dek perasaan takut yang amat.“Astagfirullah al-azim. Hei, jangan menangis. Ini saya. Ini saya. Tengok muka saya.” Aaron cuba meyakinkan gadis itu. Aaron memegang lembut kedua belah tangan Alice yang menutup telinga. Ingin melihat wajah itu.“Sir?” Perlahan sekali Alice mengangkat wajah. Bimbang di hadapannya bukan manusia. Dia berasa lega apabila dapat melihat figura Aaron.“Ya, ini saya. Dahlah jangan mena...”“Saya takut!” Ayat Aaron tergantung apabila Alice meraung dan memeluk erat lengannya yang berbalut jaket biru.“Dahlah, jangan menangis. Saya dekat sini. Awak jangan takut okey. Jom kita keluar. Lampu dalam stor ni rosak.” Aaron menarik hujung lengan baju Alice, membawa Alice keluar dari bilik itu. Terasa tangan Alice yang menggigil dan sejuk beku apabila tersentuh kulitnya. Keluar dari stor sukan baru Aaron dapat melihat dengan jelas yang Alice menggeletar satu badan. Baru Aaron hendak membuka mulut, lampu utama dewan Indera terpadam sendiri. Alice terkejut kecil. Mujur cahaya bulan masuk melalui deretan jendela lut sinar di bahagian siling dewan. Aaron masih mampu melihat di mana dia berpijak. Aaron berlari ke arah pintu utama dan ternyata pintu dewan itu telah dikunci dari luar. Dia cuba membuka lampu dewan menggunakan suis yang berada di situ. Namun, lampu itu juga tidak menyala. Mungkin suis utama yang mengalirkan eletrik di bahagian luar dewan telah ditutup.“Macam mana sir boleh tahu saya dekat sini? Sir ni bukan manusia kan?” Soalan yang terpacul keluar dari mulut Alice mengejutkan Aaron. Dia berpaling ke belakang dan melihat gadis itu menapak menjauhinya.“Lysa, ini saya! Aaron! Tak kan awak tak kenal saya?” Aaron cuba mendekati, namun Alice semakin jauh.“Hantu boleh menyerupai sesiapa pun!”“Okay. Macam mana saya nak buktikan yang saya bukan hantu?” Geram pulak Aaron melihat respon Alice. Terlebih tengok cerita hantu, inilah akibatnya!“Apa kata awak tunduk dan tengok muka saya buruk ke tak. Macam dalam cerita-cerita hantu selalu buat tu?” Aaron memberi cadangan.“Tak nak!” Alice pantas menolak. Jika dia menunduk dan wajah Aaron bertukar menjadi momok, apa yang akan berlaku padanya?“Cakap dulu macam mana sir boleh tahu saya ada dekat sini?!” Alice mendesak.“Alan call awak tapi awak tak angkat. Dia shooting sekarang, jadi dia suruh saya jenguk awak dekat sini. Kenapa call tak angkat?”“Handphone saya hilang. Bateri tak ada. Sebab tu tak berbunyi.” Otak Alice kembali berfungsi dengan baik setelah perasaan takutnya berkurangan. Dia ingat yang sewaktu bermain dengan pull up bar, bateri handphonenya sudah kosong.“Cuainya!” Aaron hendak membebel panjang namun tidak sampai hati apabila melihat keadaan Alice saat itu. Aaron mengetuk pintu dewan berulang kali dan menjerit meminta tolong. Berharap suaranya didengari pengawal keselamatan yang lalu di situ.“Dahlah, jangan menangis. Awak buat saya takut, tahu tak?” Aaron penat menjerit, dia tidak perasan yang dia mula bersaya dan berawak dengan Alice. Ia berlaku kerana dia sangat bimbangkan gadis itu. Tak sempat nak control macho! Aaron mendekati Alice yang masih teresak-esak. Pertama kali melihat gadis itu menangis. Hatinya jadi sayu.“Auch!” Alice menepis tangan Aaron yang cuba memegang kepalanya.“Kenapa kepala tu?”“Jatuh.” Alice merasakan terdapat satu bonjolan agak besar di bahagian belakang kepalanya.“Macam mana boleh jatuh?”“Tak tahu. Tiba-tiba aje gelap. Saya pengsan kut?” Alice membuat andaian. Jika Aaron tidak datang, dia sendiri tidak tahu hari sudah malam.“Lain kali tolong buat kerja berteman boleh tak?” Alice membisu agak lama sebelum melihat Aaron dari atas hingga ke bawah. Di benak fikirannya terlintas beberapa perkara.“Macam mana sir boleh masuk dalam dewan ni? Sedangkan dewan ni berkunci? Sir ni hantu kan? Sir tembus masuk ke dalam dewan ni ikut dinding kan?!,” tanya Alice tiba-tiba. Dia kembali menjauhi Aaron. Otak terasa biul saat itu kerana asyik berfikir perkara yang bukan-bukan. Berkurung dalam gelap membuatkan perasaan takut Alice tinggi daripada kebiasaan.“Tak lah. Tadi saya pinjam kunci dekat guard.Kunci…”“Lysa, please stop crying. I’m not a ghost okay.” Resah betul hati Aaron melihat Alice tidak henti menangis. Pening kepala hendak meyakinkan gadis itu yang dia bukan hantu!“Macam mana saya nak percaya yang sir bukan hantu?”“0177777787.” Aaron menyebut sebaris nombor handphone.“Itu nombor mak awak kan?” Aaron mencuba pelbagai cara untuk menghilangkan curiga Alice terhadap dirinya.“Macam mana sir boleh tahu nombor mak saya?” Alice tertelan air mata sendiri.“Saya kan anak angkat mak awak! Kalau saya ni hantu, tak kanlah saya tahu!” Intonasi Aaron mula tinggi apabila Alice sukar sangat hendak percaya.“Okey, saya percaya sir bukan hantu. Macam mana kita nak keluar daripada sini? Mana handphone sir?” Alice mengesat air mata yang masih berbaki. Yakin yang Aaron bukan hantu. Agak mustahil hantu boleh menghafal nombor telefon bimbit ibunya. Tapi, kenapa Aaron menghafal nombor ibunya pula?“Tertinggal dalam kereta.”“Sir ni semua benda tinggal. Pelupa betul!”“Siapa yang suruh buat saya cemas.” Aaron menghela nafas panjang.“Apa?”“Tak ada apalah. Kita jerit ajelah minta tolong. Nanti pak guard dengar, dia orang akan tahu kita ada dalam ni.” Aaron bersandar di dinding berhampiran pintu utama. Alice duduk di sisinya. Mereka berdua ditemani cahaya bulan mengambang yang menyimbah masuk ke dalam dewan dari luar.“Tak perlu sir. Buat sakit tekak aje. Dia orang tak akan buka pintu ni selagi belum siang.” Jelas Alice tiba-tiba.“Kenapa pulak?”“Sebab dia orang ingat yang menjerit malam-malam buta dalam dewan ni adalah hantu. Bukan manusia.”“Awak dah cuba jerit ke?”“Saya rasa, dua jam tanpa henti. Sir nak jerit, jeritlah. Saya dah sakit tekak.” Alice tiada suara akibat terjerit pekik dalam stor sukan sebentar tadi.“Awak boleh tahan ke kepala berbenjol macam tu? Tak sakit ke?” Bimbang Aaron melihat Alice yang beberapa kali memegang kepala. Yakin gadis itu sedang menahan sakit.“Masih boleh tahan.”“Awak ni nampak aje berani tapi penakut!”“Saya memang penakut.”“Yang awak takut sangat duduk dalam stor sukan tu kenapa?”“Gelap. Saya takut gelap.”“Itu aje? Sebab takut gelap awak menangis?”“Tak lah. Saya takut hantu.”“Hantu apa?”“Dulu dekat sini, ada pelajar bunuh diri. Gantung diri di kipas dalam stor sukan tempat saya terkurung tadi.” Alice membuka cerita turun temurun AAU yang diketahui hampir semua pelajar yang menuntut di universiti itu.“Dia bunuh diri sebab tak lulus peperiksaan akhir semester. Sir tahu kan yang dulu stor sukan tu adalah court badminton. Tapi, lepas ada kes bunuh diri, terus pihak AAU jadikan ia stor sukan. Kipas pun dah dicabut. Sebab tu bilik tu panas. Tapi tadi saya dengar macam ada bunyi kipas sedang berpusing…” “Mulut tu jangan cabul. Awak ingat ini filem horror ke apa? Awak tu terlalu takut sebab gelap, jadi otak awak hantar signal yang bukan-bukan.” Aaron tidak mahu Alice terlalu takut dengan cerita-cerita yang didengari daripada mulut orang. Entah sahih atau tidak, tiada siapa mengetahuinya. Kebanyakannya telah ditokok tambah untuk menyedapkan cerita.“Tapi…”“Saya ada dekat sini. Awak takut lagi ke?” Aaron menatap seraut wajah yang agak pucat itu. Hatinya lega apabila melihat Alice mengukir senyuman kecil.“Tak. Saya dah tak takut. Terima kasih dekat Alan sebab suruh sir ke sini. Kalau tak, saya tak tahulah macam mana. Mungkin saya yang akan gantung …”“Jangan cakap benda merepek. Alan tak cakap pun, saya akan cari awak. Saya akan ada di sisi awak saat awak perlukan saya.” Kata-kata Aaron berlalu di telinga Alice seperti angin.“Terima kasih sir.”………“Good morning.” Aaron mengucap selamat pagi apabila melihat Alice mengeliat kecil sebelum membuka mata. Gadis itu terpinga-pinga seketika melihat wajahnya.“Dah pukul 10.00 pagi?!” Alice terjerit besar apabila melihat waktu pada jam tangannya. Otaknya agak blurmemikirkan perkara yang berlaku semalam.“Hari ni 2 Februari kan?” Alice yang duduk bergegas bangun mendekati Aaron.“Yup. Tarikh pun dah lupa ke?”“Kenapa sir tak gerak saya bangun tidur?! Saya ada sesi autograf novel di PWTC hari ni.” Alice memicit kepala yang terasa pening. Pelbagai masalah menimpa sejak semalam.“I dah gerak. You yang tak bangun. Lena sangat. Tidur sampai berdengkur.” Selamba Aaron menjawab.“Mana ada saya tidur berdengkur!”“You tidur mana you dengar  you berdengkur atau tak?”“Pintu dah buka ke belum?!” Alice tidak mengendahkan pertanyaan Aaron. Dia berlari ke arah pintu utama dewan yang berkunci semalamnya.“Dah. Tadi I dengar pak guard buka pintu.” Aaron memberi informasi. Tidak sampai hati untuk mengejutkan Alice yang sedang nyenyak tidur. Dia terbuai melihat wajah gadis itu yang tidur setenang bayi. Tidur duduk pun boleh lena!“Saya nak balik.” Alice ingin bergegas keluar dari dewan itu. Namun, belum sempat dia melarikan diri Aaron menarik hujung lengan bajunya.“No way. Jom kita pergi klinik dulu. Kepala you tu masih benjol.” “Tapi…”“Sesi autograf you tu bukan penting sangat pun. You bukan artis. Kesihatan you lebih penting. Lain kali boleh pergi sesi autograf tu.” Alice terdiam mendengar kata-kata Aaron.“Nah ni handphone you.” “Sir jumpa dekat mana handphone saya?” “Ada terselit bawah tilam lompat tinggi dalam stor sukan tu.” Aaron yang sempat meninjau keadaan stor sukan sebentar tadi saat suis eletrik utama dibuka terpijak akan handphone Alice. Alice memeriksa handphonenya yang jelas ketiadaan bateri.“Terima kasih sir.”


















BAB 12Hari itu Alice tidak memasuki kelas. Kepalanya masih pening akibat terhentak atas lantai semalam. Ditambah lagi dengan insiden yang berlaku terhadap dirinya dan Aaron. Dia pulang ke hostel setelah pergi ke klinik bersama Aaron. Shesha bingit bertanya itu dan ini kerana Alice tidak pulang ke hostel semalaman. Setelah memberi penjelasan, Alice mengisi sepasang baju dan beberapa peralatan lain sebelum keluar dari hostel. Dia menyewa bilik di sebuah hotel tiga bintang berhampiran untuk mencari ketenangan. Alice berendam dalam tab mandi dengan air yang bercampur dengan wangian aroma terapi.Fikirannya melayang memikirkan hal yang berlaku. Seperti sebuah filem yang kembali berlayar dalam pandangan matanya. Alice ingat dia masuk ke stor sukan yang terletak dalam dewan Indera untuk menyimpan bola sepak. Dia membuka lampu stor itu, berehat di tilam lompat tinggi sambil mendengar alunan bacaan Al-Quran daripada Hakimi. Handphonenya habis bateri jadi dia bermain dengan pull up bar dalam stor sukan itu. Sedang asyik bergayut di pull up bar, dunianya tiba-tiba gelap. Dan bila Alice sedar, semuanya masih gelap! Mungkin dia pengsan ketika bermain pull up bardan kepalanya terhentak atas lantai. Disebabkan itulah kepalanya benjol. Kemudian Aaron yang disangka hantu, datang menyelamatkan Alice atas suruhan Alan. Aaron sempat bertanya dan bercerita dengan pengawal keselamatan yang bertugas menggantikan Razak semalam tentang apa yang berlaku. Ketika itu, mereka kembali ke AAU setelah ke klinik. Pengawal keselamatan bernama Sahak itu berulang kali memohon maaf kepada Aaron dan Alice yang terkurung dalam dewan Indera tanpa pengetahuannya. Sangkaan Alice tepat sekali, jika mereka terjerit-jerit dalam dewan Indera atau stor sukan pada waktu malam, tiada siapa yang akan datang meninjau. Kerana mereka sangka suara itu adalah suara hantu!Semalam ketika Sahak memeriksa keadaan sekeliling AAU, dia terkejut melihat mangga luar dewan Indera terbuka. Siap ada kunci di situ. Pada mulanya, Sahak ingin meninjau keadaan dalam dewan. Namun,  setelah terdengar sayup-sayup suara perempuan menangis, dia terus mengunci pintu dewan Indera dan mematikan suis utama eletrik yang terletak di bahagian luar dewan. Disebabkan itulah, lampu dewan tiba-tiba terpadam. Sahak tidak menyangka yang pintu dewan itu dibuka oleh Aaron dan suara tangisan itu adalah suara Alice. Alice terkunci dalam stor sukan kerana ketika dia pengsan mentol terbakar, pengawal keselamatan yang bertugas pada waktu pagi iaitu Razak, mengunci semua stor di AAU pada pukul 8.00 malam. Kerana gelap dan yakin tiada manusia dalam stor sukan, Razak mengunci stor itu tanpa sebarang syak wasangka. Dia tidak tahu yang Alice pengsan tidak sedarkan diri dalam kegelapan stor sukan ketika itu. Setelah mendapat aduan daripada Aaron, mereka berjanji untuk menggantikan mentol baru dalam stor sukan. Aaron juga ingin membuat kertas cadangan kepada pihak atasan agar semua stor di AAU mempunyai jendela kecil yang membenarkan cahaya masuk ke dalam. Tidak mahu insiden sama berulang pada pelajar lain.Alice mengeluh panjang, mujurlah semalam ibunya tiada menelefon. Jika tidak pasti orang tuanya bimbang kerana handphonetidak berangkat. Setelah mengecas handphone, Alice menelefon orang tuanya. Dia tidak bercerita hal yang berlaku kerana yakin ibunya akan susah hati. Kemudian Alice menelefon pihak penerbitan novelnya untuk menyatakan alasan dan memohon maaf atas kegagalannya menghadirkan diri pada sesi autograf novel bersama novelis di Putra World Trade Centre (PWTC). Mujurlah pihak penerbitan memahami. Mereka percaya yang Alice tidak sihat untuk berkunjung ke karnival buku antarabangsa itu.Wajah bimbang Aaron terlintas di benak fikiran Alice. Tidak meyangka yang Aaron sanggup bersusah payah deminya. Alice baru perasan layanan Aaron yang agak berbeza terhadap dirinya semalam. “Semalam… dia panggil aku guna gelaran saya dan awak? Aku tak salah dengar kan?” Alice bermonolog sebelum dia ketawa gatal sendirian. Wajahnya terasa panas apabila teringat yang dia memeluk lengan Aaron kerana ketakutan. Dan Aaron menyentuh kepalanya untuk menenangkan Alice. Walhal sebelum ini, Aaron seperti jijik apabila bersentuhan dengannya. Buih dalam tab mandi ditiup penuh girang.“Saya akan ada di sisi awak saat awak perlukan saya? Dia cakap macam tu dekat aku? Dia sukakan aku ke?” Alice tersenyum lebar hingga ke telinga sewaktu mengulang kembali ayat yang meniti di bibir Aaron semalam. Memikirkan kemungkinan yang dia tidak bertepuk sebelah tangan. Wajah Aaron, pandangan pemuda itu, sikap pemuda itu yang melayannya dengan baik membuatkan Alice berasa seperti di awang-awangan!………………….“Serius ke wei kau tidur dengan Dr. Aaron dalam dewan sukan tu?” Pertanyaan Ain mematikan lamunan Alice. Sesi pembelajaran bermula seperti biasa setelah pelajar pulang dari bercuti selama seminggu.“Seriuslah. Romantik tak? Hahaha.” Alice ketawa galak. “Kau orang ada buat ehem-ehem ke?,” tanya Berry pula.“Ehem-ehem tengkorak kau! Kalau aku nak buat pun, sirtak sudi.”“Amboi, gatalnya you Alice.” Subash tergelak besar mendengar kata-kata sahabatnya itu. Mereka tahu akan cerita itu setelah Alice menceritakan kembali apa yang menimpa dirinya.“Kau baru tahu ke yang Alice memang gatal.” Tukas Ain membuat mereka semua tertawa. Perbualan mereka di café terganggu apabila Syazwan mendekati.“Alice, Cik Syakina nak jumpa kau di CG01 sekarang.” Pemuda itu menyampaikan pesan sebelum berlalu pergi.“Apa hal pulak lah betina tu sibuk nak jumpa aku? Meluat betullah!” Alice membentak bengang sebelum lambat-lambat bangun daripada duduk menuju ke kelas yang dinyatakan Syazwan.……………..“Awak tak tahu malu ya Alice?!” Sergah Syakina sebaik saja melihat wajah Alice dalam kelas kosong itu.“Malu kenapa pulak?” Alice berkerut dahi. Tersampuk ke apa pensyarahnya ini. Tidak tentu pasal hendak marah orang! Tak ada pendahuluan, tak ada salam, tiba-tiba mahu menengkingnya.“Tak perlu nak berlakonlah Alice. Satu universiti dah kecoh tentang awak dengan Dr. Aaron!” Wajah Syakina masam mencuka menunjukkan perasaan marah yang memenuhi segenap hatinya. Dia berjalan mundar mandir di hadapan Alice.“Tentang apa?”“Awak tidur dengan Dr. Aaron dalam dewan sukan kan?!,” tengking Syakina kuat. Sakit telinga bila mendengar berita daripada Zumaira yang Alice terkurung dalam stor sukan bersama Aaron kelmarin. Zumaira dapat tahu cerita itu kerana terdengar perbualan Aaron dengan Sahak pagi kelmarin. Cepat sekali dia menyampaikan berita kepada individu yang memusuhi Alice.“Ada bukti ke cik menuduh saya?” Alice buat muka tidak endah. Langsung tidak gentar dengan pensyarah yang emosional tidak tentu pasal itu.“Ada pelajar yang nampak awak keluar dengan Dr. Aaron daripada dewan Indera awal pagi!”“Pelajar tu ada bukti bergambar ke?”“Tak perlu gambarlah. Saya dah tahu sangat perangai buruk awak tu. Awak sengaja kan nak goda Dr. Aaron?!”“Kalau saya nak goda pun kenapanya? Cik ada masalah?” Geram betul Alice melihat kerenah wanita itu!“Awak jangan kurang ajar!” “Apa masalahnya cik sebenarnya? Dr. Aaron bujang, saya pun bujang. Dan kalau dia dah kahwin sekalipun, itu hak saya untuk goda dia atau tak!”“Awak sedar tak yang Dr. Aaron tu pensyarah awak?”“Hukum mana pulak yang cakap berdosa kalau saya ada hati dengan pensyarah saya?” Soalan Alice buat Syakina tergamam. Menyedari kebodohan sendiri.“Kalau cik percaya dengan khabar angin yang tiada satu bukti kukuh tu, saya pun boleh buat khabar angin.” Ujar Alice dengan senyuman sinis.“Apa awak cakap?”“Bila saya keluar daripada kelas ni, saya akan hebohkan pada satu universiti yang cik terhegeh-hegeh mahukan Dr. Aaron. Cik nak mengurat dia dan jealous dengan saya. Saya boleh popularkan cik dalam facebook juga laman-laman sosial saya yang lain. Kalau cik nak nama cik viral pun saya boleh buat!  Saya nak tengok sama ada ramai atau tidak orang percaya dengan khabar angin tanpa bukti yang saya buat. Cik nak ke saya buat macam tu?!” “Awak mengugut saya?!” Jauh dalam hati Syakina gentar dengan amaran Alice. Gadis itu jauh lebih dikenali ramai berbanding dirinya.“Try me. Saya tak sebodoh yang cik fikirkan. Cuba jatuhkan maruah saya sekali, dan saya akan balas sepuluh kali ganda lebih teruk berbanding tu.” Alice bersuara tenang sebelum berlalu keluar daripada kelas itu. Meninggalkan Syakina yang sedang melontar peralatan menulisnya dan menyumpah seranah Alice.…………….“Good afternoon Alysa .” Aaron menyaingi langkah Alice yang kelihatan baru keluar daripada sebuah kelas.“Good…good.” Alice menoleh sekilas sebelum mengeluh panjang.“Apa yang goodnya?”“Good afternoon lah.”“Macam mana kepala you dah okay?” Prihatin Aaron bertanya. Masih bimbang dengan kesihatan gadis itu. Sewaktu membawa Alice melakukan pemeriksaan di klinik, doktor mengatakan Alice pengsan kerana terlalu penat dan tekanan darahnya agak rendah. Aaron yang mendengar mula berasa bimbang akan kesihatan gadis itu.“Okay. Okay.”“Betul ni okay?”“Okay.”“Mana kawan-kawan you? Kenapa bersendirian ni? Kan I dah pesan pergi mana-mana berteman?” Aaron tidak melihat kelibat seorang pun rakan-rakan gadis itu. Selalunya macam belangkas. Ke mana sahaja pasti berkumpulan.“Saya bukannya budak enam tahun perlu berteman 24 jam!” Alice tiba-tiba hendak marah. Perasan beberapa pasang mata yang memerhatikan mereka berdua penuh curiga. Tidak kurang juga yang mula berbisik-bisik.“Memanglah you dah dewasa tapi sifat penakut you tu mengalahkan budak enam tahun.” Aaron tergelak kecil di hujung ayatnya. Mengimbas kembali wajah takut Alice kali lepas bisa menggeletek hati Aaron.“Dia orang dekat café . Saya nak pergi café lah ni.” Alice berbasa basi. Tidak selesa Aaron berjalan disisinya.“I nak join boleh?”“No way!” Suara Alice meledak dan dia menghentikan langkah. Dia berhadapan dengan pensyarahnya itu. Ingin menyelesaikan permasalahan itu sekarang juga.“Why? Kenapa pulak I tak boleh join you?” Aaron pelik dengan sikap Alice yang tiba-tiba berangin. Selalunya gadis itu suka sahaja apabila Aaron ada sekali dengan geng-geng gosip. “Sir tak dengar ke yang satu universiti sekarang tengah bergosip pasal kita!” Alice membuka mulut menyatakan hakikat itu. Lagak mereka seperti pasangan kekasih yang sedang bergaduh!“So?”“Saya malu! Saya tak nak dekat dengan sir. And hopefully sir pun buat perkara yang sama.” Jujur Alice meluah rasa. Di hadapan Syakina mungkin dia boleh berlakon cool. Namun, dia stress bila semua orang mengumpat tentangnya. Tambahan lagi, nama Aaron berkait sama. Dia tidak mahu nama Aaron tercemar dek kerana telah menolongnya!“No way! Peduli apa dengan gosip orang. I tak akan malu sebab I tak buat salah apa pun. Salah ke I seorang pensyarah menolong pelajarnya yang terkurung dalam stor sukan?!”“Memanglah tak salah. Tapi saya malu.”“You malu bersama dengan I?” Wajah ceria Aaron bertukar kelat.“Ya, nanti entah apa yang dia orang akan cakap. Lebih-lebih lagi Alan…” Alice bercakap apa saja yang terlintas di fikirannya.“Kenapa nak malu dengan Alan pulak?!”“Sir tu abang dia. Sepatutnya saya kena jaga hati dia. Mesti dia fikir yang bukan-bukan…”“You memang tak mengenang budi Alysa!” Intonasi Aaron yang tadi lembut bertukar tinggi dalam sekelip mata.“What?!”“I susah payah tolong you, dan sekarang you cakap you malu nak dekat dengan I?! I…” Aaron mengetap bibir. Tidak berdaya meneruskan ayatnya. Darah marah bercampur dengan cemburu menyerbu hingga ke kepala.“Apa?” Alice terpinga-pinga.“Just forget it!” Aaron membentak sebelum meninggalkan Alice dengan wajah bengang. Nur Alysa tidak sudah hendak melebihkan Alan berbanding dirinya! Pertolongan yang diberikan kepada gadis itu langsung tidak mendatangkan sebarang makna!













BAB 13Tanggal 14 Februari merupakan hari yang dikenali sebagai hari kekasih atau Valentine Day. Di AAU, banyak booth dibuka oleh para pelajar bukan Islam yang menjual bunga, belon,  coklat dan anak patung sempena meraikan hari itu. Sana sini berhias dengan warna merah. Muzik-muzik romantis turut dipasang dalam café dan kedai-kedai dalam AAU.“Wah, banyaknya hadiah valentine Alan!” Berry tergamam apabila melihat selonggok hadiah pelbagai bentuk yang tersusun cantik di atas meja Alan. Alan keluar ke tandas. Sejak pagi mereka melihat Alan tidak menang tangan menerima hadiah dari gadis-gadis yang meminatinya. “Alice pun apa kurang.” Zaty menjuih bibir ke arah meja Alice yang turut bersusun dengan beberapa buah hadiah.“Untunglah, orang famous, ramai secret admire. Ramai peminat. Hadiah pun banyak.” Kata-kata Subash tidak diendahkan Alice. Dia mendapat hadiah daripada pelajar lelaki dan perempuan. Orang dah bagi, tak kan dia menolak pulak. Apa pula kata mereka nanti? Sudah tentu sebahagian daripada individu yang memberi Alice hadiah itu adalah peminat setia novel-novel yang ditulisnya.“Kau kenapa Alice, monyok aje? Tak sihat ke?,” tegur Berry apabila perasan wajah lesu sahabatnya itu.“Aku sihat. Okay ajelah.”“Kau bergaduh dengan Alan ke Alice?” Ain bertanya tiba-tiba.“Tak lah. Kenapa?”“Dia macam malas tegur kau aje? Selalunya sibuk dia bertanya itu ini. Lebih-lebih lagi hari ni hari valentine.”“Entah. Datang bulan agaknya.”“Abang dia pun tak nak tegur kau. Macam tak puas hati dengan kau aje. Kau cari pasal dengan Dr. Aaron ke Alice?” Sampuk Berry dengan wajah ingin tahu.“Tak ada masa aku nak cari pasal dengan dia.”“Betul cakap Berry tu. Selalu kalau dia masuk kelas mesti cari kau. Tanya kau macam-macam soalan. Ini dia buat bodoh aje. Langsung tak ada dia sebut nama kau.” Bicara Zaty sedikit sebanyak membuatkan Alice sentap. Betul ke Aaron tidak puas hati dengannya? Memang jelas Aaron tidak menegurnya saat kelas Mikrobiologi berlangsung sebentar tadi.“A’ah, tadi masa terserempak dekat koridor pun, Dr. Aaron buat tak kenal dekat kau aje. Kenapa Alice?” Berry menyambung. Memang ketara benar layanan Alan dan Aaron terhadap Alice hari itu.“Manalah aku tahu kenapa. Sukahati dialah! Dahlah aku penat, aku balik bilik dulu. Subash, hadiah-hadiah ni you ambillah. Bagi adik you.” Alice bangun daripada duduk dan meninggalkan rakan-rakannya. Baru saja hendak melangkah keluar dari kelas Alice bertembung dengan Syazwan yang sedang tergopoh gapah.“Alice, aku sakit perut. Nak terberak ni. Tolong hantarkan assignment aku ni dekat Dr. Aaron. Terima kasih. Nanti aku belanja kau makan!” Syazwan menyerahkan assignmentnya kepada Alice tanpa sempat gadis itu berkata apa-apa. Dia terus berlari ke arah tandas. Tak senonoh betul perangai!“What?!” Alice terpinga-pinga.……………..Suasana dalam bilik pensyarah agak kecoh saat Alice masuk. Kedengaran sana sini para pensyarah bercerita tentang Valentine Day. Dari kejauhan Alice dapat menangkap kelibat Aaron yang sedang rancak berbual dengan Ashraf dan beberapa orang pensyarah lain. Molek saja pemuda itu tergelak dan tersenyum ceria. Namun, sebaik saja Aaron terlihat wajah Alice, senyumannya hilang begitu saja. Alice menghela nafas panjang. Menguatkan kaki untuk terus melangkah ke meja Aaron.“Hai Alice! Buat apa dekat sini?,” sapa Ashraf dengan senyuman di bibir.“Nak hantar assignment.” “Eh, bukan awak dah hantar semalam?” Ashraf perasan yang Aaron ada memeriksa tugasan Alice semalam. Meja kerja Ashraf terletak bersebelahan meja Aaron.“Ini Syazwan punya assignment. Dia ada hal. Suruh saya hantarkan.” Alice meletakkan tugasan Syazwan di atas meja Aaron. Sedikit pun pemuda itu tidak menoleh pandang ke arahnya.“Banyak kan Alice, Dr. Aaron punya hadiahvalentine? Awak pun mesti banyak dapat hadiah kan tahun ni?” Ashraf menyeringai seraya mengalihkan pandangan matanya ke arah timbunan bungkusan hadiah yang terletak di sisi meja Aaron.“Banyak juga. Tapi nak buat apalah. Saya bukan sambut valentine pun. Okaylah Dr. Ash, saya gerak dulu.” Alice menggigit bibir sebelum pantas berlalu keluar dari bilik pensyarah itu. Boleh pulak Aaron bereaksi seolah-olah dia tidak wujud! Sakitnya hati!“Oit, kau kenapa bro? Gaduh dengan Alice ke?” Ashraf bertanya sebaik saja bayang Alice hilang. “Kenapa pulak aku nak bergaduh dengan dia?”“Tengok muka kau pun aku tahulah. Selalunya kau ceria aje bila aku sebut nama Alice. Ni muka macam ayam berak kapur. Boleh pulak kau buat derk aje bila Alice hantar assignmenttadi.” Giat Ashraf dengan nada berbisik. Bimbang didengari pensyarah lain. Salah faham nanti susah pulak.“Aku…”“Aaron, I ada hadiah nak bagi you.” Bicara Aaron tergantung apabila suara Syakina mencelah dalam perbualan mereka. Aaron melihat wanita itu dengan pandangan tidak berminat. Hari itu Syakina berkebaya ketat merah menyala. Simbolik valentine day kononnya. Langsung tidak kena dengan warna kulitnya yang agak kusam. “Hadiah ni I beli khas untuk you.” Syakina menghulur sebuah kotak yang berbalut kertas bercorak love kepada Aaron. Lambat-lambat Aaron mengambil juga hadiah itu.“Terima kasih.” Dengan terpaksa dia memaniskan muka melemparkan senyuman plastik. Syakina tersenyum lebar hingga ke telinga dan Ashraf yang melihat menahan gelak. Tahu yang ramai pensyarah perempuan AAU menaruh hati pada Aaron. Namun, hati sahabatnya itu telah terjatuh pada pelajarnya sendiri!…………………Malam itu Alice berbaring atas katil dengan fikiran yang runsing. Sedar akan perubahan sikap Alan dan Aaron. Tidak cukup dengan itu, Prince L pun seolah-olah merajuk dengannya kerana Alice sudah lama tidak membalas mesej sahabat mayanya itu. Kini, berpuluh mesej Alice hantar, satu pun tidak dibalas Prince L. Dia pening memikirkan apa yang patut dia buat untuk memulihkan keadaan. Sedang mengelamun hidungnya menghidu bau koko yang kuat. Alice bangun daripada baring dan menuju ke dapur hostelnya.“Shesha buat apa?”“Buat coklat Alice.”“Ha coklat? Tapi kan valentine day hari ni? Bila nak bagi coklatnya?”“Eh taklah. Bukan nak bagi dekat orang. Nak jual. Kan hari tu Sha ada cerita dekat Alice, yang Sha ada belajar cara buat coklat dan nak jual coklat dekat member-member kelas Sha.” Shesha memberi penjelasan dan Alice mengangguk-angguk tanda faham. Shesha bukan berasal daripada keluarga orang senang. Kadang-kala sampai mengikat perut tidak makan kerana kekurangan duit. Alice tidak pernah lokek membantu gadis itu bersama kembarnya kerana mereka berdua sangat rajin dan baik hati! Tiba-tiba terlintas satu idea di benak fikiran Alice.“Sha boleh ajar Alice buat coklat?”“Boleh.”…………………………….“Alan, tunggu kejap!” Alice mengejar Alan yang bergegas keluar dari kelas sebaik kuliah tamat. Alan kelihatan ingin mengelak daripada berlama-lama dengan Alice. Marah betul bila mendapat tahu Alice bermalam di stor sukan dengan abangnya kali lepas. Diikutkan hati mahu dia bergaduh besar dengan Aaron disebabkan perkara itu. Namun, dia sedar, jika Aaron tidak menyelamatkan Alice, sesuatu yang buruk bakal menimpa gadis itu. Dia cuba menyabarkan hati dengan berdiam diri. Buat sementara waktu dia cuba menjarakkan diri daripada Alice.“Ambil ni!” Alice menghulurkan satu kotak kecil berbentuk empat segi yang berikat reben merah kepada Alan.“Apa ni?” Alan teragak-agak menyambut. Melihat deretan coklat berbentuk diamond daripada permukaan kotak yang berplastik lutsinar itu.“Hadiah persahabatan.”“Coklat?”“Aku buat sendiri tahu.”“Serius ke ni? Kau kata kau tak sambut valentine?” Alan terkejut besar mendengar bicara Alice.“Hari ni bukan valentine day pun. Kau tak nak, aku ambil balik.” Alice ingin menarik balik kotak pemberiannya namun Alan cepat menyembunyikan kotak itu di belakang tubuhnya. Takut Alice ambil balik.“Eh, jangan! Aku nak!”“Dia orang kau tak bagi ke?” Alan merujuk kepada rakan-rakannya yang lain.“Aku buat sikit aje. Malas nak bagi dia orang. Kalau dia orang nak coklat, aku boleh belikan. Lagipun aku buat coklat ni specialuntuk kau.” Alice masih ingat bagaimana dia bersengkang mata semalaman untuk menghasilkan coklat itu dengan tunjuk ajar Shesha.“Special untuk aku?” Alan seperti tidak percaya.“Yup.”“Thanks Alice!” Alan yang berniat untuk merajuk lebih lama atas insiden yang menimpa Alice dan abangnya tidak jadi berbuat demikian. Hatinya berbunga-bunga hanya kerana sekotak coklat!……………………Petang itu, setelah tamat semua kelas, Alice merajinkan diri melepak di tepi padang. Meninjau latihan bola sepak di bawah seliaan Aaron. Dua minggu berlalu sejak peristiwa dia terkurung di dewan Indera bersama Aaron. Gosip liar tentangnya dan Aaron sekadar bertebaran dalam kampus buat beberapa hari. Tiada yang berani berkata lebih akan hal itu kerana tidak mempunyai bukti.Akibat kelancangan mulutnya berkata-kata, Aaron kelihatan cuba menjauhkan diri daripada Alice. Namun, ada bagusnya juga tindakan Aaron itu. Kini tiada lagi pelajar yang mencurigai hubungan mereka. Menjelang pukul 6.30 petang barulah latihan tamat. Alice mendekati Aaron yang melangkah keluar padang.“Sir, ambil ni!” Alice menghulur sebuah beg plastik besar kepada Aaron.“Apa ni?” Aaron tidak menyambut. Perasan yang Alice memerhatikannya sejak tadi.“Sweater yang sir bagi pinjam hari tu.”“Ini?” Beg plastik bertukar tangan sebelum Aaron mengintai isi kandungan beg itu. Aaron menarik keluar sebotol air 100 plus.“Airlah.”“I tak ada pinjamkan you air pun?”“Saya belikan minuman untuk sir, sebab sir nampak penat sangat.” Jujur Alice memberitahu. Wajah yang bermandi peluh itu mampu menggetarkan jiwanya. Biola mula bergesek di telinga Alice.“I tak nak.” Botol air dipulang kembali kepada Alice. Alice mengeluh panjang. Aaron cuba meninggalkannya namun Alice sempat menghalang.“Sir, are you avoiding me? Saya ada buat salah ke?” Lemah suara Alice bertanya.“Jangan nak perasan sendiri. Tak ada siapa yang avoid you.” Aaron tidak mengaku.“Yes, you are!”“You nak apa lagi ni Alice? I nak balik.”“Sir memang tak pernah berubah! Sejak dulu lagi... Suka sangat buat orang tertanya-tanya, lepas tu menghilangkan diri.” Alice menundukkan wajah. Terasa seperti hendak menangis. Ayatnya tergantung begitu saja. Terasa dia akan mengarut jika terus membuka mulut.“Maaf kalau saya ada tersalah cakap dengan sir. Sir baliklah. Bye.” Akhirnya Alice yang mengundur diri terlebih dahulu.………………“Abang! Abang tengok ni!” Alan mendapatkan Aaron yang baru pulang daripada latihan bola sepak. Aaron menghempas punggung atas sofa. Membiarkan Alan duduk di sisinya. Adiknya itu sibuk menunjuk sekotak coklat berbentuk diamond.“Coklat?” Aaron menggapai sebiji daripada coklat itu. Belum sempat masuk ke dalam mulut, coklatnya dirampas Alan.“Jangan makan! Ini istimewa untuk Alan!” Alan terjerit besar.“Coklat je kut?”“Cuba teka siapa bagi coklat ni?”“Manalah aku tahu siapa yang bagi. Kau tu dahlah ramai peminat.” Ratusan barang pos tiba di rumahnya sempena hadiah hari valentine untuk Alan. Sungguh adiknya itu digilai ramai wanita.“Alice abang! Alice yang bagi! Dia buat sendiri coklat ni!” Jawapan Alan menyebabkan jantung Aaron terasa seperti dicucuk sesuatu. Alice yang bagi?“Bertahun-tahun kami berkawan. Baru hari ini pertama kali dia bagi Alan coklat. Mungkin dia dah sedar yang Alan sayangkan dia. Walaupun hari ni bukan valentine day, is still okay. I’m so happy!” Kegembiraan jelas terpancar di wajah Alan. Berbeza dengan Aaron yang terus terkedu dan diam membisu. Perlahan dia menapak meninggalkan ruang tamu menuju ke biliknya.Tiba di bilik tidur, Aaron melempar beg pemberian Alice ke atas katil. Sangkanya Alice mempunyai perasaan yang istimewa terhadapnya. Dia tidak menyangka yang Alice ada menyimpan hati terhadap Alan. Jika tidak masakan gadis itu sanggup membuat coklat sendiri sebagai hadiah untuk Alan. Fikiran Aaron berserabut tiba-tiba. Dia ingin baring atas katil sebelum matanya dapat menangkap satu kotak kecil terkeluar daripada beg plastik Alice.“Apa ni?” Aaron menarik keluar kotak kecil yang tertindih dek sweaternya. Dan apabila Aaron membuka kotak itu, terdapat sekeping coklat berbentuk hati sebesar duit siling 50 sen. Comel saja bentuknya. Aaron menyelongkar beg itu dan ternyata ada sekeping kad kecil dalam poket jaket yang telah dibasuh Alice itu.‘Dear sir,Saya minta maaf…This heart special made for you.I know you hate sweet thing…so I’ll just give you a small oneSorry for everything- Alice’Ringkas sekali nota itu namun cukup untuk mengocak perasaan Aaron. Dia yang membaca tulisan Alice itu terduduk atas katil dengan perasaan bercampur baur. Gembira dan penuh tanda tanya! Dulu, dia pernah memberitahu Alice yang dia tidak sukakan coklat atau apa jenis makanan yang terlalu manis. Tidak menyangka gadis itu ingat akan semua bicaranya! Aaron kehilangan kata. Gundah dan lelah jiwanya mengalir pergi hanya kerana seketul coklat kecil!

 P/S : Rajin2 komen dan like di FACEBOOK masing2 ya. Thanks for reading





ASSALAMMUALAIKUM N SALAM SEJAHTERA
Ramai yang PM n mesej bertanya adakah novel2 di atas masih dijual di pasaran. Novel Bila Kuli Jadi Artis dan Kahwin 6 Bulan Aje?! KADANG2 ada di kedai2 buku. Selalu ada jual. Oleh sebab novel2 ni dah agak lama, MUDAH cari secara ONLINE.
 jika ada sesiapa yang berminat untuk membeli karya saya di bawah terbitan FAJAR PAKEER...boleh mesej di (FACEBOOK Penerbitan Fajar Pakeer) dan beli secara online. Mesej mereka dan mereka akan ajar cara pembelian online jika anda tidak tahu bagaimana nak beli.
dan untuk novel terbitan Penulisan2u , andaboleh beli online di web p2u.my. atau lagi mudah download di PLAYSTORE, APP KARYASENI dan beli melalui handphone
Kenapa saya masih belum ada novel baru??? Jawapannya, belum ada rezeki... Sama-sama doalah banyak karya saya terbit nanti. Hahaha.
Sekian terima kasih, thanks 4 support :)

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 24, 2015 22:26
No comments have been added yet.


Crystal Anabella's Blog

Crystal Anabella
Crystal Anabella isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Crystal Anabella's blog with rss.