MASA seperti helang yang pantas menyambar keriuhan itu. Perjalanan usia yang mungkin sudah melewati separuh stesen, semakin sunyi. Anak-anak seorang demi seorang telah memilih jalan hidup mereka. Segala gurau-senda, tangis dan gembira, rajuk dan marah semakin jauh dari telinga ini.
Kadangkala mahu sahaja dilepaskan tinju pada waktu. Mengapa waktu seperti terlalu zalim memunggah segala keriuhan yang selama ini menjadi milik kami. Namun, apabila waras kembali mengambil tempat, kemarahan itu segera direda dan diredhakan.
Demi masa hadapan mereka, kami relakan segalanya. Namun, ternyata kami yang sememangnya sedia kecil semakin mengecil.
Published on January 18, 2013 23:55