Apa itu 'Spin Off'

PhotobucketApa khabar semua? Kak Yayah harap semuanya sihat-sihat sejahtera. Haa! Nampak tak tajuk entri Kak Yayah kali ini? Di atas tu. Tengok tengok! :DKak Yayah sangat teruja apabila DY Kreatif Network meletakkan satu post di FB mereka,'DYKN mahu mencari talent yang berminat menulis produk remaja. Kami mahu mulakan dengan spin off untuk siri Dear Yayah.
Kepada yang berminat, mohon inbox request.

Terima kasih.'


Ada beberapa adik-adik comel yang bertanya, apa itu 'Spin Off'? Di dalam entri ini, Kak Yayah akan terangkan secara ringkas apa itu 'Spin Off'.
Secara ringkasnya, 'Spin Off' adalah perkembangan watak di dalam cerita utama. Maksudnya, ambil satu watak di dalam satu cerita, kemudian dikembangkan lagi watak mengikut jalan cerita dan plot tersendiri. Seperti yang Kak Yayah lakukan untuk watak di dalam Dear Yayah.
Contohnya, Kak Yayah mengeluarkan buku Dear Yayah dan di dalam cerita Dear Yayah, ada beberapa watak iaitu Suria, Hazman dan Khairi. 
Daripada watak-watak tersebut, Kak Yayah telah mengeluarkan satu lagi buku yang bertajuk 'Hai Suria'. 
Di sini, Hai Suria adalah spin off daripada Dear Yayah.
Err. Faham tak? Kak Yayah sudah cuba menerangkan seringkas yang mungkin.
Sekiranya adik-adik ada apa-apa soalan lagi, bolehlah inbox di FB Kak Yayah atau komen sahaja ya.
Salam sayang dari Kak Yayah ♥
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 02, 2013 00:51
No comments have been added yet.


Farihah Iskandar's Blog

Farihah Iskandar
Farihah Iskandar isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Farihah Iskandar's blog with rss.