Suami Selepas Deadline Raya

#SeriZa'baSuami Selepas Raya Za’ba tahan nafas dengan penuh semangat. Tak tahulah dah kali ke berapa dia buat macam itu. Maklumlah, dia kan tengah menanggung berat orang dari tadi. Nasiblah berat isteri sendiri. Kalau orang lain lama dah Za’ba aci campak saja orang yang duduk di atas pahanya, malah parkir seluruh badan ke atas badannya. Memanglah Seri ingat dia tilam bergerak!“You...”“Hmmm...” kata Za’ba sambil mengurut-urut belakang badan Seri.Seri melepas keluhan. Keluhan nikmat. Terus Za’ba tergelak. “Sedap sangat ke?” tanya Za’ba terus urut belakang Seri. Wanita kesayangannya itu angguk kepala.“Nikmat gila.”
“Macam mana?” tanya Opah Chik bila nampak Za’ba masuk ke ruang dapur rumah teres yang dibeli Za’ba sebelum berkahwin dengan cucunya lagi. Di kawasan perumahan belakang pejabat Za’ba dan Seri saja.“Lagi susah daripada nak hantar anak pergi sekolah. Jangan baby dalam perut tu dah besar nanti kenan perangai mama dia tu sudahlah.” Za’ba tarik kerusi di meja makan dan duduk. Dia tersenyum kepada Opah Cik yang tergelak.“Umar dah pergi sekolah?” tanya Za’ba selepas kunyah mi goreng basah buatan Seri. Dalam perangai manja terlebih dan mengada melampau, Seri tak pernah tinggalkan tanggungjawabnya. Semua layanan cukup. Terutama layanan menggedik dengannya.“Dah,” jawab Opah Chik lalu duduk di kerusi berdepan dengan Za’ba. “Tengah tak berapa betul hormon Seri tu. Sabarlah ya, Za’ba.”“Tengah sabarlah ni, opah. Semua benda pun kalau pasal Seri, Za’ba boleh sabar. Kecuali bila mulut comel dia tu kata Za’ba tak sayang dia. Tu boleh bikin geram.”“Dia nak sambung cutilah tu ya? Dah tak dapat dia kata Za’ba tak sayang.”“Tu ajelah modal dia, opah. Asal tak ikut apa dia nak, Za’ba tak sayang. Macam semalamlah. Boleh kejut Za’ba pukul 2.00 pagi lebih mintak aiskrim sundae strawberi. Bila tak layan mulalah, tak sayang dia.” Za’ba mengadu. Sajalah. Nak bermanja dengan nenek Seri yang dah anggap dia macam cucu sendiri. Kalau tak, tak mungkinlah Opah Chik akan maafkan kesalahannya yang 10 tahun lalu dan terima dia balik. Malah, senang hati pula kahwinkannya dengan cucu yang paling disayang wanita itu.Opah Chik ketawa lagi. “Dah tu, dapat tak dia aiskrim tu?”“Dapatlah, opah. Setengah jam dia kerjakan Za’ba sampai Za’ba terpaksa mengalah dan tunaikan apa dia nak. Gila cucu nenek tu. Datang semangat ngurat dia, habis merudum semua jenis semangat Za’ba. Asyik tergoda aje.”Opah Chik ketawa lagi. Kali ini lebih kuat. “Tu pasal ada orang tu hampir nak babas puasa kan.”Za’ba sengih. “Nasiblah opah datang selamatkan keadaan. Kalau tak, mesti kena ganti puasa dan bayar kifarah.”“Selamat tu pun sebab hampir nak projek dekat ruang tamu. Kalau dalam bilik memang tak selamat dah.” Opah Cik terus gelak. Masa hari kejadian adalah dia amukkan Seri. Elok suaminya berpuasa gatal pula cucunya tu goda. Memang Seri yang salah. Tapi, hari ini dah jadi bahan gelak pula. “Tulah pasal. Lepas ni kena pastikan dia tak mengandung masa puasa. Takut-takut nanti jadi lagi.”Makin kuat gelak Opah Chik. Bergabung pula dengan gelak Za’ba. Sampailah mereka dengar rengusan tanda tak puas hati Seri yang lihat mereka dengan perasaan geram. Terus Seri tinggalkan Za’ba dan Opah Chik, jalan sambil hentak kaki. Tunjuk protes.“Sayang, makan dulu.”“Tak nak. Kata nak pergi kerja sangat kan. I nak pergi kerja!” balas Seri marah.Za’ba mengeluh. Dia tengok mi basah di pinggan. Masih bersisa. Barulah nak niat tambah lagi. “Tak apa. Opah dah buat bekal. Nanti makan dengan Seri. Sampai ofis nanti sah dia akan cari Za’ba sebab lapar dan rindu.” Opah Chik ambil beg kertas berisi bekal dan beri kepada Za’ba.Za’ba cepat-cepat habiskan sisa mi di pinggannya kemudian capai beg kertas huluran Opah Chik bila kedengaran bunyi enjin kereta dihidupkan. “Pergi dulu, opah.”Opah Chik tengok saja Za’ba yang dah mencicit tinggalkan ruang dapur. Takut isteri tinggal punya pasal. Seri, Seri... Opah Chik geleng kepala. Nasiblah Za’ba sayang gila kepada cucunya itu. Sayang gila dan sabar gila dengan perangai dan kerenah Seri yang tidak-tidak selepas disahkankan mengandung. Sebabkan sayang gila itu jugalah Opah Chik terima balik Za’ba dalam hidup Seri. Za’ba perlukan Seri dan Seri pun perlukan Za’ba. Alhamdulillah, dia tak salah.
“Nak tu.” Seri tunjuk dan Za’ba suapkan ke mulut Seri.“Nak tu pulak.” Seri tunjuk lagi dan Za’ba suapkan lagi.“Nak t...”“No. Kunyah habis apa dalam mulut you sampai habis. Baru I bagi.” Bila Seri cemberutkan muka sebab tak puas hati dan cuba rampas makanan di pinggan, Za’ba alihkan pinggan ke sisi. Siap tutup atasnya dengan kedua-dua tangan supaya Seri tak dapat ambil.Seri sebek mulut dan matanya dipenuhi air hangat. Sambil tunak pandang suaminya yang sanggup bertindak kejam begini kepadanya. Dia nak makan pun tak nak bagi.“Sayang I tak?” tanya Za’ba lembut. Tangan kirinya dipanjangkan ke pipi Seri bila kesayangannya itu alirkan air mata. Disapu air hangat itu. Sebelah pipi saja. Tak tahulah Za’ba nak kata Seri ni betul nangis ke lakon nangis. Tapinya, dia memang pantang tengok Seri nangis.“I sayang. You yang tak sayang I lagi…” Seri masih sebek mulut. Lepas itu dia nganga mulut.Tersenyum Za’ba lihat manjanya Seri ketika ini. Bila dia yakin mulut Seri dah kosong barulah dia suakan rendang daging yang Seri nakkan tadi. Dia urut-urut belakang Seri, di bahagian atas pinggang wanita itu dengan tangan kiri sambil lihat saja Seri kunyah makanan di dalam mulut. Elok kosong, Seri nganga lagi sekali selepas tunjuk mangkuk laksa. Za’ba suapkan juga.“Ni bini you ke anak you, Za’ba?”Suara yang menyoal itu buat Za’ba dongak muka sikit. Terus nampak Siti yang sudah pun berdiri di depan dia dan Seri yang sengaja pilih ruang sedikit tersorok di sebuah meja bulat yang muat untuk tiga orang duduk. Nasiblah tak ada kerusi kosong di situ. Kalau tak pasti dengan tak malunya Siti akan duduk tanpa dijemput. Za’ba tersenyum tipis bila Seri yang duduk di sebelahnya rapatkan badan kepadanya. Siap peluk lengan kirinya rapat dengan kedua-dua tangan. Muka pula letak elok di bahagian atas lengannya sambil pandang Siti gaya cari gaduh. Za’ba kucup lembut tepi dahi Seri dengan rasa cinta. Kemudian Za’ba lihat pula Siti yang masih berdiri di depan mereka dengan sebelah tangan pegang minuman.“Bini I ke anak I, I yang layan,” tutur Za’ba selamba. Kemudian sambung suap Seri dengan lemang yang dicicahkan ke serunding. Muka cari gaduh pun Seri makan juga apa Za’ba suapkan. Lepas itu tunjuk muka cari gaduh balik sambil kunyah.  Siti ketawa. “Sejak bila you jadi manja macam ni, Seri? Bukan dulu hati kental ke? Asyik gaduh aje dengan Za’ba.”“Sejak jadi bini dia. Sekarang I tak gaduh dah dengan dia. Dengan you ya I nak gaduh,” jawab Seri sengit. Sempat lagi jelir lidah kepada Siti sebelum nganga mulut balik minta suap makanan lagi.“No, no. Rumah orang tua I, okey. Tak nak gaduh-gaduh,” bicara Tina sambil jalan ke arah manusia bertiga itu. Telunjuknya diluruskan ke kanan dan kiri tanda tak boleh.“Tak ada masalah I nak gaduh. Seri ni aje suka bergaduh. I tak, okey.” Siti juih mulut. Kemudian pandang Seri sekilas.“I memang suka gaduh dengan perempuan spesies you. Dah ada suami sibuk usyar suami orang lain. Jangan berani-berani dekat dengan suami I, okey. 10 meter jauh atau I cucuk dengan garpu ni.” Seri beri amaran sambil unjukkan garpu yang dia rampas dari tangan Za’ba.Siti mendecit. Buat muka entah apa-apalah kau kepada Seri kemudian berlalu pergi dari situ.Tina yang lihat saja sambil usap perut buncitnya, ketawa perlahan. “Kuat cemburu sungguh isteri you ni, Za’ba.”“Dari dulu lagi. Sekarang ni aje lain macam cemburunya. Tapi, tak apalah. Tanda sayang I kan.” Za’ba ambil balik garpu di tangan Seri secara lembut kemudian letak di pinggan kertas berisi kuih raya.“Tina pun mesti buat macam tu kalau perempuan macam Siti tu cuba nak kacau Azmee. Kan, Tina, kan?” Seri minta sokongan.Tina angguk sambil terus usap perut. Dia senyum bila Seri tunjuk senyum menang kepada Za’ba. Tapi, senyum itu hilang bila Za’ba dengan selamba suap biskut raya masuk mulut Seri. “Apa pun, thanks sebab datang ke majlis malam ni. Mak Tinalah nak sangat buat majlis doa selamat cum rumah terbuka ni,” ujar Tina kemudian lihat belakang. Dia nampak Azmee lambai kepadanya, minta ke situ. “Tak ada hal. Rumah kami tak ada rumah terbuka ya tahun ni. Selagi hormon bakal mak buyung sebelah I ni tak stabil, tak berani I nak buat apa-apa makan-makan kat rumah tu.”“Takut I makan semua makananlah tu. Takut I lagi-lagi gemuk, kan?” Seri juih bibir.“Tak ada maknanya nak takut tu. I takut you serang I kat mana-mana tempat dalam rumah tu masa majlis berlangsung.”“Serang?” Seri kekeliruan.Za’ba tolong hilangkannya dengan bisikkan sesuatu ke telinga Seri. Terus merah bukan main muka Seri. Sempat curi tengok Za’ba sebelum aci capai apa saja makanan di dalam pinggan di atas meja mereka lalu masukkan ke mulutnya. Bila penuh mulut baru dia kunyah perlahan-lahan.Za’ba ketawa. Tina yang ada di situ pun sama. Kemudian Tina terus tinggalkan mereka suami isteri. Sebab dia nampak Azmee dah nak ke arahnya bila dia tak datang-datang.Za’ba dekatkan muka ke muka Seri yang bulat mata sambil kunyah makanan yang banyak dalam mulut. Siapa suruh sua tak agak-agak masuk mulut kan. Malu sangatlah tu dengar apa dia bisikkan. Walhal betul kut. Seri kuat serangnya sekarang. Dia tak kisah pun, rela saja. Sebab sekarang bukan bulan puasa dan asal kena waktu dan tempatnya.“I sayang you, Seri Zulaikha. You gemuk ke, you kurus ke, you gedik ke, asal dengan I, you marah ke, you manja ke, asal dengan I lagi, you mintak entah apa-apa ke, you kejut I bangun pukul 3.00 pagi ajak sembang ke, you tak bagi I tidur semalaman sebab nak teman you ke… Apa pun you buat, you jadi, I sayang you, isteri I. Sebab I ada satu hati dan hati I ni you punya dari dulu, sekarang dan sampai akhir nyawa kita. Insya-Allah.” Za’ba kucup dahi Seri, lama. Seri kunyah makanan dalam mulut dengan muka yang mula mengalirkan air mata. Za’ba pula ketawa lihat kelaku isteri tersayangnya itu. Dia paut bahu Seri, lalu ditarik rapat kepadanya. “Dah, dah. Makan ya, sayang.” Za’ba sambung usap-usap bahu Seri lagi.“You…”“Hmmm…”“I sayang you jugak dan I mintak maaf sebab asyik macam-macam dengan you selama ni. I tau you sayang I, tapi I tak tau kenapa I…”“I tau. Sebab you percaya I sangat sayang you. Sebab tu you macam-macam dengan I. Kan?”Seri angguk kepala kemudian dongak muka, lihat Za’ba. Za’ba yang akan sayang dia selama-lamanya sebagaimana dikata. Za’ba takkan mungkir janji. Insya-Allah.“You…” ujar Seri manja.“Hmmm…” balas Za’ba juga manja, tunduk muka lihat Seri. Muka Seri masa ini, aduh, rasa nak usung bawa masuk bilik saja. Mujur mereka di rumah orang dan bukan rumah sendiri.“I nak rendang.”Terkelepek hati Za’ba dengar ucapan seterusnya Seri. Ingatkan akan dengar kata istimewa penuh cinta dan sarat sayang daripada Seri. Sekali… Nak rendang. Lagi sayang rendang daripada dia!“Tapi, malam ni I nak lain.” Seri peluk pinggang Za’ba.“Nak mintak makan apa pulak ni?”“Nak makan you. Serang you. Macam you bisikkan kat telinga I tadi…” Seri jauhkan badan dari badan Za’ba, jongket kening dengan nakal kepada Za’ba yang terkejut sampai kaku tak bagi respons. Seri tarik pinggan berisi rendang lalu makan sambil tersenyum-senyum sebab berjaya kenakan Za’ba yang menakal dengannya tadi.“Cepat makan. Kita balik terus lepas ni!” Za’ba mula suap makanan ke mulutnya dan mulut Seri. Laju dan cepat bukan main.Seri tolak tangan Za’ba yang cuba masukkan makanan ke mulutnya. Dia tergelak suka dengan sikap Za’ba yang nampak sangat tak sabar balik rumah demi diserang olehnya. Suami I, suami I… Yang I sayang dan cinta. Macamlah tak pernah kena serang sebelum ni kan.
OK HABIS!

Jangan lupa dapatkan Suami Selepas Deadline yang telah pun terbit! #SuamiIsteriTerbitan: Penerbitan Fajar PakeerHarga: RM21.00 / RM24.00
1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 17, 2016 06:32
No comments have been added yet.


Bikash Nur Idris's Blog

Bikash Nur Idris
Bikash Nur Idris isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Bikash Nur Idris's blog with rss.