Aku terlupa
Masa-masa sebelum kau ada
Cuma ingat
Indah pilih untuk tari sama kau
Sebelum itu, lantai sejuk sunyi khali
Aku terlupa
Masa-masa sebelum kau senyum
Cuma ingat
Bulan pilih untuk seri lebih pada kau
Sebelum itu, pungguk menung rundung
Aku terlupa
Masa-masa sebelum kau tahu
Cuma ingat
Doa itu aku utus dan utus tak ragu
Sebelum itu, aku tak yakin aku cukup
Aku terlupa
Masa-masa sebelum kau kata iya
Cuma ingat
Bait-bait itu aku tulis, untuk dakap hati kau
Sebelum itu, aku tahu aku mahu...
Published on November 01, 2017 05:31