Untuk Mu Cinta : Bab 1
Bab 13 Februari 2011, KhamisUOA, Bangsar
“ Kami bangkang projek empangan ni ! ”
“ Selamatkan hutan kita ! Selamatkan generasi akan datang dari kemusnahan alam !”
“ No trees no human ! ”
Suasana di perkarangan Bangunan UOA Bangsar kelihatan kacau bilau. Trafik di perkarangan bangunan juga jadi sesak dek kerana demonstrasi jalanan yang diadakan di hadapan bangunan yang menempatkan syarikat pembekal tenaga, GCI Energy Sdn Bhd. Beberapa individu memakau baju hijau dengan lambang bumi separuh ranap dan separuh masih hijau memegang bunting dengan kata-kata menentang projek pembinaan empangan hidro elektrik berkuasa besar di Sarawak. Ada yang menjerit tanda menentang dan ada yang hanya memegang kain rentang. Seorang perempuan memegang pembesar suara mengetuai demonstrasi.
“ Save the forest ! ”“ Save the forest ! ”“ Save the forest ! ”
Individu lain turut sama mengikut. Kereta yang melalui kawasan tersebut ada yang membunyikan hon ada yang hanya memperlahankan kereta dan memerhati. Rata-rata tidak tahu pucuk pangkal cerita. Terhendap-hendap dari cermin kereta, cuba membaca apa yang ditulis di kain rentang. Sebuah kereta proton saga lama memperlahankan kereta dan si pemandu menegur seorang aktivis.
“ Kenapa ni dik ? Ada apa ? ”
Seorang aktivis muda, usia awal 20-an mendekati kereta. Sehelai kertas disuakan kepada si pemandu.
“ Bantahan terhadap pembinaan empangan di Sarawak, bang .”
Si pemandu memegang kertas yang dihulurkan. Wajahnya berkerut. Dia mula beredar. Kertas disuakan kepada isterinya yang berada di sebelah.
“Cuba awak baca, apakebenda yang depa dok riuh sangat ni sampai jalan jem macam ni.. ”
Si isteri di sebelah capai kertas yang dihulur. Cermin mata di ambil pakai.
“ Bantahan terhadap pembinaan empangan di Sarawak… yang akan memusnahkan ekologi hutan dara… seramai ribuan penduduk terpaksa dipindahkan…dan risiko banjir di kawasan sekitar…”
Peta kawasan yang bakal dijadikan empangan diteliti oleh si isteri. Lama dia tenung, kemudian kertas di letakkan di dashboard kereta. Nak fikir lebih-lebih pun bukan dia faham.
“ Oh… pasal tebang hutan semua la ni… kalau yang nuclear dulu tu saya faham la. Takut jadi macam Hiroshima… Ni kalau setakat tebang hutan… ok je… Kalau tak tebang mana nak membangun…”
“ Itu ler… saya pun tak faham. Biasa la kalau banjir kan bang? Di pantai timur tu pun asyik banjir je.. tak jadi isu pun… ”
“ Iyalah… Biar la depa. Kita buat hal kita. Habis jalan-jalan KL jumpa cucu, kita balik Kedah. Dok KL lama-lama hutan batu macam ni rimas saya. ”
Kereta saga mula menjauh dari kawasan demonstrasi. Jalan yang sama masih sesak. Demonstrasi yang bermula dari awal pagi membuatkan trafik agak menggila di kawasan tersebut. Ada yang mula bertanya kenapa seperti pemandu tadi, ada juga yang berang dan mula memaki hamun mereka sedangkan mereka hanya berada di hadapan bangunan, terkena sedikit di tepian jalan. Tidaklah mereka sengaja memblok jalan raya.
Orkid memandang sikap pengguna jalan raya. Dia mula ke sana, memanggil beberapa peserta yang berada di tepian jalan agar berkumpul di satu tempat sahaja dan tidak berada di atas jalan. Mereka memohon dengan kerajaan untuk mengadakan demonstrasi secara aman. Dia sendiri tidak mahu apa-apa berlaku kepada peserta dan dia juga tidak mahu demonstrasi aman bertukar tidak terkawal. Pihak pengawal keselamatan sedari tadi memerhatikan mereka.
“Please stay close to the building guys and don’t block the road. We do this peacefully.”
Orkid senyum pada peserta sambil mengingatkan mereka akan tujuan asal mereka di situ. Matanya meliar memerhati sekeliling. Tiada bayang pihak syarikat yang datang untuk bersemuka dengan mereka. Keringat mula merenek di wajahnya. Orkid pandang langit, mentari bersinar terang. Bahang mentari mula menyengat. Eve, kawannya masih bersemangat melaungkan slogan demonstrasi. Dia pula lebih senang berada di belakang tabir.
“ Awak okay Orkid ? ”
Soalan Adam disambutnya dengan senyuman tenang. Adam seorang arkitek yang juga penggiat Persatuan Alam Sekitar Malaysia. Adam juga pengerusi untuk pertubuhan Senibina Lestari bagi arkitek dan jurutera di Malaysia. Seorang yang sangat lantang bersuara, sama seperti kawannya Eve. Eve atau Dr. Eve orang Sarawak dari etnik bidayuh. Punyai kelulusan PhD dalam bidang tenaga lestari. Sama seperti Adam, mereka punyai fikiran baru untuk Malaysia yang lebih mampan. Mereka sama-sama belajar di UK. Sama-sama pernah menjadi aktivis kemanusiaan dan aktivis alam sekitar sewaktu belajar di sana.
“ Drink ? ”
Adam suakan air mineral kepada Orkid. Kesian dia tengok Orkid. Peluh memercik, tubuhnya kecil sahaja.
“ Thank you. You tak gilir-gilir dengan Eve ? ”
Orkid capai botol air. Minuman diteguknya rakus. Memang cuaca panas.
“She can do it. She’s a bidayuh warrior. ”
Orkid perhatikan anak mata Adam yang sedang ralit memerhatikan kawannya Eve. Dia boleh rasai yang Adam sukakan Eve. Sinar mata Adam nampak betapa dia bangga dengan gadis itu. Ah, kalau dia pun… Orkid telan liur. Hatinya bagaikan terguris sedikit. Bagaikan ada perasaan ngilu yang singgah. Perasaan itu dia simpan kemas. Bukan kerana cemburu pada Eve, tapi dek kerana hatinya dulu suka pada Adam. Ah, dulu ? Rasanya sampai sekarang dia masih menaruh harapan. Tapi, dia sendiri bangga dengan Eve dan dia juga tahu dia tak mungkin bersaing dengan gadis itu. Eve tinggi lampai. Cantik dan bijak. Malah sangat independent dan lantang bersuara. Eve tidak perlukan lelaki, tetapi lelaki yang perlukan Eve. Orkid telan liur lagi. Dia tak mungkin berubah menjadi seperti Eve. Dia selesa dengan dirinya sekarang. Dia tidak mungkin berubah untuk menagih cinta seorang lelaki yang masih belum tentu punyai perasaan sama dengannya.
“ Okay, lets continue this battle. ”
Orkid angkat tangan. Cuba menepis suara hatinya sendiri. Suaranya mengikut alunan ayat dari Eve.
“ We are against the dam project ! Save the forest !”
Dia bergerak ke depan. Meninggalkan Adam berdiri di situ.
Note: Alhamdulillah finally siap manuskrip ke - 4. Yes, I finished it first before posting untuk mengelakkan manuskrip tak siap - siap macam Dia Si Gadis Unicorn. I know I did not update the blog for 4 years. Its been ages. I am always a bit nervous updatting a new story as I am worried of expectations, but hope you enjoy reading it. Inshaa Allah this one will be a self publication. Will talk more later.
your LIKE is my motivation, thank you ;) and press LIKE of you want MORE too :)

Published on January 09, 2020 10:44
No comments have been added yet.
Evelyn Rose's Blog
- Evelyn Rose's profile
- 311 followers
Evelyn Rose isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.