HANG TUAH & PENDEDAHAN
Apabila polemik Hang Tuah "dipanaskan" oleh Prof Khoo Kay Kim seminggu dua ini, saya lekas teringatkan sebuah cerpen saya yang pernah mengusik "legenda" tersebut beberapa tahun lalu. Judulnya Pendedahan. Ia tersiar dalam Mingguan Malaysia 3 Oktober 2004.
Ketara, "watak"Hang Tuah memang cukup kuat menguasai kita, masyarakat Melayu khususnya. Justeru,berpuluh-puluh karya interteks daripada Hikayat Hang Tuah dihasilkan,waima dalam genre prosa dan puisi mahupun genre filem dan drama/teater. Seingatsaya, watak Hang Tuah sudah beberapa kali diangkat ke dalam filem tempatan.Antaranya, Hang Tuah (1956) arahan Phandi Majundar, Hang Jebat (1961)arahan Hussein Haniff, Puteri Gunung Ledang (1961) arahan S. Romai Noor,dan Puteri Gunung Ledang (2004) arahan Saw Teong Hin.
Malah,watak ini juga "dibawa" secara fiksyen ke zaman moden dalam filem Tuah(1988) yang dibintangi Jamal Abdillah, dan filem XX-Ray II (1995) arahansutradara terkenal, Aziz M. Osman. Selain itu, "perdebatan" yang menyuguhkanpertikaian "siapa benar siapa salah" melibatkan watak Tuah dan Jebat turutditemukan dalam drama atau teater seperti yang pernah diangkat oleh Usman Awang,Rahim Razali dan beberapa karyawan lain. Pendedahan jugaadalah sebahagian daripada karya-karya yang melakukan interteks terhadap Hikayat HangTuah. Sayatergerak untuk segera menyiapkan cerpen ini sejurus membaca tulisan Ku Seman KuHussain dalam sudut sastera Mingguan Malaysia bertarikh 29 Ogos 2004.Rencananya yang berjudul Hang Tuah Dianggap Sebahagian Sejarah Melaka –Hebatnya Sebuah Hikayat banyakmencetus persoalan dalam kepala saya yang selama ini sememangnya lebih meyakinibahawa Hang Tuah hanyalah mitos semata-mata.
Antara lain Ku Semanmenyatakan:
"Kalaumelihat kepada periodiknya, Hang Tuah hidup pada abad ke-14. Sementara padaawal abad ke-15 iaitu 1511 empayar Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun1511. Meletakkan Hang Tuah abad ke-14 sebagai merujuk kepada kedatanganLaksamana China,Zheng He (Cheng Ho) ke Melaka. Sementara Zheng He pula dikatakan membawa puteriMaharaja China, Hang Li Po. Bagaimanapun Hang Li Po tidak ada dalam sejarah China atauMelaka.
Kepadakita Hang Tuah adalah laksamana yang maha hebat, menewaskan Patih Karma Wijayadari Majapahit, menjadi pengutus ke negara China dan orang pertama melihatwajah Maharaja China selain orang yang bertanggungjawab melarikan Tun Teja dariTerengganu untuk diberikan kepada Sultan Melaka. Semua kehebatan ini diterimasebagai sejarah oleh sebahagian besar daripada kita.
Tetapidalam buku 1421: TheYear China Discovered America tulisan Gavin Menzies yang menjejak kembalilaluan Laksamana Zheng He, nama Hang Tuah sebagai laksamana Melaka tidaktercatat. Buku setebal 551 halaman itu ada menyebut tentang Sultan Melakasemasa Cheng Ho singgah di Melaka. Masakan orang kanan sultan seperti Hang Tuahtidak wujud di sisi Sultan Melaka? Ini satu bukti bahawa watak Hang Tuah(seorang Melayu dan laksamana) adalah mitos dan hanya ditulis pada 1621 dalamHikayat Hang Tuah."
Di samping itu, pertikaian sama ada Hikayat Hang Tuah adalah sebuah karya sejarah(faktual) atau fiksi (sastera) sudah pun diperjelaskan oleh Kassim Ahmad selakupenyelenggaranya. Menurut Kassim Ahmad: "Hikayat Hang Tuah bukankarangan sejarah. Ia sebuah karya sastera Melayu lama, sebuah karya yang asli."(Hikayat Hang Tuah, DBP, 1975: xiv).
Justeru, saya beranggapan bahawa watak Hang Tuah adalahmitos rekaan seorang sasterawan agung misteri yang menulisnya pada kurun ke-17.Bahkan pangkal nama "Hang" juga meninggalkan keraguan kepada kita tentangbangsa sebenar Hang Tuah. Barangkali ia berbangsa Melayu, Cina, Keling, Jawa,Bugis, Acheh, Siam, Benggali, dan pelbagai lagi kaum yang tinggal di Melakawaktu itu. Uniknya watak ini adalah keupayaannya bertenggek di atas sejarahMelaka membuatkan ia lebih kelihatan sebagai sejarah berbanding hikayat.
Segala proses kreatif yang saya alami dalam menghasilkan Pendedahan ada diterbitkan dalam buku Bagaimana Saya Menulis: Proses Penciptaan Cerpen yang diselenggarakan oleh Mawar Shafei dan Nisah Haji Haron. Sebahagian tulisan di atas dipetik dari esei saya dalam buku tersebut.
Ketara, "watak"Hang Tuah memang cukup kuat menguasai kita, masyarakat Melayu khususnya. Justeru,berpuluh-puluh karya interteks daripada Hikayat Hang Tuah dihasilkan,waima dalam genre prosa dan puisi mahupun genre filem dan drama/teater. Seingatsaya, watak Hang Tuah sudah beberapa kali diangkat ke dalam filem tempatan.Antaranya, Hang Tuah (1956) arahan Phandi Majundar, Hang Jebat (1961)arahan Hussein Haniff, Puteri Gunung Ledang (1961) arahan S. Romai Noor,dan Puteri Gunung Ledang (2004) arahan Saw Teong Hin.
Malah,watak ini juga "dibawa" secara fiksyen ke zaman moden dalam filem Tuah(1988) yang dibintangi Jamal Abdillah, dan filem XX-Ray II (1995) arahansutradara terkenal, Aziz M. Osman. Selain itu, "perdebatan" yang menyuguhkanpertikaian "siapa benar siapa salah" melibatkan watak Tuah dan Jebat turutditemukan dalam drama atau teater seperti yang pernah diangkat oleh Usman Awang,Rahim Razali dan beberapa karyawan lain. Pendedahan jugaadalah sebahagian daripada karya-karya yang melakukan interteks terhadap Hikayat HangTuah. Sayatergerak untuk segera menyiapkan cerpen ini sejurus membaca tulisan Ku Seman KuHussain dalam sudut sastera Mingguan Malaysia bertarikh 29 Ogos 2004.Rencananya yang berjudul Hang Tuah Dianggap Sebahagian Sejarah Melaka –Hebatnya Sebuah Hikayat banyakmencetus persoalan dalam kepala saya yang selama ini sememangnya lebih meyakinibahawa Hang Tuah hanyalah mitos semata-mata.
Antara lain Ku Semanmenyatakan:
"Kalaumelihat kepada periodiknya, Hang Tuah hidup pada abad ke-14. Sementara padaawal abad ke-15 iaitu 1511 empayar Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun1511. Meletakkan Hang Tuah abad ke-14 sebagai merujuk kepada kedatanganLaksamana China,Zheng He (Cheng Ho) ke Melaka. Sementara Zheng He pula dikatakan membawa puteriMaharaja China, Hang Li Po. Bagaimanapun Hang Li Po tidak ada dalam sejarah China atauMelaka.Kepadakita Hang Tuah adalah laksamana yang maha hebat, menewaskan Patih Karma Wijayadari Majapahit, menjadi pengutus ke negara China dan orang pertama melihatwajah Maharaja China selain orang yang bertanggungjawab melarikan Tun Teja dariTerengganu untuk diberikan kepada Sultan Melaka. Semua kehebatan ini diterimasebagai sejarah oleh sebahagian besar daripada kita.
Tetapidalam buku 1421: TheYear China Discovered America tulisan Gavin Menzies yang menjejak kembalilaluan Laksamana Zheng He, nama Hang Tuah sebagai laksamana Melaka tidaktercatat. Buku setebal 551 halaman itu ada menyebut tentang Sultan Melakasemasa Cheng Ho singgah di Melaka. Masakan orang kanan sultan seperti Hang Tuahtidak wujud di sisi Sultan Melaka? Ini satu bukti bahawa watak Hang Tuah(seorang Melayu dan laksamana) adalah mitos dan hanya ditulis pada 1621 dalamHikayat Hang Tuah."
Di samping itu, pertikaian sama ada Hikayat Hang Tuah adalah sebuah karya sejarah(faktual) atau fiksi (sastera) sudah pun diperjelaskan oleh Kassim Ahmad selakupenyelenggaranya. Menurut Kassim Ahmad: "Hikayat Hang Tuah bukankarangan sejarah. Ia sebuah karya sastera Melayu lama, sebuah karya yang asli."(Hikayat Hang Tuah, DBP, 1975: xiv).Justeru, saya beranggapan bahawa watak Hang Tuah adalahmitos rekaan seorang sasterawan agung misteri yang menulisnya pada kurun ke-17.Bahkan pangkal nama "Hang" juga meninggalkan keraguan kepada kita tentangbangsa sebenar Hang Tuah. Barangkali ia berbangsa Melayu, Cina, Keling, Jawa,Bugis, Acheh, Siam, Benggali, dan pelbagai lagi kaum yang tinggal di Melakawaktu itu. Uniknya watak ini adalah keupayaannya bertenggek di atas sejarahMelaka membuatkan ia lebih kelihatan sebagai sejarah berbanding hikayat.
Segala proses kreatif yang saya alami dalam menghasilkan Pendedahan ada diterbitkan dalam buku Bagaimana Saya Menulis: Proses Penciptaan Cerpen yang diselenggarakan oleh Mawar Shafei dan Nisah Haji Haron. Sebahagian tulisan di atas dipetik dari esei saya dalam buku tersebut.
Published on January 30, 2012 20:11
No comments have been added yet.
Zaid Akhtar's Blog
- Zaid Akhtar's profile
- 49 followers
Zaid Akhtar isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.

