Judul:                           CINTA11 SYARTPenerbit:  ...

Judul:                           CINTA11 SYART

Penerbit:                      IntensIdea International Sdn Bhd

Harga:                          RM28.00SM RM31.00 SS

-penulis/pengarang       MUNA MAHIRA

-format buku               kulitlembut 11.5 X 18.5 CM

-jumlah muka surat      800

Isbn:                            978-967-5289-24-8




SINOPSIS – Cinta 11 Syarat


RASYA – Pelajartahun akhir yang bijak. Dia tidak pernah berkasih lagikan bercinta. Itu syaratayahnya selagi dirinya bergelar pelajar. Tapi kenapa dirinya yang karam dibadaicinta pasangan lain? Tidaksemena-mena kesuciannya diragut orang yang cukup dipercayainya. Kelam terus masadepan dek insiden hitam itu. Bertambah berat beban yang terpaksa dipikul kaladiri dikhabarkan berbadan dua. Mana mahu diletakkan muka kala ceritanya sebagaiperempuan sundal dicanang sekampung? Orang lain yangkecewa bercinta, dia pula yang terpaksa merana! Hidupnya yang tenang dan indahselama ini berputar 360 darjah...


HAZIQ aka KOMENG– Seboleh mungkin dia mengelak daripada perempuan-perempuan bebas di kotalantaran kerjanya yang sentiasa dihimpit perempuan sebegitu. Dahulunya sentiasaberbuat dajal  namun tiba-tiba diamelamar Rasya biar nama itu sudah busuk sekampung.  Lalu motifnya dipersoalkan. Manakan tidak,dia satu-satunya orang yang hampir membunuh Rasya. Bukan sekali tetapi duakali!


BERSATULAH Rasyadan Haziq dengan meriah untuk mengelak salah faham orang kampung. Biarpun tidakdipersetujui oleh umi Haziq, dia tetap meneruskan rancangannya. Rasya pula akursetelah segala syarat untuk menidakkan lamaran Komeng dengan mudahdilaksanakan. Bencinyaberkahwin dengan lelaki yang hampir menyebabkan dia mati! Antara takut, sakithati dan budi Haziq, membuatkannya berada di persimpangan. Mahu marahsungguh-sungguh tetapi kata-katanya terikat pula. Namun, mahu melanjutkan satusemester yang tinggal, dia perlu akur 10 syarat Haziq yang nampak remeh tetapimenyesak dadanya. Bermulalah hidupnya kucar-kacir kerana syarat-syarat Haziq...Tetapi, tidak kepadaHaziq kerana syarat-syarat itu menambah ceriakan rumahtangganya dengan keletah Rasya yang sekejap manja, sekejap keras hati...


“Kalau Sya nak minta kebenaran pelukabang tiap-tiap malam... abang setuju sangat. Abang lagi suka.” Sengaja diamenyakat isterinya.

 Rasya merengus geram. Lelaki ini memang suka menguji kesabarannya.“Hesy! Bukan fasal tulah. Tolong sikit. Erm... Sya...”

 “Abang perasan yang isteri abang manja sangat semalam,” usik Haziq lagi.

 “Abang... boleh tak jangan sebut fasal semalam lagi?”

“Tapi Sya nak cakap fasal semalam jugak,kan?” duga Haziq bersahaja. 

“Ini hal lainlah. Fasal semalam tu...”

“Kenapa?” potong Haziq.

 “Errr... semalam tu... jangan fikir sebab semalam kononnya kita dahokey. Sya tetap tak suka abang,” luah Rasya berani.

“Abang tahu.”Dia sudah dapat mengagak itu. Dan dia tidak mengharapkan apa-apa. 
Butthanks for last night,” ucap Rasya ikhlas sebelum berlari anak masuk kedalam rumah.


PENERIMAAN Rasya terhadap Haziqaka Komeng menyebabkan Syahrie tidak keruan kerana dia yakin Komeng berniatjahat. Dia tambah tidak ketahuan rasa apabila naluri kebapaannya menularlaju  di ruang hati setelah mengetahuiRasya hamilkan anaknya atas kesilapan yang tidak disengajakan. Dia tekad mahukejar Rasya...

“PatutnyaRie yang sentuh perut Sya, mak. Kesalahan Rie terlalu besar. Rie takut samsengtu berpura-pura, mak. Rie takut dia buang anak tu nanti dan dideranya Sya.Rienampak tadi mata dia mak. Dia pandang sinis pada Rie. Dia...dia macam sengajanak tunjuk dia hebat. Nak bagitahu Rie yang anak tu anak dia. Tu, anak Rie,mak.” – Syahrie



 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 17, 2013 19:08
No comments have been added yet.


Fauziah Ashari's Blog

Fauziah Ashari
Fauziah Ashari isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Fauziah Ashari's blog with rss.