DEFINISI SEJARAH

 

Perkataansejarah (history) yang kita gunakan kini berasal daripada perkataan Arabiaitu ‘syajaratun’ yang bermaksud pohon. Dari sudut lain pula, istilah ‘history’merupakan terjemahan dari perkataan Yunani yakni ‘histories’ yang membawa maknasatu penyelidikan ataupun pengkajian. Muhd.Yusof Ibrahim dalam makalah beliau yang berjudul ‘Pengertian SejarahBeberapaPerbahasan Mengenai Teori dan Kaedah’,  berkata bahawa Herodotus mengatakan sejarahialah satu kajian untuk  menceritakan tentang satu kitaran jatuhbangunnya seseorang tokoh, masyarakat dan peradaban.

Menurut R. Suntralingam dalam tulisan beliau yangberjudul ‘Pengenalan Kepada Sejarah’, definisi yangdiberikan oleh Aristotle ialah sejarah merupakan satu sistem yang mengirakejadian semulajadi dan tersusun dalam bentuk kronologi. Pada masa yang sama,menurut beliau juga sejarah adalah peristiwa-peristiwa masa lalu yang mempunyaicatatan, rekod-rekod atau bukti-bukti yang kukuh.

MenurutR. G. Collingwood dalam ‘Idea Sejarah’, sejarahialah sejenis bentuk penyelidikan atau suatu penyiasatan tentangperkara-perkara yang telah dilakukan oleh manusia pada masa lampau. ManakalaShefer pula berpendapat bahawa sejarah adalah peristiwa yang telah lepas danbenar-benar berlaku. Sementara itu, Drs. Sidi Gazalba cuba menggambarkansejarah sebagai masa lampau manusia dan persekitarannya  yang disusunsecara ilmiah dan lengkap meliputi urutan fakta masa tersebutdengan  tafsiran dan penjelasan yang memberi pengertian dan kefahamantentang apa yang berlaku. Sebagai usaha susulan dalam memahami sejarah, KamusDewan Bahasa dan Pustaka telah memaknakan sejarah sebagai asal-usul, keturunan,salasilah, peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau, kisah,riwayat, tambo, tawarikh dan kajian atau pengetahuan mengenai peristiwa yangtelah berlaku.

Sejarahdalam erti kata lain digunakan untuk mengetahui masa lampau berdasarkanfakta-fakta dan bukti-bukti yang sahih bagi membolehkan manusia memperkayakanpengetahuan supaya waktu sekarang dan akan datang menjadi lebih cerah. Denganitu akan timbul sikap waspada (awareness) dalam diri semua kelompok masyarakatkerana melalui pembelajaran sejarah, ia dapat membentuk sikap tersebut terhadappermasalahan yang dihadapi agar peristiwa-peristiwa yang berlaku pada masalampau dapat dijadikan pengajaran yang berguna. Menurut Collingwood R.G. dalam ‘The Idea Of History’, pengertian sejarah boleh dilihat dari tigadimensi iaitu epistomologi (kata akar), metodologi (kaedah sesuatu sejarah itudipaparkan) dan filsafat atau pemikiran peristiwa lalu  yangdianalisa secara teliti untuk menentukan sama ada ia benar atau tidak.

Apakahitu Sejarah Berulang?

SejarahBerulang (Repeating History) boleh diertikan sebagai  satu keadaan dimana peristiwa-peristiwa sejarah yang pernah berlaku pada suatu masa dahuluboleh berlaku pula pada masa-masa yang berlainan, iaitu pada masa sezamanmahupun pada masa yang akan datang. Ini kerana sejarah itu dianggap sebagaisuatu gejala  yang berulang-ulang yakni sesuatu peristiwa itu berlakuberulang kali di dalam satu proses kitaran yang saling berkaitan serta silihberganti. Proseskitaran yang dimaksudkan itu mempunyai kaitan yang rapat dengan kemunculansesebuah negara yang mempunyai suatu titik kelahiran. Kemudian meningkat majusehingga mencapai kejayaan dan seterusnya apabila tiba suatu tempoh masa iaakan mengalami kemerosotan atau keruntuhan. Maka dengan itu, dipercayai kitaranini akan  sentiasa berulang-ulang dari satu tempoh masa ke satutempoh masa yang lain mengikut perkembangan politik sesebuah negara. Namun demikian,persoalan yang dibangkitkan sekarang adalah, benarkah sejarah itu memangberulang secara keseluruhannya? Bagi menyelesaikan persoalan ini, perlulah kitameneliti beberapa contoh yang berkaitan dengan Sejarah Berulang.

Salahsatu contoh yang kukuh adalah kebangkitan dan seterusnya keruntuhan kerajaanMarxist Rusia. Sebelum tahun 1870, Rusia memang berada dalam era keruntuhan.Keruntuhan itu berpunca dari ketidakseimbangan dalam politik Rusia danjuga  ketandusan pemimpin yang cekap.  Namun demikian Rusiaadalah sebuah negara yang terbesar di dunia (dengan keluasan lebih kurang22402000 km/persegi = 8649000 batu/persegi). Walau bagaimanapun Rusia mulamuncul sebagai sebuah kerajaan Marxist yang berwibawa selepas revolusi tahun1917. Dengan usaha pemimpin-pemimpin mereka seperti Lenin (1870-1924) danStalin (1879-1953), Rusia telah berupaya menjadi kuasa besar selepas PerangDunia Kedua (1945).

Tarafseperti ini dapat dikekalnya sehingga bahagian pertama dekad 1980-an. Mulaipertengahan dekad tersebut, Rusia nampaknya tidak dapat bertahan lagi. Ia mulamenghadapi krisis ekonomi yang sangat meruncing. Pemimpinnya pada ketika itu,iaitu Mikhail Gorbachov memperkenalkan satu dasar yang dikenali sebagaiGlasnost,  yang bertujuan memperbaiki keadaan ekonomi melaluibeberapa pembaharuan dasar ekonomi. Namun gerakan itu tidak menghasilkankejayaan. Sementara itu, gerakan politik dan ekonomi yang bertujuanmenghancurkan struktur dan ideologi Marxist di negara itu, yang pada mulanyatidaklah menonjol, telah menapakkan kecergasannya menjelang hujung dekadtersebut.

Akhirnya,pada tahun 1990, bubarlah atau hancurlah secara rasmi Kesatuan Republik SovietRusia. Selepas itu yang tinggal ialah Rusia dan gabungan beberapa republikmerdeka yang dahulunya merupakan sebahagian daripada kesatuan tersebut. KiniRusia sedang berusaha untuk hidup dan mengamalkan  sistem demokrasiBarat serta unsur-unsurnya yang berkaitan. Dalam pada itu,kejayaan  pihak demokrasi itu belumlah betul-betul kukuh keranamenjelang pertengahan dekat 1990-an ini pihak komunis telah menampakkan pulakebangkitan semula mereka.

Melihatkepada contoh tersebut, jelaslah kepada kita bahawa proses kitaran yangsilih  berganti memang wujud dalam negara Rusia di mana terdapatnyatitik kelahiran, perkembangan dan keruntuhan di dalam pimpinan negara tersebut.Walhalnya adakah sejarah itu berulang? Memang tidak, ini kerana daripada contohtersebut, kita dapati sejarah hanya berulang dari segi falsafah ataupunfenomena sahaja, tetapi tidak berulang secara khusus  pada zaman,waktu, tempat, pemimpin atau orang yang sama. Malah  pernyataan inijuga disokong oleh sejarawan Leopold Von Ranke yang mengakui bahawa setiapperistiwa sejarah itu adalah unik dalam erti kata lain sejarah hanya berlakusekali sahaja pada suatu  waktu yang tertentu dan denganhal  yang demikian tidaklah ada satu peristiwa sejarah pun mempunyaipersamaan yang tepat dengan satu peristiwa sejarah yang lain walaupun nampakseakan-akan sama.

Satulagi contoh yang boleh membuktikan bahawa sejarah itu tidak berulang dapatdikaji di dalam Malaysia iaitu Sejarah Perkembangan Pasukan Bolasepak Malaysiadi dalam Kejohanan Pesta Bola Merdeka yang berlangsung di Stadium Merdeka.(Analisa dilakukan dari tahun 1986 hingga 1994). Menjelang tahun 1986, prestasi pasukanbolasepak Malaysia mula menampakkan peningkatan seolah-olah pasukan negaraberada di ambang kejayaan. Kenyataan ini diperkukuhkan lagi  apabilapasukan negara di bawah pengurusan Dato’ Harun Idris telah berjaya menjadijuara Pesta Bola Merdeka yang diadakan di Stadium Merdeka dari 18 hingga 25Oktober, 1986 dengan menewaskan pasukan Czechoslovakia (3-0).Kejayaan  tersebut membolehkan pasukan negara mendapat ‘lampu hijau’untuk mengambil bahagian dalam Sukan Asia di Seoul tidak lamakemudian. Pada masa yang sama, kejayaan tersebut benar-benar membanggakanseluruh rakyat rakyat Malaysia dan menjadi sejarah bagi negara.

Walaubagaimanapun, selepas tahun 1986, pencapaian pasukan negara mula menampakkankemerosotan, terutamanya di dalam kejohanan Pesta Bola  Merdeka,sehinggakan pasukan negara terkeluar di pusingan awal lagi di dalamkejohanan-kejohanan seterusnya dan pada tahun 1988, pasukanMalaysia  telah kecundang di tangan Korea Selatan (0-1) didalam  perlawanan pembukaan. Senario ini telah menyebabkan pasukanMalaysia dikritik dan dicemuh habis-habisan oleh pihak media mahupun rakyat Malaysiasendiri. Boleh dikatakan selepas tahun 1989 bolasepak Malaysia mengalami detikhitam dan seolah-olah mula mengalami keruntuhan.

Melibatkankeadaan ini, pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah berjaya merombakkembali pimpinan persatuan tersebut. Pimpinan baru tersebut telah berjayamengatur program-program bolasepak yang baru, kem-kem bolasepak yang lebih baikserta kempen-kempen bolasepak  yang berkualiti bagimencungkil  bakat-bakat  baru dalam arena bolasepak negara.Selain itu FAM juga berjaya membawa masuk pakar-pakar bolasepak Barat termasukjurulatih, psikologi, teknikal dan sebagainya bagi meningkatkan kembali imej bolasepaknegara. Oleh itu, menjelang tahun 1992, bolasepak negara berada di ambangkelahiran. Justeru itu, dalam mengembalikan imej serta maruahbolasepak,  pada tahun 1993, pasukan Malaysia sekali lagi menyertaikejohanan Pesta Bola Merdeka yang berlangsung di Stadium Merdeka dari 7 hingga14 Jun 1993, di bawah pengurusan Tan Sri Elyas Omar. Hasilnya, pasukan negarayang dibarisi pemain-pemain baru itu telah berjaya menjulang kembali kejuaraanPesta Bola Merdeka dengan menewaskan pasukan Korea Selatan  dalamperlawanan akhir dengan jaringan 3 berbalas 1. Kejayaan ini telah membuktibahawa bolasepak negara mula berada di ambang kejayaan selepas kebangkitanmereka sejak dari tahun 1992. Walau bagaimanapun, selepas tahun 1994, bolasepaknegara mengalami keruntuhan semula.

Kejayaan  bolasepaknegara pada tahun 1986 dan 1993 merupakan satu  sejarah yang tidakboleh dilupakan oleh rakyat Malaysia sehingga hari ini. Di sini kita dapatisejarah itu seolah-olah berulang kembali, iaitu  kejayaan Malaysiapada tahun 1986 telah diulang kembali pada tahun 1993. Adakah dengan itukita  boleh mengatakan sejarah berulang sepenuhnya. Jawapannya, memangterbukti tidak, sejarah tidak berulang sepenuhnya walaupun kejayaan 1986diulang kembali pada tahun 1993. Kalau dilihat secara tajam, waktu penganjuranpertandingan, pengurusan serta pemain pasukan dan jumlah jaringan pertandinganakhir yang membawa kejayaan kepada pasukan negara pada tahun 1993 memangberbeza dengan waktu penganjuran pertandingan, pengurusan serta pemain pasukandan jumlah jaringan pada perlawanan akhir pada tahun 1986.  

Tetapisatu perkara yang lebih jelas kepada kita ialah, dalam tempoh masa 7 tahuntersebut, berlaku proses kitaran yang silih berganti dalam bolasepak negaraiaitu berlaku pengulangan proses umum ataupun keadaan umum seperti kelahiranataupun kewujudan, perkembangan serta kejayaan dan akhirnya keruntuhan. Proseskitaran ini juga menunjukkan bahawa hidup bolasepakMalaysia  sentiasa beredar di dalam satu pusingan yang tidakputus-putus di mana  ia bermula, berkembang maju dan kemudian runtuhdan selepas itu bermula semula dengan satu sistem pimpinan yang baru. Namun apayang jelas adalah proses kitaran itu akan sentiasa berterusan.

KepentinganSejarah Berulang

MasyarakatYunani mempercayai bahawa sesuatu peristiwa yang berlaku pada suatu masa dahuluboleh berlaku kembali dalam tempoh masa berlainan dan ia sukar diagak. Walaubagaimanapun, peristiwa-peristiwa  yang berlaku dianggap oleh merekamampu memberikan pengajaran kepada mereka untuk berwaspada pada masa-masa yangakan datang serta untuk  mencari langkah untuk mengelak sesuatuperistiwa yang tidak diingini. Selain itu sejarah juga dianggap oleh merekasebagai satu petunjuk dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan dugaan,cabaran dan halangan. Pada masa yang sama, sejarah itu juga merupakan satufalsafah yang memberikan pengajaran melalui contoh-contoh. Sebenarnya peristiwayang berulang-ulang itu menunjukkan kepada mereka tentang tingkah laku serta pembuatanmereka pada masa yang telah lalu dan juga perbuatan orang-orang yang terdahuludaripada mereka.

Keseluruhannya,jelaslah bahawa sejarah itu tidak berulang walaupun sesetengahgolongan  berpendapat bahawa sejarah itu berulang. Ini kerana sejarahitu memiliki fakta yang lengkap dengan masa dan tarikh sesuatuperistiwa  itu terjadi. Walaupun proses kitaran yang silih bergantiitu wujud (kelahiran, perkembangan atau kejayaan dan keruntuhan) namun agaksukar  bagi kita untuk melihat sesuatu fakta yang sama muncul padazaman akan datang di mana tarikh, objek dan tempatnya adalah sama. Oleh itu,sekali lagi saya tekankan di sini bahawa sejarah hanya berulang dari segifalsafah atau fenomena yang mampu memberikan pengajaran, tunjuk ajar sertapengetahuan kepada masyarakat tetapi tidak berulang secara khusus pada zaman,waktu, tempat, pemimpin ataupun orang yang sama. 

Bibliografi

Carr E.H., What Is History. Pelicon Book. London. 1965.

Collingwood R.G. The Ideo Of History. Oxford University Press. 1966.

Dr. Abdul Murat Mat Jan. Nota Kuliah. Pengantar Sejarah.

Dr. Tengku Iskandar. Kamus Dewan Edisi Kedua. 1984. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Drs. Sidi Gazalba. 1966. Pengantar Sejarah Sebagai Ilmu. Jakarta.

Dunia Sukan. Utusan Melayu (Malaysia). Sdn. Bhd. 1987.

Herbert Butter Field. 1981. The Rise of Classical Historiography.

Muhd. Yusof Ibrahim. Ilmu Sejarah, Falsafah, Pengertian dan Kaedah.   Dewan Bahasa dan Pustaka. 1997.

Muhd.Yusof Ibrahim. Pengertian Sejarah: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. 1986.

Shafer R.G Jones. A Guide To Historical Method. Illineis.

R. Suntharalingam. Pengenalan Kepada Sejarah. Merican  & Sons. Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. 1985.

 

 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 09, 2024 18:03
No comments have been added yet.


Syed Mahadzir Syed Ibrahim's Blog

Syed Mahadzir Syed Ibrahim
Syed Mahadzir Syed Ibrahim isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Syed Mahadzir Syed Ibrahim's blog with rss.