Satu Babak Dear Yayah V

PhotobucketHaa. Pastinya adik-adik menantikan sambungan Satu Babak Dear Yayah kan? Kak Yayah minta maaf kerana terlalu sibuk sehingga terlupa untuk membuat sambungan Satu Babak Dear Yayah.
Haa. Di bawah ini adalah sambungan Satu Babak Dear Yayah. Baca lah :D
Atas katil, berselimukan comforter yang tebal
Dear Yayah,
Bingung!
Kalut!
Otak 'weng'!
Tentu kau terperanjat, bukan? Baru saja berbicara dengan kau, terkeluar pula perkataan-perkataan yang negatif. Jangan risau, kawan. Aku bukan mengata kamu, tetapi itulah aku lewat beberapa hari ini.
Aku benar-benar pening. Semuanya kerana budak yang bernama Asrul. Siapa dia sehingga berani buat hatiku jadi huru-hara begini? He has no right... No right at all!
Yayah,
Tidak pernah langsung terlintas dalam hati memainkan perasaan orang. Pada aku, dia adalah seorang kawan. Tidak lebih daripada itu. Bukankah aku sudah ada Hazman? Asrul tahu itu tetapi mengapa dia tetap mahu menyimpan perasaan terhadapku?
Pelik betul orang lelaki ini. Aku tidak faham langsung. Yang payah dan 'tak available' irulah yang nak dicubanya. Isk! Bukan aku seorang saja perempuan di sini. Masih ada ramai lagi yang 'single and available'. Bukannya Asrul itu tidak tampan. Siap manis lagi apabila sekali-sekala dia biarkan dirinya tersenyum. Aku agak yakin, ada beberapa hati yang sudah 'jatuh' dengan dia. Aku perasan tetapi aku tidak pasti jika dia perasan ataupun tidak... Ataupun sengaja buat-buat tidak perasan.
Entahlah...
Kau tahu, hidung aku ini masih pedih lagi, Yayah. Mengapa? Sebab terperanjat terlampau amat! Akibat terlalu terkejut dengan pengakuannya yang datang tanpa diundang, aku terhantuk pada dash board kereta dia tatkala cuba memanaskan muka. Mujur sahaja tak patah batang hidung ini. Jika tidak, tentu sudah kurang RM2300 nilai duit hantaran. Hahaha... Mohon jangan gelakkan aku. Bukankah aku sudah bilang tadi, otak aku sudah 'weng!'
Wahai Yayah kusayang,
Hati aku masih tertinggal di Malaysia. Jadi, tentu sahaja aku yakin dengan hati aku terhadap jejaka yang menulis surat cemburu tempoh hari. Wah! Baru aku perasan. Rupa-rupanya sangkaannya tidak meleset. Aku sahaja yang 'blurr'. Tentu dia lebih memahami perasaan kaum sejenisnya.
Err.... Patutkah aku beritahu dia apa yang berlaku? Ataupun aku diamkan sahaja. Biar sahaja hal ini menjadi rahsia antara aku dan Asrul. Lagipun aku tidak mahu Asrul berasa malu. Beria-ia dia memohon aku berjanji supaya tidak beritahu kepada sesiapapun, walaupun Suria.
Aku hanya beritahu kau kerana aku terlalu percayakan kau, Yayah....
Apa pendapat adik-adik? Adakah Jihan harus memberitahu Hazman tentang pengakuan Asrul ataupun tidak?
Sehingga bertemu lagi di entri baru, salam sayang dari Kak Yayah ♥
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 19, 2012 18:00
No comments have been added yet.


Farihah Iskandar's Blog

Farihah Iskandar
Farihah Iskandar isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Farihah Iskandar's blog with rss.