Berdosakah Mak Nik?
Perasaan saya bercampur baur sebaik sahaja mata meniti dari aksara ke aksara satu tajuk berita, "Syor tukar Pantai Teluk Mak Nik jadi Monica Bay". Mengapakah dungunya bangsaku. Getus spontan dan protes segera hati saya. Adakah tuan punya diri yang tergamak membuat cadangan yang tidak bijak ini, terkurang cerdik atau terlebih jahil? Apa yang lebih menakjubkan lagi cadangan yang sebodoh itu segera disambut oleh para pengampu dan pencacai yang meletakkan otaknya di kepala lutut.
Saya segera menghamparkan isu ini di ruang maya. Ramai yang memberikan maklum balas. Apakah tidak cukup dengan dosa sejarah menghadiahi bukit kepada Frazer, kepada Highlands, pelabuhan kepada Dickson dan pernah satu ketika teluk kepada Anson. Jika pada zaman sebelum negara bebas merdeka, hal ini mudah difahami. Inggeris tuan pada ketika itu. Mereka berkuasa dan ditambah pula dengan para pengampu Melayu khianat yang sentiasa berkeliaran mencari ruang dan ksempatan. Namun, jika dosa sejarah sebelum merdeka mahu diulangi oleh kita pada hari ini, maka hal ini amatlah dikesali.
Lebih-lebih lagi yang melontarkan idea seburuk itu bukan Pak Ngah Rashid nelayan tua di Kuala Kemaman atau Pak Da Mamat yang setiap petang bermain dam dua tiga papan di Seberang Takir. Cadangan gila ini malangnya datang daripada mulut seorang yang memiliki kuasa.
Persoalannya sampai bila agaknya bangsa yang satu ini mahu cerdik. Apakah dosa Mak Nik sehingga ada pihak yang terlalu benci dengan namanya? Apakah pula jasanya Monica sehingga namanya mahu diangkat dan dikenang oleh sejarah ini bangsa sehingga sedemikian rupa? Hodoh sangatkah Mak Nik dan jelita sangatkah Monica? Apakah lidah yang sentiasa mencicipi keropok lekor, sata, kuih akok, nasi dagang lebih mesra mencicipi nama Monica berbanding Mak Nik?
Sampai bila agaknya kita mahu terus mengulangi kebebalan yang serupa? Lihatlah satu demi satu nama Melayu mencium bumi. Puduraya, Bank Pertanian dan bermacam-macam lagi nama Melayu kolot dan bangsat telah lama bersemadi di alam Barzakh. Nama-nama dan gelar itu pula segera diubah menjadi nama-nama yang terlalu asing pada rongga dan lubang telinga kita.
Sekali lagi, berdosakah Mak Nik?

Published on September 28, 2012 07:59
No comments have been added yet.
Sahrunizam Abdul Talib's Blog
- Sahrunizam Abdul Talib's profile
- 2 followers
Sahrunizam Abdul Talib isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.