Aku mula menulis kerana deretan mimpi-mimpi ngeri yang berbekas dalam memori. Mereka-mereka ini, yang menghantui mimpi-mimpi aku minta diceritakan kisah-kisah mereka kepada umum.
Ada yang membawa simbol aneh, ada yang muncul dalam bentuk Shiva, ada yang sekadar datang menjelma memberitahu aku bahawa mereka wujud.
Maka oleh itu, aku akan terus menulis. Kerana mereka-mereka yang selalu hadir dalam diri aku itu, mahu aku terus bercerita dan entah mengapa, menulis membuatkan jiwaku tenang.
Lebih tenang dari menggesek erhu.
Published on June 30, 2014 00:02