Hak Asasi Quotes

Quotes tagged as "hak-asasi" Showing 1-2 of 2
Wan Mohd Nor Wan Daud
“Sebab inilah, sebagai satu contoh, kita dapat menyaksikan betapa pertubuhan-pertubuhan antarabangsa yang tertentu telah melemparkan tuduhan kepada Malaysia sebagai kononnya tidak punya kebebasan mencukupi, semata-mata kerana kita tidak membenarkan rakyat kita secara terbuka menyalahi akan nilai-nilai dan tatasusila keagamaan yang pokok. Ini tidak bermakna Malaysia tidak mempunyai kelemahan dalam beberapa segi dasar, undang-undang atau pelaksanaannya; tetapi cemuhan Barat ke atas Malaysia atau negara-negara lain, tidak berdasarkan keprihatinan ikhlas terhadap prinsip keadilan, kebajikan atau kemanusiaan, melainkan sebagai alat dan senjata bagi memenuhi kepentingan ekonomi, geo-politik dan kebudayan mereka. Kebudayaan dan tamadun Barat sentiasa mencipta peralatan dan senjata baru yang lebih menarik dan canggih untuk senantiasa berada di puncak kekuasaan dan keagungan mereka dari segi sains, teknologi dan kebendaan. Mereka juga mencipta pelbagai wawasan dan istilah baru yang menakjubkan seperti modenisasi, pembangunan, demokrasi, hak-hak asasi manusia, pluralisme, globalisas dan lain-lain untuk tujuan yang sama.”
Wan Mohd Nor Wan Daud, Pembangunan di Malaysia: Ke Arah Satu Kefahaman Baru Yang Lebih Sempurna

S.M. Zakir
“kita menjadi kabilah
yang diburu dan dijadikan penjahat seperti kaum Musa as
oleh agama yang kita pegang dan junjung dengan percaya
dijadikan syariat dan jalan kebenaran; cahaya dan penyuluh
sedang mereka dengan keangkuhan dan kesombongan Firaun
menjulang pedang tajam kebebasan serta tombak kenihilan
untuk merobek agama dan kebenaran Tuhan yang kita miliki
atas nama hak asasi manusia, kesamarataan dan kebebasan berfikir
maka al-Quran mereka jadikan buku dari tangan manusia
yang boleh ditafsir akal sesuka hati dan dimaknakan semahunya
suara-suara mereka lagi mengatakan bahawa nabi-nabi
hanya mitos yang dicipta oleh agama - maksum itu hanya dongeng
dan Islam adalah nama yang diberikan warna penuh kelabu
untuk dilihat dengan penuh sinis dan prasangka gelap.

(Perjalanan 2)”
S.M. Zakir, Perjalanan Sang Zaman