,

Islami Quotes

Quotes tagged as "islami" Showing 1-11 of 11
Faisal Tehrani
“Kerja Tuhan siapa tahu.”
Faisal Tehrani

Muharikah
“Terkadang kita harus meneruskan langkah walaupun tujuan di hadapan samar-samar. Ini kerana matlamat kita adalah kerahmatan dan keredhaan Allah terhadap semua amalan kita. Itu sudah begitu jelas sekali untuk dicapai.”
Muharikah, Lagenda Budak Usrah

Abu Hamid al-Ghazali
“Mujahadah adalah kunci petunjuk, tidak ada kunci petunjuk selain mujahadah”
Imam Al Ghazali

Nik Abdul Aziz Nik Mat
“Petunjuk dan peringatan wahyu Allah swt itu laksana air yang akan menyuburkan tanaman.”
Nik Abdul Aziz Nik Mat, Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang

Nik Abdul Aziz Nik Mat
“Meskipun dosa itu hanya terbahagi kepada dua, iaitu dosa kecil dan dosa besar, tetapi lorong menuju kepada dua jenis dosa terlalu banyak dan bersimpang siur. Diri manusia menjadi gelanggang dosa, sementara hati, fikiran dan anggota yang lahir menjadi pintunya. (ms 111)”
Nik Abdul Aziz Nik Mat, Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang

Pahrol Mohamad Juoi
“Jangan hanya hidup
tapi binalah kehidupan

Jangan hanya jadi manusia
tapi milikilah sifat kemanusiaan

Jangan hanya mencari keperluan
tetapi burulah tujuan

Jadilah hamba Allah
yang penuh rasa kehambaan !

InsyaAllah, akan melimpah ketenangan ..
... sekalipun sedikit kesenangan.”
Pahrol Mohamad Juoi, Pesan Hati untuk Hati

Nik Abdul Aziz Nik Mat
“Para ulama' adalah pembawa obor ilmu yang menerangi kegelapan jahiliyah, apabila seseorang itu berusaha mendampingi para ulama', bererti dia berusaha mendekati cahaya ...

mukasurat 96 | bab 21”
Nik Abdul Aziz Nik Mat, Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang

Nik Abdul Aziz Nik Mat
“... yang dikatakan iman itu ialah berikrar dengan lisan, membenarkan dengan hati dan membuktikan dengan perbuatan.”
Nik Abdul Aziz Nik Mat, Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang

Nik Abdul Aziz Nik Mat
“Riba yang sentiasa mengekori setiap hutang di zaman moden ini akan menjadi bara api di akhirat kelak. (ms 110)”
Nik Abdul Aziz Nik Mat, Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang

Nik Abdul Aziz Nik Mat
“Kekayaan jangan sampai jadi matlamat hidup manusia, kerana manusia dicipta oleh Allah swt adalah untuk mengabdikan diri dan berbakti kepadaNYA, maka harta bahkan dunia ini seluruhnya hanya alat untuk berbakti kepadaNYA jua. (ms 108)”
Nik Abdul Aziz Nik Mat, Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang

Fram Han
“Tenangkanlah diri dan berbaik sangka, sebab Allah telah mengatur segalanya dengan sempurna.”
Fram Han, Jejak Memori