Goodreads Malaysia discussion

30 views
Makan Buku, Minum Buku... > Set kitab tafsir apa ada di rumah?

Comments Showing 1-21 of 21 (21 new)    post a comment »
dateUp arrow    newest »

message 1: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Pernah terdengar dalam satu ceramah, setiap rumah Muslim wajar ada satu set kitab tafsir. Selalu tertanya-tanya, kitab tafsir apa yang dimiliki oleh rakan-rakan pembaca lain.


message 2: by Nazmi, Pengarang akhbar dan kreatif (new)

Nazmi Yaakub | 2456 comments Mod
1. Tafsir Al-Munir oleh Sheikh Wahbah Az-Zuhaili.


message 3: by Nazmi, Pengarang akhbar dan kreatif (new)

Nazmi Yaakub | 2456 comments Mod
2. Tafsir Al-Qurtubi


message 4: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Dua-dua Bahasa Arab ya Sheikh Nazmi?


message 5: by Nazmi, Pengarang akhbar dan kreatif (new)

Nazmi Yaakub | 2456 comments Mod
Ya dua2 dalam bahasa Arab.


message 6: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Di rumah ada yang versi Melayu saja, Tafsir Ibnu Kathir.

Rumah di kampung ada Tafsir al-Azhar.

Nak kena mengaji Bahasa Arab semula.

Tafsir yg Dr. Mat Rofa sebut dalam temuramah dengan Ustaz Zahiruddin Zabidi tu, tafsir apa ya? Terlupa.


message 7: by Nazmi, Pengarang akhbar dan kreatif (new)

Nazmi Yaakub | 2456 comments Mod
Tak pernah baca temuramah tu


message 8: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1565 comments Mod
Tafsir Ibnu 'Abbas yang sudah diterjemah ke bahasa Melayu.


message 9: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Kak Azzah, Tafsir Ibn Abbas tu terbitan mana ya?


message 10: by Nazmi, Pengarang akhbar dan kreatif (new)

Nazmi Yaakub | 2456 comments Mod
Mungkin terjemahan Indonesia. Tapi utk pembaca biasa, tafsir yg lebih kemudian atau mutakhir sudah memadai.

Maklumlah kadang2 sebahagian kita baru membaca terjemahan Sahihaian Bukhari dan Muslim, sudah berasa layak utk mengeluarkan hukum fiqh dan berdebat dalam soal ilmu kalam.


message 11: by Nazmi, Pengarang akhbar dan kreatif (new)

Nazmi Yaakub | 2456 comments Mod
Di rumah kampung isteri, ada dua tafsir, iaitu tafsir fi dzilal dan tafsir Al-Manar. Kedua2 tafsir yg perlu dibaca dengan pandangan alam Islam yang kukuh supaya tidak tergelincir dlm silap faham khususnya yg boleh membawa kpd Ekstremis atau liberalis.

Di rumah kampung saya pula, ada Terjemahan Pimpinan AT-Rahman dan tafsir Al-Jalalain.

Hasrat di hati untuk mendapatkan tafsir Turjuman Al-Mustafid, tafsir dlm bahasa Melayu yg pertama di alam Melayu.

Kalau ditakdirkan terlibat dlm dunia akademik, mungkin akan mendapatkan tafsir Al-Kabir karya Imam Fakhruddin ar-Razi dan tafsir Al-Kasyaf karya imam Zamakhshari, ulama muktazilah silam yg tafsirnya diterima.


message 12: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Utk orang awam macam saya ni, sekadar baca saja untuk ambil pengajaran umum dan perkukuh pula dengan kuliah2 tafsir.

Banyak sisi mengenai tafsir yang perlu difahami sebelum layak keluarkan pendapat sendiri.

Tak berani petik/sebar apa2 risau tersalah faham.


message 13: by Nazmi, Pengarang akhbar dan kreatif (new)

Nazmi Yaakub | 2456 comments Mod
Najibah wrote: "Utk orang awam macam saya ni, sekadar baca saja untuk ambil pengajaran umum dan perkukuh pula dengan kuliah2 tafsir.

Banyak sisi mengenai tafsir yang perlu difahami sebelum layak keluarkan pendap..."


hahaha .. najibah bukan lagi pembaca biasa .. tapi pembaca cum pustakawan. dan bukan pustakawan biasa, tapi pustakawan perpustakaan syed muhammad naquib al-attas :)


message 14: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Hehehe, tahun depan jadi pustakawan biasa saja. Ambil angin PJ pulak


message 15: by Nazmi, Pengarang akhbar dan kreatif (new)

Nazmi Yaakub | 2456 comments Mod
Najibah wrote: "Hehehe, tahun depan jadi pustakawan biasa saja. Ambil angin PJ pulak"

ooo tukar ke matrikulasi ya. tapi tetap akan dikenang juga tu


message 16: by Nazmi, Pengarang akhbar dan kreatif (new)

Nazmi Yaakub | 2456 comments Mod
... dan satu lagi.. Mathnawi Jalaluddin Rumi... walaupun bukanlah tafsir dlm makna konvensional tapi ia dikenali sebagai Quran dalam Parsi atau kitab tafsir dan syarah pd al-Quran dan hadis nabi.

begitu juga kitab Ihya Imam al-ghazali - sehingga seorang ulama penah menyebut dlm laras bahasa hiperbola sasterawi - andai al-Quran dihilangkan, Ihya ada memadai.


message 17: by Haryati (new)

Haryati Abd. Halim | 765 comments Saya ada satu set Tafsir Hamka. Tapi tak pernah habis baca. Dok kat jilid satu jah.

Dan ada satu buah juz 30 Tafsir fi zilalil Quran.


message 18: by Nazmi, Pengarang akhbar dan kreatif (new)

Nazmi Yaakub | 2456 comments Mod
Haryati wrote: "Saya ada satu set Tafsir Hamka. Tapi tak pernah habis baca. Dok kat jilid satu jah.

Dan ada satu buah juz 30 Tafsir fi zilalil Quran."


kitab tafsir tak semestinya baca dari kulit ke kulit. terutama yg berjilid2. tapi lebih kepada rujukan utk ayat tertentu. bergantung juga kepada tujuan rujukan.

tapi utk belajar secara berguru, kitab tafsir yg sesuai adalah yg dalam satu atau dua jilid seperti Tafsir al-Jalalain yang memang sering menjadi pilihan para alim ulama di alam Melayu.


message 19: by Nazmi, Pengarang akhbar dan kreatif (new)

Nazmi Yaakub | 2456 comments Mod
Haryati wrote: "Saya ada satu set Tafsir Hamka. Tapi tak pernah habis baca. Dok kat jilid satu jah.

Dan ada satu buah juz 30 Tafsir fi zilalil Quran."


Fi zilal tak silap dikategori sebagai tafsir sasterawi kerana almarhum sayyid qutub mmg asalnya sasterawan. dan kena baca dengan penuh sedar tentang konteks zaman beliau yg secara relatifnya agak keras dan juga latar modenisasi Barat serta bagaimana sikap umat Islam berdepan dengan modenisasi dan juga imperlialisasi yg berada pada penghujungnya.


message 20: by Jawabagan (new)

Jawabagan | 2 comments Najibah wrote: "Di rumah ada yang versi Melayu saja, Tafsir Ibnu Kathir.

Rumah di kampung ada Tafsir al-Azhar.

Nak kena mengaji Bahasa Arab semula.

Tafsir yg Dr. Mat Rofa sebut dalam temuramah dengan Ustaz Zah..."


Najibah wrote: "Di rumah ada yang versi Melayu saja, Tafsir Ibnu Kathir.

Rumah di kampung ada Tafsir al-Azhar.

Nak kena mengaji Bahasa Arab semula.

Tafsir yg Dr. Mat Rofa sebut dalam temuramah dengan Ustaz Zah..."


al-Asas Fit Tafsir- Said Hawwa


message 21: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Terima kasih, Jawabagan


back to top