Goodreads Malaysia discussion

22 views
Arkib (Maraton Membaca 2017) > Hazmi Al-Wafi - 40 buku 2017

Comments Showing 1-7 of 7 (7 new)    post a comment »
dateUp arrow    newest »

message 1: by Hazmi Al-Wafi (last edited Jan 18, 2017 07:03AM) (new)

Hazmi Al-Wafi (Ibnbakr) | 33 comments Bismillah. InsyaAllah 40 buah buku.

Sudah hampir separuh bulan, baru dapat rentak untuk mulakan marathon. Kalau ikutkan rentak tahun lepas, boleh cuba baca lebih lagi. Tapi memandangkan tahun ini merupakan tahun terakhir sebagai pelajar perubatan (mudah-mudahan) maka saya rasa perlu lebihkan bacaan buku medik.

1. Padanya Ada Hikmah oleh Muhaya Mohamad

Padanya Ada Hikmah by Muhaya Mohamad

Padanya ada Hikmah, oleh Prof Dr Muhaya. Bahruddin Bekri. : PTS Litera Utama, 2012. 128 muka surat. Rating saya : 3.5 bintang

Buku ini hasil dua insan favourite saya, Dr Muhaya dan Tuan Bahruddin Bekri. Kedua-duanya ada jasa dalam memotivasikan saya di dalam bidang perubatan dan penulisan (sewaktu masih rajin menulis). Saya kira ramai yang sudah kenal Dr Muhaya. Saya gelar beliau manusia serba positif. Dengar suara beliau sahaja sudah mampu memberikan aura positif pada saya. Tuan Bahruddin Bekri pula, penulis yang saya ikuti sejak dari sekolah menengah. Tulisannya lembut, dingin. Dan kelakar.

Kisah benar yang diolah hasil temubual lebih kurang 2 jam antara Tuan Bahruddin Bekri dan Dr Muhaya. Dr Muhaya cuba menyampaikan mesej-mesej penting berkenaan kefahaman masyarakat umum pada hakikat ujian dan kesakitan berbekalkan pengalaman beliau sebagai pengamal sains kesihatan di hospital. Perihal hikmah - aturan Tuhan yang maha indah.

Sebagai seorang pelajar jurusan perubatan, kisah-kisah yang dikongsikan sangatlah relatable. Ada 35 kisah ringkas yang dimuatkan di dalam buku ini. Kisah seputar hidup doktor pelatih, doktor pakar, pakcik teksi, tukang cuci dan beberapa individu lain. Pada saya, kisahnya sangat ringkas tapi membekas. Seperti kata penulis :

“Untuk manusia, Tuhan tidak pernah memberi kisah yang sia-sia.”


message 2: by Hazmi Al-Wafi (last edited Feb 02, 2017 08:51AM) (new)

Hazmi Al-Wafi (Ibnbakr) | 33 comments 2. Fiqh Al-Sirah 1 oleh محمد سعيد رمضان البوطي

Fiqh Al-Sirah 1 by محمد سعيد رمضان البوطي

Fiqh Sirah Jilid 1, oleh Syeikh Dr Said Ramadhan Al-Buti, terjemahan oleh Ustaz Mohd Darus Sanawi. : Dewan Pustaka Fajar, 2000. 268 muka surat. Rating saya : 5 bintang

Buku ini salah satu daripada tulisan al-allamah Dr Said Ramadhan Al-Buti yang juga meliputi bidang syariah, sastera, falsafah dan lain-lain.

Jilid satu menceritakan sirah baginda sedari awal tamadun Islam sehingga baginda berhijrah ke Madinah. Antara isi kandungan jilid yang pertama ini :

• Peranan dan Perlunya Riwayat Hidup Nabi Muhammad Dalam Memahami Islam
• Sumber-sumber Sejarah Rasulullah
• Rahsia Pemilihan Semenanjung Arab Sebagai Tapak pancaran Agama Islam
• Muhammad Sallahu A’laihiwassallam Nabi Yang Terakhir
• Saki baki Agama Hanif Dalam Jahiliyyah A’rab
• Keputraan Nabi Muhammad S.A.W dan Penyusuannya
• Perjalanan Yang Pertama Ke Negeri Syam dan Usaha Mencari Rezeki Halal
• Perniagaan Dengan Harta Khadijah dan Perkahwinan Baginda
• Penyertaan Rasulullah Dalam Usahah Membena Semula Al-Ka’bah
• Berkhulwah di Gua Hira’
• Penerimaan Wahyu
• Peringkat-peringkat Dakwah Islamiyyah Semasa
• Hidup Rasulullah
• Seruan Secara Sulit
• Seruan Secara Terang-Terangan
• Penyeksaan
• Pernulauan Ekonomi
• Hijrah Pertama Dalam Islam
• Utusan Pertama Menemui Rasulullah
• Tahun Perkabungan
• Perantäuan Rasulullah Ke’Ta’if
• Mu’izat Isra’ Dan Mi’raj
• Rasulullah Memperkenalkan Dirinya Kepada Qabilah-qabilah Permulaan Ansar Memeluk Islam
• Perjanjian Al ‘Aqabah Yang Kedua
• Perbicaraan Umum Tentang Al Jihad Dan Mengapa Disyara’kan
• Keizinan Rasulullah Kepada Sahabatnya Untuk Berhijrah ke Madinah Hijrah Rasulullah

Fiqh Sirah bukan sekadar sirah baginda semata-mata tapi menawarkan kefahaman dari kacamata Islam berkenaan pengajaran dan ibrah yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan. Penulis juga banyak memberikan hujah-hujah kukuh bagi menjawab semula persoalan orientalis Barat yang cuba memburukkan baginda S.A.W.

Semoga Allah terus merahmati Dr Syed Ramadhan Al-buti atas semua usaha meninggikan lagi syiar Islam.


message 3: by Hazmi Al-Wafi (new)

Hazmi Al-Wafi (Ibnbakr) | 33 comments 3. The Origins of the First World War by Gordon Martel

The Origins of the First World War by Gordon Martel

The Origin of The First World War, by Gordon Martel. : Longman Publishing, 1996. 145 pages. My rating : 4 stars

This book deals with the origins of the 1st world war, as its title suggests, not what happened during the war. There are 5 parts of the book :

Part 1 ; The Problem
Part 2 ; The Great Powers to 1900
Part 3 ; The European Crisis
Part 4 ; Assessment
Part 5 ; Documents

“The Origin of the First World War deals with the policies and issues that brought Europe to war in 1914. The position of each of the great powers within the international framework is concisely explained. The problems confronting the are aslo carefully analysed, as is the influence of political and economic structures on the decision-maing process. Professor Martel shows how and why the confrontational alliance system came into being and considers the impact upon t of the series of crises that brought the major powers close to conflict in the opening years of the twentieth century. He outlines the terms and obligations that these alliances entailed and discusses the extend to which they were responsible to the outbreak of war.”


message 4: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (last edited Feb 03, 2017 02:58AM) (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Dokumen apa yang dikongsikan dalam buku nombor 3 tu, kalau tak keberatan berkongsi.


message 5: by Hazmi Al-Wafi (new)

Hazmi Al-Wafi (Ibnbakr) | 33 comments Najibah wrote: "Dokumen apa yang dikongsikan dalam buku nombor 3 tu, kalau tak keberatan berkongsi."

Ada 16 dokumen semuanya. Dokumen-dokumen penting peristiwa yang menyumbang kepada perang dunia pertama tapi bukan dokumen asal dan tidak penuh, hanya keratan penting.

Kebanyakan artikel-artikel alliance antara kuasa-kuasa besar waktu itu - Dual Alliance, Triple Alliance, Franco Russian Alliance, Anglo-Japanese Alliance etc. Ada juga keratan daripada Austrian Ultimatum kepada Serbia rentetan pembunuhan Archduke Franz Ferdinand.


message 6: by Hazmi Al-Wafi (new)

Hazmi Al-Wafi (Ibnbakr) | 33 comments 4. Lalu Aku Hidup Sebagai Apa? Mengupas Pemikiran Buya Hamka oleh Komuniti Jejak Tarbiah

Lalu Aku Hidup Sebagai Apa? Mengupas Pemikiran Buya Hamka by Komuniti Jejak Tarbiah

Lalu Aku Hidup sebagai Apa,oleh Komuniti Jejak Tarbiah. : Dubook Press,2015. 159 muka surat. Rating saya : 4 bintang

"Lalu Aku Hidup Sebagai Apa?" merupakan himpunan tulisan berinspirasi, demi pengajaran hidup anak-anak muda yang terang bermakna.

Mengambil semangat pemikir agung Buya Hamka, buku ini menyuluh cahaya bagaimana hidup mesti berakal mencari ilmu untuk mati meninggalkan budi, lalu antaranya terbentang sebuah perjalanan yakin berani namun harus kekal merendah diri tunduk di bawah langit Ilahi."

_____

Buku ini menghimpunkan tulisan 22 orang penulis dari Komuniti Jejak Tarbiah. Selalunya susah sikit mahu beri rating (appreciation?) untuk buku yang menghimpunkan tulisan penulis yang ramai. Malah kekok juga sekiranya kebanyakan penulis menulis dengan rentak yang berbeza. Tapi bukanlah masalah besar pun. Berkenaan kupasan pemikiran, bukan semua tulisan mengupas pemikiran Buya Hamka dengan baik walaupun semuanya tetaplah baik, memberi ilmu baru dan memperkenalkan personaliti lain selain Buya Hamka.

Selalunya, apabila membicarakan tentang pemikiran seseorang ada 3 aspek yang akan disentuh dalam mana-mana biography ; latar belakang keluarga, pendidikan dan pergerakan/sumbangan/penulisan. Tulisan Ustaz Zahiruddin yang diletakkan pada permulaan buku sangat baik kerana banyak menyentuh hal-hal ini. Tulisan Hafizul Faiz – Hamka dan Falsafah Hidup : Gesaan untuk Pulang kepada Akal juga sangat menarik, kesimpulan daripada buku Falsafah Hidup. Tulisan-tulisan lain banyak mengupas berkenaan pemuda, intellectualism, activism malah ada juga yang mengupas pemikiran Buya Hamka berkenaan pandangan beliau mengenai wanita.

Apapun, tahniah dan terima kasih untuk semua penulis yang menyumbang.


message 7: by Hazmi Al-Wafi (new)

Hazmi Al-Wafi (Ibnbakr) | 33 comments 5. Nota Hati Seorang Lelaki oleh Pahrol Mohamad Juoi

Nota Hati Seorang Lelaki by Pahrol Mohamad Juoi

Nota Hati Seorang Lelaki,oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi. : Telaga Biru, 2009. 272 muka surat. Rating saya : 5 bintang

Antara nasihat Ustaz Pahrol yang melekat dalam kepala saya ada berkenaan pengulangan. “Repetition is the mother of knowledge.” Pengulangan adalah ibu kepada ilmu pengetahuan. Sebab itu, selepas beberapa tahun mengaji medic, saya merumuskan bahawa antara tanda keberkatan masa bukanlah membaca satu kali sudah mencukupi, tapi cukup masa untuk membaca dan mengulang berkali-kali. Buku ini pun, kali kedua saya baca selepas buku milik sendiri saya lupa sudah dipinjamkan kepada siapa.

Buku ini sarat dengan nasihat – untuk anak, suami, ayah dan daie. Walaupun tajuknya sesuai untuk pembaca lelaki, saya rasa sesiapa sahaja yang baca pasti sahaja hatinya terusik. Ustaz Pahrol banyak menggunakan dialog untuk menyampaikan mesej yang ingin dikupas. Walaupun ada sesetengah penulis yang tidak gemar menggunakan dialog terlalu banyak (show don’t tell), saya kira metod Ustaz mampu memberikan penjelasan yang sangat berkesan dengan analogi, kata-kata hikmah dan kisah teladan/anekdot yang tepat.

Untuk memberi, mesti memiliki. Buku ini bacaan yang sesuai untuk bekalan kehidupan mendatang. Lelaki, kalau sekarangnya masih seorang anak, akan tiba waktunya akan menjadi seorang suami. Justeru menjadi seorang ayah. Namun selama-lamanya dia seorang daie; yang hidup, dan menghidupkan. mudah-mudahan.


back to top