Goodreads Malaysia discussion
Makan Buku, Minum Buku...
>
Bila buku yang dibaca tidak best atau boring...
date
newest »
newest »
message 1:
by
Zaghol
(new)
Oct 06, 2017 08:06AM
Saya saja nak tahu apa yang tuan tuan & puan-puan akan buat bila sudah terbaca buku yang kurang menarik atau membosankan. Adakah akan diteruskan atau ditinggalkan begitu sahaja. Kalau saya, saya akan habiskan juga, cuma mungkin ambil masa yang lama. Contohnya bila saya baca buku "Terima Kasih si Babi Hutan" karya Lepat, saya tak expect apa apa pun tapi bukunya memang "berat" untuk dihadam. Ada part best & tak best, memang terperah habis otak untuk habiskan. Anda bagaimana pula?
reply
|
flag
Saya baca laju-laju, tak perlu nak hadam/fikirkan poin-poin yang penulis cuba sampaikan. Baca sekadar baca. Baca sampai habis, lepas tu simpan dalam rak; letak kat tempat paling jauh/payah nak capai semula. Sebab tak rasa akan ulang-baca buku tu. Hihi
Buku kreatif, tinggalkan saja kalau sudah hilang daya tarikan atau terus ke halaman2 terakhir. Tetapi buku yg penting utk pembangunan jiwa dan intelek, kena banyakkan sabar.
Zaghol wrote: "Saya saja nak tahu apa yang tuan tuan & puan-puan akan buat bila sudah terbaca buku yang kurang menarik atau membosankan. Adakah akan diteruskan atau ditinggalkan begitu sahaja. Kalau saya, saya ak..."Saya setuju dengan saudara. Buku Lepat itu memang berat. Ambil masa yang lama juga untuk saya habiskan.
Kadang-kadang saya skip terus ke muka surat terakhir. Bila dah 'tamat' baca perasaan bersalah datang...hati pun berbisik...nanti saya akan baca dan cuba menghayati semula.Andai saya strugglekan diri untuk membaca....mahu sampai tiga bulan nak selesaikan...
Kalo sy pon mmg akan bace jugak tp either lambat nak abes or sy bace cepat2..tp ade gak sy penah skip satu buku.. 😓
Saya akan teruskan, perlahan-lahan, sampai habis. Sebab pada saya, membaca adalah tanda penghargaan dan penghormatan kepada penulis yang sudah berusaha menyiapkan buku itu dan saya pun sudah keluarkan duit membeli. Masa kita pula memang mahal, kalau rasa tak boleh pergi letak saja dulu, ada kesempatan lain buka semula. Baru-baru ini, saya selesaikan satu buku bukan fiksyen yang ambil masa sembilan bulan. Macam orang mengandung sampai masa bersalin. Hahaha!
Ada banyak juga buku fiksyen yang saya sudah bertahun terhenti baca, belum sambung. Mungkin kena baca dari awal semula nanti. Sesetengahnya isi bagus tapi saya baca masa umur belum cukup matang, jadi tak faham. Insya-Allah semoga ada kesempatan untuk teruskan.
Akan usaha habiskan. Cuma ambil masa. (Selalunya awal boring, tiba-tiba di akhirnya akan dapat juga 'something')
Saya lepas 100pages+ (kurang dari 200pages) tapi buku still tak menarik, saya akan skip ke chapter terakhir atau 2 last chapters. Kalau ending nampak menarik, saya akan tabahkan diri untuk smabung baca sebab nak tau plot2 di tengah2 buku. Kadang2 ada plot2 best cuma dia lambat.
Nazmi wrote: "Buku kreatif, tinggalkan saja kalau sudah hilang daya tarikan atau terus ke halaman2 terakhir. Tetapi buku yg penting utk pembangunan jiwa dan intelek, kena banyakkan sabar."betul, buku2 motivasi ni memang kadang2 mcm slow sikit tapi banyak manfaatnya.
bagi saya kalau buku motivasi tu saya paksakan diri juga untuk habiskan tapi memang akan ambil masa yg lama la , dan kena waktu yang betul betul free dan jiwa yang tenang ( hahah over betul ) , tapi kalau novel novel cintan cintun ni memang terus tinggal hehe lepastu bila rasa bersalah ataupun tiba tiba teringin balik nak baca , mula la akan skip part part yg bosan tu, takpela janji adala usaha dan takdela rasa satu pembaziran sangat hehe
Saya baca aje perlahan-lahan. Tandakan dengan penanda buku. Bila-bila rasa nak baca, sambung baca. Ada yang tamat setelah bertahun-tahun. Ada yang setelah ditinggal lama baru ada tarikan membacanya.
kalau buku percuma di Google Books, tak best, saya tinggalkan je. Kalau dah beli, simpan dulu, kalau dah takde buku lain nak baca, terbuka hati nak baca balik, baru sambung balik.
Saya akan baca sampai habis juga sebab taknak membazir macam Nanadhoi. Ya, saya memang suka menyeksa diri sendiri. Tapi baca laju-laju dan kadang-kadang skip-skip perenggan. Dan kalau mengarut sangat, saya akan campak buku tu ke dinding dan saya akan kutip semula dan baca lagi dengan harapan selepas buku itu dicampak, kandungannya akan bertambah baik.Memang seksa membaca buku yang tidak best.
Ada buku yang kadang-kadang jalan ceritanya dah boleh diagak atau cliche boleh jadi penyebab jadi boring.. dan ada sesetangah genre yang berat memang susah nak habiskan... ada satu buku yang saya cuba juga baca tapi tak boleh nak 'pegi' jugak... buku 'Melayu Hilang Di Dunia' oleh Khalid Salleh.. membaca buku ini imiginasi dan pemahaman kena selari.. saya sampai pening nak hadam.. last2 diam terperosok di bahagian koleksi buku2 tak habis dibaca di alamari hahahadalam kebanyakkan buku2 yang tak seronok dibaca saya tak habiskan.. saya akan habiskan bila dah betul2 takda buku nak dibaca...
Boleh berhenti baca dan terus sedekahkan kat orang/tempat lain. Selagi ada dalam rak selagi tu rasa perlu dibaca dan dihabiskan..





