Goodreads Malaysia discussion

66 views
Arkib (Maraton Membaca 2015) > Optimis 70 :) - Najibah

Comments Showing 1-24 of 24 (24 new)    post a comment »
dateUp arrow    newest »

message 1: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (last edited Jan 06, 2015 12:31AM) (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Bakal habiskan 2 buah buku ringan minggu ini sebagai appetizer.


message 2: by Nazmi, Pengarang akhbar dan kreatif (new)

Nazmi Yaakub | 2456 comments Mod
Bukan appetizer tu kena lima buku?


message 3: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
@nazmi, appetizer 5 tu khas pembaca rakus >100 buah setahun :D

Appetizer 1:

Rambutan Kuala Lumpur by Enchelah Rajadewa
Rambutan Kuala Lumpur


message 4: by Nazmi, Pengarang akhbar dan kreatif (new)

Nazmi Yaakub | 2456 comments Mod
Najibah wrote: "@nazmi, appetizer 5 tu khas pembaca rakus >100 buah setahun :D

Appetizer 1:

Rambutan Kuala Lumpur by Enchelah Rajadewa
Rambutan Kuala Lumpur"


up to date dgn buku terbaharu nampaknya!


message 5: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (last edited Jan 07, 2015 12:35AM) (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
@nazmi, :D kes tekanan media.


message 6: by Haryati (new)

Haryati Abd. Halim | 765 comments Najibah wrote: "@nazmi, appetizer 5 tu khas pembaca rakus >100 buah setahun :D

Appetizer 1:

Rambutan Kuala Lumpur by Enchelah Rajadewa
Rambutan Kuala Lumpur"


Najibah,
Sungguh menyelerakan, nyum..nyum..nyum..


M. Azhaari Shah Sulaiman (azhaarishah) | 216 comments baca review macam menarik. Apa lagi SN Baha Zain yang berikan kupasan. Apa yang menarik dengan buku ini, puan? Realiti pergeseran antara kaum?


message 8: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Komentar sosial dan ekonomi mengenai urbanisasi. Lebih kepada merakam suasana semasa di ibu kota, tapi kalau buku ini sebungkus mi segera, perasa mi segera ni sangatlah 'Kuala Lumpur'. Boleh rasa dengan jelas denyut hidup di KL - terutama bagi mereka yang pernah hidup di kawasan kos rendah/sederhana.

Cuma dari segi storyline, karakter dan lain-lain, buku ini tak mencabar bagi orang dewasa yang selalu baca fiksyen2 yang berat. Namun tetap menghiburkan.


message 9: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (last edited Jan 09, 2015 02:12PM) (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Love, Rosie by Cecelia Ahern

Love, Rosie

Mood chicklit. Sekali-sekala. Apapun suka baca teknik epistolari pengarang dan kekuatan hubungan kemanusiaan yang cuba ditonjolkan melalui watak2.


message 10: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
3.

Sepetang di Kafe Biblioholic by Ainunl Muaiyanah Sulaiman

Sepetang di Kafe Biblioholic

Bacaan minggu lepas, masih pembuka selera.

4.

Causes of Forgiveness (Asbab al-Maghfirah) by Ibn Rajab, 'Abd al-Rahman ibn Ahmad, 1336-1393

Causes of Forgiveness

Kembali masuk ke dunia buku serius....


message 11: by Aina (new)

Aina Hilmi | 1044 comments Najibah wrote: "3.

Sepetang di Kafe Biblioholic by Ainunl Muaiyanah Sulaiman

Sepetang di Kafe Biblioholic

Bacaan minggu lepas, masih pembuka selera.

4.

Causes of Forgiveness (Asbab al-Maghfirah) by Ibn Rajab, 'Abd al-Rahman ibn Ahmad, 1336-1393

[bo..."


No 3 pernah masuk senarai mahu baca saya. Tapi selepas habiskan sebuah novel, nampaknya saya perlu pendamkan dahulu hasrat baca novel. Mungkin lebih suka baca bukan fiksyen sekarang ^_^


message 12: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
5. 11 proven tips of nurturing top-notch adolescents a parental experience by Syed Azauddin Syed Bahaldin

11 proven tips of nurturing top-notch adolescents : a parental experience

Beli buku ini masa anak pertama masih kecil. Usianya sekarang 9 tahun, baru khatam buku ini :)


message 13: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (last edited Mar 09, 2015 08:01PM) (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
6. Taki & Dira by Shah Ibrahim
Taki & Dira

Hadiah dari pengarang sewaktu hadir TS4.

7. Anugerah Cinta Paling Glamor by Raihan Abu Bakar
Anugerah Cinta Paling Glamor

Tajuk buku ini jauh sekali daripada gambaran isi cerita. Tema penting mengenai Komunikasi Media Islam.

8. Balai Maqamat by Mohd. Affandi Hassan
Balai Maqamat

Walaupun ramai orang sastera alergik dengan Gagasan Persuratan Baru, tetapi bagi sesetengah orang yang tertanya2 kenapa fiksyen tidak muncul sebagai suatu bentuk penting dalam dunia kepengarangan Islam klasik, mungkin menemui sebahagian jawapannya dalam GPB.

9. Penyebaran Islam & Silsilah Ulama Sejagat Dunia Melayu (Pengenalan, #2) by Wan Mohd. Saghir Abdullah (Tuan Guru)
Penyebaran Islam & Silsilah Ulama Sejagat Dunia Melayu

Ulama' pewaris Nabi, maka mereka sangat wajar dikenali.

10. Bahasa Melayu Kelebihan dan Kekurangannya by Zainal Abidin 'Pendeta Za'ba' Ahmad
Bahasa Melayu: Kelebihan dan Kekurangannya

Za'ba dengan bahasa dan semangat kebangsaan.


message 14: by Nazmi, Pengarang akhbar dan kreatif (new)

Nazmi Yaakub | 2456 comments Mod
Najibah wrote: "6. Taki & Dira by Shah Ibrahim
Taki & Dira

Hadiah dari pengarang sewaktu hadir TS4.

7. Anugerah Cinta Paling Glamor by Raihan Abu Bakar
[book:Anugerah Cinta Paling Glamor|24..."


sebenarnya bukan soal alergik pada gagasan persuratan baru. tapi lebih kepada gaya dan langgam bahasa affandi mengkritik hingga yg tidak bermasalah utk menerima gpb pun lebih cenderung menjauhkan diri daripada terkait kerana bahasa dan bentuk kritikan yg digunakan.


message 15: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
@Nazmi, ya memang maklum mengenai bahasa dan bentuk kritikan yang beliau gunakan.

Cuma tak kurang menarik jawapan beliau melalui lidah seorang sarjana dalam salah satu maqama dalam Balai Maqamat.

Secara paraphrase: Biarlah orang kata teguran cara keras, kerana sarjana itu tidak mahu orang mengiyakan gagasan ini kerana tertarik dengan cara penyampaiannya, bukan kerana mempercayai kebenaran yang terdapat di dalamnya.

Saya akui pandangan ini agak 'twisted', tapi tetap menarik :)


message 16: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (last edited Mar 13, 2015 12:00AM) (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
11. 5 Tokoh Penggugat Zaman by Mahmood Zuhdi Haji Abdul Majid

5 Tokoh Penggugat Zaman

Buku yang membawa 1001 kepuasan. Rasa macam mahu hafal 60% daripadanya.


message 17: by Nazmi, Pengarang akhbar dan kreatif (new)

Nazmi Yaakub | 2456 comments Mod
Najibah wrote: "11. 5 Tokoh Penggugat Zaman by Mahmood Zuhdi Haji Abdul Majid

5 Tokoh Penggugat Zaman

Buku yang membawa 1001 kepuasan. Rasa macam mahu hafal 60% daripadanya."


Sebagaimana kita perlu memberikan penghormatan pada ketokohan dan keilmuan ulama yang disorot dalam buku ini, beberapa pandangan dan sikap serta stand mereka juga perlu diperhalusi. Tapi sudah tentu bukan dengan berbekalkan keilmuan kita semata-mata, sebaliknya turut bersandar dan bersumberkan kepada jumhur ulama dan tradisi ilmu yang benar khususnya di bawah lembayung Ahlu Sunnah Wal Jamaah.

Apatah ia bukan semata-mata pandangan atau sikap mereka yang tidak sekata dengan jumhur ulama sezaman, bahkan banyak pandangan mereka dipetik dan digunakan dalam luar konteks sehingga dijadikan senjata untuk menimbulkan kekeliruan pula walaupun tokoh berkenaan mungkin tidak memaksudkannya begitu.


message 18: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Ok, saya terbeli untuk membaca 5 Tokoh Penggugat Zaman. Nanti cari. :)


message 19: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Terbitan mana ya?


message 20: by M. Azhaari Shah (new)

M. Azhaari Shah Sulaiman (azhaarishah) | 216 comments Najmuddin wrote: "Terbitan mana ya?"

PTS Islamika,Tok Mudin.


message 21: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Terima kasih Azhaari.


message 23: by Haryati (new)

Haryati Abd. Halim | 765 comments Najibah,

Makin laju, mara terus...


message 24: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Terima kasih Haryati :D


back to top