Goodreads Malaysia discussion
Arkib (Maraton Membaca 2015)
>
Shah - Cuba lagi 2015

Buku nipis yang mengajak pembaca berhati-hati dengan golongan anti hadith yang semakin membiak dalam kehidupan masyarakat kini.


Sebuah rujukan yang amat membantu untuk dijadikan panduan dalam memimpin usrah.

Tahun ini rasa bersemangat nak melepasi pencapaian tahun lepas. Bermula dengan buku nipis dan sederhana bagi memecut momentum awal. Hehe.

Terima kasih tuan atas kunjungannya. Segan pula rasanya kerana sudah jarang benar menitip kata-kata di sana ^_^


Alhamdulilah..sedikit pencerahan yang sangat membantu dengan pembongkaran sejarah sebenar berkenaan latar belakang dracula dan sultan al-fateh secara ringkas dan ringan. Tema buku ini menjadi perbahasan utama selepas penayangan filem Dracula Untold yang banyak menyelewengkan banyak fakta. Tahniah kepada penulis yang sudi berkongsi hasil kajian berkenaan isu ini.


Alhamdulilah..sedikit pencerahan yang sangat membantu dengan pembongkaran sejarah sebenar berkenaan latar bela..."
Buku ini saya baca di Kinokuniya 5 hari lepas. Berbetulan pula. *wink wink*

Terima kasih tuan atas kunjungannya. Segan pula rasanya kerana sudah jarang benar men..."
Inshaallah bila tahu ada yang masih membaca, mesti ada yang menagih entri2 baru, maka tentu ada yang mahu menulis semula. :)

Terima kasih tuan atas kunjungannya. Segan pula rasanya kerana sudah jar..."
Hehee..insha Allah. Terima kasih tuan. Semoga diberi kekuatan tahun ini.


Pembacaan buat kali ke-2. Untuk muhasabah semula dan reset diri yang serba lemah dan kekurangan :-)


(Terjemahan dalam Bahasa Melayu oleh Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam.
Ayyuhal Walad nama kitab diberi. Atau dalam BM "Wahai Anakku Yang Tercinta". Bukunya nipis sahaja. Di atas kulit buku tertulis "Siri Bimbingan Remaja Islam 1".
Namun, intinya penuh sarat dengan nasihat yang bukan sahaja khusus ditujukan kepada remaja. Sebaliknya ia amat perlu kepada seseorang selagi bergelar seorang Muslim dalam meniti kehidupan berlandaskan syariat agama. Bahasanya mudah. Makna dan dakwahnya sampai ke lubuk hati.


Persoalan hati. Seketul daging di dalam badan yang jika baik keadaaannya, maka baiklah akhlak dan sifat seseorang. Jika sebaliknya, ia perlu dibersihkan dengan taubat kepada Allah swt. Sangat bagus untuk muhasabah diri yang sentiasa alpa dan persediaan dalam meniti ujian bujukan syaitan dan nafsu. Bahasa terjemahannya mudah serta tersusun kemas.
Shah wrote: "6.
Ayyuhal Walad (Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al Ghazali.
(Terjemahan dalam Bahasa Melayu oleh Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam.
Ayyuhal Walad nama kitab diberi. Atau ..."
belum jumpa kitab imam alghazali yg ini.

(Terjemahan dalam Bahasa Melayu oleh Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam.
Ayyuhal Walad nama kitab diberi. Atau ..."
belum jumpa kitab imam alghazali yg ini.


(Terjemahan dalam Bahasa Melayu oleh Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam.
Ayyuhal Walad nama kitab ..."
Salam Tuan Nazmi. Hari itu saya dapatkan di Tingkat 1 Wisma Yakin. Pustaka Tn.hj Irfan. Edisi yang saya beli itu seperti ini...

Shah wrote: "Nazmi wrote: "Shah wrote: "6.
Ayyuhal Walad (Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al Ghazali.
(Terjemahan dalam Bahasa Melayu oleh Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam.
Ayyuhal Wal..."
wisma yakin - dekat tapi jauh :)

(Terjemahan dalam Bahasa Melayu oleh Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam.
Ayyuhal Wal..."
wisma yakin - dekat tapi jauh :)
Shah wrote: "6.
Ayyuhal Walad (Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al Ghazali.
(Terjemahan dalam Bahasa Melayu oleh Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam.
Ayyuhal Walad nama kitab diberi. Atau ..."
Saya tertarik sebab pada buku itu tulis Siri Bimbingan Remaja Islam.
Jadi malu tiba-tiba. Bertuah remaja yang dimaksudkan :)

(Terjemahan dalam Bahasa Melayu oleh Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam.
Ayyuhal Walad nama kitab diberi. Atau ..."
Saya tertarik sebab pada buku itu tulis Siri Bimbingan Remaja Islam.
Jadi malu tiba-tiba. Bertuah remaja yang dimaksudkan :)


(Terjemahan dalam Bahasa Melayu oleh Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam...."
Dekat tapi jauh? Bagaimana tu tuan nazmi? Hehe.


(Terjemahan dalam Bahasa Melayu oleh Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam.
Ayyuhal Walad nama kitab ..."
Benar Pn. Najibah. Rasa malu dengan kealpaan diri apabila mendengar nasihat Imam al-ghazali yang ini.


*Karya permulaan yang baik dari penulis dalam menitipkan perkongsian pengalaman sepanjang berada di UK. Namun, tidak banyak info yang dapat diperolehi untuk mencapai kepuasan pembaca bagi mengetahui lebih lanjut perbandingan tentang budaya dan pengalaman hidup masyarakat di sana untuk dikaitkan dengan kehidupan Islam. Berbeza dengan kepuasan membaca karya Dr.UZAR dalam bukunya "Jangan Berhenti Berlari".
Walau bagaimanapun, buku ini sangat bersesuaian dengan target utama buku ini iaitu kepada golongan remaja bagi mendapatkan rujukan dan panduan dalam kehidupan berdakwah di usia yang muda.


* Memang banyak terbitan tentang kisah keperibadian Imam Malik di pasaran. Tetapi bagi terbitan Zaman (penerbit Indonesia) ini tulisan Dr.Tariq Suwaidan merupakan satu penulisan yang sangat tersusun dan sistematik dari segi gaya penyampaian riwayat kisah Imam Malik.
Pembahagian bab yang tersusun rapi serta gaya tulisan penulis yang cermat dan santai tetapi padat dengan manfaat dan kisah tambahan melengkapkan buku ini sebagai pilihan terbaik untuk mengenali keperibadian Imam Malik dari awal hingga akhir.
Dan penerbit juga mengambil inisiatif membukukan konsep yang sama untuk Imam Ahli Sunnah wal Jamaah yang lain seperti Imam Hanafi, Imam Ahmad bin Hambal dan Imam as-Syafie.
Shah wrote: "Nazmi wrote: "Shah wrote: "Nazmi wrote: "Shah wrote: "6.
Ayyuhal Walad (Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al Ghazali.
(Terjemahan dalam Bahasa Melayu oleh Ustaz Ahmad..."
rasanya selalu terlihat buku ini, tetapi jarang tercapai.

(Terjemahan dalam Bahasa Melayu oleh Ustaz Ahmad..."
rasanya selalu terlihat buku ini, tetapi jarang tercapai.


Alhamdulilah. Sebuah lagi kesinambungan tulisan penulis dapat dihadam. Namun, kali ini sedikit tidak puas berbanding buku sebelumnya iaitu Kompas umat akhir zaman dan Ikon Syabab. Namun, seperti biasa karya yang ini masih memuatkan kehebatan tokoh-tokoh Islam dari sudut keperibadian dan akhlak mereka.
Sememangnya, tidak banyak buku-buku seperti ini dalam bahasa Melayu berbanding karya Indonesia yang diterjemahkan daripada bahasa Arab khususnya buku-buku Sheikh Abdul Fattah.
Shah wrote: "11.
Buat Pahala 'Free' Gaya Rasulullah (Mohd Khairul Nizam)"
Dapat buku ini percuma daripada penulisnya. Tapi tak dibaca lagi. Bagaimana isinya?

Dapat buku ini percuma daripada penulisnya. Tapi tak dibaca lagi. Bagaimana isinya?


Dapat buku ini percuma daripada penulisnya. Tapi tak dibaca lagi. ..."
Isinya bagus.Gaya penyampaian pun mudah dan ringkas. Namun, yang paling penting habis baca buku ini, terus rasa bersemangat nak mulakan langkah "buat pahala 'free'"..


Beli di PBAKL15 baru-baru ini. Pada mulanya sambil mengemas buku-buku baru dibeli, ambil peluang nak baca sikit. Rupa-rupanya terus tersihir dari muka depan terus tak boleh berhenti hingga usai membaca dalam beberapa jam.
Terbaik dari Abang Long. Perkongsian yang sangat mengetuk hati saya untuk mula berubah :-)


Buku ke-2 PBAKL15 dapat dihabiskan. Tips yang menarik juga oleh penulis berdasarkan tajuk bukunya,


Bukunya nipis sahaja. Namun, sarat dengan data-data penting berkaitan perpustakaan samada kutub khanah zaman kegemilangan Islam mahupun kontemporari. Sebuah bacaan ringan yang bermanfaat.


Dah habis baca lama. Baru teringat yang buku ini belum masuk ke sini :)
Belum terlambat selamat tahun baharu dan azam baharu dalam memburu misi membaca untuk tahun 2015. Tahun ini, insha Allah berusaha mengatasi jumlah tahun lepas. Chaiyok!
1.
Sebuah kembara sejarah menelusuri riwayat kehidupan Bediuzzaman al-Nursi di belahan sisi dunia Turki. Kali ini Kang Abik cuba lari sedikit daripada penulisan novel sebelum ini yang banyak klise kepada percintaan manusiawi kepada memberatkan sejarah kehidupan tokoh dari awal hingga akhir.