Goodreads Malaysia discussion

216 views
Arkib (Maraton Membaca 2015) > Shah - Cuba lagi 2015

Comments Showing 1-50 of 66 (66 new)    post a comment »
« previous 1

message 1: by Shah (new)

Shah Abdullah | 384 comments Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua warga GRMY.

Belum terlambat selamat tahun baharu dan azam baharu dalam memburu misi membaca untuk tahun 2015. Tahun ini, insha Allah berusaha mengatasi jumlah tahun lepas. Chaiyok!

1. Api Tauhid by Habiburrahman El-Shirazy API TAUHID (Habiburahman el-Shirazy)

Sebuah kembara sejarah menelusuri riwayat kehidupan Bediuzzaman al-Nursi di belahan sisi dunia Turki. Kali ini Kang Abik cuba lari sedikit daripada penulisan novel sebelum ini yang banyak klise kepada percintaan manusiawi kepada memberatkan sejarah kehidupan tokoh dari awal hingga akhir.


message 2: by Shah (new)

Shah Abdullah | 384 comments 2. MENOLAK FAHAMAN ANTI HADITH (Maulana Hussein Abdul Kadir Yusufi)

Buku nipis yang mengajak pembaca berhati-hati dengan golongan anti hadith yang semakin membiak dalam kehidupan masyarakat kini.


message 3: by Shah (new)

Shah Abdullah | 384 comments 3. Beberapa Panduan Asas USRAH DAN HARAKAH by Ya'kub Muhammad Hussin BEBERAPA PANDUAN ASAS USRAH DAN HARAKAH (Ya'qub Muhammad Hussin)

Sebuah rujukan yang amat membantu untuk dijadikan panduan dalam memimpin usrah.


message 4: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Bergerak lancar dan pantas nampaknya. Saya rasa dikejar pulak (baru 3 buah juga)


message 5: by Shah (new)

Shah Abdullah | 384 comments Najibah wrote: "Bergerak lancar dan pantas nampaknya. Saya rasa dikejar pulak (baru 3 buah juga)"

Tahun ini rasa bersemangat nak melepasi pencapaian tahun lepas. Bermula dengan buku nipis dan sederhana bagi memecut momentum awal. Hehe.


M. Azhaari Shah Sulaiman (azhaarishah) | 216 comments Rupanya laman Perspektif milik tuan. Saya selalu membaca ulasan tuan di laman itu. :)


message 7: by Shah (new)

Shah Abdullah | 384 comments M. Azhaari Shah wrote: "Rupanya laman Perspektif milik tuan. Saya selalu membaca ulasan tuan di laman itu. :)"

Terima kasih tuan atas kunjungannya. Segan pula rasanya kerana sudah jarang benar menitip kata-kata di sana ^_^


message 8: by Shah (new)

Shah Abdullah | 384 comments 4. Dracula vs Al-Fateh by Muhd Nur Iman Ramli Dracula vs Al-Fateh (Muhd Nur Iman Ramli)

Alhamdulilah..sedikit pencerahan yang sangat membantu dengan pembongkaran sejarah sebenar berkenaan latar belakang dracula dan sultan al-fateh secara ringkas dan ringan. Tema buku ini menjadi perbahasan utama selepas penayangan filem Dracula Untold yang banyak menyelewengkan banyak fakta. Tahniah kepada penulis yang sudi berkongsi hasil kajian berkenaan isu ini.


M. Azhaari Shah Sulaiman (azhaarishah) | 216 comments Shah wrote: "4. Dracula vs Al-Fateh by Muhd Nur Iman Ramli Dracula vs Al-Fateh (Muhd Nur Iman Ramli)

Alhamdulilah..sedikit pencerahan yang sangat membantu dengan pembongkaran sejarah sebenar berkenaan latar bela..."


Buku ini saya baca di Kinokuniya 5 hari lepas. Berbetulan pula. *wink wink*


message 10: by M. Azhaari Shah (new)

M. Azhaari Shah Sulaiman (azhaarishah) | 216 comments Shah wrote: "M. Azhaari Shah wrote: "Rupanya laman Perspektif milik tuan. Saya selalu membaca ulasan tuan di laman itu. :)"

Terima kasih tuan atas kunjungannya. Segan pula rasanya kerana sudah jarang benar men..."


Inshaallah bila tahu ada yang masih membaca, mesti ada yang menagih entri2 baru, maka tentu ada yang mahu menulis semula. :)


message 11: by Shah (new)

Shah Abdullah | 384 comments M. Azhaari Shah wrote: "Shah wrote: "M. Azhaari Shah wrote: "Rupanya laman Perspektif milik tuan. Saya selalu membaca ulasan tuan di laman itu. :)"

Terima kasih tuan atas kunjungannya. Segan pula rasanya kerana sudah jar..."


Hehee..insha Allah. Terima kasih tuan. Semoga diberi kekuatan tahun ini.


message 12: by Shah (new)

Shah Abdullah | 384 comments 5. Mudahnya Menjemput Rezeki by Fathuri Salehuddin Mudahnya Menjemput Rezeki (Ust. Fathuri Salehuddin)

Pembacaan buat kali ke-2. Untuk muhasabah semula dan reset diri yang serba lemah dan kekurangan :-)


message 13: by Shah (new)

Shah Abdullah | 384 comments 6. أيها الولد by Abu Hamid al-Ghazali Ayyuhal Walad (Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al Ghazali.

(Terjemahan dalam Bahasa Melayu oleh Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam.

Ayyuhal Walad nama kitab diberi. Atau dalam BM "Wahai Anakku Yang Tercinta". Bukunya nipis sahaja. Di atas kulit buku tertulis "Siri Bimbingan Remaja Islam 1".

Namun, intinya penuh sarat dengan nasihat yang bukan sahaja khusus ditujukan kepada remaja. Sebaliknya ia amat perlu kepada seseorang selagi bergelar seorang Muslim dalam meniti kehidupan berlandaskan syariat agama. Bahasanya mudah. Makna dan dakwahnya sampai ke lubuk hati.


message 14: by Shah (new)

Shah Abdullah | 384 comments 7. Terjemahan Penawar Bagi Hati by 'Abdul Qadir 'Abdul Muthalib Terjemahan Penawar Bagi Hati (Sheikh Abdul Kadir bin Abdul Mutalib)

Persoalan hati. Seketul daging di dalam badan yang jika baik keadaaannya, maka baiklah akhlak dan sifat seseorang. Jika sebaliknya, ia perlu dibersihkan dengan taubat kepada Allah swt. Sangat bagus untuk muhasabah diri yang sentiasa alpa dan persediaan dalam meniti ujian bujukan syaitan dan nafsu. Bahasa terjemahannya mudah serta tersusun kemas.


message 15: by Nazmi, Pengarang akhbar dan kreatif (new)

Nazmi Yaakub | 2456 comments Mod
Shah wrote: "6. أيها الولد by أبو حامد الغزالي - Abu Hamid al-Ghazali Ayyuhal Walad (Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al Ghazali.

(Terjemahan dalam Bahasa Melayu oleh Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam.

Ayyuhal Walad nama kitab diberi. Atau ..."


belum jumpa kitab imam alghazali yg ini.


message 16: by Shah (new)

Shah Abdullah | 384 comments Nazmi wrote: "Shah wrote: "6. أيها الولد by أبو حامد الغزالي - Abu Hamid al-Ghazali Ayyuhal Walad (Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al Ghazali.

(Terjemahan dalam Bahasa Melayu oleh Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam.

Ayyuhal Walad nama kitab ..."


Salam Tuan Nazmi. Hari itu saya dapatkan di Tingkat 1 Wisma Yakin. Pustaka Tn.hj Irfan. Edisi yang saya beli itu seperti ini...
Ayyuhal Walad by أبو حامد الغزالي - Abu Hamid al-Ghazali Ayyuhal Walad


message 17: by Nazmi, Pengarang akhbar dan kreatif (new)

Nazmi Yaakub | 2456 comments Mod
Shah wrote: "Nazmi wrote: "Shah wrote: "6. أيها الولد by أبو حامد الغزالي - Abu Hamid al-Ghazali Ayyuhal Walad (Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al Ghazali.

(Terjemahan dalam Bahasa Melayu oleh Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam.

Ayyuhal Wal..."


wisma yakin - dekat tapi jauh :)


message 18: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Wahai Anakku by أبو حامد الغزالي - Abu Hamid al-Ghazali

Saya ada yang ini. Mungkin boleh tanya langsung pada penterjemah.


message 19: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Shah wrote: "6. أيها الولد by أبو حامد الغزالي - Abu Hamid al-Ghazali Ayyuhal Walad (Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al Ghazali.

(Terjemahan dalam Bahasa Melayu oleh Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam.

Ayyuhal Walad nama kitab diberi. Atau ..."


Saya tertarik sebab pada buku itu tulis Siri Bimbingan Remaja Islam.

Jadi malu tiba-tiba. Bertuah remaja yang dimaksudkan :)


message 20: by Shah (new)

Shah Abdullah | 384 comments Nazmi wrote: "Shah wrote: "Nazmi wrote: "Shah wrote: "6. أيها الولد by أبو حامد الغزالي - Abu Hamid al-Ghazali Ayyuhal Walad (Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al Ghazali.

(Terjemahan dalam Bahasa Melayu oleh Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam...."


Dekat tapi jauh? Bagaimana tu tuan nazmi? Hehe.


message 21: by Shah (new)

Shah Abdullah | 384 comments Najibah wrote: "Shah wrote: "6. أيها الولد by أبو حامد الغزالي - Abu Hamid al-Ghazali Ayyuhal Walad (Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al Ghazali.

(Terjemahan dalam Bahasa Melayu oleh Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam.

Ayyuhal Walad nama kitab ..."


Benar Pn. Najibah. Rasa malu dengan kealpaan diri apabila mendengar nasihat Imam al-ghazali yang ini.


message 22: by Shah (new)

Shah Abdullah | 384 comments 8. Aku, Muslim & Britain by Aizuddin Abdul Hamid Aku, Muslim & Britain (Aizuddin Hamid)

*Karya permulaan yang baik dari penulis dalam menitipkan perkongsian pengalaman sepanjang berada di UK. Namun, tidak banyak info yang dapat diperolehi untuk mencapai kepuasan pembaca bagi mengetahui lebih lanjut perbandingan tentang budaya dan pengalaman hidup masyarakat di sana untuk dikaitkan dengan kehidupan Islam. Berbeza dengan kepuasan membaca karya Dr.UZAR dalam bukunya "Jangan Berhenti Berlari".

Walau bagaimanapun, buku ini sangat bersesuaian dengan target utama buku ini iaitu kepada golongan remaja bagi mendapatkan rujukan dan panduan dalam kehidupan berdakwah di usia yang muda.


message 23: by Shah (new)

Shah Abdullah | 384 comments 9. Biografi Imam Malik Kisah Perjalanan dan Pelajaran Hidup Sang Imam Madinah by طارق السويدان Biografi Imam Malik: Kisah Perjalanan dan Pelajaran Hidup Sang Imam Madinah (Dr.Tariq Suwaidan)

* Memang banyak terbitan tentang kisah keperibadian Imam Malik di pasaran. Tetapi bagi terbitan Zaman (penerbit Indonesia) ini tulisan Dr.Tariq Suwaidan merupakan satu penulisan yang sangat tersusun dan sistematik dari segi gaya penyampaian riwayat kisah Imam Malik.

Pembahagian bab yang tersusun rapi serta gaya tulisan penulis yang cermat dan santai tetapi padat dengan manfaat dan kisah tambahan melengkapkan buku ini sebagai pilihan terbaik untuk mengenali keperibadian Imam Malik dari awal hingga akhir.

Dan penerbit juga mengambil inisiatif membukukan konsep yang sama untuk Imam Ahli Sunnah wal Jamaah yang lain seperti Imam Hanafi, Imam Ahmad bin Hambal dan Imam as-Syafie.


message 24: by Nazmi, Pengarang akhbar dan kreatif (new)

Nazmi Yaakub | 2456 comments Mod
Shah wrote: "Nazmi wrote: "Shah wrote: "Nazmi wrote: "Shah wrote: "6. أيها الولد by أبو حامد الغزالي - Abu Hamid al-Ghazali Ayyuhal Walad (Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al Ghazali.

(Terjemahan dalam Bahasa Melayu oleh Ustaz Ahmad..."


rasanya selalu terlihat buku ini, tetapi jarang tercapai.


message 25: by Shah (new)

Shah Abdullah | 384 comments 10. Dalam Hati Ada Syurga by Umar Muhammad Noor Dalam Hati Ada Syurga (Ustaz Umar Muhammad Nor)

Alhamdulilah. Sebuah lagi kesinambungan tulisan penulis dapat dihadam. Namun, kali ini sedikit tidak puas berbanding buku sebelumnya iaitu Kompas umat akhir zaman dan Ikon Syabab. Namun, seperti biasa karya yang ini masih memuatkan kehebatan tokoh-tokoh Islam dari sudut keperibadian dan akhlak mereka.

Sememangnya, tidak banyak buku-buku seperti ini dalam bahasa Melayu berbanding karya Indonesia yang diterjemahkan daripada bahasa Arab khususnya buku-buku Sheikh Abdul Fattah.


message 26: by Shah (new)

Shah Abdullah | 384 comments 11. Buat Pahala 'Free' Gaya Rasulullah by Mohd Khairul Nizam Buat Pahala 'Free' Gaya Rasulullah (Mohd Khairul Nizam)


message 27: by Nor, dari khutubkhanah USIM (last edited Apr 22, 2015 08:00AM) (new)

Nor (norazzahmomin) | 1565 comments Mod
Shah wrote: "11. Buat Pahala 'Free' Gaya Rasulullah by Mohd Khairul Nizam Buat Pahala 'Free' Gaya Rasulullah (Mohd Khairul Nizam)"

Dapat buku ini percuma daripada penulisnya. Tapi tak dibaca lagi. Bagaimana isinya?


message 28: by Shah (new)

Shah Abdullah | 384 comments Nor Azzah wrote: "Shah wrote: "11. Buat Pahala 'Free' Gaya Rasulullah by Mohd Khairul Nizam Buat Pahala 'Free' Gaya Rasulullah (Mohd Khairul Nizam)"

Dapat buku ini percuma daripada penulisnya. Tapi tak dibaca lagi. ..."


Isinya bagus.Gaya penyampaian pun mudah dan ringkas. Namun, yang paling penting habis baca buku ini, terus rasa bersemangat nak mulakan langkah "buat pahala 'free'"..


message 29: by Shah (new)

Shah Abdullah | 384 comments 12. Aku, Dia & Rezeki by Mohamad Feroz Mohammad Zaini Aku, Dia & Rezeki (Mohamad Feroz Mohammad Zaini)

Beli di PBAKL15 baru-baru ini. Pada mulanya sambil mengemas buku-buku baru dibeli, ambil peluang nak baca sikit. Rupa-rupanya terus tersihir dari muka depan terus tak boleh berhenti hingga usai membaca dalam beberapa jam.

Terbaik dari Abang Long. Perkongsian yang sangat mengetuk hati saya untuk mula berubah :-)


message 30: by Shah (new)

Shah Abdullah | 384 comments 13. Zero Hutang by Mohd Zulkifli Shafie Zero Hutang (Mohd Zulkifli Shafie)

Buku ke-2 PBAKL15 dapat dihabiskan. Tips yang menarik juga oleh penulis berdasarkan tajuk bukunya,


message 31: by Shah (new)

Shah Abdullah | 384 comments 14. Perpustakaan Dalam Islam by Zulkifli Mohamad Al-Bakri Perpustakaan dalam Islam Semarakkan Budaya Membaca (Ust.Dr Zulkifli Mohd Al-Bakri)

Bukunya nipis sahaja. Namun, sarat dengan data-data penting berkaitan perpustakaan samada kutub khanah zaman kegemilangan Islam mahupun kontemporari. Sebuah bacaan ringan yang bermanfaat.


message 32: by Shah (last edited May 02, 2015 12:57AM) (new)

Shah Abdullah | 384 comments 15. Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden by Danial Zainal Abidin Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden. (Dr. Danial Zainal Abidin)

Dah habis baca lama. Baru teringat yang buku ini belum masuk ke sini :)


message 33: by Shah (new)

Shah Abdullah | 384 comments 16. Saring Sebelum Mereng by Mat Rodi Saring Sebelum Mereng (Mat Rodi)

17. Mursi, Mesir, Dan Aku by Amirul Azmeer Asmadi MUrsi, Mesir dan Aku (Amirul Azmeer Asmadi)


message 34: by Shah (new)

Shah Abdullah | 384 comments 18. Leksikon Ledang by Nor Azida Ishak, Fadli al-Akiti Leksikon Ledang (Nor Azida Ishak dan Fadli al-Akiti)


message 35: by Shah (new)

Shah Abdullah | 384 comments 19. Cerpen2 Underground by Faisal Tehrani Cerpen2 Underground (Faisal Tehrani)


message 36: by Shah (new)

Shah Abdullah | 384 comments 20. Advantura Pulang Ke Malaya by Badrul Hisham Advantura Pulang ke Malaya (Badrul Hisham)


message 37: by Shah (new)

Shah Abdullah | 384 comments 21. Makan Gaji Kaya Harta Kaya Jiwa


message 38: by Shah (new)

Shah Abdullah | 384 comments 22. Selamat Tinggal Ulama (Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri)


message 39: by Shah (new)

Shah Abdullah | 384 comments 23. Pembangunan 1960-an Daripada Kata-Kata Tun Abdul Razak Hussein by Abdul Rahman Abdul Aziz Pembangunan 1960an Daripada Kata-kata Tun Abdul Razak Hussein (Abdul Rahman Abdul Aziz)


message 40: by Shah (new)

Shah Abdullah | 384 comments 24. UNFAIR ADVANTAGES - EDISI BAHASA MELAYU by Robert T. Kiyosaki Unfair Advantages Edisi BM (Robert Kiyosaki)


message 41: by Shah (new)

Shah Abdullah | 384 comments 25. Berlari Dari Jogja Untuk Menemukan Si Dia Christina by Z.F. ZAMIR Berlari Dari Jogja Untuk Menemukan Si Dia Christina (ZF Zamir)


message 42: by Shah (new)

Shah Abdullah | 384 comments 26. Penawar Duka Pengubat Sengsara by Mohd Asri Zainul Abidin Penawar Duka Pengubat Sengsara (Dr. Asri Zainul Abidin)


message 43: by Shah (last edited Jun 12, 2015 06:15AM) (new)

Shah Abdullah | 384 comments 27. Akademi Ramadan by Abdul Razak Muthalib Akademi Ramadan (Abdul Razak Muthalib)


message 44: by Shah (new)

Shah Abdullah | 384 comments 28. Catatan Seorang Da'i by Dr.Mohammad Nidzam Abd Kadir Catatan Seorang Da'i (Dr.Nidzam Abdul Kadir)


message 45: by Shah (new)

Shah Abdullah | 384 comments 29. Sedekah Luar Biasa by Zaharuddin Abdul Rahman Sedekah Luar Biasa (Dr. Zaharuddin Abdul Rahman)


message 46: by Shah (new)

Shah Abdullah | 384 comments 30. Melahirkan Anak Pencinta Al-Quran by Mohd Solleh Ab. Razak Melahirkan Anak Pencinta Al-Quran (Mohd Solleh Ab. Razak)


message 47: by Shah (new)

Shah Abdullah | 384 comments 31. Karakter Rajulun Shalih by Khalid Abdurrahman Al-Husainan Karakter Rajulun Shalih (Khalid Abdurrahman Al-Husainan)


message 48: by Shah (new)

Shah Abdullah | 384 comments 32. Didiklah Dari Hati by Pahrol Mohamad Juoi Didiklah dari Hati (Pahrol Mohd Juoi)


message 49: by Shah (new)

Shah Abdullah | 384 comments 33. Bagaimana hendak menjadi TUAN RUMAH JUTAWAN by Azizi Ali Bagaimana hendak menjadi TUAN RUMAH JUTAWAN (Azizi Ali)


message 50: by Shah (new)

Shah Abdullah | 384 comments 34. Bicara Ini Demi Ilahi by Nik Abdul Aziz Nik Mat Bicara Ini Demi Ilahi (Tuan Guru Nik Aziz bin Nik Mat)


« previous 1
back to top