Goodreads Malaysia discussion
Maraton Malaysia Membaca 2023
>
Khir Azib. Target 2023
date
newest »

message 1:
by
Khir
(new)
Jan 09, 2023 09:11PM

reply
|
flag

Judul: Adab Menyara Hidup
Antara sebab kita bekerja supaya dapat memberi lebih banyak manfaat bersifat umum. Jihad, haji sedekah, menghubungkan silaturrahim, berbakti pada ibu bapa.
Apabila harta sudah lebih daripada keperluan, maka beribadah ( ibadah khas) lah dengan penuh sedar diri.
Dalam sibuk kita bekerja, jangan lupa untuk memenuhi keperluan fizikal. Tanpa makanan, fizikal akan lemah menyebabkan cepat penat, malas, dan prestasi kerja juga merudum.
Sebagai seorang Islam, kita boleh makan apa sahaja, asalkan halal dan baik.
Buku yang menarik dalam mengingati tujuan sebenar kita bekerja dan mencari rezeki.

Judul: Formula Evergreen untuk Bahagia
Buku ini ditulis oleh Raja Ahmad Mukhlis. Diolah dan diambil panduannya melalui kitab Kimiya As-Saadah karya Imam al-Ghazali (505 H). Menyentuh perihal tasawuf dan akidah sebagai teras kandungan. Contohnya dalam buku ini dimulakan dengan menjelaskan berkaitan mengenal tuhan dengan cara mengenal diri terlebih dahulu. Perkara tersebut dijelaskan oleh pengarang pada bab 4 iaitu Kemuncak Kebahagiaan Insan.
Ustaz Raja Ahmad Mukhlis menyatakan diri manusia itu salah satu ciptaan alam yang penting dalam mengenal tuhan. Ini dibuktikan melalui penciptaan anggota badan seperti rambut, daging, otak, kepala dan sebagainya yang mempunyai sistem-sistem kawalan yang tersendiri bagi menjalankan fungsi tanpa ada pihak yang mengawalnya melainkan Allah SWT.
Seterusnya, kebahagiaan yang ingin dicapai bukanlah semata-mata kebahagiaan jangka pendek dan sementara, bahkan bersifat berkekalan dan berpanjangan. Persoalan tersebut amat penting kerana ia menyentuh sifat sebenar manusia yang diciptakan daripada roh dan jasad.
Persolan yang banyak disentuh ialah hati dan jenteranya. Kerana hati adalah tempat berhubung dengan allah dan nakhoda serta kerajaan bagi anggota zahir. Berlebih-lebihan dalam aspek keduniaan akan memberi impak buruk kepada diri rohani insan dan kehidupan juga.

Nasihat al-Muluk: Nasihat kepada Raja-raja.
Buku ini telah dimuatkan dengan analisis yang dikemukan oleh Dr Jelani dari segi latar belakang manuskrip Nasihat al-Mulk, tradisi penulisan politik Islam dan di Alam Melayu dan unsur-unsur kesusasteraan. Teks Nasihat al-Mulk turut dimuatkan dalam buku ini. Sedikit sebanyak telah memberikan satu gambaran keseluruhan intipati yang terkandung dalam karya Imam al-Ghazali juga memudahkan orang yang di luar bidang siyasah untuk menelaah.
Terdapat beberapa input yang penting untuk difahami dalam karya beliau seperti keutamaan kepada kekuatan akidah tauhid, soal kepemimpinan, kepentingan keadilan, keutamaan ilmu, dan sebagainya.
Untuk permulaan, Imam al-Ghazali menghubungkan furu’(politik) dengan usul(Akidah). Politik umpama pohon yang memerlukan akar yang kuat. Asas metafizik yang menjadi fondasi utama perlu dikuatkan walaupun ijtihad politik senantiasa berubah. Pengarang juga menyatakan beberapa garis panduan yang berkaitan bagi menjaga dan memandu amalan berpolitik sebagai seorang raja. Misalnya al-Ghazali menyatakan sepuluh pohon iman sebagai garis panduan sebagai asas bagi mengelakkan kerosakan yang berlaku dalam politik.
Buku ini perlu dibaca oleh pengkaji politik, aktivis masyarakat, politikus, dan juga pemimpin di setiap peringkat Meskipun karya Nasihat al-Mulk telah ditulis seribu tahun yang lalu, ia tetap relevan dan penting untuk dijadikan pedoman berpolitik pada masa kini.
Nasihat Kepada Raja-Raja (Nasihat al-Mulk) Imam al-Ghazali.