Goodreads Malaysia discussion

144 views
Salam Perkenalan & Pengumuman > Librarian Goodreads

Comments Showing 1-23 of 23 (23 new)    post a comment »
dateUp arrow    newest »

message 1: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (last edited Jun 07, 2023 07:46PM) (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Assalamualaikum semua,

Kalau tak keberatan, para Librarian Goodreads dari Malaysia boleh perkenalkan diri di sini. Mungkin akan dihubungi oleh mereka yang bukan Librarian kerana sekarang hanya Librarian boleh masukkan data buku.

Untuk jadi Librarian di Goodreads, kita perlu menjawab beberapa soalan yang disediakan pihak Goodreads.

Librarian Goodreads Malaysia:

1. Najibah Abu Bakar


message 2: by Zulkifli (new)

Zulkifli Khair (zulkiflikhair) | 81 comments Waalaikumussalam, tak kerja pustakawan pun boleh?


message 3: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Saya rasa boleh. Sebab ada kenal beberapa orang yang bukan latar belakang pustakawan dapat jadi Librarian di Goodreads. Cuma perlu jawab beberapa soalan dalam borang permohonan.


message 4: by Fara (new)

Fara (faradee) | 12 comments Najibah wrote: "Assalamualaikum semua,

Kalau tak keberatan, para Librarian Goodreads dari Malaysia boleh perkenalkan diri di sini. Mungkin akan dihubungi oleh mereka yang bukan Librarian kerana sekarang hanya Lib..."


Wslm. 🙋‍♀️ Saya Librarian Goodreads juga.


message 5: by Ummu Auni (new)

Ummu Auni (ummuauni) | 544 comments saya pun librarian


message 6: by SORA (new)

SORA | 22 comments Assalamualaikum. Nak minta librarian goodread masukkan satu buku boleh? Bila cari buku tersebut belum didaftar dalam goodread.


message 7: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Waalaikumussalam, boleh SORA. Boleh e-mel saya di najibah.abubakar [@] gmail.com

Berikan butiran berikut berserta gambar kulit buku yang sedia untuk dimuat naik.

Tajuk:

Nama Pengarang:

ISBN:

Penerbit:

Tahun Terbit:

Halaman:

Format: Paperback

Deskripsi:


message 8: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (last edited Aug 14, 2023 01:11AM) (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
SORA wrote: "Assalamualaikum. Nak minta librarian goodread masukkan satu buku boleh? Bila cari buku tersebut belum didaftar dalam goodread."

Selain itu, boleh juga mohon jadi librarian Goodreads, pautan ada dalam artikel ini. Syaratnya perlu ada sekurang-kurangnya 50 buah buku, telah jadi ahli Goodreads lebih tiga bulan, dan jawab beberapa soalan dalam borang yang disediakan.

https://help.goodreads.com/s/article/...


message 9: by SORA (new)

SORA | 22 comments Saya sudah emel maklumat yang diminta atas emel nourcerulean@gmail.com. Terima kasih.


message 10: by SORA (new)

SORA | 22 comments InsyaAllah nanti saya cuba mohon. Sudah tengok soalannya. Banyak susahh.


message 11: by Leyla (new)

Leyla Shuri | 1 comments Salam Puan Najibah,
Saya sudah emel data buku-buku baharu saya berserta imej cover buku-buku itu. Mohon bantuan puan sebagai librarian di sini.
Terima kasih.


message 12: by Mohammad Aizat (new)

Mohammad Aizat Mohammad Hanafi (jatbuku13) | 18 comments dah tengok soalan-soalan utk jadi librarian Goodreads. susah sedikit sbb saya bukan librarian, kena baca keseluruhan panduan librarian Goodreads dulu baru berani nk menjawab.


message 13: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (last edited Aug 19, 2023 03:37PM) (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Mohammad Aizat wrote: "dah tengok soalan-soalan utk jadi librarian Goodreads. susah sedikit sbb saya bukan librarian, kena baca keseluruhan panduan librarian Goodreads dulu baru berani nk menjawab."

Boleh bantu share soalan2 yang diberikan? Terima kasih.


message 14: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Leyla wrote: "Salam Puan Najibah,
Saya sudah emel data buku-buku baharu saya berserta imej cover buku-buku itu. Mohon bantuan puan sebagai librarian di sini.
Terima kasih."


Baiklah, beri saya sedikit masa untuk muat naik ya, sebab ada beberapa buku lain yang sedang tunggu giliran. Terima kasih.


message 15: by Eisya (new)

Eisya | 1 comments Assalamualaikum saya pun nak minta tolong tambahkan buku dalam goodreads juga boleh?


message 16: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1565 comments Mod
Saya juga Librarian Goodreads.


message 17: by Nusa (last edited Sep 30, 2024 06:57AM) (new)

Nusa Centre | 2 comments Assalamualaikum, saya nak minta bantuan untuk masukkan buku dalam goodreads boleh? Gambar kulit buku perlu dalam format apa ya?


message 18: by Zulkifli (new)

Zulkifli Khair (zulkiflikhair) | 81 comments Ikut pengalaman, PNG dan JPG boleh


message 19: by Nusa (new)

Nusa Centre | 2 comments Terima kasih


message 20: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Assalamualaikum semua,

Saya menerima banyak permohonan untuk masukkan buku sejak akhir tahun lepas dan yang terkini beberapa hari lepas daripada rakan-rakan Goodreads.

Saya mohon maaf kerana sesetengahnya saja sempat saya santuni dan yang lain terlepas. Apabila saya semak semula kesemua permohonan tersebut hari ini, banyak yang sudah dimasukkan oleh ahli Goodreads yang lain.

Sekiranya masih ada lagi yang perlukan bantuan, saya sudi membantu tetapi tidak dapat berjanji seberapa lama tempohnya. Semua bergantung pada urusan kerja hakiki dan juga tanggungjawab lain kerana sepanjang 2024 ini saya menemankan ibu di kampung.

Terima kasih atas kesabaran semua. Mohon maaf sekali lagi.


message 21: by F. Hanim (new)

F. Hanim (fhanimkhalim) | 4 comments Assalamualaikum Puan Najibah, salam Ramadan. Saya ada menghantar email, mohon bantuan pihak Puan untuk menambah 2 buah buku ke dalam senarai Goodreads. Semua maklumat yang diperlukan sudah saya senaraikan dalam email berkenaan. Ribuan terima kasih :)


message 22: by Nazmi, Pengarang akhbar dan kreatif (new)

Nazmi Yaakub | 2456 comments Mod
F. Hanim wrote: "Assalamualaikum Puan Najibah, salam Ramadan. Saya ada menghantar email, mohon bantuan pihak Puan untuk menambah 2 buah buku ke dalam senarai Goodreads. Semua maklumat yang diperlukan sudah saya sen..."

rasanya semua orang boleh add new book kot


message 23: by Nini (last edited Mar 22, 2025 03:45PM) (new)

Nini | 1 comments Salam sejahtera! Saya Nini, Saya nak minta tolong jasa baik librarian untuk tambah buku ni ke dalam Goodreads supaya lebih ramai boleh jumpa dan baca.Buku ni buat masa sekarang hanya diterbitkan di Wattpad. Berikut merupakan maklumat buku saya:

Tajuk: Sedetik Terkhilaf Selamanya Terhukum

Nama Pengarang: Nini

ISBN: Tiada ISBN

Penerbit: Self-published

Tahun Terbit: 2025

Halaman: Tidak Berkenaan

Format: ebook/wattpad

Deskripsi: 'Aku' mendapat tawaran ke MRSM Taiping, satu peluang besar yang sepatutnya menggembirakannya. Namun, dia terperangkap dalam dilema-perlukah dia mengejar impiannya, atau tetap di rumah menjaga ibunya yang tinggal seorang tanpa ayah disisi?

Keputusan percubaan SPMnya tidak memberangsangkan, menambah lagi kekeliruan dalam hidupnya. Namun, satu berita mengejutkan mengubah segalanya. Sejak itu, dia bertekad untuk menebus kesilapan dan berjuang demi masa depannya.

Mampukah dia mencapai kejayaan? Ingin tahu kisah seterusnya? Teruskan membaca!

Link bacaan buku ke wattpad :https://www.wattpad.com/story/3902316...

Muka Depan Buku :https://img.wattpad.com/cover/3902316...

Saya amat menghargai jika ada librarian yang boleh membantu menambah buku ini ke dalam sistem. Terima kasih banyak atas pertolongan!


back to top