Goodreads Malaysia discussion

180 views
Salam Perkenalan & Pengumuman > Inginkan Cadangan Daripada yang Berpengalaman

Comments Showing 1-50 of 53 (53 new)    post a comment »
« previous 1

message 1: by Yazid (Ciel) (new)

Yazid (Ciel) (plue) say ahli baru di sini. saya amat berharap ahli-ahli GM yang lain sudi memberikan cadangan novel-novel bahasa melayu (dan inggeris) yang sesuai untuk pelajar sekolah menengah. siapa yang ingin cadangkan novel cinta, matikan keinginan anda kerana novel cinta tidak dibenarkan di sekolah ini. terima kasih.


message 2: by Fariza (new)

Fariza | 736 comments Sekolah menengah? Cadangan:

Melayu
1. Rembulan Tenggelam Di Wajahmu
2. 1511H KOMBAT
3. Siri Novel Pahlawan perang Islam tulisan Abdul latip talib(ramai remaja lelaki suka buku ni)


English
1. Cherub series (memang sangat best..Baca yang pertama mesti nak baca lagi..)
1st book: The Recruit
2nd book:Class A
(2nd book ni ada tajuk lain untuk siri Amerika.)

Saya cadangkan Yazid baca buku Cherub series ni dan Handerson's Boy series tulisan Robert Muchamore ni sebab sesuai dengan remaja lelaki..


message 3: by Aina (new)

Aina Hilmi | 1044 comments Assalamualaikum Yazid, mungkin boleh cuba Galaksi Muhsinin Galaksi Muhsinin by Azrul Jaini , Urana Exham Urana Exham by Kusyi Hirdan dan Urana Exham: Satu Eterniti Urana Exham Satu Eterniti by Kusyi Hirdan

Ini mungkin bagi penggemar sains fiksyen :)


message 4: by Yazid (Ciel) (new)

Yazid (Ciel) (plue) terima kasih... saya harapkan novel daripada semua genre. kalau saya, saya sukakan buku yang 'brilliant'. brulah mencabar otak sikit.


message 5: by Star_Key (new)

Star_Key | 46 comments Yazid wrote: "say ahli baru di sini. saya amat berharap ahli-ahli GM yang lain sudi memberikan cadangan novel-novel bahasa melayu (dan inggeris) yang sesuai untuk pelajar sekolah menengah. siapa yang ingin cadan..."


welcome. saya belum cukup berpengalaman,mungkin. tapi saya sarankan yazid membaca novel-novel inggeris klasik. bagi saya, untuk memantapkan lagi penggunaan bahasa, novel-novel klasik antara senarai terbaik.
tapi mungkin yazid ada pilihan yang lain?

by the way, all the best. :)


message 6: by fahmee (new)

fahmee (gorgom22) | 40 comments bro try IMAM..
Berat juga...


message 7: by Star_Key (new)

Star_Key | 46 comments Mohd Fahmee wrote: "bro try IMAM..
Berat juga..."


IMAM????


message 8: by Yazid (Ciel) (new)

Yazid (Ciel) (plue) o.o' Saya ingatkan IMAM tu daripada Sasterawan Negara... Berat tu... carilah seperti Transgenesis dan Dominasi Tebrau.


message 9: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1565 comments Mod
Buku2 yang mendapatkan Anugerah Sastera Utusan. Mutu bahasa & isinya baik.


message 10: by Damaisuria (new)

Damaisuria | 15 comments Semua buku Abdul Latip Talib bagus juga. Penulis ini menghasilkan novel-novel Islam dan amat sesuai untuk diselami oleh generasi hari ini. Contoh buku:
HIJRAH by Abdul Latip Talib Khalid Memburu Syahid by Abdul Latip Talib Sultan Muhammad Al-Fateh Penakhluk Konstantinople by Abdul Latip Talib Uthman Affan Pengumpul al-Quran by Abdul Latip Talib Imam Hanafi Pendebat Kebenaran by Abdul Latip Talib


message 11: by fahmee (new)

fahmee (gorgom22) | 40 comments ada juga kritikan yg timbul drpd novel2 islam ini.. utk maklumat sila klik link ini http://komuniti.iluvislam.com/topic/2...


message 12: by Star_Key (new)

Star_Key | 46 comments Damaisuria wrote: "Semua buku Abdul Latip Talib bagus juga. Penulis ini menghasilkan novel-novel Islam dan amat sesuai untuk diselami oleh generasi hari ini. Contoh buku:
HIJRAH by Abdul Latip Talib..."


saya cuma baru selak buku Uthman Affan. quite interesting lah jugak. bila baca buku tentang tokoh Islam ni, kadang-kadang naik juga semangat untuk hidup.


message 13: by Tuah (new)

Tuah Sujana (tuahsujana) | 19 comments Mungkin novel-novel Faisal Tehrani sesuai kalau untuk bahasa Melayu dan novel-novel klasik Inggeris seperti tulisan Charles Dickens dan Jane Austen untuk bahasa Inggeris. Novel Faisal Tehrani sesuai kerana ideanya yang 'extra-ordinary' untuk pembaca remaja. Mereka akan dapat sesuatu yang baru. Novel klasik Inggeris sesuai kerana novel sebegitu sudah ada 'endorsement' daripada khalayak dan tepu kemanusiaan juga. Sesuai untuk pelajar sekolah menengah.


message 14: by Fatihah (new)

Fatihah (fatihahjamhari) Suka sekali cadangan dari Tuah.

Secara peribadi, saya sangat terikat dengan penulisan Ujang dalam Jibam. Cara penyampaian ringan tapi padan dengan sindiran dan nasihat. BERNAS!


message 15: by Tuah (new)

Tuah Sujana (tuahsujana) | 19 comments Untuk peringkat permulaan, mungkin novel Jibam dapat diketengahkan seterusnya untuk fasa-fasa seterusnya novel yang mencakupi idealisme pula mendapat tempat. Lagi satu, biar nampak ikoniknya. Kalau remaja mengenal Jibam melalui novel, mereka akan membaca komiknya pula mungkin. Atau apabila membaca novel 1515, remaja akan tertanya pula siapa pengarang novel ini? Bagaimana kehidupannya? Apa jenama laptop yang dia guna sewaktu menulis? Dengan kebijaksanaan memilih novel yang membawa kepada 'gosip intelektual' inilah, bagi saya, ada nilai yang lebih signifikan. Berbanding sikap pelajar dalam silibus KOMSAS; membaca sahaja nota di buku rujukan dan menjawab soalan ramalan sahaja!


message 16: by Fatihah (new)

Fatihah (fatihahjamhari) Tuah wrote: "Untuk peringkat permulaan, mungkin novel Jibam dapat diketengahkan seterusnya untuk fasa-fasa seterusnya novel yang mencakupi idealisme pula mendapat tempat. Lagi satu, biar nampak ikoniknya. Kalau..."

Sangat tertarik dengan pandangan ini. 'Gosip intelektual'!


message 17: by Fatihah (new)

Fatihah (fatihahjamhari) Mohd Fahmee wrote: "ada juga kritikan yg timbul drpd novel2 islam ini.. utk maklumat sila klik link ini http://komuniti.iluvislam.com/topic/2..."

menarik sekali ada yang mengulas tentang perihal penulisan 'novel-novel' sejarah Islam ini. Saya sokong kerana kekadang penulis tidak melampirkan bibliografi yang lengkap untuk menapis 'serbuk teh'. Lebih molek kalau kita sendiri yang bijak menapis dengan meluaskan pembacaan.


message 18: by Fatihah (new)

Fatihah (fatihahjamhari) Star_Key wrote: "Mohd Fahmee wrote: "bro try IMAM..
Berat juga..."

IMAM????"


Penulisan dari SN Abdullah Hussain yang juga penulis 'panas' Interlok. Saya sarankan, kerana walaupun berat saya rasa elok kalau remaja dibiarkan menggunakan otak yang ada daripada dibiar berkarat.


message 19: by Yazid (Ciel) (new)

Yazid (Ciel) (plue) Emily Iliani wrote: "Star_Key wrote: "Mohd Fahmee wrote: "bro try IMAM..
Berat juga..."

IMAM????"

Penulisan dari SN Abdullah Hussain yang juga penulis 'panas' Interlok. Saya sarankan, kerana walaupun berat saya ..."


wah pedas kata-katanya. Bagus juga jika novel itu novel brilliant dan mempunyail kata-kata yang susah beserta makna seperti novel the series of unfortunate events. Brilliant dan bersiri. Tetapi saya mahu novel itu endingnya bagus kerna tulisan lemony snicket itu endingnya tidak bagus dan kabur. Jika sains fiksyen cari penulis yag mnwgfunakan istilah sains dengan santai seperti amir husaini dengan novelnya teanagenesis. Ajan ada transgenesis 2. :) untuk novel isli saya suka karya kuseru namamu. Kalau detektif carilah yang senada dengan the haedy boys dan nancy drew.


message 20: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Hardy Boys? Nancy Drew? Yazid umur berapa? Kalau nak baca novel detektif yg mudah difahami Englishnya tetapi lebih bermutu tulisannya, baca karya Agatha Christie terutama yg memaparkan detektif Hercule Poirot.


message 21: by Fatihah (new)

Fatihah (fatihahjamhari) Khairul H. wrote: "Hardy Boys? Nancy Drew? Yazid umur berapa? Kalau nak baca novel detektif yg mudah difahami Englishnya tetapi lebih bermutu tulisannya, baca karya Agatha Christie terutama yg memaparkan detektif Her..."

Penulis kegemaran saya dalam Genre ini ialah Harlan Coben. Sangat gemar dengan cara beliau memutarkan penghujung cerita sehingga pembaca dikejutkan dengan pilin cerita. Cuba 'Tell No One'.


message 22: by Yazid (Ciel) (new)

Yazid (Ciel) (plue) oh bagusnya. lebih banyak cadangan lebih bagus. =)


message 23: by Xara_fatima (new)

Xara_fatima | 255 comments Dengan segan silunya, saya nak cadangkan novel saya : Virus L Malapetaka Di Hujung Jari...  by Suri Mawarne


message 24: by Faizah Roslaini (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Mungkin Yazid boleh cuba karya-karya H.G. Wells seperti The Invisible Man dan The War of the Worlds.

Buku buku Jules Verne pun OK.Twenty Thousand Leagues Under the Sea dan Journey to the Centre of the Earth.

Asimov juga OK kot. I, Robot.

Buku-buku ini saya cadangkan sebab kebanyakannya sudah diadaptasi menjadi filem dan ada bau bau adventure.

Ah satu lagi, The Phantom of the Opera.


message 25: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Oh God, no, not Asimov. No no no no no no no no no no...someone who reads Asimov might be turned off sci-fi for good. Read other sci-fi authors first then try some Asimov short stories. Then if you like try his novels. But don't be surprised if you don't like him.


message 26: by Fatihah (new)

Fatihah (fatihahjamhari) Khairul H. wrote: "Oh God, no, not Asimov. No no no no no no no no no no...someone who reads Asimov might be turned off sci-fi for good. Read other sci-fi authors first then try some Asimov short stories. Then if you..."

How strong a disapprove! Why so?


message 27: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (last edited Apr 19, 2011 01:53AM) (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
@Yazid, selamat berGRMY dengan teman-teman buku yang lain.

Saya tak sempat baca semua posting di atas, tapi dalam kalangan buku-buku Faisal Tehrani, saya cadangkan Manikam Kalbu

Buku Inggeris, kalau suka sci-fi, jangan lupa cuba Fahrenheit 451. Nipis saja, boleh habis dalam sehari bagi pelajar sekolah yang banyak waktu lapang (berbanding yang dah berkeluarga/berkerjaya)


message 28: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Emily Iliani wrote: "How strong a disapprove! Why so?"

Because he wasn't very good.

Asimov is often listed among the top sci-fi writers simply because he was there when the sci-fi boom began in the '50s and he kept on writing well until his death in the late '80s. He's well known simply because he was prolific. But his work doesn't have much to shout about. He had ideas (which is why he is considered a 'hard science' writer) but as entertainment, not so much. His characters are mostly one dimensional, he hardly wrote any strong women and there aren't any plots in his stories. His books were just vessels for him to expound his ideas of the future and robotics, which is fine and all but since he's writing about science-fiction he should have been at least entertaining.

That's why I recommend Asimov's short stories including his Asimov's Mysteries which is sadly out of print (but who knows maybe a 2nd hand bookshop might have a copy). His short fiction also has the same problems: transparent characters and all that but at least the stories are short and don't take multi volumes like his 'Foundation' series.

(reminds me of a quote from The Simpsons: "Isaac Asimov. Wrote a lot of books. Many of them not very good.")


message 29: by Faizah Roslaini (last edited Apr 19, 2011 06:46PM) (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
wah. Saya cadangkan asimov I, Robot kerana fikir remaja sekolah mungkin gemar karya-karya yang sudah terkenal. Memandangkan ia sudah diadaptasi menjadi filem.

Mungkin ini salah satu dari kes, the movie was better than the book.

bunnybaby pembaca Asimov tegar, ada komen?


message 30: by Yazid (Ciel) (new)

Yazid (Ciel) (plue) bagusnya. lebih banyak novel melayu pun bagus juga


message 31: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Faizah Roslaini wrote: "wah. Saya cadangkan asimov I, Robot kerana fikir remaja sekolah mungkin gemar karya-karya yang sudah terkenal. Memandangkan ia sudah diadaptasi menjadi filem.

Mungkin ini salah satu dari kes, the ..."


Persamaan I, Robot wayang dgn buku hanya tajuknya sahaja.


message 32: by Fatihah (new)

Fatihah (fatihahjamhari) Khairul H. wrote: "Emily Iliani wrote: "How strong a disapprove! Why so?"

Because he wasn't very good.

Asimov is often listed among the top sci-fi writers simply because he was there when the sci-fi boom began in ..."


Thanks for the clarification; I personally will not diversify my reading list to include sci-fi. Not that adventurous when it comes to reading, I'm afraid.

Heard alot of favorable comments on Asimov's philisophical discussions but I guess considering your comments, might only read a sum-up of the discussions, if at all.


message 33: by Fatihah (new)

Fatihah (fatihahjamhari) Najibah wrote: "@Yazid, selamat berGRMY dengan teman-teman buku yang lain.

Saya tak sempat baca semua posting di atas, tapi dalam kalangan buku-buku Faisal Tehrani, saya cadangkan Manikam Kalbu

Bu..."


Sangat, sangat menggemari Manikam Kalbu, tidak kesuluruhan kerana ada jalan penceritaan yang mendatar tapi lenggok bahasa pada bahagian semontel kucing berceritera.


message 34: by Faizah Roslaini (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Faisal Tehrani 1511 dan Advencer Si Peniup Ney pun bagus


message 35: by Fatihah (new)

Fatihah (fatihahjamhari) Faizah Roslaini wrote: "Faisal Tehrani 1511 dan Advencer Si Peniup Ney pun bagus"

Dalam banyak-banyak, terbaik bagi saya masih Ketupat Cinta. Sangat sinikal!


message 36: by Tuah (new)

Tuah Sujana (tuahsujana) | 19 comments Saya cadangkan untuk peringkat sekolah menengah, banyakkan buku yang dicari mengikut pengarang sebab saya dapati 'aura' pengarang itu perlu wujud sepanjang pembacaan. Itu antara faktor pemangkin untuk pelajar-pelajar kita membaca. Barulah kalau pergi ke pesta buku, ehh aku nak cari buku XYZ terbarulah!

Oh ya, jangan lupa novel Sri Rahayu, beliau juga dapat jadi ikonik kerana bertugas memang sebagai guru. Dan bukunya juga wow!


message 37: by Fatihah (new)

Fatihah (fatihahjamhari) Tuah wrote: "Saya cadangkan untuk peringkat sekolah menengah, banyakkan buku yang dicari mengikut pengarang sebab saya dapati 'aura' pengarang itu perlu wujud sepanjang pembacaan. Itu antara faktor pemangkin un..."

Sri Rahayu: Tolong cadangkan kepada saya tajuk yang paling menarik, Tuah.


message 38: by Tuah (new)

Tuah Sujana (tuahsujana) | 19 comments Jumlah novel Sri Rahayu agak mini dan masih boleh disusuri jejaknya seawal novel pertama hingga yang terkini. Perjalanan oksidentalismenya dapat dipetik dari situ, tetapi yang paling menusuk tentunya novel "Impuls Roh". Ini novel terkininya.


message 39: by Norain (last edited May 05, 2011 03:50AM) (new)

Norain | 687 comments Khairul H. wrote: "Emily Iliani wrote: "How strong a disapprove! Why so?"

Because he wasn't very good.

Asimov is often listed among the top sci-fi writers simply because he was there when the sci-fi boom began in ..."


I read I, Robot when I was 15 or 16 and thought it was very good, but when I suffered to finish reading his novel last year, I wondered if getting on in age was the cause I could not enjoy Asimov anymore. Now I know why.


message 40: by Norain (last edited May 05, 2011 03:50AM) (new)

Norain | 687 comments Faizah Roslaini wrote: "wah. Saya cadangkan asimov I, Robot kerana fikir remaja sekolah mungkin gemar karya-karya yang sudah terkenal. Memandangkan ia sudah diadaptasi menjadi filem.

Mungkin ini salah satu dari kes, the ..."


The film is good and the book too I think, but they are different. The only similarity is the three laws of robotics.


message 41: by Norain (new)

Norain | 687 comments My suggestion is, if you want to include Dickens, than include the abridged version. It is safer that way.


message 42: by Juliana Es (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Emily Iliani wrote: "Sri Rahayu: Tolong cadangkan kepada saya tajuk yang paling menarik"

Bukan Legasi Lalang dan Odisi Tanah Kencana ialah yang paling saya suka. Kedua suka, Warisnya Kalbu dan Merdekakan Cinta Ratna. Impuls/Roh memang mempunyai mesej yang kuat, tapi ia akan menjadi lebih baik jika diperkembangkan lagi.


message 43: by Juliana Es (last edited May 06, 2011 05:07AM) (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Faizah Roslaini wrote: "bunnybaby pembaca Asimov tegar, ada komen?"

Peminat tegar cerpen Asimov sahaja, belum lagi menjadi pembaca tegar. Sebetulnya, setakat ini saya belum lagi membaca novel Asimov. Saya tidak menafikan pandangan Khairul mengenai novel-novel Asimov itu mungkin ada benarnya. Tidak semestinya jika cerpen penulis itu disenangi, novelnya pun akan turut digemari juga.


message 44: by Hilmi (new)

Hilmi Isa (hilmiisa) | 63 comments Yazid wrote: "say ahli baru di sini. saya amat berharap ahli-ahli GM yang lain sudi memberikan cadangan novel-novel bahasa melayu (dan inggeris) yang sesuai untuk pelajar sekolah menengah. siapa yang ingin cadan..."

Selamat datang ke GRMY saudara Yazid! Em...Saya cadangkan Yazid membaca novel-novel tulisan Ramlee Awang Murshid. Karya-karyanya memang sesuai untuk dibaca oleh golongan remaja dan dewasa.
Saya mahu tanya sedikit pada Yazid. Adakah pihak pentadbiran sekolah Yazid melarang para pelajar membawa novel cinta? Bagaimana pula dengan novel cinta Islamik?


message 45: by Yazid (Ciel) (new)

Yazid (Ciel) (plue) novel cinta isllami boleh mungkin... sebab di perpustakaan ada novel salju sakinah tapi novel sebegini cuma ada dua atau tiga sahaja


message 46: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1565 comments Mod
Kalau memang ada bajet, pergi terus beli dengan penerbit (tapi biasanya sekolah kena beli melalui pembekal). dengan penerbit, boleh dapat diskaun lebih banyak. Saya fikir buku2 PTS ok.


message 47: by Hilmi (new)

Hilmi Isa (hilmiisa) | 63 comments Yazid wrote: "novel cinta isllami boleh mungkin... sebab di perpustakaan ada novel salju sakinah tapi novel sebegini cuma ada dua atau tiga sahaja"

Oh...OK. Jika begitu,saya kira bagus juga sekiranya saya mencadangkan novel-novel cinta Islamik Habiburrahman El Shirazy seperti:

Ayat-ayat Cinta by Habiburrahman El Shirazy

Bumi Cinta by Habiburrahman El Shirazy

Dalam Mihrab Cinta by Habiburrahman El Shirazy

Cerita yang disampaikan bukannya cinta picisan. Sarat juga dengan nilai-nilai Islam dan contoh-contoh yang baik yang terdapat di dalamnya.
Selain tu,boleh juga dapatkan novel-novel Islamik keluaran PTS terutamanya. PTS memang aktif juga menerbitkan novel-novel yang sedemikian rupa.


message 48: by Yazid (Ciel) (new)

Yazid (Ciel) (plue) oh ya, jika nak cadangkan buku, saya amat mengharapkan buku itu tiada bahasa pasar atau bahasa rojak atau bahasa rosak.


message 49: by 'Atiqah (new)

'Atiqah Mahmud | 5 comments Sy cdgkan buku hilal asyraf, fatimah syarha, dr farhan hadi, diagnosis, muhammad penggenggam hujan, atau novel sirah dari abdul latip talib.. Boleh dapatkan novel2 mnarik di sini https://www.facebook.com/chp96bookstore


message 50: by rul_NurHas (new)

rul_NurHas (nurhas) | 4 comments Saya cadangkan buku 'Di Hamparan Shamrock Kuseru Nama-Mu' & 'Secangkir Teh Pengubat Letih' . Hasil tulisan Ustaz Hasrizal Jamil...mengisahkan tentang pengalaman ustaz ketika menuntut ilmu di negara orang. Seronok dan rasa bersemangat nak mengembara di bumi Allah ni..hehe.Buku Diagnosis ( hasil tulisan Dr Anwar Fazal) pun best. :)


« previous 1
back to top