“Jangan takut menghadapi cinta. Ketahuilah bahawa Allah yang menjadikan matahari dan memberinya cahaya. Allah yang menjadikan bunga dan memberinya wangi. Allah yang menjadikan tubuh dan memberinya nyawa. Allah yang menjadikan mata dan memberinya penglihatan. Maka Allah pulalah yang menjadikan hati dan memberinya cinta. Jika hatimu diberiNya nikmat pula dengan cinta sebagaimana hatiku, marilah kita pelihara nikmat itu sebaik-baiknya, kita jaga dan kita pupuk, kita pelihara supaya jangan dicabut Tuhan kembali. Cinta adalah iradat Tuhan, dikirimnya ke dunia supaya tumbuh. Kalau dia terletak di atas tanah yang lekang dan tandus, tumbuhnya akan menyeksa orang lain. Kalau dia datang kepada hati yang keruh dan kepada budi yang rendah, dia akan membawa kerosakan. Tetapi jika dia hinggap kepada hati yang suci, dia akan mewariskan kemuliaan, keikhlasan dan taat kepada Ilahi.”
―
―
“Tetapi Tuan... kemustahilan itulah yang kerap kali memupuk cinta.”
― Di Bawah Lindungan Ka'bah
― Di Bawah Lindungan Ka'bah
“Kadang-kadang cinta bersifat tamak dan loba, kadang-kadang was-was dan kadang-kadang putus asa.”
― Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck
― Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck
“Yang amat ajaib ialah peperangan di antara otak dan hati. Beberapa saat dia dapat dilupakan dan hati mengikut dengan patuh apa kehendak otak. Tapi bila kelihatan rumah tangganya, atau kelihatan rupanya sendiri, dan kadang-kadang bila namanya disebut orang, hati lupa akan perintah otak, ia kembali berdebar ia surut kepada kenang-kenangannya yang lama. Ini yang kerap kali mengalahkan anakanda.”
―
―
“Apakah keuntungan dan bahagianya cinta yang tiada berpengharapan?
.
Bukankah cinta itu sudah satu keuntungan dan pengharapan?”
― Di Bawah Lindungan Ka'bah
.
Bukankah cinta itu sudah satu keuntungan dan pengharapan?”
― Di Bawah Lindungan Ka'bah
Arahman7’s 2024 Year in Books
Take a look at Arahman7’s Year in Books, including some fun facts about their reading.
More friends…
Polls voted on by Arahman7
Lists liked by Arahman7










