This will prevent Mohd from sending you messages, friend request or from viewing your profile. They will not be notified. Comments on discussion boards from them will be hidden by default.
Mohd Zuhri said:
"
Cadangnya saya tak terfikir nak beli novel ni. Tapi bila tengok hebat betul penangan sampai buat DP, saya terus terfikir nak beli. Baca sinopsis kelihatan biasa, dan penangan novel ni hebat sampai Syarul Ridwan model jadi Haidar. Huhu... Gara-gara MayCadangnya saya tak terfikir nak beli novel ni. Tapi bila tengok hebat betul penangan sampai buat DP, saya terus terfikir nak beli. Baca sinopsis kelihatan biasa, dan penangan novel ni hebat sampai Syarul Ridwan model jadi Haidar. Huhu... Gara-gara Maya yang mahu menangguhkan perkahwinan mereka, Haidar lepaskan kemarahan dan buat satu agenda yang tidak terduga. Dia melamar Dania, menjadi isterinya dengan nilai 100 ribu ringgit. Haidar buat semua itu kerana mahu menghamburkan kemarahan yang terhadap Maya. Cadangnya, Haidar menyuruh Dania tidak mencampuri urusannya. Mereka berdua buat urusan sendiri. Tetapi, semua itu hanyalah sementara. Haidar yang dulunya buat tidak endah kepada Dania sudah berubah drastik. Setiap malam, Haidar sudah tidak keruan. Lama-kelamaan, hatinya tidak boleh menidakkan bahawa dia mahu mendampingi Dania. Dania pula, tidak faham. Haidar selalu melakukan aksi di luar sedar terhadapnya. Namun mulut kata cinta kepada Maya. Sementelah pula ketika itu Maya sudah balik dari negara luar dan mahu menyambung serta meneruskan perkahwinan mereka semula. Hubungan ini dibina atas dasar bagi menutup yang haram dan mengesahkan yang halal. Kata-kata Haidar dahulu, masih terngiang2 ditelinga. Suatu saat, ikatan ini akan terlerai apabila Maya pulang. Dania menerima semua ini kerana terpaksa. Waktu itu dia dalam keadaan darurat. Haidar.... begitu sukar Dania mahu memahami hati seorang lelaki yang bergelar suami itu. Haidar sentiasa menginginkannya, tapi kenapa nekad hendak mengahwini Maya? Haidar hanya memikirkan egonya sahaja dan perasaannya. Perasaan Dania yang bagaikan hanya untuk dilepaskan nafsu semata-mata bagaimana? Dania perlu keras hati dan tegas dengan Haidar. Tapi dia selalu kalah dengan perlakuan lelaki itu. Lalu apakah yang akan berlaku seterusnya? Apa reaksi semua pihak? Ibu Dania, Tan Sri Faris dan ibu Haidar serta Maya? Hatta Adib yang sudah memasang angan ingin mengahwini Dania, seorang doktor yang sangat rapat juga membuatkan ibu Dania turut berkenan terhadap lelaki itu? Bila segalanya terbongkar di pengetahuan semua pihak, benarkan akan terlerai ikatan ini? Atau selimut malam yang menyelubung diri Haidar dan Dania akan berkekalan?? *******
Sebuah novel limited yang best kebabom!! Tak rugi beli! Rugi x bce. Semua cukup rendah dan rasa....more
"