Status Updates From المتشددون
المتشددون by
Status Updates Showing 1-29 of 29
Nazmi Yaakub
is on page 194 of 247
Ada suntikan emosi yang tipis tetapi tetap terasa, dalam tulisan Dr Ali Jumaat apabila menjawab dakwaah kelompok Salafi-Wahabi bahawa ibu bapa Rasulullah SAW sebagai ahli neraka - siapa yang tidak terasa tersayat hatinya apabila mendengar kata-kata sebegitu walaupun mereka menggunakan alasan hukum yang diperselisih oleh ulama sedangkan hakikatnya pandangan yang lebih benar tidak demikian.
— Nov 13, 2013 07:30PM
Add a comment
Nazmi Yaakub
is on page 159 of 247
Khabarkan mereka yang mengatakan perayaan Maulid Nabi sebagai bidaah, Abu Lahab yang dicela Allah dalam al-Quran pun diringankan seksaan setiap Isnin kerana kegembiraan menyambut kelahiran Baginda, maka bagaimana pula dengan kita yg beriman dan bergembira saban tahun meraikan hari kelahiran Baginda!
— Nov 11, 2013 07:21AM
Add a comment
Nazmi Yaakub
is on page 132 of 247
Hujah Fadhilatus-Syeikh bernas dan lancar yang mematahkan dakwaan golongan Salafi-Wahabi daripada sikap merendahkan Imam Abu Hassan Al-Asyaari dan mereka yg mengikuti jalannya hinggalah tohmahan bidaah yang lancang dengan beliau menekankan at-turk atau tindakan Rasulullah meninggalkan sesuatu atau tidak melakukannya tidak pernah dianggap sumber hukum oleh para sahabat, tabiin dan pengikut mereka.
— Nov 11, 2013 07:01AM
Add a comment
Nazmi Yaakub
is on page 48 of 247
Selepas mencatatkan sejarah ringkas gerakan Salafi yang bermula di Mesir melalui kaum reformis pada akhir kurun ke-19 dan awal abad ke-18 yang kemudian menyatu dengan gerakan Wahabi, Dr Ali Jum'ah meneliti 17 perkara yang menimbulkan kelam-kabut fatwa di kalangan umat Islam hingga terjebak dalam gejala mengkafirkan dan menganggap pihak lain syirik serta bidaah. Buku yang wajib diterjemah ke bahasa Melayu sebenarnya.
— Nov 10, 2013 03:39PM
Add a comment











