Status Updates From Agama dan Falsafah
Agama dan Falsafah by
Status Updates Showing 1-28 of 28
Arif Samshuri
is finished
Falsafah falsafah yg sering kita temui sepanjang zaman hanyalah satu cara yg berbeza dalam penilaian dan pendirian yg digunakan sebagai alat untuk menyampaikan pandangan yg dipegang. Pegangan yg berbeza beza ini ternyata gagal dlm kesatuan menundukkan ahlinya kepada hakikat ilmiah yg menurut metode logikanya yg teliti. Justeru, penilaian terhadap Islam menurut pandangan mereka menunjukkan kelemahan dirinya sendiri.
— Aug 13, 2021 01:39AM
Add a comment
Arif Samshuri
is on page 50 of 95
Sesetengah ahli falsafah menganggap agama itu hanyalah fenomena sosial tanpa logik kritis dan teliti lalu memukul rata kesemua agama ke dalam idea tersebut. Jika mereka mendalami metode yg digunakan sarjana Islam, andaian bahawa Islam juga mempunyai unsur campur tangan manusia tidak akan timbul, malah tidak mampu untuk menolak metode untuk menafsir teks al Quran yg benar dari Tuhan.
— Jul 23, 2021 09:59PM
Add a comment
Arif Samshuri
is on page 41 of 95
Syeikh al Buti mengkritik pandangan ahli falsafah yg menyatakan ikutan nas bagi org beriman hanyalah berlandaskan ancaman dan gertakan. Bagaimanakah seorang yg mensahihkan nas rasa terancam dan digertak? Kecuali hanya kpd org yg tidak memandang nas itu bernilai. Bagaimana tebing sungai menjadi ancaman kepada itik?
— Jul 22, 2021 02:39AM
Add a comment
Arif Samshuri
is on page 37 of 95
Syeikh al Buti menjawab bahawa persoalan ghaib tidak akan mampu dijawab oleh akal maka penelitian ilmiah dan perkhabaran yg sahih mampu untuk menjawab persoalan tersebut. Beliau memberi contoh seperti penelitian ilmiah kepada perkhabaran manual pengguna telefon pintar yang membolehkan kita memahami perkara yg tiada ilmu kita padanya. Quran tidak syak lagi merupakan perkhabaran sahih dari Tuhan ttg perihal ghaib.
— Jul 21, 2021 07:17AM
Add a comment
Arif Samshuri
is on page 28 of 95
Keimanan bukanlah satu metode tertentu tetapi hasil daripada kajian ilmu yang telah ditempuh dengan menggunakan metode ilmiah yang tiada pencemaran kepentingan dan hawa nafsu. Bayangkan mana mungkin seorang ahli matematik yg berjaya menemui jawapan kepada satu penyelesaian yg sah, kemudian menolak keputusan tersebut.
— Jul 20, 2021 10:44PM
Add a comment
Arif Samshuri
is on page 15 of 95
Keterhakisan jati diri umat Islam dari unsur pemikiran, akidah dan perbuatan menjadi punca kepada segala masalah. Aliran aliran seperti nasionalisme dan rasisme telah masuk ke dalam pemikiran umat sehingga perkara yang dapat menguat dan menghimpunkan kesatuan umat semakin dilupakan. Perkara itu ialah hakikat alam, manusia dan kehidupan berlandaskan Al Quran.
— Jun 13, 2021 08:00AM
Add a comment
















