Najihah > Recent Status Updates

Showing 1-30 of 133
Najihah
Najihah is on page 11 of 78 of Key to al-Kahf: Challenging Materialism and Godlessness
Sūrah al-Kahf was revealed in Mecca when the Muslims were facing severe persecution and fierce opposition. It's during this period that the Quraysh sought the help of the Ahl al-Kitāb (People of the Book) to frame some questions for the Prophet (peace be upon him) so as to test the authenticity of the revelations he received.
Feb 17, 2026 04:07PM Add a comment
Key to al-Kahf: Challenging Materialism and Godlessness

Najihah
Najihah is on page 218 of Iqra': Panduan Berfikir Dalam Menghadapi Krisis Kejahilan Moden
"Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah." (al-Alaq:3)
Bacaan perlu mengingatkan kita pada kebesaran dan sifat pemurah Allah swt. Tanpa kesedaran ini, orang yg membaca mungkin merasakan dirinya lebih baik drpd mereka yg tidak membaca. Setiap ilmu yg dipelajari perlu dihalakan pada jalan manfaat. Kita dituntut utk memikirkan bagaimana ilmu itu boleh beri kebaikan kpd diri serta masyarakat.
Feb 17, 2026 05:51AM Add a comment
Iqra': Panduan Berfikir Dalam Menghadapi Krisis Kejahilan Moden

Najihah
Najihah is on page 129 of Iqra': Panduan Berfikir Dalam Menghadapi Krisis Kejahilan Moden
Kâtip Çelebi pada abad ke-17 menegur kelompok ulama' pada zamannya yg mundur. Mereka gemar membaca buku2 ringan, mengutamakan bacaan sekunder berbanding primer, populis, serta menganggap ilmu yg mereka tak tahu sbg "bukan ilmu" seperti matematik, fizik dll.
Feb 15, 2026 11:21PM Add a comment
Iqra': Panduan Berfikir Dalam Menghadapi Krisis Kejahilan Moden

Najihah
Najihah is on page 113 of Iqra': Panduan Berfikir Dalam Menghadapi Krisis Kejahilan Moden
"Membaca semata2 tidak menjamin tercapainya objektif Iqra'. Tanpa sikap bertanya dan rendah hati terhadap batas ilmu, aktiviti membaca boleh melahirkan keangkuhan. Inilah punca lahirnya "gelombang kebodohan", iaitu satu fenomena yg memperlihatkan kpd kita bahawa kebodohan bukan lagi aib, sebaliknya adalah norma sosial."
Feb 15, 2026 08:41AM Add a comment
Iqra': Panduan Berfikir Dalam Menghadapi Krisis Kejahilan Moden

Najihah
Najihah is on page 81 of Iqra': Panduan Berfikir Dalam Menghadapi Krisis Kejahilan Moden
Iqra' menuntut manusia untuk menghimpun, memproses dan membina makna. Ia berlaku melalui tindakan membaca, mendengar, melihat dan diproses pada akal fikiran utk mendapat makna. Hanya dengan proses inilah kita akan menghubungkan diri kita dgn kejadian sekeliling kita, dan memahami Allah yg Maha Mencipta segalanya 📖
Feb 14, 2026 07:33AM Add a comment
Iqra': Panduan Berfikir Dalam Menghadapi Krisis Kejahilan Moden

Najihah
Najihah is on page 60 of Iqra': Panduan Berfikir Dalam Menghadapi Krisis Kejahilan Moden
Kita berada pada zaman pascakebenaran dan sedang bergerak ke arah Jahiliah 2.0. Di sinilah keperluan untuk kembali kpd Iqra’ iaitu bukan sekadar membaca teks, tetapi membaca dunia dan kehidupan. Iqra’ pernah menyelamatkan umat manusia sewaktu Jahiliah 1.0 📖
Feb 11, 2026 02:15AM Add a comment
Iqra': Panduan Berfikir Dalam Menghadapi Krisis Kejahilan Moden

Najihah
Najihah is on page 365 of 432 of Tafsir Surah Al-Fatihah dan Juzuk 1
Kebenaran ialah sesuatu yang dapat dipertanggungjawabkan oleh akal yg sihat, yg tidak akan dapat ditumbangkan oleh perkisaran angin zaman, yg menolak akan segala yg salah, menentang yg bobrok, agak2 dan angan2, dongeng2 yg tidak berdasar. Kebenaran menimbulkan ketenteraman dalam batin orang yg menganutnya dan menghilangkan keraguan.
Jan 29, 2026 02:50AM Add a comment
Tafsir Surah Al-Fatihah dan Juzuk 1

Najihah
Najihah is on page 78 of 240 of Every Day I Read: 53 Ways to Get Closer to Books
"Sometimes a quote feels as though it’s looking at us in the eye. Those who’ve experienced that will know what I mean. It’s as if there’s a beam of light shining upon us, guiding us just as we’re feeling lost. Sometimes a single sentence is more powerful than a whole book."
Jan 25, 2026 02:36AM Add a comment
Every Day I Read: 53 Ways to Get Closer to Books

Najihah
Najihah is on page 144 of 432 of Tafsir Surah Al-Fatihah dan Juzuk 1
Apa erti taqwa? Taqwa ialah memelihara hubungan baik dengan Allah. Memelihara diri jangan sampai terperosok pada suatu perbuatan yg tidak diredhai oleh Allah. Memelihara segala perintahNya supaya dapat dijalankan.
Jan 23, 2026 06:24AM Add a comment
Tafsir Surah Al-Fatihah dan Juzuk 1

Najihah
Najihah is on page 134 of 432 of Tafsir Surah Al-Fatihah dan Juzuk 1
Betapalah perasaan kita, wahai insan yg ghafil(lalai), kalau Allah murka kpd kita? Renungkan ayat 77 dari surah Ali 'Imran:
"Itulah orang yang tidak ada bahagian untuk mereka di akhirat dan tidaklah Allah akan bercakap dgn mereka dan tidak akan memandang kpd mereka di Hari Kiamat dan Dia tidak lagi akan menyucikan mereka, dan bagi mereka azab yang pedih."
Jan 21, 2026 09:32PM Add a comment
Tafsir Surah Al-Fatihah dan Juzuk 1

Najihah
Najihah is on page 108 of 432 of Tafsir Surah Al-Fatihah dan Juzuk 1
Permulaan dari redha Allah itu ialah bilamana telah tumbuh dalam jiwa keinsafan beragama, menjadi Islam yg bererti menyerah diri dgn sukarela kepada Allah dan iman yg bererti kepercayaan yg penuh. Islam dan iman menimbulkan ihsan, iaitu bekerja terus memperbaiki dan mempertinggi mutu jiwa. Maka timbullah nur di dalam jiwa, cahaya yg memberi sinar pada kehidupan. Dan cahaya itu menyuluhinya sampai ke akhirat.
Jan 20, 2026 06:08PM Add a comment
Tafsir Surah Al-Fatihah dan Juzuk 1

Najihah
Najihah is on page 75 of 432 of Tafsir Surah Al-Fatihah dan Juzuk 1
Sewaktu Buya HAMKA dalam tahanan penjara, beliau mengarang Tafsir pada waktu pagi, membaca buku2 di petang hari, tilawatil quran di antara maghrib dan isyak, dan tahajjud serta munajat di lepas tengah malam. Itulah obat yg paling mujarab pengobat kesepian dan rasa murung. "Di waktu segala jalan hubungan di bumi ditutup orang, hubungan ke langit lapang terluang."
Jan 20, 2026 05:35AM Add a comment
Tafsir Surah Al-Fatihah dan Juzuk 1

Najihah
Najihah is on page 30 of 432 of Tafsir Surah Al-Fatihah dan Juzuk 1
"Kepada peminat al-Quran kami serukan bahawa pentafsiran dari tiap-tiap pentafsir tidaklah sama, masing2 diberi warna oleh keperibadian pentafsir sendiri, dalam dan dangkal ilmunya, pendidikan dan pengalamannya. Sebab itu, kita ingatkan tafsir ini belumlah cukup, sebagai pembimbing sahaja masuknya nur ayat2 al-Quran ke dalam jiwa masing2. Yang cukup dan lengkap hanyalah al-Quran itu sendiri."
Jan 19, 2026 05:31PM Add a comment
Tafsir Surah Al-Fatihah dan Juzuk 1

Najihah
Najihah is on page 42 of 335 of Bullshit Jobs: A Theory
Shit jobs tend to be blue collar and pay by the hour, whereas bullshit jobs tend to be white collar and salaried. Those who work shit jobs tend to be the object of indignities; they not only work hard but also are held in low esteem for that very reason. But at least they know they’re doing something useful.
Jan 06, 2026 05:34AM Add a comment
Bullshit Jobs: A Theory

Najihah
Najihah is on page 11 of 250 of Cuma Aku, Lukaku, dan Tuhanku
Dalam surah al-Baqarah ayat 215, Allah bimbing kita untuk set prioriti memberi kita. Kalau nak memberi, utamakan dulu keluarga. Utamakan yg utama.
Jan 02, 2026 07:17PM Add a comment
Cuma Aku, Lukaku, dan Tuhanku

Najihah
Najihah is on page 275 of 428 of Falsafah Hidup
Baik sangka kpd manusia dan kpd Tuhan menghilangkan dendam dan kesumat. Lantaran baik sangka kita tenteram hidup, dan hilanglah zalim sesama manusia. Lantaran baik sangka, banyak perkara yg selesai dan tidak ada rancangan yg terbengkalai. Terpujuk tangis org yg kecewa. Terbimbing tangan org yg jatuh. Maka siapa yg hendak hidup sederhana, tawakallah kpd Tuhan. Hidupkanlah cita-cita dan baik sangka kpd sesama manusia.
Dec 31, 2025 07:33PM Add a comment
Falsafah Hidup

Najihah
Najihah is on page 165 of 428 of Falsafah Hidup
"Jagalah matamu hai laki-laki, jagalah matamu hai perempuan. Pagarlah dirimu masing-masing dengan sabar hai laki-laki, dan dengan malu, hai perempuan."
Dec 31, 2025 01:02AM Add a comment
Falsafah Hidup

Najihah
Najihah is on page 106 of 428 of Falsafah Hidup
Menolong orang yang melarat, membela orang yang teraniaya, bersegera menunjuki orang yg tersesat, memelihara amanah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat serta yg lain semuanya ialah membayarkan kewajiban, yg timbul drpd seruan keutamaan yg ada dalam jiwa, rasa tanggungjawab dan perintah agama. Kalau tidak timbul dari rasa tanggungjawab dan budi utama, sia-sialah sekaliannya itu.
Dec 28, 2025 05:27PM Add a comment
Falsafah Hidup

Najihah
Najihah is on page 72 of 428 of Falsafah Hidup
Islam melarang keras orang meminum khamar, tuak, brendi, tegasnya segala minuman yg memabukkan, karena bila telah mabuk, akal pun hilang. Padahal akal itulah kelebihan manusia dari binatang. Tuhan tak mau manusia menjadi binatang. Sebab banyak benar beban yg dipikulkan Tuhan kepadanya, yg semuanya itu bergantung kpd sempurna akalnya. Kalau dia berubah perangai jadi binatang, tentu beban itu tak dapat dipikulnya lagi.
Dec 27, 2025 09:19PM Add a comment
Falsafah Hidup

Najihah
Najihah is on page 42 of 428 of Falsafah Hidup
Orang yang berakal adalah orang yg mendapat inayah(pertolongan) dari Allah. Siapa saja yang mendapat inayah demikian, lebih kaya dia dari millionaire. Sebab dari batinnya itu memancar cahaya hidayah Rabbaniyah. Hatinya penuh dgn kebijaksanaan, sangkanya baik, pengharapannya benar. Orang lain hanya melihat sesuatu dari kulitnya sedang dia sampai ke dalam isinya.
Dec 27, 2025 05:35AM Add a comment
Falsafah Hidup

Najihah
Najihah is on page 201 of 360 of Tafsir Surah Al-Ahzab dan Juzuk 22
"Sabar dan syukur adalah dua sayap kehidupan bagi orang yang beriman. Ketahanan dan kebesaran jiwa diuji dgn berbagai percobaan, namun taring dan perisai di saat yg demikian ialah sabar. Dan apabila nikmat datang bertubi, suka cita banyak dirasakan, kendali diri adalah bersyukur kpd Allah swt., kerana semua itu tak terjadi kalau bukan dengan izin dan redhaNya."
Dec 20, 2025 10:58PM Add a comment
Tafsir Surah Al-Ahzab dan Juzuk 22

« previous 1 3 4 5
Follow Najihah's updates via RSS