Nazmi Yaakub > Recent Status Updates

Showing 1-30 of 3,851
Nazmi Yaakub
Nazmi Yaakub is on page 182 of 288 of Islam and Statecraft: Religious Soft Power in the Arab Gulf States
Sudah selesai bagaimana agama menjadi kuasa lunak - mengikut pandangan pengarang buku ini - di Arab Saudi dan Qatar, kini sedang membacanya dalam konteks Emiriah Arab Bersatu (UAE). Beberapa nama penting seperti Salman al-Audah di Arab Saudi; Yusuf al-Qaradhawi dan Ali al-Qaradaghi di Qatar dan Ben Bayyah serta Hamza Yusuf di UAE.
May 18, 2025 08:33AM Add a comment
Islam and Statecraft: Religious Soft Power in the Arab Gulf States

Nazmi Yaakub
Nazmi Yaakub is on page 46 of 130 of Things You May Find Hidden in My Ear: Poems from Gaza
Puisi-puisi Mosab yang bersilang antara huruf bergelatak dengan kata yang masih bernafas.
May 07, 2025 06:05AM Add a comment
Things You May Find Hidden in My Ear: Poems from Gaza

Nazmi Yaakub
Nazmi Yaakub is on page 11 of 35 of حكمة بسمله
Menarik juga buku ini yang dibuka tiga kisah termasuk kisah Sayidina Umar dan warkahnya kepada Sungai Nil yang dimulakan dengan basmalah itu. Ada dua lagi cerita teladan ahli sufi yang perlu kita maklum, teladan dan ibaratnya dipentingkan, bukan sama ada berlaku atau tidak. Ia kisah dua syaitan Rajim dan Jahim yang bertugas menggoda dua keluarga, satu yang selalu memulakan urusan dengan basmalah, satu lagi tidak.
Mar 17, 2025 04:58PM Add a comment
حكمة بسمله

Nazmi Yaakub
Nazmi Yaakub is on page 6 of 35 of حكمة بسمله
Naskhah kecil ini dibuka kisah 'puja pantai' berlaku pada zaman Khalifah Sayidina Umar al-Khattab. Ia berlaku pada pentadbiran Amru bin al-'As sebagai gabenor Mesir apabila Sungai Nil surut hingga jejaskan penduduknya sangat bergantung kepada sumber air itu. Mengikut tradisi, 'pesta puja pantai' perlu dibuat dengan mengorbankan seorang anak gadis, tetapi akhirnya diganti dengan warkah Umar dimulakan dengan basmalah.
Mar 16, 2025 08:59PM 1 comment
حكمة بسمله

Nazmi Yaakub
Nazmi Yaakub is on page 244 of 432 of Vision or Mirage: Saudi Arabia at the Crossroads
Menarik juga bagaimana raja-raja dalam kerajaan Saudi ketiga melakukan reformasi sama ada dari segi kekuasaan dan pemerintahan, ekonomi, sosial dan pendidikan dalam keadaan perlu mengimbangi pengaruh golongan agama terutama keluarga Aali Sheikh, ketua kabilah dan teknokrat, selain kuasa putera-putera terutama dalam kalangan yang kanan.
Feb 16, 2025 05:45AM Add a comment
Vision or Mirage: Saudi Arabia at the Crossroads

Nazmi Yaakub
Nazmi Yaakub is on page 87 of 432 of Vision or Mirage: Saudi Arabia at the Crossroads
Ralit pula membaca political manoeuvre dilakukan Raja Salman sebaik mengambil alih takhta Arab Saudi daripada Almarhum Raja Abdullah. Apa yang menarik dalam buku ini - membezakan jika kita hanya berpandu kepada Wikipedia misalnya - adalah cara pengarang menyitirkan kisah Kerajaan Arab Saudi ketiga ini dengan membandingkan bagaimana Raja Abdulaziz menyusun siasah dengan anaknya kini, Raja Salman.
Feb 04, 2025 12:42AM Add a comment
Vision or Mirage: Saudi Arabia at the Crossroads

Nazmi Yaakub
Nazmi Yaakub is on page 79 of 432 of Vision or Mirage: Saudi Arabia at the Crossroads
Bacaan sejarah Kerajaan Saud ketiga yang membawa nama Arab Saudi ini sangat lancar. Sebelum buku Wahhabism, sudah baca beberapa buku berkaitan peristiwa rampasan Masjidil Haram dan juga politik baharu di bawah Muhammad Bin Salman. Jadi kali ini bacaan lancar, cuma saja perlu cari ruang masa di tengah-tengah urusan perkahwinan adik ipar.
Feb 03, 2025 04:38AM Add a comment
Vision or Mirage: Saudi Arabia at the Crossroads

Nazmi Yaakub
Nazmi Yaakub is on page 39 of 432 of Vision or Mirage: Saudi Arabia at the Crossroads
Bacaan sejarah mengenai bagaimana Kerajaan Saudi Ketiga dengan strategi politik diambil Abdul Aziz al-Saud sama ada dalam konteks tempatan dengan ulama Wahabi dan kumpulan Ikhwan (bukan Ikhwan Muslimin) atau dengan kuasa imperialis, Inggeris rasanya lebih lancar. Ini tentu antara lain kerana ingatan daripada bacaan Wahhabism sebelum ini masih segar. Dan betul, tanpa fokus kpd takfir, ia kurangkan stres baca :)
Jan 29, 2025 04:32AM Add a comment
Vision or Mirage: Saudi Arabia at the Crossroads

Nazmi Yaakub
Nazmi Yaakub is on page 16 of 432 of Vision or Mirage: Saudi Arabia at the Crossroads
Membaca sejarah Arab Saudi dari kaca mata mantan diplomat AS di Riyadh. Macam boleh baca laju tanpa terlalu stres rasanya kali ini.
Jan 28, 2025 07:09AM Add a comment
Vision or Mirage: Saudi Arabia at the Crossroads

Nazmi Yaakub
Nazmi Yaakub is on page 314 of 408 of Wahhābism: The History of a Militant Islamic Movement
Pagi tadi, sebelum Subuh lagi sudah naik MRT sambil telaah buku ‘stres’ ini. Kali ini mengenai kelompok Wahabi bertingkah sesama sendiri mengenai hukum ke negara/negeri golongan Musyrikin pada era pemerintahan keluarga Rashid. Ya negara Musyrikin dirujuk antara lain di bawah Uthmaniyah.

Pulang dari pejabat, masuk pula bab Kerajaan Saudi Ketiga dengan golongan Ikhwan yang menjadi senjata makan tuan.
Jan 20, 2025 06:27AM Add a comment
Wahhābism: The History of a Militant Islamic Movement

Nazmi Yaakub
Nazmi Yaakub added a status update
Lama tak mengunjungi 'kampung' Goodreads ini. Tidak tahu 'kawan-kawan' sekampung yang lain masih setia mengunjungi atau tidak?
Jan 19, 2025 06:37AM Add a comment

Nazmi Yaakub
Nazmi Yaakub is on page 5 of 312 of The Masnavi, Book Five
Bila dah lama tinggal, maka apa lagi, mulakan kembali 'suluk' baca ini.
Jan 17, 2025 06:47AM Add a comment
The Masnavi, Book Five

Nazmi Yaakub
Nazmi Yaakub is on page 56 of 408 of Wahhābism: The History of a Militant Islamic Movement
Pengarang tidak hanya gunakan teks sejarah ditulis daripada penulis Wahabi seperti Ibnu Ghannam dan Ibnu Bishr, bahkan ulama yang mengkritik aliran berkenaan untuk membentuk kronologi perjalanan hidup Muhammad Ibnu Abdul Wahab. Ini membolehkan peristiwa termasuk proses seruan dan penulisan Ibnu Abdul Wahab ditentukan tarikh serta kedudukannya.
Jan 03, 2025 04:16PM Add a comment
Wahhābism: The History of a Militant Islamic Movement

Nazmi Yaakub
Nazmi Yaakub is on page 25 of 408 of Wahhābism: The History of a Militant Islamic Movement
Asalnya, pengkaji ini mahu menulis mengenai salah seorang ulama Wahabi, iaitu Sulayman Ibn Sihman yg mewakili kelompok awal aliran itu yg relatifnya lebih keras terhadap umat Islam & ulama ASWJ, tapi beliau menyedari ia tak mungkin dilakukan tanpa melihat keseluruhan sejarah dan tradisi Wahabi.
Jan 01, 2025 02:03AM Add a comment
Wahhābism: The History of a Militant Islamic Movement

Nazmi Yaakub
Nazmi Yaakub is on page 8 of 880 of Empire of Democracy: The Remaking of the West since the Cold War, 1971-2017
Lama tinggal buku ini. Disebabkan ekonomi biasanya antara subjek yang perlu diteliti dengan lebih halus, maka ambil keputusan untuk baca kembali daripada halaman 1 walaupun sudah cecah halaman 300.

Agaknya berapa ramai yang buat keputusan begini bila baca buku.
Feb 07, 2024 05:21PM Add a comment
Empire of Democracy: The Remaking of the West since the Cold War, 1971-2017

« previous 1 3 4 5 6 7 8 9 99 100
Follow Nazmi's updates via RSS