Faiz • فائز’s Reviews > Risalah Untuk Kaum Muslimin > Status Update

Faiz • فائز
Faiz • فائز is on page 187 of 209
Tiga golongan utama yang memandu-menggerakkan Kaum Muslimin kepada keruntuhan adab, terutamanya perihal penyamaraatan ialah (i) ulama pembaharu beraliran nakali, (ii) golongan modernis dan (iii) golongan sarjana sekular. Adapun yang ketiga, "yang paling gegabah kurang-ajar".
Nov 05, 2025 09:33AM
Risalah Untuk Kaum Muslimin

1 like ·  flag

Faiz • فائز’s Previous Updates

Faiz • فائز
Faiz • فائز is on page 128 of 209
Perihal kesusasteraan yang menjadi falsafah orang awam ialah suatu hal yang baharu buat saya—maka sekiranya difahami keadaan ini, seharusnya para sasterawan memilih dan menyaring hal apakah yang harus ditulis sebelum ia meresap masuk ke dalam masyarakat.

Kesusasteraan yang berpasak pada estetika semata-mata, harus diluruskan kefahamannya dengan beralih menjadi persuratan; nazar akali Al-Qur'ān.
Sep 16, 2025 01:54AM
Risalah Untuk Kaum Muslimin


Faiz • فائز
Faiz • فائز is on page 47 of 209
§14 Faham keadilan dalam Islām dan kebudayaan Barat berakar dari hal yang berbeza. Islām meletakkan insan sebagai dasar keadilan, sebaliknya Barat menjadikan negara (warganegara) sebagai sumber. Keadaan ini kemudiannya jua melahirkan kefahaman yang berbeza terhadap tujuan dan sifat ilmu.

§15 Sains menjadi senjata yang berbahaya, bukan lagi alat yang berguna—bahkan mencapai tahap sihir.
Sep 04, 2025 11:20PM
Risalah Untuk Kaum Muslimin


Faiz • فائز
Faiz • فائز is on page 18 of 209
yang jelas menunjukkan ketajaman aqal pengarang, dan Risalah ini adalah kitab mutakhir yang masih menggunapakai kerangka yang sama. InshaAllah, Risalah ini juga bakal digunakan sebagai bahan menyalin untuk mencuba meniru bentuk pengarangan Prof al-Attas. Semoga Allah s.w.t mengkabulkan niat murni ini.

13 Disember 2024 | 11 Jamadil Akhir 1446H
Dec 12, 2024 10:41AM
Risalah Untuk Kaum Muslimin


Faiz • فائز
Faiz • فائز is on page 17 of 209
Sehingga berlalu hampir setahun, Risalah ini kembali diselak kerana didorong oleh Encik Syukri Rosli, Pengarah Akademi Jawi yang seringkali mengulang sebut buku ini dalam sharahannya. Namun, perasaan yang benar-benar memberi keteguhan kepada diri ini untuk membacanya adalah disebabkan perkongsian Encik Syukri perihal 'struktur logik' yang digunakan oleh ulama-ulama terdahulu dalam mengarang kitab;
Dec 12, 2024 10:40AM
Risalah Untuk Kaum Muslimin


Faiz • فائز
Faiz • فائز is on page 16 of 209
Buku ini dihadiahkan oleh sahabat saya, Mohd Syafie pada awal Februari 2024, sebagai persediaan menghadiri sharahan Prof al-Attas di Universiti Malaya. Namun, tidaklah pula saya benar-benar membacanya, melainkan hanya beberapa helai muka sahaja yang dibaca kerana dilihat ia begitu berat isinya dan sedikit rumit gaya bahasanya.
Dec 12, 2024 10:39AM
Risalah Untuk Kaum Muslimin


No comments have been added yet.