Kamalia Kamalia’s Reviews > Isothymia Politik Cina: Perjuangan Orang Cina Menuntut Kesaksamaan > Status Update

Kamalia Kamalia
Kamalia Kamalia is on page 192 of 290
Kontrak sosial tidak dimeterai secara bertulis atau dimaktubkan dalam perlembagaan untuk rujukan generasi kemudian. Ia terdedah kepada manipulasi segelintir pihak khususnya ahli politik. Contohnya, ahli UMNO menggunakan kontrak sosial bagi mendaulatkan ketuanan Melayu. Generasi muda kaum Cina mengganggap kontrak sosial tak wujud dan mereka tak seharusnya dipertanggungjawabkan atas perkara-perkara yang tak bertulis.
Jan 27, 2026 03:48PM
Isothymia Politik Cina: Perjuangan Orang Cina Menuntut Kesaksamaan

3 likes ·  flag

Kamalia’s Previous Updates

Kamalia Kamalia
Kamalia Kamalia is on page 247 of 290
Dari sudut pandang orang Cina, orang Melayu perlu bangkit dari segi ekonomi untuk berjaya, bukan harapkan bantuan kerajaan kerana mereka Melayu/Bumiputera. Bagi orang Cina radikal, mereka masih percaya stigma British yang Melayu bangsa pemalas. Orang Melayu menafikan mereka bangsa pemalas tapi ekonomi mereka jatuh terperosok kesan penjajahan British yang mengasingkan mereka dan pro kepada orang bukan Melayu.
Jan 29, 2026 03:50PM
Isothymia Politik Cina: Perjuangan Orang Cina Menuntut Kesaksamaan


Kamalia Kamalia
Kamalia Kamalia is on page 126 of 290
Menteri Pertanian pada 1963, Abdul Aziz Ishak terkenal dengan nasionalisme Melayunya tidak begitu disukai Tunku. Beliau cadang kepada Tunku untuk ambil tindakan ke atas penghutang Cina yang memeras petani Melayu. Tindakan Aziz tidak disenangi Tunku dan pemimpin MCA kerana dilihat campur tangan dalam sistem ekonomi yang dikuasai orang Cina. Ditambah, Tunku sangat terhutang budi dengan MCA yang banyak bantu UMNO.
Jan 24, 2026 03:58PM
Isothymia Politik Cina: Perjuangan Orang Cina Menuntut Kesaksamaan


No comments have been added yet.