Ira Nadhirah’s Reviews > Titian Zaman > Status Update

Ira Nadhirah
Ira Nadhirah is on page 105 of 168
Dalam berpisah aku berhiba
cinta menghilang, duka pun tiba
harapan cair, lemas serasa
tercungap mendoa nafas bersua.
- Dendang Rindu, Anis Sabirin.
Oct 16, 2013 08:29PM
Titian Zaman

flag

Ira’s Previous Updates

Ira Nadhirah
Ira Nadhirah is on page 142 of 168
Berdiri atas kaki sendiri
budak tua
hidup mau berjaya.

Penderitaan bukan penyakit
ia mesra rasa
intipati wibawa
hidup yang mesti dilanjutkan.
-Budak Tua, A. Ghafar Ibrahim.
Oct 16, 2013 10:06PM
Titian Zaman


Ira Nadhirah
Ira Nadhirah is on page 138 of 168
Kucuba melupa wajahmu
terlalu payah
dalam perjalanan semakin jauh
terasa kau tidak akan hilang
seakan bayang sendiri
mengejar kaki yang berlari
dari ruang ke ruang.

Di pulau mana akan berlabuh
entah
perjalanan ini tidak bernoktah
seakan demikian
wajahmu
mengusik hati tidak henti henti

Kucuba juga
terlalu sukar
hingga hampir berakhir perjalanan ini
di muara
wajahmu tetap terus ada.
Oct 16, 2013 10:00PM
Titian Zaman


Ira Nadhirah
Ira Nadhirah is on page 128 of 168
Pemergianmu tanda putusnya mesra yang lama
putusnya pengorbanan ibu pada kami
berhenti lewat nestapa dan syukur
kita sempat bermaafan dan mengenal cinta yang luhur
ibu, aku telah mencuba
tapi Tuhan lebih pintar dari ikhtiar manusia
pada kebesarannya engkau kembali
dan kami tertegun sepi.

- Sepi Pun Datang di Perjalanan Yang Panjang, Baha Zain.
Oct 16, 2013 09:47PM
Titian Zaman


Ira Nadhirah
Ira Nadhirah is on page 126 of 168
orang lain
telah merdeka
aku belum

maafkan aku
kalau aku sering saja
berlaku songsang

aku hanya
ingin
mengingatkan

-Songsang, Latiff Mohidin.
(ini bukan songsang as in LGBT)
Oct 16, 2013 09:42PM
Titian Zaman


Ira Nadhirah
Ira Nadhirah is on page 102 of 168
Selagi hayatku mengisi nadi
aku tidak takut ditelan mati
meski kecil meski bukan api
tetapi aku adalah api
yang akan membakar setiap hati kamu
berdiri di tengah tengah rakyat kekasihku
pintu penjara persetan samaku
(manusia sudah lahir sendiri
punya penjara sendiri)
kami yang tempiar dan melarat mana bisa menyerah jatuh seperti daun kering.
-Perlakuan, A. Wahab Ali.
Oct 16, 2013 08:25PM
Titian Zaman


Ira Nadhirah
Ira Nadhirah is on page 86 of 168
Hati ini seluruh kasihkan kekasih sepenuh
beri janji yang teguh hingga badanku luluh!
Oct 15, 2013 09:04AM
Titian Zaman


Ira Nadhirah
Ira Nadhirah is on page 86 of 168
Kira ribut mendurja mengancam tanah yang indah
setapak tidak kurela untuk melutut kecewa,
biar peluru selaksa mendendam liar mangsanya
untuk kekasih pusaka hatiku tetap rela.
- Pada Tanah Yang Indah, A. Samad Said.
Oct 15, 2013 09:04AM
Titian Zaman


Ira Nadhirah
Ira Nadhirah is on page 67 of 168
Bagitu bakti kami berikan,
tiada sama bunda melahirkan,
kasih bunda tiada sempadan,
kemuncak murni kemuliaan insan.
- Ke Makam Bunda, Usman Awang.
Oct 15, 2013 08:48AM
Titian Zaman


Ira Nadhirah
Ira Nadhirah is on page 48 of 168
Ingin alam bahagia: kita masuki semula
matahari di siang hari
bulan bercahaya mulia
udara lembut mesra
marilah kekasihku, mari
aku merindu.
- Rindu (terhadap tanahair), Asmara.
Oct 15, 2013 08:30AM
Titian Zaman


Ira Nadhirah
Ira Nadhirah is on page 47 of 168
Kalau dulu keliling awan pekat hitam,
kini cahaya fajar cerah terang,
penuh syukur kepada Tuhan,
kerana kesedaran menyebabkan manusia berjuang.
- Aku Sedar, Usman Awang.
#truestory
Oct 15, 2013 08:28AM
Titian Zaman


No comments have been added yet.