Faiz • فائز’s Reviews > Bahasa dan Tantangan Intelektualisme > Status Update

Faiz • فائز
Faiz • فائز is on page 59 of 270
Wacana bahasa tidak seharusnya tertumpu kepada estetika dan keindahan perkataan, sebaliknya adalah kemampuannya dalam mengendong dan mendepani ruang-ruang baharu dalam pergolakan bahasa.

Romantisme bahasa pula perlu dihentikan. Memasakkan "keindahan" dan "kehalusan" bahasa pada karya-karya dan bahasa istana adalah salah satu bentuk feudal yang tertancap dalam psikologi orang Melayu.
Jul 31, 2024 03:26AM
Bahasa dan Tantangan Intelektualisme

2 likes ·  flag

Faiz • فائز’s Previous Updates

Faiz • فائز
Faiz • فائز is on page 34 of 270
Bahasa Melayu feudal kepada psikologi dan kehidupan bermasyarakat orang Melayu memperluaskan jurang kelompok kelas dan mengukuhkan kesakralan raja-raja.

Istana sebagai 'pusat intelek' yang sering-sering disebut-sebut dalam tafsiran sejarah Melayu perlu diperincikan semula takrifan 'intelek'-nya – jika ia hanya menulis berkenaan salasilah keluarga diraja dan dokumen yang menyokong pemerintahan beraja.

Menarik!
Jul 28, 2024 04:25AM
Bahasa dan Tantangan Intelektualisme


Faiz • فائز
Faiz • فائز is on page 13 of 270
Berawalan dari sekapur sirih, pengenalan dan bab 1, hanya sarat dengan jargon dan perlewahan (pertindihan dan pengulangan) idea.

Isi yang mampu digarap setakat ini, bahasa perlu bersifat anjal dan guru sebagai agen utama ke-dinamis-an ini. Bahasa usah dibataskan kepada pemeliharaan budaya semata-mata, namun lebih utama sebagai penggerak sosial.
Jul 23, 2024 09:31AM
Bahasa dan Tantangan Intelektualisme


No comments have been added yet.