Wani Zainudin’s Reviews > Hatimu Aisyah > Status Update
Wani Zainudin
is on page 55 of 240
Kehairanan Aisyah melihat kesibukan keluarganya mengurus rumah akhirnya terjawab bila ibu Aisyah kata, dia dipinang Ayub. Dapatlah juga saya gambaran orang² pada masa tu mengurus majlis sebegini. Tersenyum juga saya bila baca kisah tengok-menengok anak dara yang dicerita Kak Long sehingga ibu Ayub akhirnya berkenan kepada Aisyah ')
Macam mana pula yaa kehidupan Aisyah seterusnya🤔
— Dec 22, 2024 07:49PM
Macam mana pula yaa kehidupan Aisyah seterusnya🤔
Like flag
Wani’s Previous Updates
Wani Zainudin
is on page 130 of 240
Geram dengan stigma orang² tua di kampung Aisyah yang tak galakkan pendidikan pada anak² perempuan. Pada mereka, lebih baik anak² gadis ini dikahwinkan pada awal remaja dan bantu urusan² di rumah saja. Mujur ada karakter seperti Ayub yang faham erti kemajuan.
— Dec 26, 2024 05:50AM
Wani Zainudin
is on page 107 of 240
Catatan ;
Kesusahan Ayub dan Aisyah bertani terangkat sedikit bila Ayub berjaya jadi guru agama. Cuma ada satu dialog yang dituturkan ibua Aisyah yang buat saya termenung seketika ;
'Beranak ramai tentulah susah. Tetapi susah kita cuma semasa mereka kecil saja. Sudah tua nanti, anak-anaklah yang boleh diharap untuk menjaga kita.'
benarkah?
— Dec 23, 2024 05:14AM

is on page 98 of 240
Sebelum, semasa dan selepas Aisyah lahirkan anak pertamanya, Jamilah, banyak amalan tradisional khususnya ketika berpantang dikongsi.
Dan hati diterpa sayu lagi ketika Aisyah harus tinggalkan Jamilah yang belum putus susu untuk turun bekerja di sawah. Bertambah sedih bila mereka tidak mampu beli susu tin, hanya susu pekat saja mampu...
"Kemiskinan memaksa mereka belajar untuk tidak memilih."
— Dec 23, 2024 04:46AM

is on page 81 of 240
Sayu pulak baca bab ni. Bila Aisyah dah berbadan dua ni, ibu dia banyak berleter, tak boleh buat itulah, inilah, tapi sebenarnya untuk kebaikan Aisyah sendiri. Walaupun pantang larangnya ada kedengaran tak masuk akal, hakikatnya itulah kepercayaan orang dulu-dulu yang sudah menjadi kebiasaan.
Sebak pula bila Aisyah mengidam nak makan kerabu kelapa, terus maknya suruh orang tebang pokok kelapa utk bagi Aisyah makan.
— Dec 22, 2024 09:10PM
Sebak pula bila Aisyah mengidam nak makan kerabu kelapa, terus maknya suruh orang tebang pokok kelapa utk bagi Aisyah makan.
Wani Zainudin
is on page 70 of 240
Urusan persiapan perkahwinan, adat² dan pantang larang orang² dulu diceritakan secara jelas sekali. Kadang² membuatkan saya yang sedang baca ni, membezakan budaya perkahwinan sekarang dengan zaman dulu. Kemeriahan mungkin tetap sama, tapi pasti ada perbezaannya terutama daripada segi amalan budaya.
— Dec 22, 2024 08:29PM
Wani Zainudin
is on page 44 of 240
Masuk bab kelima ni sudah masuk ke waktu Aisyah meningkat remaja. Di mata ibunya, usia Aisyah ni dah boleh bersuami, jadi banyaklah Aisyah diajar ibunya buat tikar mengkuang, mengukur kelapa buat minyak dan leteran² ibu perihal rumah mesti bersih dll. Aisyah jadi malu bila ibu sebut tentang kahwin dan bermentua.
— Dec 22, 2024 07:24PM
Wani Zainudin
is on page 37 of 240
Perjalanan Aisyah ke Kampung Sungai Limau dari Simpur dengan ayah dan bapa² saudaranya bagai memberi dia gambaran, bagaimana susah perjalanan moyangnya mencari tanah suatu ketika dulu. Zaman dulu² kan belum ada kemudahan kalau nak ke tempat² jauh, ada pun cuma kapal besar.
Sangat menggamit kenangan lalu ya novel ni :)
— Dec 22, 2024 07:02AM
Sangat menggamit kenangan lalu ya novel ni :)
Wani Zainudin
is on page 24 of 240
Catatan bacaan ;
Suka saya baca bahagian datuk Aisyah bercerita tentang pembukaan kampung mereka oleh moyang Aisyah sendiri, Darus dan kawan²nya. Bagaimana mereka hidup dalam zaman genting (Kedah vs Siam) dan kecekalan mereka mencari tanah utk menjamin kehidupan keluarga sangat mengagumkan.
"Mereka tidak mahu keluarga mereka hanya ada nyawa, tetapi juga sebuah kehidupan."
— Dec 22, 2024 05:45AM

is on page 16 of 240
Catatan bacaan ;
Orang dulu² belum ada surat beranak untuk rekod kelahiran. Mak dan ayah Aisyah, bila tahu ada kakitangan kerajaan nak datang untuk banci, mereka anggar sendiri umur anak² berdasarkan musim tanam padi. Menarik!
— Dec 22, 2024 05:11AM

is on page 7 of 240
Baru mula baca, diperkenalkan dulu tentang kehidupan Aisyah dan keluarganya yang daif. Gambaran keluarga yang kais pagi makan pagi serta kuatnya kepercayaan orang² dulu terhadap hal² tahyul jelas diceritakan penulis dengan gaya penulisannya yang kemas.
— Dec 22, 2024 04:37AM