Goodreads helps you follow your favorite authors. Be the first to learn about new releases!
Start by following Muzaf Ahmad.

Muzaf Ahmad Muzaf Ahmad > Quotes

 

 (?)
Quotes are added by the Goodreads community and are not verified by Goodreads. (Learn more)
Showing 1-17 of 17
“tarbiyah;
mengubah lumpur jadi jernih kolam
mengubah kerikil jadi halus pasir
mengubah hitam jadi bersih putih
mengubah hutan jadi cantik taman
mengubah hamba dunia jadi hamba Allah”
Muzaf Ahmad, Jaulah Sampai Syurga
“Limitation is the source of creativity.

Keterhadan adalah sumber kreativiti.”
Muzaf Ahmad
“Mengapa terlalu jauh
aku hincut berlari
sedangkan rumah-Mu ini
tak berdinding atau berpintu
lagikan sejengkal di depan mataku.”
Muzaf Ahmad, Jaulah Sampai Syurga
“Api tidak akan terpadam dengan api”
Muzaf Ahmad
“Mengapa dicari titik perbezaan
sedangkan titik persamaanlah
yang mencantum kebijaksaan
dari kerikil yang memecahbelahkan.”
Muzaf Ahmad
“Menulislah dengan akal, pengetahuan, keikhlasan, ketenangan, kasih sayang dan niat yang murni”
Muzaf Ahmad
“seringku menuju-Mu hanya
pada saat aku tak dilenakan kesenangan,
benarlah, dunia ini penjara.

tapi jendela ini,
walau sekali tidak pernah Kau-kunci
untuk diriku yang selalu terkunci.”
Muzaf Ahmad, Jaulah Sampai Syurga
“Sememangnya mengkritik jauh lebih mudah berbanding mengubah.
Hanya yang benar-benar berani terjun ke lapangan dan menyantuni masyarakat sahaja memahami, bahawa perjuangan dakwah ini bukan hanya dengan lidah atau jari, tetapi dengan amal yang bersifat taghyir. Sesungguhnya jalan dakwah ini sukar, yang sanggup sahaja akan melaluinya.
Bersabarlah, dan teguhkanlah kesabaranmu..”
Muzaf Ahmad
“walau jauh telah aku tersasar
dan sisa-sisa rohani terkapar
sejadah keampunan, sahabatku –
tetap Dia hamparkan untuk dahiku
dan dahimu.”
Muzaf Ahmad, Jaulah Sampai Syurga
“aku ingin mengenali-Mu
Rabb,
dari dasar terdalam
aku ingin menjadi hamba-Mu
yang pulang
ke kamar muhasabah.

aku ingin tembus
dari pintu keampunan-Mu
dari pintu rahmat-Mu
dari pintu reda-Mu.

selimutkan aku
biar lena aku
dengan kalimah-Mu.”
Muzaf Ahmad, Jaulah Sampai Syurga
“orang muda, bercita-citalah yang luar biasa, bukan biasa-biasa.
cita-cita biasa adalah cita-cita yang ada pada semua orang.
hiduplah sebagai seorang yang luar biasa, bukan biasa-biasa.
hidup biasa adalah hidup yang ada pada semua orang.
jadilah orang muda yang luar biasa, bukan biasa-biasa.
pilihan di tanganmu. pilihlah dengan bijak..”
Muzaf Ahmad
“Wahai pemuda,
Sakura. Musim bunga. Pelajaran indah daripada Tuhan buat kita. Yang cantik di mata, akan habis gugur semua. Akhirnya. Begitu kehidupan dunia yang membuatkan kita terpesona dan tergoda dengan keenakan dan keseronokannya. Hingga terlupa, di akhirat nanti syurga adalah keindahan yang kekal selamanya..”
Muzaf Ahmad
“Politik ibarat sebuah kolam yang jernih, yang menjadikannya airnya keruh adalah akibat manusia berdanur yang berendam di dalamnya.”
Muzaf Ahmad
tags: muzaf
“menulis puisi ialah menuliskan perasaan dan pemikiran.”
muzaf ahmad
tags: puisi
“一緒に八王子にいた日々、友よ
窓の外の雪が徐々にひどくなる
ここで足止めされたとしても
私たちは震えながら抵抗する
猛威を振るう不安の嵐を気にしないで
友情の熱さが全てをおさめてくれるから.”
Muzaf Ahmad, Jaulah Sampai Syurga
“Beza membaca karya sastera dengan karya pop adalah penggunaan akal untuk mentafsir.

Karya sastera memerlukan ketajaman akal untuk mentafsir. Adakalanya terpaksa mengkaji latar belakang penulisnya semata-mata untuk meneka 'niat' sebenar beliau menulis karya tersebut.
Cerpen Ragam Dunia adalah contohnya.

Sementara karya pop tidak memerlukan akal berfikir, tetapi emosi yang melayang-layang.”
Muzaf Ahmad
“bermimpilah setingginya. impian besar akan menghapus impian kecil..”
Muzaf Ahmad

All Quotes | Add A Quote
Syahid ke Syurga Syahid ke Syurga
9 ratings