Bikash Nur Idris's Blog

April 23, 2018

Secukup Rasa | Bab 1



“Zunah Alisia! Come over here, young girl!”Pekikan lantang yang kedengaran itu langsung tidak memberi apa-apa kesan kepada anak kecil itu. Terus saja Zunah berlari dengan pantas, meluru ke pintu rumah. Mahu keluar bermain dengan teman-teman katanya. Sekalipun sudah berulang kali dihalang, Zunah terus berdegil. Mahu kehendaknya dituruti jua.Keras kepala betul! gumam hati Amar sakit. Geram dengan sikap sepupunya sendiri.Belum sempat Zunah boloskan tubuh melalui daun pintu yang terkuak luas, Amar lebih dulu sambar tubuh kecil itu. Zunah, orangnya cukup kecil. Tapi, kecil-kecil cili padi. Tak sudah-sudah menyusahkan Amar. Kedegilan Zunah selalu mendera sabar hatinya. Dia, Syed Amar, yang terkenal dengan sikap penyabar dalam kalangan teman-teman, boleh baran dengan degil Zunah. Anak kecil yang hanya berusia lapan tahun!Percaya tak? Ya Rabbi, tolonglah percaya!Zunah yang sudah diraih ke dalam pelukan terus meronta. Semahunya! Hendak tubuhnya dilepaskan, tidak berada di awangan lagi. Yalah, Amar tinggi melangit untuknya.Namun, Amar tak punya niat sebegitu langsung. Harap maaf. Dia mengeratkan tangannya, yang utuh paut pinggang kecil Zunah. Mujur saja Zunah tak seberat mana, mudah diangkat dengan sebelah tangan cuma. Manakala tangan yang satu lagi menutup daun pintu hadapan rumah flat itu, lalu Amar bergerak ke arah bertentangan. Dalam hati, Amar buat tebakan sendiri. Kecil tubuh Zunahlah yang membuatkan degil Zunah meninggi semacam. Agaknya. Agak yang boleh diguna pakai!“Put me down!” Zunah tukar taktik. Loghat Britishnya pekat menampar telinga Amar. Mula terjerit-jerit. Nyaring. Lantang. Di puncak suara.“Shut up! Zunah, stop it! Jangan menjerit lagi. Nanti apa pulak kata orang yang dengar? Apa dia orang akan fikir?” Amar sengaja besarkan mata. Mata kecilnya yang besar sedikit daripada buah badam, boleh besar manalah sangat kan.Dan nyata, ia cara yang salah untuk memujuk si degil Zunah Alisia. Makin galak Amar hendak tenteramkan, semakin gamat pekik Zunah. Bertempik bak mahu terkeluar anak tekak. Tak cukup dengan itu, ada aksi tambahan pula. Rontaan Zunah pun sama dahsyat. Kedua-dua belah tangan diayun ke sana sini. Ada kalanya menampar muka Amar. Ada ketikanya mendebik dada Amar. Kedua-dua kaki Zunah pun jenis tak reti duduk diam. Berkali-kali paha Amar jadi asakan. Menyeringai Amar tahan sakit.Beginilah nasib tubuh badannya semenjak kebelakangan ini tiap kali dia datang melawat mak su. Atau kala dia terpaksa babysit Zunah tiap kali mak su ada hal kerja, membuatkan mak su terpaksa pulang lebih lewat daripada biasa. Contohnya hari ini.Zunah Alisia, satu-satunya permata hati mak su yang sudah pun kematian suami ketika Zunah—yang sedang menjerit nyaring kala ini, langsung tak sesuai dianggap permata hati siapa pun—masih terlalu kecil untuk faham. Dan, tentu sahaja Zunah amat dimanja, malah amat disayangi oleh mak su. Kerana hanya Zunah harta peninggalan suaminya.“Young lady, stop your shouting or I’ll gag you!” Amar mengugut. Memujuk tak jalan, ini sajalah jalan yang tinggal.Walau ikut hati, Amar mahu saja katup mulut sepupunya yang tiba-tiba berubah jadi anak singa, dengan tangan. Agar jeritan Zunah terkambus di balik tangannya yang cukup besar untuk buat Zunah hilang wajah buat seketika. Tak gaduh nak capai kain ke apa. Namun, pengajaran yang diterima beberapa minggu lalu, daripada Zunah sendiri, buat Amar serik mahu ulangi kesilapan yang sama. Mana taknya, Zunah gigit kuat tangannya sehingga ia tinggalkan bekas.Dua hari bekas gigitan Zunah melekap kemas di tangan kanan Amar. Siap ada tanda biru kelebaman lagi. Dia pula terpaksa tayang muka tunggul bernafas tiap kali gengnya mengusik. Sampai hari ini topik itu masih hangat diperbincang. Pelbagai andaian dan spekulasi dibentangkan oleh kawan-kawannya itu.Konon Amar cuba ganggu anak gadis orang dan kerana terlalu nakal, maka dia terima cop mohor itu sebagai hadiah. Ada pula yang anggap dia sendiri gigit tangannya hingga berbekas begitu sebab terlalu tension dengan kelas Profesor Jamal yang sering mencari salah Amar, hanya kerana Amar tak pernah tak berjaya jawab sebarang soalan kelas lelaki itu. Dan, spekulasi yang paling-paling Amar tak boleh terima adalah tangannya digigit kucing. Kan ke jauh berbeza gigi manusia dengan gigi kucing! Entah kucing planet manalah tu! Apa-apa punya spekulasilah! Namun, Amar tak langsung buka mulut jelaskan duduk perkara sebenar. Isy, takkan nak malukan diri sendiri kut. Takkan nak buat pengakuan bahawasanya bekas itu wujud atas ihsan daripada sepupunya sendiri, yang hanya berusia lapan tahun! Dia sendiri akan gelak mendengar, inikan pula kawan-kawan sekuliahnya yang memang kaki ketawakan orang!Sebab mereka akan gelak, pertama, kerana Amar tidak mampu hendak kawal budak sekecil itu. Padahal tak seorang pun antara teman-temannya tahu betapa ganasnya budak kecil itu. Sebab kedua pula, kerana Amar tak pernah beritahu kawan-kawan sekuliahnya yang dia pulang ke rumah mak su kerana tugasnya sebagai pengasuh. Babysitter. Kalau ada antara mereka tahu, pasti kecoh satu fakulti. Heh, tak kuasa dia nak dapatkan glamor murah begitu. Selain itu, Amar tak mahu orang lain tahu akan pertemuannya dengan mak su, terutama sekali ahli keluarganya yang berada di Kuala Lumpur. Setakat ini, yang tahu akan kewujudan mak su dan Zunah hanyalah Widelia, kawan baiknya.Amar terus duduk di atas sofa di ruang tamu sambil terus paut tubuh Zunah. Si kecil itu dipangku di atas pahanya. Mujur saja Zunah reti hendak berhenti buat perangai waktu ini. Kalau tak, sah salah seorang daripada mereka cium lantai. Amar pandang saja Zunah yang masih tunjuk perasaan dengannya. Bahasa tubuh Zunah memberitahu. Dengan muka tak puas hati, si kecil itu duduk tegak sambil berpeluk tubuh.Bukan Amar sengaja tak benarkan Zunah keluar bermain di taman permainan di bawah flat itu. Namun, hari sudah senja. Azan maghrib pun sudah berkumandang.“Zunah, kan dah maghrib ni. Janganlah nak buat perangai lagi. Zunah tak solat lagi, kan? Jom solat dengan abang.” Amar cuba-cuba pakai teknik membujuk. Mana tahu kali ini menjadi.Zunah memang degil. Amar tahu sudah lama. Tapi, dia jadi pelik kerana degil melampau tahap tak nak dengar apa sahaja cakap Amar bermula semenjak kebelakangan ini. Semenjak dia mula membawa Widelia bersama apabila melawat mak su pada hujung minggu lalu.“Tak nak!” jawab Zunah sengetkan mulut.“Tak nak? Kenapa?” Amar sedikit pelik dan hendak tahu. Mana tidaknya. Zunah kalau diajak solat, tak pernah cakap tak nak. Selalu laju setuju. Tambah kalau ajak berjemaah. Katanya tak nak lepas pahala lebih.“Zunah cuti!” Lancar saja Zunah menjawab.Cuti? Mata Amar membulat. Tak percaya dengan apa yang menampar kuping. Langsung tak percaya! Takkanlah budak umur lapan tahun dah... Tambahan pula Zunah masih terlalu kecil untuk...“Cuti?”Zunah angguk kepala. Beria-ia, penuh semangat.“Zunah tau tak apa makna cuti?”“Mama ada cuti kadang-kadang. Jadi Zunah pun nak cuti hari ni. Zunah cuti!” Zunah bertegas.“Lepaslah, Zunah nak main!” Zunah kembali ke perangai tadi. Menjerit selantang mungkin. Masih berpeluk tubuh.Walaupun Amar rasa nak katup kedua-dua belah telinganya, agar gegendang telinganya tak rosak, namun perasaan lega mengatasi semua. Lega, kerana Zunah tak tahu makna cuti dan memang Zunah belum cuti. Mujur juga si kecil itu tidak bertanya apa makna cuti kepadanya. Kalau ia, sah Amar yang akan menjerit sakan sekarang, bak Zunah.“Zunah!” Amar bersuara tegas. “Jangan jerit lagilah! Cair tau taik telinga abang dengar Zunah menjerit macam ni. Dah maghrib pun duk terpekik terlolong macam puntianak. Hei!” marahnya terus, geram.Zunah langsung tak mahu diam. Masih galak memekik walaupun suara dah mula serak. Jadi parau kerana asyik test power volume suaranya sejak tadi. Padan muka! marah hati Amar yang kian berapi-api.Amar baru nak dudukkan Zunah ke atas sofa—bukannya campak Zunah sebagaimana hatinya nak—apabila bunyi ketukan pada pintu kedengaran. Bertalu-talu singgah cuping telinganya. Harapan hati Amar hanya satu. Mak su sudah balik.“Hah, tu mesti mama Zunah. Nanti abang bagi tau yang Zunah degil, keras kepala dan tak mau dengar cakap langsung.” Amar ugut sambil letak elok tubuh kecil Zunah di atas sofa, lalu bangun. Memang sengaja mahu takutkan Zunah begitu kerana hanya mamanya yang ditakuti oleh Zunah.Takut? Bukanlah pilihan yang tepat kerana mak su tak pernah marah Zunah apatah lagi angkat tangan pada tubuh kecil itu. Sebaliknya, mak su selalu menegur secara lembut, menasihati dengan contoh. Dan, itu amat memberi kesan kepada Zunah, berbanding leteran Amar yang menjela atau marah mengugut Amar yang memarak. Hampeh budak tu tak dengar. Buat pekak adalah!Jeritan penuh perasaan Zunah mati. Menganga dengan jerit tak sempat keluar, pandang Amar yang sudah berdiri di depannya.Amar apa lagi, tayang gigi sampai telingalah. Dia pandang saja raut Zunah jadi kelat. Malah, sepasang mata yang amat indah itu begitu berani menikam matanya. Amar sengaja angkat kening, membuatkan Zunah tutup terus mulutnya, lalu tunjuk muncung sedepa. Amar pula, dengan hati yang penuh lapang, mendapatkan pintu hadapan dengan langkah saya-suka-hati, lalu pulas tombol pintu, kuak daun pintu.Ceria dan wajah saya-suka-hati Amar hilang.“Sudah...” Perlahan ayat itu meniti bibir Amar.
1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 23, 2018 05:46

April 20, 2017

#DudaDara - Duda Gila Aku

Dapatkan  secara eksklusif di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017, di PWTC, booth Penerbitan Fajar Pakeer.Tarikh: 28 April - 7 Mei 2017Tempat: Dewan Merdeka (Tingkat 4), PWTCBooth: J024 - J026
UNTUK MELANGGANwww.penerbitanfajarpakeer.my
Tajuk: #DudaDara Penulis: Rehal Nuharis, Nia Qurratun’aini, Hanny Esandra, Zany Ezatie & Bikash Nur IdrisISBN: 978-967-365-303-4Harga: RM22.00 / RM25.00 
#UdaDara - Rehal Nuharis Abang Pilih Yang Mana“Aku pendekkan cerita ya. Dulu masa sekolah aku tak tau pun yang rupanya dia dengan kawan baik dia, Wawa syok kat aku. Dia orang berebut nak dapatkan aku. Satu hari tu dia orang datang jumpa aku tanya abang pilih yang mana? Laju ajelah aku jawab aku pilih Wawa sebab masa tu Wawa lagi cun daripada dia,” cerita Uda mula membuka kembali cerita zaman sekolah dengan Dara.
#NadimSyafa - Nia Qurratun’aini Mr. Dudarella“Mulai hari ni saya nak tukar. Bukan Cinderella.”“Habis tu?” “Dudarella.”Nadim Qhairuddin menghadiahkan senyuman. “Dudarella?”“Ya. Dudarella,” ucap Syafa Athira disulami jelingan manja dan bermakna.“Kalau macam tu, duda ni memang rela sayangkan awak sampai akhir nafas dia.”
#ZafriAiris - Hanny Esandra Duda Dilarang Masuk“Kenapa, Airis? Awak tak suka kawan dengan duda?”  “Erm, lebih kurang macam itulah. Saya tak suka berselindung. Lebih baik saya berterus terang. Saya tak terfikir pun nak berkawan dengan duda. Awak memang dilarang masuk.” “Masuk ke mana?”  “Masuk ke dalam hati saya!”
#IdhamIshaa - Zany Ezatie Duda Full Package“Ishaa sebenarnya...” Dia berdeham beberapa kali. Beberapa ketika kemudian, “Ishaa dah jatuh cinta dengan Datuk.” Mata dan kening kiri Ishaa Dania terangkat bagi melirik reaksi Idham Fadri. “Who the hell are you!?”
#HambaliNaimi - Bikash Nur Idris Duda Gila Aku“Hmm, sayang sekali awak tak boleh buat cop tapak tangan anak-anak lain kat sini. Yalah, kahwin dengan saya kan takkan dapat anak.”“You know it’s not gonna work on me, Naimi. Abang reda dengan kekurangan Naimi. Naimi pun kenalah reda dengan kelebihan abang.”
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 20, 2017 23:16

March 20, 2017

Duda Gila Aku - #HambaliNaimi Part 3

NUR HANNANI binti Harith Hambali, 14 tahun. Nur Humaira binti Harith Hambali, 13 tahun. Nur Hariyah binti Harith Hambali dan Ahmad Hail bin Harith Hambali, sama-sama enam tahun. Pasangan kembar yang kehilangan kembar ketiga mereka, arwah Ahmad Hatim, bersama arwah umi mereka, Hanoom, ketika melahirkan.Naimi tengok album gambar di tangannya. Diselak dan dibelek satu persatu. Gambar-gambar empat orang anak-anak Hambali memenuhi album tersebut. Semenjak empat anak-anak itu masih bayi sampailah yang terkini. Sebab itu album tersebut agak berat dan besar.Namun, yang awal-awal Tarik perhatian Naimi adalah susunan album buatan di susunan rak di dalam bilik famili itu. Tapi, hanya ada album kepunyaan Hannani dan Humaira saja. Itu pun sampai sebelum tujuh tahun lepas. Selepas kelahiran Hariyah dan Hail, album itu tidak bergambar lagi. Album Hariyah dan Hail sendiri langsung tak ada. Kasihannya si kecil berdua itu. Harapkan si baba, dilonggok semua gambar-gambar mereka dalam satu album. Tak kreatif langsunglah lelaki itu!Naimi letak semula album berat di tangannya ke raknya. Selepas itu dia berjalan sambil sentuh susunan CD dan DVD di rak tersebut. Kebanyakannya adalah filem animasi. Sesuailah dengan anak-anak kecil di dalam rumah ini dan bilik famili ini yang lebih pada bilik tengok wayang gayanya. Mungkin di sinilah Hambali habiskan masa-masa berkualiti dengan anak-anaknya. Agak Naimilah.Naimi terus berjalan. Kali ini dia berdiri di depan dinding yang bercat putih. Namun di sana sini ada sentuhan penuhi dinding. Ya, sentuhan tapak tangan berwarna-warni dan pelbagai saiz. Naimi sentuh cop tapak tangan pada dinding tersebut. Lekapkan tangannya ke situ. “Hmm, tangan Hail,” ujar Naimi dengan senyuman. Diusap cop tapak tangan tersebut.Berjalan lagi, tapak tangan Naimi lekap pula ke cop tangan kecil lagi satu. Lebih kecil daripada tadi. “Hariyah,” sebut Naimi masih tersenyum.Kemudian dia tengok sekitar dinding itu dengan betul-betul, cari tapak tangan agak besar daripada cop milik pasangan kembar. Tinggi sikit ada cop tapak tangan warna merah jambu terang.“Humaira,” ujar Naimi. Yakin. Sebab Humaira memang suka merah jambu. Baju di badan Humaira, atas bawah merah jambu. Hiasan bilik tidur Humaira pun begitu.Tak jauh dari cop tapak tangan Humaira, ada satu cop tapak tangan tak berapa sempurna. Gaya tapak tangan pemiliknya tak tekap dengan betul ke dinding dah diangkat. “Hannani. Yang tomboi dan tak suka buang masa. Ulat buku.” Naimi sengih dengan ulasannya. Tapi, memang begitulah si manis Hannani.“Pandai bakal isteri abang.”Suara itu buat Naimi alih badan sikit, pandang pintu bilik famili tersebut. Di mana berdirinya Hambali sambil sandar sisi badan pada dinding. Hambali jongket kening dengan senyuman.Naimi terus tengok dinding depannya semula. Bahaya tengok Hambali di masa ini. Hambali yang santai berT-shirt Nike merah dan washed jeans warna biru. Rambut hitam dan lurus lelaki itu sudah nampak uban antaranya. Tapi, tak pula buruk di mata Naimi. Sesuailah dengan expiry of three series lelaki itu tahun ini. Yang Naimi paling suka tengok adalah side-burn Hambali yang jelas dah putih. Nampak maco pula lelaki itu. Ditambah dengan bulu-bulu halus pada muka yang kemas ditrim. Jambang yang kemas dan nipis. Kalau nak cium confirm jumpa mulutlah! Haih, kau ni, Naimi. Kalau pandang dia otak tak ke arah tu tak boleh hidup ke? Naimi marah diri sendiri. Yang semakin entah apa-apa pemikirannya sejak dua minggu kenal Hambali. Pantang nampak Hambali, fikir yang tidak-tidak saja. Ni siapa yang gersang sebenarnya ni!“Tapak-tapak tangan kat dinding tu semua, abang mula buat sejak kami pindah masuk sini. Setiap kali hari jadi budak-budak, abang akan mintak dia orang cop tangan kat dinding tu. Saja.”Naimi kerling Hambali yang jalan masuk ke bilik famili sambil bagi penerangan. Buat hati Naimi jadi berdebar-debar bila lelaki itu makin dekat dan dekat. Bila dah berdiri sebelahnya, Naimi sampai kena atur pernafasan. Sebab wangian tubuh Hambali semerbak serang hidungnya dan kewarasannya. Ah, Naimi memang dah punah! “Hmm, sayang sekali awak tak boleh buat cop tapak tangan anak-anak lain kat sini. Yalah, kahwin dengan saya kan takkan dapat anak.” Naimi juih mulut.Sengaja bangkitkan semula topik itu. Dia tetap nak cuba untuk hentikan perkahwinan mereka. Dan, topik yang selalu dia akan cuba guna adalah pasal dirinya yang takkan beri Hambali anak.Bila Hambali diam saja, Naimi curi pandang Hambali di sisinya. Aci kerling. Dan, semput nafasnya bila lelaki itu sedang lihatnya dengan pandangan... Tak marah. Tapi, serba tahu.“You know it’s not gonna work on me, Naimi. Abang reda dengan kekurangan Naimi. Naimi pun kenalah reda dengan kelebihan abang.” Hambali sengih.Ah, crooked smile dengan crooked teeth itu. Pakej pula dengan lesung pipit yang dalam. Naimi terpaksa pegang dada minta jantung jangan debar laju sangat. Takut Hambali dengar dan gelakkannya. Sebab lelaki ini memang suka senyum dan gelak kepadanya. Dia cakap apa pun, suara gaya mana pun, Hambali tetap senyum dan gelak. Kena sampuk hantu senyum dan gelak agaknya! kutuk Naimi dalam hati.“Kelebihan? Apa sangatlah kelebihan awak tu!” cebik Naimi dengan gaya perlekeh.Hambali setapak dekat dengan Naimi. Naimi tengok dinding di depan, dia tengok Naimi dari sisi. Bahu kanannya disandar ke dinding supaya boleh nampak wajah yang Naimi cuba sembunyi. Tapi, curi tengok dia tetap juga.Alahai, cute sungguh bakal isterinya ini. Fikir haram lagi, dia sabarkan diri. Kalau dah halal, memang kena terkam dah.Hambali pandang wajah Naimi. Wajah Naimi ada macam Ayu Raudhah sikit. Baginya muka Naimi bukan kategori cantik, sebaliknya ayu. Nampak feminin. Tambahan pula Naimi suka berdress Muslimah. Tudung pula tutup dada. Bukan sekadar fesyen. Itu sebab pertama dia terima Naimi. Walaupun kulit Naimi agak gelap bandingnya, namun Hambali suka. Kulit Naimi dan potongan badan sedap Naimi ingatkan Hambali kepada Kajol dalam Dilwale Dulhania Le Jayenge. Bukan Dilwale di mana Kajol kurus dan cerah. Sabar, Hambali. Bawak-bawak bersabar. Anak orang ni. Bukan anak ayam untuk big bad wolf macam kau terkam!“Nak tahu kelebihan abang?” tanya Hambali dengan suara yang perlahan. Sengaja. Sebab nak Naimi dekatkan sikit mukanya ke muka Hambali untuk dengar.“Apa?” soal Naimi dengan perlahan. Tak nak soal, tapi tertanya juga. Gaya Hambali tengok Naimi serupa pukaunya supaya soal juga. “Kelebihan abang yang hebat sampai dapat lima anak. Hari pertama jadi isteri abang, jangan harap dapat keluar bilik tidur,” bisik Hambali nakal dan gatal.Besar mata Naimi. Terus jauh berbatu mukanya dari wajah nakal Hambali. “Eii, bodolah!” getus Naimi tak sempat brek mulut.Tapi, Hambali tak marah. Lagi terhibur adalah sebab selamba saja dia gelak kuat.“Hmm, malulah tu,” sakat Hambali sambil arahkan tangan ke dinding. Di mana tangan Naimi ada, sedang usap cop tangan Hannani dengan dua-dua pipi jadi merah. Bila Naimi nampak tangannya merayap makin dekat dengan tangan Naimi, dengan cepat gadis itu sembunyikan kedua-dua tangannya di belakang badan.Ini. Ini sebab kedua Hambali bersetuju kahwini Naimi. Cukup jaga batasnya dengan lelaki bukan mahram. “Taka da maknanya nak malu. Geram gila adalah. Geram dengan laki tak reti malu macam awak. Ingat saya ni siapa dengan awak berani cakap bukan-bukan?”“Bakal suami Naimi. Sebab tulah abang masih berdiri elok, kan? Kalau laki lain, lama dah Naimi sepak terajang, kan? Ingat abang tak tau?” kata Hambali dengan selamba.Badannya ditegakkan. Kali ini dia sandar belakang badan pada dinding sambil silang tangan ke badan. Matanya langsung tak beralih dari muka Naimi yang dusky, tapi merah di pipi. Bukan pemerah buatan, tapi pemerah asli. Malu Naimi, buat Hambali rasa makin tak malu kepada bakal isterinya itu.Sabar, Hambali. Seminggu aje lagi. Enam hari lagi nak nikah, tujuh hari lagi nak sabar. Sila sabar banyak-banyak!Naimi gigit-gigit bibir bawahnya sambil sesekali curi tengok Hambali. Makin dia jadi serba tak kena dengan cara pandangan Hambali. Kali akhir dia cek, dia masih seorang perempuan, yang tak cukup tinggi, tak cukup putih dan tak cukup sempurna.Jadi, dah kenapa pula Hambali tengoknya macam dia makanan paling enak dalam dunia! Haisy!Bila Naimi perasan mata Hambali dah ke mulutnya, yang digigit-gigit sebab semakin gemuruh, terus Naimi kemam mulutnya. Hentikan perbuatannya tadi yang makin menarik Hambali untuk tengoknya macam makanan lazat. Badannya sudah panas serupa bilik famili itu tak berpenghawa dingin pula.Bahaya, bahaya, bahaya! Hambali sungguh membahayakan kesihatan badannya!“Kena...” Naimi buka suara dengan cepat. Nak nyahkan suasana yang hanya boleh didefiniskan sebagai sexual tension antara mereka. Tapi, suaranya keluar halus macam tak nak keluar. Naimi berdeham kemudian, bersuara kembali. “Kenapa bahasakan diri abang? Geli, tau!” Saja Naimi pilih topik lebih selamat itu. Naimi keliru dengan apa sedang jadi antaranya dengan Hambali. Apa selalu jadi bila dia dekat dengan Hambali.Menurut Malika atau lebih tepat Dr. Malika, doktor peribadinya yang dah serupa kawan baiknya, itu tanda Naimi dan Hambali saling tertarik. Secara seksual, sebagai pasangan. Malah, mungkin saja itu tanda yang Naimi tunggu selama ini. Bahawa di dalam dunia ada lelaki khas yang telah pun Allah sediakan untuknya. Tapi, Naimi tak terfikir seperti itu. Bagi Naimi ini hanya tanda dia punya nafsu. Nafsu yang tak pernah dia rasai kepada mana-mana lelaki selama ini. 30 tahun hidup, ini kali pertama dia merasainya. Pure lust!Dan, ia bukan sesuatu yang baik untuk Naimi. Ia buat Naimi tak boleh berfikir dengan waras. Sebab tiap kali Hambali dekat, otak Naimi hilang fungsi fikir. Deria perempuannya saja berleluasa.Itu pasal Naimi yang awalnya berniat tak nak kahwin dengan Hambali kini dalam proses untuk jadi bakal isteri lelaki itu. Enam hari lagi dia akan jadi isteri kepada Harith Hambali.“Sebab Naimi yang panggil abang macam tu.”Suara Hambali kejutkan Naimi supaya tak berangan lagi. Terus dia alih batang leher ke sisi. “Bilanya? Sejak kali pertama kita jumpa dekat Mines tu awak sibuk bahasakan diri abang, okey. Sepatah saya tak suruh.”“Well...” Hambali tayang gigi. Crooked smile with crooked teeth and dimples. Naimi cair!“Betul jugak. Bukan Naimi yang panggil abang, abang. Tapi, Nimi. This cute little girl, that insisted me calling her Nimi. Malah, Nimi jugak mintak abang janji akan kahwin dengan dia sebab dia tak boleh kahwin dengan Pak Cik Salehin yang baik hati.”Kali ini Naimi hilang cair. Mukanya jelas peranjat. “Awak abang tu?”Hambali sengih lagi. “Yup. Dan, itu sebab ketiga abang nak kahwin dengan Nimi yang cute masa kecil dulu dan tetap cute masa dah besar panjang macam ni.”Hambali angkat belakang badan dari dinding lalu berdiri tegak pada ketinggian asalnya. 30 sentimter lebih tinggi daripada ketinggian Naimi yang cuma 155 sentimeter.“Jom, makan. Dia orang semua tengah tunggu kita.” Hambali terus jalan tinggal Naimi yang masih terkebil-kebil untuk fahami apa lelaki itu baru cakap. Maknanya, bukan dua minggu lepas kali pertama mereka bertemu, sebaliknya lebih 20 tahun dulu. Naimi tak ingat ketika itu berapa usianya. Yang Naimi ingat itu kali pertama dia bertandang ke rumah Mama Hajar. Ketika itu beberapa budak perempuan dan lelaki yang lebih kurang bayanya ejeknya budak miskin sebab dia pakai baju yang tak cantik macam budak-budak itu. Walhal itu baju paling cantik dia ada masa itu.Paling Naimi ingat masa itu dia gaduh dengan satu budak lelaki yang panggilnya budak comot. Tumbuk sampai berguling atas rumput. Ada seorang remaja lelaki leraikan pergaduhan mereka. Remaja lelaki itu siap sekeh kepala budak lelaki yang panggil Naimi comot.Lepas itu Naimi nangis. Sebab dia malu dipanggil comot dan miskin. Dia juga sedih taka da orang nak berkawan dengannya di majlis jemputan Mama Hajar yang masa itu dikenali sebagai mak cik saja. Dan, remaja lelaki itulah yang pujuk Naimi sampai Naimi tenang.Remaja lelaki itu juga yang bawa Naimi jumpa Mama Hajar. Lepas dimandikan oleh Mama Hajar, Mama Hajar pakaikan dia dengan gaun kembang yang sangat cantik. Buat Naimi rasa seperti puteri dan remaja lelaki yang Naimi tak tahu nama, tapi panggil abang itu panggilnnya Puteri. Naimi minta abang itu panggilnya Nimi sebab itu namanya. Bukan Naimi macam Mama Hajar panggil atau Puteri macam abang itu panggil. Lepas itu abang itu teman Naimi sepanjang majlis tersebut, tanpa diganggu lagi budak-budak nakal yang panggilnya comot. Bila abang itu nak balik, Naimi nangis sakan. “Nimi sayang abang. Abang tak boleh balik. Nimi tak nak kahwin dengan pak cik. Nimi nak kahwin dengan abang...”“Okey. Nimi besar dulu. Nanti abang datang cari Nimi. Lepas tu kita kahwin.”Itu janji abang itu. Lebih 20 tahun lalu.Dan kini, abang itu telah datang untuk paterikan pinky promise mereka. Abang itu akan kahwini Nimi. Hambali mahu kahwini Naimi.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 20, 2017 08:17

March 15, 2017

Duda Gila Aku - #HambaliNaimi 2


“Abang tetap nak kahwin dengan Naimi.”Ngangaan mulut Naimi jadi luas. Tutup sekejap, lepas itu buka balik gaya nak cakap, tapi tertutup semula. Naimi pandang lelaki depannya itu. Tenang sandar belakang badan ke kerusi di Starbucks Mines yang jadi pilihannya untuk pertemuan mereka. Sebab lepas Nazriah dan Hajar campak bom kemudian lari sembunyi kepadanya semalam, terus mereka nyatakan bahawa lelaki ini ajaknya berjumpa. Nak kenal-kenal.Harith Hambali. 39 tahun. Pakar bius. Anak tunggal lelaki Datin Syimah dan Datuk Hasbi. Anak empat orang. Tiga perempuan, satu lelaki. Itu apa yang Nazriah dan Hajar maklumkan kepada Naimi semalam. Tapi, mereka langsung tak maklumkan betapa kacaknya lelaki ini. Gila. Masa Hambali datang ke mejanya sekejap tadi, sapa dengan manisan senyum, hampir nak jatuh novel di tangan Naimi. Mulut pun nganga gaya minta lalat buat persenyawaan di dalam. Haih! Sungguh Naimi rasa macam baru tentang mata dengan Prince Charming versi Melayu. Tahap kacaknya, adoi rasa nak usung masuk bilik tidur.Naimi spontan ketuk-ketuk tepi kepalanya dengan dua-dua tangan. Keluar, keluar, keluar! Jangan masuk bilik tidur!Serius Harith Hambali bikin hati Naimi di tahap marabahaya yang luar biasa. Mana pernah dia tengok lelaki dan terbayangkan bilik tidur selama ini. Naimi tak pernah fikir sampai situ sebab kekurangan dirinya dan sebab tak pernah lagi ada lelaki buat dia terfikir sampai situ. Harith Hambali yang pertama!Naimi duduk tegak bila dengan tiba-tiba Hambali di depannya, capai tisu dan panjangkan tangan kiri ke depan. Ke arahnya. Makin tegak badan Naimi sambil mata ke sisi bila Hambali kesat tepi kepalanya, kanan kemudian kiri. Lepas itu Hambali tunjuk tisu yang ada kesan comot coklat.Jari-jemarinya ada kesan kek coklatlah tadi tu. Dan, ketika dia hentam kepala demi nak keluar dari ‘bilik tidur’ ia terkesan di tepi kepala. Tanpa hiraukan Hambali yang dah letak tisu di meja dan badan ke belakang kerusi dengan selesa, Naimi ambil tote bag di sisi kaki. Lalu, lalu keluarkan cermin kecil yang dia dapat ketika beli novel Tanpa Awak Macam Nak Gila! atas talian. Naimi tengok sisi kepalanya. Kanan lepas itu kiri. Malah, tudung bawal puccinya turut dibetulkan lepas pasti tak ada kesan coklat di situ. Dimuncung mulut dan tiup-tiup ke atas supaya muncung depan tudung itu letak elok. Lepas itu Naimi belek kanan kiri, lalu campak semula cermin bulat gaya button badge dengan cover novel, masuk begnya. Bila Naimi tengok depan, spontan kedua-dua pipinya jadi merah. Sebab Hambali sedang pandangnya. Dengan ralit. Dengan senyum senget. Crooked smile kata mat salih. Dah tu makin ternampak crooked teeth macam pelakon Naimi minat, Tom Hardy. Salah satu gigi depannya terlebih depan banding gigi-gigi lain yang elok teratur. Ditambah pula senyum itu tonjolkan satu kecacatan yang buat mata Naimi makin terbuai. Hambali ada dua lesung pipit. Yang sangat dalam bila dia senyum. Bila bercakap pun dah boleh nampak. Tapi, tak sedalam bila senyum. Berlubang tahap boleh masukkan jari!“You are so cute!”Mata Naimi bulat besar bulat kecil untuk seketika. Terkebil sebab tiba-tiba dipuji. Naimi juihkan bibir sambil kerut dahi lepas itu. Apa sebenarnya yang lelaki ini cuba buat? Kepadanya? Pada kewarasannya?“Kalau Naimi dah jadi isteri abang memang dah kena cium dah mulut muncung tu,” tutur Hambali selamba.Langsung tak lepas lihat gadis di depannya. Yang makin terkumpal-kumpal dengan asak demi asak daripada mulut selambanya. Naimi jelas jenis tak selesa dipuji. Gaya Naimi macam tak pernah ada lelaki cakap gaya lepas begini dengannya.Bagus. Hambali pun tak suka kalau ada lelaki lain pernah cakap gaya ini dengan bakal isterinya.“Ca... cakap entah apa-apa!” kata Naimi dalam terkejut, tapi cuba tayang roman selamba. Tak nak Hambali tahu cakap-cakap Hambali beri kesan pada hatinya. Perasaan Naimi jadi kucar-kacir dengan mulut selamba Hambali. Pandangan selamba Hambali lagilah buat Naimi tak tentu arah. Hambali pandang dia macam nak angkut masuk bilik tidur.Adoi, bilik tidur lagi. Keluar, keluar, keluar!“Abang jenis cakap dan buat. Bukan cakap entah apa-apa ya,” tekan Hambali tak putuskan tenungan ke paras Naimi. Yang ketika ini sedang tanggung malu. Kedua-dua pipi yang spontan termerah jadi buktinya. Hmm, senang dia nak tahu bila Naimi malu. Rasa Hambali bila marah pun pipi Naimi akan jadi warna merah begini.“Tunggu dan tengoklah lepas kita kahwin nanti. Tujuh tahun tau abang gersang. Siaplah Naimi abang kerjakan.” Besar biji mata Naimi dengan mulut tak ada brek Hambali. Gersang? Otak pun mulalah nak ke bilik tidur. Tapi, Naimi sempat tarik otak keluar sebelum ia masuk situ. Gila! Lelaki ini sungguh bahaya! Sebab Hambali bukan saja buat Naimi rasa malu sebaliknya juga buat Naimi rasa mahu. Itulah yang paling bahaya sebab tak pernah ada lelaki menimbulkan keinginan yang begitu di hati Naimi.Kekurangan yang ada kepadanya buatkan Naimi semenjak awal lagi hadkan keinginan entah apa-apa daripada hatinya. Bercinta. Bernikah. Semua itu dia campak masuk ke sudut hati paling dalam dan dikunci dengan ketat. Sebab Naimi tahu betapa sakitnya hati dan diri bila harapan begitu ada, lalu dihampakan. Dia sudah lalui fasa itu. Jadi, Naimi tak nak jadi dungu dengan bagi can hati merasanya lagi. Cukup sampai situ saja!“Bodolah awak ni!” Spontan Naimi kata begitu. Lepas itu dia tutup mulutnya dengan tangan.“Bodo?” Hambali tanya balik. Mukanya berkerut. Keningnya terjongket.Alamak! Ni pasallah mama selalu bising kepada Naimi jangan biasakan sebut bodo. Namun, tetap Naimi tak berjaya tak biasakan. Perkataan bodo tanpa H itu pasti dengan laju akan luncur keluar dari mulut Naimi setiap kali dia malu atau gementar. Sekalipun Hajar picit mulutnya sampai merah satu hari, pun tetap Naimi tak boleh nak tinggal perangai itu bila diselubungi malu atau gementar. Macam sekarang. Dua rasa itu bercampur aduk sampaikan terlepas saja bododari mulutnya.Naimi tengok Hambali dengan tapak tangan tutup mulut. Pasti lelaki ini akan marah. Tengok muka lain macam dan diam lain macam Hambali masa ini pun dia dah boleh agak. Lelaki mana suka dikata bodo di pertemuan pertama? Lelaki bodoh pun tidak!Eh, kejap, Naimi. Kalau dia marah, satu poin untuk kau. Kalau dia amuk, lagilah banyak poin untuk kau. Maknanya dia takkan terima kau sebab mulut lepas kau ni. Maknanya kau tak payahlah kahwin dengan dia. Dah kena kutuk secara langsung macam ini, sah Harith Hambali akan tolak kau, Naimi Nur! Naimi sengih di balik tapak tangan yang tutup mulutnya. Bergeliga sakti rupanya mulut tak ada breknya ini. Serius bodo!Naimi tunggu saja Hambali bangkit dengan letup marah, lalu tinggal dia di situ. Tapi, bukan itu yang jadi.“Ke sado?”“Bodolah, bodo!” sebut Naimi dengan geram lepas alih tangan dari mulut. Pandai pula mamat ni nak perasan sado. Tapi, memang sado pun badan Hambali. Tinggi pula tu. Bukan macam badan Naimi yang serba sedap, menurut kata Hajar.“Abang tak bodolah, Naimi. Tak apa, dah kahwin nanti apa akan buktikan betapa bijak pandainya abang. Okey?” kata Hambali dengan selamba. Dan, dengan selamba juga kenyit mata.Lepas itu Hambali capai minuman depannya dan hirup sampai habis. Dia hanya minum. Naimi saja makan kek sambil minum. Hambali bangun, berdiri. “Dah, kan? Jom.”Naimi tengok Hambali kemudian tangan Hambali hulurkan ke arahnya. Sambil capai tote bag di sisi kaki, Naimi bangun dan juih mulut. “Tak kahwin lagi nak pegang orang!” kutuk Naimi. Siap bagi jelingan 360 darjah kepada lelaki itu.Hambali turunkan huluran tangan. Dia tergelak perlahan. “Maksudnya dah setuju nak kahwinlah ni, kan?” Hambali jongket sebelah kening.Pipi Naimi jadi merah. Alamak! Ya ke?Bila Hambali semakin gelakkannya, Naimi tanpa fikir banyak pukul perut Hambali dengan tote bagnya. “Bodo!”“Hmm, now I know. You always say bodo whenever you’re shy or nervous. Right?” Hambali tayang crooked smile.Dan, Naimi jatuh terduduk balik ke kerusi. Jatuh badan berserta hati gayanya! Punah!Hambali pula terus gelak. Tak ada belas kasihan langsung tengok Naimi yang begitu. Bestnya dapat bakal isteri yang cute macam Naimi. Hambali kitarkan mata ke sekitar Starbuck itu. Dia senyum kepada Nazriah dan Hajar yang sedang cuba bakat spy sejak tadi. Ibu jari tangannya diangkat gaya curi-curi.Hah! Terjerit dua wanita itu sambil saling peluk. Naimi yang dah hilang terkejut jadi pinga-pinga. Dia cuba untuk tengok sekitar ruang Starbuck itu dan tingkat itu.“Kenapa?”“Macam suara mama dengan Mama Najah.”“Tak adanya dia orang dekat sini. Dia orang kat rumah dengan mama I. Jom.” Hambali pegang lengan Naimi dan angkat supaya Naimi berdiri. Bila Naimi berdiri dan kelip-kelip tengoknya, Hambali capai tote bag Naimi dan digenggam. Pergelangan tangan Naimi disentuh di bahagian berlapik.Naimi agak terkejut. Lelaki pegang beg tangan perempuan, sesuatu yang dia rasa pelik dibuat lelaki. Tapi, sweet bila dibuat suami. Terutama sekali bakal suaminya.Sah. Naimi punah!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 15, 2017 07:05

March 13, 2017

Duda Gila Aku - #HambaliNaimi 1


KAHWIN untuk apa kalau aku tahu aku takkan boleh jadi ibu!Itulah pegangan Naimi sejak dulu. Tambahan pula bila dah nak masuk three series ni. Bukannya ada mak-mak nak pandang untuk buat menantu pun. Lelaki nak buat bini ada saja. Maklumlah, dunia sekarang three series itu bukan gaya dunia datuk neneknya dulu. Dunia sekarang three series masih boleh diterima lagi. Ada lelaki nak kejar lagi. Ajak bercinta lagi. Ajak bernikah lagi. Tapinya, jadi pilihan menantu perempuan tu macam susah sangat. Tu pasal Naimi tak faham mengapa dia pula jadi pilihan menantu Datin Syimah. “Naimi Nur, dengar tak apa Mama Hajar cakap ni?” Tanya Hajar sambil tepuk perlahan paha anak gadis yang duduk sebelahnya.Terkebil-kebil gaya tak percaya. Macamlah dia baru beritahu Naimi gadis itu menang loteri berjuta-juta. Walhal perkara yang Hajar bangkitkan dengan menang loteri berjuta-juta langsung tak setanding. Apa yang dia cakap sekarang lebih mengujakan berbanding menang loteri berjuta-juta, okey!“Ya, ya. Naimi dengar, Mama Hajar. Tapi, Naimi tengah cuba fahamkan otak Naimi ni, hah.” Selamba Naimi jawab.Dengan Hajar, Naimi aci selamba saja sebagaimana dia dengan mamanya. Sebab Hajar sudah laksana ibu keduanya semenjak dulu. Kalau tak ada Hajar, pasti saja Naimi dan mama sudah menjadi gelandangan entah di mana. Syukurlah Hajar dan Salihin, arwah suami wanita itu, terima mereka laksana keluarga kandung pada malam itu. Walhal hubungan mereka sekadar bau bacang saja. Sampai sekarang Naimi tak faham apa sebenarnya hubungan kekeluargaan mereka. Dia tu punya anak si polan punya sedara dan dia ni punya pak cik. Peninglah kalau dicerita balik. Makanya, Hajar menjadi Mama Hajar dan Salihin menjadi Papa Salihin untuk Naimi. Senang nak simpul, Hajar dan Salihin adalah mama dan papa angkat Naimi Nur.“Nak fahamkan apa lagi, Naimi? Datin Syimah sendiri datang nak pinangkan Naimi untuk anak dia. Mama dengan Mama Hajar tak cari pun kali ni,” sampuk Nazriah. Paha kiri anak gadisnya itu disentuh dan dielus dengan lembut.Naimi kerut dahi sekejap. Kemudian kedua-dua tapak tangannya diletak atas tangan Nazriah dan Hajar di pahanya. Seorang elus kanan, seorang elus kiri. Naimi pandang Nazriah dan Hajar silih ganti. Mukanya tunjuk betapa dia curiga.“Betul ni?” Naimi tanya sambil picing mata. Komplot mama dan Mama Najahnya, sudah lama dalam poket Naimi. Bukan tahap poket seluar atau baju dah. Tahap poket kecil dalam bra. Begitulah tahunya Naimi pasal kesukaan mereka untuk ganding dia dengan anak lelaki mak cik itu, anak lelaki pak cik ini. Tapi, dah agak lama juga mereka tak buat komplot begini. Lebih setahun sejak Naimi balik daripada pertemuan terakhir dengan lelaki mereka perkenal, dengan mata merah macam saga. Naimi tak cerita, tapi Naimi tahu mama dan Mama Hajar tahu apa telah berlaku. Sebab dia yakin mama dan Mama Hajar ada di restoran itu ketika kejadian. Sibuk jadi spy sudahnya mata mereka pun bersepai. Merah macam dia juga sebab nangis.“Ya Allah, anak bertuah ni!” Hajar tolak tangan Naimi di atas kura tangannya. Lepas itu dicubit geram paha Naimi. Bila paha dah banyak isi macam paha Naimi, menyeringailah Naimi sambil mendesis. Terus Naimi tolak tangan Nazriah dan Hajar, lalu bangun. Berdiri depan dua mamanya itu dengan kerutan.“Sakitlah, Mama Hajar. Suka main isi orang tau.” Naimi jegil mata.“Mama Hajar pun sakit. Sebab Naimi suka main hati Mama Hajar.”Nazriah tertawa dengan mimik muka yang ditunjuk Hajar, sambil pegang dadanya. Drama sangat. Lepas itu dia pandang Naimi yang sedang berdiri depannya. Mulut Naimi termuncung tengok sikap drama queen Mama Hajarnya. Buat ketawa Nazriah semakin menjadi.Kalau tak ada Naimi dan Hajar entah apalah akan jadi kepada Nazriah selama ini. Naimi penguatnya. Hajar pengerasnya. Malah, Salihin juga jadi tunjang untuk Nazriah reda dan terima apa yang terjadi dalam kehidupannya selama ini. Jika tak ada salah seorang daripada mereka mungkin saja Nazriah sudah tiada di dunia ini. Kerana adanya merekalah dia belajar untuk terima qadak dan qadar-Nya. Kalau dia yang dulu, memang sudah lama dia mati bunuh diri. Nauzubillah!“Naimi...” panggil Nazriah. Bagi tumpuan kepada Naimi. Sekarang bukan masanya untuk dia buat imbas balik. Nanti panjangkan cerita saja. Walhah ini cerita pendek di mana Nazriah dan Hajar nak tengok Naimi berkahwin. Menjadi seorang isteri. Ada yang jaga Naimi selepas mereka tak ada. Itu utamanya.Naimi juihkan mulutnya gaya muncung itik. Lepas itu dengan selamba dia duduk di atas karpet tebal lagi empuk di ruang tamu keluarga itu. Di depan sofa tiga rangkai yang Nazriah dan Hajar duduk.“Masalahnya Naimi tak faham kenapa Naimi.”Luahan Naimi yang kedengaran biasa padahal dalam makna itu buat Nazriah dan Hajar saling pandang. Kemudian mereka rapatkan kedudukan mereka. Ruang kosong yang ditinggal Naimi sudah tiada. Sempat Nazriah paut tangan Hajar serupa cari kekuatan. Hajar pula balas dengan genggam balik. Kuat dan erat. Lepas itu Hajar lepaskan pautan tangan mereka. Hajar tak nak reaksi mereka itu timbulkan sebarang syak daripada Naimi. Hajar tak mahu Naimi terbaca apa pun daripada mereka. Daripadanya.Komplot kali ini wajib jadi!“Apa pulak yang Naimi tak faham? Cuba fahamkan Mama Hajar.” Dengan tenang Hajar pandang muka kerut Naimi.Naimi gelak. Buat-buat. “Mama Hajar, seriously?”Naimi geleng-gelengkan kepala sambil tengok Hajar kemudian Nazriah. “Naimi tak boleh mengandung. Untuk apa Datin Syimah nak lamar Naimi untuk anak dia kalau Naimi tak boleh bagi lelaki tu anak, Datin Syimah cucu?” tanya Naimi dengan agak keras sambil jongket sebelah kening.Datin Syimah adalah kakak Papa Salihin. Daripada apa yang Naimi kenal pasal perempuan itu, dia punya memilih dalam semua hal, tak pernah tak terbaik. Jadi, mana mungkin Datin Syimah yang cerewet itu lamar dia. Dia bukan yang terbaik apatah lagi sempurna. Tapisan pertama Datin Syimah saja dah kena reject sepatutnya!Something is wrong somewhere sangat!Muka Nazriah berubah. Terkesan dengan dalam dengar pertanyaan anak gadisnya itu. Ya, Naimi, satu-satunya warisnya tidak boleh menyambung warisan mereka. Naimi tak boleh mengandung!“Ke Datin Syimah tak tau pasal condition Naimi?” serbu Naimi sebelum Hajar jawab.“Betul, kan? Dia tak tau, kan?” Naimi buat muka.Sahlah tak tahu. Kalau wanita itu tahu takkan punyalah Datin Syimah nak lamar dia jadi menantu. Jadi isteri anak lelakinya, yang setahu Naimi adalah anak lelaki tunggalnya. “Bukan semua perkahwinan pasal anak, Naimi. Kalau semua perkahwinan pasal anak, takkannya perkahwinan Mama Hajar dengan Papa Salihin bertahan sampai akhir hayat Papa Salihin. Naimi pernah nampak perkahwinan kami serba kekurangan hanya sebab kami tak beranak? Pernah?” tanya Hajar dengan tenang.Walau dadanya berdebar hebat di masa ini. Dia tak mahu Naimi terbaca debaran itu pada mukanya. Itu pasal Hajar sekolahkan mukanya habis-habisan. Sambil bangkitkan topik dia dan arwah suaminya yang tak punyai tuah untuk merasa jadi ibu dan ayah kandung. Sekadar ibu dan ayah angkat. Kepada Naimi.Naimi terdiam dengan topik yang Hajar bangkitkan itu. Ya, pasangan ini adalah pasangan paling istimewa pernah Naimi lihat. Pasangan yang membuktikan bukan semua pernikahan perlukan anak sebagai galang ganti. Bukan semua perkahwinan diikat oleh anak.Kerana perkahwinan sebenar diikat oleh hati yang Allah pinjamkan. Bila hati itu menyayangi pasangan secukupnya kerana Allah, lain daripada itu bukanlah syarat untuk bahagia.Itulah kata Papa Salihin kepada Naimi semenjak dulu. Berulang-ulang kali sampaikan sudah terakam elok di mindanya. Tapi, adakah lelaki sanggup terima kekurangannya? Dia wanita yang tidak boleh mengandung. Dia wanita yang takkan mampu menyambung warisannya, warisan suaminya. Wanitakah dia jika tidak mampu memberi zuriat kepada suami sendiri?“Lagipun anak bukan isu besar untuk Hambali.” Tegak muka Naimi tengok depannya bila Hajar bersuara. Berkerut dahinya dengan pernyataan itu. Dah kenapa pula? Apa pulak yang tak kena dengan Hambali ni? Ke Hambali pun ada masalah kesihatan lain? Atau masalah fizikal lain sampaikan dia perlu cari perempuan tak sempurna macam Naimi?Sah! Something is wrong somewhere sangat!“Kenapa?” tanya Naimi nak tahun. Tak dapat diamkan diri lagi.“Hambali dah ada anak. Dengan arwah isteri pertama dia yang dah tujuh tahun meninggal dunia,” terang Nazriah dengan senyuman.“Duda?!” Naimi terkejut.“Duda anak empat.” “What?!” Menjerit jadinya Naimi dengar angka empat. Dia bukan setakat dilamar Datin Syimah untuk jadi isteri anaknya, malah untuk jadi ibu segera empat cucunya!“Jadi, anak bukanlah benda penting untuk perkahwinan Naimi dengan Hambali. Kan?” tanya Hajar dengan sengihan luas.“Yeay, Naz! Kita nak dapat menantu. Tahniah, tahniah.” Hajar peluk Nazriah di sebelahnya kemudian saling bersalaman sebagai ucapan tahniah.Biar saja Naimi yang sedang lopong sambil duduk bersila tengok  mereka. Masih dalam proses download fakta bukan auta Nazriah dan Hajar.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 13, 2017 21:30

July 17, 2016

Suami Selepas Deadline Raya

#SeriZa'baSuami Selepas Raya Za’ba tahan nafas dengan penuh semangat. Tak tahulah dah kali ke berapa dia buat macam itu. Maklumlah, dia kan tengah menanggung berat orang dari tadi. Nasiblah berat isteri sendiri. Kalau orang lain lama dah Za’ba aci campak saja orang yang duduk di atas pahanya, malah parkir seluruh badan ke atas badannya. Memanglah Seri ingat dia tilam bergerak!“You...”“Hmmm...” kata Za’ba sambil mengurut-urut belakang badan Seri.Seri melepas keluhan. Keluhan nikmat. Terus Za’ba tergelak. “Sedap sangat ke?” tanya Za’ba terus urut belakang Seri. Wanita kesayangannya itu angguk kepala.“Nikmat gila.”
“Macam mana?” tanya Opah Chik bila nampak Za’ba masuk ke ruang dapur rumah teres yang dibeli Za’ba sebelum berkahwin dengan cucunya lagi. Di kawasan perumahan belakang pejabat Za’ba dan Seri saja.“Lagi susah daripada nak hantar anak pergi sekolah. Jangan baby dalam perut tu dah besar nanti kenan perangai mama dia tu sudahlah.” Za’ba tarik kerusi di meja makan dan duduk. Dia tersenyum kepada Opah Cik yang tergelak.“Umar dah pergi sekolah?” tanya Za’ba selepas kunyah mi goreng basah buatan Seri. Dalam perangai manja terlebih dan mengada melampau, Seri tak pernah tinggalkan tanggungjawabnya. Semua layanan cukup. Terutama layanan menggedik dengannya.“Dah,” jawab Opah Chik lalu duduk di kerusi berdepan dengan Za’ba. “Tengah tak berapa betul hormon Seri tu. Sabarlah ya, Za’ba.”“Tengah sabarlah ni, opah. Semua benda pun kalau pasal Seri, Za’ba boleh sabar. Kecuali bila mulut comel dia tu kata Za’ba tak sayang dia. Tu boleh bikin geram.”“Dia nak sambung cutilah tu ya? Dah tak dapat dia kata Za’ba tak sayang.”“Tu ajelah modal dia, opah. Asal tak ikut apa dia nak, Za’ba tak sayang. Macam semalamlah. Boleh kejut Za’ba pukul 2.00 pagi lebih mintak aiskrim sundae strawberi. Bila tak layan mulalah, tak sayang dia.” Za’ba mengadu. Sajalah. Nak bermanja dengan nenek Seri yang dah anggap dia macam cucu sendiri. Kalau tak, tak mungkinlah Opah Chik akan maafkan kesalahannya yang 10 tahun lalu dan terima dia balik. Malah, senang hati pula kahwinkannya dengan cucu yang paling disayang wanita itu.Opah Chik ketawa lagi. “Dah tu, dapat tak dia aiskrim tu?”“Dapatlah, opah. Setengah jam dia kerjakan Za’ba sampai Za’ba terpaksa mengalah dan tunaikan apa dia nak. Gila cucu nenek tu. Datang semangat ngurat dia, habis merudum semua jenis semangat Za’ba. Asyik tergoda aje.”Opah Chik ketawa lagi. Kali ini lebih kuat. “Tu pasal ada orang tu hampir nak babas puasa kan.”Za’ba sengih. “Nasiblah opah datang selamatkan keadaan. Kalau tak, mesti kena ganti puasa dan bayar kifarah.”“Selamat tu pun sebab hampir nak projek dekat ruang tamu. Kalau dalam bilik memang tak selamat dah.” Opah Cik terus gelak. Masa hari kejadian adalah dia amukkan Seri. Elok suaminya berpuasa gatal pula cucunya tu goda. Memang Seri yang salah. Tapi, hari ini dah jadi bahan gelak pula. “Tulah pasal. Lepas ni kena pastikan dia tak mengandung masa puasa. Takut-takut nanti jadi lagi.”Makin kuat gelak Opah Chik. Bergabung pula dengan gelak Za’ba. Sampailah mereka dengar rengusan tanda tak puas hati Seri yang lihat mereka dengan perasaan geram. Terus Seri tinggalkan Za’ba dan Opah Chik, jalan sambil hentak kaki. Tunjuk protes.“Sayang, makan dulu.”“Tak nak. Kata nak pergi kerja sangat kan. I nak pergi kerja!” balas Seri marah.Za’ba mengeluh. Dia tengok mi basah di pinggan. Masih bersisa. Barulah nak niat tambah lagi. “Tak apa. Opah dah buat bekal. Nanti makan dengan Seri. Sampai ofis nanti sah dia akan cari Za’ba sebab lapar dan rindu.” Opah Chik ambil beg kertas berisi bekal dan beri kepada Za’ba.Za’ba cepat-cepat habiskan sisa mi di pinggannya kemudian capai beg kertas huluran Opah Chik bila kedengaran bunyi enjin kereta dihidupkan. “Pergi dulu, opah.”Opah Chik tengok saja Za’ba yang dah mencicit tinggalkan ruang dapur. Takut isteri tinggal punya pasal. Seri, Seri... Opah Chik geleng kepala. Nasiblah Za’ba sayang gila kepada cucunya itu. Sayang gila dan sabar gila dengan perangai dan kerenah Seri yang tidak-tidak selepas disahkankan mengandung. Sebabkan sayang gila itu jugalah Opah Chik terima balik Za’ba dalam hidup Seri. Za’ba perlukan Seri dan Seri pun perlukan Za’ba. Alhamdulillah, dia tak salah.
“Nak tu.” Seri tunjuk dan Za’ba suapkan ke mulut Seri.“Nak tu pulak.” Seri tunjuk lagi dan Za’ba suapkan lagi.“Nak t...”“No. Kunyah habis apa dalam mulut you sampai habis. Baru I bagi.” Bila Seri cemberutkan muka sebab tak puas hati dan cuba rampas makanan di pinggan, Za’ba alihkan pinggan ke sisi. Siap tutup atasnya dengan kedua-dua tangan supaya Seri tak dapat ambil.Seri sebek mulut dan matanya dipenuhi air hangat. Sambil tunak pandang suaminya yang sanggup bertindak kejam begini kepadanya. Dia nak makan pun tak nak bagi.“Sayang I tak?” tanya Za’ba lembut. Tangan kirinya dipanjangkan ke pipi Seri bila kesayangannya itu alirkan air mata. Disapu air hangat itu. Sebelah pipi saja. Tak tahulah Za’ba nak kata Seri ni betul nangis ke lakon nangis. Tapinya, dia memang pantang tengok Seri nangis.“I sayang. You yang tak sayang I lagi…” Seri masih sebek mulut. Lepas itu dia nganga mulut.Tersenyum Za’ba lihat manjanya Seri ketika ini. Bila dia yakin mulut Seri dah kosong barulah dia suakan rendang daging yang Seri nakkan tadi. Dia urut-urut belakang Seri, di bahagian atas pinggang wanita itu dengan tangan kiri sambil lihat saja Seri kunyah makanan di dalam mulut. Elok kosong, Seri nganga lagi sekali selepas tunjuk mangkuk laksa. Za’ba suapkan juga.“Ni bini you ke anak you, Za’ba?”Suara yang menyoal itu buat Za’ba dongak muka sikit. Terus nampak Siti yang sudah pun berdiri di depan dia dan Seri yang sengaja pilih ruang sedikit tersorok di sebuah meja bulat yang muat untuk tiga orang duduk. Nasiblah tak ada kerusi kosong di situ. Kalau tak pasti dengan tak malunya Siti akan duduk tanpa dijemput. Za’ba tersenyum tipis bila Seri yang duduk di sebelahnya rapatkan badan kepadanya. Siap peluk lengan kirinya rapat dengan kedua-dua tangan. Muka pula letak elok di bahagian atas lengannya sambil pandang Siti gaya cari gaduh. Za’ba kucup lembut tepi dahi Seri dengan rasa cinta. Kemudian Za’ba lihat pula Siti yang masih berdiri di depan mereka dengan sebelah tangan pegang minuman.“Bini I ke anak I, I yang layan,” tutur Za’ba selamba. Kemudian sambung suap Seri dengan lemang yang dicicahkan ke serunding. Muka cari gaduh pun Seri makan juga apa Za’ba suapkan. Lepas itu tunjuk muka cari gaduh balik sambil kunyah.  Siti ketawa. “Sejak bila you jadi manja macam ni, Seri? Bukan dulu hati kental ke? Asyik gaduh aje dengan Za’ba.”“Sejak jadi bini dia. Sekarang I tak gaduh dah dengan dia. Dengan you ya I nak gaduh,” jawab Seri sengit. Sempat lagi jelir lidah kepada Siti sebelum nganga mulut balik minta suap makanan lagi.“No, no. Rumah orang tua I, okey. Tak nak gaduh-gaduh,” bicara Tina sambil jalan ke arah manusia bertiga itu. Telunjuknya diluruskan ke kanan dan kiri tanda tak boleh.“Tak ada masalah I nak gaduh. Seri ni aje suka bergaduh. I tak, okey.” Siti juih mulut. Kemudian pandang Seri sekilas.“I memang suka gaduh dengan perempuan spesies you. Dah ada suami sibuk usyar suami orang lain. Jangan berani-berani dekat dengan suami I, okey. 10 meter jauh atau I cucuk dengan garpu ni.” Seri beri amaran sambil unjukkan garpu yang dia rampas dari tangan Za’ba.Siti mendecit. Buat muka entah apa-apalah kau kepada Seri kemudian berlalu pergi dari situ.Tina yang lihat saja sambil usap perut buncitnya, ketawa perlahan. “Kuat cemburu sungguh isteri you ni, Za’ba.”“Dari dulu lagi. Sekarang ni aje lain macam cemburunya. Tapi, tak apalah. Tanda sayang I kan.” Za’ba ambil balik garpu di tangan Seri secara lembut kemudian letak di pinggan kertas berisi kuih raya.“Tina pun mesti buat macam tu kalau perempuan macam Siti tu cuba nak kacau Azmee. Kan, Tina, kan?” Seri minta sokongan.Tina angguk sambil terus usap perut. Dia senyum bila Seri tunjuk senyum menang kepada Za’ba. Tapi, senyum itu hilang bila Za’ba dengan selamba suap biskut raya masuk mulut Seri. “Apa pun, thanks sebab datang ke majlis malam ni. Mak Tinalah nak sangat buat majlis doa selamat cum rumah terbuka ni,” ujar Tina kemudian lihat belakang. Dia nampak Azmee lambai kepadanya, minta ke situ. “Tak ada hal. Rumah kami tak ada rumah terbuka ya tahun ni. Selagi hormon bakal mak buyung sebelah I ni tak stabil, tak berani I nak buat apa-apa makan-makan kat rumah tu.”“Takut I makan semua makananlah tu. Takut I lagi-lagi gemuk, kan?” Seri juih bibir.“Tak ada maknanya nak takut tu. I takut you serang I kat mana-mana tempat dalam rumah tu masa majlis berlangsung.”“Serang?” Seri kekeliruan.Za’ba tolong hilangkannya dengan bisikkan sesuatu ke telinga Seri. Terus merah bukan main muka Seri. Sempat curi tengok Za’ba sebelum aci capai apa saja makanan di dalam pinggan di atas meja mereka lalu masukkan ke mulutnya. Bila penuh mulut baru dia kunyah perlahan-lahan.Za’ba ketawa. Tina yang ada di situ pun sama. Kemudian Tina terus tinggalkan mereka suami isteri. Sebab dia nampak Azmee dah nak ke arahnya bila dia tak datang-datang.Za’ba dekatkan muka ke muka Seri yang bulat mata sambil kunyah makanan yang banyak dalam mulut. Siapa suruh sua tak agak-agak masuk mulut kan. Malu sangatlah tu dengar apa dia bisikkan. Walhal betul kut. Seri kuat serangnya sekarang. Dia tak kisah pun, rela saja. Sebab sekarang bukan bulan puasa dan asal kena waktu dan tempatnya.“I sayang you, Seri Zulaikha. You gemuk ke, you kurus ke, you gedik ke, asal dengan I, you marah ke, you manja ke, asal dengan I lagi, you mintak entah apa-apa ke, you kejut I bangun pukul 3.00 pagi ajak sembang ke, you tak bagi I tidur semalaman sebab nak teman you ke… Apa pun you buat, you jadi, I sayang you, isteri I. Sebab I ada satu hati dan hati I ni you punya dari dulu, sekarang dan sampai akhir nyawa kita. Insya-Allah.” Za’ba kucup dahi Seri, lama. Seri kunyah makanan dalam mulut dengan muka yang mula mengalirkan air mata. Za’ba pula ketawa lihat kelaku isteri tersayangnya itu. Dia paut bahu Seri, lalu ditarik rapat kepadanya. “Dah, dah. Makan ya, sayang.” Za’ba sambung usap-usap bahu Seri lagi.“You…”“Hmmm…”“I sayang you jugak dan I mintak maaf sebab asyik macam-macam dengan you selama ni. I tau you sayang I, tapi I tak tau kenapa I…”“I tau. Sebab you percaya I sangat sayang you. Sebab tu you macam-macam dengan I. Kan?”Seri angguk kepala kemudian dongak muka, lihat Za’ba. Za’ba yang akan sayang dia selama-lamanya sebagaimana dikata. Za’ba takkan mungkir janji. Insya-Allah.“You…” ujar Seri manja.“Hmmm…” balas Za’ba juga manja, tunduk muka lihat Seri. Muka Seri masa ini, aduh, rasa nak usung bawa masuk bilik saja. Mujur mereka di rumah orang dan bukan rumah sendiri.“I nak rendang.”Terkelepek hati Za’ba dengar ucapan seterusnya Seri. Ingatkan akan dengar kata istimewa penuh cinta dan sarat sayang daripada Seri. Sekali… Nak rendang. Lagi sayang rendang daripada dia!“Tapi, malam ni I nak lain.” Seri peluk pinggang Za’ba.“Nak mintak makan apa pulak ni?”“Nak makan you. Serang you. Macam you bisikkan kat telinga I tadi…” Seri jauhkan badan dari badan Za’ba, jongket kening dengan nakal kepada Za’ba yang terkejut sampai kaku tak bagi respons. Seri tarik pinggan berisi rendang lalu makan sambil tersenyum-senyum sebab berjaya kenakan Za’ba yang menakal dengannya tadi.“Cepat makan. Kita balik terus lepas ni!” Za’ba mula suap makanan ke mulutnya dan mulut Seri. Laju dan cepat bukan main.Seri tolak tangan Za’ba yang cuba masukkan makanan ke mulutnya. Dia tergelak suka dengan sikap Za’ba yang nampak sangat tak sabar balik rumah demi diserang olehnya. Suami I, suami I… Yang I sayang dan cinta. Macamlah tak pernah kena serang sebelum ni kan.
OK HABIS!

Jangan lupa dapatkan Suami Selepas Deadline yang telah pun terbit! #SuamiIsteriTerbitan: Penerbitan Fajar PakeerHarga: RM21.00 / RM24.00
1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 17, 2016 06:32

April 1, 2016

Suami Selepas Deadline - #SeriZa'ba Part 3

RIDZWAN geleng-geleng tengok Seri yang berpeluk tubuh sambil tayang muka ketat kepadanya. Tunjuk tak suka dan tak puas hati. “It’s not my call, Seri.”“Tapi, paling kurang pun inform saya. Saya in-charge bahagian sumber manusia, tapi kenapa saya tak tau pasal dia akan jadi pengarah kewangan Dual Ridz?” Seri persoal balik benda yang dia masih tak puas hati sampai sekarang. Tetap balik pada kenapa dia tak tahu sampailah hari ini, bila lelaki itu tiba-tiba muncul dan kena ‘tikam’ dengannya.“Ayla uruskan semua tu. Saya sendiri tak tau, Seri, siapa yang ambik jawatan tu. All is done by my brother. Ridzman yang uruskan dengan bantuan Ayla. Saya atau Hafidz...” Ridzwan kerling Hafidz yang duduk di sebelahnya kemudian gelengkan kepala. Tanda mereka tak tahu dan sesungguhnya mereka tak bersubahat.


Nak baca lagi? Jangan lupa dapatkan Suami Selepas Deadline yang telah pun terbit! #SuamiIsteriTerbitan: Penerbitan Fajar PakeerHarga: RM21.00 / RM24.00
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 01, 2016 06:51

#SeriZa'ba - Part 3

| not the heroin, opkos. hehehe :P |
RIDZWAN geleng-geleng tengok Seri yang berpeluk tubuh sambil tayang muka ketat kepadanya. Tunjuk tak suka dan tak puas hati. “It’s not my call, Seri.”“Tapi, paling kurang pun inform saya. Saya in-charge bahagian sumber manusia, tapi kenapa saya tak tau pasal dia akan jadi pengarah kewangan Dual Ridz?” Seri persoal balik benda yang dia masih tak puas hati sampai sekarang. Tetap balik pada kenapa dia tak tahu sampailah hari ini, bila lelaki itu tiba-tiba muncul dan kena ‘tikam’ dengannya.“Ayla uruskan semua tu. Saya sendiri tak tau, Seri, siapa yang ambik jawatan tu. All is done by my brother. Ridzman yang uruskan dengan bantuan Ayla. Saya atau Hafidz...” Ridzwan kerling Hafidz yang duduk di sebelahnya kemudian gelengkan kepala. Tanda mereka tak tahu dan sesungguhnya mereka tak bersubahat.Seri merengus kemudian angkat punggung dari kerusi di bilik mesyuarat yang mereka bertiga huni. “Apa-apalah.”“Seri?”Panggilan Ridzwan matikan langkah yang baru Seri nak atur. Seri alihkan muka, lihat Ridzwan semula.“Mmm?” Seri tanya balik dengan muka ketat. Sebabnya, bos pertamanya itu dah tahu perangai wangi busuk dia semua. Mana taknya, dah sekian lama dia jadi staf lelaki itu. Dari Butterworth sampai ke Cheras ini. Cuma lelaki lewat 40-an itu bukanlah bos besar di sini. Sekadar rakan kongsi yang akan datang ke sini setiap dua minggu untuk memastikan gerak kerja di sini lancar, di bawah kendalian bos Dual Ridz, Ridzman, adik bongsu Ridzwan. Kadang datang sendirian, kadang dengan Hafidz, pembantunya di Butterworth sana.“Saya harap Seri tak ada masalah nak bekerja dengan pengarah kewangan baru ni. Saya dah jumpa dia, kenal dia dan ambik tau pasal pengalaman dia. He’s the best candidate for the post. Awak pun tau kan Ridzman tu macam mana. Kalau tak layak, dia takkan ambik.”Seri lepaskan keluhan dalam. Badannya dikalih penuh supaya hadap Ridzwan yang dah pun bangun dari kerusi dan berdiri di depannya. Lelaki yang baru pulang daripada menunaikan haji itu kelihatan lebih tenang muka dan peribadinya. Nampak muka beriman.“Saya tau, Encik Ridzwan. Dan, saya tak ada masalah nak berurusan dengan dia.” Seri senyum tipis kepada Ridzwan. Dia tahu lelaki itu takut kalau-kalau dia akan berhenti. Sayang sungguh lelaki itu kepada dia dan Hafidz. Sampai sekarang masih ikat mereka sebagai pekerja kesayangannya.“Urusan kerja memang tak ada masalah. Urusan satu lagi tu?” Hafidz sakat Seri dengan sengih tunjuk gigi. Kerusi bilik mesyuarat itu dia pusing ke kanan dan ke kiri. Seri jegil mata kepada Hafidz. Memang ada yang makan pelangkung dan bukan nasi juga sekejap lagi ni!Ridzwan pandang antara Seri dan Hafidz silih ganti. “Ada yang saya tak tau ke?”“Tak adalah, Encik Ridzwan. Macam tak kenal Hafidz mulut merenyam tu. Lagi banyak anak, lagi macam-macam keluar dari mulut dia tu!” Seri jawab sambil beri jelingan maha sengit kepada Hafidz. Kemudian terus Seri atur langkah nak dapatkan pintu bilik mesyuarat yang memang sengaja dikunci dari dalam sejak 10 minit tadi. Takut ada gangguan. Makin terganggu pula jiwa Seri yang dah kacau-balau dari tadi. Semenjak Za’ba tunjuk muka dan selepas Ridzman kenalkan lelaki itu sebagai pengarah kewangan Dual Ridz Sdn Bhd yang baru. Menggantikan Ayla, isteri Ridzman yang sedang mengandungkan anak pertama mereka. Ayla akan berhenti untuk beri tumpuan penuh kepada anak yang ditunggu-tunggu sekian lama. Hampir 12 tahun kalau tak silap Seri.Elok Seri pulas tombol, dia terkejung lima saat apabila lihat siapa berdiri betul-betul di depannya. Belum angkat kepala pun Seri sudah tahu dada bidang itu siapa punya. Kemeja putih, blazer royal blue dengan satu butang atas terbuka. Memicing mata Seri bila dongak muka dan tatap wajah kacak ekstra tampan itu. Tambah-tambah bila Za’ba sedang senyum manis gaya letak gula di bibirnya dan bukan minuman.“Nak apa?” Seri tanya gaya samseng. “Tak cukup gaji pengarah kewangan sampai nak jadi gad pintu ni?”“Nak you, boleh?”Spontan Seri jentik dahi Za’ba. Walaupun kena jengket sikit sebab Za’ba tetap tinggi lampai macam dulu.Za’ba terus sentuh dahinya dengan jerit sakit. “Sakitlah, Seri!”“Padan muka!” sembur Seri untuk telinga Za’ba saja kemudian cepat-cepat melenggang-lenggang ke arah biliknya. Sempat pula sambil lenggang sambil tengok belakang. Elok paling muka sikit ke belakang, dia nampak Za’ba sedang jalan laju-laju nak kejarnya. Dengan sepasang kaki yang panjang itu, lagilah Za’ba cepat saja nak dekat dengannya. Tanpa fikir panjang, Seri terus lari terkedek-kedek di situ juga tanpa kisahkan mata-mata lain yang terjenguk-jenguk tengok dia dan Za’ba yang ada gaya macam tengah main kejar-kejar.Seri usyar belakang lagi sekali. Mak aih. Makin dekat lagi pula Za’ba. Kali ini, Seri larikan diri gaya orang masuk larian pecut 100 meter dengan wedges. Dan, di belakangnya, dia dengar bunyi tapak kasut berbunyi tanda orang di belakang pun sedang lari. Tapi, ada bunyi latar lain yang mengiring. Bunyi gelak kelucuan. Cis!Tiba-tiba, dari belakang, pergelangan tangan Seri kena kaut dengan jemari tangan yang kuat menggenggam. Bukan setakat itu saja, ditarik dia supaya menurut pula. Seri yang belum lepas terkejut, terpaksa turutkan saja. Badannya kemudian ditolak ke dinding apabila sampai ke satu bilik sederhana, buatkan Seri terkebil-kebil bila Za’ba letak telapak tangan kanan dan kiri pada dinding, kunci tubuhnya di situ. Betul-betul di atas bahu kanan dan kiri Seri sambil badannya ditundukkan supaya muka mereka saling bertentangan. Tak payahlah Seri nak dongak-dongak kepala untuk main mata dengan Za’ba.“You kena diet! Dah berisi sangat sampaikan bila lari bergoyang semua,” ujar Za’ba, sinikal. Sengaja lebih-lebihkan kenyataan. Memang pun Za’ba perasan Seri dah tak macam dulu badannya. Tinggi tak ada pun berubah. Pendek macam itu juga. Tapi, badannya tak kecil dan kurus macam dulu. Kalau dulu saiz Syarifah Amani, sekarang dah saiz badan sedap macam Nelydia Senrose. Bumper melentik lain macam sudah. Memang mantap pun. Tapi, sajalah Za’ba nak kutuk terang-terang.Seri sakit hati dengar kenyataan makan dalam dan tak makan saman dari mulut Za’ba. Geram naik ke kepala, Seri terus alih muka ke sisi dan aci gigit tangan Za’ba yang telapak tangannya pada dinding. Gigit sampai Za’ba jerit-jerit minta lepas. Sudahnya, bila Seri lepas, Za’ba jauhkan badan mereka sambil usap-usap kura tangannya yang Seri gigit macam dapat KFC.“Tengok, siap ada tanda gigi lagi!” Za’ba sua sekejap tangannya, nak tunjuk bukti kepada Seri. Tapi, dia cepat-cepat tarik balik bila Seri menyeringai macam nak gigit lagi. Dah pandai makan orang agaknya si Seri ni sejak mereka berpisah sekian lama.“Siapa suruh cari pasal? Mulut, kalau tak pandai cakap benda baik, lagi afdal diam aje. Tangan you tak sakit, hati I pun tak!” Seri balas sengit. Apa ingat dia nak rindu-rinduan sama Za’ba lepas lebih sembilan tahun tak jumpa? Jangan harap!“Eh, I cakap yang betul, okey! Dah memang kenyataan pun bila you lari tadi goyang habis semua!” Za’ba tak mahu mengaku salah apatah pula kalah.“You ni memang nak mintak mampus! Maunya kompeni ni kena cari pengarah kewangan baru jugak beberapa jam lagi!” jerit Seri geram. Tak habis nak sentuh pasal bentuk badannya yang memang dah tak saiz dulu!Za’ba senyum senget semacam. Macam nak perli ada. Macam nak gelak pun ada. “Rasa I lah kan... You jadi berisi sampai macam ni sebab kuat makan rindukan I selama ni kan. Nak lepas stres ingat I, rindu I, you makan aje. Sampai jadi bam-bam macam ni.”“Mimpilah tujuh tahun tujuh tahun punya malam! Memang taklah! You tu pulak, apasal berjambang bagai? Rindu I sampai jadi Devdas Malaysia? I kan kononnya vitamin dan antibiotik you!” Seri balas balik. Ingat, Za’ba saja pandai nak kutuk secara life? Hei, dia pun retilah!“Hei! Helo! Siapa rindu siapa sebenarnya? I kalau rindu you lagi, memang tak adalah anak. You tu, dahlah tak ada anak, kahwin memang taklah, tunang pun tak ada! So, terang lagi bersuluh kan siapa rindu siapa, siapa tak lupa siapa dan siapa tunggu siapa?” Za’ba senyum sinis sambil peluk tubuh dan tentang muka Seri yang dah lain warna. Bukan lagi sawo matang. Geramkan dialah tu.Seri ketap bibir bawah. Sakitnya perasaan dia masa ini apabila dengar cakap Za’ba yang macam memperlekeh dia. Macam juga memperlekeh hubungan hati yang mereka pernah ada. Sepertinya perasaan dia kepada Za’ba dulu atau sisa-sisa perasaan itu hanyalah sampah. Yang nak dikitar semula pun tak layak!Turutkan sakit hatinya, Seri kepal penumbuk tangan kanan lalu ayun laju dan lepas sekuatnya pada abdomen Za’ba. Betul-betul di bahagian penselnya tercacak tadi.Za’ba yang serius tak jangka akan terima serang hendap gaya itu, terus pegang perutnya dengan separuh badan tertunduk. Mulut pula mendesis tahan sakit. Memang mati juga Seri kerjakan dia ni!Seri tiba-tiba paut dagu Za’ba yang tunduk muka itu, didongak sikit supaya tentang mukanya. “Take note. I bakal tunang orang! I bakal bahagia dengan orang yang akan sayang I! Manusia jenis cemburu buta macam you, sampai mati takkan faham!”Seri tolak dagu Za’ba sekuatnya. Membuatkan badan Za’ba yang sedia menunduk separuh itu terkebelakang sikit. Pinggulnya kena kitchen island table di situ. Za’ba tegakkan badan sambil gosok pinggulnya yang terkena bucu meja di pantri itu, tengok saja Seri berjalan pergi gaya samseng, tinggalkan dia.“Auch...” Kali ini Za’ba gosok pula perutnya yang berketak. Ngilu terasa pada luka yang tadi.Za’ba tengok sekitar. Janganlah ada yang nampak dia dikerjakan oleh orang kuat sumber manusia syarikat itu dengan jayanya. Tapi, keinginannya tak sampai apabila dia tengok kitchen island table itu dipenuhi dua tubuh yang sedang enak menikmati sandwic.“What the... Sejak bila kau orang kat sini?” Za’ba soal pasangan suami isteri itu, yang sedang sambung kunyah sandwic dengan gaya baru lepas tengok wayang bergambar dengan warna.“Sejak sebelum kau heret bos HR aku tu masuk sini lagi.” Ridzman hanya jawab lepas habiskan kunyahan sampai kosong mulutnya. Saja nak bakar hati Za’ba.Ayla di sisi Ridzman angguk mengiakan sambil gigit sandwic lagi dan sambung kunyah.“Bro, kau tengah buat benda tak betul, bro. Kalau kau nak tawan hati dia, kau kena pikat hati dia. Bukan bagi sakit hati dia.” Ridzman bagi nasihat percuma.Za’ba mendecit kepada Ridzman. Geram pula dia kepada kawannya itu. Sudah sekian lama duduk di pantri ini dating dengan isteri, bukan nak bagi tanda. Ditonton saja adegan dia dengan Seri tadi. Memang saja!Za’ba dekati meja itu kemudian capai satu bekas sandwic yang ada di depan Ridzman. “Bayaran untuk drama lakonan aku dan Seri tadi. Harga tiket untuk seorang!”“Habis, Ayla?” Ridzman bergaya tak puas hati. “Percuma untuk bakal ibu.” Berkata begitu, sambil buka bekas sandwic itu, Za’ba makan lepas duduk di atas kerusi bar di sebelah Ayla yang tersenyum dengan kenyataannya.“Tak aci betul. Bakal ibu, percuma. Bakal ayah, berbayar!” Ridzman muncungkan mulut. “Aku pun kerja keras jugak tau macam Ayla.”Ayla tergelak. Tahu suaminya itu acah-acah tak puas hati saja. Tidak betul-betul. Dia sua sandwic belum berbuka di depannya kepada Ridzman. Tapi, Ridzman tarik sandwic di tangannya lalu gigit dan kunyah. Ayla senyum bahagia dilayan begitu.Za’ba kerling saja gelagat Ridzman dan Ayla yang dah dekat 12 tahun mendirikan rumah tangga dan sedang menunggu hari lebih bahagia untuk bergelar ibu dan ayah. Sedikit sebanyak dia tahu juga kisah sedih mereka. Tapi, alhamdulillah, doa mereka telah pun Allah makbulkan.Dan kini, insya-Allah, giliran doanya pula. Hati Za’ba sungguh berharap, Seri akan jadi ibu kepada Umar. Pertunangan yang Seri uar-uar akan berlangsung itu, akan digagalkan juga! Seri dia punya dan kini dia kembali nak tuntut hak ke atas Seri Zulaikha, vitamin dan antibiotiknya!
1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 01, 2016 06:51

March 8, 2016

Suami Selepas Deadline - #SeriZa'ba Part 2


“Yes. You hurt me, so you have to nurse me. Takkanlah Hafidz kut!” kata Za’ba selamba sambil buka blazer royal blue pada badan, penuh hati-hati. Mukanya sekejap-sekejap berkerut tanda sedang  tahan sakit.Tapi, Seri yang tengok terasa sungguh suka bila nampak setiap kerut pada muka Za'ba. Dia rasa senang hati sangat. Tapi, senang hati itu terus jadi susah hati bila Seri tengok Za'ba dengan selamba tak malunya duduk di atas sofa tiga rangkai di dalam bilik pengarah kewangan itu dan mula buka butang kemeja putihnya. Satu per satu. Dari atas ke bawah.“Wait! Wait!” Seri halang, siap dengan kedua-dua tangan dikedepankan penuh semangat. Tak bagi Za’ba teruskan apa dia sedang buat.Za’ba berhenti buka butang kemejanya, sandar badan pada sofa sambil angkat muka tengok Seri dengan sebelah kening terjongket. Ngam-ngam jarinya henti pada butang kemeja keempat.Seri tengok muka Za’ba. Kemudian mata turun sikit pula, tertengok secara sengaja dada Za’ba yang terbuka tiga butang atasnya. Dan, tiba-tiba jari Za’ba pada butang baju keempat itu mula bergerak nak cabut butang itu juga.“You buat apa tu?” Spontan Seri terjerit dan tersedar apa dia buat tadi. Tengok dada lelaki bukan mahram tanpa malu!“Bukak butang baju untuk sedarkan you yang tengah tengok dada I. I taulah dada I seksi. Tapi, tolong jaga pandangan, okey.” Za’ba kutuk terus. Kemudian terus pula dia buka butang kemejanya serupa itu bukanlah satu kesalahan.Seri sakit jiwa. Sudahlah dia disuruh jaga pandangan, lepas itu Za'ba dengan gaya tak ada hallah sambung buka butang kemeja semacamlah kalau dia buat begitu Seri boleh nak jaga pandangan. Ternoda dan tergoda pandangan lagi adalah! “Berhenti nak menyeksikan diri boleh tak?” Seri jerit geram. Dia palingkan muka ke pintu bilik pengarah kewangan itu yang sudah pun bertutup elok selepas Hafidz keluar sebab hendak ambil peti first-aid kit. Malu nak tengok terus Za'ba yang sikit pun tak malu, buka setiap butang bajunya sampai bawah. Kemudian siap selak baju ke kanan dan kiri lagi, menampakkan bahagian dada dan perut yang fit itu. Macam mana Seri tahu? Sebab dalam paling-paling muka pun Seri curi-curi tengok juga. Serius tak nak sebenarnya tapi ‘ter’ juga.. Macam ada magnet saja buat dia tertengok. Hisy! “Tak payahlah nak buat-buat macam tak pernah tengok, Seri...” ujar Za'ba sambil gelak-gelak, tapi seterusnya mendesah sebab gelaknya menyakitkan perutnya yang ada luka itu. Ada lubang besar pensel kut di situ. Mana tak sakit.Dengar saja cakap Za'ba begitu terus Seri paling muka dan pandang Za'ba dengan muka garang. Rasa nak lempang saja perut Za'ba tepat-tepat pada bahagian luka itu bila dengar lelaki itu cakap tak berlapik macam itu. Mukanya pasti merah. Sebab marah campur malu. Walaupun tak nak rasa malu tapi Seri tetap terasa. Kalau Za'ba tak lupa, dia apatah lagi!Namun, Seri sekolahkan mukanya dan pandang tajam lelaki itu, yang tengok dia dengan muka tak bersalah. Macamlah baru cerita pasal dia suka minum kopi satu sudu teh gula saja. Dan, bukan pasal dada dan perutnya yang fit itu.Bila Seri diam tak balas cakapnya, Za’ba senyum. Dia tahu Seri tak suka dengar apa dia ujarkan tadi. Tapi, suka dialah nak sebut. Dia cakap benda betul kut. Bukan Seri tak pernah tengok dia tanpa baju, inikan pula dia yang begini. Cumanya, mungkin Seri dah lupa.Namun, bila Za'ba perasankan muka merah yang cuba Seri neutralkan, Za'ba yakin Seri tak lupa. Sebagaimana dia. Walaupun lepas sembilan tahun lebih mereka masih ingat!Baru Za'ba nak buka mulut untuk sakat Seri lagi, biar muka itu lagi-lagi merah, ia tak terlaksana apabila tiba-tiba saja pintu bilik pejabat itu dibuka dari luar. Lalu, tubuh lampai Hafidz melangkah masuk sambil bimbit first-aid kit.“Dah jumpa.” Hafidz angkat sikit kotak kecemasan di tangan kemudian bergerak mendekati sofa tiga rangkai yang Za'ba duduki.“What are you doing?” Za'ba terus tanya bila Hafidz buka kotak kecemasan dan ada tanda-tanda nak jadi jururawatnya.“Nak letak ubat kat luka tulah.” Hafidz kekeliruan. “Ke luka tu dah baik sendiri?”Perlian Hafidz buat Za'ba merengus. “Kau ingat luka ni sekali Seri tiup boleh terus baik?”Hafidz tunjuk gigi dengan perlian balik Za'ba. Sebenarnya dia tahu apa Za'ba nak. “Biar aku ya g buat.”“Biar Seri buat. Dia yang buat aku luka macam ni, dialah letak ubat.”“Aku takut luka kau ni makin teruk dia kerjakan aje. Mana tau dia nak balas dendam sembilan tahun. Bulat kecik ni jadi bulat besar pulak.”Za'ba tunjuk gigi. Malah, Hafidz pun sama. Seri yang dari tadi jadi tukang perhati mula hangat hati. Dah macam pasangan kekasih baru jumpa lepas terpisah pula dua makhluk Allah ni. Eii, geli!“Helo! Dia ada kat sini, okey. Berhenti cakap pasal dia macam dia tak ada kat sini!” Seri hentam dua lelaki itu.Za'ba alih pandangan, tengok Seri. Tunak dan tajam. “Come here.”“No!” tegas Seri. “You yang tiba-tiba masuk bilik I tanpa ketuk pintu atau bagi salam. Kalau you tak tiba-tiba masuk, pensel tu akan kena pintu dan bukan perut you. So, it's not my fault. And, I'm not nursing you!”Za'ba lama lagi tengok Seri dengan serius. Kemudiannya, tiba-tiba dia senyum jongket sebelah. “Kalau macam tu, I akan biarkan luka ni. Kalau tiba-tiba kena infection, jadi makin terus sampai lagi teruk sakit I, I sama ajelah you.”“Fine. Kalau you pilih untuk mati kena infection pada luka tak seberapa tu, up to you!” Seri buat muka ada-I-kisah!Seri terus bangun dari kerusi empuk tetamu di meja kerja di dalam bilik itu, mahu tinggalkan Za'ba. Ingat dia akan kisah pada gertakan Za'ba? Memang Za'ba silap orang!“Kesian anak I… jadi anak yatim bila I mati sebab kena infection kat luka ni.”Langkah yang baru Seri nak atur termati setempat mendengar kata-kata itu. Za'ba ada anak? Za'ba sudah berkahwin? Spontan dadanya berdenyut lain macam. Dia tak rasa serangan jantung. Tapi, serangan hati. Sakitnya di situ. Tak tertahan rasanya. Seri sentuh dada sendiri, tarik nafas sambil lepas dengan mata terpejam. Dua kali buat begitu, akhirnya Seri boleh bertenang. Walaupun sakit di situ ada lagi, tapi dia boleh buat biasa apabila alih badan dan tengok Za'ba balik dengan senyuman paling manis.“Jangan risau. I akan pastikan dia cepat-cepat dapat ayah baru bila you mampus!” Bercakap begitu, terus Seri alih badan dan teruskan langkah yang tergendala tadi. Laju saja dia keluar dari bilik itu tanpa tunggu respons daripada Za'ba. Za'ba terlambat bagi respons. Sebabnya ada dua. Satu, dia dah terkejut maut bila lihat senyuman manis Seri. Senyum yang paling menangkap matanya dan hatinya. Dulu dan kini masa sama aura senyuman itu. Dan dua, apa yang Seri katakan. Nak cari ayah baru untuk anaknya? Seri memang nak tengok dia mati cepat nampaknya!“So, kau ada anak?”Pertanyaan Hafidz diiring dengan sentuhan kapas basah pada bahagian perutnya menyedarkan Za'ba. Dia angguk dan terpaksa gigit bibir bawah tahan sakit bila Hafidz macam sengaja menekan lukanya dengan kapas.“Berapa?” Hafidz sambung tanya. Kali ini mencuci luka Za'ba dengan Dettol pula. Saja-saja di tekap sungguh-sungguh pada luka Za'ba.Bila Za'ba tunjuk muka geram nak mengamuk kepadanya, Hafidz angkat dua-dua bahu dan ucap, “Aku tak naklah ada infection. Nanti kena saman bagai pulak.”Za'ba gigit saja bibir bawah tahan hati. Dia tahu Hafidz sedang balas dendam sembilan tahun bagi pihak Seri. Memang dasar kawan baik!“Sorang. Dah masuk darjah satu.” Za'ba jawab juga soalan Hafidz.“Mmm… Aku dah tiga.” Lepas dah puas godek-godek luka Za'ba dan balutkannya, Hafidz beritahu. Za'ba angguk. Juga sebagai tanda terima kasih kepada Hafidz.“Kalau kau kahwin dengan Seri sembilan tahun dulu, mesti anak kau pun tersusun macam aku. Tapi, nasiblah kan. Orang kuat  cemburu buta memang selalu melepas!” Hafidz tutup peti kecemasan dengan kuat.Za'ba kacing gigi. Bergerak-gerak tulang pipinya tanda geram, namun terpaksa sabar. Sebab apa Hafidz cakap ada betulnya. Dia memang lelaki baran yang kuat cemburu buta!“Jangan kacau Seri kalau kau dah kahwin. Jangan ada cita-cita nak tambah kuota.” Hafidz paut kuat bahu kiri Za'ba yang duduk berjarak di sebelahnya. Bagi amaran.“Aku tak ada isteri.” Za'ba jongketkan bahunya kasar, menyentak tangan Hafidz dengan cara itu.Hafidz angguk. “Seri dah nak bertunang.”Muka Za'ba berubah. Tunak dia tengok Hafidz. Lelaki itu tergelak.“Aku tak ada masa nak tipu kau.” Hafidz bangun sambil bimbit peti kecemasan. “Kau dah sia-siakan dia untuk lebih sembilan tahun. Jangan tambah lagi kalau tak nak aku bagi Seri capai apa dia cakap tadi.”Kali ini Za'ba kerut dahi tanda kurang jelas, ikut berdiri.“Tolong dia pastikan anak kau dapat ayah baru!” Bernada amaran, Hafidz backhand perut Za'ba tanpa rasa bersalah dan kata, “Chiao!”Za'ba pegang lukanya yang rasa sakit dan perutnya juga rasa senak akibat pukulan jantan Hafidz. Memang Umar bakal dapat ayah barulah kalau Seri dan Hafidz bekerjasama memastikan kependekan hayatnya.
1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 08, 2016 21:45

#SeriZa'ba - Part 2

|the hero|
“Yes. You hurt me, so you have to nurse me. Takkanlah Hafidz kut!” kata Za’ba selamba sambil buka blazer royal blue pada badan, penuh hati-hati. Mukanya sekejap-sekejap berkerut tanda sedang  tahan sakit.Tapi, Seri yang tengok terasa sungguh suka bila nampak setiap kerut pada muka Za'ba. Dia rasa senang hati sangat. Tapi, senang hati itu terus jadi susah hati bila Seri tengok Za'ba dengan selamba tak malunya duduk di atas sofa tiga rangkai di dalam bilik pengarah kewangan itu dan mula buka butang kemeja putihnya. Satu per satu. Dari atas ke bawah.“Wait! Wait!” Seri halang, siap dengan kedua-dua tangan dikedepankan penuh semangat. Tak bagi Za’ba teruskan apa dia sedang buat.Za’ba berhenti buka butang kemejanya, sandar badan pada sofa sambil angkat muka tengok Seri dengan sebelah kening terjongket. Ngam-ngam jarinya henti pada butang kemeja keempat.Seri tengok muka Za’ba. Kemudian mata turun sikit pula, tertengok secara sengaja dada Za’ba yang terbuka tiga butang atasnya. Dan, tiba-tiba jari Za’ba pada butang baju keempat itu mula bergerak nak cabut butang itu juga.“You buat apa tu?” Spontan Seri terjerit dan tersedar apa dia buat tadi. Tengok dada lelaki bukan mahram tanpa malu!“Bukak butang baju untuk sedarkan you yang tengah tengok dada I. I taulah dada I seksi. Tapi, tolong jaga pandangan, okey.” Za’ba kutuk terus. Kemudian terus pula dia buka butang kemejanya serupa itu bukanlah satu kesalahan.Seri sakit jiwa. Sudahlah dia disuruh jaga pandangan, lepas itu Za'ba dengan gaya tak ada hallah sambung buka butang kemeja semacamlah kalau dia buat begitu Seri boleh nak jaga pandangan. Ternoda dan tergoda pandangan lagi adalah! “Berhenti nak menyeksikan diri boleh tak?” Seri jerit geram. Dia palingkan muka ke pintu bilik pengarah kewangan itu yang sudah pun bertutup elok selepas Hafidz keluar sebab hendak ambil peti first-aid kit. Malu nak tengok terus Za'ba yang sikit pun tak malu, buka setiap butang bajunya sampai bawah. Kemudian siap selak baju ke kanan dan kiri lagi, menampakkan bahagian dada dan perut yang fit itu. Macam mana Seri tahu? Sebab dalam paling-paling muka pun Seri curi-curi tengok juga. Serius tak nak sebenarnya tapi ‘ter’ juga.. Macam ada magnet saja buat dia tertengok. Hisy! “Tak payahlah nak buat-buat macam tak pernah tengok, Seri...” ujar Za'ba sambil gelak-gelak, tapi seterusnya mendesah sebab gelaknya menyakitkan perutnya yang ada luka itu. Ada lubang besar pensel kut di situ. Mana tak sakit.Dengar saja cakap Za'ba begitu terus Seri paling muka dan pandang Za'ba dengan muka garang. Rasa nak lempang saja perut Za'ba tepat-tepat pada bahagian luka itu bila dengar lelaki itu cakap tak berlapik macam itu. Mukanya pasti merah. Sebab marah campur malu. Walaupun tak nak rasa malu tapi Seri tetap terasa. Kalau Za'ba tak lupa, dia apatah lagi!Namun, Seri sekolahkan mukanya dan pandang tajam lelaki itu, yang tengok dia dengan muka tak bersalah. Macamlah baru cerita pasal dia suka minum kopi satu sudu teh gula saja. Dan, bukan pasal dada dan perutnya yang fit itu.Bila Seri diam tak balas cakapnya, Za’ba senyum. Dia tahu Seri tak suka dengar apa dia ujarkan tadi. Tapi, suka dialah nak sebut. Dia cakap benda betul kut. Bukan Seri tak pernah tengok dia tanpa baju, inikan pula dia yang begini. Cumanya, mungkin Seri dah lupa.Namun, bila Za'ba perasankan muka merah yang cuba Seri neutralkan, Za'ba yakin Seri tak lupa. Sebagaimana dia. Walaupun lepas sembilan tahun lebih mereka masih ingat!Baru Za'ba nak buka mulut untuk sakat Seri lagi, biar muka itu lagi-lagi merah, ia tak terlaksana apabila tiba-tiba saja pintu bilik pejabat itu dibuka dari luar. Lalu, tubuh lampai Hafidz melangkah masuk sambil bimbit first-aid kit.“Dah jumpa.” Hafidz angkat sikit kotak kecemasan di tangan kemudian bergerak mendekati sofa tiga rangkai yang Za'ba duduki.“What are you doing?” Za'ba terus tanya bila Hafidz buka kotak kecemasan dan ada tanda-tanda nak jadi jururawatnya.“Nak letak ubat kat luka tulah.” Hafidz kekeliruan. “Ke luka tu dah baik sendiri?”Perlian Hafidz buat Za'ba merengus. “Kau ingat luka ni sekali Seri tiup boleh terus baik?”Hafidz tunjuk gigi dengan perlian balik Za'ba. Sebenarnya dia tahu apa Za'ba nak. “Biar aku ya g buat.”“Biar Seri buat. Dia yang buat aku luka macam ni, dialah letak ubat.”“Aku takut luka kau ni makin teruk dia kerjakan aje. Mana tau dia nak balas dendam sembilan tahun. Bulat kecik ni jadi bulat besar pulak.”Za'ba tunjuk gigi. Malah, Hafidz pun sama. Seri yang dari tadi jadi tukang perhati mula hangat hati. Dah macam pasangan kekasih baru jumpa lepas terpisah pula dua makhluk Allah ni. Eii, geli!“Helo! Dia ada kat sini, okey. Berhenti cakap pasal dia macam dia tak ada kat sini!” Seri hentam dua lelaki itu.Za'ba alih pandangan, tengok Seri. Tunak dan tajam. “Come here.”“No!” tegas Seri. “You yang tiba-tiba masuk bilik I tanpa ketuk pintu atau bagi salam. Kalau you tak tiba-tiba masuk, pensel tu akan kena pintu dan bukan perut you. So, it's not my fault. And, I'm not nursing you!”Za'ba lama lagi tengok Seri dengan serius. Kemudiannya, tiba-tiba dia senyum jongket sebelah. “Kalau macam tu, I akan biarkan luka ni. Kalau tiba-tiba kena infection, jadi makin terus sampai lagi teruk sakit I, I sama ajelah you.”“Fine. Kalau you pilih untuk mati kena infection pada luka tak seberapa tu, up to you!” Seri buat muka ada-I-kisah!Seri terus bangun dari kerusi empuk tetamu di meja kerja di dalam bilik itu, mahu tinggalkan Za'ba. Ingat dia akan kisah pada gertakan Za'ba? Memang Za'ba silap orang!“Kesian anak I… jadi anak yatim bila I mati sebab kena infection kat luka ni.”Langkah yang baru Seri nak atur termati setempat mendengar kata-kata itu. Za'ba ada anak? Za'ba sudah berkahwin? Spontan dadanya berdenyut lain macam. Dia tak rasa serangan jantung. Tapi, serangan hati. Sakitnya di situ. Tak tertahan rasanya. Seri sentuh dada sendiri, tarik nafas sambil lepas dengan mata terpejam. Dua kali buat begitu, akhirnya Seri boleh bertenang. Walaupun sakit di situ ada lagi, tapi dia boleh buat biasa apabila alih badan dan tengok Za'ba balik dengan senyuman paling manis.“Jangan risau. I akan pastikan dia cepat-cepat dapat ayah baru bila you mampus!” Bercakap begitu, terus Seri alih badan dan teruskan langkah yang tergendala tadi. Laju saja dia keluar dari bilik itu tanpa tunggu respons daripada Za'ba. Za'ba terlambat bagi respons. Sebabnya ada dua. Satu, dia dah terkejut maut bila lihat senyuman manis Seri. Senyum yang paling menangkap matanya dan hatinya. Dulu dan kini masa sama aura senyuman itu. Dan dua, apa yang Seri katakan. Nak cari ayah baru untuk anaknya? Seri memang nak tengok dia mati cepat nampaknya!“So, kau ada anak?”Pertanyaan Hafidz diiring dengan sentuhan kapas basah pada bahagian perutnya menyedarkan Za'ba. Dia angguk dan terpaksa gigit bibir bawah tahan sakit bila Hafidz macam sengaja menekan lukanya dengan kapas.“Berapa?” Hafidz sambung tanya. Kali ini mencuci luka Za'ba dengan Dettol pula. Saja-saja di tekap sungguh-sungguh pada luka Za'ba.Bila Za'ba tunjuk muka geram nak mengamuk kepadanya, Hafidz angkat dua-dua bahu dan ucap, “Aku tak naklah ada infection. Nanti kena saman bagai pulak.”Za'ba gigit saja bibir bawah tahan hati. Dia tahu Hafidz sedang balas dendam sembilan tahun bagi pihak Seri. Memang dasar kawan baik!“Sorang. Dah masuk darjah satu.” Za'ba jawab juga soalan Hafidz.“Mmm… Aku dah tiga.” Lepas dah puas godek-godek luka Za'ba dan balutkannya, Hafidz beritahu. Za'ba angguk. Juga sebagai tanda terima kasih kepada Hafidz.“Kalau kau kahwin dengan Seri sembilan tahun dulu, mesti anak kau pun tersusun macam aku. Tapi, nasiblah kan. Orang kuat  cemburu buta memang selalu melepas!” Hafidz tutup peti kecemasan dengan kuat.Za'ba kacing gigi. Bergerak-gerak tulang pipinya tanda geram, namun terpaksa sabar. Sebab apa Hafidz cakap ada betulnya. Dia memang lelaki baran yang kuat cemburu buta!“Jangan kacau Seri kalau kau dah kahwin. Jangan ada cita-cita nak tambah kuota.” Hafidz paut kuat bahu kiri Za'ba yang duduk berjarak di sebelahnya. Bagi amaran.“Aku tak ada isteri.” Za'ba jongketkan bahunya kasar, menyentak tangan Hafidz dengan cara itu.Hafidz angguk. “Seri dah nak bertunang.”Muka Za'ba berubah. Tunak dia tengok Hafidz. Lelaki itu tergelak.“Aku tak ada masa nak tipu kau.” Hafidz bangun sambil bimbit peti kecemasan. “Kau dah sia-siakan dia untuk lebih sembilan tahun. Jangan tambah lagi kalau tak nak aku bagi Seri capai apa dia cakap tadi.”Kali ini Za'ba kerut dahi tanda kurang jelas, ikut berdiri.“Tolong dia pastikan anak kau dapat ayah baru!” Bernada amaran, Hafidz backhand perut Za'ba tanpa rasa bersalah dan kata, “Chiao!”Za'ba pegang lukanya yang rasa sakit dan perutnya juga rasa senak akibat pukulan jantan Hafidz. Memang Umar bakal dapat ayah barulah kalau Seri dan Hafidz bekerjasama memastikan kependekan hayatnya.
1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 08, 2016 21:45

Bikash Nur Idris's Blog

Bikash Nur Idris
Bikash Nur Idris isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Bikash Nur Idris's blog with rss.