Marsli N.O's Blog

June 16, 2025

 BACA I  Membaca Kumpulan tulisan  https://dewansastera.j...

 

BACA I  Membaca Kumpulan tulisan 

 

https://dewansastera.jendeladbp.my/2025/05/04/16383/

 

 

 

 

 

 

 

 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 16, 2025 15:05

March 4, 2025

February 6, 2024

ORANG-ORANG LAPAR (2)

 

Belakangan ini, soal kelesuan kritikansastera  kembali diperkatakan. Tidak sahaja oleh mereka yang berminatdengan isu ini, tetapi juga oleh mereka yang memang sudah pun bergelarpengkritik dan sarjana.

 

Saya memang ingin bercakap lanjut beberapa hal yangdirasakan penting mengenainya.

 

Tetapi bila fikirkan ini bagaikan mengulang semulaapa yang pernah dibincangkan mereka yang lebih arif pada tahun-tahun sebelumini dan menyedari kritikan bukanlah bidang penguasaan, saya tidak jadimeneruskan niat ini dan memilih untuk  hanya bercakap beberapa hal ringkasdan kurang penting mengenainya sahaja. 

 

Benarkah kritik mampu menjulang dan mematangkankarya seorang penulis?

 

Saya peribadi meyakini bahawa seorang penulis yangtahu dan sedar peranannya sendiri sebagai penulis, tanpa adanya kritik danperhatian pihak lain, akan tetap juga menulis dan terus menulis.

 

Hanya penulis dalam golongan orang-orang laparsahaja yang berasakan, tanpa kritik dan pujian semangat berkarya mereka akanmenjadi kendur dan sekaligus juga amat percaya bahawa hanya dengan kritiksahajalah, kemajuan dan ketinggian mutu sastera dapat dipacu.

 

Saya bukan anti kritik atau memandang kritikanterhadap karya sebagai musuh.

 

Tetapi untuk dan perlu apa sebuah kritik, jikapengkritik sekedar mempamerkan ego dan kebodohan dirinya sendiri di dalamtulisan kritikannya jika hanya ghairah mempertanyakan keperibadian penulis dansegala sesuatu yang tiada di dalam karya?

 

Misalnya mengungkapkan di dalam kritiknya,"Kerana menulis dalam semua genre, kita sulit mengkategorikan apakah si Aseorang cerpenis atau penyair." Atau dalam tulisan kritikannya yang laindisebutkan, "Si A terkenal sebagai penyair yang amat teliti memilihkata-kata untuk puisinya. Tetapi entah kenapa, dalam puisinya yang ini, si Akelihatan sembrono amat." 

 

Lebih memualkan bila pengkritik berasakan dirinyalebih cerdik dan ingin mengajar penulis bagaimana cara sebaiknya menuliskankarya, tetapi bahan dan sumber karya penulis yang dirujuk sebagai bahankritikannya bukan karya dan bahan yang bersifat terkini.

 

Selepas era pengkritik Keris Mas, Yahya Ismail,Shahnon Ahmad, Baha Zain, Muhammad Haji Salleh, Umar Junus, Shahlan Mohd Saman,Othman Puteh, Mana Sikana, Anwar Ridhwan, Arbak Othman (beberapa nama sebagaicontoh) pada kurun waktu 70an, 80 dan 90an, saya peribadi tidak menemukantulisan kritikan yang benar-benar berwibawa, yang dapat dijadikan cermin olehpengkarya dan sekaligus mempamerkan kebijaksanaan serta kematangan fikiran sipengkritik.

 

Kemunculan sejumlah nama pengkritik selepas itu,pada kurun tahun 2000 ke atas ini, juga  tidak banyak menghasilkan karyakritik yang berwibawa.

 

Kehadirannya tetap ada, namun sifatnya lebihkepada pengulangan dan ada kalanya seperti bertolak semula ke belakang. 

 

Seperti juga manusia lain, saya kira pengkritikkarya sastera juga tergolong orang-orang lapar atau kalangan manusia yanglaparkan pujian dan sanjungan.

 

Kerana ini jugalah mereka marah dan mudahtersinggung jika karya dan hasil kritikannya kembali dipersoalkan pengkarya.

 

Seolah-olah merasakan dirinya dewa dan orang muliasuci yang tidak boleh disentuh!

 

-- MARSLI N.O

23.1.2021

 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 06, 2024 04:28

September 7, 2022

KISAH 5 TAHUN DAHULU


LIMA  tahun dulu, sasterawan yang satu ini, kerana memilih untuk menyeberang pilihan serta faham politiknya, bertalu-talu dia dihenyak, diserang dan dikecam.

Tidak sahaja oleh orang yang awam dan para abdi politik anjing penjilat, juga oleh sesama sasterawan atau yang merasakan dirinya sasterawan.    

Pihak institusi, yang pernah menerbitkan karyanya dan menjadi urusetia pemberian anugerah negara kepadanya, terutamanya setelah diketuai aparat abdi politik, turut memingirkan dia dan seolah telah melupakan dia dalam banyak acara sastera anjuran mereka.

Karya yang dia tuliskan yang di siarkan di portal milik nya diserang bertubi-tubi dengan pelbagai caci maki oleh para anjing dan babi penjilat. Semata-mata kerana dialah satu-satunya sasterawan yang berani berterus terang serta berkata benar.

Kerana tegorannya agar Melayu tidak hanya berbangga dengan silat dan laung ketuanan semata-mata, sekali lagi dia diserang bertubi-tubi dengan caci maki oleh para anjing penjilat yang menyamar sebagai pejuang dan penjaga kesucian seni silat negara.

Aku yang hanya melihat dan mencatatkan perangai laku manusia, secara diam dan jauh, belajar dan jadi mengerti mengenai hati budi manusia yang mengaku sasterawan di Malaysia.

Alangkah mual dan jengkel melihat betapa sebahagian besar mereka sanggup menukar manusia mereka menjadi babi dan anjing, semata-mata demi upah, peluang dan ganjaran! Walau cara mendapatkan nya, mereka telah menggigit dan menyalak kerana arah dan suruhan tuan mereka.

Aku yang melihat berasa sedih dan terkilan tidak terkata membaca segala caci maki itu. Ku bayangkan, betapa terluka juga hati dan perasaan anak dan waris sasterawan yang satu ini membaca segala carut dan maki itu.

Akhirnya, kerana tidak sanggup lagi membaca segalanya, kupilih untuk memblock apa sahaja portal atau ruang maya yang di aktifkan oleh anaknya yang kukenal baik.

Itu 5 tahun yang lalu. Ketika para Tuan dan politikus bejat itu berleluasa.

Kini rakyat telah menggunakan haknya dan menentukan betapa segala kebejatan serta kesewenangan itu perlu segera di hentikan.

Maka bertukarlah partai dan pemimpin. Yang dahulu disebut pembangkang kini bukan lagi pembangkang.

Maka segala penjilat itu menjadi sedar lah mereka dari mimpi muluknya dan melihat semula kenyataan dengan mata terperanggah.

Dan sasterawan yang satu ini, khabarnya kembali berbondong diramahi.

Tetapi aku yang melihat serta memerhatikan semua ini dari jauh, tidak pernah melupakan kata yang dia ucapkan kepadaku, pada satu tengah hari di Balai Budaya DBP sekitar tahun 1988. "Jika saya sanggup mereka perlakukan begini, anda nanti mereka tendang-tendang saja," demikian ujarnya.

Memang benar itu Pak. Saya sudah melalu nya tetapi akan tetap melawan, meski hanya bersendirian.

Itu 5 tahun dulu.

Hari ini, wajah sebenar para penjilat itu kian terserlah.

11 Mei, 2018



 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 07, 2022 11:45

September 1, 2022

KAU SILAP


KAU silap bila ingat atau fikir semua orang kau boleh hendak uji dan duga. Konon kerana kau hendak lihat apakah seorang itu boleh terima sesuatu secara terbuka atau tidak.

Memang kau terlalu silap bab ini. Sebab bila orang datang dengan lapang dada dan terbuka hendak bersahabat tetapi kau sambut dan balas dengan cara begitu.


Memang kau terlalu silap. Sebab kau lupa, betapa orang yang cuba kau hendak uji dan duga itu, tidak membukakan dirinya pada setiap waktu dan tidak sedia untuk bersahabat dengan semua orang!


24 April 2019



 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 01, 2022 03:22

July 16, 2021

YANG ABADI

SEABADI apa pun kehendak siapa yang menulis atau mengkaryakannya, namun sebuah karya sastera yang aku hasilkan tidak ingin aku samakan darjat, kesucian, kemuliaan sifat dan keabadiannya seperti  Qalam-Nya.

Kerana aku sedar siapa diriku sebagai manusia.

Aku hanya berusaha menulis dan mengkaryakannya sebatas yang tidak bersalahan dengan moral serta agama yang aku yakini.

Soal disukai orang atau tidak, bukan urusan diriku.

Aku hanya mahu menulis dan berkarya sejujur hatiku, menurut apa yang telah aku yakin dan percayai.


-- Marsli N.O

17.7.2021

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 16, 2021 15:38

June 18, 2021

PALSU

KERANA sudah sering mengalami maka aku jadi tidak tergiur untuk menerima dan mudah  mempercayai segala 100%. 

Di depan mereka yang tidak pernah tahu, berlagak dan berlakonlah pamerkan kesucian dan kewalian dirimu.

Sementara pangkat dan kuasa dalam genggaman, berlagak dan pergunakanlah sepuasnya. 

Apa-apa yang pernah berlaku, kau jawablah nanti dikemudian hari.  

Aku tidak akan menyembah dan menjilat.  


MARSLI N.O

19.6.2021


 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 18, 2021 21:31

June 15, 2021

KAWAN MASA SEKOLAH

TAHUN 1970 kami berpisah. Saya membawa haluan sendiri untuk meneruskan hidup selepas itu. Tanpa pendidikan formal yang tinggi, berjuang terus menerus untuk setidaknya agar tidak  menjadi lipas atau sekeping kertas kosong yang kumal.

Syukur. Walau tidak terlalu tinggi. Saya mampu meneruskan hidup agar tidak menjadi pengemis dan mampu memberikan pendidikan ke universiti untuk semua anak.Awal tahun 2018, melalui media sosial seorang kawan telah berusaha mempertemukan semula kami di alam maya. 

 

Kembali bertemu kawan masa sekolah. Tentunya dengan pelbagai ragam dan karenah.

 

Awal tahun 2019 ini, salah seorang mengajak bertemu. Tentunya saya menyambut dengan gembira.

Tetapi sesudah pertemuan itu, saya berasa agak terkilan dan sesal.


Sesudah puluhan tahun tentulah terlalu banyak perubahan terjadi dan merubah manusia. Pengaruh persekitaran, kawan-kawan sekeliling dan pekerjaan, tentulah mempengaruhi sikap hidup dan cara berfikir seorang manusia.


Hanya yang sedikit saya sesal, sesudah puluhan tahun berpisah dan kemudian kembali bertemu, kawan saya yang satu ini terlalu taksub dengan sikap politik dan pandangan hidup peribadinya. Sehingga sanggup dia berkata, "Rasuah tidak mungkin dapat dihapuskan."


Seolah-olah untuk yang satu ini, dia lupa atau sengaja lupa betapa Tuhan telah memberikan dia akal untuk menilai buruk dan baik sesuatu tindakan. Juga untuk membuat pilihan, menerima dan menolak.


Tetapi malam pertemuan itu, kerana tidak mahu merosakkannya dengan diskusi bernuansakan politik, saya merubah perbualan ke topik yang lebih santai, walau tidak berisi.


Mungkin kawan itu tersinggung kerana saya pinta dia tidak meneruskan syarahannya mengenai rasuah di malam pertemuan semula kami itu.


Tetapi saya hanya ingin berterus-terang. Cuma itu.


10 Januari, 2019

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 15, 2021 21:43

May 25, 2021

SN BARU LAGI?


Perlukah tambahan SN lagi? Yang sedia ada sudah lengkap dan memadai rasanya. Tidak perlu penobatan baru jika yang sedia ada masih berperanan dan memberikan khidmat baktinya di  sana sini.

Jangan kerana hari ini ahli naga makin ramai maka siapa yang licik berlakon dengan songkok dan sampin pun berasa inilah waktu dia muncul lebih ke depan.

Tanpa tambahan SN baru akan kiamatkah sastera Melayu Malaysia?


Tidak perlu membazirkan duit rakyat.


18.5.2018



 

 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 25, 2021 22:01

Marsli N.O's Blog

Marsli N.O
Marsli N.O isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Marsli N.O's blog with rss.