ORANG-ORANG LAPAR (2)
Belakangan ini, soal kelesuan kritikansastera kembali diperkatakan. Tidak sahaja oleh mereka yang berminatdengan isu ini, tetapi juga oleh mereka yang memang sudah pun bergelarpengkritik dan sarjana.
Saya memang ingin bercakap lanjut beberapa hal yangdirasakan penting mengenainya.
Tetapi bila fikirkan ini bagaikan mengulang semulaapa yang pernah dibincangkan mereka yang lebih arif pada tahun-tahun sebelumini dan menyedari kritikan bukanlah bidang penguasaan, saya tidak jadimeneruskan niat ini dan memilih untuk hanya bercakap beberapa hal ringkasdan kurang penting mengenainya sahaja.
Benarkah kritik mampu menjulang dan mematangkankarya seorang penulis?
Saya peribadi meyakini bahawa seorang penulis yangtahu dan sedar peranannya sendiri sebagai penulis, tanpa adanya kritik danperhatian pihak lain, akan tetap juga menulis dan terus menulis.
Hanya penulis dalam golongan orang-orang laparsahaja yang berasakan, tanpa kritik dan pujian semangat berkarya mereka akanmenjadi kendur dan sekaligus juga amat percaya bahawa hanya dengan kritiksahajalah, kemajuan dan ketinggian mutu sastera dapat dipacu.
Saya bukan anti kritik atau memandang kritikanterhadap karya sebagai musuh.
Tetapi untuk dan perlu apa sebuah kritik, jikapengkritik sekedar mempamerkan ego dan kebodohan dirinya sendiri di dalamtulisan kritikannya jika hanya ghairah mempertanyakan keperibadian penulis dansegala sesuatu yang tiada di dalam karya?
Misalnya mengungkapkan di dalam kritiknya,"Kerana menulis dalam semua genre, kita sulit mengkategorikan apakah si Aseorang cerpenis atau penyair." Atau dalam tulisan kritikannya yang laindisebutkan, "Si A terkenal sebagai penyair yang amat teliti memilihkata-kata untuk puisinya. Tetapi entah kenapa, dalam puisinya yang ini, si Akelihatan sembrono amat."
Lebih memualkan bila pengkritik berasakan dirinyalebih cerdik dan ingin mengajar penulis bagaimana cara sebaiknya menuliskankarya, tetapi bahan dan sumber karya penulis yang dirujuk sebagai bahankritikannya bukan karya dan bahan yang bersifat terkini.
Selepas era pengkritik Keris Mas, Yahya Ismail,Shahnon Ahmad, Baha Zain, Muhammad Haji Salleh, Umar Junus, Shahlan Mohd Saman,Othman Puteh, Mana Sikana, Anwar Ridhwan, Arbak Othman (beberapa nama sebagaicontoh) pada kurun waktu 70an, 80 dan 90an, saya peribadi tidak menemukantulisan kritikan yang benar-benar berwibawa, yang dapat dijadikan cermin olehpengkarya dan sekaligus mempamerkan kebijaksanaan serta kematangan fikiran sipengkritik.
Kemunculan sejumlah nama pengkritik selepas itu,pada kurun tahun 2000 ke atas ini, juga tidak banyak menghasilkan karyakritik yang berwibawa.
Kehadirannya tetap ada, namun sifatnya lebihkepada pengulangan dan ada kalanya seperti bertolak semula ke belakang.
Seperti juga manusia lain, saya kira pengkritikkarya sastera juga tergolong orang-orang lapar atau kalangan manusia yanglaparkan pujian dan sanjungan.
Kerana ini jugalah mereka marah dan mudahtersinggung jika karya dan hasil kritikannya kembali dipersoalkan pengkarya.
Seolah-olah merasakan dirinya dewa dan orang muliasuci yang tidak boleh disentuh!
-- MARSLI N.O
23.1.2021
Marsli N.O's Blog
- Marsli N.O's profile
- 6 followers

