Pipiyapong's Blog
December 24, 2013
Maskara Shorties
Published on December 24, 2013 10:12
October 27, 2013
Piala Malaysia 2013
Aku dah tak sabar nak juara ni. Ramalan aku Pahang 3-2 Kelantan. Mula-mula Pahang ketinggalan 2-0 lepas tu bangkit skor 3 bijik. Pehhh!
Aku juga berharap agar para pemain JDT menonton perlawanan ini betul-betul dan belajarlah bagaimana bola sepak dimainkan.
Published on October 27, 2013 14:47
October 22, 2013
Air Mata Pemuzik
Pagi ini hujan renyai-renyai. Aku belum tidur dan berfikir.
Sambil berfikir aku memeriksa e-mel. Kelihatan ada satu surat dari You Tube, sebuah syarikat terkenal. Aku buka dan membacanya.
Selepas membaca e-mel itu aku rasa seperti hendak menangis.
Primary bukanlah sebuah kumpulan muzik yang baik bahkan tidak juga pro. Primary tidak masuk TV, radio, akhbar, majalah dan LRT. Ia cuma sekumpulan belia yang ikhlas bermain muzik pop secara sambil lewa kerana minat dan tidak pernah merakam album.
Jadi setelah mendapat khabar bahawa masih ada peminat mendengar lagu Primary yang sudah beberapa tahun rilis kerana masih terngiang-ngiang di telinga, aku berasa terharu sehingga menitiskan air mata pemuzik.
Search 30 tahun mengabdikan diri memainkan lagu M. Nasir. Kau yang di pejabat sana 10 tahun mengabdikan diri bekerja untuk bos kau. Adik manis di kaca TV bertungkus lumus menyanyi merayu SMS bagi menambah pendapatan Astro. Manakala Primary tenang di satu sudut bilik berkhidmat untuk diri sendiri. Mereka (Primary) tidak kaya dan beroleh kemasyhuran, tetapi mereka berasa puas. Dan pada waktu malamnya mereka tidur lena.
Kah kah kah!

Published on October 22, 2013 16:47
October 6, 2013
Kisah Teladan Percintaan - Episod Empat
Setelah selesai kerja-kerja mengimpal kapal di halaman rumahku, aku duduk berehat di bawah sebatang pokok mempelam. Badanku yang berpeluh dan tidak berbaju terasa nikmatnya bila dapat bersandar merasai angin petang yang bertiup nyaman. Berpeluh itu satu nikmat, tapi angin yang bertiup lebih memberi nikmat kepadaku. Keadaan yang berterusan untuk beberapa ketika itu membuatkan aku mendapat ilham.
Aku mengeluarkan telefon bimbit dari kocek seluar dan mendail nombor teman wanitaku.
"Hai, apa khabar. Saya ada satu rancangan yang baik. Apa kata kita berkereta bersama memandu dari barat ke selatan dan langsung terus ke utara menikmati tanah air?"
"Saya kerja. Nanti saya fikir," ringkas saja jawab teman wanitaku yang bersuara merdu di talian.
"Kerjamu itu belum tentu mendatangkan rezeki, tetapi rezeki mendatangkan pekerjaan. Saya ambil awak di rumah besok jam lapan," balasku.
"Kenapa kita tidak naik kapal terbang saja? Bukankah lebih cepat malah selesa. Dan mereka menyediakan nasi lemak di dalam kapal terbang. Berkereta itu memenatkan. Penginapan pula bagaimana? Sudah tempah?"
Aku menekan butang letak.
***
Jam lapan aku tiba di hadapan rumah teman wanitaku. Aku menunggu di luar sambil bersandar pada keretaku, Audi S8 - sebuah kereta bagus yang aku beli tanpa campur tangan pihak bank. Teman wanitaku melangkah keluar dari rumahnya bersusah-payah dengan sebuah beg yang besar. Aku tersenyum lalu datang menolong.
"Kenapa begitu besar beg awak?"
"Saya masih belum fikir untuk pakai baju apa pada malam nanti, besok, lusa dan hari-hari seterusnya. Jadi saya letak semuanya di dalam beg ini sebelum membuat keputusan yang tepat," jawab teman wanitaku.
"Membawa beg besar ini keputusan yang tepat?"
Aku meletakkan beg teman wanitaku ke dalam bonet. Kemudian kami sama-sama masuk ke dalam kereta memulakan perjalanan. Sebelum bergerak aku sempat membaca doa naik kenderaan.
***
Perjalanan kami sudah sampai di laluan berliku Jalan Benta - Jerantut. Jalan yang dikelilingi hutan itu kecil dan permukaannya tidak begitu baik. Aku terpaksa memandu dengan berjaga-jaga dalam kelajuan 180 km/j.
"Saya selalu mengimpikan perjalanan begini. Dengan perjalanan sebegini kita boleh berbual panjang. Perbualan kita boleh jadi cenderung terhasil dari apa yang kita lintasi di sekeliling. Saya rasa ia lebih baik dari duduk berbual di kedai makan sambil awak menatap telefon bimbit. Atau menonton wayang dan pulang," aku cuba membuka perbualan.
"Hmmm..." balas teman wanitaku.
Kami sampai di laluan yang lebih kecil dikelilingi lereng bukit dan gaung. Selekohnya lebih tajam. Sekali-sekala sekawan kera terjerit-jerit menyeberang jalan.
Aku menyalakan sebatang rokok dengan hanya siku yang mengawal stereng.
"Nampak tak tebing di sana dan gaung di sebelah awak? Kawasan ini dipanggil Bukit Kor. Dahulu ini jalan yang perlu dilalui kami sekeluarga dari Jerantut kalau mahu pulang ke kampung di Sega. Semasa saya kecil, saya tidak gemar jalan ini. Selekohnya yang tajam membuatkan saya pening dan mual. Saya mesti muntah bila lalu di jalan ini. Kadang-kadang saya tidak sempat muntah di dalam plastik dan termuntah di atas peha abang saya."
"Hmmm..." balas teman wanitaku lagi.
"Biasanya selepas saya muntah, abah akan berhenti di tepi jalan. Saya akan dicuci, begitu juga peha abang saya. Alas getah di dalam kereta turut dicuci. Kalau ada air bukit mengalir berhampiran, saya akan mandi membasahkan kepala dengan air yang sejuk itu. Ketika itu saya berasa sungguh nyaman dan segar. Dewasa ini saya tidak berjumpa lagi kesegaran yang setanding kesegaran semasa itu."
"Hmmm..." balas teman wanitaku dalam nada yang sama.
"Tapi setelah berulang-kali melalui jalan ini, pada satu tahun saya berjumpa cara mengatasi masalah muntah saya. Caranya, saya akan duduk tegak tidak bergerak dan merenung tepat ke garisan pembahagi jalan. Untuk memastikan kedudukan saya stabil dan sentiasa pegun, satu tangan saya akan memegang kerusi hadapan yang diduduki arwah mak dan satu lagi tangan memegang kerusi hadapan yang diduduki abah yang sedang memandu..."
Sebelum aku sempat menyambung cerita, teman wanitaku tiba-tiba bertanya.
"Kenapa tak pasang radio?"
Aku rasa seperti hendak menangis.
Tidak lama selepas itu walaupun berat untuk diputuskan, kami berpisah dengan cara baik dan beradat. Perpisahan itu terjadi sebelum sempat aku membawanya berjalan dengan keretapi pula.

Published on October 06, 2013 14:54
September 24, 2013
The Killers
Semasa aku berjalan masuk ke tapak konsert, tiba-tiba satu suara menyapa.
"Berapa ringgit tiket masuk ni, dik?"
Aku pandang sebelah tersenyum, "200 ringgit, makcik."
"200? Heh, makcik ni masuk free jeeeeeee..." balas makcik itu kemudian terus menyambung kerja menyapu sampah yang dilempar merata-rata oleh pengunjung konsert.
Aku rasa nak menangis.

Published on September 24, 2013 10:44
August 30, 2013
Semangat Merdeka Yang Kita Tak Pernah Rasa
Aku baru tengok iklan Merdeka Petronas ini tahun ni. Korang dah tengok ke tak ni? Orait laaa iklan tu, cuma aku agak kecewa sebab tak ada tunjuk perjalanan hidup seorang tukang jahit jeans berpandangan jauh merangkap penulis dari kecik sampai berjaya dalam hidup.
Kalau korang belum tengok, tengok je kat YouTube. Tak patut betul pelukis boleh berjaya sampai ke jinjang pelamin. Apa kurangnya penerbit buku indie?
Sebenarnya hari ni aku nak cerita pasal benda lain. Lain betul. Lipis sekarang tak ada budak, semua kat Kolumpo main badminton dengan bini. Kalau ada pun, diorang sibuk jual rokok karan. Aku tak masuk. Jadi aku nak cerita pasal sorang penulis berjasa yang kita semua patut tahu. Kalau tak kenal siapa dia ni, korang memang malang. Aku darjah 5 dulu dah lukis dan tampal gambar dia kat dinding bilik.
Artis ni namanya UA. Atau Adi Jaya. Atau Pengarang Muda. Atau Amir. Atau Manis. Atau Rose Murni. Atau Setiabudi. Atau Zaini. Power juga aku boleh hafal ni.
Nama yang korang mungkin lebih tahu, Tongkat Warrant. Atau nama betul, Usman Awang.
Aku perati banyak betul persamaan aku dengan Usman Awang. Dua-dua struggle. Dua-dua menulis. Dua-dua berjasa, dan dua-dua sayang makwe.
Usman Awang dulu susah hidupnya. Pernah jadi petani. Masa zaman Jepun, dia kena jadi buruh paksa. Nasib baik lepas enam bulan, dia dapat lari.
Macam aku juga sekarang. Aku jadi buruh paksa alter jeans Jepun. Tak lama lagi, aku nak lari Kolumpo.
Kah kah kah.
Orait bukannya aku nak samakan diri aku dengan penyair, seniman negara, artis hebat ni. Aku nak cerita pasal sajak dia yang aku suka. Sajak ni dia tulis tahun 1956, satu tahun sebelum Malaya merdeka. Jangan berasa hairan kalau tajuk sajak ni Tanahair (Menjelang Kemerdekaan).
Itu hari aku ada baca pasal Petronas nak guna sajak ni sebagai tema hari Merdeka tahun ni. Aku baca diorang nak buat lagu. Pelik juga. Selalunya masa sekolah, lagu orang ambil buat sajak untuk dibaca masa hari guru. Ini terbalik ni. Maka aku pun ada sedikit minat untuk menunggu macam mana lagu ni bila dah siap. Boleh pergi ke tak. Siapa yang nyanyi? Siapa yang karang lagu? Ada Bangfes ke tak? Ada Siti Norhaliza ke tak?
Aku dah Google. Lagu belum keluar lagi. Diorang tunggu pukul 12 malam 30 Ogos aku fikir. Real ni, real. Apa-apa hal, bila lagu keluar nanti, korang kena kejutkan aku.
Usman Awang tulis sajak ni tahun 1956. Masa tu ramai rakyat dah tahu tak lama lagi British nak bagi orang Malaya merdeka. Semua bersemangat betul.
Aku tak fikir kita boleh samakan semangat diorang dulu dengan apa-apa semangat yang kita rasa sekarang. Malaysia menang bola? Tak cukup. Chong Wei kalahkan Lin Dan? Belum cukup. Member bagi kasut futsal masa birthday? Memang belum cukup. British nak bagi merdeka? Aku belum lahir lagi. Aku tak tau macam mana nak gambarkan.
Aku cuma boleh kongsi aje. Kongsi harapan dan semangat dalam sajak ni. Tapi aku rasa masa tu memang real punya semangat.
Tanahair (Menjelang Kemerdekaan)
Engkau Tanah Airpemilik perut yang berbudipenampung hujan penyedut sinar mentarilahirlah anakmu dari semaian petani
Engkau Ibu Murnidengan jasa abadiberdetik didenyut nafas kamikerna kita satu sama dipunyai
Telah kau rasasegala seperti kamidalam ngeri perang dadamu dibongkar besidi mana-mana wajahmu tak pernah mati
Tapi begitusejarah hidup zaman berzamanpernah merangkul pahlawan kemerdekaanmereka sujud dalam kakumohon perlindungan
Bukankah dengankasih dan harapankau tenggelamkan mereka dalam dakapandi mana bunga ganti nisan bertaburan
Negara barudi atas rongga jantungmuakan tertegak bertapak dalam kebebasancinta antara kita wahyu dari Tuhan.
Nampak? Real betul sajak ni...
Aku rasa macam nak menangis je niiiiii. Negara baru di atas rongga jantungmu akan tertegak bertapak dalam kebebasan cinta antara kita wahyu dari Tuhan.
Pergh.

Published on August 30, 2013 02:50
August 27, 2013
July 4, 2013
Kuala Lumpur Zine Fest 2013
Kesemua buku yang berwibawa, bergaya dan berjasa ini akan dijual di Kuala Lumpur Zine Fest 2013 pada hari Sabtu ini bersamaan 6 Julai dari jam 10 pagi hingga ke maghrib. Jangan terlepas peluang yang baik ini dengan membuat perkara yang bukan atas kemahuan dirimu seperti contohnya teman makwe potong rambut, atau ikut bini berlatih sajak.
Published on July 04, 2013 01:27
June 24, 2013
Apa Kata Orang Awam Tentang Kancil-Man?
Published on June 24, 2013 10:12
May 20, 2013
Ketenangan Yang Diragut
Selepas Barisan Nasional sekali lagi dinobatkan sebagai juara pada satu malam awal bulan lalu, aku mula menjauhkan diri dari mengambil tahu hal-ehwal politik tempatan. Aku mendengar lagu-lagu rock nyanyian James Dean Bradfield. Kadang-kala aku melayan perasaan melihat pemandangan indah dari jendela bilik. Ia sedikit sebanyak menenangkan.
Kemudian aku berfikir bahawa aku perlu lebih jauh.
Aku mengumpul kain bajuku. Kain baju itu aku gulung dan padatkan di dalam sebuah beg buatan Jerman. Aku capai sebuah buku merah dan merenungnya baik-baik pada bahagian tarikh mati.
Dari Kuala Lipis, aku mengorak langkah ke Siam.
***
Semalam, aku pulang ke kampung halamanku dengan penuh ketenangan. Aku turun dari bas dengan perasaan yang ringan. Haruman teman wanitaku Dian yang masih segar di ingatan tatkala itu turut menambah menjadikan ia sebuah ketenangan yang berseri-seri hingga terlupa bahawa diriku diselubungi terik mentari. Lantas aku singgah makan nasi ayam di kedai Ramli.
Dalam kenyang, tenang dan berseri-seri, aku tiba di rumah dengan semangat yang tinggi menjulang. Aku bebas dari segala cengkaman murung. Yang terlihat di hadapanku hanyalah potensi, potensi dan potensi. Aku membuka kasut dan melangkah masuk ke rumah.
Lebih kurang sepuluh hasta sebelum sampai ke bilikku, aku terjeling sebuah dinding. Tidak ada kesilapan pada dinding itu. Cuma dinding itu tidak seperti dinding yang kutinggalkan minggu lalu.
'Berpengalaman, teknokrat dan golongan muda - KABINET 2013.'
Abah aku tampal.
Aku terus masuk bilik pasang lagu rock kuat-kuat, macam itu hari.
Published on May 20, 2013 11:43
Pipiyapong's Blog
- Pipiyapong's profile
- 71 followers
Pipiyapong isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.