Air Mata Pemuzik
Pagi ini hujan renyai-renyai. Aku belum tidur dan berfikir.
Sambil berfikir aku memeriksa e-mel. Kelihatan ada satu surat dari You Tube, sebuah syarikat terkenal. Aku buka dan membacanya.
Selepas membaca e-mel itu aku rasa seperti hendak menangis.
Primary bukanlah sebuah kumpulan muzik yang baik bahkan tidak juga pro. Primary tidak masuk TV, radio, akhbar, majalah dan LRT. Ia cuma sekumpulan belia yang ikhlas bermain muzik pop secara sambil lewa kerana minat dan tidak pernah merakam album.
Jadi setelah mendapat khabar bahawa masih ada peminat mendengar lagu Primary yang sudah beberapa tahun rilis kerana masih terngiang-ngiang di telinga, aku berasa terharu sehingga menitiskan air mata pemuzik.
Search 30 tahun mengabdikan diri memainkan lagu M. Nasir. Kau yang di pejabat sana 10 tahun mengabdikan diri bekerja untuk bos kau. Adik manis di kaca TV bertungkus lumus menyanyi merayu SMS bagi menambah pendapatan Astro. Manakala Primary tenang di satu sudut bilik berkhidmat untuk diri sendiri. Mereka (Primary) tidak kaya dan beroleh kemasyhuran, tetapi mereka berasa puas. Dan pada waktu malamnya mereka tidur lena.
Kah kah kah!

Published on October 22, 2013 16:47
No comments have been added yet.
Pipiyapong's Blog
- Pipiyapong's profile
- 71 followers
Pipiyapong isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.